Anda di halaman 1dari 19

KATA-KATA ALUAN Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T.

kerana masih lagi mengurniakan nikmat iman dan Islam kepada kita semua serta menaungi bumi Malaysia yang tercinta dengan nikmat keamanan, keharmonian dan kesejahteraan. Umat Islam di negara ini seharusnya berbangga dan berasa beruntung kerana usaha-usaha memartabatkan Islam tidak pernah luntur bahkan semakin rancak terutama ketika pasca kemerdekaan. Hari ini kita dapat lihat betapa pembangunan dan kemajuan Islam begitu menyerlah di serata tempat dan di pelosok negara tanpa menghalang seseorangpun dari merasai nikmat kemanisannya. Sesungguhnya pembangunan Islam yang pesat di negara ini sama ada dari segi pentadbiran, pendidikan, perundangan, perekonomian dan sebagainya tidak mungkin dapat dihuraikan di dalam risalah yang kecil ini. Namun sekurang-kurangnya ia dapat menjelaskan beberapa kekeliruan dan tanggapan sesetengah pihak di mana kerajaan tidak pernah bersikap berpeluk tubuh atau berlepas tangan daripada perjuangan mendaulatkan Islam sepertimana yang diamanahkan oleh Allah S.W.T. Adalah diharapkan risalah ini nanti dapat menjelaskan kepada kita seterusnya mencetuskan kesedaran betapa perlunya kita bersama-sama berganding bahu dalam meneruskan usaha-usaha pembangunan dan kemajuan Islam di negara ini. Ketahuilah, tanpa kesatuan dan kesungguhan sesama kita nescaya cita-cita meninggikan kalimah Allah akan menjadi siasia dan angan-angan kosong. Pada ketika itu, tidak mustahil nikmat keamanan dan keharmonian yang selama ini kita kecapi akan ditarik oleh Allah S.W.T. Lantas jadilah kita menerima nasib seperti di negara-negara lain yang berkeadaan huru hara dan kacau bilau di mana rakyatnya menjadi hina, terseksa dan pelarian di tanah air sendiri. Memajukan kesejahteraan umum merupakan salah satu tujuan nasional negara Republik Indonesia yang diamanatkan dalam Pembukaan Undang-Undang Dasar 1945. Untuk mewujudkan tujuan nasional tersebut, bangsa Indonesia senantiasa melaksanakan pembangunan yang bersifat fisik materiil dan mental spiritual, antara lain melalui pembangunan di bidang agama yang mencakup terciptanya suasana kehidupan beragama yang penuh keimanan dan ketakwaan terhadap Tuhan Yang Maha Esa, meningkatnya akhlak mulia, terwujudnya kerukunan hidup umat beragama yang dinamis sebagai landasan persatuan dan kesatuan bangsa, dan meningkatnya peran serta masyarakat dalam pembangunan nasional. Guna mencapai tujuan tersebut, perlu dilakukan berbagai upaya, antara lain dengan menggali dan memanfaatkan dana melalui zakat. Zakat sebagai rukun Islam merupakan kewajiban setiap muslim yang mampu membayarnya dan diperuntukkan bagi mereka yang berhak menerimanya. Dengan pengelolaan yang baik, zakat merupakan sumber dana potensial yang dapat dimanfaatkan untuk memajukan kesejahteraan umum bagi seluruh masyarakat. Agar sumber dana yang dapat dimanfaatkan bagi kesejahteraan masyarakat terutama untuk mengentaskan masyarakat dari kemiskinan dan menghilangkan kesenjangan sosial, perlu adanya pengelolaan zakat secara profesional dan bertanggung jawab yang dilakukan oleh masyarakat bersama pemerintah. Dalam hal ini pemerintah berkewajiban memberikan perlindungan, pembinaan, dan pelayanan kepada muzzaki, mustahiq, dan pengelola zakat. Untuk maksud tersebut, perlu adanya undang-undang tentang pengelolaan zakat yang berasaskan keimanan dan takwa dalam rangka mewujudkan keadilan sosial, kemaslahatan, keterbukaan, dan kepastian hukum sebagai pengamalan Pancasila dan Undang-Undang Dasar 1945. Tujuan pengelolaan zakat adalah meningkatkannya kesadaran masyarakat dalam penunaian dan dalam pelayanan ibadah zakat, meningkatnya fungsi dan peranan pranata keagamaan dalam upaya mewujudkan kesejahteraan masyarakat dan keadilan sosial, serta meningkatnya hasil guna dan daya guna zakat. Undang-undang tentang Pengelolaan zakat juga mencakup pengelolaan infaq, shadaqah, hibah, wasiat, waris, dan kafarat dengan perencanaan, pengorganisasian, pelaksanaan, dan pengawasan agar menjadi pedoman bagi muzzaki dan mustahiq, baik perorangan maupun badan hukum dan/atau badan usaha

Untuk menjamin pengelolaan zakat sebagai amanah agama dalam undang-undang ini ditentukan adanya unsur pertimbangan dan unsur pengawas yang terdiri atas ulama , kaum cendekia, masyarakat, dan pemerintah serta adanya sanksi hukum terhadap pengelola Dengan dibentukknya Udang-undang tentang Pengelolaan Zakat , diharapkan dapat ditngkatkan kesadaran muzzaki untuk menunaikan kewajiban zakat dalam rangka menyucikan diri terhadap harta yang dimilikinya, mengangkat derajat mustahiq, dan meningkatnya keprofesionalan pengelola zakat, yang semuanya untuk mendapatkan ridha Allah SWT. takrif Dari segi Bahasa Perkataan "Zakat" dalam Bahasa Arab merupakan kata dasar dari "Zaka" yang bererti berkal, tumbuh, suci, bersih dan baik yang maksudnya membersihkan dan mengembangkan. Dari segi Istilah / Fikhiyah/ Syarak.

Zakat bererti "Sejumlah harta tertentu yang diwajibkan Allah diserahkan kepada orang-orang yang berhak" atau "Nama bagi bahagian yang tertentu dari harta yang tertentu yang wajib diberikan kepada orang-orang yang tertentu dengan syaratsyaratnya". Perintah Zakat. 1. Firman Allah s.w.t.

Maksudnya: Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya (zakat itu) engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-Taubah 9:103) Dalam Kitab Sahih Bukhari dan Muslim, melalui sumber utamanya Ibnu Omar, Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya: Saya diperintahkan memerangi manusia kecuali bila mereka mengikrarkan syahadah bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad Rasul Allah, dan mendirikan Solat dan membayar Zakat. 2. Rukun Islam Zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam. Sabda Rasulullah S.A.W Maksudnya : Islam itu diasaskan di atas lima tunggak, mengikrarkan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah, mendirikan Solat, membayar Zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan melaksanakan Haji bagi siapa yang mampu (Hadith Sepakatan bersama melalui sumber utamanya Ibnu Umar) Dengan ini nyatalah bahawa tujuan atau hikmat Zakat itu diwajibkan ialah untuk membersihkan orang-orang kaya dari perasaan bakhil kedekut, dan membersihkan orang-orang fakir miskin dari perasaan dendam dan hasad dengki terhadap orang-orang yang hidup mewah, malah untuk membersihkan masyarakat umumnya dari segala kekecewaan dan huru hara yang akan timbul dari golongan yang tidak puas hati, yang merasa dirinya tidak mendapat pembelaan. Jelasnya, tujuan amalan Zakat ialah untuk membentuk masyarakat adil. Golongan yang senang menolong golongan yang susah;, dan sabaliknya golongan yang susah mengasihi golongan yang senang. Zakat juga membersihkan harta daripada perkara-perkara yang merosakkannya. Ini diterangkan dalam hadis yang bermaksud: Dari Jabir r.a. katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya, nescaya hapuslah segala apa jua yang merosakkan hartanya.

Dengan mengeluarkan zakatnya, baharulah harta itu menjadi bersih dari hak fakir miskin dan golongan-golongan lain yang diwajibkan padanya, jika tidak maka itu akan punah ranah dan tuanya akan menerima akibat yang buruk di dunia dan di akhirat. Orang yang berhak menerima zakat Orang yang berhak menerima zakat telah pun ditetapkan oleh Allah meliputi lapan (8) asnaf atau lapan jenis sebagaimana yang diterangkan oleh Allah dalam surah Al-Taubah ayat 60:

Maksudnya : Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan Amilamil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk dibelanjakan pada Jalan Allah, dan orangorang musafir (yang keputusan) dalan perjalanan. (Ketetapan hukum yang datangnya dari Allah, dan (ingatlah ) Allah Maha Mengetahui, lagi maha Bijaksana. Zakat yang diwajibkan oleh Islam itu bukan sahaja ibadah ritual semata-mata malah merupakan satu sistem kehartaan dan ekonomi umat Islam yang berperanan untuk membangun diri manusia dan budaya mereka. Dengan itu, zakat yang terkumpul adalah salah satu sumber tetap perbendaharaan Islam (Baitul Mal). Perkataan zakat sering diulang-ulang di dalam al-Quran kerana harta dalam ajaran Islam sentiasa berfungsi untuk faedah pembangunan masyarakat, samada ia menjadi modal atau menjadi sumber kebajikan. Harta dalam Islam tidak boleh dibekukan dalam simpanan sahaja tanpa dikeluarkan zakatnya. Tuhan berfirman yang bermaksud:"supaya harta itu tidak hanya teredar diantara orang-orang kaya sahaja". Dan dalam ayat yang lain Allah berfirman: Maksudnya : Dan orang yang menyimpan emas dan perak (wang) dan tidak membelanjakannya kepada jalan Allah (berzakat/bersedekah), maka khabarkanlah kepada mereka azab siksa yang tidak terperi sakitnya. Kaum Muslimin yang sama-sama berbahagia, Zakat juga merupakan satu sistem yang berupaya menentukan keadilan sosial masyarakat kerana zakat berperanan menjamin perlindungan dan pertanggungjawaban terhadap kesejahteraan dan keamanan ummah. Golongan kaya wajib menunaikan sumbangan yang berbentuk zakat kepada golongan fakir miskin dan golongan yang perlukan bantuan kebendaan. Allah berfirman: Maksudnya : Sesungguhnya dana zakat terkumpul itu adalah untuk diagih-agihkan secara adil/saksama kepada orang-orang fakir, golongan miskin, para amil-amil zakat, golongan mualaf, hamba-hamba yang ingin memerdekakan diri, untuk kebaktian di jalan Allah dan kepada musafir yang keputusan belanja diperjalanan. Kaum Muslimin yang sama-sama berbahagia, Ketahuilah dan sungguh benar, dana zakat yang terkumpul adalah satu jaminan terhadap keperluan sosial ummah supaya mereka dapat turut serta dalam kehidupan bermasyarakat, tidak menjadi individu atau golongan yang terpinggir dan

terpencil. Allah memberi amaran keras terhadap orang yang kaya tetapi bersifat kedekut serta cuai kepada golongan daif. Ancaman yang akan dirasai ialah mereka akan dihumbankan ke dalam neraka saqar dan wayl, kerana mereka termasuk orang-orang yang mendustakan agamanya. Allah memberi amaran keras kepada orang-orang musyrik dan menerangkan ciri-ciri mereka, iaitu tidak membayar zakat dan mengingkari hari akhirat. Allah berfirman: Maksudnya : Celakalah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan, iaitu orang-orang yang tidak membayar zakat dan mengingkari hari akhirat. Faedah Ijtimaiyyah (Sosial Kemasyarakatan)[3] 1. 2. 3. Zakat merupakan kemudahan untuk membantu dalam memenuhi hajat hidup fakir miskin yang merupakan kelompok majoriti sebahagian besar negara di dunia. Memberikan dorongan kekuatan bagi kaum muslimin dan mengangkat kehadiran mereka. Ini boleh dilihat dalam golongan penerima zakat, salah satunya adalah perjuangan di jalan Tuhan. Zakat boleh mengurangkan dendam dan rasa dengki yang ada dalam dada fakir miskin. Kerana masyarakat bawah biasanya berasa benci apabila melihat mereka yang berkelas tinggi menghambur-hamburkan harta untuk sesuatu yang tidak bermanfaat. Jika harta yang demikian melimpah itu dimanfaatkan untuk mengurangkan kemiskinan, tentu akan terjalin keharmonian dan kasih sayang antara si kaya dan si miskin. Zakat akan memacu pertumbuhan ekonomi pelakunya dan yang jelas berkahnya akan melimpah. Membayar zakat bererti memperluaskan peredaran harta benda atau wang, kerana ketika harta dibelanjakan maka putarannya akan meluas dan lebih banyak pihak yang mengambil manfaat. Bagi menangani masalah pengangguran masyarakat Islam, dengan mengambil hasil zakat (sebahagian) untuk disediakan keperluaan yang diperlukan dalam bekerja, menyediakan peluang pekerjaan, menjana pendidikan dan tempat latihan para pekerja.

4. 5. 6.

[sunting] Hikmah Zakat Hikmah dari zakat antara lain: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Mengurangkan jurang antara mereka yang berada dengan mereka yang miskin. Membantu mereka yang berjuang dan berdakwah dalam meninggikan kalimah Allah SWT. Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan orang jahat. Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan Untuk pengembangan upaya umat Memberi kekuatan moral kepada orang yang baru masuk Islam Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat.

Zakat Mampu Menjana Kekuatan Ummah 25 July 2005 Oleh SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM Dari segi bahasa bahasa, zakat bermaksud tumbuh, berkembang dan berkah (Hadis riwayat At-Tirmidzi) atau boleh diertikan sebagai membersihkan atau menyucikan (surah At-Taubah: 10). Seseorang yang membayar zakat kerana keimanannya nescaya akan memperoleh kebaikan yang banyak. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: Kutiplah zakat daripada sebahagian kekayaan mereka dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka... (At-Taubah: 103) Manakala menurut terminologi syariah (istilah syarak), zakat bermakna kewajiban atas harta atau kewajiban atas sejumlah harta tertentu untuk golongan tertentu dalam waktu tertentu. Sementara pengertian infaq adalah mengeluarkan harta yang mencakupi zakat dan bukan zakat. Infaq ada yang wajib dan ada yang sunnah. Infaq wajib di antaranya ialah zakat, kafarat, nazar, dan sebagainya. Infaq sunnah di antaranya ialah infaq kepada fakir miskin sesama Muslim, infaq bencana alam, infaq kemanusiaan, dan lainlain lagi. Terkait dengan infaq ini Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada malaikat yang senantiasa berdoa setiap pagi dan petang: Ya Allah, berilah orang yang berinfaq, gantinya. Dan berkata yang lain: Ya Allah, jadikanlah orang yang menahan infaq, kehancuran.

Adapun sedekah boleh diertikan sebagai infaq, zakat dan kebaikan bukan material. Dalam hadis Rasulullah SAW memberi jawaban kepada orang-orang miskin yang cemburu terhadap orang kaya yang banyak bersedekah dengan hartanya, baginda bersabda: Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, amar makruf sedekah, nahi munkar sedekah dan menyalurkan syahwatnya pada isteri juga sedekah. Dan sedekah adalah ungkapan kejujuran (shiddiq) iman seseorang. Selain itu, ada istilah sedekah dan infaq, sebahagian ulama fiqah, mengatakan bahawa sedekah wajib dinamakan zakat, sedang sedekah sunnah dinamakan infaq. Sebahagian yang lain mengatakan infaq wajib dinamakan zakat, manakala infaq sunnah dinamakan sedekah. Tidak dapat dinafikan bahawa zakat adalah asas kepada perkembangan ekonomi dan dasar fiskal (cukai). Selain itu zakat juga merupakan suatu instrument pengagihan kekayaan dan penyelesaian kepada kemiskinan dan kefakiran yang harus dilaksanakan secara sepenuhnya. Selain dari ibadat, ia juga memerlukan pihak yang kaya memberi kepada yang memerlukan. Oleh itu, sepatutnyalah ia disatukan atau diselaraskan dengan sistem fiskal negara atau sistem percukaian dan pembiayaan negara. Peranan zakat kelak boleh dikembangkan untuk pembangunan khususnya jika digunakan untuk keperluan pendidikan asas di bawah asnaf fi sabilillah. Zakat adalah rukun Islam, suatu asas yang wajib dibina tanpa alasan. Pelaksanaannya oleh pihak-pihak yang berkenaan pada setiap lapisan masyarakat, merupakan suatu tanggungjawab yang membawa berkat dan kesan yang berterusan bukan sahaja kepada mereka yang menunaikan pembayarannya, tetapi juga pada mereka yang menerimanya; bukan sahaja pada tahap individu tetapi meluas ke seluruh masyarakat; bukan sahaja di dalam lingkungan kebajikan tetapi memanjang ke bidang ekonomi dan bukan sahaja sebagai kepentingan duniawi tetapi juga sebagai usaha pembinaan mahligai kita di akhirat kelak. Sebelum membicara roh di sebalik pensyariatan zakat dan peranannya dalam menjana kekuatan Islam Hadhari, penulis berpendapat bahawa maksud kekuatan Islam Hadhari harus difahami dahulu. Bagi tujuan penulisan ini, kekuatan Islam Hadhari dilihat dalam konteks yang menyeluruh baik pada tahap individu mahupun masyarakat. Kekuatan Islam Hadhari adalah puncak dan matlamat terakhir yang diperjuangkan oleh negara kita yang berasaskan perpaduan. Ia bermula daripada pembangunan pendidikan yang bertanggungjawab membangunkan sahsiah, keluarga, kejiranan, masyarakat, negara, ekonomi, kebudayaan, sains, teknologi, seni bina dan sebagainya. Silaturrahim, ukhuwwah Islamiaah dan hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain adalah mekanisme yang digunakan oleh Islam untuk mencapai pembangunan ummah yang unggul, kekal dan abadi. Antaranya ialah kewajipan berzakat (iaitu menafkahkan harta). Konsep universal Islam menyerlah dengan pensyariatan zakat. Setelah zakat dipungut dan dikumpulkan, ia tidak dibiarkan, malahan mesti diagihkan dan dikembangkan. Dalam konteks ini, syarak (rujuk surah At-Taubah: 60) telah menetapkan asnaf-asnaf yang berhak. Penetapan ini untuk memastikan ia tidak disalahgunakan malahan dialirkan pada tempat dan ruang yang sepatutnya. Peredaran pusingan harta ini menjanjikan peralihan dan perkembangan di dalam ekonomi umat Islam yang sekaligus menonjolkan kecemerlangan dan keunikan perundangan Islam di dalam konsep kehidupan bermasyarakat. Sebagai sebuah institusi pula, zakat merupakan cukai berperaturan yang unggul di dalam sejarah kehidupan insan. Segala urusan mengenainya adalah mengikut prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh Islam. Zakat memainkan peranan penting dalam usaha pengagihan semula harta masyarakat kepada golongan miskin, meningkatkan produktiviti dan pengagihan sumber ekonomi yang terhad antara sektor. Fungsi yang sama dijalankan oleh kerajaan ketika memungut cukai dan membahagikan semula di dalam belanjawan negara. Konsep asas zakat dan cukai adalah sama iaitu penilaian semula atas harta, pungutan dan mengagihkannya dengan harapan dapat memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Apa yang berbeza ialah cara pelaksanaannya. Dan sudah pasti Allah s.w.t lebih mengetahui zakat jauh lebih baik daripada sistem pengagihan rekaan manusia. Maka kelemahan diri manusia sendiri yang jahil dengan institusi ini yang menjejaskan perlaksanaannya dengan sempurna. Setiap individu Muslim hendaklah beriktikad bahawa Allah s.w.t mencipta dan menjadikan sesuatu di dunia ini tanpa sia-sia, dan sudah pasti ada hikmah yang tersurat mahupun yang tersirat di sebaliknya. Demikian juga Allah s.w.t memerintahkan ke atas para Muslimin supaya menyempurnakan Rukun Islam yang lima dengan menunaikan segala yang terkandung dalamnya, yang sememangnya diakui mempunyai pelbagai fadhilat dan keutamaannya yang tersendiri. Antara kelebihan dan hikmah Allah s.w.t mewajibkan umat Islam berzakat ialah: 1. Zakat mampu mentarbiah serta mengasuh jiwa Muslim supaya cenderung dan mencintai pengorbanan, di samping mensucikan harta daripada hak orang lain (8 asnaf) dan membersihkan rohani daripada sifat mazmumah seperti tamak, bakhil dan kedekut. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan pada harta-harta mereka itu ada hak bagi orang-orang miskin yang tidak mendapat bahagian. (Al-Zariyat: 19) 2. Menghindari kesenjangan sosial antara aghniya dan dhuafa. Tiang amal jamai antara aghniya dengan para mujahid dan

dai yang berjuang dan berdakwah dalam rangka meninggikan kalimat Allah s.w.t. 3. Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk. 4. Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan orang jahat. 5. Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah s.w.t berikan. 6. Untuk pengembangan potensi masyarakat. 7. Sokongan moral kepada orang yang baru masuk Islam (mualaf). 8. Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang bermanfaat bagi masyarakat. 9. Selain itu juga, zakat merupakan ibadah yang memiliki nilai dimensi ganda, trasendental dan horizontal. Oleh sebab itu zakat memiliki banyak makna dalam kehidupan umat manusia, terutama Islam. Zakat memiliki banyak hikmah, baik yang berkaitan dengan Allah SWT mahupun hubungan sosial kemasyarakatan di antara manusia, antara lain ialah: 1. Menolong, membantu, membina dan membangun golongan dhuafa yang lemah, papa dengan material sekadar untuk memenuhi keperluan asas hidupnya. Dengan bantuan tersebut mereka akan mampu melaksanakan kewajipannya kepada Allah s.w.t. 2. Membanteras penyakit iri hati, rasa benci dan dengki dari diri orang-orang di sekitarnya berkehidupan cukup, lebih-lebih lagi mewah. Sedang ia sendiri tidak memiliki apa-apa dan tidak ada huluran tangan dari mereka (orang kaya) kepadanya. 3. Menjadi unsur penting dalam mewujudkan keseimbanagn dalam pengagihan harta (social distribution), dan keseimbangan tanggungjawab individu dalam masyarakat. 4. Dapat menunjang wujudnya sistem kemasyarakatan Islam yang berdiri atas prinsip-prinsip: ummatan wahidan (umat yang satu), musawah (persamaan darjat, dan dan kewajiban), Ukhuwah Islamiyah (persaudaraan Islam) dan Takaful Ijtima (tanggung jawab bersama) 5. Dapat mensucikan diri (peribadi) dari kotoran dosa, memurnikan jiwa (menumbuhkan akhlak mulia menjadi murah hati, peka terhadap rasa kemanusiaan) dan mengikis sifat bakhil (kikir) serta serakah. Dengan demikian akhirnya suasana ketenangan batin kerana terbebas dari tuntutan Allah s.w.t dan kewajiban kemasyarakatan, akan selalu melingkupi hati. Zakat adalah ibadah maaliyah yang mempunyai dimensi dan fungsi sosial ekonomi atau pemerataan anugerah Allah SWT dan juga merupakan perwujudan solidariti sosial, pernyataan rasa kemanusian dan keadilan, pembuktian persaudaraan Islam, pengikat persatuan umat dan bangsa, sebagai pengikat batin antara golongan kaya dengan yang miskin dan sebagai penimbun jurang yang menjadi pemisah antara golongan yang kuat dengan yang lemah. Zakat juga mampu mewujudkan tatanan masyarakat yang sejahtera di mana hubungan seseorang dengan yang lainnya menjadi rukun, damai dan harmoni yang akhirnya dapat menciptakan situasi yang tenteram, aman zahir dan batin. Dalam masyarakat seperti itu pastinya tidak akan ada lagi kebimbangan akan hidupnya kembali bahaya komunisme (atheis) dan fahaman atau ajaran yang sesat dan menyesatkan. Sebab dengan dimensi dan fungsi ganda zakat, persoalan yang dihadapi kapitalisme dan sosialisme dengan sendirinya sudah terjawab. Akhirnya sesuai dengan janji Allah SWT, akan terciptalah sebuah masyarakat yang baldatun thoyibun wa Rabbun Ghafur. Sebagaimana yang sudah kita maklum, zakat merupakan salah satu rukun Islam, dan menjadi salah satu unsur asas bagi tegaknya syariat Islam. Oleh sebab itu hukum zakat adalah wajib (fardu) atas setiap Muslim yang telah memenuhi syaratsyarat tertentu. Zakat termasuk dalam kategori ibadah (seperti sembahyang, haji, dan puasa) yang telah diatur secara terperinci dan lengkap berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, sekali gus merupakan amal sosial kemasyarakatan dan kemanusiaan yang dapat berkembang sesuai dengan perkembangan umat manusia. Sesungguhnya antara salah satu pendekatan gagasan Islam Hadhari adalah untuk mewujudkan ekonomi yang komprehensif dan seimbang kepada umat Islam khususnya bagi masyarakat Melayu yang ketinggalan jauh dalam bidang ekonomi ini. Walaupun bangsa Melayu merupakan golongan bumiputera yang merupakan penduduk asal tanah ini namun dasar pecah perintah yang diperkenalkan oleh penjajah telah menghadkan pembangunan ekonomi bangsa Melayu ketika pra dan pascamerdeka. Ini jelas terbukti masalah kemiskinan yang masih membelenggu bangsa Melayu terutama di pinggir-pinggir desa. Atas kebijaksanaan para pemimpin pascamerdeka, pelbagai usaha telah terlaksana untuk menjana ekonomi bangsa Melayu seperti DEB, PNB, dan DPN. Hasil usaha ini telah berjaya sedikit sebanyak menjana enjin kitaran ekonomi orang Melayu ke tahap yang lebih baik. Pun begitu, kita masih belum lagi menjadi penguasa ekonomi di bumi sendiri. Oleh yang demikian, dengan kerangka gagasan Islam Hadhari pihak kerajaan mengambil kesempatan untuk membangunkan ekonomi bangsa Melayu khususnya orang Islam di negara kita. Selepas sahaja gagasan ini dilancarkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun melakukan perubahan dan tranformasi kepada sektor utama negara daripada penumpuan sektor perindustrian kepada sektor pertanian. Tentu ada di antara kita yang akan bertanya, mengapa tindakan ini diambil oleh Perdana Menteri kerana sekali pandang seperti satu langkah ke belakang? Jawapannya, niat suci Perdana Menteri melalui Islam Hadhari adalah untuk memajukan ekonomi orang Melayu yang merupakan pelopor utama dalam bidang pertanian. Adakah wajar orang Melayu sendiri menolak hasrat murni beliau itu?

Suatu ketika dulu, pada waktu Islam datang, telah berabad-abad lamanya, Mekah menjadi salah sebuah pusat perdagangan dan transaksi komersial antarabangsa. Sebagai pusat perniagaan atau perdagangan, terjadinya berbagai akumulasi kapital tidak dapat dihindarkan. Gabungan antara suku telah melakukan penguasaan dan monopoli perdagangan. Perkara ini telah memicu akumulasi kekayaan (kapitalis) kepada beberapa keluarga yang menjadikannya kelas borjuis dan aristokrat di kota Mekah. Koalisi kelas borjuis inilah yang melahirkan kontrak-kontrak budaya untuk menjadikan tradisi dan kepercayaan baru yang berbeza dengan bangsa di sekitarnya. Golongan kapitalis telah menempatkan dirinya sebagai kelas penguasa dan berpengaruh dalam lingkungan bangsa Arab. Mereka tidak saja sebagai pemimpin politik, tetapi juga pemimpin sosial dan spiritual suku. Mereka berkuasa terhadap golongan pekerja (masyarakat awam) dan golongan hamba yang merupakan struktur masyarakat pekerja di Mekah. Stratifikasi ini telah menimbulkan kepincangan sosial dan kesejahteraan yang cukup besar di antara mereka. Lebih ekstrim lagi, golongan kapitalis sering kali melakukan penindasan dan ekploitasi terhadap golongan pekerja. Berbagai bentuk hak-hak kebebasan masyarakat (misalnya kebebasan memilih kepercayaan) dirampas dan pekerja terus disubordinasikan dengan kepentingan golongan kapitalis. Bahkan perampasan hak hidup dilakukan bagi para hamba yang memang diperdagangkan. Islam lahir dalam konteks sosio ekonomi yang penuh ketidakdilan. Islam menentang berbagai bentuk ketidakadilan dan penindasan tersebut. Ketidakadilan terhadap penguasaan harta yang berputar hanya di kalangan para kapitalis ditentang. Penindasan terhadap hak-hak kebebasan manusia juga turut ditentang. Doktrin keesaan Tuhan dan konseps egaliter manusia dalam Islam diperjuangkan. Islam tampil sebagai kepercayaan yang membebaskan masyarakat dari berbagai bentuk kepercayaan tahayul, sekaligus membebaskan masyarakat dari berbagai bentuk penindasan ekonomi, sosial, dan politik yang dibina oleh para kapitalis. Dalam perspektif inilah Islam tampil sebagai agama yang akan membebaskan kaum tertindas (masyarakat dan hamba) dari kaum penindas (kapitalis Mekah). Dengan demikian semangat keadilan dan pembebasan merupakan nilai-nilai dasar dalam agama Islam. Realitinya, Islam mendambakan bentuk masyarakat egaliter. Sebuah konsep masyarakat yang bebas dari penindasan dan ekploitasi terhadap hak-hak kemanusiaan. Tiang-tiang bangunan sosial dan ekonomi dibina bertujuan untuk mewujudkan kesejahteraan bersama. Si kaya mahu menolong dan memberikan kesempatan kepada si miskin. Si miskin harus menjaga dan memegang amanah dari si kaya. Si kaya sedar bahawa sebahagian hartanya milik si miskin sehingga harus ditunaikan kepadanya. Sebaliknya, si miskin harus memanfaatkan dengan baik hak ekonominya tersebut, sehingga mampu mengangkat harkat dan martabat kemanusiaannya. Dalam konseps demikianlah, zakat diperkenalkan oleh Islam sebagai elemen rukun Islamnya. Zakat tidak hanya berfungsi sebagai instrument keseimbangan kehidupan ekonomi, tetapi juga bentuk keadilan Islam untuk mentransformasikan kelebihan harta, kesempatan dan status si kaya kepada si miskin. Sehingga si miskin sedar dan bangkit dengan kelebihannya dan pada gilirannya mampu memberikan zakat kepada si miskin lainnya. Bagi petani (bukan tuan tanah) pernyataan di atas tidaklah bersifat prejudis. Kemiskinan dan ketertindasan adalah label yang melekat pada mereka. Bukanlah hal yang aneh di negara mana sekalipun mendengar jeritan petani kerana melambungnya harga baja. Bahkan cukup akrab di telinga kita berbagai protes petani terhadap jatuhnya harga hasil tani. Hingga tidak hairanlah bila pakar ekonomi mengatakan ramai petani yang mengalami self-exploitation. Harga perolehan hasil tidak mampu menutup hutang yang digunakan untuk memenuhi keperluan sehari-hari. Wacana kemiskinan petani dalam berbagai perspektif bukanlah hal baru. Kemiskinan tersebut merupakan akibat dari proses ekonomi dan kultural. Kepemilikan lahan perseorangan yang relatif kecil tidak mampu menutup belanja atau kos pengeluaran dan biaya hidup sehari-hari, hingga terjadilah self-exploitation. Perkara ini merupakan kesan dari pelbagai tindakan organisasi tertentu yang kurang menyokong petani dan rendahnya produktiviti petani. Sedangkan secara kultural kedudukan petani yang merupakan golongan marginal di dalam masyarakat, makin memperlemahkan etos ekonomi para petani tersebut. Proses ekonomi dan kondisi kultural tersebut telah menempatkan petani sebagai golongan tertindas. Secara ekonomi petani tidak mempunyai kekuatan untuk meningkatkan nilai ekonomi hasil pertaniannya. Hal ini disebabkan oleh mandulnya peranan petani dalam mempengaruhi tindakan harga hasil tani dan baja. Ironisnya lagi, petani tidak pernah menikmati manfaat ekonomi secara nyata dari jargon-jargon negara pertanian yang seharusnya menjadi alasan pemihakan hak-hak petani. Secara kultural sebagai golongan marginal dalam masyarakat petani tidak cukup mempunyai peranan dalam komuniti sosial. Kedudukannya selalu dikalahkan oleh golongan aristokrat desa (guru dan pegawai negeri) dan golongan kapitalis desa (pengusaha). Tidak hairan jika petani adalah profesion yang tidak menarik dan akan ditinggalkan generasi muda terutama generasi di era globalisasi ini.

Keadaan atau suasana yang kontras, justeru kita dapati pada profesion petani semasa Rasulullah s.a.w. Pada zaman baginda (di mana tradisi cukup feudalistik), petani merupakan profesion orang-orang yang hebat. Mereka mempunyai tanah yang subur dengan hasil tuai yang sangat melimpah tanpa menanggung risiko yang menghenyak. Untuk memaparkan realiti suburnya, Masdar F Masudi mengatakan bahawa wanita pun diumpamakan seperti kebun (hartsun) untuk menganalogikan dengan ketinggian nilai wanita dalam Islam. Pendek kata, pertanian merupakan mesin wang. Profesion petani mendapat tempat yang terhormat di dalam masyarakat Arab. Mereka menjadi golongan aristokrat dalam stratifikasi sosial. Pada zaman baginda Rasulullah s.a.w sebutan orang hebat diberikan kepada mereka yang mempunyai tanah subur dan mampu mengolahnya sehingga tetap subur. Bahkan banyak ayat yang menggunakan analogi hasil pertanian agar mereka menunjukkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. Kedudukan petani ini bukan kedudukan yang mudah untuk diperolehi oleh sembarangan orang. Hanya orang-orang terpandanglah yang mampu mengambil peranan sebagai petani tersebut. Pendek kata, petani bukanlah simbol kemiskinan dan ketertindasan, tetapi merupakan golongan aristokrat dan terpandang di dalam masyarakat. Dengan kemudahan cara menghasilkan hasil tuaian tersebut Rasulullah s.a.w telah bersabda, bermaksud: Pertanian yang diairi oleh sungai dan hujan zakatnya sepuluh peratus, manakala yang diairi dengan pengairan zakatnya lima peratus. Zakat yang sedemikian besar disebabkan mudahnya petani mengakumulasikan kekayaan dan kecilnya risiko yang mereka hadapi. Selain itu dalam perspektif keadilan akan menjadi instrument penting antara golongan elite masyarakat dan golongan masyarakat awam. Besarnya zakat tersebut dimaksudkan untuk memberikan fungsi keadilan dan pembebasan bagi golongan masyarakat miskin yang lain. Dengan zakat petani (golongan kaya) banyak memberikan hartanya kepada masyarakat miskin sehingga tidak terjadi kepincangan dan membersihkan hati si miskin dari iri dan dengki. Sedangkan sebagai fungsi pembebas aliran harta itu diharapkan mampu memberdayakan dan memotivasi si miskin untuk bangkit dengan harta tersebut. Sehingga mereka terbebas dari penindasan ekonomi mahupun kultural. Kesimpulannya, zakat merupakan salah satu asas dalam pembangunan umat Islam. Untuk itu zakat menjadi kewajiban yang diletakkan di atas bahu setiap Muslim yang telah mampu untuk mengeluarkannya. Tetapi satu persoalan cagun. Mengapa kemiskinan masih terjadi di tengah masyarakat? Inilah persoalan besar yang harus dijawab secara jujur dan rasional. Sebab boleh jadi faktor munculnya kemiskinan yang cenderung makin bertambah ini, kerana belum diberdayakannya fungsi zakat seperti yang digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Padahal dalam realiti sejarah pernah dibuktikan bahawa melalui zakat dapat menghindarkan munculnya masyarakat miskin dan gejala sosial yang tidak baik. Contoh yang nyata iaitu pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Di mana dalam waktu lebih kurang dua setengah tahun pemerintahannya, zakat benar-benar berfungsi dan mencapai sasaran seperti dikehendaki oleh Allah s.w.t sesuai dengan ashnaf yang lapan. Allah s.w.t sendiri telah memberikan prioriti bahawa yang pertama menerima zakat tersebut adalah kalangan fakir dan miskin. Maka perlu prioriti pemberian zakat kepada dua golongan tersebut. Dengan erti kata dalam pembahagian tersebut lebih cenderung kepada orangnya daripada amalan pembahagiannya. Terdapat beberapa faktor mengapa kemiskinan masih ada, pertama adanya tindakan dari organisasi tertentu yang belum berpihak kepada kepentingan kesejahteraan rakyat. Kenyataan membuktikan keberpihakan itu lebih besar diberikan kepada golongan tertentu (bukan kalangan fakir dan miskin) dan pengusaha yang telah mampu memenuhi keperluannya secara besar. Kedua, lemahnya sosialisasi terhadap program ekonomi Islam. Padahal kewujudan ekonomi dan kewajiban menunaikan zakat dalam pandangan Islam merupakan hal yang dharuri (penting), serta adanya pengecilan makna kegiatan ekonomi pada lingkungan terbatas. Ketiga, belum berjalannya kewajiban menjalankan sistem ekonomi yang Islamik oleh umat Islam dalam aspek pembayaran zakat. Masih kurangnya perhatian terhadap pembinaan ekonomi umat secara baik dan berterusan. Padahal Islam telah menjelaskan bahawa rezeki itu 90 peratus berasal dari usaha perniagaan dan sepuluh peratus dari yang lainnya. Lantas siapakah yang berhak mengelola zakat? Masalah ini telah lama dibicarakan dan untuk ini yang lebih penting dibicarakan adalah bagaimana pengelolaan zakat dapat diuruskan secara sistematik dan telus. Selain itu pengurusan zakat perlu dilakukan berdasarkan kajian, akurasi data dan prioriti, agar tujuan asas dari pelaksanaan zakat, betul-betul mencapai tujuan yang dikehendaki Islam. Ini adalah kerana jumlah pungutan meningkat dari setahun ke setahun. Menurut kajian, jumlah pungutan zakat telah meningkat daripada RM311 juta pada tahun 2002 kepada RM408 juta pada tahun 2003, jika diukur kepada zakat perkapita (dengan mengambil kira jumlah penduduk Islam Malaysia, tanpa mengira umur dan jantina; dan tanpa mengambil kira sama ada mereka membayar zakat atau tidak) ia hanya berada pada tahap RM32.39 untuk tahun 2003.

Jumlah itu agak kecil untuk seseorang, tambahan pula dalam suasana peningkatan harga barangan dan perkhidmatan dewasa ini. Namun begitu, jika diuruskan dengan baik, masyarakat Islam khususnya mampu merancang pelbagai bentuk aktiviti yang boleh mendatangkan pulangan yang menguntungkan negara. Secara tidak langsung, kekuatan Islam Hadhari juga mampu dicagunkan sebagaimana yang diimpikan oleh YAB Perdana Menteri. Yang jelasnya, setiap insan mengimpikan kehidupan yang baik. Dalam konteks Islam, kehidupan yang baik adalah yang seimbang dengan wujudnya gabungan unsur kerohanian dan kebendaan dalam kegiatan harian seseorang. Justeru, ia memerlukan perancangan menyeluruh untuk mencapai objektif tersebut. Antara yang perlu difikirkan adalah perancangan kewangan. Kenyataan ini mungkin agak janggal kerana untuk mencapai kehidupan baik di dunia dan akhirat, kita perlu juga memikirkan perancangan kewangan. Ironisnya, inilah yang ditegaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani bermaksud: Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya. Berpandukan hadis itu, pada masa ini, selain kekuatan akidah, umat Islam memerlukan harta untuk membolehkannya mencapai objektif kehidupannya. Dengan kata mudah, kekuatan ekonomi baik pada peringkat mikro atau makro, turut memainkan peranan penting bagi membolehkan umat Islam mencapai apa yang dirujuk sebagai al-falah (kejayaan di dunia dan akhirat). Hakikatnya, dengan jumlah umat Islam seramai 1.3 bilion atau 21.6 peratus penduduk dunia dan keluasan negara Islam mencakupi 32.2 juta kilometer persegi atau 24.2 peratus keluasan bumi yang didiami manusia pada tahun 2002, umat Islam hanya menyumbang sebanyak 4.4 peratus atau AS$1.3 trilion (RM4.94 trilion) kepada pendapatan dunia. Senario sama turut dialami Malaysia. Dengan penduduk Islam mewakili lebih 50 peratus penduduk negara, umat Islam (atau lebih tepat lagi kaum Bumiputera yang juga daripada etnik yang bukan beragama Islam) hanya berjaya menguasai 18.7 peratus ekuiti Malaysia. Ia berbanding 40.9 peratus penguasaan oleh bangsa Cina dan 26.9 peratus warga asing. Perkara utama yang difokuskan di sini ialah kemiskinan. Kemiskinan pula sudah sinonim dengan umat Islam. Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr Awang Adek Hussin dalam akhbar Utusan Malaysia memberitahu bahawa terdapat lebih kurang 50,000 keluarga di Malaysia dikategorikan sebagai miskin tegar iaitu bersamaan dengan satu peratus daripada 25 juta rakyat Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 40,000 keluarga tinggal di luar bandar dan 10,000 keluarga lagi tinggal di bandar. Lantaran itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha menangani masalah kemiskinan dan meletakkan sasaran untuk menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh lima tahun lagi (2004-2009). Kemiskinan berada di mana-mana sahaja. Ia bukanlah satu isu baru kerana telah lama wujud dalam sejarah manusia tanpa mengira batasan dari segi agama, etnik, negara dan sebagainya. Malahan, pelbagai definisi umum tentang kemiskinan telah dicipta dan setiap satunya berbeza-beza. Namun apa yang dapat dirangkumkan di sini, sekiranya kemiskinan dinilai dari sudut ekonomi bermaksud ketidakcukupan penguasaan sumber-sumber material sehingga mengakibatkan seseorang itu tidak mampu untuk memainkan peranan yang berkesan sebagai salah seorang ahli dalam sesebuah masyarakat. Dalam ajaran Islam, kekayaan itu merupakan satu anugerah Allah s.w.t dan menuntut manusia untuk lebih banyak bersyukur. Sementara kemiskinan dilihat sebagai satu musibah yang harus dihindari dengan pelbagai cara dan suatu permasalahan yang mesti diselesaikan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Kemiskinan itu hampir-hampir membawa kepada kekufuran. (Riwayat Abu Nuaim daripada Anas). Salah satu cara terbaik untuk mengangkat martabat agama dan umat Islam hari ini ialah melalui reformasi ekonomi. Sama ada Islam dan ummahnya dihormati atau dibenci, yang pasti perubahan ini telah membangkitkan kesedaran kepada masyarakat Islam tentang kepentingan membina semula sebuah tamadun yang pernah mentadbir dunia. Yakni sebuah tamadun baru Islam yang berupaya menawarkan satu sistem alternatif meliputi bidang pendidikan, sosial, politik, pertahanan dan ekonomi. Khususnya di dalam bidang ekonomi, ummah kini semakin diberi ruang yang cukup promising. Lebih-lebih lagi untuk dimajukan secara jamai (bersama). Justeru, untuk melakukan reformasi ini secara jamai, umat Islam tiada pilihan selain memilih ekonomi dan pendidikan sebagai wadahnya. Terlepas daripada soal bersetuju atau tidak dengannya, ummah di saat ini wajar mengetepikan isu-isu ranting, untuk bersama-sama memperjuangkan agenda ini demi survival. Biarpun, terpaksa tewas, namun menyerah jangan sekali. Sesuai dengan ungkapan Inggeris, We may lose in a battle, but we shall not lose in a war. Islam adalah agama yang membawa rahmat seluruh alam (rahmatan lil alamin) dan bukan perosak (fassad). Islam juga merupakan agama yang menganjurkan kasih sayang dan kemakmuran (prosperity) serta membenci keganasan (terrorism) dan Islam adalah agama yang dapat menawarkan formula penyelesaian kepada pelbagai persoalan sejagat, tanpa mengira agama, warna kulit dan darjat. Begitu juga dengan persoalan kemiskinan yang melanda umat Islam kini.

Dalam soal ini, zakat seharusnya menjadi teras kepada sistem ekonomi ummah. Ini adalah kerana, matlamatnya yang dapat diterima oleh semua, iaitu membangun insan dan membasmi kemiskinan, secara holistik. Selain itu, prinsip dan falsafahnya yang bersifat universal, mampu melangkaui setiap isu dan persoalan secara makro dan mikro. Cuma yang mungkin berbeza adalah dari segi cara pengurusan dan pelaksanaannya sahaja. Di negara kita, sistem zakat di negeri-negeri seluruh Malaysia masih belum diseragamkan. Walaupun sudah sekian lama dicadangkan dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyeragamkannya. Namun begitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah pun mengumumkan persetujuannya dengan pusat zakat negeri-negeri untuk menyeragamkan zakat nasional pada tahun 2004. Walaupun ini hanya sebagai satu titik mula (starting point) namun ia harus dilihat secara optimis sebagai usaha yang murni ke arah penyeragaman sistem zakat di peringkat nasional. Malahan boleh diperkembangkan hingga ke peringkat global, biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dan berliku. Andai ini berjaya, bermakna salah satu konsep Islam Hdahari telah direalisasikan. Kesimpulannya, dalam era globalisasi ini, umat Islam harus menjadi lebih terbuka dan peka serta bijaksana (intelligence) seiring dengan perkembangannya. Ini kerana, keadaan masa depan tamadun manusia, akan sangat ditentukan oleh kekuatan sumber, kemampuan kreativiti dan keupayaan teknologi mereka. Justeru, dengan perkembangan senario sosiopolitik-ekonomi ketika ini, sewajarnya, umat Islam kembali mengambil giliran menjadi golongan yang mencipta (creating) dan menyumbang (contributing) setelah sekian lama menjadi consumer kepada produk orang lain. Dan zakat tetap mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mencagunkan semua ini asal saja pengurusannya dapat dilaksanakan secara sistematik dan telus. Fungsi, Peran, dan Kedudukan Zakat Oleh Eri Sudewo (CEO Dompet Dhuafa Republika Secara fungsional Rukun Islam dapat dibedakan atas dua kategori; yakni rukun pribadi - yang terdiri atas syahadat, shalat, puasa,haji - dan rukun masyarakat yaitu zakat. Dalam rukun pribadi terdapat paradigma kandungan ibadah ritual. Ibadah ini bersifat vertikal atau habluminallah yang dikoridori tata aturan baku. Bila menyimpang dari aturan baku maka timbul bidah. Ibadah dijalankan dari, oleh, dan untuk pelaku pribadi. Khusuk tidaknya pelaksanaan ibadah itu tergantung pada masingmasing pribadi pelakunya. Bila ibadah ritual tak dijalankan maka kerugian menimpa si pelaku. Nilai syiarnya bersifat ritual. Rukun pribadi pun mengandung paradigma kesalehan. Pelaksanaannya bersifat pribadi atau individual, rukun pribadi bermuara pada pembentukan karakter, akhlak atau kehidupan sosial yang mengarah pada individual. Meski bukan ibadah ritual, rukun masyarakat justru merupakan ibadah ganda: veftikal dan horisontal. Aspek muamalahnya lebih besar, rukun masyarakat membutuhkan lebih banyak terobosan ijtihad. Berasal dari muzaki, oleh amil, dam untuk mustahik, menjadikan sukses tidaknya rukun bergantung peda katiga pihak itu. Syiar menjadi cermin nilai dan sistem sosial masyarakat. Sedangkan paradigma kandungan kesalehannya bersifat sosial. Hubungan silaturahmi erat; persatuan dan kesatuan umat sangat kuat; terjalin kerja sama dalam komunitas, dan praktek saling menolong berlangsung baik. Itulah kesalehan sosial ideal yang seharusnya tercipta. Tapi kenyataan membuktikan bahwa masalah zakat belum berjalan maksimal. Akibatnya silaturahmi hanya bersfiat formalitas; persatuan dan kesatuan sangat fragmentaris; di bawah alam sadar timbul saling curiga; tak terjalin kerja sama dalam komunitas; dan praktek saling menolong tak maksimal. Hakikat zakal berasal dari muzaki dan ditujukan untuk mustahik. Mustahik terutama kalangan fakir dan miskin yang selalu kekurangan dan atau dalam kondisi kritis. Seluruh denda dalam Islam ditujukan untuk membantu hajat fakir dan miskin. Kalangan yang kekurangan akan lebih menderita dengan tidak ditunaikannya zakat. Maka zakat diwajibkan dan menjadi simbol tanggung jawab muslim kaya terhadap mereka. Fungsi dasar zakat merupakan ibadah muzaki. Selain itu juga untuk memenuhi kebutuhan mustahik dan untuk membangun masyarakat. Sedangkan peran zakat meliputi modal untuk pembangunan masyararat, social justice, social equilibrium, social guarantee atau jaminan sosial, social safety atau pengaman sosial, social insurance alau asuransi sosial, oase atau telaga, dan menunjukkan bahwa Islam adalah agama amal. Islam mengajarkan bahwa kekayaan merupakan cobaan. Di antara harta orang kaya terdapat hak orang lain. Dalam hal harta orang tak ditunaikan maka akan rusaklah harta dan jiwa muzaki. Harta yang dikeluarkan zakatnya adalah harta yang sah dan sempurna pemilikannya serta memperoleh berkah. Konsekuensi tak ditunaikannya zakat: Ingkar zakat artinya sama dengan pencurian harta orang lain. Harta yang dicuri adalah milik mustahik, terutama kalangan fakir dan miskin. Perhatikan sural al Maun. Pencurian merupakan tindakan yang merugikan orang lain. Tindakan ini merusak tatanan masyarakat yang harus dibangun dengan landasan zakat. Tak ada sanksi sosial. Miskin harta timbul karena ketidakmampuan dalam memenuhi mkebutuhan hidup. Faktor-faktor penyebab kemiskinan bersumber pada diri sendiri, masyarakat, dan lingkungan sumberdaya. Kemiskinan pada hakikatnya juga merupakan cobaan. Orang bijak sering mengatakan 'lebih baik menjadi orang miskin yang sabar' atau 'menjadi orang kaya yang pandai bersyukur'.

Jenis-jenis mustahik: fakir, miskin, amil, ibnu sabil, gharimin, fisabilillah, muallaf, budak. Mustahik yang serba kekurangan adalah kalangan fakir dan miskin. Enam mustahik yang lain kebutuhannya tergantung pada situasi dan kondisi. Berdasarkan asal-usulnya kedudukan mustahik dapat dibedakan atas empat jenis: Kritis-darurat: fakir dan miskin. Strategis: amil. Penting: gharimin, muallaf, fisabilillah, dan ibnu sabil. Tak mendesak: budak Sedangkan berdasarkan status, asal-usul, dan kedudukan, maka: tak semua mustahik dalam kondisi kekurangan harta; penanggulangan kemiskinan pada kalangan fakir dan miskin merupakan satu fungsi yang harus diselesaikan zakat; fungsi zakat di luar fakir dan miskin merupakan upaya pembangunan masyarakat. Dengan peran di atas, maka kedudukan zakat adalah: berkaitan dengan kesempurnaan ibadah; dari sisi politik, zakat merupakan keputusan politik paling penting dalam Islam; dari sisi ekonomi, zakat menjadi pilar pemberdayaan; dari sisi manajemen, inti zakat how to manage; dari sisi sosial, zakat menjadi jiwa silaturahmi dan rekayasa sosial; dari sisi kesenjangan, zakat perekat atau jembatan antara yang berlebihan dan kekurangan; dan dari sisi keamanan, zakat katup pengaman meletupnya bom sosial. Jurnal Syariah, Jil. 16, Bil. 2 (2008) 223-244 Shariah Journal, Vol. 16, No. 2 (2008) 223-244 223 PEMBANGUNAN EKONOMI MELALUI AGIHAN ZAKAT: TINJAUAN EMPIRIKAL* PENDAHULUAN - ZAKAT DALAM KEHIDUPAN MUSLIM Zakat berbeza dengan sumber-sumber pendapatan kerajaan yang lain di mana tanggungjawab membayar zakat adalah merupakan sebahagian dari ibadah dalam kehidupan Muslim. Allah telah menyatakan dalam al-Quran bahawa menunaikan zakat itu adalah merupakan sebahagian dari ciri-ciri seorang Muslim, yang bermaksud; Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebajikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. Surah al-Tawbah: 711 Sebagai salah satu dari rukun Islam, arahan untuk melaksanakan tanggungjawab zakat ini adalah sangat besar di mana bagi mereka yang gagal melaksanakannya akan mendapat balasan azab yang pedih di dunia dan akhirat. Hal ini dinyatakan dalam surah al-Fussilat, yang mengkhabarkan ancaman Allah terhadap orang-orang musyrik. Ayat ini turut menerangkan ciri-ciri orang musyrik, di antaranya ialah tidak menunaikan zakat dan tidak mempercayai akan adanya hari akhirat. Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu). Dan ingatlah, kecelakaan besar bagi orangorang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), iaitu orang-orang yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan hartanya) dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat. Surah al-Fussilat: 6-72 Dalam ayat yang lain, Allah menjanjikan rahmatNya ke atas mereka yang menunaikan zakat yang bermaksud: Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu. Allah berfirman: AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiaptiap sesuatu: maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang member zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. Surah al-A`raf: 1563 Kerajaan bagi negara yang mempunyai penduduk majoriti Muslim, tugas memungut zakat untuk kebajikan para penerima agihan zakat adalah satu tanggungjawab yang diwahyukan secara langsung oleh Allah. Kepentingan zakat terhadap orang Islam adalah jelas daripada hadith-hadith yang menyatakan bahawa dibenarkan memerangi orang-orang Islam yang mendirikan solat tetapi tidak menunaikan zakat.4 TUJUAN ZAKAT Islam menekankan penubuhan sebuah masyarakat yang adil, berperikemanusiaan dan bersatu padu. Melindungi manusia dari kelaparan, menjamin keselamatan sosial dan menjaga maruah dan kehormatan insane merupakan elemen-elemen yang perlu dalam peraturan masyarakat yang adil dan berperikemanusiaan. Rasulullah SAW menyatakan bahawa kelaparan adalah satu bentuk tekanan masyarakat yang paling berat. Oleh itu, Islam mencadangkan institusi zakat sebagai satu mekanisme yang menyelamatkan manusia dari kelaparan, menjamin keadilan sosio-ekonomi dalam masyarakat dan

menyediakan satu suasana yang membolehkan manusia memelihara kehormatan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah. Dengan meningkatkan produktiviti masyarakat, zakat menghilangkan rasa 3 Ibid, h. 383. 4 Terdapat pelbagai contoh arahan dan perintah, ganjaran pahala dan balasan yang dahsyat, kejayaan dan kegagalan di dunia dan di akhirat berkaitan dengan pembayaran zakat. Rasulullah SAW mengisytiharkan bahawa sesiapa yang menunaikan solat tetapi tidak menunaikan zakat, maka solatnya adalah sia-sia. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq pula telah menggunakan paksaan ke atas mereka yang enggan membayar zakat kepada kerajaan. Beberapa ayat Quran yang berkaitan dengan zakat adalah 2:110, 23:1-6, 51:19, 70:24-25. Jurnal Syariah, Jil. 16, Bil. 2 (2008) 223-244 226 irihati sesama ahli masyarakat, dan seterusnya menghasilkan masyarakat Muslim yang aman dan bersatu-padu. Oleh itu, zakat telah diwahyukan untuk memenuhi matlamat yang jelas dalam masyarakat. Secara ringkasnya, zakat telah ditetapkan oleh Allah dengan matlamat utama sebagai satu bentuk jaminan keselamatan sosial bagi mereka yang miskin dan memerlukan, membangunkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang melalui agihan semula kekayaan dalam masyarakat, dan juga sebagai satu bentuk penyucian dan pembangunan spiritual. AGIHAN ZAKAT Zakat diagihkan untuk membantu golongan yang miskin dan memerlukan bagi memenuhi keperluan asas mereka. Ia diagihkan untuk memenuhi pelbagai keperluan jangka pendek dan jangka panjang. Zakat hanya boleh diagihkan kepada golongan-golongan yang tertentu sahaja, seperti dinyatakan dalam al- Quran yang bermaksud: Sesunguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, dan orang-orang miskin, dan `amil-`amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hambahamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orangorang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Surah al-Tawbah: 605 Ayat di atas diakhiri dengan perkataan sebagai satu ketetapan dari Allah menunjukkan bahawa sedekah-sedekah yang dimaksudkan dalam ayat di atas, iaitu zakat, bukannya satu bentuk derma pilihan (optional charity), sebaliknya satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan (obligatory). Lapan golongan (asnaf) yang layak menerima agihan zakat telah dinyatakan oleh Allah melalui ayat di atas dan mestilah dipatuhi dalam mengagihkan hasilhasil zakat. 5 Sheikh Abdullah Basmeih (1992), op.cit., h. 443. Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan Empirikal 227 Secara ringkas, lapan golongan yang layak menerima agihan zakat seperti dinyatakan dalam ayat di atas, adalah seperti berikut: 1. Faqir - Golongan ini mempunyai harta di bawah nilai nisab. Mereka ialah golongan yang benar-benar miskin dan memerlukan bantuan orang lain untuk meneruskan kehidupan samada disebabkan oleh ketidakupayaan fizikal, lanjut usia, dan sebagainya. Dalam konteks semasa di Malaysia, pendapatan garis kemiskinan (PGK) ialah sebanyak RM 661 sebulan bagi isi rumah 4.6 di Semenanjung Malaysia, dan RM 691 sebulan bagi Malaysia. Mengikut definisi RMK9, pendapatan isi rumah golongan faqir ini berada di bawah keperluan makanan iaitu sebanyak RM 400 sebulan. 6 2. Masakin - Mereka adalah golongan miskin yang tidak menzahirkan kemiskinan mereka.7 Mengikut definisi RMK9, dalam konteks Malaysia, mereka ini merupakan golongan isi rumah yang berpendapatan antara RM 400 hingga RM 691 sebulan. 3. Amilin - Mereka adalah golongan yang bekerja untuk mentadbir dan mengurus hal-hal berkaitan zakat. Ini termasuk kesemua pegawai dan petugas yang dilantik oleh negeri untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan zakat, seperti pengiraan, kutipan dan agihan. Mereka yang terlibat dengan pekerjaan berkaitan zakat, maka layak mendapat gaji dari dana zakat. 4. Muallafat al-Qulub Mereka yang hatinya dipujuk untuk mendekati Islam. Secara prinsipnya, golongan ini meliputi mereka yang persahabatan dan kerjasama dengannya akan membantu memperkuatkan Islam. Termasuk juga dalam golongan ini ialah mereka yang baru memeluk Islam, yang kehilangan harta benda dan 6 Unit Perancang Ekonomi, JPM (2006), Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9: 2006-2010). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad, h. 348. 7 Rasulullah SAW berkata: Miskin ialah mereka yang tidak cukup untuk memenuhi keperluan mereka tetapi tidak dikenali sebagai golongan yang memerlukan yang membolehkan mereka dibantu. Mereka juga tidak bangun dan meminta-minta pertolongan. (Bukhari & Muslim). Terdapat pelbagai pendapat yang berbeza berkenaan definisi fakir dan miskin. Sebahagian berpendapat bahawa keduanya membawa maksud yang sama, manakala sebahagian lain berpendapat bahawa maksud keduanya adalah berbeza. Perbezaan definisi ini tidak penting dalam konteks zakat kerana kedua-dua golongan ini termasuk dalam kategori mereka yang memerlukan pertolongan dan bantuan orang lain, sama ada kekal ataupun sementara. Jurnal Syariah, Jil. 16, Bil. 2 (2008) 223-244 228 saudara-mara mereka yang lampau. Oleh itu mereka memerlukan bantuan dan sokongan. Bantuan kewangan berkemungkinan membantu memperkuatkan iman mereka dan melahirkan rasa kebersamaan (sense of belonging) dalam kalangan umat Islam. Termasuk juga dalam golongan ini mereka yang sangat kuat menentang Islam, tetapi pemberian wang mampu melembutkan mereka. Hasil zakat boleh diberikan kepada golongan ini walaupun mereka kaya.

5. Riqab Membebaskan hamba. Dalam keadaan sekarang di mana tiada lagi sistem perhambaan, tafsiran asnaf ini telah diperluaskan kepada seseorang yang terbelenggu di bawah satu kuasa yang menghalang kebebasan dirinya. Seorang yang telah disahkan ingin membebaskan dirinya dari belenggu8 yang dihadapi9 tergolong dalam asnaf ini. 6. Gharim - Penghutang Muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syara pada perkara asasi untuk diri dan tanggungan yang wajib ke atasnya10 atau sebagai penjamin atau kerana menyelesaikan permasalahan ummah. 7. Fi sabilillah - Perjuangan, usaha dan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah (Islam) di dunia. Yang paling ekstrim adalah jihad (Islamic war). 8. Ibn al-Sabil - Musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan. Musafir ini berkemungkinan kaya di negara asal mereka, tetapi menghadapi masalah dan memerlukan pertolongan di tempat lain. Jelas di sini bahawa lapan asnaf zakat merangkumi pelbagai golongan yang memerlukan bantuan kewangan. Golongan berpendapatan rendah dan memerlukan, sementara ataupun kekal, semuanya dilindungi oleh zakat. Sebahagian besar dari zakat akan diagihkan kepada mereka yang berpendapatan rendah dalam ekonomi. Oleh itu, melalui institusi zakat wang 8 Belenggu adalah kuasa luaran atau keadaan yang merampas dan menjatuhkan maruah dan kebebasan seseorang sebagai seorang Muslim. 9 Contoh: a) Penagih dadah yang terbelenggu dengan dadah seperti penagih dadah dan bekas penagih dadah, b) Anak yang terbelenggu oleh cara hidup ibu bapa yang tidak Islamik, c) Pelacur yang ingin membebaskan diri, dan d) Muslim yang terbelenggu oleh cara hidup jahiliyah. 10 Sekiranya ada sumber tetapi tidak mencukupi maka dijelaskan sebahagian sahaja. Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan Empirikal 229 yang dipungut dari golongan berpendapatan tinggi dalam masyarakat akan dipindahkan kepada golongan yang berpendapatan rendah, mempunyai kesan agihan semula yang berkesan dalam masyarakat. 11 .Zakat juga bertujuan untuk membantu ahli-ahli lain dalam masyarakat yang tidak miskin dari segi material dan kewangan pada asalnya, sebaliknya menghadapi masalah kewangan dan material tanpa dijangka, seperti menghadapi masalah kewangan dalam perjalanan. Zakat juga meringankan bebanan orang-orang yang tidak mampu menyelesaikan hutang. Peranan zakat juga sangat penting dalam membantu mereka yang berjuang menegakkan agama Allah ( fi sabilillah). Bentuk-Bentuk Agihan Zakat Selain dari pengkelasan kepada lapan golongan (asnaf) zakat di atas, para penerima agihan zakat juga boleh diklasifikasikan kepada golongan penerima zakat produktif dan tidak produktif. Para penerima agihan yang mampu berusaha dikategorikan sebagai produktif, manakala mereka yang tidak upaya disebabkan lanjut usia, masalah kesihatan, kecacatan dan sebagainya dikategorikan sebagai golongan tidak produktif. Bantuan yang diberikan kepada mereka bergantung kepada keperluan berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh agensi zakat terbabit terhadap keperluan asnaf dari masa ke semasa. Terdapat pelbagai jenis bantuan yang diberikan oleh pusat-pusat zakat di Malaysia kepada para penerima agihan zakat. Secara umum, jenisjenis bantuan zakat boleh dibahagikan kepada 6 kategori utama, dilihat dari pelbagai aspek sosio-ekonomi masyarakat: i. Bantuan penggunaan semasa (untuk makanan dan sara hidup) ii. Bantuan perubatan iii. Bantuan pendidikan iv. Bantuan keusahawanan v. Bantuan keagamaan vi. Bantuan kecemasan. Artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan keberkesanan agihan zakat dalam meningkatkan ekonomi ummah berdasarkan fakta-fakta secara teoritikal, disokong dengan bukti-bukti empirikal menggunakan model-model ekonomi sedia ada yang berkaitan. pelan tindakan bersepadu pihak- pihak yang terlibat dengan agihan zakat dalam usaha membuktikan potensi zakat untuk diketengahkan ke dalam arus perdana ekonomi untuk sama-sama menyumbang terhadap peningkatan ekonomi ummah. IMPLIKASI AGIHAN ZAKAT TERHADAP PENINGKATAN SOSIOEKONOMI UMMAH Kutipan dan agihan zakat mempunyai implikasi sosio-ekonomi yang penting. Antara yang utama ialah berkaitan dengan agihan pendapatan dan kekayaan, serta pembasmian kemiskinan. (a) Zakat dan Agihan Pendapatan dan Kekayaan Segala bentuk kekayaan yang dikurniakan Allah di muka bumi tidak boleh tertumpu hanya kepada satu golongan yang tertentu sahaja. Sebaliknya, ia perlulah beredar di kalangan semua ahli dalam masyarakat. Konsep keadilan dalam Islam tidak bermaksud pulangan yang sama kepada setiap ahli dalam masyarakat tanpa mengambil kira sumbangan mereka. Islam menerima adanya ketakseimbangan agihan pendapatan disebabkan oleh manusia itu tidak sama secara semulajadi

dari segi tingkah laku, kepakaran, dan sumbangan mereka terhadap masyarakat.13 Bagaimanapun, keperluan asas setiap individu adalah terjamin dalam sebuah kerajaan Islam. Di sini, zakat memainkan peranan sebagai mekanisma agihan semula pendapatan dan kekayaan. Zakat dilaksanakan untuk mengatasi masalah ketakseimbangan agihan pendapatan, dan mengelakkan daripada berlakunya penumpuan harta di kalangan golongan tertentu sahaja dalam masyarakat.14 Zakat menyediakan mekanisme di mana sumber-sumber yang ada dalam masyarakat akan diagihkan kepada yang miskin dan memerlukan. Dengan itu, jurang agihan pendapatan dalam masyarakat akan dapat dirapatkan. Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan Empirikal 231 Pembuktian Empirikal Kesan zakat terhadap agihan pendapatan di kalangan pengeluar padi telah dikaji oleh Ismail Salleh dan Rogayah Ngah, yang mengkaji kesan zakat terhadap agihan pendapatan di empat buah negeri di Malaysia iaitu Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu untuk tahun 1978.15 Dengan menggunakan indeks Gini-Coefficient16 bagi mengukur ketak seimbangan agihan pendapatan, perbezaan sebelum dan selepas agihan zakat diukur menggunakan indeks penurunan. Indeks ini akan menentukan sumbangan agihan zakat terhadap agihan pendapatan samada positif atau negatif. Hasil kajian mereka mendapati zakat yang dipungut di Malaysia mampu memperbaiki agihan pendapatan kasar di kalangan para pengeluar padi. Kajian lain berkaitan kesan zakat terhadap agihan pendapatan telah dilakukan oleh Jehle.17 Menggunakan AKS indeks18 bagi mengukur ketakseimbangan agihan pendapatan, Jehle menganalisis kesan zakat terhadap agihan pendapatan di Pakistan, menggunakan data tahun 1987-88. Hasil kajian beliau mendapati zakat telah mengurangkan ketakseimbangan agihan pendapatan di Pakistan, walaupun penurunan tersebut adalah kecil. Patmawati Ibrahim19 telah mengkaji kesan agihan zakat terhadap agihan pendapatan di kalangan para penerima agihan zakat dari asnaf fakir dan miskin di Selangor. Menggunakan data tahun 2001-2002, beliau telah menggunakan indeks Gini-Coefficient berdasarkan keluk Lorenz, 15 Ismail Muhd Salleh and Rogayah Ngah. (1980), Distribution of the Zakat Burden on Padi Producers in Malaysia in M. Raquibuz Zaman (ed.), Some Aspects of the Economics of Zakat. New York: American Trust Publication, hh. 81-153. yang mengukur ketakseimbangan agihan pendapatan. Hasil kajian beliau mendapati bahawa mengikut indeks GiniCoefficient, agihan zakat Berjaya mengurangkan ketakseimbangan agihan pendapatan di kalangan asnaf fakir dan miskin. Selanjutnya, menggunakan indeks Atkinson20 yang mengambil kira kesan faktor kebajikan dalam agihan pendapatan didapati agihan zakat yang dilakukan telah menjadikan agihan pendapatan lebih tidak seimbang daripada 0.38 kepada 0.53. Tahap kebajikan masyarakat berkurangan disebabkan oleh kehilangan dalam pendapatan akibat ketakseimbangan agihan pendapatan. Selanjutnya beliau telah membuat simulasi dalam kajiannya. Simulasi tersebut telah berjaya memperbaiki agihan pendapatan yang diukur menggunakan kedua-dua indeks Gini (0.20) dan Atkinson (0.16). Hasil kajian beliau mencadangkan supaya kaedah agihan zakat diperbaiki dengan menggunakan had kifayah sebagai pendapatan garis kemiskinan, serta mengambilkira lokasi penerima samada Bandar atau luar Bandar, dan juga kedudukan kewangan penerima agihan. Jumlah bantuan yang diberikan mestilah menyamai atau lebih dari jurang kemiskinan berdasarkan had kifayah. Sebagai kesimpulan, selain dari fakta teoritikal, kajian-kajian lepas yang telah dijalankan berjaya membuktikan secara empirikal kemampuan agihan zakat dalam mengatasi masalah ketakseimbangan agihan pendapatan. (b) Zakat dan Pembasmian Kemiskinan Objektif sosio-ekonomi yang utama bagi zakat ialah membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Islam. Islam menganggap kemiskinan sebagai satu masalah yang serius. Kemiskinan merupakan salah satu punca berlakunya jenayah dalam masyarakat. Kemiskinan juga membawa kepada rasa benci dan permusuh an di antara golongan kaya dan miskin, yang akan membawa kepada konflik sosial dalam masyarakat.21 Nabi Muhammad SAW memberi perhatian yang berat terhadap isu kemiskinan. Baginda telah menjelaskan kepada para sahabat bahawa zakat perlu dibelanjakan untuk membantu golongan miskin. Imam Abu Hanifah telah mengikuti langkah ini dan mengisytiharkan bahawa zakat hanya digunakan untuk kebajikan golongan miskin. Sehubungan dengan itu, para ulama Islam telah bersependapat bahawa keutamaan dalam agihan zakat ialah untuk membasmi kemiskinan. Zakat juga telah dikenalpasti sebagai komponen utama dalam system keselamatan sosial Islam. Zakat didapati mampu mengurangkan kemiskinan (walaupun tidak membasminya) dan mengurangkan jurang agihan pendapatan (walaupun tidak menghapuskannya), serta mempunyai potensi untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi.22 Monzer Kahf berpendapat, dalam mengaplikasikan zakat kontemporari, setiap negara Islam perlu ingat bahawa zakat sahaja tidak mampu mengatasi masalah kemiskinan di kalangan negara-negara Islam. Menurut beliau, zakat adalah merupakan alat agihan semula, sedangkan kemiskinan di kalangan negara-negara Islam berpunca dari produktiviti dan tahap pembangunan ekonomi yang lemah. Monzer Kahf mencadangkan supaya asas zakat diperluaskan dan dengan itu dana zakat akan meningkat.23 Kajian yang dilakukan oleh Timur Kuran24 di Pakistan, Malaysia, dan Arab Saudi menyimpulkan bahawa sekiranya zakat diharapkan untuk membasmi kemiskinan secara bersendirian, maka rancangan ini akan menemui kegagalan. Menurut beliau ini adalah disebabkan oleh zakat pada hari ini tidak memainkan peranan ekonomi yang utama. Ataul-Haq25 melihat bahawa zakat boleh berperanan untuk meningkatkan taraf hidup, pendapatan dan seterusnya membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang agihan pendapatan melalui kesan pengganda dari zakat. Projek-projek yang dibiayai menggunakan dana zakat dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan sosial, dan lain-lain akan meningkatkan produktiviti golongan miskin dengan memenuhi keperluan asas mereka. Pendapatan golongan miskin akan meningkat sebagai kesan dari peningkatan produktiviti. Muhammad Anwar26 berpendapat bahawa pembangunan ekonomi golongan fakir dan miskin ini sebagai satu isu yang serius, dan tidak boleh ditangani secara bermusim. Oleh itu perlu ada perancangan projek jangka pendek dan jangka panjang dalam program-program pembangunan golongan miskin. Beliau mengkaji tentang potensi sumbangan zakat

dalam membiayai projek-projek pembangunan jangka panjang untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin. Menurut beliau, selain daripada digunakan untuk penggunaan jangka pendek dan semasa, dana zakat juga boleh digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan jangka panjang yang akan mendatangkan faedah jangka panjang kepada golongan fakir dan miskin dalam masyarakat. Menurut kajiannya, penggunaan dana zakat sebegini dibenarkan dalam Islam. Pembuktian Empirikal Bank Pembangunan Islam (IDB) telah menjalankan kajian pada tahun 2004 untuk melihat sama ada dana zakat mencukupi bagi memenuhi keperluan golongan miskin. Sebanyak 24 buah negara anggota IDB telah dipilih sampel kajian. Hasil kajian mendapati, bagi negara-negara yang mempunyai pendapatan per kapita yang rendah dan masalah kemiskinan yang tinggi, jumlah kutipan zakat tidak mencukupi untuk menampung keperluan golongan miskin ini. Oleh itu, dana zakat yang ada perlu digunakan dengan cekap. Bantuan yang diberi tidak boleh dalam bentuk bantuan mencukupkan pendapatan sahaja, sebaliknya bantuan yang diberi haruslah mampu meningkatkan produktiviti golongan miskin ini supaya dalam jangka anjang mereka bukan setakat boleh keluar dari kemiskinan tetapi juga mampu membayar zakat.. Patmawati Ibrahim29 mengkaji kesan agihan zakat dalam mengatasi masalah kemiskinan di Selangor menggunakan data tahun 2001-2002. Kajian beliau menggunakan lima indeks kemiskinan yang popular digunakan oleh kebanyakan penyelidik dalam bidang ini, Kesimpulannya, kajian beliau mendapati agihan zakat mampu mengurangkan kadar kemiskinan, jurang kemiskinan dan tekanan kemiskinan yang diukur menggunakan indeks-indeks kemiskinan yang popular digunakan oleh para penyelidik dalam bidang ini.Sehingga ini, artikel ini telah mengemukakan fakta-fakta secara teoretikal yang disokong oleh bukti-bukti empirikal dari kajian lepas tentang peranan agihan zakat dalam meningkatkan pembangunan ekonomi ummah dengan melihat dari aspek agihan pendapatan dan pembasmian kemiskinan. Persoalannya, apakah tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan untuk mempastikan potensi agihan zakat benar-benar terlaksana. Hal ini melibatkan kerjasama dan tindakan bersepadu dari tiga pihak yang utama; iaitu pihak agensi zakat, para penerima agihan zakat; dan pihak kerajaan sendiri. PRESTASI KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA 19952005 Sepanjang tempoh satu dekad (19952005), imbangan belanjawan zakat di Malaysia sentiasa mengalami lebihan. Jadual 1 berikut menunjukkan belanjawan zakat Malaysia untuk tempoh 10 tahun. Kadar lebihan tertinggi ialah pada tahun 2001, sebanyak RM 112.96 juta. Jadual 1: Belanjawan Zakat Malaysia (1995-2005) (RM Juta) Sumber: Jabatan Agama Islam Malaysia, JAKIM, 2002; Pelbagai Pusat/Unit Zakat Negeri Sepanjang tempoh 1995-2005, ekonomi Malaysia mengalami turun naik dalam pertumbuhan ekonomi disebabkan oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran. Di antara yang paling ketara ialah kemelesetan ekonomi bermula dari 19971999 sebagai kesan dari krisis kewangan antarabangsa. Selain daripada itu, masalah selsema burung yang melanda negara di permulaan abad milenium mengakibatkan iklim ekonomi yang lembab dan memperlahankan pertumbuhan ekonomi. Namun, dalam keadaan demikian, seperti ditunjukkan dalam jadual di atas, institusi zakat masih lagi mendapat kepercayaan dari orang ramai, ditunjukkan dengan peningkatan dalam jumlah kutipan. Dalam tempoh pemulihan ekonomi mulai tahun 2000-2005, didapati jumlah kutipan zakat di Malaysia secara keseluruhannya terus meningkat. Ini turut Tahun 2006 dan 2007 juga menyaksikan peningkatan dalam jumlah kutipan dengan RM 670.6 juta pada tahun 2006, dan RM 806.3 juta pada tahun 2007.34 PELAN TINDAKAN BERSEPADU KE ARAH KEBERKESANAN AGIHAN ZAKAT Seperti dinyatakan di atas, untuk merealisasikan potensi agihan zakat dalam meningkatkan ekonomi ummah perlu kepada kerjasama dan tindakan bersepadu dari tiga pihak yang utama; iaitu pihak agensi zakat, para penerima agihan zakat; dan pihak kerajaan sendiri. 1. PELAN TINDAKAN PIHAK AGENSI/INSTITUSI ZAKAT a) Meningkatkan Kepercayaan Dan Keyakinan Orang Ramai Terhadap Program Agihan Zakat Kepercayaan dan keyakinan para pembayar zakat terhadap institusi zakat ini perlu dipertingkatkan. para pembayar zakat tersebut, berapa peratuskah daripada mereka merupakan pembayar baru, dan berapa peratuskah pembayar zakat yang kekal dalam industri. Para pembayar zakat akan yakin terhadap institusi zakat ini apabila mereka dapat melihat dan mengetahui kemanakah wang zakat mereka diagihkan. Dalam kata lain, untuk meningkatkan kutipan, agihan perlulah jelas dan diyakini. b) Menyebarluaskan Promosi Agihan Pihak institusi zakat perlu memperluaskan promosi berkaitan bentuk-bentuk agihan zakat yang boleh diperolehi oleh para asnaf. Sebagai contoh, bagi bantuan pendidikan berbentuk biasiswa untuk para pelajar Universiti, iklan boleh dimasukkan di akhbar-akhbar perdana seperti dilakukan oleh para penaja yang lain. Syarat yang jelas perlu dimasukkan. Begitu juga dengan program pembangunan usahawan yang dijalankan. Pihak institusi zakat juga, selain mencari sendiri asnaf zakat mereka, turut dicadangkan untuk mengiklankan di akhbar-akhbar. Ini akan menyebarkan maklumat dengan lebih luas, dan membolehkan mereka yang benar-benar berminat dan layak turut memohon. Ini akan meningkatkan darjah keberkesanan program agihan zakat tersebut. Secara tidak langsung juga, para pembayar zakat akan dapat melihat bahawa wang zakat yang mereka keluarkan digunakan dengan sepenuhnya. Hal ini akan meningkatkan keyakinan mereka untuk terus membayar zakat melalui institusi zakat.

c) Mengkaji Semula Bentuk Dan Jumlah Agihan Zakat Yang Diberi Bentuk bantuan yang diberi kepada para penerima agihan zakat perlulah mengambil kira keperluan jangka pendek dan jangka panjang. Bagi keperluan jangka pendek, bantuan penggunaan semasa untuk makanan dan sara hidup perlu diberikan. Di samping itu, perlu juga diberi bantuan untuk membolehkan para penerima asnaf khususnya dari asnaf fakir dan miskin untuk mempunyai sumber pendapatan di masa akan datang. Untuk itu, jumlah bantuan yang diberikan kepada mereka perlu dinilai semula. Untuk jangka pendek, bantuan yang diberikan hendaklah mampu memenuhi keperluan asas mereka, untuk membolehkan mereka menumpukan perhatian untuk projek ekonomi jangka panjang. Apabila projek ekonomi mereka mengeluarkan hasil, maka bantuan jangka pendek tersebut (penggunaan semasa) sudah boleh dihentikan, dan mereka tidak akan bergantung kepada zakat lagi, sebaliknya sudah boleh membayar zakat. Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan Empirikal 239 d) Mengadakan Kerjasama Dengan Agensi-Agensi Kerajaan Yang Berkaitan Projek-projek pembangunan ekonomi/usahawan yang diceburi oleh asnaf meliputi pelbagai bidang. Termasuk diantaranya bidang ternakan, pertanian, perikanan, peruncitan, IKS dan sebagainya. Kita akui hakikat bahawa para pegawai zaka t tidak mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tersebut. Walau bagaimanapun, usahawan zakat ini tidak boleh dibiarkan tanpa panduan, dengan hanya memberi suntikan modal sahaja. Apa yang boleh dilakukan oleh insitusi zakat ialah mengadakan kerjasama dengan agensiagensi kerajaan yang berkaitan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang untuk program pertanian, FAMA untuk pemasaran, LKIM untuk perikanan, MEDEC untuk pembangunan usahawan dan IKS, dan sebagainya. Ini bertujuan untuk mempastikan mereka mendapat nasihat yang betul dari pihak yang tepat dan mempastikan kejayaan perusahaan mereka. e) Meningkatkan Bilangan Pembayar Zakat Institusi-institusi zakat perlu berusaha meningkatkan bilangan pembayar zakat. Kajian pada tahun 1999 mendapati hanya 40% daripada mereka yang layak telah membayar zakat. Laporan PPZ Wilayah 2005 melaporkan, dari keseluruhan penduduk Islam di Malaysia, hanya seramai 4.1 juta sahaja yang membayar zakat. Bilangan ini perlu ditingkatkan kerana ia berkadar terus dengan jumlah kutipan zakat. 2. PELAN TINDAKAN KERAJAAN a) Menggalakkan Jumlah Kutipan Zakat Setelah mengetahui potensi zakat untuk menyumbang kepada peningkatan ekonomi ummah di arus perdana ekonomi negara, antara perkara yang dianggap kritikal dalam hal ini ialah untuk meningkatkan jumlah kutipan zakat. Ini adalah bagi memenuhi keperluan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Islam, khususnya untuk mengeluarkan mereka dari kemiskinan. Mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan, pada tahun 2004 sebanyak 3.8 juta isirumah di Malaysia berada di bawah garis kemiskinan. Daripada jumlah tersebut, 67 ribu isirumah merupakan golongan termiskin.35 Golongan miskin terbesar adalah bangsa Melayu. Mengikut data banci penduduk pada tahun 199936 jumlah penduduk Melayu di Malaysia adalah seramai 10.6 juta orang. Dalam RMK9, dinyatakan bahawa pada tahun 1999, 12.4% bumiputera berada dalam kemiskinan. Ini bererti pada tahun 1999, seramai 1.3 juta orang Melayu di Malaysia berada dalam kemiskinan. Sekiranya kita membahagikan kepada 4.6 orang per isi rumah, ini bererti jumlah isi rumah Melayu yang miskin adalah sebanyak 287,957 isirumah. Untuk menampung keseluruhan isi rumah ini keluar dari kemiskinan, jumlah dana yang diperlukan berdasarkan PGK 1999 sebanyak RM 529 ialah sebanyak RM 152.33 juta. Berdasarkan data kutipan zakat tahun 1999 dalam jadual 1 di atas, jumlah ini merupakan 78% dari keseluruhan jumlah kutipan. Perlu diingat bahawa terdapat 8 asnaf zakat. Fakir dan miskin hanya merupakan 2/8 dari keseluruhan asnaf. Ini menunjukkan jumlah kutipan zakat perlu ditingkatkan. b) Rebat Cukai Terhadap Zakat Korporat Salah satu daripada cara yang boleh dilakukan ialah dengan menggalakkan zakat korporat, melalui zakat perniagaan. Data tahun 200537 menunjukkan bahawa jumlah kutipan zakat perniagaan di Malaysia adalah sebanyak RM 109.7 juta. Ini merupakan 19.1 % dari keseluruhan kutipan zakat sebanyak RM 573.1 juta pada tahun 2005. Dalam keadaan di mana rebat kepada cukai tidak diberi terhadap zakat korporat, kutipan sebanyak ini adalah satu perkara yang memberangsangkan. Oleh itu, artikel ini mencadangkan supaya pelepasan cukai diberi kepada zakat korporat. Simulasi di bawah menunjukkan potensi yang bakal dikutip sekiranya rebat cukai dikenakan terhadap zakat korporat: Jumlah cukai pendapatan syarikat 2006 = RM 28,414 juta38 Andaikan hanya 30% milik Melayu: RM 28, 414 juta x 0.3 = RM 8524.2 juta Kadar cukai pendapatan korporat = 28% Kadar zakat korporat = 2.5% Jumlah zakat korporat Melayu : (RM 8524.2 juta / 0.28) x 0.025 = RM 761.0893 juta korporat menjadi insentif kepada syarikat-syarikat Melayu untuk membayar zakat perniagaan mereka, tahun 2007 akan menyaksikan penghasilan sebanyak RM 761.09 juta tambahan kepada jumlah kutipan zakat negara. Selanjutnya, sekiranya jumlah ini digunakan untuk membasmi kemiskinan, simulasi menunjukkan: Jumlah zakat korporat: RM 761.0893 juta Pendapatan garis kemiskinan sebulan: RM 691 Pendapatan garis kemiskinan setahun: RM 691 x 12 = RM 8292 Sekiranya 50% diguna untuk membasmi kemiskinan:

RM 380.5447 juta = RM 380.5447 juta / 8292 = 45,893 isi rumah Ini bermakna, sekiranya separuh sahaja dari jumlah zakat korporat tersebut digunakan untuk membasmi kemiskinan, ia dapat mengeluarkan sejumlah 45,893 isi rumah dari kemiskinan. Tahun 2004 menyaksikan bilangan isi rumah miskin dan termiskin sebanyak 67 ribu, penggunaan separuh zakat korporat 2007 akan mengurangkan bilangan isi rumah miskin sebanyak 67%. 3. PELAN TINDAKAN PENERIMA AGIHAN ZAKAT Para penerima agihan zakat adalah merupakan entiti utama dalam mempastikan keberkesanan program agihan zakat untuk meningkatkan ekonomi ummah. Pihak lain hanya boleh membantu, menyediakan segala kemudahan, ruang dan peluang. Tetapi sekiranya mereka tidak bersedia dan bekerjasama, maka segala usaha ini akan gagal. Pepatah ada menyatakan, kita boleh memaksa kuda pergi ke air, tetapi kita tidak boleh memaksa kuda untuk minum air. Ini bermakna, meningkat atau tidaknya ekonomi ummah bergantung kepada ummah itu sendiri. Untuk itu mereka perlulah mematuhi etika dalam menerima agihan dana zakat. Mereka hendaklah jujur dan bertekad untuk memperbaiki diri. Mereka hendaklah berusaha bersungguh-sungguh, menjalani latihan dan memuhasabah diri dari masa ke semasa untuk mempastikan kejayaan mereka, keluar dari asnaf zakat, dan menjadi pembayar zakat. KESIMPULAN Zakat sekiranya dilaksanakan dengan berkesan bukan hanya akan meningkatkan aspek r ohani masyarakat sahaja, sebaliknya akan meningkatkan tahap sosio-ekonomi ummah. Keberkesanannya bergantung kepada kerjasama dan tindakan bersepadu semua pihak yang terbabit, iaitu pihak institusi zakat, pihak kerajaan dan pihak asnaf zakat sendiri. RUJUKAN Al-Harran, Saad Abd Sattar (1993), Islamic Finance, Petaling Jaya: Pelanduk Publications. Al-Qardhawi, Yusuf (1981), Economic Security in Islam, Lahore: Kazi Publication. Anwar, Muhammad, (1995), Financing Socio-Economic Development With Zakat Funds, Journal of Islamic Economics, vol. 4 no. 1&2. Ariff, Mohamed (1991), The Islamic Voluntary Sector in Southeast Asia, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. Ataul-Haq, Pramanik (1990), Development and Distribution in Islam, Petaling Jaya: Pelanduk Publications. Foster, J., Greer, J., Thorbecke, E. (1984), Notes And Comments: A Class Of Decomposable Poverty Measures, Econometrica, vol. 52, no. 3, May, 761-766. Hasanuz Zaman S.M. (1991), Economic Functions of an Islamic State, The Islamic Foundation, Karachi: International Islamic Publishers. Hassan, M. Kabir and Ahmed, Mahmood (2000), Poverty Alleviation and Zakat Funds: Substitutability of Zakat Funds in the Budget of the Government of Bangladesh, The Balance, Spring 2000. Imtiazi I.A., Mannan M.A., Niaz M.A. and Deria A.H. (eds.) (1989), Management of Zakat in Modern Muslim Society, Jeddah: Islamic Research and Training Institute, IDB. Iqbal, Munawar (1986), Distributive Justice and Need Fulfilment in an Islamic Economy, Leicester: The Islamic Foundation. Ismail Muhd Salleh and Rogayah Ngah. (1980), Distribution Of The Zakat Burden On Padi Producers In Malaysia. in M. Raquibuz Zaman (ed.), Some Aspects of the Economics of Zakat. New York: American Trust Publication. Jabatan Perangkaan Malaysia (2000), Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2000, Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia. Jehle, Geofrey A. (1994), Zakat and Inequality: Some Evidence From Pakistan, Review of Income and Wealth, Series 40, Number 2, June. Kahf, Monzer (1997), Potential Effects of Zakat on Government Budget, IIUM Journal of Economics & Management, vol. 5, no.1. Jurnal Syariah, Jil. 16, Bil. 2 (2008) 223-244 244 Kahf, Monzer (1999), The Performance of the Institution of Zakat in Theory and Practice, Paper presented in the International Conference on Islamic Economics in the 21st Century, held in Kuala Lumpur, 9-12 August 1999. Kementerian Kewangan Malaysia (2006), Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan Tahun 2007. Kuran, Timur (2002), Islamic Redistribution Through Zakat: Medieval

Roots of Contemporary Problems, Paper presented at a Conference on Poverty and Charity in the Forthcoming in Conference Volume, Suny Press, 2002. Middle East, (held at the University of Michigan, Ann Arbor, on May 4-7, 2000). Mohd. Masum Billah (1996), The Modern Social Security System - The Institution Of Zakat An Appraisal, Business Law Journal. February 1996. Patmawati Ibrahim (2006), Economic Role of Zakat in Reducing Income Inequality and Poverty in Selangor, PhD Thesis. Faculty of Economics and Management, Universiti Putra Malaysia. Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (2006), Laporan Zakat 2005. Kuala Lumpur: PPZ Wilayah Persekutuan. Pusat Pungutan Zakat MAIWP (2008), Laporan Zakat 2007, Kuala Lumpur: PPZ MAIWP. Sadeq, AHM (1991), Distribution Through Transfers and Other Measures in Economic Development In Islam, Petaling Jaya: Pelanduk Publications. Sadeq, AHM (1991), Economic Development in Islam, Petaling Jaya: Pelanduk Publications. Sheikh Abdullah Basmeih (1992), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. Shirazi, N.S. (1996), System of Zakat in Pakistan: An Appraisal, Islamabad: International Institute of Islamic Economics. Shirazi, N.S. (1994), An Analysis Of Pakistans Poverty Problem And Its Alleviation Through Infaq, Ph.D Dissertation, Islamabad, International Islamic University. Unit Perancang Ekonomi, JPM (2006), Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9: 2006-2010), Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. 6 Jabatan Perangkaan Malaysia (2000), Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2000, Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia, h. 35. 37 Pusat Pu3ngutan Zakat Wilayah Persekutuan (2006), Laporan Zakat 2005, Kuala Lumpur: PPZ Wilayah Persekutuan, hh. 84-93. 38 Kementerian Kewangan Malaysia (2006), Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan Tahun 2007, h. 30. Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan Empirikal 241 Sekiranya rebat cukai diberi terhadap zakat ABSTRAK Zakat diwajibkan ke atas harta tertentu supaya harta dan kekayaan tidak berlegar hanya di kalangan orang kaya sahaja serta dapat memberi keharmonian hidup kepada semua. Harta kekayaan perlu dikongsi oleh semua ahli masyarakat kerana kegiatannya melibatkan alam dan persekitaran yang dimiliki bersama oleh masyarakat. Perlaksanaan zakat telah dapat memenuhi maksud tersebut. Namun demikian, zakat hanya dikenakan ke atas harta tertentu yang dikhususkan dan disepakati (diikhtifak) oleh ulama. Ini bermakna bahawa perkongsian kekayaan hanya berlaku bagi harta tertentu sahaja. Bentuk kegiataan ekonomi masa kini telah berubah, menjadi lebih kompleks dan bersifat komersial. Kegiatannya lebih menjejaskan alam dan persekitaran yang menjadi milik semua. Oleh itu harta yang tidak disepakati wajib zakat (diikhtilaf) seperti perladangan kelapa sawit dan ternakan ayam yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan perlu juga dikenakan zakat supaya hasilnya juga dikongsi oleh ahli masyarakat. Perlaksanaannya akan memastikan bahawa semua perolehan akan dikongsi bersama kerana kegiatannya juga telah menggunakan alam dan persekitaran yang menjadi milik semua. Persoalannya ialah adakah masyarakat bersedia untuk membayar zakat bagi harta yang diikhtilaf tersebut. Sehubungan itu kajian ini bertujuan menyelidiki sejauh mana kesediaan masyarakat untuk berkongsi harta bagi harta yang diikhtilaf wajib zakat tersebut. Kajian dilakukan ke atas seluruh Malaysia meliputi sektor pertanian, ternakan, galian dan pendapatan bebas menggunakan kaedah diskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia umumnya menunjukkan kesediaan untuk membayar zakat harta yang diikhtilaf. Ini bermakna bahawa masyarakat bersedia untuk berkogsi kekayaan dan kebahagiaan yang diperolehi dan menyedari bahawa kegiatan ekonomi mereka telah mengguna dan menjejaskan alam dan persekitaran yang menjadi milik bersama.

PENGENALAN Salah satu tujuan pensyariatan zakat adalah untuk berkongsi harta, supaya harta tidak berlegar hanya di kalangan orang kaya sahaja. Jika dinilai daripada sudut persekitaran pembayaran, ia adalah wajar memandangkan segala usaha dan aktiviti ekonomi sebenarnya adalah saling berkait rapat dengan manusia, alam dan persekitaran. Pada asalnya alam dan persekitaran adalah milik semua dan apabila ia digunakan, kesannya juga melibatkan semua pihak. Ini dinamakan kesan luaran (eksternaliti) iaitu kesan yang timbul samada berbentuk positif atau negatif kepada pihak ketiga akibat berlakunya kegiatan ekonomi. Oleh kerana setiap aktiviti ekonomi mengguna sumber alam milik bersama dan juga bakal menjejaskan persekitaran milik bersama maka manfaat juga seharusnya dinikmati bersama. Adalah tidak wajar jika pengusaha sahaja yang mendapat manfaat ekonomi sedangkan masyarakat lain tidak menikmati manfaatnya. Ia seolah-olah satu pampasan oleh pihak tertentu kepada pihak ketiga yang terlibat secara tidak langsung dalam kegiatan ekonomi. Oleh itu dalam Islam melalui pensyariatan zakat sebenarnya akan memastikan kesemua manusia, masyarakat dan alam persekitarannya mendapat manfaat daripadanya samada secara langsung dan tidak langsung. Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada sekalian alam. Walaupun zakat berperanan penting dalam kehidupan manusia tetapi sumber zakat hanya dihadkan kepada harta yang bersifat tradisional yang disepakati oleh ulama iaitu beberapa jenis harta sahaja seperti emas, perak, lembu, kambing, gandum, kurma dan sebagainya. Pelbagai usaha lain tidak dikenakan zakat sedangkan usaha ekonomi tersebut juga akan membawa kesan eksternaliti. Sehubungan itu sumber zakat patut diperluaskan skopnya memandangkan semua kegiatan ekonomi tidak terlepas memberi kesan eksternaliti kepada pihak lain. Ini bermakna bahawa zakat sepatutnya dikenakan kepada harta lain selain yang disepakati ulama. Mungkin rasional daripada sudut alam sekitar adalah usaha ke atas harta lain turut menjejaskan alam dan persekitaran (kesan eksternaliti) sebagaimana usaha ke atas harta yang lain yang disepakati wajib zakat. Oleh itu sewajarnya hasil semua aktiviti ekonomi yang memberi kesan kepada persekitaran perlu juga dikongsi bersama oleh orang lain. Pengusaha dan pemilik sepatutnya bersedia untuk berkongsi harta memandangkan ia telah mengguna sumber alam dan persekitaran yang menjadi milik bersama. Sekiranya langkah ini dilakukan maka ia merupakan satu langkah baru yang tentunya akan menimbulkan beberapa reaksi masyarakat. Sehubungan dengan itu objektif kajian ini adalah untuk meneliti bagaimanakah reaksi masyarakat daripada segi kesediaan membayar yang menunjukkan kesediaan untuk berkongsi harta melalui pembayaran zakat bagi harta yang diikhtilaf. Beberapa cadangan serta implikasi dasar akan dijelaskan untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dalam berkongsi alam dan persekitaran, berkongsi milik, berkongsi mengguna dan berkongsi manafaat. Pengurusan Zakat Zakat yang merupakan rukun Islam yang keempat tidak pernah diabaikan oleh kerajaan dalam merancang sistem pungutan, pengurusan dan pengagihan dengan lebih cekap dan sistematik. Ini kerana zakat adalah antara sumber atau dana utama bagi Baitulmal dalam menjalankan pelbagai program dan mendirikan pusat-pusat sosial, kebajikan dan pendidikan khusus untuk menolong masyarakat Islam di samping mengagihkan kutipan zakat kepada lapan asnaf (golongan) yang telah ditetapkan oleh syarak. Maka dengan itu, pada 1 Januari, 1991 Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Kuala Lumpur telah ditubuhkan bagi mengutip semua jenis zakat terutama zakat harta, zakat perniagaan, zakat saham dan juga zakat simpanan dan emas. PPZ telah menjadi satu contoh organisasi kutipan zakat di Malasyia kerana kecekapan dan keberkesanannya meningkatkan kutipan zakat dari setahun ke setahun dan banyak menolong meningkatkan kesedaran masyarakat Islam untuk berzakat. PPZ juga adalah organisasi zakat yang pertama di dunia menggunakan komputer dalam menjalankan urusan hariannya dan mempunyai tenaga yang terlatih menjalankan tugas secara profesional dan sistematik. Penubuhan Syarikat Mengurus Zakat 8. Di bawah Butiran (1) Senarai Kedua, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, zakat terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri. Kerajaan Negeri mempertanggungjawabkan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bagi mengendalikan segala urusan berkaitan agama di negeri-negeri termasuklah urusan berkaitan memungut dan mengagihkan zakat. Tanggungjawab ini merupakan salah satu daripada fungsi teras dalam pentadbiran MAIN yang telah dilaksanakan sejak sekian lama.

Anda mungkin juga menyukai