Anda di halaman 1dari 25

SINOPSIS

KSL6023

PENGANTAR PSIKOLOGI

KUMPULAN 3

SEMESTER 2 19 / 20

NAMA PENSYARAH : DR. MARIANI BINTI OMAR

NAMA : NORADILAH HANUM BINTI AHMAD JAFRI

NO. MATRIK : I18102972

1
1. SLOT 1 : PSIKOLOGI MANUSIA MENURUT ISLAM (9 APRIL) – USTAZ AMIN

Perkara paling membimbangkan apabila seseorang yang pada luarannya nampak sihat dan
kelihatan normal namun hakikatnya mempunyai penyakit tersembunyi. Perkara ini sering
dikaitkan dengan hati dan mengganggu hati kita. Seperti apa yang dinyatakan oleh Ustaz Amin
Abdullah iaitu individu hebat yang menyampaikan ilmu psikologi islam ini, beliau menyatakan
terdapat empat jenis penyakit hati yang sering dialami oleh manusia, antaranya ialah anxiety
(kerunsingan melampau), OCD (sering mengalami keraguan), bipolar (perubahan emosi), dan
depression (tekanan melampau).

Psikologi ini kita melihat kepada kejiwaan seseorang individu itu. Pada slot pertama ini,
Ustaz Amin menceritakan tentang in-born traits iaitu keresahan jiwa yang dialami oleh
seseorang itu sejak dari lahir dan kebarangkalian disebabkan oleh faktor genetiknya sendiri.

Menurut psikologi Islam, dahulunya Nabi Muhammad SAW pernah melihat sahabat baginda
iaitu Saidina Abu Umamah yang kelihatan tidak terurus dan jelas kelihatan keresahan
diwajahnya. Oleh sebab itu, Nabi Muhammad SAW menyampaikan kepada Saidina Umamah
bahawasanya setiap doa yang kita ucapkan terdapat makrifatnya iaitu ‫ال‬yang tersendiri dan
boleh merawat hati kita. Baginda terus mengajar Saidina Umamah mengenai satu doa ini iaitu:

‫ال‬ ِّ ‫س ِل َوأَ ُعو ُذ ِب َك مِنْ ا ْل ُج ْب ِن َوا ْل ُب ْخ ِل َوأَ ُعو ُذ ِب َك مِنْ َغلَ َب ِة ال َّد ْي ِن َو َق ْه ِر‬
ِ ‫الر َج‬ َ ‫اللَّ ُه َّم إِ ِّني أَ ُعو ُذ ِب َك مِنْ ا ْل َه ِّم َوا ْل َح َز ِن َوأَ ُعو ُذ ِب َك مِنْ ا ْل َع ْج ِز َوا ْل َك‬

Maksudnya : “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan
kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada
Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan
hutang dan penindasan manusia.”

Perkataan ‫ الهم‬bermaksud kesedihan yang khusus iaitu sedih yang sangat mendalam
terhadap perkara pada masa lampau serta tidak boleh dilupakan. Individu ini juga susah untuk
memandang kehadapan dan membangkitkan semangatnya kerana ingin mengubah kepada
perkara yang sudah lepas. Mereka ini memerlukan pakar jiwa yang dapat memulihkan kembali
semangatnya.

Seterusnya, ‫زن‬22‫ الح‬juga bermaksud kesedihan tetapi kesedihan kepada perkara yang
sedang berlaku dan perkara yang akan datang. Ini kerana, supaya jiwa kita sentiasa kuat dan
tidak mudah jatuh. Setiap individu mempunyai kepercayaan delusi iaitu kesedihan kepada

2
perkara yang tidak berlaku lagi tetapi sudah membayangi perkara yang tidak masuk dek akal
fikiran manusia normal.

Kemudian, ‫ عجز‬adalah lemah semangat. Terdapat sesetengah individu mengalami panic


attack dengan mengalami kesukaran untuk bernafas secara tiba-tiba kemudian tekak menjadi
kering. Selain itu, membahayakan dirinya sendiri dan orang sekelilingnya disebabkan oleh
mereka akan hilang kesedaran serta melakukan sesuatu perkara di luar jangkauannya sendiri.

‫ الكسل‬pula bermaksud kemalasan. Individu yang mengalami situasi ini kadangkala tidak
menyedarinya. Ini kerana, tabiat mereka sudah menjadi kebiasaan dan tidak rasa janggal
seperti menyimpan tikar lama, menyimpan barang-barang yang telah rosak, menyimpan botol-
botol lama kerana berfikir akan memberi manfaat pada masa akan dating dan lain-lain lagi.

Seterusnya, ‫ جبن‬iaitu pengecut. Tidak mempunyai keberanian untuk bersuara, mudah


untuk mengikut telunjuk orang lain serta rela ditindas. Sentiasa mempunyai fikiran negatif
terhadap tanggapan orang lain kepada dirinya. Kemudian, bakhil iaitu ‫البخل‬. Kedekut untuk
berkongsi kesenangan dan merasakan akan kehabisan apa yang dimiliki jika berbagi-bagi.

ِ ‫غَ لَ َب ِة ال َّدي‬, mudah untuk berhutang walaupun mencukupi


Orang yang suka berhutang iaitu ‫ْن‬
segala keperluan. Ini kerana baginya lebih itu lebih baik dan memberi manfaat walaupun akan
menghadapi keperitan hutang pada masa akan datang. Akhir sekali, ِ ‫ َقه ِْر الرِّ َج‬iaitu mudah
‫ال‬
terikut pada kepada persekitaran ataupun pengaruh yang tidak wajar. Perkara ini, paling
membahayakan jika sejak dari lahir sudah adanya dalam diri seseorang kerana jika apabila
pertama kalinya ditimpa kerisauan ini agak susah untuk diubati.

Secara konklusinya, ini merupakan lapan kalimat-kalimat yang Nabi Muhammad SAW
yang baginda ajari kepada kita supaya diamalkan jika mengalami situasi-situasi tersebut. Ini
kerana, supaya kita tidak mudah terjerumus dan tenggelam dalam situasi tersebut. Cubalah
untuk merefleksi diri kita sejenak dan cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik serta
dapatkan bantuan dari pihak pakar untuk kesan yang lebih positif dalam diri.

3
2. SLOT 2 : PSIKOLOGI MANUSIA MENURUT ISLAM – INTROVERT & EKSTROVERT
(10 APRIL) – USTAZ AMIN

Setiap individu mempunyai sifat, gaya, dan cara yang tersendiri. Manusia di muka bumi
mempunyai dalaman yang berbeza dan membawa perbezaan antara kita iaitu sedih, risau,
ragu-ragu, panik, dan lain-lain lagi. Personaliti tersebut menyebabkan seseorang itu unik
berbanding dengan yang lain dalam banyak perkara.

Dari sudut psikologi adanya dua jenis ciri-ciri yang membezakan kita iaitu introvert dan
ekstrovert. Keperibadian introvert lebih cenderung kepada situasi yang tenang, senyap dan
bersendirian. Mereka juga lebih dapat tenaga dan bersemangat jika duduk bersendirian. Selain
itu, mereka lebih selesa jika dihabiskan waktu secara bersendirian kerana bagi mereka hal itu
lebih menyenangkan. Introvert tidak dianggap sebagai seorang pemalu. Ini kerana, mereka
cuma lebih selesa melakukan aktiviti sendiri bukanlah malu untuk interaksi dengan orang lain.

Ekstrovert pula apabila dalam kelompok yang ramai lebih berkeyakinan diri. Hal itu
disebabkan kerana mereka lebih berminat untuk berinteraksi serta melakukan aktiviti social.
Sebaliknya, jika mereka dalam keadaan sendirian bagi mereka itu adalah sesuatu yang
membosankan.

Setiap manusia itu berbeza, maka dengan itu janganlah mengukur peribadi kita dengan
yang lain. Islam menyuruh kita untuk menghomati orang lain, sepertimana firman Allah SWT,
“manusia adalah sebaik-baik kejadian”.

4
3. SLOT 3 : PENGURUSAN EMOSI DAN AMALAN PENENANG JIWA (12 APRIL) –
USTAZ AMIN & YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan peristiwa yang berlaku pada
mereka. Tekanan menyebabkan individu memerlukan keupayaan dan cara untuk
menghadapinya. Masalah emosi ini terutama sewaktu PKP ini terdapat empat bentuk perkara
kejiwaan yang menganggu, antaranya ialah anxiety, depress, bipolar, dan OCD.

Menurut daripada pakar-pakar kejiwaan, terdapat individu yang menghadapi masalah


kejiwaan kerana situasi sekitarnya. Tetapi adanya juga yang in-born iaitu sejak kelahirannya
lagi masalah itu sudah ada dalam dirinya. Individu tersebut akan menjadi lebih teruk apabila
lebih trigger sesuatu masalah kepada dirinya, ini akan menyebabkan gangguan di hatinya
semakin teruk.

Walaubagaimanapun, dalam Islam terdapat individu yang mempunyai cara yang berlainan
dalam menangani masalah tekanan atau kejiwaan ini. Antaranya adalah dengan solat
merupakan bentuk yang paling utama dalam untuk mendapat ketenangan hidup. Seterusnya,
zikir kerana dalam kalimah zikir itu terdapat letupan-letupan perkataan yang dapat
menenangkan kita. Muhasabah diri ketika keseorangan, memaafkan orang lain juga dapat
menenangkan hati seseorang daripada terus berdendam dan bersedekah fi sabilillah.

Kemudian, ketika musim PKP ini hendaklah sentiasa kawal perasaan amarah. Antaranya
adalah dengan memperbetulkan cara pandangan kebiasaan kita. Tidak boleh sentiasa yakin
dengan keadaan sekeliling. Bagi individu yang tidak memahami kebaikan dan keburukan dalam
mengikuti arahan yang diberikan oleh pihak kerajaan akan menyebabkan mereka sentiasa
marah dan merasakan bahawa ini semua hanya menyusahkan keadaan.

Selain itu, terdapat individu yang keadaan nya penuh dengan suasana yang mencemaskan
dan sentiasa memberi tekanan seperti di Palestin. Walaubagaimanapun, mereka dapat
menangani perkara tersebut. Menurut Ustaz Amin, beliau pernah bertanya dengan salah
seorang imam Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis mengenai perkara tersebut,. Imam tersebut
mengatakan bahawa, mereka sentiasa mengamalkan selawat iaitu selawat Nabi Ibrahim AS
yang sentiasa kita baca ketika solat. Kemudian, tidak menerapkan zon selasa dalam diri anak-
anak supaya mereka lebih bersyukur dengan apa yang mereka ada sekarang dan tidak pernah
merungut dengan kehidupan.

Oleh sebab itu, kita hendaklah sentiasa bersyukur serta sentiasa mendekati diri dengan
Tuhan supaya tidak tersasar jauh dari landasan awal dan mampu untuk mengawal emosi.

5
4. SLOT 4 : PENGURUSAN EMOSI – DIMENSI EMOSI (13 APRIL) – USTAZ AMIN

Perasaan adalah sesuatu yang tak sepatut dipendamkan sebaliknya harus dikongsi dengan
orang yang dipercayai. Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan yang boleh anda
percayai. Berkongsi perasaan akan melegakan dan mengurangkan tekanan. Terdapat pelbagai
cara dalam memahami emosi di sekeliling kita, anataranya ahli keluarga, jiran-jiran, kawan-
kawan dan lain-lain lagi.

Proses pengenalan perlu berlaku dalam seharian kita agar dapat mengawal emosi kita dan
juga sekeliling. Proses pengenalan ini perlulah dilakukan sehingga akhir hayat kita.
Sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai manusia, kami jadikan kamu lelaki
dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa untuk kamu saling mengenal”.

Oleh itu, terdapat dua jenis bentuk atau dimensi emosi iaitu emosi tunjuk dan emosi perlu.
Emosi tunjuk itu adalah apa yang kita perlihatkan dan paparkan kepada umum, contohnya
seperti emosi sayang iaitu mulut manis dengan pasangan atau sesiapa sahaja dengan
menyampaikan apa yang kita rasai. Emosi perlu pula adalah apabila individu merasakan jika
ada kepentingan barulah dia mengambil berat akan sesuatu perkara dan tidak mudah
mengambil hati jika disisihkan.

Konklusinya, kita hendaklah mengambil peduli dengan keadaan sekeliling kita. Tidak
terlampau mudah dengan masalah emosi dalam diri ataupun sekeliling kita. Ini kerana, perkara
itu akan memeberi kesan kepada semua orang.

6
5. SLOT 5 : PENGENALAN KESIHATAN MENTAL DAN PENYAKIT MENTAL, AWAK
OK? (14 APRIL) – PROF MADYA DR. AMER SIDDIQ BIN AMER NORDIN & DR.
SHARIFAH MUZLIA BINTI SYED MUSTAFA

Masalah mental adalah seperti hilang kewarasan, kebanyakan masyarakat yang memahami
sakit mental itu adalah orang gila. Walaubagaimanapun, masalah mental lebih daripada hilang
kewarasan, hilang tumpuan, kebimbangan berlebihan, kemurungan, bipolar, schizophrenia,
salah penggunaan dadah, ini meupakan antara jenis mental yang mungkin kita terlepas
pandang. Stigma yang salah terhhadap mental ini menyebabkan populasi pesakit mental
bertambah. Dalam kajian, pesakit mengalami psikosis selama lima tahun dan psikotik selama
tiga tahun sebelum di diagnosis.

Menurut Dr. Amer, seseorang sihat perlulah mempunyai tiga elemen ini iaitu kesihatan
fizikal, kesejahteraan dalam hidup, dan kesihatan mental. Kesihatan mental ini membawa
maksud bahawa individu mempunyai keupayaan untuk menjalankan potensi diri, mengawal
stress, bekerja secara produktif, dan memberi balik kepada masyarakat.

Apabila adanya masalah yang dihadapi antara yang terdapat dalam komponen tersebut
adalah masalah mental. Fungsi itu termasuk dalam diri kita sendiri sebagai anak atau ketua
keluarga atau pekerja. Apabila tidak mempunyai satu daripada komponen tersebut maka
termasuklah dalam kategori penyakit mental.

Menurut Dr. Sharifah pula mental ini terbahagi kepada normal dan abnormal. Kesihatan
mental itu adalah kesejahteraan diri yang normal pon boleh terkena tempiasnya jika tidak
mampu untuk menangani tekanan. Bagi individu yang normal tekanannya jika berjumpa dengan
kaunselor atau ahli psikologi akan mudah untuk pulih semangatnya. Kemudian, mereka akan
diberikan terapi tingkah laku atau perubahan mental dan emosi. Mereka yang normal tidak
perlulah ke psikatri kerana bukan mencapai tahap pesakit mental.

Individu yang merasakan dirinya mengalami perubahan perlu jumpa kaunselor, tidak
perlulah malu dan buang stigma bahawa berjumpa dengan kaunselor mempunyai masalah
mental. Bantuan dalam diri amat diperlukan demi untuk meningkatkan jati diri kita, ini kera kita
mempunyai ramai pakar psikologi yang berpengalaman baik dalam menangani masa dan
membantu. Jika tidak dicegah dari awal akan cenderong untuk berlarutan penyakit tersebut ke
tahap yang merbahayakan.

Langkah yang perlu dilakukan untuk menangani masalah mental ini adalah dengan
mengenal pasti masalah dalam diri. Dalam negara kita terdapat pelbagai bantuan terdekat yang

7
sedia ada. Konteks kaunselor adalah terbuka dan mengamalkan etika rahsia. Jumpa pakar
tersebut dan berbincang secara baik. Seterusnya, melakukan physical examination, pakar akan
meminta sampel darah, gambar atau x-ray bagi memudahkan mereka untuk mengenal pasti
tahap kesihatan mental seseorang individu itu. Individu yang layak untuk kita berkongsi
amsalah adalah seorang yang yang kita percaya, orang terdekat dan mempunyai kemahiran
mendengar.

Terdapat beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk menagani tekananan antaranya
adalah dengan bawa bertenang. Bertenang boleh membantu mengurangkan tekanan dengan
menghentikan kitaran tekanan di peringkat permulaan. Seterusnya, pernafasan melalui
bahagian abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan,
panjang dan lebih dalam dan berkata “Relakslah” sedikit sebanyak dapat membantu
mententeramkan perasaan dan mengurangkan tekanan.

Di dalam semua agama juga ada mengajarkan pelbagai cara dalam menangani tekanan
iaitu antaranya dengan berzikir dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan
perasaan. Perasaan adalah sesuatu yang tak sepatut dipendamkan sebaliknya harus dikongsi
dengan orang yang dipercayai. Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan yang
boleh anda percayai. Berkongsi perasaan akan melegakan dan mengurangkan tekanan.

Dalam keadaan yang tertekan, otot-otot di leher dan bahu akan tegang. Urutan leher dan
bahu boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah. Urutan kaki juga boleh
mengurangkan tekanan atau dengan berehat sambil mendengar alunan muzik yang lembut.
Tekanan tidak dapat ditangani secara efektif sekiranya anda tidak berehat sepenuhnya. Aktiviti
riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang
disukai boleh menenangkan fikiran, mengurangkan tekanan. Bergerak aktif dapat meningkatkan
pengeluaran hormon endorfin, mengurangkan ketegangan otot dan stres. Melihat kebaikan
dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang
boleh dilakukan dalam situasi tersebut.

Di sekeliling kita, semua pihak perlu memainkan peranan dalam memikirkan pendekatan
yang berkesan kepada individu yang mengalami masalah tersebut. Dua daripada sepuluh
kanak-kanak di sekolah dikesan mengalami penyakit mental yang serius. Maka dengan itu,
perlulah kita tahu dan mengambil tahu mengenai masalah tersebut serta melakukan
pemeriksaan.

8
6. SLOT 6 : PENGURUSAN EMOSI – GANGGUAN TERHADAP HUBUNGAN SUAMI
ISTERI (14 APRIL) – USTAZ AMIN

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, perhubungan suami isteri ketika PKP boleh
meningkatkan kadar kelahiran pada masa akan datang. Ini kerana, suami isteri akan bertambah
intim kerana sentiasa berjumpa di rumah. Walaubagaimanapun, terdapat dua masalah penting
meningkat iaitu berlakunya orang tengok pornografi tanpa batasan dan berlakunya pergaduhan
antara suami isteri.

Gangguan terhadap suami isteri ini yang menyebabkan pergaduhan terjadi disebabkan oleh
tiga perkara iaitu datang dari kesihatan diri kita. Maka disebabkan itu, perhubungan seksual
antara suami isteri terganggu dan perubatan. Masalah seksual adalah masalah biasa tetapi
tersembunyi. Pesakit mengharapkan doktor bertanya tentang masalah seksual yang dihadapi
sedangkan kebanyakan doktor kurang pendedahan dan latihan tentang masalah seksualiti.
Kebanyakan pesakit tidak membincangkan masalah ini kerana berasa malu.

Seterusnya, masalah sihir. Ini kerana firman Allah juga dalam surah Al-Baqarah ada
menerangkan bahawa masalah sihir akan memecahkan dan memudaratkan anta suami isteri.
Sihir pemisah dan pembenci ini akan membuatkan pasangan suami isteri tidak lagi akan dapat
bersama dan tiada jalan penyelesaian melainkan dengan perpisahan. Kadangkala perasaan
hasad terhadap kebahagiaan orang lain mendorong perbuatan ini dilakukan demi mencapai
kepuasan hati untuk melihat orang lain menderita.

Kemudian, ‘ain iaitu penyakit rohani, dengki terhadap seseorang. Kadangkala individu itu
tidak menyedari yang dia sedang mengalami penyakit tersebut. Dia seseorang memandang
orang lain dengan perasaan cemburu, merasakan seperti, “alangkah baiknya jika aku begitu
atau begini”. Jika dia tidak mengingati Allah SWT maka berlakukalah kemudharatan dengan
orang iri hati ini.

"Justeru, mintalah perlindungan daripada Allah agar terhindar daripada penyakit hasad
dengki. Penyakit itu sangat berbahaya selain berdosa. Amalkanlah Surah al-Falaq, in shaa allah
kita akan dijauhkan daripada sifat hasad dengki," ujar beliau.  Biasakanlah diri kita untuk melihat
sekeliling dengan aura yang positif. Ia termasuklah apabila kita berhadapan dengan seseorang.
Akhir sekali, jangan lupa untuk sentiasa bermuhasabah diri melihat kembali kesalahan,
kekurangan dan dosa yang dilakukan diri kita.

9
7. SLOT 7 : PENGURUSAN EMOSI – TEKANAN {PANIC ATTACK} (15 APRIL) –
USTAZ AMIN

Anxiety adalah orang yang mengalami gangguan kecemasan akan merasa sangat khawatir
terhadap berbagai perkara, bahkan ketika dirinya sedang berada dalam situasi normal. Dalam
keadaan yang parah, gangguan ini juga boleh sehingga mengganggu aktiviti sehariannya. Pada
ketika PKP ini ada sesetengah kelompok individu yang mengalami kerisauan yang melampau
sehingga tahap fikiran yang bukan-bukan, tidak masuk akal.

Tekanan ini jika tidak dirawat dengan baik akan mengalami panic attack. Perkara ini boleh
menyebabkan individu akan menghadapi masalah kesukaran untuk bernafas, sesak nafas,
kebas-kebas badan, berdebar-debar dan sebagainya. Pengambilan nafas yang baik, nafas
yang dalam (deep breathing) membantu seseorang itu menjadi lebih tenang mengikut kepada
kajian pakar psikologi.

Oksigen yang disedut oleh setiap manusia adlah sebanyak 21% dan 79% adalah nitrogen.
Bagusnya apabila kadar oksigen lebih tinggi dalam badan berbanding nitrogen dan karbon
dikosida. Sebaik-baiknya apabila mengambil nafas hendaklah selama empat saat kemudian
dihembus selama lapan saat. Apabila kita mengamalkan penafasan sebegitu, kita akan dapat
tidur dengan lena disebabkan oleh badan kita cukup oksigen.

Individu yang mengalami panic attack penafasannya jadi menentu disebabkan cara
penafasannya tidak mengeluarkan karbon dioksida secara betul. Maka disebabkan itu, akan
menyebabkan gejala muntah berlaku.

Ayat nafas dapat membantu orang yang mengalami panic attack ataupun perkara
dalaman emosi. Di dalam surah At-Takwir, ayat 17 dan 18. Firman Allah :

2َ 2‫ َّف‬2‫ َن‬2‫ َت‬2‫ ا‬2‫ َذ‬2ِ‫ إ‬2‫ ِح‬2‫ ْب‬2ُّ2‫ص‬2‫ل‬2‫ ا‬2‫و‬2َ 17 2‫س‬
18 2‫س‬ 2َ 2‫ َع‬2‫س‬2ْ 2‫ َع‬2‫ ا‬2‫ذ‬2َ 2ِ‫ إ‬2‫ل‬2ِ 2‫ ْي‬2َّ‫ل‬2‫ل‬2‫ ا‬2‫و‬2َ

Maksudnya : Demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya, dan demi subuh
apabila fajarnya mulai menyingsing,

Ayat bagi individu yang susah tidur ataupun kerisauan yang melampau. Di dalam surah
Al-Kahfi, ayat 11. Firman Allah :

ِ 2‫ ْه‬2‫ َك‬2‫ ْل‬2‫ ا‬2‫ ي‬2‫ ِف‬2‫ ْم‬2‫ ِه‬2‫ ِن‬2‫ ا‬2‫ذ‬2َ 2‫ آ‬2‫ى‬2ٰ 2‫ َل‬2‫ع‬2َ 2‫ ا‬2‫ َن‬2‫ ْب‬2‫ر‬2َ 2‫ض‬
11 2‫ ا‬2‫د‬2ً 2‫ َد‬2‫ َع‬2‫ن‬2َ 2‫ ي‬2‫ ِن‬2‫س‬2ِ 2‫ف‬ َ 2‫َف‬

Maksudnya : Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu.

10
Setiap tingkahlaku manusia dipengaruhi oleh proses berfikir yang pada akhirnya
menciptakan suatu keputusan yang pasti. Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap
kemampuan hambaNya dan ujian sebenarnya bertujuan mendidik. Bertujuan melatih jiwa
supaya menjadi lebih kuat. Ada pula yang menyenangkan sehingga membuatkan kita
tersenyum apabila mengenangnya. Ada pula yang menyakitkan ataupun memalukan sehingga
membuatkan kita berasa resah, rendah diri, sedih, bahkan marah dan geram apabila tiba-tiba
terkenang kembali. Jadikan waktu sebagai kenangan dan pengajaran untuk diri bukannya
hukuman untuk merasa terseksa.

11
8. SLOT 8 : PENGURUSAN EMOSI – EMOSI MARAH (16 APRIL) – USTAZ AMIN

Emosi marah merupakan salah satu perasaan yang timbul apabila manusia berasa tidak
puas hati terhadap sesuatu perkara. Kebiasaannya ia diiringi oleh perubahan fisiologi seperti
muka menjadi marah, anggota badan menggeletar, pergerakan dan pertuturan bercelaru.
Kadang-kala ia diiringi oleh kelakuan luaran seperti cacian, deraan, kutukan dan dendam. Hadis
Nabi SAW mengenai marah, yang bermaksud : “Jangan kamu marah-marah, nanti aku jamin
kamu masuk syurga”. Rasulullah SAW menggalakkan untuk mengawal marah. Selain itu, tidak
meletak harapan yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Marah merupakan sifat insaniah iaitu
sifat semulajadi yang ada dalam diri manusia. Cumanya, janganlah menjadikan sifat marah itu
suatu tabiat.

Terdapat modul otak oleh Paul McLean’s hampir sama dengan Imam Al-Ghazalli. Paul
McLean membahagikan otak ini kepada tiga bahagian. Yang pertama ialah Neocortex ataupun
cognitive ataupun dalam Bahasa Arab disebut sebagai ‘Aqlul Insani. Bahagian ini adalah untuk
kita menerima maklumat, belajar perkara baharu dan menganalisis, merangkumi sebanyak 80%
di dalam bahagian otak manusia. Ingatan memori adalah dalam jangka masa pendek.

Kemudian bahagian yang kedua adalah limbic ataupun ‘Aqlul Ruhani. Di dalam bahagian ini
terdapatnya memori jangka masa panjang. Mentafsir perlakuan emosi, motivasi, emosi,
pernafasan dan tekanan darah. Mempunyai 10% daripada bahagian otak manusia. Berfungsi
sebagai apa yang dirasa, ingatan dan berinteraksi dengan yang lain. Rasulullah SAW juga
menggalakkan kita untuk menziarahi orang meninggal atau sakit, ini kerana perkara tersebut
berkaitan dengan emosi.

Seterusnya bahagian yang ketiga adalah Reptilian ataupun ‘Aqlul Hayawani. Fungsinya
dalam otak adalah 10% daripada bahagian otak. Mengawal perlakuan secara rutin, kerap.
Fungsi besar adalah bertindak, berulang-ulang, semulajadi dan untuk menyelamatkan diri.
Tidak perlu berfikir panjang, ini kerana ia bertindak secara automatik.

Amygdala Hijack pula adalah tempat dimana bahagian yang melalui sebelum sampai
kepada Reptilian brain. Ini kerana boleh membuat manusia kepada emosi yang tidak stabil
seperti haiwan tanpa sedar iaitu marah, sedih, pendam. Maka kita perlulah memahami proses
kemanusian kita.

Ketika kita marah adalah insaniah dlm diri kita, maka Rasulullah SAW menggalakkan kita
mengambil air wudhuk ketika marah atau sedih serta janganlah melayan perasaan itu.

12
Kemudian, jika tidak berkesan solat lah. Solat akan membawa kita ketenangan dengan
melakukan pergerakan-pergerakan ketika solat dan merendahkan gelombang otak kita dari
alpha kepada beta. Jika tidak boleh solat disebabkan uzur, pindahlah tempat duduk yang lain.
Seterusnya, cubalah untuk memaafkan orang lain dan sabar.

Kita memaafkan orang bukan lah untuk orang lain untuk melepaskan bebanan dalam diri
kita, begitulah kunci pertama untuk menghilangkan perasaan marah. Kunci kedua adalah
dengan berdoa, meminta pertolongan dari Allah bukannya doakan untuk orang lain.

Emosi marah merupakan naluri semulajadi manusia yang sedia wujud. Emosi marah ini
boleh memberi manfaat kepada manusia jika digunakan untuk kebenaran dan keadilan. Tetapi
emosi marah yang tidak dapat dikawal dan menurut hawa nafsu adalah dilarang dalam Islam
kerana ia boleh membawa kepada kemudaratan diri dan orang lain.

13
9. SLOT 9 : PENGURUSAN EMOSI – BATASAN DALAM KELUARGA (17 APRIL) –
USTAZ AMIN

Menjaga hubungan ini menyentuh kepada menjaga hubungan baik dengan kerabat sebelah
ibu dan bapa, menjaga hubungan baik dengan kawan ibu bapa, serta menjaga hubungan baik
dengan rakan isteri dan ipar duai. Batasan dalam rumahtangga perlulah dijaga mempunyai
keluarga yang sentiasa hidup dalam aman. Hubungan yang baik yang ditekankan di sini
sebenarnya antara cara bagaimana anak boleh mengembirakan hati ibu bapa seterusnya akan
membahagiakan mereka. Apa lagi yang boleh membahagiakan ibu bapa terhadap anak-
anaknya melainkan berbangga kepada kerabatkerabatnya tentang kejayaan mendidik anak-
anaknya sehingga menjadi manusia yang berakhlak.

Terdapat batasan-batasan yang perlu dijaga dalam keluarga. Ikhlas adalah perkara yang
pertama perlu ada dalam diri dengan menerapkan dalam diri bahawa sesuatu perkara yang
mengharap balasan hanya dari Allah SWT. Orang baik Allah SWT akan sediakan perkara yang
baik tanpa kita sedari iaitu dengan dapatnya kesihatan dan sentiasa tenang. Ikhlas juga tidak
menafikan hak.

Kemudian, ihsan adalah mengenai tipu daya yang wujud. Jangan mengharap terlampau
tinggi terhadap sesuatu perkara dan tidak mudah terlampau mempercayai dengan keadaan
sekeliling supaya berhati-hati. Berlapang dada dengan apa yang Allah berikan kepada kita
untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Seterusnya, bertawakal dan terus berdoa kepada Allah SWT, berserah segala perkara
perkara yang dilakukan kepada Allah dan redha atas ketentuan-Nya dengan berdoa, Al-
Baqarah (201) firman Allah :

2َ 2‫ ا‬2‫ َذ‬2‫ َع‬2‫ ا‬2‫ َن‬2‫ ِق‬2‫و‬2َ 2‫ ًة‬2‫ َن‬2‫س‬2َ 2‫ح‬2َ 2‫ ِة‬2‫ر‬2َ 2‫آْل ِخ‬2‫ ا‬2‫ ي‬2‫ ِف‬2‫و‬2َ 2‫ ًة‬2‫ َن‬2‫ َس‬2‫ح‬2َ 2‫ ا‬2‫ َي‬2‫ ْن‬2ُّ2‫د‬2‫ل‬2‫ ا‬2‫ ي‬2‫ ِف‬2‫ ا‬2‫ َن‬2‫ ِت‬2‫ آ‬2‫ ا‬2‫ َن‬2َّ2‫ ب‬2‫ر‬2َ
2‫ ِر‬2‫ ا‬2‫ َّن‬2‫ل‬2‫ ا‬2‫ب‬

Maksudnya : "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan
peliharalah kami dari siksa neraka".

Berbuat baik dibalas baik adalah fitrah manusia. Berbuat baik dibalas jahat adalah zalim.
Buat jahat dibalas jahat adalah dendam. Berbuat jahat dibalas baik adalah Sunnah.

14
10. SLOT 10 : PENGURUSAN EMOSI & PENAWAR DALAM KESIHATAN MELAYU (18
APRIL) – USTAZ AMIN & Y.BHG. DATIN SHARIFAH ANISAH BARAKBAH

Dalam sebuah rumahtangga elemen emosi memainkan peranan penting sama ada secara
sedar atau tidak. Emosi memerlukan sesuatu kualiti kecerdasan.  Sebuah rumahtangga yang
dilalui, kita dapat melihat bagaimana gabungan di antara kecerdasan minda, spiritual dan emosi
yang mantap juga akan menghasilkan sesuatu yang mantap. Ada banyak perkara di dalam
permasalahan rumahtangga yang berkaitan dengan hubungan suami isteri, ibu bapa dan anak-
anak atau hubungan adik-beradik sukar untuk dileraikan yang sebenarkan berpunca daripada
kelemahan pengawalan ataupun pengurusan urusan emosi dan spiritual.

Ibu dalam rumah merupakan segalanya dalam rumahtangga. Wanita ini perlu jaga
kesihatan diri, anak-anak, suami. Dalam rumahtangga kurangnya kefahaman, tidak boleh saling
menuduh antara satu sama lain. Antaranya, adalah merungut tidak cukup wang ringgit dan
keperluan hidup. Makanya, apabila sudah berjanji untuk hidup semati hendaklah terima baik
buruk pasangan kita. Janganlah sentiasa merungut dan tidak pernah merasa cukup, itulah
punca bermulanya pergaduhan.

Seterusnya, isteri yang tidak menjaga penampilan diri. Tidak membuat sesuatu yang
menjadi tarikan untuk suami. Isteri perlulah menjaga kebersihan walaupun apabila selesai
memasak dapur, persiapkanlah diri dengan mandi supaya nampak kemas di hadapan suami.
Walaubagaimanapun, suami juga perlu menjaga kebersihan diri bukanlah dari isteri sahaja.

Mengenai kesihatan dalaman pula, lemah tenaga batin bukanlah hanya tertumpu pada
lelaki sahaja, perempuan juga. Ini bermakna, wanita yang mengalami masalah ini dipanggil
dingin iaitu tidak merasa apa-apa sentuhan walaupun sentuh dimana-mana tempat dan tidak
ada perasaan atau disebut sense. Perasaan berahi juga hilang ataupun mati putik, dingin dilihat
sangat teruk ketika situasi ini berlaku.

Rahsia bagaimana untuk menjaga kekuatan wanita adalah perlunya amalan bacaan
doa-doa terutama ketika makan ubat atau herba-herba kekuatan dalaman. Kemudian, pantang
larang yang perlu dijaga adalah tidak makan nasi bersulamkan dengan air kerana boleh
menyebabkan hati kita kembang. Seterusnya, apabila selesainya makan tidak minum air
dengan mendadak. Sebaiknya adalah minumlah air hanya tiga teguk dan disulam dengan
selawat nabi saw kemudian jalan 100 tapak barulah minum air sepuasnya.

15
Bagi kaum lelaki juga adanya petua yang perlu diamalkan setiap pagi bagi menjaga
kekuatan tubuh badan dengan ambil madu lebah asli titis di atas tapak tangan kanan anggaran
satu sudu besar, membaca selawat Nabi SAW sebanyak tiga kali kemudian jilatkannya. Bagi
wanita pula adanya minuman halba yang perlu diamalkan supaya darah bersih dan tidak
berbau iaitu dengan mesin biji halba dan habbatus saudah itu sehingga menjadi serbuk
kemudian dimasukkan dalam bekas. Seterusnya, ambil secubit sahaja serbuk dengan
menggunakan jari manis dan ibu jari kemudian titiskan bersama madu lebah asli, selawat tiga
kali dan jilat tapak tangan. Namun begitu, setelah dimasukkan ke dalam mulut biar dahulu ia
melalui di kawasan mulut dan air liur waktu pagi tu kemudian secara perlahan telan.

Selain itu, bagi kaum wanita juga digalakkan untuk melakukan latihan kemutan di
bahagian kemaluan. Ini bertujuan untuk memberi kekuatan kepada otot-otot di kawasan ari-ari
wanita. Seterusnya, diambil daun inai dan daun sireh, direbuskan dengan garam kemudian cuci
di bahagian kemaluan pada waktu pagi supaya tidak berbau sepertimana yang diajar oleh
orang zaman dahulu. Kemudian, setiap kali selepas datang haid mesti bertangas di tempat sulit
dengan daun yang anti-septik, halba, kunyit dipotong-potong, dan garam. Pada tempat sulit
wanita, janganlah dicuci dengan benda yang wangi-wangian, apa sahaja yang bayi guna
makanya boleh dipakai di tempat sulit kita dan meruang di tempat kemaluan.

Bagi pasangan suami isteri pula perlu buat senaman tua atau senaman yoga untuk
memberi kekuatan pada otot-otot supaya lebih kuat staminanya. Iaitu dengan lutut bersila,
tapak kaki bertemu tapak. Kemudian, apabila telah bersama lelaki tidak boleh terus masuk ke
bilik air dan cuci dengan air sejuk, sebaiknya rehat dahulu begitu juga dengan kaum wanita.

Begitulah antara cara-cara penjagaan dalaman lelaki dan wanita yang perlu diamalkan
sepertimana oleh zaman moyang kita dahulu. Ini kerana, memebri seribu kali manfaat kepada
diri kita. Dalam usaha untuk mengekalkan hubungan suami isteri kekal bahagia, salah satu
aspek yang perlu dijaga ialah hubungan intim. Oleh itu, komunikasi dan usaha daripada diri
anda sendiri adalah penting.

16
11. SLOT 11 : PERISTIWA PERANG BADAR (19 APRIL) – USTAZ AMIN & IKRAM AFIFI
(IKATAN STUDI ISLAM UKM)

Setelah hijrahnya Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah bersama-sama para


sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang Anshar, Islam telah berkembang, tersebar luas
dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah Arab.  Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi
kukuh.  Orang-orang Arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini.

Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia
merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama
Allah.  Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentara yang ikut serta
tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka.

Terjadinya Perang Badar ini adalah ketika Nabi SAW berhijrah lebih kurang 622M. Baginda
disuruh oleh orang Quraisy meninggalkan banyak harta-harta. Selepas baginda berhijrah, orang
kafir memecahkan semua rumah-rumah orang Islam dan diambil serta menjual harta orang
Islam untuk dibawa berdagang. Seterusnya, para sahabat berjumpa Rasulullah SAW dan
meminta kebenaran untuk menahan kafilah perdagangan Abu Sufian yang akan melalui, bukan
untuk mengambil harta mereka tapi hanya untuk mengambil harta kita sahaja. Tujuan utama
bukanlah untuk pergi berperang tetapi hanya untuk mengambil hak yang sudah dirampas.
Walaubagaimanapun, perkara tersebut sampai di telinga Abu Sufian makanya dia menempah
1000 anggota pengiring menjaga kawasan mereka.

Di dalam Perang Badar, terdapat emosi yang boleh dipelajari antaranya adalah ketika
perkara yang tidak dijangka sepertimana yang berlaku pada Rasulullah SAW dan sahabat
perjuangan seramai 313 orang tidak menjangka akan berlakunya peperangan dan tidak
membawa sebarang peralatan perang. Maka dengan itu, kita hendaklah menguruskan emosi
kepada perkara yang tidak terjangka dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kejadian
yang akan berlaku tanpa kita sedari. Sepertimana yang diajar oleh agama Islam iaitu tawakal
kepada Allah SWT walau apa pun yang berlaku.

Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam.  Andaikata tentera Islam kalah
dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu
sendiri.  Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan
menambahkan keyakinan bahwa mereka adalah pihak yang benar.  Mereka telah mula disegani
dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin
Madinah.  Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot.  Orang yang

17
ditawan oleh tentera Islam pula, apabila mereka balike ke Makkah setelah dilepaskan telah
menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam.  Cerita ini
dengan tidak secara langsung telah memberi pertolongan yang besar kepada perkembangan
agama Islam di Makkah.  Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy
secara diam telah berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam.  Dengan ini tentera Islam
bertambah dari masa ke masa.  Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang
Islam kepada nabi Muhammad SAW dan ajaran Islam.  Mereka sanggup berkorban jiwa untuk
kepentingan Baginda dan agama Islam.

12. SLOT 12 : PENGURUSAN EMOSI – AKAL (20 APRIL) – USTAZ AMIN

18
Firman Allah SWT : “Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kamu dari sangka-sangka
kerana kebanyakan dari sangka-sangka itu mendatangkan dosa”

Di dalam akal kita danya dua perkara penting dari sudut sangka-sangka yang perlu
dikawal dan dijaga. Yang pertamanya adalah, encoded assumption iaitu sangka-sangka yang
ada dalam pemikiran atau cara pemikiran kita yang sudah terbiasa dan mudah memberi
andaian yang buruk.

Terdapat satu kajian oleh psikologi, sebelum melihat tingkah laku manusia, dia mengkaji
haiwan terlebih dahulu dengan belalang padang dengan mengurung di dalam bekas. Apabila
dikurung belalang tersebut melompat dengan tinggi sekali sampai terkena pada penutup bekas
tersebut. Namun apabila ditinggalkan selama beberapa hari di dalam bekas tersebut belalang
itu tidak lagi lompat setinggi seperti hari pertamanya dikurung begitu juga selepas dilepaskan di
kawasan lapangan. Ini kerana, belalang tersebut telah mengekod di akalnya bahawa jika dia
melompat lebih tinggi lagi kepalanya akan mengenai sesuatu dan memberi mudharat
kepadanya.

Bentuk sangka-sangka yang kedua adalah engagement assumption adalah satu


peraturan yang berada di dalam pemikiran kita dan memaksa orang lain mengikuti
peraturannya itu.

Berbaik sangka terhadap sesama makhluk lebih mulia daripada bersangka buruk yang
boleh mendatangkan dosa. Namun, perlu diingat sangka baik perlu diimbangi sikap berhati-hati.
Seperti mana perlunya berbaik sangka, begitulah juga kita perlu berhati-hati agar sifat baik itu
tidak dieksploitasi musuh atau orang berkepentingan.

Sikap berhati-hati juga dibina oleh pengalaman. Apabila ilmu, fakta, dalil dan
pengalaman bergabung, terbinalah sikap matang dalam berbaik sangka. Kita berbaik sangka
tetapi tidak mudah untuk ditipu dan dikhianati. Sikap berhati-hati dan belajar daripada
pengalaman sangat penting agar sikap berbaik sangka tidak diputar-belitkan, dikhianati dan
diperalatkan oleh orang berniat jahat.

19
13. SLOT 13 : PENGURUSAN EMOSI – MATLAMAT (21 APRIL) – USTAZ AMIN

Belajar untuk menamatkan keburukan dengan kurangkan kesempurnaan dan perbanyakkan


usaha. Kita disuruh untuk perbanyakkan amalan supaya hidup lebih diberkati. Rahsia
keberkatan umur adalah apabila mahir dalam circle of action. Apabila selesai satu usaha,
mulakan dengan usaha yang baru. Inilah sifat orang yang beriman. Adanya permulaan,
penamatan, dan buat benda baru.

Matlamat secara ringkasnya bermaksud sesuatu yang ingin anda capai. Selalunya, ia akan
melibatkan penggunaan masa dan usaha yang bersungguh-sungguh. Sebenarnya, anda
menggunakan matlamat setiap hari. Contohnya, anda ingin pergi ke kedai untuk membeli gula.
Jadi, gula itu adalah matlamat anda pergi ke kedai. Contoh tersebut adalah contoh matlamat
yang mudah. Anda tidak perlu berfikir panjang untuk menetapkan matlamat tersebut. Anda juga
tidak perlu bersusah payah untuk mencapai matlamat anda. Jika matlamat anda adalah
membeli gula di kedai, anda cuma perlu pergi ke kedai, beli gula dan pulang ke rumah. Mudah
sahaja matlamat itu terlaksana.

Bagaimana jika anda ubah sedikit matlamat anda di atas. Katakan, anda ingin pergi ke
kedai, beli gula dan pulang ke rumah dalam masa 10 minit. Selalunya anda perlu mengambil
masa selama 20 minit. Tentu matlamat ini akan jadi lebih mencabar bukan? Apa yang perlu
anda lakukan untuk mencapai matlamat baru ini?

Jelas sekali, anda tentu perlu fikirkan berapa lama masa yang anda boleh jimatkan dalam
perjalanan. Kalau selama ini anda berjalan, perlukah anda berlari? Anda juga perlu fikirkan
tentang menjimatkan masa semasa membeli gula itu. Semua persoalan baru yang timbul ini
adalah disebabkan anda mempunyai matlamat yang lebih jelas dan lebih menarik. Matlamat ini
semua memerlukan anda untuk berfikir dengan lebih kreatif. Anda juga perlu bersedia untuk
membuat perubahan dan sanggup berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh.

20
14. SLOT 14 : IS MENTAL ILLNESS THE ‘NEXT WAVE’ OF COVID-19 PANDEMIC?:
THE ROLES OF MENTAL HEALTH PROFESSIONALS. (23rd APRIL) –

PROF. DR MALIK BADRI & DR. JAMILAH HANUM ABDUL KHAIYOM

The relationship between Covid-19 and psychological health should be very clear to
everybody. The impact of Covid-19 probably after this situation people will may started to
develop Obsessive-compulsive disorder (OCD), Coronaphobia is a form of specific phobia in
relation to Covid-19 and Social Phobia. This is the cause of current lockdown throughout the
globe, eventhough this is the physical distancing in nature it may also trigger social phobia in
the future. Whereby people are afraid to meet other people, people are anxious whether other
people are healthy or not to be contacted with. Not only Corona Phobia, OCD and Social Phobia
but also the fear of death.

Prof Malik also mention that people are worry if after this Covid-19 they may be affected by
either Covid-19 virus, other germs or other virus in the future. So this may be also trigger future
health anxiety or we previously call it as a Hypochondriasis as another form of mental disorder.
Anxiety disorder we’ve seen that in our media epidemiologist mental health experts have been
saying that this isolation the lockdown or in Malaysia we call it Movement Control Order (MCO)
may increase isolation feeling of loneliness.

This situation mostly happened especially to our elderly and when people feel lonely it is
not really that we feel uncertain about the future we are afraid and also fear about the future.
We may also feel depressed when we feel lonely depression also may increase and not really
among people and in general people. People who may affected most of the one who is currently
suffering with mental disorders people who already have a history of mental disorders may
become more intense and need to be helped as well. Our elderly were parents with different
able children at home when they are lockdown the stress become higher so these are all will
trigger and develop different forms of mental disorders.

Prof Malik also specifically mentioned that we need to use Cognitive Behaviour Therapy to
us on what can be done, so what can be done to help our people. This is because Cognitive
Behaviour Theraphy is a gold standard of psychotherapy (Exposure Response Prevention +
Systematic Desensitization) intervention. Psychotherapy has been proven globally in many
meta - analysis that Connective Behaviour Therapy may able to reduce anxiety, also may able
to reduce the symptoms of depression and loneliness and also at the form of disorders.

21
The integration of cultural context in Malaysia for example we know that from the Cognitive
Behaviour Therapy or Psychotherapy is being integrated with us, cultural elements and also
spirituality or religious activities, the effect size or the treatment effevts are higher if compared to
we use alone the western model of Cognitive Behaviour Therapy.

The group intervention may enhance the feeling of us, it also will enhance the common
humanity experience, not only single person of few people who are affected by this Covid-19
and also the social isolation social distancing and lockdown that we are currently observing
many people. There are many people are in distress and because of that group intervention
may be used in order to enhance the therapeutic elements in it.

Prof Malik Badri also inform us that relaxation can be integrated with our own spirituality
activities or religiosity activities such as zikr, ahadun, Alhamdulillah, Allahu akbar and for other
religion for other faiths they may use different mantra and this may enhance not only relaxation
in terms of our muscle but also will enhance spirituality inside us internally.

In addition, Prof Malik has suggested us to do is abdominal breathing. This is take to our
basic on breathing like a baby, it is not something difficult to be done. Breathe consciously,
breathe mindfully using abdominal breathing and also using progressive muscular relaxation.
This is not something about rocket science, it is about identifying which muscles that we feel
pains and stress it a bit and elongate the muscle or relax the muscle and at the same time try to
use imagination. We know that imagination is so powerful but sometimes we are too distracted
to even imagine something that are nice, that may enhance the feeling of therapeutic inside us.

This extra ordinary times takes extra ordinary resilience level for us to cope with it.
Recognizing that mental health issue may become another new wave of this pandemic Covid-
19 is very important, so when we recognize that after this probably the mental health issues are
going to arise. So we all of us psychologist’s mental health professionals can be more prepared
and we need to normalize this among our people because it is the natural respond.

22
15. SLOT 15 : BICARA COVID-19 – Art Therapy (2 MEI) – DR. AZIZAH BINTI
ABDULLAH

Art Therapy merupakan satu seni persembahan untuk meluahkan perasaan dan jiwa untuk
tujuan tertentu. Kadangkala verbal dan non verbal berbeza dengan apa yang diluahkan dalam
diri. Art Therapy merupakan salah satu kaedah kaunseling pada masa kini. Walau
bagaimanapun, pengetahuan yang luas sangat diperlukan untuk membantu client mengenali
dan menyelesaikan masalah.

Dalam tempoh berlakunya Covid-19 ini, situasi melukis ini mempunyai kaitan dengan
sejarah Art Therapy. Menurut kajian, terdapatnya tiga sebab seseorang individu itu melukis.
Yang pertamanya adalah kerana mempunyai kepuasan diri, dapat melepaskan tekanan diri dan
merasakan sesuatu yang bermakna. Menurut istilah DR. Natalie Rogers, Lukisan ini merupakan
transformasi idea-idea dalaman tentang kehidupan.

Seterusnya, seseorang itu melukis kerana mempunyai bakat semulajadi. Ini kerana,
terdapat sesetengah pelajar lebih cenderung kepada sesuatu yang artistic serta tidak minat
kepada yang fakta seperti sejarah. Maka sebagai ibu bapa atau guru hendaklah menyokong
kepada apa yang diminati untuk mengelakkan pelajar tersebut tertekan dan mengikut kepada
kerjaya pilihan mereka sendiri.

Kemudian, alternatif terapi. Individu tersebut merasakan terapi ke arah pembinaan sesuatu
yang sihat dan memberi manfaat. Melepaskan emosi yang dimiliki dengan lukisan yang
dilakukan supaya dapat melepaskan tekanan hidup. Cuma sebagai guru kaunseling pula tidak
boleh terus membuat interpretasi kepada klien ataupun pelajar tersebut dan hendaklah
bertanya terus kepada mereka supaya tiada andaian-andaian yang negatif berlaku.

Manfaat daripada menggunakan Art Therapy ini adalah sebagai therapeutic tool iaitu
sebagai alat kemudahan untuk penerokaan dan komunikasi. Jika klien susah ataupun susah
untuk meluahkan perasaan, maka kita akan gunakan alternative complementary sebagai pre
verbal caunselling ataupun pra lisan sebelum sesi kaunseling dijalankan. Oleh sebab itu, kita
tidak boleh membuat penilaian, tafsiran dan interpretasi jika tidak kita akan menjadi autoriti
kepada kehidupan klien untuk mengawal kehidupan mereka.

23
16. SLOT 16 : PERSEDIAAN MENTAL DAN EMOSI DALAM GAYA HIDUP NORMA
BAHARU (8 MEI) – PROF MADYA DR SOPIAN BUJANG, DR AMALIA MADIHIE &
PUAN KASHNITA EDIN

Manusia adalah sebaik-baik makhluk yang telah diciptakan oleh Allah SWT di muka bumi
ini. Manusia adalah mudah untuk mengadaptasi dengan perubahan-perubahan baharu yang
berlaku dalam persekitaran kita. Norma merupakan satu tingkah laku yang menjadi kebiasaan
kepada khalayak dalam konteks sosial. Menurut Dr Sopian di dalam keadaan Covid-19 yang
berlaku ini terdapat tiga langkah ataupun tiga persoalan yang boleh kita lakukan dalam diri kita,
pertamanya adalah apakah kebiasaan yang kita lakukan? Keduanya, apakah perkara baharu
yang berlaku dalam diri kita? Ketiga ialah mengenalpasti tahap emosi diri kita sekarang dan
merujuk kepada pakar kaunseling jika terdapatnya sebarang masalah. Hakikatnya kita perlulah
berubah demi untuk merubah.

Menurut Dr Amalia, mental ini adalah keadaan minda kita berkaitan dengan tindak balas
emosi dan intelektual sesorang itu. Sikap kita ialah anugerah dari Allah SWT yang memberi
kebijaksanaan kepada manusia. Di dalam hidup, kita perlu meneroka diri dan persepsi diri kita.
Minda pula adalah satu kebolehan kognitif termasuklah kesedaran, pemikiran, persepsi,
pertimbangan, bahasa, memori, dan sebagainya. Dalam erti kata lain, minda adalah kebolehan
untuk berfikir dan kebolehan kesedaran dalam kita. Di dalam norma yang baharu ini kita
perlulah menerima dengan keadaan yang berlaku dari sudut yang positif, keduanya ialah
memahami apakah faktor yang boleh untuk membantu keadaan kita supaya menjadi lebih baik
contohnya seperti membuat jadual di dalam keluarga untuk aktiviti yang boleh dilakukan
bersama. Ketiganya adalah kebersamaan, jika tidak manusia akan berasa kesunyian dan
menganggu sistem pemikiran kita.

Menurut Puan Kashnita pula, emosi adalah berpunca daripada mental iaitu cara kita berfikir.
Ancaman wabak ini akan menimbulkan reaksi psikologi yang berbeza terhadap setiap individu.
Wabak Covid-19 ini seperti yang kita ketahui merupakan wabak yang paling ditakuti oleh semua
orang berbanding dengan wabak penyakit yang lain. Perkara yang boleh dilakukan ketika
wabak ini adalah yakin dengan menerima gaya hidup norma yang baharu ini. Terdapatnya
formula 3P bagi mengurus emosi pertamanya adalah Percaya kepada Tuhan dengan
mempercayai bahawa terdapatnya hikmah terhadap perkara yang berlaku ini, Percaya kepada
diri sendiri iaitu apa yang berlaku pada persekitaran, kita dapat mengawalnya bergantung
kepada persepsi positif kita sendiri. Ketiganya, Percaya kepada rawatan atau terapai atau
kaunseling ini kerana minda kita adalah seperti tubuh badan kita ia boleh sembuh. Maka

24
dengan itu, perlulah kita sentiasa berfikir dari sudut positif supaya tidak cenderung untuk masuk
ke dalam situasi pemikiran yang negatif kerana ia boleh memberi impak yang buruk kepada diri
kita sendiri.

25

Anda mungkin juga menyukai