Anda di halaman 1dari 12

TERHAD

KUASA KEPEMIMPINAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

SINOPSIS

1. Apa yang menarik perihal buku ini adalah penulis bukan sekadar
mengemukakan fakta-fakta sejarah perihal Sultan Muhammad yang jarang diketahui
umum. Lebih daripada itu, penulis berjaya menganalisa dan mengeluarkan
pengajaran praktikal bagi diamalkan pembaca. Pembaca merasakan mereka
mampu menjadi seperti Sultan Muhammad al-Fateh, manusia biasa yang bekerja
dan berfikir secara luar biasa. Mungkin ada peristiwa yang tidak diceritakan dalam
novel saya, diceritakan di dalam buku ini. Semuanya hasil kajian beliau yang
mendalam. Buku ini adalah pelengkap serta mampu memberikan jawapan kepada
anda.” -Kata pengantar daripada Abdul Latip Talib, penulis novel sejarah no. 1 di
Malaysia

TUJUAN

2. Tujuan pengarang menghasilkan buku ini adalah untuk memperlihatkan


semula sejarah kegemilangan pemerintahan Islam bagi Empayar Uthmaniyyah.
Penulis juga ingin menceritakan keunggulan peribadi Sang Penakluk iaitu Sutan
Muhammad Al-Fateh. Melalui buku ini, kita dapat merasai bertapa telusnya baginda
dalam menakluki dan memperluaskan kerajaan Usmaniyah demi menyebarkan
ajaran Islam. Baginda meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh dan
mengikut setiap ajaran Rasullulah didalam setiap tindakannya. 800 tahun sebelum
kelahirannya, Nabi Muhammad SAW juga ada menyebut bahawa Kota
Konstantinopel akan jatuh ketangan Islam dan pemimpin yang menaklukinya adalah
sebaik-baik pemimpin dan pasukan dibawahnya adalah sebaik-baik pasukan. Kisah
ini terbukti apabila lahirnya Sultan Muhammad Al-Fateh dan baginda Berjaya
menakluki kota itu Bersama tentera-tenteranya. Di dalam naskah ini juga kita dapat
perhatikan sikap kempimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh yang sebenarnya perlu
dicontohi dan diteladani oleh seluruh ummah khususnya para pemimpin negara
serta golongan muda yang akan menjadi Pembina generasi pada masa akan
datang.

1
TERHAD
TERHAD

MAKLUMAT PENULIS DAN PENERBIT

3. Anak kelahiran Tumpat, Kelantan merupakan Jurulatih Utama (Principal


Trainer) sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Ibrah Paradigm Training &
Consultancy. Syarikat tersebut diwujudkan sejak Mei 2011. Beliau merupakan
Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana
dalam bidang Tafsir al-Quran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian
Sarjana beliau bertajuk “Aplikasi Ilmu Munasabah dalam Kisah Nabi Ibrahim a.s.”
dan bercita-cita untuk menjadi ahli akademik dan pakar dalam tafsir maudhuie al-
Quran. Beliau telah mendirikan rumah tangga selama hampir 8 tahun dengan Puan
Nurul Suhadah Haji Shuib dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama
Fatihah Wajihah dan Aqeel Muhtadi al-Fatih. Beliau mula menggilap potensi dirinya
dalam bidang kepemimpinan dan kejurulatihan sejak di bangku Kolej Islam Sultan
Alam Shah, Klang. Beliau kini berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam dunia latihan
dan motivasi selain merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding
Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN). Antara rancangan televisyen yang
pernah menjemput beliau sebagai panel ialah TV3 dalam rancangan “Positif”, Astro
Oasis dalam rancangan “Salam Muslim” dan TV Al- Hijrah dalam segmen
“Assalamualaikum”. Ustaz Syaari juga merupakan panel tetap selama 4 tahun sejak
tahun 2012 hingga 2016 di segmen “Ibrah” Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia,
IKIM.fm

TEMA

4. Buku ini bertemakan kisah seorang pahlawan Islam dalam menakluki Kota
Konstatinopel. Di dalam naskah ini terpahat cara pemerintahannya dan sikap-sikap
keunggulannya dalam memerintah. Keimanan dan semangat cintakan Islam dalam
novel ini perlu dijadikan teladan dan dicontoh oleh semua ummah.

2
TERHAD
TERHAD

PEMBAHAGIAN BAB

5. Karya Muhammad Syaari abdul Rahman ini menampilkan sebanyak lima


pembahgian bab di mana bab-bab tertentu menerangakan tentang permulaan
sejarah kegemilangan pemerintahan Islam bagi Empayar Uthmaniyyah.

a. Kuasa Semangat Pemuda.

1) Kisah Pemuda dalam Lipatan Sejarah Islam. Sejarah Islam


membuktikan peranan pemuda dan belia dalam melakar sejarah
kegemilangan agama Allah. Nabi Mu.hammad sendiri menyebut
perjuangan dakwah nabi dibantu ramai anak-anak muda. Mereka yang
menentang dakwah baginda adalah orang-orang yang berusia
daripada kafir Quraisy.

2) Kuasa Imaginasi Kuasa Pemuda. Antara tanda orang itu


mempunyai sifat pemuda yang dibanggakan Rasulullah adalah
Kemampuannya berimaginasi. Kemampuan itu terserlah dalam bentuk
kerja kuat yang dahsyat. Albert Einstein sendiri menyebut “Imaginasi
lebih berkuasa daripada pengetahuan.”

3) Pemuda Dan Semangat Tidak Menyerah Kalah .


Sultan Muhammad al-Fateh mengarahkan tenteranya supaya menarik
70 buah kapal sejauh tiga batu dari Semanajung Fera ke Tanduk
Emas. Akhirnya dengan berkat pertolongan dari Allah, 70 buah kapal
Berjaya diluncurkan sehingga ke Tanduk Emas. Demikian kuasa
pemuda yang tersembunyi kekuatan tidak mengenal erti putu asa.
Peristiwa 1453 Masihi adalah sebaik-baik bukti untuk kita.

4) Semangat Pemuda Yang Membakar Semangat Orang Lain.


Pemuda bukan sekadar terletak pada semangat individu. Lebih
penting, kemampuan bagi membawa semangat yang berkobar-kobar
ke peringkat organisasi. Syeikh Dr.Ali Muhammad as-Shollabi
menyebut bagaimana sifat merakyat dan membakar semangat yang

3
TERHAD
TERHAD

ada pada Sultan Muhammad al.-Fateh. Semangat dan kesungguhan


itu bukan sekadar ditunjukan ketika membina Rumeli Hissari, tetapi
ketika memberikan semangat dari khemah ke khemah dan dari briged
setiap batalionnya. Sulatan muahmmad al-Fateh turut membawa para
Ulama supaya berjihad bersama para tentera. Ini antara pendekatan
berkesan kepada motivasi 250,000 tentera pejuang Usmaniah.

b. Kuasa Pemikiran Strategik.

1) Kuasa Fokus: Persiapan Tidak Sampai Tiga Tahun.


Dua tahun lepas menaiki takhta, Sultan Muhammad al-Fateh
memahami masa yang tinggal adalah singkat bagi merealisaikan
harapan Rasulullah, ayahnya dan semua guru-guru besarnya di
Usmaniah. Oleh sebab itu, sultan memastikan dirinya benar-benar
sibuk dengan misi dan urusan politik yang bersangkut paut dengan visi
membuta Konstantinopel. Beliau tidak membabitkan dirinya dalam
urusan selain daripada itu.

2) Teknologi Persenjataan Usmaniah Dan Meriam Urban.


Sultan Muhammad al-Fateh memulakan angkatan bersenjata tersusun
pertama di dunia dengan keupayaan memiliki berdozen peledak bom
dan meriam gergasi yang mampu merobek dinding batu kota-kota
hebat. Begitu diceritakan keampuhan meriam itu yang dilengkapi
dengan peluru seberat 1400 paun. Giustiani tidak memiliki
persenjataan sehebat Sultan Muhammad II, tetapi berlindung dengan
meriam kecil, busur panah dan pelbagai senjata yang kecil tetapi
pantas. Sultan Muhammad al-Fateh mengarahkan dibina peralatan
perang termoden seperti meriam besar yang mampu menebak 300
kilogram sejauh satu batu.

4
TERHAD
TERHAD

c. Kuasa Pemikiran Kreatif dan Inovatif.

1) Kuasa Kreativiti Musnahkan Rantai Tanduk Emas. Serangan


Sultan Muhammad al-Fateh bermula pada 6 April 1453. Sultan dengan
bijak menyusun strategi mengepung Konstantinopel sambil
menghalakan meriam diraja Usmaniah ke arah pintu kota. Tentera
Byzantine berusaha keras menghalang tentera darat Usmaniah
daripada merapti pintu-pintu masuk kota mereka. Namun serangan
bertubi-tubi tentera Islam Berjaya mematahkan halangan itu, ditambah
pula denagn serangan meriam dari pelbagai sudut. Kapal-kapal laut
diletakan di sekitar perairan yang mengelilingi Konstantinopel. Namun
mereka tidak berjaya memasuki perairan Tanduk Emas (Golden Horn)
disebabkan kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk.

2) Inovatif Memanfaatkan Kepakaran Dari Hungary. Meskipun


Hungary musuh tradisi Usmaniah, namun Sultan Muhammad al-Fateh
sentiasa berfikiran jauh. Padanya setiap ancaman itu ada peluang yang
seharusnya direbut. Meriam Usmaniah adalah bukti kepada kekuatan
ketenteraan mereka. Meriam-meriam Usmaniah diperbuat daripada
gangsa dan dibawa berdekatan dengan kota menggunakan tenaga
ramai manusia di samping penggunaan kerbau dan lembu. Oleh sebab
beratnya, meriah itu ditanam di sebelah hujung bagi menyerap tekanan
letupannya. Panglima Austria berkata, tentera Usmaniah kebal semasa
musim panas. Keterangan ini nyata benar memandangkan banyak
kejayaan dicapai semasa kempen-kempan perangnya pada musim
panas khusunya bulan Mie ke atas.

3) Inovatif Memanfaatkan Kepakaran Dari Itali. Meskipun


Hungary musuh tradisi Usmaniah, namun Sultan Muhammad al-Fateh
sentiasa berfikiran jauh. Padanya setiap ancaman itu ada peluang yang
seharusnya direbut. Meriam Usmaniah adalah bukti kepada kekuatan
ketenteraan mereka. Meriam-meriam Usmaniah diperbuat daripada
gangsa dan dibawa berdekatan dengan kota menggunakan tenaga
ramai manusia di samping penggunaan kerbau dan lembu. Oleh sebab

5
TERHAD
TERHAD

beratnya, meriah itu ditanam di sebelah hujung bagi menyerap tekanan


letupannya. Panglima Austria berkata, tentera Usmaniah kebal semasa
musim panas. Keterangan ini nyata benar memandangkan banyak
kejayaan dicapai semasa kempen-kempan perangnya pada musim
panas khusunya bulan Mie ke atas.

d. Kuasa Kerja Berpasukan.

1) Ahli Jawatan Bertindak Menawan Konstanopel. Sultan


Muhammad al-Fateh bukan sekadar menyusun, mengarah dan
mengerah setiap kabinet dan tenteranya mengikut posisi stategik bagi
melumpuhkan Konstantinopel. Lebih daripada itu, daipada itu, beliau
mengenal pasti potensi dan kelebihan masing-masing dalam
percaturan strategik beliau.

2) Rotan Membina Ketegasan Sultan Muhammad al-Fateh.


Sejarah merekodkan semasa berumur 11 tahun, Sultan Muhammad al
Fateh dipanggil Sultan Murad dari tempat tinggal beliau di Pulau
Magnesia. Sultan Murad memanggil anakandanya pulang ke istana
Usmaniah di Adrianople bagi melihat prestasi pengajian ilmunya.
Sultan Murad terkejut 1 dengan kelemahan anaknya dalam proses
pembelajaran di samping darah mudanya yang agresif dan suka
kepada keseronokan lebih daripada aktiviti sche keilmuan. Guru-
gurunya memberikan pengakuan betapa sukarnya mereka bertegas
dan berkomunikasi dengan sifat kebudak-budakan Muhammad

e. Kuasa Contoh.

1) Muhammad bin Murad Mewarisi Muhammad bin Abdullah.


Sultan Muhammad al-Fateh dibuktikan oleh sejarawan menyerlahkan
sikap yang jarang ada pada pemimpin tentera yang lain ketika
membina Rumeli Hissari. Beliau menampilkan model kepimpinan yang
unggul. Pemimpin tidak boleh hanya tahu memberikan arahan sahaja.
Beliau perlu mampu memotivasikan tenaga kerja bagi melakukan
tugasan dengan baik. Semasa menjalankan latihan ketenteraan untuk
6
TERHAD
TERHAD

tenteranya di kepulauan yang sering dirahsiakan, Sultan Muhammad


al-Fateh tidak membiarkan latihan itu diserahkan kepada ketua perang
yang dilantik sahaja. Beliau sendiri menghadiri latihan ketenteraaan itu.

2) Kuasa Contoh Yang Cuba Disembunyikan. Dalam teks


sejarah yang ditulis sarjana Barat, Sultan Muhammad II barang
dipropagandakan sebagai pembunuh ganas yang dahagakan darah.
Mereka menghidupkan lagi kebencian kepada Sultan Muhammad II
dengan merekodkan beliau sebagai protégé Vlad The Impaler, Dracula
yang menerajang umat Islam dan tentera Usmaniah di Wallachia.
Sehinggakan mereka menulis sejarah dengan mengadakan unsur
propaganda yang mengatakan Muhammad II menghormati Dracula.
Sultan Al-Fateh difitnah sanggup membunuh pegawai yang tidak mahu
menurunkan serban tanda hormat kepada Dracula semasa lawatannya
bertemu beliau.

3) Parti AKP Meneruskan Legasi Tahun Al-Fateh Di Istanbul


Parti AKP di Turki menjadi contoh terbaik kepada pendekatan
gerakan Islam di negara majmuk dan mengamalkan sistem sekular.
AKP menunjukkan kepada 72 juta rakyat Turki yang mereka lebih
banyak bekerja daripada bercakap. Legasi yang diwarisi dengan
cemerlang daripada 30 tahun keadilan pemerintahan The Grand
Signauer, Sultan Muhammad al-Fateh bin Murad

3. Gaya bahasa
a. Diksi

Diksi ialah pemilihan dan penggunaan kata dalam sesebuah karya


sastera. Diksi yang baik dapat dilihat pada pemilihan kata yang tepat
sesuai dengan maksud tertentu yang ingin disampaikan oleh
pengkarya, penggunaan kata yang munasabah yang dapat diterima
sebagai penggunaan diksi yang baik serta penggunaan kata yang jelas
dan khusus. Dalam pada itu, pemilihan dan penggunaan kata tersebut
juga seharusnya sesuai dengan temaserta nada cerita. Di samping itu,
setiap kata yang dipilih haruslah dapat memberikan gambaran tentang
7
TERHAD
TERHAD

sesuatu peristiwa dengan tepat, jelas dan berkesan. Pemilihan dan


penggunaan kata tersebut juga seharusnya dapat menghidupkan dan
menerangkan watak sertaper watakannya dalam karya. Diksi
mempunyai hubungan yang rapat dengan pembinaan ayat.

b. Metafora

Metafora ialah perbandingan atau kiasan yang mengandungi dua


perkataan, iaitu konkrit dan abstrak. Contoh metafora ialah kotak fikiran
dan review rahsia. Dalam contoh tersebut, kotak dan review bersifat
konkrit manakala fikiran dan rahsia bersifa tabstrak. Penggunaan
metafora adalah untuk menyatakan maksud yang mendalam dan
menarik perhatian pembaca.

c. Hiperbola

Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan untuk


menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud
sebenarnya. Contohi perbolaialah Meski ilmu setinggi tegak.
Berdasarkan contoh tersebut, frasa ilmu setinggi tegak merupakan
gambaran yang berlebih-lebihan kerana tiada ilmu yang tinggi
sehingga menegak. Gambaran tersebut untuk menunjukkan betapa
banyaknya ilmu di dunia yang terdapat di dunia ini

d. Rima

Rima merupakan gaya bahasa yang terdapat dalampuisi. Rima


merupakan unsurbunyi pada suku kata terakhir dalam sesuatu ayat
atau sesuatu baris puisi. Dalam sesuatu puisi, rima yang terdapat pada
baris akhir disebut sebagai rima akhir. Rima yang terdapat pada awal
dua atau lebih daripada dua patah kata dalam puisi disebut sebagai
rima awal. Rima terdapat juga pada beberapa tempat selepas suku
kata pertama dan sebelum suku kata terakhir yang disebut sebagai
rima dalam.

8
TERHAD
TERHAD

e. Perulangan

Perulangan berlaku pada kata, ungkapan, baris atau rangkap yang


diulang dalam sajak. Lazimnya, terdapat empat jenis perulangan iaitu
anaphora, repitisi, simplok dan epifora. Anafora merupakan perulangan
pada awal baris, manakala epifora ialah perulangan pada akhir baris.
Repitisi ialah perulangan kata dalam sesuatu baris dan simplok pula
bermaksud perulangan kata ditengah-tengah baris-baris puisi.

KESESUAIAN BAHASA
4. Buku ini sesuai untuk semua peringkat umur boleh dijadikan sebagai
bahan rujukan. Sebagai contoh, bagi pembaca peringkat mahasiswa
mempelajari sesuatu ilmu telah dibuktikan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh

Seperti mana yang kita ketahui, buku ini mempunyai banyak pengajaran yang
boleh kita contohi. Setiap bab penulis menceritakan situasi dan sikap
kempimpinan Sang Penakluk yang patut diteladani. Personalitinya yang
sangat unggul sehinga telah disebut 800 tahun sebelum kelahiran oleh Nabi
Muhammad SAW. Ciri-ciri baginda yang beriman dan brtaqwa kepada Allah
SWT, bijak mengatur strategi peperangan, bersemangat waja, tidak mudah
berputusasa, bertoleransi, sikap menghormati dan mempunyai sifat tawaduk
dalam dirinya.

9
TERHAD
TERHAD

KANDUNGAN
1. Kandungan buku ini mempunyai banyak pengajaran yang boleh kita contohi.
Setiap bab penulis menceritakan situasi dan sikap kempimpinan Sang Penakluk
yang patut diteladani. Personalitinya yang sangat unggul sehinga telah disebut 800
tahunsebelumkelahiran oleh Nabi Muhammad SAW. Ciri-ciri baginda yang beriman
dan brtaqwakepada Allah SWT, bijak mengatur strategi peperangan, bersemangat
waja, tidak mudah berputusasa, bertoleransi, sikap menghormati dan mempunyai
sifat tawaduk dalam dirinya

PENGAJARAN

2. Introspeksi daripada novel sajarah yang sangat berat untuk diaplikasikan dan
memahaminya. Saya berpendapat, novel ini berjaya membawa saya menjadi
seorang yang sentiasa ingin belajar dan bersemangat dalam menuntut ilmu. Sultan
Al-Fateh tidak dilimpahkan kemewahan dalam menawan Konstantinopel dan
memegang amanah sebagai Sultan Uthmaniah. Malahan, daripada buku ini saya
belajar untuk memimpin sesebuah organisasi. Selain itu,sifat Al-Fateh memberi
keinsafan kepada saya,kita mungkin megah di mata orang dengan jawatan yang
dipegang namun kita hanyalah insan biasa yang juga hambaNya. Lihatlah Al-fateh
yang tidak pernah meninggalkan solat malam dan solat lima waktu sejak beliau
baligh. Seorang yang sangat menghormati ulama,meraikan pendapat orang lain dan
menjaga kebajikan rakyat dan juga seorang pencinta ilmu.

CADANGAN

3. Antara cadangan untuk penambahbaikan buku ini yang mungkin boleh


dipertimbangan adalah perbanyakan kisah periwayat zaman beliau masih di usia
kecil yang menyentuh tentang zaman beliau hidup ketika usia muda.

Kemudian, penulis boleh memperincikan setiap bab dalam setiap ulasan mengenai
sumbangan beliau dalam islam dan tamadunnya agar pembaca dapat mengambil
ibrah dan pengajaran ketika membaca.

10
TERHAD
TERHAD

PENUTUP

Kesimpulannya, personality seorang muslim dapat dilihat daripada aspek


ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SWT. Inilah kekuatan yang ada pada
baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dimana boleh dijadikan panduan dalam
membentuk keperibadian hebat serta jati diri yang unggul. Kerana sikap
keunggulannya, baginda Berjaya membentuk pasukan tentera yang tangkas, berani
syahid dan beriman kepada Allah SWT sehingga Berjaya menawan Kota
Konstantinopel. Bagi memartabatkan Islam di mata dunia, sikap dan personality
baginda Sultan Muhammad Al-Fateh ini perlulah diteladani oleh seluruh ummah.
Kisah ini berkait rapat dengan tugas kita sebagai pahlawan negara dimana kita perlu
mengaplikasi semangat dari Sultan Muhammad Al-Fateh ini dalam diri setiap
pahlawan. Menanam sifat semangat waja dan ketulusan dalam mempertahankan
negara serta memastikan diri kita sentiasa adil serta mengamalkan sikap-sikap
mahmudah agar negara lebih harmoni dan sentiasa bermuafakat. Jadilah seorang
pahlawan yang bijak mengatur strategi dan sentiasa menjalankan kewajipan tugasan
dengan telus serta ikhlas. Semoga setiap ummah mampu mengaplikasikan dan
menela dan sikap ke pahlawanan dan kepimpinan baginda Sultan Muhammad al-
Fateh.

April 2022

MUHAMMAD SYUHAIB BIN RAMLI


Lans Koperal
Penuntut Kursus Siri PPI 17/2022
PULNORD

Kembaran

11
TERHAD
TERHAD

12
TERHAD

Anda mungkin juga menyukai