Anda di halaman 1dari 19

PMU6043

PENGURUSAN HARTA PUSAKA, WASIAT DAN HIBAH

KUMPULAN : 1

SEMESTER I 20 / 21

TUGASAN :

‫ما يعتبر من التركة وما ال يعتبر التركة في ماليزيا‬

NAMA PENSYARAH : DR. ANWAR ALMUSTAFA

NAMA AHLI KUMPULAN 5 NO.MATRIK


1) NORADILAH HANUM BINTI AHMAD JAFRI I18102972

2) SITI HAJAR AZZAHRAA BINTI HUSAINI I18102617

3) ILYANA NAJLA BINTI AZHAR I18103047

4) NORA ASHIKIN BINTI MEOR HAZIZI I18102953

1
TARIKH : 02 Disember, 2020.

PENGENALAN

Definisi warisan ataupun disebut sebagai harta pusaka menurut Kamus Dewan ialah harta
benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia iaitu untuk diwarisi oleh ahli
keluarganya. Dalam Bahasa Arab dari segi bahasa disebut Al-Irth, Al-Wirth atau Al-Wirathah
dan dalam Bahasa Melayu dipanggil Warisan.

Menurut Istilah Syarak harta pusaka ini adalah harta peninggalan dari orang yang telah
meninggal dunia kemudian menjadi hak mutlak ahli waris dan diagih-agihkan di kalangan
mereka yang berhak. Menurut Ustaz Haji Abdul Kadir bin Ismail, dalam mazhab As-Syafie’,
harta pusaka ditakrifkan sebagai : “Segala yang menjadi hak kepunyaan si mati di masa
hayatnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak kepunyaan,
begitu juga apa yang termasuk hak miliknya setelah mati”.

PENDAHULUAN

Harta-harta yang boleh diperolehi oleh waris terbahagi kepada dua bahagian iaitu harta
alih dan harta tak alih. Harta Alih ialah harta yang bukan dalam bentuk tanah mahupun rumah.
Seperti contoh pakaian, barang kemas, kenderaan, peralatan rumah dan sebagainya seperti wang
tunai, wang simpanan dari institusi kewangan seperti bank, Tabung Haji, KWSP, pelaburan ASB
dan yang seumpamanya. Harta Tak Alih merupakan tanah dan mana-mana hak atau faedah
yang dimiliki dari tanah. Faedah dari tanah atau benda-benda yang dilekatkan kepada tanah.
Perkara tersebut meliputi tanah pertanian, lombong dan sebagainya. Tanah yang diluluskan oleh
kerajaan, di bawah rancangan FELDA, FELCRA dan apa sahaja yang di bawah Akta Tanah.

Undang-undang harta pusaka dibahagikan kepada tiga jenis iaitu harta pusaka besar
(biasa), harta pusaka kecil, dan harta pusaka ringkas. Secara ringkas akan diterangkan
pentakrifan undang-undang tersebut, pertamanya ialah harta pusaka besar ataupun disebut
sebagai harta pusaka biasa adalah semua jenis harta peninggalan si mati dengan wasiat atau tanpa

2
wasiat seperti harta alih dan harta tak alih bernilai kurang atau lebih dari RM 2juta tertakluk
kepada Akta Probate dan Pentadbiran 1959. Kemudian, harta pusaka kecil adalah harta alih dan
harta tak alih bernilai tidak melebihi RM 2juta iaitu harta yang ditinggalkan oleh si mati tanpa
wasiat. Keadaan seperti ini tertakluk kepada Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.
Harta pusaka ringkas, harta yang ditinggalkan oleh si mati tanpa wasiat terdiri daripada harta alih
sahaja dan nilainya tidak melebihi RM 600ribu kemudian tertakluk kepada Akta Perbadanan
Amanah Raya 1995.

HARTA PUSAKA TERMASUK

Definisi Harta Pusaka Termasuk adalah semua harta yang ditinggalkan oleh si mati dan
diperolehi semasa hayatnya dengan cara yang halal melalui jual beli, hibah yang dibenarkan,
hadiah, sedekah ataupun melalui wasiat. Keadaan ini dikira juga apabila seseorang individu itu
menjelaskan sewaan yang belum dijelaskan kepada si mati, individu yang berhutang dengan si
mati, dividen yangterbit daripada harta apabila meninggal dunia dan barang atau hasil yang terbit
dari usaha si mati semasa hayatnya.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Atau Employees Provident Fund (EPF)

Sekiranya seseorang itu meninggal dunia, simpanan KWSP merupakan jaminan kepada
orang-orang tersayang dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta
menampung perbelanjaan dalam pengurusan pengebumian kelak. Institusi KWSP menggalakkan
agar individu membuat penamaan sebelum berlaku perkara yang tidak dingini agar tidak berlaku
kesulitan. Bantuan Kematian juga akan diberikan kepada ahli waris atas budi bicara.

Wang KWSP ialah wang pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaan yang disimpan
di dalam akaun simpanan pekerja tertakluk di bawah Akta KWSP. Wang akan dibenarkan keluar
sebahagian oleh pencarum apabila mencapai umur tertentu atau memenuhi syarat-syarat yang
dikehendaki oleh Skim Pengeluaran KWSP. Kelayakan memohon bagi yang sudah didaftarkan
sebagai penama adalah berumur 18 tahun dan ke atas mengikut kepada bahagian penamaan.

3
Simpanan yang boleh dikeluarkan adalah kesemua bahagian simpanan KWSP si mati (ahli)
mengikut bahagian penamaan yang dibuat.

Kelayakan memohon bagi yang tidak lagi didaftarkan sebagai penama adalah si mati
(ahli) yang telah berkahwin, anak-anak, ibu bapa, adik-beradik atau Pentadbir Pusaka. Si mati
(ahli) yang belum berkahwin dilayakkan ibu bapa, adik-beradik atau Pentadbir Pusaka sebagai
pentadbir harta. Simpanan yang kurang dari RM 2,500 boleh dikeluarkan sekaligus jika
permohonan kurang dari 2 bulan dari tarikh kematian ahli. Manakala simpanan dalam anggaran
RM2,500 sehingga RM25,000 akan dibayar berdasarkan tempoh tertentu iaitu bayaran pertama,
RM2,500 dan bayaran kedua selepas tempoh 2 bulan dari tarikh kematian ahli ialah kesemua
baki simpanan ahli. Simpanan lebih dari RM25,000 akan diberi RM2,500 sebagai bayaran
pertama dan bayaran kedua selepas tempoh 2 bulan dari tarikh kematian ahli iaitu RM22,500
kemudian baki simpanan akan dibayar berdasarkan Surat Pentadbiran Mahkamah atau Institusi
Perundangan atau Amanah Raya Berhad (ARB).

Permohonan penama yang lebih daripada 2 bulan dari tarikh kematian ahli akan diberi
bayaran sekaligus jika simpanan si mati (ahli) kurang dari RM2,500 ataupun dalam anggaran
dari RM2,500 sehingga RM25,000. Namun jika lebih dari RM25,000 baki simpanan akan
dibayar berdasarkan Surat Pentadbiran Mahkamah atau Institusi Perudangan atau Amanah Raya
Berhad (ARB).

Status Penama KWSP Terhadap Harta Si Mati

Menurut Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tahun 1973 mereka memberi pendapatnya dan
bersetuju bahawa penama-penama KWSP, wang simpanan, pejabat pos, bank insuran, dan
ssyarikat kerjasama adalah sebagai orang yang melaksanakan wasiat si mati. Penamaan ini
bertujuan sebagai pentadbir harta si mati sahaja untuk diagihkan bukanlah sebagai pemilik tetap
kerana perlu mengikut kepada hukum faraid.

Ahli yang beragama Islam jika penama meninggal dunia, waris terdekat si mati (ahli)
layak untuk memohon bagi pengeluaran kematian dan keadaan si mati (ahli) yang bukan
beragama Islam, jika penamanya meninggal dunia sebelum kematian ahli maka waris terdekat
ahli layak untuk memohon bagi pengeluaran kematian. Tetapi jika penama meninggal dunia
selepas kematian ahli, waris terdekat penama layak untuk memohon bagi pengeluaran. Jika orang

4
bukan Islam memeluk Islam dan mempunyai simpanan KWSP telah menamakan penama orang
bukan Islam maka hendaklah ditukar penama tersebut tetatpi apabila tiada penama Islam dan
tiada waris Islam maka yang berhak atas harta tersebut adalah Baitulmal.

Hibah di dalam wang KWSP dibenarkan tetapi hanya sebahagian kecil daripada wang
asal dalam KWSP dibenarkan. Wang yang boleh dihibahkan ini adalah wang yang dikeluarkan
dari akaun 1 KWSP untuk dilaburkan kepada Unit Amanah atau dikenali sebagai Unit Trust.
Ahli juga perlulah mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM240,000 pada umur 55 tahun
iaitu pada kadar sara hidup RM1,000 sebulan selama 20 tahun, selama bersara dan selaras
dengan jangka hayat hidup rakyat di Malaysia iaitu 75 tahun. Syarat lain jumlah minimum
pelaburan adalah RM1,000 dan pelaburan hanya boleh dibuat dalam jangka masa 3 bulan sekali
mengikut kepada penambahan umur serta simpanan asas yang ditetapkan pada umur tersebut.

Contoh pengiraan bagi kelayakan pelaburan adalah mengikut kepada umur dan dikaitkan
bersama simpanan asas baharu, seperti berikut :

SIMPANA SIMPANA PENGIRAAN


AHL UMU N DALAM N ASAS UNTUK
KELAYAKAN
I R AKAUN 1 BAHARU PELABURA
(RM) (RM) N (30%)
Ahli tidak layak
memohon. Simpanan di
A 22 4ribu 10ribu -
Akaun 1 kurang daripada
Simpanan Asas Baharu.
Ahli tidak layak
(RM11ribu –
memohon. Kelayakan
B 22 11ribu 10ribu RM10ribu) x
minimum adalah
30% = RM300
RM1000.

5
Ahli layak memohon.
(RM24ribu –
Amaun kelayakan
RM18ribu) x
C 25 24ribu 18ribu minimum adalah
30% =
RM1,000 dan maksimum
RM1,800
adalah RM1,800.

Jadual 1 : Pengiraan kelayakan pelaburan

Tabung Haji (TH)

Hibah Amanah Tabung Haji adalah pemberian Harta Hibah Amanah oleh Pemberi Hibah
Amanah semasa hidupnya. Pemberi Hibah Amanah mestilah merupakan pendeposit Tabung Haji
yang memiliki akaun simpanan dewasa, waras, berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk pada
terma dan syarat yang ditetapkan. Pemberi Hibah Amanah diberi pilihan sama ada ingin
membuat Hibah Amanah Tabung Haji secara keseluruhan ataupun gabungan Hibah Amanah dan
Penamaan ke atas wang simpanan di Tabung Haji (Harta Hibah Amanah).

Apabila pemberi Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum penerima
hibah maka peratusan bahagian harta hibah amanah adalah menjadi hak mutlak sepenuhnya.
Manakala apabila penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu maka peratusan
bahagian harta akan menjadi harta pusaka penerima hibah serta diagihkan kepada waris.
Sekiranya kedua-duanya meninggal dunia dalam masa yang serentak, maka harta Hibah Amanah
akan dibayar Tabung Haji mengikut surat kuasa mentadbir perintah yang dikemukakan oleh
pentadbir waris.

Hibah yang dilaksanakan Tabung Haji telah mengambil kira pembayaran zzakat
sebanyak 2.5%. Hibah bagi panduan pendeposit adalah sperti berikut :

1. Hibah Tahunan ialah hadiah yang diisytihar oleh Tabung Haji.


2. Hibah Haji pula adalah hadiah khas yang diberikan kepada pendeposit Tabung Haji yang
masih belum pernah menunaikan haji dan terhad (RM9,980) dan golongan yang layak
adalah individu yang mempunyai akaun simpanan Tabung Haji berstatus aktif.

6
Kadar hibah Tabung Haji :

1. 2019 : 3.05% kadar bonus tahunan.


2. 2018 : 1.25% kadar bonus tahunan.
3. 2017 : 4.5% kadar bonus tahunan & 1.75% kadar bonus haji (jumlah 6.25%)

Cara pengiraan hibah tahunan 2018 (pendeposit yang aktif) :

Baki purata minima bulanan (Januari-Disember 2018/12 bulan) x kadar hibah tahunan
(1.25%)

Contoh : (RM1,000+1,100+1,200…+2,200) / 12 x RM1.25% = RM22

Pengiraan kadar hibah Haji tahun 2017:

Baki purata minima bulanan (tidak melebihi RM9,980) ) x kadar hibah haji (1.75%) =
(Januari-Disember 2017/12 bulan) x kadar hibah haji (1.75%)

Pengiraan hibah haji mengambil kira purata baki minima bulanan, tapi terhad kepada jumlah
maksima bayaran haji tahun semasa.

Hibah

Dari segi bahasa hibah membawa maksud pemberian, sama ada dalam bentuk ‘ain atau
selainnya. Ia boleh di panggil hadiah atau sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai maksud
yang sama. Perbezaannya adalah dari aspek tujuan pemberian itu, sedekah adalah sesuatu
pemberian yang bertujuan mendapat pahala Allah di akhirat dan pada kebiasaannya orang yang
kaya bersedekah kepada orang miskin atau orang yang memerlukan.

Dari sudut istilah pula bermaksud sesuatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh
seseorang secara sukarela dan tanpa paksaan terhadap hartanya kepada pemilik yang lain pada
masa hidupnya tanpa batas. Hibah ialah sesuatu akad pemberian milik ain hartanya daripada satu
pihak kepada pihak yang lain tanpa paksaan dan balasan semasa hayatnya secara sukarela dan

7
tanpa paksaan, bukan untuk mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang itu,
demgan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau selainnya.

Ciri- ciri Hibah ialah:

I. Sesuatu akad pemberian hak milik harta kepada sesuatu pihak lain.
II. Harta yang boleh di hibah ialah ain harta da bukannya hutang atau manfaatnya.
III. Akad hibah dibuat tanpa balasan.
IV. Akad hibah berkuatkuasa semasa hayat pemberi hibah.
V. Ia dibuat secara sukerela dan tanpa paksaan.
VI. Akad ini dibuat untuk mendapat pahala dan untuk memuliakan sesuatu pihak.

Hibah sesuatu amalan yang digalakkan dalam agama Islam. Hukum memberi Hibah
dalam pelbagai bentuk dan hadiah dan sedekah juga termasuk di dalamnya adalah sunat
berdasarkan dalil- dalil daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Ijmak ulama’.

Firman Allah :

‫ا‬QRًٔ‫ا َّم ِر ٓئـ‬QRًٔ‫ص ُد ٰقَتِ ِه َّن نِحْ لَةً ۚ فَإِن ِط ْبنَ لَ ُك ْم عَن َش ْى ٍء ِّم ْنهُ نَ ْفسًا فَ ُكلُوهُ هَنِ ٓئـ‬ ۟ ُ‫َو َءات‬
َ ‫وا ٱلنِّ َسٓا َء‬

Maksudnya : Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian
daripada mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai
nikmat yang lazat lagi baik kesudahnnya. (Surah An-Nisa, 4 :
4)

Menurut pendapat jumhur ulama’, ayat di atas menjelaskan pemberian yang dilakukan
oleh seorang isteri daripada maharnya kepada suaminya itu adalah harus. Ia menjadi harus untuk
suami mengambil pemberian isterinya dengan cara hibah dan ayat di atas adalah dalil kepada
keharusan hibah.

Dalam hadis sahih yang lain Sabda Rasulullah SAW (Al-Asqalani, Ibnu Hajar) yang
bermaksud : Daripada Aisyah R.A. berkata: “Rasulullah SAW menerima Hibah dan
membalasnya”. Hibah ini sangat dituntut dilakukan terutamanya kepada ahli keluarga.

Firman Allah:

8
۟ ٓ
ٍ ‫ٰيَأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوا َربَّ ُك ُم ٱلَّ ِذى َخلَقَ ُكم ِّمن نَّ ْف‬
َ َ‫س ٰ َو ِح َد ٍة َوخَ ل‬
‫ق‬

۟ ُ‫ث ِم ْنهُما ر َجااًل َكثِيرًا َونِ َسٓا ًء ۚ َوٱتَّق‬


Q‫وا ٱهَّلل َ ٱلَّ ِذى تَ َسٓا َءلُونَ بِِۦه َوٱأْل َرْ َحا َم ۚ إِ َّن ٱهَّلل َ َكانَ َعلَ ْي ُك ْم َرقِيبًا‬ َّ َ‫ِم ْنهَا زَ وْ َجهَا َوب‬
ِ َ

Maksudnya : Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-
nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (siratulrahim) kaum kerabat. (Surah An-
Nisa, 4 : 1)

Rukun-rukun Hibah mempuyai lima jenis iaitu pemberi Hibah (Wahib), Penerima Hibah
(Mawhub Lahu), Harta yang dihbah (Mawhub), Sighah (Ijab dan Qabul) dan penerima Hibah
(Qabd).

Syarat pemberi Hibah

Pemberi perlu ada akaun simpanan Tabung Haji. Pemberi perlulah mempunyai akal yang waras.
Pemberi perlu berumur 18 tahun keatas dan perlu tertakluk kepada terma dan syarat di bawah
Surat Ikatan Hibah Amanah dan Surat Kuasa Wakil.

Syarat penerima Hibah

Penerima perlu warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia. Penerima perlu
beragama Islam atau bukan beragama Islam. Penerima perlu mempuyai akal yang waras.
Sekiranya tidak waras pemberi hibah perlu melantik penjaga sah. Ia tiada had umur. Sekiranya
penerima hibah di bawah umur 18 tahun, pemberi hibah perlu melantik penjaga sah. Ia tiada had
bilangan penerima Hibah ini.

Syarat Lafaz (Sighah) Ijab dan Qabul

Lafaz Ijab oleh pemberi dilakukan dengan cara jelas atau nyata, dan ia berlaku dalam
cara tidak langsung(kiasan). Sebagai contoh “Aku berikan barang ini kepadamu” dan secara
kiasannya ialah “aku telah menyerahkan hak milikku kepadamu”. Lafaz Qabul oleh penerima
juga boleh dengan cara yang sama iaitu secara jelas (langsung) dan secara tidak langsung.
Sebagai contoh lafaz “Aku terima” atau “Aku rela”. Disamping itu, hibah boleh dianggap
sempurna jika harta yang diberi itu diterima dalam majlis hibah, walaupon lafaz qabul tidak
disebut selepas lafaz ijab.

9
Syarat barang atau harta pemberian penekanan terhadap syarat harta pemberian ini akan
menuju kepada suatu syarat yang penting iaitu pemilikan harta pemberian tersebut. Harta yang
dihibahkan itu dapat dengan cara langsung dimiliki oleh penerima. Hibah merupakan pemberian
semasa hayatnya kepada seseorang dan orang itu telah menerima dan mengambil barang yang
diberikan itu tanpa ada bayaran dan setelah itu memilikinya dengan sempurna. Untuk
membuktikan lagi syarat qabd di atas seorang ulamak Syafie (Taqiyyuddin Abu Bakar Al-
Husayni) di dalam kifayat Al- Akhyar Juz 1 m/s 200 menjelaskan bahawa : “Hibah itu menjadi
lazim (wajib) melainkan dengan diterimanya. Apabila sudah diterima oleh orang yang diberikan
hibah itu, maka pemberi tidak boleh menuntut kembali kepada hibahnya kecuali jika pemberinya
itu ayah sendiri”.

Hukum syara’ telah mensyariatkan bahawa pemegang dan pemilikan barang di hibah itu
perlulah dengan keizinan pemberi hibah. Al- Sharbini menjelaskan dalam kitab Mughni Al-
Muhtaj Juz 2 m/s 400 : Dan tidak memiliki akan perkara yang di hibah itu melainkan dengan
qabd dengan keizinan daripada yang memberinya atau wakilkan. Sekiranya berlaku perselisihan
faham antara keduanya antara pemberi dan penerima hibah dengan keizinan penerima hibah,
maka perlulah menerima hibah dan berkata pemberi itu, “Aku qasadkan dengan barang itu
sebagai sewaan atau selainnya tetapi diingkari oleh penerima hibah, maka hendaklah menerima
kata-kata pemberi hibah”.

Kelebihan Hibah

1. Pemberi Hibah bebas memilih untuk memberi Hibah kepada sesiapa sahaja waris
terdekatnya. Dan pemberi juga boleh memberi Hibah kepada orang bukan Islam juga.
2. Pemberian Hibah tidak termasuk hukum Faraid dan Hibah ini layak kepada sesiapa
sahaja menerima harta pemberi.
3. Pemberi Hibah masih dapat faedah atau manfaat harta yang telah dihibahkan selagi mana
pemberi dan penerima Hibah masih hidup.

Pembatalan dan pemindaan

1. Pembatalan dan Pindaan Hibah tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan Penerima
Hibah.

10
2. Pembatalan dan pindaan dibenarkan tanpa persetujuan sekiranya penerima hibah adalah
kalangan anak kandung atau cucu kandung pemberi Hibah masih hidup.

HARTA PUSAKA TIDAK TERMASUK

Harta Pusaka Tidak Termasuk pula ialah harta yang telah diberi, dijual, diwakafkan dan
dipegang amanah oleh si mati oleh seseorang semasa hayatnya di dunia. Pemberian oleh orang
yang menziarahi kematian untuk bertujuan sedekah dan membantu ahli keluarga, pampasan yang
diperolehi dari institusi kewangan ataupun tempat pekerjaan si mati dan termasuk juga harta
yang dipinjamkan oleh si mati semasa hayatnya kemudian perlu dikembalikan untuk kegunaan
warisnya kelak.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dan
Muzakarah kali ke-49 pada 19 September 2000 telah membincangkan hal berkenaan dan
memutuskan bahawa isu Wang Pampasan Kematian Pekerja yang dianugerahkan oleh Kerajaan
atau Syarikat Swasta bahawa wang pampasan yang diperolehi dari kematian pekerja, wang
pampasan melalui tuntutan mahkamah, wang socso dan seumpamanya tidak dianggap harta
pusaka.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau Social Security Organization (SOCSO)

PERKESO ditubuhkan bagi memudahkan dan menyediakan bantuan dari segi perubatan
dan kewangan kepada pekerja yang disebabkan oleh kebolehan mereka terbatas akibat
kemalangan ataupun menghidapi sesuatu penyakit. Pemberian tersebut adalah sebagai
meringankan beban waris-waris yang terlibat.

Wang pampasan yang hendak diberikan oleh pihak syarikatnya yang meninggal dunia
bukanlah pusaka yang diwajibkan pembahagian secara faraid. Perkara ini disebabkan oleh wang
pampasan tersebut tidak termasuk dalam kategori harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati.
Pihak syarikat berhak untuk memberikan wang pampasan tersebut mengikut kepada budi bicara
kepada siapa yang difikirnya layak.

11
Sekiranya terdapat sebarang perjanjian antara pekerja dan pihak syarikat berhubung
penama atau waris yang hendak menerima pampasan tersebut maka hendaklah dihormati
perjanjian tersebut dan diberikan kepada penama yang berkenaan. Namun sekiranya penama atau
waris enggan menerima dan mencadangkan nama individu lain maka pihak syarikat seharusnya
menghormati cadangan tersebut dan diberikan kepada nama yang dicadangkan.

12
Pencen Terbitan

Keputusan hakim seiring dengan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali-21, Pada 12
September 1988 memutuskan ganjaran terbitan, pencen terbitan tidak dianggap sebagai harta
pusaka dan tidak tertakluk kepada hukum al-faraid kerana ia terbit selepas berlaku kematian.
Malah ia tertakluk kepada Akta Pencen 1980 (Akta 227 dan Akta 239). Oleh yang demikian,
wang atau pembayaran tersebut bukanlah harta pusaka dan perlu diwarisi oleh waris tanggungan,
iaitu waris yang ditanggung nafkah oleh si mati semasa hidupnya, sama ada mereka mempunyai
hubungan nasab dengan si mati atau tidak, seperti isteri, anak-anak atau anak angkat yang
berumur di bawah 21 tahun yang belum berkahwin.

Fatwa ini diputuskan sebagai sandaran kepada Seksyen 11, Akta Penghitungan Semula
Pencen 1980 (Akta 228) yang memperuntukkanpencen terbitan atau pencen tanggungan adalah
menjadi hak balu, anak-anak serta ibu dan bapa dengan keadaan keutamaan diberikan kepada
isteri dan anak-anak (Seksyen 11). Pentafsiran ini menjadikan waris tanggungan yang bukan
beragama Islam juga berhak mendapat harta peninggalan dalam bentuk tanggungan pencen,
seperti bagi tujuan nafkah dan sara hidup (Jasni 2014: 36).

Manakala fatwa yang diputuskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan pencen
adalah termasuk dalam harta pusaka adalah benar dan fatwa berkenaan kes Eeswari
Visuwalingam tidak berhak ke atas wang pencen tersebut perlu diperhalusi semula
memandangkan Eeswari menuntut wang pencen terbitan bukannya wang pencen yang termasuk
dalam kategori harta pusaka Fatwa ini berbeza dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa kali ke-21 dua tahun sebelumnya, iaitu pada 12 September 1988 yang memutuskan
sebaliknya, iaitu ganjaran terbitan, pencen terbitan dan wang sagu hati bukanlah harta pusaka
dan tidak tertakluk kepada hukum al-fara’id kerana wang tersebut adalah terbit selepas berlaku
kematian.

Pencen Terbitan merupakan suatu faedah persaraan yang dibayar setiap bulan kepada
balu atau duda, dan anak anggota berpencen atau pesara yang telah meninggal dunia. Formula
penghitungan Pencen Terbitan adalah sama dengan formula yang digunakan bagi Pencen
Perkhidmatan. Takrif anak menurut undang-undang pencen ialah anak yang di bawah umur 21
tahun dan belum berkahwin, termasuk anak angkat, anak tiri dan anak tak sah taraf. Bagi anak

13
yang cacat atau hilang upaya dari segi jasmani secara kekal serta tidak berupaya menanggung
nafkahnya sendiri, tiada had umur ditetapkan. Kadar bayaran pencen terbitan adalah mengikut
pembahagian syer iaitu Balu, Balu-balu, Duda 2 syer bagi tiap-tiap seorang balu atau duda.
Anak-anak 1 syer bagi tiap-tiap seorang anak. 1/600 x tempoh perkhidmatan yang boleh
dimasukira x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima. Tertakluk kepada pencen
maksimum tiga perlima (3/5) daripada gaji akhir (dicapai apabila berkhidmat selama 30 tahun
atau 360 bulan tempoh perkhidmatan yang diambil kira).

Panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai peruntukan faedah-faedah


persaraan terbitan dan urusan permohonannya yang terdapat di bawah Undang-undang Pencen
Sektor Awam Malaysia serta menjelaskan peranan dan tanggugjawab pihak-pihak yang terlibat
dengan urusan berkaitan. Ganjaran Terbitan, Pencen Terbitan dan Pencen Tanggungan diberi
kepada orang-orang tanggungan anggota yang mati dalam perkhidmatan dan yang mati dalam
persaraan.

Faedah Persaraan Terbitan di peruntukan dalam semua undang-undang pencen di


Malaysia.  Kedudukan peruntukan tersebut dalam dua undang-undang pencen utama sektor
awam adalah Ganjaran Terbitan diperuntukan di bawah Seksyen 14 Akta Pencen 1980 (Akta
227) dan Seksyen 15 Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239).
Pencen Terbitan diperuntukan di bawah Seksyen 14 dan 15 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan
Seksyen 15 dan 16 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta
239). Pencen Tanggungan di peruntukan di bawah Seksyen 18 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan
Seksyen 20 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239).
Pencen terbitan layak diterima oleh balu atau duda kepada anggota Perkhidmatan Awam
dan anggota Badan-badan Berkanun dan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (BBKT) yang mati
dalam perkhidmatan atau selepas bersara. Kemudian, duda kepada anggota Perkhidmatan Awam
dan BBKT yang telah berkhidmat pada dan selepas 1 Julai 1980 dan mati dalam perkhidmatan
atau selepas bersara. Seterusnya, anak-anak yang masih dibawah umur 21 tahun dan belum
berkahwin termasuk anak angkat, anak tiri dan anak tak sah taraf.  Anak-anak yang telah
mencapai umur 21 tahun tetapi masih menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi pertama dan
Anak-anak cacat otak atau anggota secara kekal dan tidak berupaya untuk menanggung nafkah
sendiri.

14
Tafsiran orang tanggungan, mengikut peraturan 2, Peraturan-peraturan Pencen 1980, balu
atau duda ertinya isteri atau suaminya yang masih hidup kepada seseorang pegawai yang mati
yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai satu perkahwinan yang sah di bawah
mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat atau kelaziman. Bagi orang yang bukan
beragama Islam, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian 1976),
menghendaki perkahwinan selepas 1 Mac 1982 di daftarkan di Bahagian Perkahwinan dan
Perceraian Jabatan Pendaftaran Negara. Manakala anak tanpa perkahwinan yang sah, anak
angkat yang di ambil sebagai anak angkat oleh pegawai itu di bawah mana-mana undang-undang
bertulis berhubung dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman dengan
bukti dan anak cacat iaitu seorang anak yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau
kehilangan upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.

Khairat Kematian
Khairat kematian berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud kebajikan
iaitu ia merangkumi sebagai derma dan sedekah dan sebagainya. Sedekah atau derma ialah
sumbangan ikhlas daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Derma juga dikategorikan
sebagai wang yang berupa bantuan dalam bentuk pemberian yang ikhlas kepada golongan miskin
dan lain-lain. Sedekah pula bermaksud pemberian yang diberikan kepada fakir miskin dengan
niat yang ikhlas. Khairat juga dikategorikan sebagai membuat sesuatu kebajikan, derma ataupun
sedekah.

Penggunaan khairat juga telah digunakan sejak sekian lama di Malaysia seperti dalam
Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 1952 dan Undang-Undang
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perak) 1965. Walaubagaimanapun, penggunaan istilah bagi
maksud khairat ini tidak meliputi khairat kematian yang diwujudkan di masjid-masjid kariah,
tetapi boleh digunakan sekiranya dana tabung khairat secara pungutan derma. Selain itu, khairat
kematian juga pada kebiasaannya ialah merupakan wang yang dikumpul daripada pencarum
yang tinggal di sesebuah kawasan (ahli dan anak qariah) pada kadar yang tertentu dan diberikan
kepada waris si mati yang meninggal dunia apabila berlakunya kematian dalam sesebuah
keluarga tersebut.

15
Di negara Malaysia, amalan berkhairat adalah perbuatan yang yang merupakan kebajikan
iaitu bersedekah ataupun menderma terutamanya, kepada golongan kafir miskin juga disalurkan
kepada yang tidak berkemampuan dan telah menjadi amalan kebiasaan dalam sesuatu
masyarakat. Apabila kita membantu seseorang yang dalam kesusahan maka kita juga akan
mendapat barakah dalam harta seseorang Muslim dan membuktikan rasa syukur kepada Allah
SWT yang telah apa dikurniakan oleh-Nya. Firman Allah SWT:

‫ ۖ َولَئِن َكفَرتُم إِ َّن َع َذابِى لَ َش ِديد‬Q‫َوإِذ تَأ َ َّذنَ َربُّ ُكم لَئِن َش َكرتُم أَل َ ِزي َدنَّ ُكم‬

“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya
Aku tambah kenikmatan kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur atau ingkar
Sesugguhnya azab-Ku amatlah keras”. (Surah
Ibrahim, 14 : 7)

Antara Golongan-Golongan Yang Layak Mendapat Khairat Kematian

Golongan yang layak untuk mendapatkan khairat kematian adalah golongan yang
meminta sedekah yang boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu yang pertama individu
yang merupakan golongan fakir miskin yang meminta sedekah untuk menapung keperluan hidup
seharian untuk diri sendiri dan keluarga. Golongan seperti ini sering dijumpai di lokasi-lokasi
yang sesak dan menjadi tumpuan orang ramai dengan pengunjung seperti pusat-pusat bandar,
pekan-pekan, pusat membeli-belah, di hadapan bank-bank, mesin wang (ATM), stesen-stesen
minyak pasar malam, restoran, hentian bas dan sebagainya. Pergerakan tersebut dipantau bagi
golongan yang pertamanya ini biasanya dijalankan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM).

Golongan yang kedua pula ialah mereka yang meminta sedekah bagi pihak sesebuah
institusi khususnya yang berkaitan dengan agama Islam, iaitu untuk membantu menambah dana
kewangan bagi menampung pembinaan bagi sesebuah pembangunan, pembinaan, atau institusi
seperti masjid, surau, sekolah, rumah anak yatim dan sebagainya. Aktiviti seperti ini perlulah
mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak yang bertanggungjawab dan
mendapatkan surat kebenaran atau sokongan daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di
negeri masing-masing.

16
Peruntukan Undang-Undang

Peruntukan undang-undang adalah berkaitan dengan kebenaran membuat pungutan


khairat dan peruntukan berkenaan hukuman dalam menjalankan pungutan khairat tanpa
kebenaran yang telah diperuntukkan dalam Akta atau Enakmen Pentadbiran Agama Islam
Negeri-Negeri di Malaysia selain negeri Sarawak. Selain itu juga Enakmen negeri-negeri lain
juga (selain Sarawak) juga memperuntukkan peruntukan yang sama di mana telah dijelaskan
oleh kuasa (MAIN) dalam memberikan kebenaran kepada umat Islam dalam menjalankan
pungutan bagi maksud untuk memajukan agama Islam.

Modus Operandi

Modus operandi adalah sedekah bagi golongan yang kedua (pihak institusi) adalah
pelbagai. Selain itu, daripada meminta sedekah di kawasan-kawasan awam sepeti golongan
pertama tersebut mereka juga mengadakan kutipan dari rumah ke rumah dan juga pejabat-
pejabat. Selain itu juga, mereka menggunakan individu tersebut bagi mewakili sesebuah institusi
untuk bertemu dengan orang ramai dan kemudian mendapatkan sedekah dan bantuan daripada
orang ramai yang berada di situ. Tabung-tabung kutipan sedekah juga ada yang ditinggalkan di
lokasi-lokasi yang mendapat tumpuan orang ramai yang selamat seperti masjid, surau dan
sebagainya.

Masyarakat Malaysia juga lebih terkenal dengan sikap pemurahnya dan kebanyakkannya
tidak mengambil peduli akan kesahihan individu yang menjalankan kutipan sedekah sama ada
mendapatkan kebenaran mewakili sesebuah institusi yang dinyatakan ataupun melakukan
penipuan. Justeru itu, masyarakat sangat mudah dalam menghulurkan derma tanpa berfikir
panjang kerana mempunyai perasaan simpati dan mengharapkan ganjaran pahala yang besar dari
Allah SWT apabila menolong golongan-golongan tersebut. Selain itu, golongan kanak-kanak
juga turut dalam aktiviti untuk pungutan derma seperti di stesen-stesen minyak dan juga restoran.
Setelah mendapat wang derma tersebut, mereka akan menyalurkan wang tersebut kepada pihak
institusi dalam membangunkan sesebuah sekolah ataupun institusi mereka.

17
RUJUKAN

Puteri Zarina Hanim & Wan Nursyafiqah. 2017. Pentadbiran Harta Pusaka Islam di Malaysia.

Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Norita Kamaruddin. 2018. Hak-Hak Harta Pusaka Sebelum Pembahagian Kepada Ahli Waris.

Selangor : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 2015. Al-Fiqh Al-Manhaji Wasiat dan Jenayah dalam Fiqh

Al-Syafi’i. Selangor : Darul Syakir Enterprise.

Al-Quran dan Terjemahannya. 2007. Bandung : FT Syamil Cipta Media.

Nurul Izzah Baharudin & Noor Lizza Mohamed Said. 2017. Perwarisan Harta Pusaka.

International Journal Of Islamic Studies : Universiti Kebangsaan Malaysia.

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3465-al-kafi-1280-wang-pampasan-atau-

hibah-bagi-kematian-bukan-harta-pusaka

(06 Jun 2019)

https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/full/death

18
(23 Ogos 2019)

http://www.ilkap.gov.my/download/kertaspenyelidikan/Research7.pdf

https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/maklumat-am/penamaan-waris

https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/perkhidmatan/hibah-amanah-th

19

Anda mungkin juga menyukai