Anda di halaman 1dari 6

“ZAKAT MEMPERKASAKAN UKHUWAH ISLAMIAH”

Sekalung apresiasi buat peneraju acara, kombinasi hakim yang


adil lagi bijaksana, tidak saya lupa, penjaga masa yang setia, warga
pendidik berkarisma, rakan-rakan penuntut modal insan kelas pertama,
seterusnya, sidang hadirin yang saya muliakan, Assalamualaikum WBT
dan salam sejahtera.

Menghayati firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 110:

Maksudnya: “Dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat.”

Tampilnya saya menjunjung bicara, beralun suara, menyampaikan


cetusan rasa mauduk, “Zakat memperkasakan ukhuwah islamiah.”

Warga hadirin yang bervisi,

Sungguh indah di pagi hari,


Kicauan burung memecah sunyi;
Sebelum hujah saya layari,
Frasa tajuk saya selami.

Mengikut kamus dewan edisi kedua, zakat bermaksud cukai yang


diwajibkan ke atas setiap orang apabila cukup syarat-syaratnya.

Manakala dari segi bahasa, zakat bererti bersih, suci, subur dan
berkembang.
Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Manakala
Golongan Asnaf yang layak menerima wang zakat terbahagi kepada
lapan iaitu Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Riqab, Gharimin ,Fisabilillah
dan Ibnus Sabil. Sebagaimana firman Allah dalam Surah At-Taubah
ayat 60:

Maksudnya: “Sesungguhnya zakat itu hanya untuk orang-orang fakir,


orang-orang miskin, amil zakat, muallaf yang dijinakkan hati mereka,
hamba-hamba yang hendak memerdekakan, orang-orang berhutang dan
untuk dibelanjakan pada jalan Allah serta untuk orang musafir dalam
perjalanan.”

Sidang hadirin yang dirahmati,

Saya ingin mengajak para hadirin untuk sama-sama merenung


bagaimana ibadah zakat boleh memperkasakan ukhuwah islamiah.

Fikrah wacana saya yang pertama adalah zakat boleh melahirkan


sifat pemurah dan cinta akan ibadah.

Amalan ini boleh membuang sifat kedekut dan unsur-unsur bakhil.


Hakikat ini dapat dirasai oleh pengeluar zakat dan mereka juga
menyedari bahawa zakat itu lebih ketara kepada penambahan harta
daripada menguranginya.

Hal ini sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dengan


sabdanya:

‫ص َدقَةٌ ِم ْن َمال‬ َ َ‫َما نَق‬


ْ ‫ص‬
َ ‫ت‬
Maksudnya: “Zakat itu tidak mengurangi harta.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Sidang hadirin yang dihormati,

Meniti fikrah saya yang kedua adalah zakat boleh menguatkan


hubungan persaudaraan antara pengeluar dan penerima zakat.

Apabila kesedaran ini wujud dalam masyarakat, setiap orang Islam


mampu menunaikan kewajiban mengeluarkan zakat kepada pihak yang
berhak menerimanya. Ianya dapat dilihat betapa eratnya jalinan
ukhuwah islamiah sesama individu dalam kalangan orang islam dan
masyarakat keseluruhannya. Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-
Hujurat ayat 10:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara.”

Jelaslah bahawa amalan zakat dapat menguatkan hubungan


persaudaraan malah mewujudkan peribadi mulia.

Warga hadirin yang disanjungi,

Menyusuri fikrah wacana saya yang ketiga adalah zakat boleh


melahirkan ummah yang maju dan berdaya saing.

Hal ini demikian kerana, zakat juga berfungsi memelihara


masyarakat daripada jurang perbezaan taraf ekonomi dan sosial yang
ketara.

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang


menerima.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Hal ini dapat dibuktikan daripada mengambil iktibar program anugerah
zakat kebangsaan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Memberi dana
kepada yang memerlukan, untuk menceburi bidang perniagaan, ekonomi
ummah diperkasakan dan dapat keluar daripada kepompong
kemiskinan.

Sidang hadirin yang bermisi,

Fikrah wacana saya yang keempat adalah zakat dapat menangani


masalah pengangguran.

Antara sebab utama yang menyumbang kepada pengangguran


ialah kemiskinan. Orang yang miskin tidak mempunyai modal untuk
menjalankan sesuatu perusahaan atau pekerjaan. Oleh itu, jika sistem
zakat berjalan mengikut landasannya, sudah tentu orang yang miskin
berhak menerima bahagiannya dan membolehkan mereka menjalankan
perusahaan yang dirancang sesuai dengan kemahiran dan kelayakan
yang ada pada mereka. Seterusnya dapat mengurangkan daripada
menangani pengangguran.

Sidan hadirin saksi bervisi,

Meniti fikrah saya yang yang terakhir adalah zakat dapat


membersihkan hati daripada sifat-sifat keji.

Sifat keji memberi kesan kepada masyarakat, iaitu sifat


berdendam, iri hati dan hasad dengki. Bagaimanapun sifat tersebut akan
menjadi barah dalam masyarakat jika tiada lagi sifat berkasih sayang,
tolong-menolong dan saling bersimpati. Fenomena ini bukan hanya
propaganda yang dilaung-laungkan sahaja, malah telah menjadi realiti
yang nyata dan bukan fantasi yang direka. Apabila zakat dilaksanakan,
hasilnya akan jelas kelihatan dan kesannya yang menakjubkan.
Oleh itu, zakat dapat membersihkan jiwa daripada sifat hasad
dengki dan iri hati serta mengeratkan hubungan persaudaraan sekalipun
mereka berbeza dari segi taraf hidup dan kedudukan. Sebagaimana
firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 103:

َ ‫ُخ ْذ ِم ْن أَ ْم َوا ِل ِه ْم‬


َ ُ ‫ص َدقَةً ت‬
‫ط ِه ُر ُه ْم َوتُزَ ِكي ِهم ِب َها‬
Maksudnya: “Ambillah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah,
supaya dengannya engkau membersihkan mereka dari dosa dan
menyucikan mereka dari akhlak yang buruk.

Hadirin yang saya muliakan,

Kesimpulanya, ibadat zakat sekiranya dilaksanakan dengan baik


akan dapat menguatkan persaudaraan umat islam. Kita mengetahui
bahawa ibadat zakat merupakan satu rukun yang telah diperintahkan
oleh Allah SWT untuk pembangunan harta dan kekayaan ummah
sebagai satu mekanisme pembangunan ummah yang berkesan, sesuai
dengan peredaran tamadun dan kemajuan manusia pada hari ini.

Semoga dengan kita memahami hikmah dan rahsia pensyariatan zakat


menjadikan kita benar-benar faham erti zakat dan faedah disebalik zakat
tersebut. Memang benarlah bahawa zakat dapat memperkasakan
ukhuwah islamiah.

Al-Quran dustur ilahi,


As-sunnah pusaka Nabi;
Hujah madah sudah diberi,
Izinkan saya mengundur diri.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai