Anda di halaman 1dari 6

TAJUK BUKU SULTAN MUHAMMAD AL FATEH :

PENAKLUK KONSTANTINOPEL

PENGULAS BUKU NOR HIDAYAH BINTI YUSOFF / 2 FEBRUARI 2016 (SELASA)

BIODATA PENULIS Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini adalah seorang penulis
yang aktif dan terkenal di Malaysia. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau,
Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954 mula menceburkan diri dalam bidang
penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre. Beliau terkenal sebagai
penulis prolifik melalui novel-novel sejarah Islam yang ditulis beliau yang
dikenali sebagai siri Novel Sejarah Islam. Penulis ini telah menghasilkan novel
pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq
Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

PERIHAL BUKU Penerbit PTS Litera Utama Sdn Bhd


Tahun 2014
Halaman 224 Halaman
Harga RM24.00

Lain-Lain

ULASAN BUKU A. PENDAHULUAN

Konstantinopel adalah ibu kota Byzantium iaitu kota yang menjadi


kebanggaan kerajaan Rom kerana kedudukannya yang strategik
antara Eropah dan Asia.

Sejarah Konstantinopel bermula apabila Maharaja Konstantine


memindahkan ibu kotanya dari Rom ke Konstantinopel pada
tahun 330 Masihi.

Ekoran daripada itu, pada tahun 1054 kerajaan Rom berpecah


dua, satu di Rom yang dikenali bermazhab Kristian Roman
Katolik dan satu lagi di Konstantinopel bermazhab Ortodoks.

Orang-orang Rom memusuhi Islam semenjak zaman Nabi


Muhammad SAW lagi. Kerajaan Byzantium sering mengancam
perkembangan Islam. Byzantine yang memimpin Kota
Konstantinopel adalah musuh ketat bangsa Arab dan Islam.

Pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin, terdapat lebih daripada 10


peperangan antara kerajaan Islam dan Byzantin, kerana Byzantin
tidak tahan dengan perkembangan yang wujud dalam kerajaan
Islam.
Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik,
Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam
berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis
Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel ditawan oleh
orang Islam.

Semasa peperangan Khandaq, Nabi Muhammad SAW pernah


bersabda, Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam.
Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan
pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik
pasukan. (Hadis Riwayat Ahmad bin Hanbal Al-Musnad).

Usaha menakluk Konstantinopel dimulakan oleh beberapa


pemerintah antaranya seperti:-

(i) Saidina Ali - 34 Hijrah (Gagal);


(ii) Muawiyah bin Abu Sufian 84 Hijrah (Gagal);
(iii) Sultan Sulaiman 91 Hijrah (Gagal);
(iv) Khalifah Harun Al-Rasyid 165 Hijrah (Gagal);
(v) Sultan Beyazid - 1391, 1397 dan 1400 Masihi (Gagal);
(vi) Sultan Murad II 1422 Masihi (Gagal); dan
(vii) Sultan Muhammad II (dikenali Sultan Muhammad Al
Fateh) 20 Jamadil Awal Tahun 857 H bersamaan 29
Mei 1453 Masihi telah berjaya menawan Kota
Konstantinopel.

*** Pada pemerintahan Muawiyah, Abu Ayub Al-Ansari (sahabat


Rasulullah SAW) juga turut menyertai dalam misi menakluki Kota
Konstantinopel tetapi syahid di dalam perang dan berwasiat
untuk menguburkan jenazahnya di tepi benteng Kota
Konstantinopel.

B. SIAPAKAH SULTAN MUHAMMAD AL FATEH?

1. Sultan Muhammad II atau dikenali dengan gelaran Sultan


Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di
Adrianapolis (sempadan Turki Bulgaria). Baginda adalah anak
keempat Sultan Murad II, manakala bondanya Huma Hatun.

2. Gelaran Al-Fateh (Sang Penakluk) diberikan kepada baginda


kerana kejayaannya membebaskan Konstantinople.

3. Sultan Muhammad Al Fateh adalah seorang Sultan Uthmaniyyah


yang berwibawa sebagai seorang pentadbir, ketua tentera dan
seorang yang mahir dalam ilmu sejarah, geografi, ilmu falak, dan
puisi; serta menguasai 7 jenis bahasa iaitu Turki, Arab, Latin,
Greek, Serbia, Hebrew dan Parsi.

4. Sultan Muhammad Al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik


dengan ilmu agama dan ilmu peperangan.
5. Sultan Muhammad Al-Fateh menaiki takhta secara rasmi ketika
berusia 19 tahun pada 18 Februari 1451 selepas mangkatnya
Sultan Murad II (8 Februari 1451 Masihi ketika berusia 47 tahun).

6. Baginda berjaya menakluk Kota Konstantinople ketika berusia 21


tahun pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah.

7. Ketika berada di kemuncak kegemilangannya, Sultan Muhammad


Al-Fateh berjaya memerintah 25 buah negeri.

8. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun


(dikatakan diracun oleh salah seorang doktor peribadi baginda,
seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa (Yakop Pasya nama
Islamnya). Jasadnya disemadikan di Stambul, Bandar lama di
selatan Tanjung Emas, berhampiran panorama bersejarah yang
menyaksikan terdamparnya 70 buah kapal Uthmaniyyah dari atas
bukit bagi merempuh Kota Konstantinopel.

C. PENDIDIKAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

1. Sultan Muhammad Al-Fateh ketika kanak-kanak merupakan anak


yang nakal dan tidak mahu menghafal Al-Quran. Sultan Murad II
telah melantik Syeikh Ahmad Ismail Al-Kurani sebagai guru
Muhammad Al-Fateh. Sultan Murad II mengamanahkan guru
tersebut bersikap tegas dan merotan anaknya untuk
pembelajaran.

2. Rotan ini memberikan kesan yang besar dalam hidup Sultan


Muhammad Al-Fateh yang berusia 8 tahun. Baginda bukan
sekadar cepat menghafal Al-Quran bahkan baginda terus belajar
menghormati ulama hingga ke akhir hayatnya.

3. Ketika berumur 12 tahun, baginda telah dihantar ke Manisa


(pusat latihan bakal-bakal pemimpin besar Turki) untuk menuntut
ilmu.

4. Sultan Muhammad Al-Fateh seorang yang bijak, warak dan taat


kepada ajaran agama, berpandangan jauh kerana sejak kecil
baginda dididik dengan pelbagai ilmu. Berpuluh-puluh orang guru
mengajarnya ilmu agama dan imu peperangan. Baginda
menguasai ilmu nahu dan balaghah serta mahir dalam bidang
feqah.

5. Ilmu peperangan dan ketenteraan diajar oleh bapa saudara


baginda sendiri iaitu Panglima Tharhan, dan baginda juga
mendapat bimbingan agama daripada ulama besar yang
terbilang iaitu Syeikh Syamsuddin Al-Wali.

6. Walaupun berusia 19 tahun semasa menaiki tahkta secara rasmi,


baginda seorang yang bijak dan matang dalam mentadbir dan
menguruskan kerajaan Uthmaniyyah.
D. PERANCANGAN PENAKLUKAN KOTA KONSTANTINOPEL

Perancangan yang rapi dan teliti telah dibuat oleh Sultan


Muhammad Al-Fateh bagi menakluk Kota Konstantinopel,
antaranya :-

1. Sebelum menakluk kota Konstantinopel, kawasan-kawasan di


sekitarnya ditakluki dan membuat perjanjian persahabatan
terlebih dahulu bagi mengelakkan mereka menghulur bantuan
kepada kota ini apabila dikepung.

2. Konsep berkawan dengan mereka yang menjadi musuh kepada


musuh kerajaan Uthmaniyyah.

3. Membina tembok Rumeli Hissari bagi menghalang serangan


orang-orang Rom dan menghalangnya menerima bantuan luar
melalui Selat Bosphorus. Panjangnya lebih kurang 8 KM dari
Konstantinopel ke tebing muara Selat Bosphorus.

4. Meningkatkan latihan ketenteraan dan membanyakkan amal


ibadat di kalangan tentera Utmaniyyah.

5. Membina lebih banyak kapal perang, serta tentera laut


diperbesarkan bagi menjaga perairan Negara.

6. Sejenis senjata pemusnah iaitu meriam besar dicipta oleh Urban


(saintis Hungary) bagi menghadapi tentera Byzantine.
Keupayaan menembak antara 100 hingga 120 kali tembakan
dalam jangka masa yang singkat serta berupaya menembak
sejauh hampir 2 km.

7. Melalui jalan yang belum pernah dilalui oleh sesiapa bagi


mengelakkan bertembung dengan tentera Rom yang berkubu
sepanjang jalan.

E. KEMENANGAN MENAWAN KOTA KONSTANTINOPEL

1. Seramai 250,000 orang tentera yang terbaik dan 80 buah kapal


perang dihantar untuk berperang manakala yang selebihnya
bertugas mengawal negeri dan menghantar bekalan senjata dan
makanan semasa berperang.

2. Tentera dibahagikan kepada 5 pasukan, setiap pasukan


mengandungi 50,000 orang tentera dengan diketuai oleh seorang
ketua (Panglima Tharhan, Panglima Khalil Pasya, Panglima
Sulaiman Olgo, Panglima Hamzah Pasya dan Panglima
Zaqhanus-Tentera Laut).

3. Baginda juga membahagikan tenteranya kepada 4 pasukan;


pasukan meriam Urban, pasukan pemanah, pasukan tentera
berjalan kaki dan pasukan berkuda.
4. Sultan Muhammad Al-Fateh memulakan kepungan ke atas kota
Konstantinopel pada 6 April 1453 Masihi.

5. Setelah hampir 2 minggu serangan dilancarkan, masih tidak


dapat menakluk kota Konstantinopel antara faktornya adalah
keterbatasan serangan yang dilancarkan dari darat.

6. Pada 21 hingga 22 April 1453, Sultan Muhammad Al-Fateh


mengarahkan supaya 70 buah kapal perang dipindahkan melalui
jalan darat melalui Bukit Galata dan masuk ke Tanduk Emas
sejauh 3 batu bagi membolehkan serangan dari laut yang lebih
berkesan dapat dilancarkan.

7. Strategi yang digunakan ini memberikan kesan yang


mengejutkan kepada pihak lawan sehingga berjaya memecahkan
pertahanan musuh dan membolehkan serangan dilakukan
dengan lebih berkesan.

8. Selepas 53 hari berperang iaitu pada 29 Mei 1453, Sultan


Muhammad Al-Fateh dan tentera Uthmaniyyah berjaya
memasuki dan menawan kota Konstantinople dari pintu Edirne
pada usia baginda 21 tahun.

9. Kota Konstantinople telah ditukar kepada Istanbul yang


bermaksud Islam keseluruhannya dan Gereja Aya Sophia
dijadikan sebagai masjid tempat ibadah umat Islam menunaikan
solat dan aktiviti keagamaan.

10. Penaklukan kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-


Fateh adalah satu peristiwa bersejarah dalam perkembangan
Islam di dunia.

11. Panglima Hassan Ulubate adalah orang yang pertama


memacakkan bendera Turki di atas menara Kota Konstatinopel.

12. Selepas 800 tahun hadis yang diucapkan oleh Rasulullah SAW
barulah menjadi kenyataan.

KOMENTAR KESIMPULANNYA

Buku ini memaparkan perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh


(Penakluk Kontstantinopel) iaitu seorang pemimpin yang warak dan
tawaduk yang berjaya menakluki Kota Konstantinopel (Istanbul) pada
usia 21 tahun selepas pelbagai usaha penaklukan pemerintah sebelum
ini dilakukan sejak pemerintahan Khalifah Muawiyah. Pelbagai usaha,
strategi, perancangan yang rapi dibuat oleh baginda bagi menjayakan
penaklukan Kota Konstantinopel ini serta keyakinan pada pertolongan
Allah SWT dalam membawa kejayaan.

Bukan mudah untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu perkara.


Segala strategi, perancangan, kerjasama sepasukan, usaha,
perbincangan antara orang bawahan dan atasan juga perlu untuk
mencapai matlamat misi dalam sesebuah organisasi.
Nama-nama Utama Dalam Sejarah
Sultan Muhammad Al Fateh :-

Bil Nama Peranan


1 Sultan Murad II Bertangngungjawab memulakan
pendidikan sistematik sejak dari kecil
di istana.
2 Syeikh Syamsuddin Ulama besar Uthmaniyyah. Sentiasa
Al-Wali berusaha memberikan dorongan
kepada Sultan bagi meneruskan misi
merealisasikan hadis Rasullullah
SAW.
3 Syeikh Ahmad Ismail Guru Al-Quran Sultan Muhammad Al
Al-Kurani Fateh dan guru yang menggunakan
rotan bagi mendidiknya.
4 Syeikh Khairudin & Guru matematik, geografi, falak,
Syeikh Sirajuddin Al- sejarah dan linguistik Sultan
Habli Muhammad.
5 Panglima Tharhan Bapa saudara merangkap panglima
besar Uthmaniyyah. Pakar geografi
Kontstantinopel.
6 Mahmud Basya Pegawai diplomatik terbaik
Uthmaniyyah dan pakar runding.
7 Firuz Aga Komander pembinaan benteng
Rumeli Hissari dan Bogaskezen
8 Urban Saintis Hungary yang
bertanggungjawab mencipta meriam
besar bagi memusnahkan banteng
Konstantinopel.
9 Palta Oglu Ketua Armada laut.
10 Hamzah Basya Pengganti Palta Oglu yang dipecat
Sultan Muhammad Al Fateh.
11 Zugnush Basha Tentera yang menyanggah
pandangan yang mencadangkan
Sultan menghentikan kepungan dan
berundur dari Konstantinopel.
12 Ishak Basha Ketua tentera bahagian Anatolia.
13 Kardja Basha Ketua tentera bahagian Eropah.
14 Khalil Basha Perdana Menteri Uthmaniyyah yang
banyak memberi pandangan yang
cenderung kepada tidak meneruskan
misi menawan Konstantinopel.
15 Sulaiman Balta Oglu Pengurus pembinaan menara tinggi
bergerak dan misi memanjat dinding
banteng.
16 Hassan Ulubate Ketua Komander yang memacakkan
panji Uthmaniyyah di puncak menara
Konstantinopel.

Anda mungkin juga menyukai