Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SMK GADONG, BEAUFORT

KERTAS KERJA

PROGRAM IQRA
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK GADONG

ANJURAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI),
SMK GADONG, BEAUFORT,
SABAH
1. BUTIRAN AM

Tajuk Program : Program Iqra

Anjuran : Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)


. SMK Gadong, Beaufort, Sabah

Penasihat : Tuan Haji Abdul Ghani Bin Md Ali


(Pengetua )

Pengerusi : Encik Rosmaineh Bin Rosli


(Penyelaras, Pendidikan Khas)

Pengarah Program : Hajjah Norlailah Binti Awang Anak

Sasaran Peserta : Semua pelajar pendidikan khas

Tarikh Cadangan : Sepanjang Sesi Persekolahan

Tempat Cadangan : Kelas Pendidikan Khas

Masa : Setiap hari ( 7.00 Pagi – 7.30 Pagi )

Perbelanjaan : Tiada

2. PENGENALAN

Kecemerlangan pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tuntutan untuk menyediakan kesamarataan juga menjadi tanggungjawab dan memastikan
murid-murid istimewa di seluruh Negara mencapai tahap yang cemerlang, gemilang dan terbilang
di semua program yang dilaksanakan. Program ini member peluang kepada murid-murid
istimewa daripada kepelbagaian kategori untuk mempertingkatkan potensi diri dan sahsiah bagi
memenuhi tuntutan rohani. Melalui aktiviti ini pelajar akan dapat turut serta di dalam
pertandingan seperti pelajar-pelajar normal yang lain di peringkat yang lebih tinggi.

3. MATLAMAT

Mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek keagamaan selaras dengan nilai-nilai murni yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4. OBJEKTIF

4.1 Memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk turut serta dalam aktiviti ko-
kurikulum.
4.2 Meningkatkan hubungan silaturahim antara semua warga Pendidikan Khas.
4.3 Menerapkan budaya kesenian Islam dan menyemai nilai murni dalam diri murid – murid
berkeperluan khas.

5. STRUKTUR ORGANISASI

5.1 Jawatankuasa Induk:

Penasihat : Tuan Haji AbdGhani Bin Md Ali


Pengerusi : Encik Rosmaineh Bin Rosli
Pengarah Program : Hajjah Norlailah Binti Awang Anak
Penolong Pengarah : Cik Norzaimah Binti Mangit

6. Senarai semak bacaan iqra mengikut kemampuan pelajar

SILA RUJUK LAMPIRAN

7. PENUTUP

Program ini amat penting kepada pelajar-pelajar Pendidikan Khas agar dapat melatih diri
masing-masing dalam mengenal huruf dan seterusnya membaca iqra dengan lancar
dengan bimbingan guru. Kerjasama semua pihak amat diharapkan agar proses ini berjalan
dengan lancar.

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

…………………………......... ..........................................
( Norlailah Binti Awang Anak ) ( Tuan Haji Abd Ghani Bin Md Ali )
Pengarah Program Pengetua
PPKI SMK Gadong SMK Gadong
LAMPIRAN

SENARAI SEMAK TAHAP PENGUASAAN PELAJAR

Bil Nama Pelajar Iqra1 Iqra2 Iqra3 Iqra4 Iqra5 Iqra6 Catatan
01.
02.
03.
04.
05.
06.
07.
08.
09.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.

Anda mungkin juga menyukai