Anda di halaman 1dari 5

TAJUK :

PERISTIWA NABI ISA DIANGKAT KE LANGIT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru,

seterusnya hadirin sekalian Terima kasih diucapkan kepada tuan pengerusi majlis,, saya ingin

menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk : Peristiwa nabi Isa diangkat ke langit.

Hadirin sekalian

Tahukan kawan-kawan sekalian, siapakah baginda Isa a.s?...... Nabi Isa a.s dilahirnya

tanpa bapa.. Dengan ketaatan serta tidak pernah ingkar suruhan Allah oleh ibu baginda Maryam,

dengan mukjizat Allah maka Maryam mengandungkan baginda a.s . Frman Allah dalam surah

Ali Imran ayat 45 yang berbunyi…..

Ertinya ..."Wahai Maryam! bahawasanya Allah memberikan khabar Yang

mengembirakanmu, Dengan (mengurniakan seorang anak Yang Engkau akan

kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa

Ibni Maryam,”

Kawan-kawan...

Setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang terbaik disebaliknya. Setiap perkara yang

terjadi adalah kehendakNya. Jannganlah kita mempersoalkan apa yang telah berlaku malah kita

hendaklah berserah dan redha dalam kehidupan kita walau apa jua perkara menimpa. Perkara

utama ialah melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Hadirin sekalian..
Setelah baginda dilahirkan, semasa baginda masih dalam buaian baginda boleh berkata-kata.

Itulah Mukjizat Allah S.W.T Setelah meningkat dewasa baginda telah dijar oleh

Allah mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan ugama, dan juga kandungan Kitab-

kitab Taurat dan Injil.

Dengan Izin Allah, maka Nabi Isa dilantik menjadi rasul dan utusan Allah untuk

kaumnya. Baginda meyeru kepada kaumnya agar taat kepada Allah. Baginda menyeru untuk

kembali jalan yang benar. Firman Allah dalam surah al – Imran ayat 51 :

Ertinya :. "Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, Beribadatlah

kamu kepadaNya. Inilah jalan Yang lurus".

Hadirin sekalian..

Nabi Isa a.s. telah dikurniakan mukjizat – mukjizat dari Allah S.W.T untuk membuktikan

akan kekuasaan Allah terhadap kaumnya. Antara mukjizat baginda membuat bentuk seekor

burung dari tanah liat kemudian ditiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang

hidup). Baginda boleh menyembuhkan orang buta sopak, baginda boleh menghidupkan kembali

orang-orang yang mati

kawan-kawan ,

Mukjizat adalah adalah satu keistimewaan yang Allah telah berikan kepada rasulNya.

Kita hendaklah percaya akan kekuasaan Allah. Janganlah kita bersandarkan kuasa yang lain

selain dari kuasa Allah. Pada masa sekarang kita lihat, ramai lagi masih percaya dengan perkara

yang khurafat dyang kononnya kuasa yang mereka puja itu dapat membantu mereka dan

menyelesaikan kesulitan mereka

Hadirin sekalian
Usaha nabi Isa a.s dalam menyampaikan dakwah telah mendapat tentangan yang amat

amat hebat daripada pengikut ajaran nabi Musa a.s yang telah diselewengkan oleh bangsa

Yahudi semata-mata untuk mendapatkan keuntungan duniawi.

Pelbagai usaha yang kaumnya lakukan untuk membunuh dan melenyapkan baginda dari

dunia ini. Allah Maha Kuasa . Setiap apa yang dirancang oleh kaumnya akan menemui jalan

buntu. Firman Allah dalam Surah Al-Imran ayat 54 ;

Ertinya : “Dan orang-orang (Yahudi Yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak

membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah

sebijak-bijak Yang membalas (dan menggagalkan Segala jenis) tipu daya”

Kawan-kawan..

Janganlah menggunakan agama Allah untuk mendapatkan keuntungan di dunia semata-

mata kelak nanti kita akan binasa. Sebagaimana kita lihat sekarang, ramai manusia

mempergunakan agama Islam walhal mereka bukan orang betul-betul beramal dengan agama

islam tetapi mempergunkan untuk mengaut keuntungan yang berganda. Dan janganlah

menngunakan pelbagai helah untuk mendapat keuntungan yang akhirnya pasti akan memakan

diri.

Terseutlah kisah Yahuda celaka

Terpedaya dengan kebendaan dunia

Sanggup mengkianati kawan sebaya

Akibta angkara yahudi durjana


Allah s.w.t telah mengubah wajah Yahuda serupa dengan nabi Isa tanpa ada

perbezaannya walaupun sedikit. Yahuda merupakan seorang murid yang terpilih, akan tetapi dia

sanngup mengkianati Baginda ini akibat angkara yahudi.

Dengan kekuasaan Allah S.W.T turunlah firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 3.55

yang berbunyi

Ertinya : ”(ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan

mengambilmu Dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan

membersihkanmu dari orang-orang kafir,

Hadirin sekalian

Setelah nabi Isa a.s diangkat oleh malaikat ke langit ketiga , maka berlakulah keajaiban

yang sememangnya sukar dipercayai dengan akal manusia tanpa keimanan yang teguh kepada

Allah s.w.t. seluruh anggota Yahuda berubah bagaikan kilat, seterusnya turut sama berubah

seperti suara nabi Isa a.s. Dia ditangkap lalu dibunhu oleh kaum yahudi.

kawan-kawan...

Janganlah kita menjadi orang-orang yang mengkhianati kawan kita sendiri. Mengkianati

kawan sendiri akan membawa padah yang memakan diri sendiri. Pada hari ini kita lihat, ramai

manusia mempergunakan kawan-kawan untuk mengaut keuntungan kepada diri sendiri.

Isa Al Masih rasul ajaib

Lahir kedunia tidak berbapa

Wafatnya baginda bukan di salib

Tetapi di ganti Yahuza durjana

Sekian sahaja kisah saya pada hari ini. Wabillahitaufiq walhidayah assalamualaikum

warohmatullahhi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai