Anda di halaman 1dari 6

Rajah 8.1.

1: Arah aliran angin yang bertiup bagi sesebuah pemeluwap

8.2 SERVIS PEMELUWAP MENGGUNAKAN SEMBURAN ANGIN

a. Jika kotoran atau habuk yang sedikit, gunakan ‘hand


blower’ untuk sembur angin ke atas pemeluwap bagi
mengeluarkan kotoran seperti dalam rajah 8.2.1.

b. Sebelum menggunakan ‘hand blower’ pastikan arah


angin yang bertiup dan elakkan melawan arah angin, agar tidak
terkena habuk atau kotoran.

c. Sebelum melakukan semburan angin, gunakan berus


sabut untuk memberus lembut bahagian sirip pemeluwap agar
kotoran yang tebal tertanggal. Jika terdapat kotoran yang tidak
tertanggal gunakan sikat sirip plastik untuk membuang kotoran
tersebut.

d. Pastikan bekalan kuasa dimatikan terlebih dahulu


sebelum memulakan kerja pembersihan untuk mengelakkan
kemalangan.

98
Rajah 8.2.1: Gambar guna ‘hand blower’ untuk mencuci pemeluwap

8.3 SERVIS PEMELUWAP MENGGUNAKAN SEMBURAN AIR DAN


BAHAN KIMIA

a. Bagi kotoran yang banyak atau tebal gunakan bahan kimia


untuk mencuci pemeluwap.

b. Buka penutup hadapan pemeluwap dan tutup motor kipas


pemeluwap dengan menggunakan plastik bagi mengelakkan motor
kipas terkena air. Pastikan setiap bahagian elektrik ditebat dan
bahagian masuk pemeluwap ditutup kemas seperti dalam rajah 8.3.1.

Rajah 8.3.1: Gambar penutup hadapan pemeluwap dibuka untuk menservis

99
c. Sebelum menyembur dengan bahan kimia, sembur dahulu
dengan air untuk membasahkan sirip pemeluwap bagi memudahkan
tindakbalas kimia berlaku bila disembur dengan bahan kimia.

d. Semburkan bahan kimia pada gegelung pemeluwap dan


biarkan seketika 2 atau 3 minit, kemudian bilas dengan semburan air
seperti dalam rajah 8.3.2.

e. Setelah selesai melakukan semburan air biarkan seketika


sebelum melakukan semburan angin supaya air dapat mengalir keluar.

f. selepas dibiarkan seketika gunakan ‘hand blower’ untuk


membuang sisa-sisa air yang tertinggal di pemeluwap. Ini bagi
memastikan pemeluwap benar-benar bebas dari air.

e. Sekiranya masih terdapat kotoran gunakan sikat sirip untuk


membuang kotoran yang tertinggal.

f. Setelah selesai membuang segala kotoran, pasang semula


penutup hadapan tetapi sebelum itu buka segala plastik yang
membaluti motor kipas.

g. Sebelum membuat sambungan ke bekalan kuasa pastikan tiada


titisan air terdapat pada terminal bekalan kuasa pada unit pemeluwap
tersebut.

Rajah 8.3.2: Guna semburan air untuk bilas sirip pemeluwap

100
Rajah 8.3.3: Gambar guna semburan air untuk bilas pemeluwap

8.4 MEMBAIKI KEBOCORAN PADA PAIP PEMELUWAP

a. Adakalanya kebocoran pada paip tembaga pemeluwap akan


berlaku bilamana ianya terlaku lama beroperasi ataupun telah terhakis
disebabkan sudah dimamah usia.

b. Keperluan untuk menservisnya adalah mustahak iaitu dengan


menampal kebocoran tersebut dengan rod tembaga. Proses ini amat
sukar dan memerlukan perhatian yang serius bagi mengelakkan
perkara sama berulang semula.

c. Sebelum melakukan kerja mengimpal pastikan sirip pemeluwap


dikeluarkan dahulu dari ‘casing’ unit luaran.

d. Selepas dikeluarkan gunakan semburan gas pendingin ke


dalam paip pemeluwap untuk mengesan kebocoran.

e. Setelah kebocoran dikesan pasangkan gas oksitelina, kita


seharusnya tahu api yang sesuai untuk kimpalan ini. Pasangkan

101
tangki gas oksitelina dan gas oksikgen dengan tekanan yang sesuai
untuk proses kimpalan ini seperti dalam rajah 8.4.1.

Rajah 8.4.1: Gambar gas oksitelina dan gas oksigen

f. Kemudian pasangkan arus tekanan gas oksitelina dan oksigen


pada hos gas.Pastikan gas oksitelina dipasang terlebih dahulu
sebelum memasangkan gas oksigen.

g. Hidupkan api oksitelina dengan menggunakan spark


lighter.Setelah api oksitelina dihidupkan, bukakan pula gas
oksigen.Kemudian sesuaikan api kimpalan dengan api yang sesuai
untuk mengimpal lubang kebocoran tersebut.

h. Kimpal pada sudut yang betul bagi mengelakkan kebocoran


menjadi lebih besar. Gunakan rod penambah (rod tembaga) untuk
menutup lubang kebocoran tersebut seperti dalam rajah 8.4.2.

102
Rajah 8.4.2: Gambar kerja mengimpal kebocoran pada pemeluwap

103

Anda mungkin juga menyukai