Anda di halaman 1dari 5

SEK. KEB.

PENDIDIKAN KHAS SG PETANI

KERTAS KERJA
AKTIVITI KEYAKINAN DIRI BAGI
MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN
TARIKH:
20 JANUARI 2016
TEMPAT:
PANTAI MERDEKA,KEDAH.

ANJURAN:

UNIT MASALAH PEMBELAJARAN


SEK. KEB. PENDIDIKAN KHAS SG PETANI,KEDAH.

NAMA PROGRAM

PROGRAM TOWARDS 1st CLASS

1.

TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk membawa murid-murid bermasalah
pembelajaran tahun ini agar lebih bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi
segala apa jua jenus bentuk cabaran sepanjang tahun 2016. Kertas kerja ini
bertujuan memohon kelulusan pihak pentadbiran SK Pendidikan Khas Sg
Petani,Kedah untuk menganjurkan satu program khas bagi memberi keyakinan diri
dan motivasi kepada pelajar-pelajar di samping mendedahkan para pelajar ini
kepada situasi sebenar kehidupan berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman
yang dimiliki oleh para guru.

2.

LATAR BELAKANG
Murid bermasalah pembelajaran perlulah cemerlang dalam bidang tertentu sebagai
seorang pelajar yang menerima pendidikan formal di sekolah. Kecemerlangan
sahsiah diri dan pengurusan kehidupan seharian perlulah dicapai selain
kecemerlangan akademik. Bagi merealisasikan matlamat ini, mereka perlu diberi
motivasi dan sokongan supaya terus bersemangat dan mempunyai keyakinan diri.

3.

OBJEKTIF PROGRAM
Di akhir program ini diharapkan :
3.1
3.2
3.3
3.4

4.

Pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri dalam menyerlahkan potensi diri


masing-masing.
Pelajar mendapat suntikan semangat untuk meneruskan pembelajaran dan
kehidupan seharian.
Dapat membina semangat setiakawan dalam kalangan murid bermasalah
pembelajaran.
Mengasah dan memperkembangkan kemahiran komunikasi dalam kalangan
murid bermasalah pembelajaran

BUTIRAN PROGRAM:
4.1

Bilangan Peserta
Peserta terdiri dari 28 orang murid bermasalah pembelajaran dan 8 orang
guru

4.2

Tarikh Cadangan
20 Januari 2016

4.3

Aturcara Program

20 Januari 2016 (Rabu)


7.30 pagi

- 7.45 pagi

: Pendaftaran peserta

8.00 pagi

- 8.30 pagi

: Bertolak ke Jeti Tg Dawai

8.30 pagi

- 9.00 pagi

: Menaiki bot ke Pantai Merdeka

9.00 pagi

- 10.30 pagi

: Benkgkel 1-Taklimat dan Ice Breaking

10.30 pagi

- 11.00 pagi

: Rehat

11.00 pagi

- 11.45 pagi

: Bengkel 2

11.45 pagi

- 12.30 tengahari

: Bengkel 3

12.30
tengahari

- 1.00 petang

: Taklimat penutup dan bertolak pulang

4.4

Tempat Program
Pantai Merdeka,Kuala Muda,Kedah.
Justifikasi mengapa program ini perlu dibuat di luar kawasan sekolah:

4.5

i)

Pengisian program ini mempunyai bengkel (program outdoor) yang


memerlukan program ini di buat di luar sekolah. Penganjur
merasakan tempat ini adalah sesuai dan tidak begitu sesak untuk
menjalankan program outdoor.

ii)

Dapat memberikan suasana yang berbeza berbanding sekiranya di


buat di dalam sekolah di mana suasanannya adalah suasana
pembelajaran formal.

iii)

Memberi peluang kepada pelajar ini melihat dunia luar dengan


keindahan alam ciptaan Tuhan dan kemajuan teknologi dunia
semasa.

Ahli Jawatankuasa Program


Penasihat

Pn Junaida Bt Yusoff
Guru Besar
SK Pendidikan Khas Sg Petani

Penyelaras

Pn. Siti Zaleha Bt Mohamed


Penyelaras
Unit Masalah Pembelajaran

Bendahari

Cik Siti Khalilah Binti Abdul Rahman

Ahli Jawatankuasa

En Nooriskandar Bin Adnan (Bengkel 1)

Muhammad Safwan Bin Ariffin (Bengkel 1)


En Zaili Bin Md Salleh (Bengkel 2)
En Zulkifli Bin Ahmad (Bengkel 2)
Pn Noorsaraini Bt Ahmad (Bengkel 3)
Cik Siti Khalilah Binti Abdul Rahman(Bengkel 3)
Pn Nurulfarhana Binti Ramli (Dokumentasi)
5.

Kewangan
5.1

Sumber Kewangan

Kutipan yuran dari pelajar dan guru (RM5 X 36)

5.2

Anggaran Perbelanjaan

1. Pakej pengangkutan bot


2. Makan minum peserta
3. Keperluan aktiviti bengkel

6.0

= RM180.00

RM 2.00 x 36 orang
RM 2.50 X 36 orang
RM 18
JUMLAH

RM 72.00
RM 90.00
RM 18.00
RM 180.00

IMPLIKASI JIKA PERMOHONAN DITOLAK.


Sekiranya murid-murid bermasalah pembelajaran ini tidak diberi sokongan dan
motivasi kemungkinan besar mereka akan lalai, tiada keyakinan diri dan tidak dapat
mengekal dan meningkatkan pencapaian mereka dari segi akademik, sahsiah diri,
pembangunan jasmani dan emosi mereka dalam menempuh cabaran kehidupan
seharian

7.0

PENUTUP
Dengan ini adalah dimohon Pn. Junaida Bt Yusoff selaku Guru Besar di SK
Pendidikan Khas Sg Petani untuk mempertimbang dan meluluskan usul cadangan
Program Aktiviti Keyakinan Diri Bagi Murid Bermasalah Pembelajaran anjuran Unit
Bermasalah Pembelajaran, SK Pendidikan Khas Sg Petani,Kedah.

Disediakan Oleh,
.......................................
( PN. SITI ZALEHA BINTI MOHAMAD)
Penyelaras,
Unit Bermasalah Pembelajaran,
SKPK Sg. Petani,
08400, Merbok,
Kedah.
Disemak Oleh,

Disahkan Oleh,

.......................................
( PN. PAZIAH BINTI ABDUL WAHAB )
PK Pentadbiran,
SKPK Sg. Petani,
08400, Merbok,
Kedah.

...................................................
( PN JUNAIDA BT YUSOFF)
Guru Besar,
SKPK Sg. Petani,
08400, Merbok,
Kedah.

Anda mungkin juga menyukai