Anda di halaman 1dari 5

Bahasa Melayu indah nan santun,

Mekar dan megah kebanggaan kita,


Jari sepuluh kemas kususun,
Mohon bicara menyusun kata.

Cahaya matahari menyilau mata,


Rasa pedih berusaha ditahan,
Lafaz bismillah pembuka kata ,
Gelanggang syarahan saya mulakan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Salam apresiasi saudara pengatur majlis,

Barisan panel penghakiman yang penuh berkarisma,

Guru-guru, seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda dan


penerus wadah tonggak negara.

Sidang hadirin yang dihormati,

“ZAKAT MEMPERKUKUHKAN UKHWAH ISLAMIAH”

Begitulah tajuk syarahan saya pada pagi yang berbahagia ini.

Sebelum saya mengorak langkah dengan lebih jauh, izinkan saya


mendefinisikan tajuk syarahan saya satu persatu.

“ZAKAT” dari segi bahasa bermaksud suci dan subur, termasuklah


bersih, berkat, berkembang, dan baik sama ada kepada harta zakat,
pembayar zakat, dan penerima zakat.

Dari segi syarak, zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan


kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada
golongan tertentu yang wajib dibayar atau dikeluarkan oleh tiap-tiap
orang Islam.

1
”MEMPERKUKUH” pula bermaksud memperkuat atau memperteguh.

Manakala “UKHWAH” pula merujuk kepada persaudaraan atau dari segi


istilah menurut al-quran ukhwah ini bermaksud perasaan kasih sayang,
cinta mencintai sesama umat Islam tanpa terkecuali.

“ISLAMIAH” pula membawa maksud hal-hal berasaskan agama Islam


yang merujuk kepada kegiatan dakwah.

Daripada definisi yang telah saya bawakan tadi jelaslah bahawa zakat
mewujudkan kasih sayang dalam kegiatan dakwah.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,

Bagaimanakah zakat mampu untuk memperkukuh ukhuwah islamiah?

Yang pertama,

1. ZAKAT MENSUCIKAN HARTA MEMBINA HUBUNGAN SESAMA


MANUSIA.

Sebagaimana Firman Allah s.w.t:

Yang bermaksud: Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi


sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka dan
mensucikan mereka serta doakanlah untuk mereka, sesungguhnya
doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Surah at-Taubah, Ayat: 103).

Dalam surah ini jelas menggambarkan bahawa Allah SWT akan


menjauhkan harta tersebut daripada sesuatu yang memudaratkannya
dan memeliharanya daripada gangguan manusia. Selain daripada
perkara tersebut, Allah SWT juga menunjukkan cara-cara untuk
memanfaatkan dan membelanjakan harta tersebut kepada pemiliknya
agar rezeki yang dikurnia dapat dikongsi bersama. Di samping itu, Allah
SWT memberikan ganjaran pahala yang besar kerana mengeluarkan
harta semata-mata untuk keredhaan-Nya.

Tamsilannya, zakat harta yang dikenakan ke atas harta-harta tertentu


dan boleh dibayar pada bila-bila masa dalam nilai 2.5% dari jumlah
harta yang wajib dikeluarkan merupakan satu jalan jihad kepada Allah

2
dan Islam itu sendiri. Dalam hal ini, Allah memberi ruang dan peluang
kepada kita untuk membantu golongan yang memerlukan di samping
dapat membina hubungan sesama manusia melalui harta yang
dibelanjakan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kedua,

2. ZAKAT MEMBERSIHKAN HATI MENJAGA SILATURRAHIM

Melalui zakat yang dikeluarkan kita dapat menjaga silaturrahim dan


membina satu tembok agar jauh daripada sifat dendam, iri hati dan
hasad dengki. Zakat juga bertujuan membersihkan jiwa orang yang fakir
dan miskin daripada sifat hasad dan dengki terhadap yang kaya raya.

Sebagai contoh, zakat pendapatan hanya diwajibkan oleh kelompok


masyarakat yang layak manakala, golongan yang kurang bernasib baik
seperti fakir dan miskin akan menerima zakat tersebut bagi menampung
perbelanjaan seharian.

Dalam hal ini, perasaan iri hati atau dengki terhadap mereka yang
berpendapatan dapat dibendung kerana nilai zakat yang diterima itu
telah menjadikan hubungan antara dua kelompok masyarakat yang
berbeza ini dibina berdasarkan nilai tangungjawab sesama Islam.

Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang
bersidang pada 22 Jun 1997 telah memutuskan bahawa zakat ke atas
pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak
mengeluarkan zakat. Mereka itu disifatkan oleh Allah dalam firman-Nya.

bermaksud:

“Yang menghimpunkan harta dan menghitung-hitungnya, dia mengira


bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya.” - (Surah al-Humazah,
ayat 2-3). Apabila lahir perasaan belas kasihan daripada orang
berharta terhadap orang yang miskin dan tidak berada, maka wujudlah
kemesraan dan rasa hormat di hati fakir miskin dan sekali gus hilanglah
perasaan hasad dengki di hati mereka.

Lebih jauh daripada itu, zakat bertujuan membersihkan hati masyarakat


secara keseluruhannya sama ada kaya mahupun miskin daripada unsur

3
perpecahan, pertelingkahan, perbalahan, fitnah memfitnah antara satu
sama lain.

Hal ini berdasarkan sabda rasullah s.a.w:

(apabila kamu tunaikan zakat hartamu,maka telah hilanglah daripadamu


keburukannya)

-hadis riwayat al hakim-

dan sabdanya lagi bermaksud: “Bentengilah harta bendamu dengan


(mengeluarkan) zakat.” (Hadis riwayat Abu Daud) . Alangkah perlunya
orang kaya kepada benteng ini, terutama pada zaman sekarang yang
penuh dengan pelbagai cabaran dan bencana!

Jelasnya, zakat dapat menjadi satu asbab kepada masyarakat agar jauh
dr sifat-sifat keji sekali gus dapat menjaga silaturrahim sesama bangsa
dan agama.

Yang ketiga,

3. ZAKAT MEMBANTU GOLONGAN MEMERLUKAN.

Hal ini demikian kerana, zakat dapat membantu golongan asnaf seperti
golongan fakir, miskin, hamba yang memerdekakan diri, orang yang
berhutang, musafir yang terputus makanan malah amil iaitu individu
yang dipertanggungjawabkan mengutip sumber zakat.

Sebagai contoh, dalam isu melibatkan pelarian Rohingya yang heboh


baru-baru ini, dana zakat boleh disumbangkan kepada mereka. Pelbagai
pihak memberi respon yang positif terhadap pandangan bahawa
pelarian Rohingya layak menerima hasil kutipan zakat dan mereka wajib
dibantu.

Perkara ini jelas sekali menunjukkan bahawa melalui pengeluaran zakat


juga, bantuan sesama masyarakat Islam adalah amat penting. Selain
itu, hubungan masyarakat Islam serantau dapat dipererat dan
diperkukuh agar dapat mewujudkan roh ukhuwah Islamiah. Tambahan
pula dari segi jangka masa yang panjang,p engeluaran zakat daripada
golongan yang mampu dianggap sebagai usaha untuk merapatkan
jurang sosial antara golongan kaya dan golongan yang tidak bernasib
baik seperti golongan fakir dan miskin.

4
“Berilah kail, jangan diberi ikan”

Demikianlah peribahasa lama yang mungkin pernah kita dengar. Kita


dapat berdikari dengan sendiri tanpa bergantung kepada bantuan
kewangan semata-mata. Atas dasar tersebut, Lembaga Zakat Negeri
Kedah Darul Aman (LZNK) merintis jalan ke arah mendidik dan
mengasah bakat serta meningkatkan kemahiran dalam kalangan asnaf
terutamanya asnaf fakir dan miskin bagi mendapatkan kehidupan yang
lebih baik daripada sebelumnya.

CONTOH Keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Zakat pada 1


Ogos 2010 telah bersetuju untuk menubuhkan Bengkel Jahitan Asnaf
dan kemudiannya ditukar kepada Pusat Jahitan Ansaf di Aras Tanah,
Menara Zakat, Alor Setar, Kedah.dan masih beroperasi sehingga hari ini
bagi membantu golongan asnaf Menangani masalah pengangguran.

KESIMPULANNYA,

Melalui kewajipan berzakat, adalah sesuatu tindakan yang paling Allah


suka dan Allah sayang dan dalam tindakan ini juga kita memperoleh
pelbagai manfaat yang dapat dikongsi bersama. Oleh itu, marilah sama-
sama kita tunaikan tanggungjawab untuk menunaikan zakat supaya kita
juga tergolong dlm kalangan golongan org2 yg beriman seterusnya
mamacukan kualiti ummah.^_^

Kupetik bunga di pohon kemiri,

Buat hiasan penyedap mata,

Sebelum saya mengundur diri,

Tersalah kata ampun dipinta.

Sekian wabillahi taufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi


wabarokatuh…

Anda mungkin juga menyukai