Anda di halaman 1dari 3

Pengorbanan Nabi Ismail a.

Assalammualaikum W.B.T
Terima kasih Tuan peneraju acara , barisan hakim yang arif lagi bijaksana lagi bergaya, guru-
guru, rakan-rakan dan seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah.

Hayatilah- hayatilah cerita saya,


Kisah Agung yang terukir dalam al- Quran,
Pengorbanan Nabi Ismail satu sejarah,
Bukti taat hamba kepada tuhan,

Ha kawan- kawan semua, rasanya hampir semua pernah mendengar tentang kisah Nabi
Ibrahim a.s. Baginda diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail
a.s yang kemudiannya Allah gantikan dengan binatang sembelihan iaitu seekor kibas. Kisah
ini tercatat dalam al-Quran ayat 101-113 surah as- Soffat.
Firman Allah S.W.T:

Lalu kami beri khabar gembira kepadanya ( Nabi Ibrahim a.s )dengan seorang anak yang
halim (penyabar)
[as-Soffat 101 ]

Hah kawan- kawan .. sifat halim itu ialah dapat mengawal dirinya ketika marah. Oleh kerana
adanya sikap halim pada diri Nabi ismail maka baginda tetap kekal tenang dan redha tatkala
ayahandanya menyatakan perintah Allah untuk menyembelih baginda.

Kawan- kawan,

Ketika itu Nabi Ismail a.s berumur kira- kira 13 tahun. Cubalah kita lihat diri kita dalam
lingkungan umur tersebut. Adakah kita mampu menahan diri dari dikawal perasaan
marah. Kebanyakan kita apabila sudah marah , kita tidak mampu mengawalnya lantas
timbullah pergaduhan, serta melakukan keganasan terhadap orang lain seperti yang
pernah berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Putatan, Sabah tahun lalu.
Rakaman video kes murid membelasah teman sekelas itu telah menjadi tular di laman
sosial. Oleh yang demikian, marilah kawan semua kita tanam dan semai sifat halim
dalam diri agar sentiasa bersabar dan berusaha mengawal kemarahan diri.

,Kawan- kawan

Dalam ayat 102 surah as-soffat, Tatkala Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku!
Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka
fikirkanlah apa pendapatmu?". Lantas anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa
yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang
sabar".

Masya-Allah! Sungguh indah akhlak Nabi Ismail yang tergambar melalui kesopanan
tutur katanya tatkala menjawab pertanyaan ayahnya.

Kawan- kawan, andaikata kita berada dalam situasi tersebut, apa mungkin kita akan
jawab kepada ayah yang diperintah Allah untuk menyembelih kita? Sesungguhnya
pada masa kini, semakin ramai anak-anak yang tidak menghormati ibu dan bapa.

Oleh itu kawan- kawan semua, ayuh kita berusaha mencontohi budi bahasa Nabi Ismail
terhadap ayahnya serta ketaatan baginda menjunjung perintah Allah s.w.t.

Iblis datang menghasut menggoda,

Dalam usaha menggagalkan agenda,

Ibrahim,hajar dan ismail dihasutnya,

Namun usahanya tidak berjaya,

Kawan- kawan,

Ingatlah bahawa misi syaitan dan iblis didunia ini adalah semata- mata untuk
menyesatkan manusia dan mereka tidak akan sekali- kali berputus asa.

Kerana Engkau telah pun menghukum aku sebagai makhluk yang sesat, maka aku
bersumpah akan sentiasa menghalang mereka (Bani Adam) daripada jalan Engkau yang
lurus. (Surah Al-Araf ayat 16).

Pada masa kini, pelampau agama, pengganas, dan pengamal rasuah merupakan antara
golongan manusia yang telah berjaya dihasut oleh syaitan. Justeru, kita perlulah
sentiasa waspada dan mengelak dari segala hasutan dan godaannya dengan memohon
perlindungan daripada Allah swt.

Saat yang ngeri telah pun tiba,

Nabi Ibrahim memejamkan mata,

Dengan rasa pilu dan hiba,

Pisau ditekan dileher anaknya,

Kawan- kawan
Ketaatan dan kepatuhan keluarga Nabi Ibrahim kepada Allah swt dalam menghadapi ujian
berat telah dipuji oleh Allah swt. Firman Allah swt dalam surah Ash shaffat: 106 hingga 109:

. . .

Sesungguhnya Ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan
seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di
kalangan orang-orang yang datang kemudian. (Iaitu) "Kesejahteraan dilimpahkan atas
Ibrahim"

Ingatlah kawan- kawan, Allah sentiasa menguji hambanya. Dunia masa kini diuji
dengan berlakunya bencana alam, kemiskinan, penyakit, dan sebagainya. Yakinlah
kawan- kawan bahawa setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya.

Ada akal ada fikiran,

ada pangkal ada penghujung,

terima kasih saya ucapkan,

sudi mendengar sampai ke penghujung,

sekian,

wabillahitaufik wallihidayah wassalammualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai