Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Pasoh 3(F) Kod Sekolah: NBA6012

1. Nama Guru Nurul Izzati binti Abdul Halim


Sultan Muhammad Al-Fateh
2. Judul 3. Bidang:
Penakluk Konstantinopel
Tarikh
4. 5. Masa:
Pembentangan
Tempat
6.
Pembentangan
7. Sinopsis
Oleh: Abdul Latip Talib
Buku ini menceritakan mengenai kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh menakluk
Konstantinopel di mana sudah berkali-kali kerajaan Islam dari pelbagai era cuba
menakluki kota ini tetapi kota itu tetap teguh biarpun sudah ribuan tentera yang syahid.
Kota ini terus teguh menjadi kebanggaan kerajaan Byzantine dan menjadi duri dalam
daging kepada kerajaan Islam sehinggalah kedatangan Sultan Muhammad Al-Fateh
berjaya meruntuhkan ego kerajaan Byzantine. Sultan Muhammad Al-Fateh sejak di
dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah iaitu membebaskan kota
Konstantinopel. Sejak daripada kecil lagi Sultan Muhammad Al-Fateh dilatih hidup
sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan dan berjaya menaiki takta
pada umur yang masih muda iaitu pada 19 tahun di mana baginda sudah begitu arif
dengan tipu-helah musuh. Baginda memimpin tentera-tenteranya dengan berlandaskan
kekuatan lahiriah dan rohaniah. Baginda sentiasa berpesan kepada tenteranya untuk
meningkatkan latihan ketenteraan pada waktu siang dan membanyakkan amal ibadat
pada waktu malam. Sultan Muhammad Al-Fateh sudah siap sedia membuat
perancangan yang begitu rapi dan teliti di mana pembahagian tugas, perbinaan benteng
pertahanan, pengurusan kepimpinan, latihan ketenteraan dan sebagainya telah
dirancang dengan sangat rapi. Kehebatan dan keperibadian Sultan Muhammad Al-
Fateh berjaya menakluk kota Konstantinopel yang kini digelar Instanbul.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Sultan Muhammad Al-Fateh bijak mengatur strategi bukan sahaja menghadapi


peperangan, akan tetapi dalam semua aspek untuk membina empayar yang besar.
Pelbagai dasar telah digubal untuk memastikan empayar tersebut terus teguh berdiri
terutamanya dari segi pembangunan, pendidikan, kesenian dan pemerintahan. Sultan
Muhammad Al-Fateh juga seorang pemerintah yang turut sama turun padang ketika
berperang dan mengetuai peperangan tersebut. Sebagai seorang ketua, baginda bukan
sahaja hanya memberikan arahan dan melihat dari kubu pertahanan, malah turut sama-
sama turun padang untuk meluaskan empayar. Keperibadian Sultan Muhammad Al-
Fateh bukan sahaja berani dan tegas, malah mempunyai sifat yang lembut dan
bertimbang rasa di mana semasa baginda menyerang tentera Rom menggunakan
meriam Urban, baginda memberhentikan bedilan peluru meriam dan memberi masa
kepada musuh untuk menguruskan mangsa yang terkorban dan merawat mereka yang
cedera. Hal ini menampakkan sifat keperibadian yang mulia dalam diri Sultan
Muhammad Al-Fateh.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Sultan Muhammad Al-Fateh mempunyai seorang guru Al-Quran di mana beliau
menggunakan rotan untuk mengajar baginda membaca Al-Quran. Penggunaan rotan
dalam pembelajaran memberi impak yang besar di mana baginda sentiasa menghormati
gurunya biar sehebat mana baginda dipandang oleh masyarakat. Selain itu sebagai
seorang guru, sifat tawaduk dan sentiasa melaksanakan tugas berlandaskan kepada
ketakwaan kepada Allah dalam diri baginda harus dicontohi. Biarpun pelbagai tugasan
diberikan kepada seseorang, kita seharusnya meletakkan Allah dan syariatnya sebagai
panduan dalam melaksanakan tugasan. Yang terakhir adalah Sultan Muhammad Al-
Fateh membuat perancangan dan strategi untuk menawan kota Konstantinopel secara
rapi dan tersusun sebelum melaksanakannya. Hal ini dapat diaplikasikan dalam
organisasi di mana perancangan dan strategi yang disusun rapi mampu menjadikan
sesuatu perkara itu berjalan dengan lancar dengan izin Allah s.w.t.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(Nurul Izzati binti Abdul Halim ) ( )

Anda mungkin juga menyukai