Anda di halaman 1dari 6

Assalamualaikum….

Bissmillah….
Terima kasih buat saudari pimpinan majlis, yang dimuliakan barisan para hakim yang
arif lagi bijaksana seterusnya para hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulilah bersyukur kita kehadrat Allah tatkala kita dipertemukan dalam satu majlis
keilmuan yang mana para malaikat turut berpusu-pusu duduk bersama kita, berzikir
dan mendengar fikrah islamiyyah.

Insya-allah, pada hari ini saya akan cuba membawa hati-hati para hadirin agar turut
serta bersama saya menyelami, mendalami akan satu mauduk islami yang berjudul.

 Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun gajah.
 Baginda menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadan ( 16 Ogos 610M ) dan dilantik
secara rasmi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan.

Rasulullah saw adalah seorang manusia lelaki yang diutuskan oleh Allah swt sebagai Rasul terakhir
membawa ajaran islam, dan menyebarkan dakwah islamiyah untuk umat manusia bagi memperoleh
kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan diakhirat. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul
tetapi juga seorang pemimpin masyarakat dan Negara yang disegani.

Allah SWT berfirman dalam al-Ahzab ayat 21:

‫لققدد ْ ْقكاَقن ْ ْلقككدم ْفف ْ ق ْركسوُفل ْ ْ ْاللفه ْ ْأك ْدسقوُةة ْ ْ ْقحقسنقةة ْ ْلقمنَ ْقكاَقن ْيقيدركجوُ ْاللقه ْقوالديْقيدوُقم ْادلفخقر ْقوذققكقر ْاللقه ْقكفثيِا‬
Yang bermaksud: ((Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu model ikutan
yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan
(balasanbaik) hariAkhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah)).

Dalam soal kepimpinan, Islam menjelaskan bahawa ia bukanlah satu kemuliaan yang
dikejar, sebaliknya ia adalah amanah yang mesti ditunaikan dan akan dipersoalkan di
akhirat kelak. Kepimpinan juga bukanlah suatu kedudukan yang perlu direbut tetapi ia
adalah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mereka yang layak dan mampu
melaksanakannya dengan baik. Justeru Nabi SAW menasihati Abu Zar RA yang
meminta diberikan jawatan dengan bersabda:
Yang bermaksud: “Sesungguhnya engkau lemah, ia adalah amanah, pada hari Kiamat
ia akan menjadi punca kehinanaan dan kekecewaan. Kecuali jika sesiapa yang
mengambilnya dengan hak dan ditunaikan tanggungjawab tersebut”. Hadis riwayat
Muslim.

Hadis ini memberikan gambaran bahawa tugas kepimpinan bukanlah suatu yang harus
direbut, kerana jika seseorang itu memilikinya dengan jalan yang salah seperti
berbohong dan melakukan rasuah sedangkan dia tidak layak maka di hujung hidupnya
dia akan menyesal akibat dari tindakannya itu. Sebaliknya mereka yang memegang
tugas sebagai pemimpin kerana kebolehan dan sifat-sifat mulia yang ada pada diri
mereka, nescaya Allah akan membantu mereka melaksanakan tanggungjawab yang
diberikan, malah di akhirat kelak mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

Rasulullah SAW adalah sebagai contoh pemimpin yang memiliki ciri-ciri kepimpinan
yang sempurna seperti amanah, siddiq, tabligh dan fatanah. Jika diteliti perjalanan
sirah, sebelum kerasulannya lagi masyarakat Quraish sudah menggelarkan baginda “al-
Amin” kerana keunggulan peribadinya. Contoh keperibadian yang unggul inilah yang
menjadi tarikan ramai untuk menerima dakwah dan mengikuti segala tunjuk ajar
baginda SAW.

Walau bagaimanapun sebagai pemimpin, cabaran yang dihadapi oleh baginda juga
cukup hebat. Sebagai contoh Abu Jahal seorang pemimpin kanan Quraish, pernah
menawarkan jawatan raja, perempuan cantik, dan harta kekayaan, supaya Rasulullah
SAW meninggalkan perjuangan Islam. Namun, Rasulullah SAW menolak semua
tawaran itu yang merupakan racun yang akan merosakkan keperibadian baginda SAW
sebagai seorang pemimpin ummah yang menjadi tauladan.

Abu Jahal pula, adalah lambang dan watak kepimpinan korup yang tidak bermaruah
sehingga merosakkan negara dan memecah belahkan masyarakat yang akhirnya
semasa di dunia lagi telah menerima balasan azab terhadap kekejaman yang
dilakukannya seperti juga yang pernah berlaku kepada Fir'aun, Haman, dan Qarun.
Kepimpinan adalah antara perkara penting yang mencorakkan kehidupan umat Islam,
kerana baik pemimpin baiklah rakyatnya dan apabila rosaknya pemimpin maka
rosaklah rakyatnya. Kepimpinan adalah bermula dari institusi yang kecil iaitu keluarga,
kemudian dalam organisasi, institusi masyarakat hinggalah kepimpinan negara.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 30:

‫ض ْقخلفيْقفةا‬
‫ك ْلفدلقملَئفقكفة ْإفلن ْقجاَفعةل ْفف ْالقدر ف‬
‫قوإفدذ ْققاَقل ْقرب ق‬
Yang bermaksud: “Dan (ingatlah, wahai Muhammad) ketika Tuhanmu berfirman kepada
para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka
bumi…”.

Ayat ini menjelaskan tentang tugas Rasulullah SAW sebagai ‘khalifah’ yang
dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk memimpin dan mengatur kehidupan manusia
di bumi dengan berdasarkan wahyu dan syariat Allah SWT, supaya kehidupan mereka
teratur dan memperolehi keredhaan Allah SWT.

Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh rasa tanggungjawab yang besar dalam
urusan kepimpinan baginda. Sebagai contoh dalam soal harta zakat. Diriwayatkan
bahawa Nabi SAW solat Asar bersama para sahabat, selepas solat baginda bergegas
masuk ke rumahnya. Kemudian sahabat bertanya kenapakah baginda bergegas masuk
ke rumah. Baginda SAW menjelaskan bahawa selepas solat, baginda teringat di dalam
rumahnya ada ketulan emas dari harta zakat, lantas baginda masuk mengambilnya
untuk diagihkan segera kerana baginda bimbang harta tersebut dibiarkan bermalam di
rumahnya dan lewat diagihkan kepada mereka yang sangat memerlukan.

Baginda SAW juga telah menunjukkan kepada kita bahawa pemimpin mestilah menjadi
contoh kepada rakyatnya. Dalam peperangan Khandak, apabila ada sahabat mengadu
kepada baginda betapa sukarnya untuk memecahkan seketul batu besar ketika
menggali parit, baginda SAW sendiri terjun ke dalam parit dan memecahkannya sendiri.
Inilah yang sebenarnya contoh kepimpinan melalui tauladan yang sanggup melakukan
apa sahaja demi rakyatnya. Adalah tidak wajar pada hari ini jika ada pemimpin yang
menunjukkan tingkahlaku yang tidak baik dan mengkhianati amanah yang telah
diberikan kepada mereka. Pemimpin yang berakhlak mulia, mentaati Allah SWT dan
menunaikan amanah akan sentiasa disayangi dan dekat di hati rakyat.

Adil :

 Antara ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. ialah bersifat adil. Isteri baginda iaitu
Saidatina Aisyah binti Abu Bakar al Siddiq menyatakan baginda bersikap adil dalam
segala hal seperti percakapan dan perbuatan.
 Baginda telah menghapuskan diskriminasi kaum dengan menghapuskan semangat
assabiyah. Baginda juga membela kaum wanita serta memperkenalkan sistem ekonomi
yang adil. Amalan riba dan penipuan yang selama ini menjadi kebiasaan para pedagang
Arab telah diharamkan dan digantikan dengan ekonomi Islam. Baginda berjaya
menghapuskan semangat assabiyah dan diskriminasi kabilah. Dgn mengamalkan
keadilan, baginda berjaya mewujudkan perpaduan dan keharmosian dlm kalangan
masyarakat.

Bijak :

 Baginda juga seorang yang bijak. Baginda pintar mengatur taktik dan strategi
peperangan.
 Contohnya, walaupun tentera Islam cuma seramai 313 orang dalam Perang Badar,
namun dengan adanya strategi bijak yang diatur oleh baginda, mereka berjaya
mengalahkan tentera Musyrikin/Quraisy Makkah yang seramai 1000 orang.
 Sebagai pemimpin tertinggi, baginda tidak sombong malah menerima pakai nasihat
para sahabat. Contohnya baginda menerima cadangan Salman al Farisi agar menggali
parit sekeliling kota Madinah untuk menyekat kemaraan tentera musuh dalam Perang
Khandak. Baginda jg bijak berpolitik apabila menghantar perutusan dari Madinah ke
Rom, Parsi dan Habsyah. Kuasa-kuasa besar ini mengakui Madinah sebagai negara yg
berdaulat.

Berani dan Tegas :

 Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang berani dan tegas. Baginda bukan sahaja
seorang nabi dan rasul yang diutuskan malah juga seorang pahlawan yang tiada tolok
bandingnya.
 Baginda mengetuai setiap ekspedisi perang walaupun jumlah tenteranya kecil malah
baginda berasa bertanggungjawab meniupkan semangat jihad dalam kalangan
tentera Islam. Ketegasan baginda pula terserlah dengan menyingkirkan kaum
Yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah dari bumi Madinah setelah
melanggar Piagam Madinah. Mereka telah cuba menimbulkan keadaan huru-hara
serta memecahbelahkan penduduk Madinah. Kesannya, penduduk Madinah kini
Cuma terbatas kepada orang Islam sahaja.

Cekal :

 Baginda juga seorang yang cekal. Walaupun menerima tentangan hebat seawal usaha
penyebaran Islam di Makkah, namun baginda tetap meneruskan dakwah
Islamiyah walaupun terpaksa berhijrah ke tempat lain.
 Contoh, baginda tetap tabah menghadapi tentangan walaupun penentang itu datangnya
daripada ahli keluarga terdekat seperti Abu Lahab yang merupakan bapa saudara baginda.
Pelbagai cara digunakan oleh Quraisy untuk menunjukkan protes mereka namun usaha
mereka itu menemui kegagalan dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. berjaya membina
sebuah negara Islam Madinah yang mampu menyaingi kota Makkah dari aspek ekonomi
yang ketika itu dipegang oleh kaum Yahudi.

Berakhlak Mulia :

 Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang berakhlak mulia. Akhlak mulia mampu
menarik hati tidak kira kawan ataupun lawan. Dalam aspek kekeluargaan, baginda
merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi ekoran sifat pengasih dan penyayang.
 Contohnya, baginda sering membantu isteri memasak, menampal pakaian yang koyak,
melayan anak-anak serta membersihkan rumah. Orang Arab Quraisy menggelarkan
baginda ‘al-Amin’ kerana segala perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai.
Baginda juga seorang pemaaf seperti memaafkan Saidina Umar al Khattab yang pernah
menjadi musuh ketat Islam malah pernah cuba membunuh baginda. Akhlak baginda dapat
mempersaudarakan masyarakat Arab yang berpecah-belah. Baginda juga
memperkenalkan etika peperangan yg dpt menarik hati pihak kawan dan lawan.

Berakidah :

 Nilai kepimpinan Nabi Muhammad SAW berteraskan akidah dan tauhid. Baginda
menyeru manusia supaya beriman kepada Allah dan mematuhi syariatnya. Selagi
manusia melakukan suruhannya-Nya, maka mereka akan mencapai kebahagiaan di dunia
dan akhirat.
 Buktinya, dalam usaha menegakkan Islam, Nabi Muhammad SAW menanam semangat
jihad. Keimananan mereka membawa kejayaan dalam medan peperangan, Orang Islam di
bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW berjaya mengalahkan musuh-musuh Islam. Nabi
Muhammad SAW membina kekuatan orang Islam berlandaskan akidah, tauhid dan
berpaksi kepada al-Quran dan sunah.

Akal dan Ilmu Pengetahun :


 Imu pengetahuan yg ada pd NM SAW membantu baginda membuat keputusan yg bijak.
Kepimpinan baginda berdasarkan wahyu Allah. Akal yg dikurniakan oleh Allah
mendorong manusia berfikir secara rasional dan ilmu pengetahuan membantu manusia
membuat keputusan dgn bijak.

Kepahlawanan :

 Memiliki sifat kepahlawanan dlm ekspedisi peperanga


 Menjamin keselamatan nyawa dan harta benda penduduk.
 Berjaya membuka semula kota Makkah tanpa pertumpahan darah

Toleransi :

 Sedia memaafkan orang Quraisy


 Memperkenalkan etika perang
 Mengamalkan prinsip syura

Kesimpulan :

 Ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki Nabi Muhammad s.a.w. telah diimplementasi dalam
dasar-dasar negara. Sebagai seorang pemimpin, baginda amat dihormati sehinggakan
baginda dianggap seorang negarawan yang ulung.

Anda mungkin juga menyukai