Anda di halaman 1dari 6

Slide 1

FIZIK BUNYI

Slide 2

1. Gelombang bunyi (sound waves) Gelombang bunyi yang terdapat diudara ialah satu contoh
dari sekumpulan besar fenomena fizikal yg melibatkan pergerakan gelombang. Contoh: -
gelombang dipermukaan air - radiasi elektromegnetik - gelombang radio / cahaya Pergerakan
gelombang / wave dihasilkan oleh beberapa kuantiti getaran (vibration). Dalam kejadian
gelombang bunyi, sekumpulan zarah-zarah udara bergetar: Contoh : - gelombang di
permukaan air hasil dr zarah-zarah air (water particles). - gelombang elektromegnetik dari
elektrik & medan magnetik bergabung dengan ayunan gelombang yang laju.

Slide 3

Contoh: - getaran gigi garpu - ayunan tali piano (oscilation) - ayunan pendulum jam / buah
bandul jam - spring & jisim (mass) a) Getaran / vibtrn.

Slide 4

Contoh: penghayun spring & jisim RAJAH

Slide 5

Kedudukan asal jisim ialah B, bila jisim digerakkan ke titik A spring akan tertekan & akan
menolak semula jisim ke tempat asal. Jika jisim digerakkan ke C, spring akan merenggang &
kuasa akan bertindak pada jisim & menggerakkan / menarik jisim ke tempat asal. Spring akan
sentiasa menghasilkan tenaga mengekalkan (restoring forces) jisim ke tempat asal. Sekiranya
kita menarik jisim ke A dan melepaskannya, tenaga spring akan menggerakkan jisim pada B
semula, kelebihan (gain) kelajuan akan membuatkan jisim melepasi tempat asalnya B
disebabkan oleh apa yang disebut sebagai inersia (inertia).

Slide 6

Bila jisim bergerak ke sebelah kanan melepasi tempat asalnya, kuasa/ tenaga mengekalkan
(restoring force) akan menahan pergerakan & membawa jisim ke tempat asalnya untuk
berhenti. Pergerakan jisim DARI dan KEPADA (to and fro motion) tempat asal dinamakan
hayunan / getaran (Oscilaltion / vibration). Getaran biasanya terjadi dengan adanya 2 sifat
iaitu : jisim (mass) dan keanjalan (elasticity / springmass) wujud bersama. Di dalam udara
molekul-molekul ada jisim (mass). Tekanan / kuasa yang bertindak di antara molekul-molekul
hampir sama seperti tenaga spring. Contoh: jika kita memasukkan terlalu banyak molekul ke
dalam satu kandungan (ruang) yang terhad tenaga akan terhasil untuk menolak hasil dari
himpitan (udara dalam belon / tayar).

Slide 7

b) Sifat-sifat getaran (vibration) Semua jenis getaran mempunyai sifat asas yang sama seperti
spring & jisim. I. Amplitud, frekuensi & j/k masa getaran Jika jisim dialih dari tempat asalnya
& dibenarkan bergerak ia akan bergerak ke depan & ke belakang di antara dua kedudukan
yang menandakan had / titik pergerakannya. Jarak jisim dari tempat asal (B) pada mana-mana
waktu (instant) dipanggil penyesaran (displacement). Penyesaran (displacement) yang paling
maksima dinamakan Amplitud getaran tersebut. Jika tidak berlaku kehilangan tekanan /
tenaga semasa pergerakan disebabkan geseran maka penyesaran / displacement oleh jisim
pada kedua-dua titik dari titik asal adalah sama.

Slide 8

Pergerakan jisim dari A ke C dan balik ke A seperti gambarajah 2 dinamakan pusingan


(cycle) dari hayunan (oscillation). Bilangan pusingan lengkap (complete cycle) yang
dilakukan pada satu saat dinamakan FREKUENSI (frequency) dari hayunan (oscillation). Jika
2 pusingan lengkap dalam satu pusingan satu saat dalam hayunan disebut 2 pusingan sesaat (2
cycle per second / cps) Gelombang bunyi boleh hasilkan puluhan ribu pusingan sesaat (cps).
Masa yang diambil dalam satu pusingan lengkap sesuatu getaran (vibration) dinamakan
jangkamasa getaran.

Slide 9

Dalam penggunaan sekarang - istilah / terminilogi ‘cycle per second ’ telah ditukar menjadi
‘Hertz” / Hz sempena penghormatan yang diberi kepada ahli fizik German ‘Heinrich Hertz’
pada kurun ke 19. Masa yang diambil bagi satu pusingan lengkap dinamakan pusingan sesaat
(cycle per second). Hayunan / getaran ini boleh dilihat seperti yang berlaku pads pendulum
(buah bandul jam) rajah 3. Getaran seperti ini di namakan getaran sinusoidal. Bunyi yg
dihasilkan oleh getaran sinusoidal seperti getaran gigi garfu dikenali juga sebagai – bunyi
tulin (pure/ single tones) (RAJAH : getaran sinusoidal)

Slide 10

ii. Getaran bebas dan paksaan (free and forced vibtrn) Spring yang bergerak ke hadapan & ke
belakang dari kedudukan asal secara bebas menghasilkan ‘ getaran bebas ’ (free vibtn.)
Menggerakkan spring & jisim dengan tenaga luar dinamakan ‘ getaran yg dipaksa ’ (forced
vibn.) Dalam getaran bebas seperti spring & jisim-jisim akan bergetar secara sinusoidal,
frekuensi hayunan adalah sentiasa sama - ciri f. dinamakan ‘ natural / semulajadi ’.

Slide 11

iii. Gelombang bunyi diudara Semua objek di bumi dikelilingi oleh udara. Udara
mengandungi zarah-zarah halus, lebih dari 4 billion dalam setiap inci isipadu (cubic inch)
(panjang x lebar x tinggi) Zarah-zarah mempunyai kedudukan yang tetap, penyesaran berlaku
oleh gelombang bunyi dan zarah akan berada semula ditempat asal (rajah). Apabila
kedudukan zarah terganggu / tersesar tekanan akan terjadi dan menolaknya semula ke tempat
asal.

Slide 12

Keadaan yang sama berlaku apabila udara dihimpitkan kedalam satu ruang yang kecil, zarah-
zarah udara akan menolak satu sama lain menghasilkan tenaga dan begitu juga bila zarah-
zarah udara dipisahkan tekanan / tenaga akan terjadi untuk menolaknya semula ke tempat /
ruang yang dikosongkan. Zarah-zarah udara sebenarnya adalah seperti jisim yang
disambungkan seperti spring. Pergerakan gelombang-gelombang bunyi adalah melalui
perantara (meduim) benda seperti udara. Getaran bunyi tidak berlaku tanpa perantara
contohnya getaran buzzer elektrik tidak kedengaran tanpa perantara (zarah udara).

Slide 13

Rajah 4 udara didalam jag dikeluarkan. Gelombang dipermukaan air menunjukkan sebahagian
ciri-ciri gelombang bunyi. Gelombang air adalah getaran zarah air manakala gelombang bunyi
adalah getaran zarah udara. Perbezaan utama ialah arah penyebaran / penyesaran kedua-dua
getaran. Dlm gelombang udara zarah udara bergetar kesemua arah, pergerakan gelombang yg
dinamakan gelombang bujur (longitudinal waves). Manakala dalam gelombang air zarah air
bergerak ke atas dan ke bawah, pergerakan gelombang dinamakan gelombang melintang
(transverse waves)

Slide 14

Kekerapan dan halaju gelombang bunyi (The frequency & velocity of a sound wave)
Frekuensi/ kekerapan getaran zarah udara (sama seperti kekerapan getaran sumber bunyi)
dinamakan frekuensi gelombang bunyi. Manusia biasanya boleh mendengar frekuensi di
antara 20 hingga 20,000 Hz. Ada gelombang bunyi yang mempunyai f lebih tinggi tetapi tidak
dapat didengar oleh manusia. Kelawar (bats) umpamanya menggunakan frekuensi bunyi yang
sangat tinggi untuk mencari kedudukan mangsanya – sama seperti kita gunakan radar untuk
kesan sasaran. Siulan anjing menghasilkan frekuensi gelombang bunyi yang tinggi yang boleh
didengar oleh anjing lain & bukan oleh manusia.

Slide 15

Kelajuan di mana getaran disebarkan dinamakan halaju (velocity) gelombang, kita boleh
melihat halaju gelombang dipermukaan air dengan melihat pergerakan puncak (crest)
gelombang. Gelombang air bergerak perlahan, hanya beberapa batu sejam. Gelombang udara
bergerak lebih cepat iaitu lebih kurang 1,130 kaki sesaat pada paras permukaan laut (at sea
level), ini bersamaan lebih kurang 770 batu sejam.

Slide 16

v. Jarak gelombang udara dalam satu pusingan getaran (one cycle of vibration). Apabila gigi
garfu (tuning fork) digetarkan, ia akan menghantar tekanan demi tekanan disepanjang zarah-
zarah udara. Tekanan yg pertama dihasilkan dari satu pusingan getaran(one cycle of vibration)
diikuti dengan tekanan (compression) kedua & seterusnya. Sebaik sahaja tekanan kedua
dihasilkan, tekanan yang pertama telah bergerak jauh, jarak antara dua tekanan ini adalah
jarak gelombang (wavelength)

Slide 17

Jika frekuensi satu pusingan sesaat maka gelombang akan bergerak dalam frekuensi jarak
gelombang dalam satu saat. Halaju / velocity bersamaan dengan hasil frekuensi dan jarak
gelombang (wavelength) Jarak gelombang bunyi: 20 Hz /cps = 56 kaki 1000 Hz/cps = 14 inci
20,000Hz/cps = kurang ¾ inci

Slide 18
vi) Spektrum /spectrum Getaran yang dihasilkan oleh gigi garfu adalah sinusoidal,
bagaimanapun gelombang bunyi yang dihasilkan oleh organ pertuturan tidak sinusoidal.
Contoh : Bentuk gelombang dr bunyi (a) (Rajah periodic waves) Walaupun bentuk
gelombang di atas rumit tetapi jelas mengandungi bentuk asas yg diulang-ulang dinamakan
gelombang periodic (periodic wave). (Rajah Aperiodic waves) Bentuk gelombang pada rajah
di atas tidak menunjukkan berulang-ulang - dinamakan gelombang aperiodik (Aperiodic
wave).

Slide 19

Tekanan dan kekuatan bunyi (Sound pressure & intensity) Peralihan zarah-zarah udara dari
tempat asal (resting position) berlaku disebabkan tenaga dari luar (external forces) & setiap
zarah akan menolak zarah yang berhampiran. Unit tenaga yang digunakan setiap kali dalam
bunyi (acoustic) adalah Dyne. Contohnya: Jk kita meletakkan satu gram jisim (mass) – lebih
kurang 1/30 dari 1 auns di atas tapak tangan kita, tenaga tarikan (gravit force) yang menekan
jisim (mass) ke bawah adalah bersamaan lebih kurang 1,000 dynes.

Slide 20

vii. Tekanan (prs) Tekanan (pressure) ialah jumlah tenaga yang diletakkan ke atas seunit
kawasan (a unit of surface) permukaan & unit tekanan yang digunakan ialah dyne
sesentimeter persegi ( dyne per sg.cm) Tekanan udara biasa (normal atoms pressure) ialah
lebih kurang 1 juta dynes setiap sm persegi. Contohnya: Kita mengukur tekanan tayar dalam
paun (pounds) setiap inci persegi - jika tekanan tayar 10 pounds setiap inci persegi ia
bersamaan dengan tekanan 700,000 dynes setiap sm persegi (per sg. Cm)

Slide 21

viii. Kekuatan bunyi (sound intensity) Bila kita menolak seketul batu, kita lakukan kerja & ia
menggunakan tenaga. Unit kerja & tenaga biasanya diukur dgn erg. Satu Erg ialah jumlah
kerja yg dilakukn bila satu dyne tenaga diguna utk mengalih benda sejauh 1 cm. Biasanya kita
mengukur jumlah tenaga dilakukan dengan masa yang diberikan dalam unit erg sesaat (erg
per sec.) Oleh kerana unit ini terlalu kecil ukuran selalu tenaga diukur dalam watts /
kuasakuda (horsepower). 1 watts = 10 juta erg s/saat 1 kuasakuda = 476 watts

Slide 22

Ukuran Decibel (The Decibel scale) Kebanyakan kuantiti diukur dengan unit tetap. Contoh:
Bila kita mengukur jarak di antara dua tempat ialah 20 meter, ia bermaksud jarak di antara 2
tempat lebih besar dari 1 meter (panjang ukuran yang dikawal / piawai di Paris). Seperti juga
kekuatan bunyi dalam sebutan watts cm persegi tetapi kebiasaannya bunyi diukur dengan
skala decibel (dB). dB bukanlah unit tetap seperti watts, grams & meter. Kekuatannya diukur
melalui gandaan yang lebih besar dari beberapa kekuatan tertentu contohnya kekuatan bunyi 1
dB berkaitan dgn watt /sq/cm, dB dirujuk sebagai kekuatan tertentu bunyi mempunyai nisbah
(ratio).

Slide 23

dB bersamaan kekuatan (intencity) nisbah ialah 10 kali logarithm kepada asas nisbah 10:
Intencity ratios & their Decibel equivalents Nisbah Intensiti Bersamaan Desibel (dB) 1:1 0
10:1 (the same as 10 :1) 10 100:1 (the same as 10 :1) 20 1000:1 (the same as 10 :1) 30
10,000:1 (the same as 10 :1) 40 100,000:1 (the same as 10 :1) 50 1,000,000:1 (the same as
10 :1) 60 10,000,000,000:1 (the same as 10 :1) 100 100,000,000,000,000:1 (the same as 10 :1)
140 Bunyi yang paling kuat boleh didengar tanpa menyakitkan telinga ialah 10 juta juta kali
lebih kuat dari bunyi yang paling perlahan didengar iaitu 100 dB

1. Keamatan bunyi disukat dalam unit desibel (dB) yang mewakili kadar tenaga bunyi
yang menembusi satu unit luas. Dalam sebutan bunyi, satu desibel adalah 10 kali
logaritma bagi nisbah intensiti dua punca bunyi yang berlainan. Satu intensiti
merupakan rujukan manakala intensiti yang kedua adalah bunyi yang hendak
dibandingkan. Contohnya, satu bunyi yang merupakan 100,000 kali lebih kuat
daripada satu bunyi bandingan lain disebut bunyi 50 desibel.
2. Skala ini bersesuaian dengan daya pendengaran manusia kerana deria pendengaran
kita mentafsirkan peningkatan 10 dB kepada 20 dB sebagai peningkatan kira-kira dua
kali ganda intensiti bunyi.
3. Kesan-kesan fisiologi akibat pendedahan kepada bunyi yang terlalu kuat adalah:(a)
Kehilangan pendengaran yang berlaku apabila seseorang terdedah kepada bunyi
melebihi 80 dB, atau terdedah kepada bunyi impuls yang melampau, contohnya
letupan. Pencemaran bunyi boleh menyebabkan gegendang telinga dan koklea rosak.
Kehilangan pendengaran mempunyai dua ciri yang utama, iaitu:

i. pengurangan julat pendengaran. Katalah jika seorang normal dapat


mendengar bunyi pada 5 dB, seorang yang mengalami pengurangan
julat pendengaran hanya dapat mengesan bunyi pada 10 dB, 20 dB, 25
dB, atau lebih.
ii. tidak dapat membezakan bunyi konsonan seperti f, u, s, z, th, ch, dan
sh. Ini boleh mengakibatkan salah faham.

a. Respons keadaan cemas, yang melibatkan vasokonstriksi kapilari darah periferi


dan menyebabkan pengurangan pengaliran darah. Keadaan ini akan
menyebabkan anak mata membesar, kulit menjadi pucat, pengurangan
rembesan gastrik, peningkatan tekanan darah diastol dan rembesan adrenalina
yang berlebihan ke dalam peredaran darah yang akan meningkatkan
ketegangan saraf dan otot, kegelisahan, mudah tersinggung, dan kebimbangan

(7) Deria pendengaran manusia sebenarya bertindak sebagai suatu mekanisme


pertahanan diri. Apabila manusia mendengar bunyi yang negatif seperti
daripada harimau atau tanah runtuh, badannya akan bertindak secara fisiologi
dengan rembesan adrenalina yang berlebihan ke dalam peredaran darah untuk
menghadapi kecemasan ini, iaitu sama ada untuk melarikan diri atau berlawan
dengan musuh. Bukan semua bunyi bersifat negatif. Bunyi seperti aliran air,
desiran angin, nyanyian burung adalah bersifat positif dan membawa kesan
manfaat kepada manusia.
8. Pencemaran bunyi dalam kehidupan moden ini mempunyai kesan yang negatif ke atas
kesihatan manusia. Pencemaran bunyi yang negatif selalu menstimulasikan
mekanisme pertahanan badan manusia yang mengakibatkan rembesan adrenalina dan
respons-respons fisiologi lain walhal ketiadaan keadaan yang membahayakan.
9. Kesan pencemaran bunyi ke atas manusia dapat dibahagikan kepada:(a) kesan
fisiologi yang melibatkan kehilangan pendengaran dan respons keadaan cemas.

(b) kesan psikologi. Kesan ini berlaku akibat pencemaran bunyi yang:
i. mengganggu komunikasi antara manusia.
ii. mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan kestabilan mental.
iii. mengganggu proses mental, iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian susah
dilakukan.

10. ) Orang-orang yang selalu terdedah kepada bunyi bising yang kuat di tempat kerja
mereka, contohnya pekerja-pekerja kilang, menghadapi risiko kehilangan pendengaran
mereka. Kehilangan pendengaran biasanya berlaku secara beransur-ansur dan tanpa
disedari.

Keamatan bunyi di sukat dalam unit desibel(dB) yang menggambarkan kadar tenaga bunyi
menembusi satu unit luas.Frekuensi yang selesa didengar oleh manusia ialah 500-2000 Hz
manakala keamatan bunyi yang selesa pula ialah 60dB. 

Bunyi yang berkeamatan tinggi sehingga 85dB dan frekuensi lebih daripada 400 Hz dapat
memberi kesan kepada pendengaran seseorang.Misalannya,seseorang itu mungkin mengalami
kepekakan sementara atau kekal.Selain itu,ia juga menimbulkan gangguan emosi dalam
seseorang dan dapat meninggikan tekanan darah seseorang. 

Bunyi-bunyi yang dapat memberi kesan sedemikian ialah: 

 Roket-140dB
 Kapal terbang-130dB
 Lori-100dB
 Kilat-115dB
 Pengorek tanah-90dB

Anda mungkin juga menyukai