Anda di halaman 1dari 6

NAMA: MOHD AIMAN EZWAN

NO PELAJAR: 2022843792

TAJUK PERANAN ZAKAT TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA

Ibadat zakat merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima telah menjadi kefardhuan kepada
umat Islam. Sistem agihan zakat yang berkesan dapat berperanan untuk pembangunan masyarakat. Ia
merangkumi hubungan yang berkait rapat iaitu hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia
dengan manusia seterusnya menjalinkan hubungan manusia dengan alam. Ia juga menyentuh secara
langsung tentang kehidupan dan sosioekonomi umat Islam. Manakala dalam masalah kemiskinan
kerajaan telah menjadikan ia sebagai agenda penting dalam pembangunan negara. Sebagai contoh,
Rancangan Malaysia Ke Sepuluh menetapkan empat strategi iaitu meningkatkan taraf hidup isi rumah
40% terendah, memperkukuh penyertaan Bumiputera dalam ekonomi, memastikan akses kepada
infrastruktur fizikal asas dinikmati oleh semua rakyat; dan melahirkan masyarakat yang lebih progresif
dan inklusif seiring dengan semangat 1Malaysia.

Zakat boleh didefinisikan melalui pengertian dari segi Bahasa dan juga dari segi istilah. Dari segi
Bahasa bermaksud bersih menyucikan pertambahan berkat bertambah subur memperbaiki dan
sedekah. Walaubagaimanapun ianya memberi pengertian yang tersendiri sesuai dengan konsep zakat
tersebut. Contohnya pengertian bersih dan menyucikan dalam istilah zakat ialah membersihkan harta
dan membersihkan diri orang kaya daripada sifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah
membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya. Manakala dari segi istilah
pula zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf
tertentu yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak. Zakat
adalah sumber dan agihan harta khas. Penetapannya bukan ditentukan oleh manusia tetapi ditentukan
oleh ALLAH SWT oleh itu zakat tidak boleh dikenakan dengan cukai. Setiap orang islam wajib
mengeluarkan zakat daripada harta dan hasil pendapatannya mengikut kadar tertentu selepas
memenuhi asas keperluan dan syarat-syarat nisab dan hawi.

Dalil mengenai kewajipan zakat ada disebut dan dinyatakan dalam AL-QURAN sendiri. Antaranya

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan
mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka,
kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha
Mendengar Lagi Maha Mengetahui.”
Surah At-Taubah (ayat 103)

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu
beroleh rahmat”

Surah An-Nur (ayat 56)

“Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan
berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-
bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama
manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian
kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu
dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.”

Surah Al-Baqarah (ayat 83)

Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau
meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa
Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya
dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta
yang mereka miliki.

Terdapat 2 jenis zakat yang perluh kita kertahui iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat Fitrah ialah
zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan
dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan
keluarga atau tanggungannya ialah Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari
keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh
pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari. Anak yang lahir sebelum
matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari. Seseorang yang
meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan. Bagi szakat harta pula terbahagi kepada 8
iaitu pendapatan, perniagaan, wang simpanan, pelaburan, KWSP, emas dan perak, takaful, dan
padi. Zakat pendapatan bermaksud Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan,
bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap
atau sekali sekali. Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta
perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan,
pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan. Zakat wang simpanan pula
Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan
emas dan perak. Zakat pelaburan menurut Bahasa : Kalimah ‘saham’ berasal dari perkataan Arab
yang bermaksud bahagian yang dimiliki manakala menurut Istilah : Saham menurut Kamus Dewan
bermaksud “Bahagian dalam modal sesuatu perniagaan.” Zakat KWSP ialah wang daripada
pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya yang disimpan di dalam akaun simpanan
pekerja kerana tertakluk di bawah akta KWSP. KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama
seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-
wenangnya seperti akaun simpanan biasa. Zakat emas dan perak ialah mata wang wajib dikenakan
zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama
ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa
membeli. Zakat takaful ialah Produk takaful merupakan salah satu bentuk simpanan / pelaburan
yang mempunyai unsur harta zakawi dan tertakluk kepada kewajiban zakat jika ia telah memenuhi
syarat-syaratnya.

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang
miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak
memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-
orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan”. Asnaf ialah pihak yang layak menerima bantuan
Zakat yang dikutip daripada orang Islam. Asnaf yang lapan terdiri daripada golongan: Fakir (al-
Fuqara) Miskin (al-Masakin), amil, muallaf, al-riqab, al-gharimin, fisabilillah, ibnu sabil. Pengertian
bagi fakir ialah Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima
pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan
harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup
seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan. Miskin bermaksud Seseorang yang
mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya
tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang
tanggungannya. Amil bermaksud Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat
samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk
pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya. Muallaf bermaksud Mereka yang
dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam
atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu
a) Beragama Islam

+ Baru memeluk agama Islam

+ Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan
atau sama taraf dengannya.

+ Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah
pimpinannya.

+ Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh. b) Bukan
beragama Islam

+ Boleh dipujuk supaya masuk Islam.

+ Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.

Al-riqab pula bermaksud Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan
penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan
terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu. Al-gharimin bermaksud Golongan yang
berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau
masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak. Fisabilillah
bermaksud Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti
menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya. Dan Ibnu sabil
bermaksud Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak
dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan.

Terdapat banyak hikmah-hikmah menunaikan kewajipan menuaikan zakat antaranya Mentarbiah


dan Mengasuh Jiwa Seorang Islam. Berzakat boleh mentarbiah dan mengasuh jiwa seseorang untuk
cendrung dan mencintai pengorbanan disamping mensucikan harta daripada hak orang lain, serta
membersihkan rohani daripada sifat mazmumah seperti bakhil dan kedekut, seperti mana firman
Allah SWT yang bermaksud "Dan pada harta-harta mereka, (ada pula yang mereka tentukan
menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang yang menahan diri (daripada meminta)
(QS Al-Dzariat (51):19). Selain itu, menyemai dan Menyuburkan Rasa Persaudaraan. Berzakat akan
menyemai dan menyubur rasa persaudaraan diantara golongan kaya/berkemampuan (pembayar
zakat) dan orang yang kurang berkemampuan/miskin. Seterusnya, penyempurnaan Rukun Islam ke
4 Rukun Islam yang ke 4 adalah mengeluarkan zakat bagi mereka yang berkemampuan,
menunaikan zakat bermakna sesorang islam itu telah menyempurnakan Rukun Islam. Disamping
itu, tanda Kesyukuran dan Takwa . Berzakat satu wahana untuk menyalurkan rasa kesyukuran dan
takwa kepada Allah SWT diatas limpah dan kurniaan rezeki yang begitu banyak, seperti mana firman
Allah SWT yang bermaksud "Sesungguhnya, jika kamu bersyukur pasti kami akan menambah
(nikmat kepadamu)". Tambahan pula, membina Peribadi yang Luhur Berzakat dapat membina
peribadi yang luhur dan tidak terikat dengan kecintaan kepada pengumpulan harta kekayaan
sebagai matlamat hidup.

Terdapat juga pelbagai peranan zakat anataranya ialah peranan zakat terhadap pembangunan
negara. Zakat merupakan salah satu daripada sumber ekonomi utama bagi negara Islam.
Pengurusan zakat secara efisien dan sistematik mampu melonjakkan potensi zakat sebagai
instrumen pembangunan umat Islam. Pemanfaatan dana zakat secara optimum sememangnya
penting bagi meningkatkan kualiti dan potensi setiap umat Islam. Di Malaysia, pentadbiran dan
pengurusan zakat dikelola oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri. Pihak MAIN bertanggungjawab
dalam menentukan kelayakan penerima serta bentuk bantuan yang bersesuaian dengan latar
belakang setiap penerima agar bantuan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Kajian
ini bertujuan meneliti potensi zakat dalam membangunkan kualiti umat Islam di Malaysia dengan
menyoroti amalan setiap MAIN dalam mengagihkan bantuan kepada setiap penerima zakat yang
berkelayakan. Statistik agihan serta bentuk program yang disediakan oleh pihak MAIN dianalisis
secara deskriptif bagi melihat potensi zakat itu sendiri secara praktikal dalam meningkatkan kualiti
umat Islam. Kajian mendapati pihak MAIN telah menyediakan pelbagai program bertujuan
meningkatkan kualiti asnaf menerusi pengagihan ekonomi secara seimbang, penyaluran kebajikan
sosial, penghasilan modal insan serta peningkatan taraf pendidikan. Maka, setiap umat Islam
khususnya para pembayar zakat perlu mengambil peluang untuk sama-sama terlibat dengan pihak
MAIN dalam memastikan hasil dana zakat tersebut dapat dioptimumkan bagi membangunkan umat
Islam di Malaysia. Selain itu, peranan zakat terhadap rohani ialah mengadakan program seperti
Program Pembangunan Insan merupakan salah satu program agihan zakat yang disediakan oleh
Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada asnaf fakir dan miskin sebagai satu usaha untuk memenuhi
kehendak spiritual dan menjadi insan yang rabbani. Terdapat pelbagai modul dan latihan yang
disediakan oleh pihak LZS dalam membantu golongan asnaf fakir dan miskin tersebut. Namun
apakah pendekatan pembangunan spiritual yang digunakan oleh LZS dalam program pembangunan
insan bagi membangunkan spiritual asnaf? Justeru itu, satu kajian dilakukan dengan menganalisis
pendekatan pembangunan spiritual yang telah diterapkan dalam agihan dana zakat asnaf fakir dan
miskin di LZS. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kajian kepustakaan dan kajian lapangan
dengan melakukan temubual berstruktur. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa LZS amat
menekankan soal ketakwaan kepada Allah S.W.T dan tazkiyah al-nafs melalui aktiviti Tahsinul
Ibadah, Tahsinul Quran dan Program Syukur Asnaf dalam modul J.I.W.A dan modul Hijrah dibawah
program pembangunan insan. Seterusnya, peranan zakat terhadap Pendidikan ialah Bantuan
pendidikan merupakan salah satu bentuk bantuan terpenting kepada golongan asnaf fakir dan
miskin kerana pendidikan merupakan salah satu kaedah atau tiket penting yang dapat mengubah
kehidupan dan mengeluarkan golongan ini daripada kepompong kemiskinan. Disebabkan oleh
kepentingan pendidikan ini kepada golongan asnaf fakir dan miskin, maka institusi zakat giat
memainkan peranan dalam menyalurkan dana zakat dalam bentuk bantuan pendidikan kepada
golongan asnaf di Malaysia dan memastikan golongan asnaf fakir miskin ini mendapat peluang
pendidikan dan berjaya seperti orang lain. Terdapat beberapa kes dilaporkan pada awal tahun 2013
termasuklah kes keciciran dalam pelajaran kerana gagal melunaskan yuran persekolahan. Justeru
itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti skim dan bentuk bantuan pendidikan yang telah
diberikan oleh institusi zakat di Malaysia kepada golongan asnaf di samping melihat dan menilai
semula skim dan bantuan pendidikan tersebut sama ada ia dilihat dapat membantu
membangunkan ekonomi asnaf seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara
yang berpendapatan tinggi secara khususnya. Hasil kajian ini yang lebih memfokuskan kepada
golongan asnaf di negeri Selangor mendapati bahawa bantuan zakat pendidikan yang diberikan oleh
institusi zakat kepada golongan asnaf telah memberikan sumbangan yang cukup besar dalam
mengubah dan membangunkan ekonomi golongan asnaf khususnya dan ekonomi negara secara
amnya melalui pendidikan. Diharapkan kajian ini dapat memberi gambaran kepada masyarakat
terhadap usaha yang telah dilakukan oleh institusi zakat dalam membantu fakir dan miskin dalam
pembangunan pendidikan dan implikasinya terhadap ekonomi negara iaitu ke arah ekonomi yang
berpendapatan tinggi. Disamping itu, peranan zakat terhadap ekonomi ialah Zakat juga berperanan
Sebagai sumber dana bagi pembangunan, untuk prasarana yang diperlukan oleh ummat Islam,
seperti tuntutan ibadah, 6ocial6kan, kesihatan, 6ocial dan ekonomi, sekaligus keperluan
pengembangan kualiti modal insan muslim. Keadaan ini akan mewujudkan keseimbangan dalam
pemilikan dan pembahagian harta, sehingga melahirkan masyarakat marhammah diatas prinsip
ukhuwah Islamiyyah dan takaful ijtima’I dan menyebarkan dan membudayakan etika perniagaan
yang baik.

Zakat membawa bnyak kepentingan dan kebaikkan kepada masyarakat muslim. Anataranya
institusi zakat berfungsi sebagai satu mekanisme untuk menangani masalah kemiskinan, menjamin
keadilan sosioekonomi dan menyediakan satu keadaan yang membolehkan manusia memelihara
kehormatan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah SWT. Selain itu, kemuliaan Islam
dapat dikembalikan jika umat Islam menunaikan zakat dan institusi zakat pula dapat
menyalurkannya dengan teratur. Selain dari kepentingan zakat dari aspek ekonomi, zakat juga
memberi kesan positif terhadap kesihatan jiwa dan mental. Akhir sekali, sifat keikhlasan dan
memahami tujuan ibadah zakat adalah dua elemen yang penting untuk meningkatkan kesihatan
jiwa. Hal demikian kerana, zakat dapat menumbuhkan sikap positif, seperti ikhlas, belas ihsan dan
syukur. Di samping itu juga, zakat dapat menghindarkan sikap negatif, seperti tamak, sombong dan
pentingkan diri.

Anda mungkin juga menyukai