Anda di halaman 1dari 7

MAULIDUR RASUL

'''Maulidur Rasul''' ([[bahasa Arab|Arab]]: kelahiran Rasul) adalah


hari bersejarah keputeraan [[Nabi Muhammad]]. Hari ini jatuh pada
hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada
pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 [[Rabiul Awal]] Tahun
Gajah bersamaan dengan [[23
April]] 571. Baginda adalah [[nabi]] terakhir yang diutus oleh
[[Allah]] Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini
mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai [[Maulid Nabi]].
Setiap tahun pada hari itu, umat [[Islam]] di seluruh dunia akan
mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w
dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan
sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan
oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan
atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang
memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud
Nabi, sudah pun dikira mendapat [[pahala]] dan dimuliakan.
Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik
merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala
terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati
hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan
yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada
Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya
mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih
sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati
oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau
orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Bahasa Arab:
) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda
adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah
bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad
merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat
manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan
sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang
mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat
manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti
kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad
dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di
Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan Rasul
dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang
Islam, tetapi orang-
orang Yahudi dan Nasrani enggan mengiktiraf Muhammad
sebagai Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran
Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.Beliau juga digelar Al Amin
(Bahasa Arab ) yang bermaksud 'yang terpuji'.
Baginda lahir dari Keturunan Quraisy (Bahasa Arab ). Nabi
Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12
Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab,
adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga
Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib.
Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi
Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara
ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun,
menjadikannya seorang anak yatim piatu. Menurut tradisi keluarga
atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu
susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus
Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama
beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke
Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda
dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal,
baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda
sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya
di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan
perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak
pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang
merosakkan dan penuh kekufuran.
Masa remaja
Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan
keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan
membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-
orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi
penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga
menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan
para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras,
berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As
Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa
dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di
kampung halamannya di Mekah.
Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir
Rasulullah SAW)
Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9
Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda
menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di
antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan,
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu
semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini
dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini
pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan
kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim
sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu
kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar
orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya
kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di
atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu,
segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara
besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam
perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri
kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka
menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak
diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap
mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu
yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak
boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu
dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan
Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.
Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa
setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua
adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya
kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari
untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu
kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari
landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang
selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,
nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku
sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu
dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti
kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah
Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,
menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih
memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu
kepada hamba-hamba-Mu."








Nama-nama keturunan Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad s.a.w.
(Muhammad bin Abdullah)
Abdullah bin Abdul Muttalib
Abdul Mutallib bin Hashim
Hashim bin Abdul Manaf
Abdul Manaf bin Qusai
Qusai bin Kilab
Kilab bin Murrah
Murrah bin Kaab
Kaab bin Luay
Luay bin Ghalib
Ghalib bin Fahr
Fahr bin Malik
Malik bin An-Nadr
An-Nadr bin Kinanah
Kinanah bin Khuzaimah
Khuzaimah bin Mudrikah
Mudrikah bin Elyas
Elyas bin Mudar
Mudar bin Nizar
Nizar bin Ma'ad
Ma'ad bin Adnan
Adnan bin Add (diriwayatkan
merupakan Pemerintah Pertama
bagi kota suci Makkah)(lahir
tahun 122 SM)
Add bin Humaisi
Humaisi bin Salaman
Salaman bin Aws
Aws bin Buz
Buz bin Qamwal
Qamwal bin Obai
Obai bin Awwam
Awwam bin Nashid
Nashid bin Haza

Haza bin Bildas
Bildas bin Yadlaf
Yadlaf bin Tabikh
Tabikh bin Jahim
Jahim bin Nahish
Nahish bin Makhi
Makhi bin Ayd
Ayd bin Abqar
Abqar bin Ubayd
Ubayd bin Ad-Daa
Ad-Daa bin Hamdan
Hamdan bin Sanbir
Sanbir bin YathRabi
YathRabi bin Yahzin
Yahzin bin Yalhan
Yalhan bin Arami
Arami bin Ayd
Ayd bin Deshan
Deshan bin Aisar/Aizar
Aisar bin Afnad
Afnad bin Aiham
Aiham bin Muksar
Muksar bin Nahith
Nahith bin Zarih
Zarih bin Sani
Sani bin Wazzi
Wazzi bin Adwa'
Adwa' bin Aram
Aram bin Haidir
Haidir bin Ismail (anak Nabi
Allah Ismail) (dipanggil Kedar
dalam Injil Kristian)
Ismail bin Ibrahim (Ishmael bin
Abraham) (Nabi Ismail a.s.)
Ibrahim bin Azar (Nabi Ibrahim
a.s.)

Anda mungkin juga menyukai