Anda di halaman 1dari 4

PENGORBANAN NABI ISMAIL ALAIHISSALAM ( Tajuk 3)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Yang dihormati pengacara majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru
dan kawan-kawan sekalian. Saya akan menyampaikan cerita bertajuk
“Pengorbanan Nabi Ismail AS…”.

Pengenalan
Kawan-kawan,
marilah mendengar cerita saya dan kita hayati bersama.

Nabi Ismail Alaihissalam merupakan putera kepada Nabi Ibrahim dan Siti Hajar.
Baginda seorang anak yang soleh dan taat kepada perintah Allah dan ibu bapa.
Berakhlak dan berbudi pekerti mulia.
Firman Allah dalam surah Al-Syaffat ayat 101

Maksudnya: Maka kami beri khabar gembira kepadanya dengan kelahiran seorang
anak yang sangat sabar.
Ya kawan-kawan,
Anak adalah anugerah dari Allah yang tidak ternilai harganya. Kekejaman seorang
ibu mengurung anaknya berusia 3 tahun di Tampin Negeri Sembilan mengundang
rawan di hati masyarakat. MasyaAllah……

Ya kawan-kawan, Isi 1
Berat mata memandang…berat lagi bahu memikul….
Perintah Allah terus diterima
Melalui mimpi tiada terduga Nasyid ( kekasih Allah )
Anak disembelih tiada tara 1
Menjadi walang hati ayahanda
Firman Allah dalam surah Al-Shaffat, ayat 103
Maksudnya: Maka ketika keduanya telah berserah diri dan dia
(Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelapisnya(untuk melaksanakan perintah
Allah).

Ya kawan-kawan,
Takdir Allah walaupun kelihatan pahit dan menyedihkan, sentiasa ada hikmah yang
tersembunyi. Kematian tiga orang kanak2 di lombong bausit Kuantan baru-baru ini
ini menyebabkan kawasan itu terus ditutup.

Kawan-kawan,
Anak dan ayah bekerjasama
Kepatuhan Allah tunggak utama Nasyid ( Rasulullah )
Walau sayu membelah sukma
Ketaatan, penyerahan sungguh bermakna

Dalam kalamnya yang teragung, surah As-Shaffat ayat 102.

Maksudnya “ Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan Allah


kepadamu”.
Lihat ya kawan-kawan, bertapa redhonya Nabi Ismail dengan perintah Allah. Kita
hendaklah mencontohi umat Islam di Aleppo, Syria yang redho dengan peperangan
yang berlaku terhadap mereka.

2
Kawan – kawan, Isi 3

Iblis menghasut Ibrahim dan Hajar sajak


Jangan dikorbankan anakanda tercinta
Mana mungkin ibubapa bisa membunuh anak tidak berdosa
Ismail juga turut digoda
Namun sia – sia belaka sajak
Batu dilontarkan angkara murka
Ibadah melontar sempena cerita

Kalam Ilahi yang berbunyi;

Maksudnya : “Sesungguhnya ini benar – benar suatu ujian yang nyata.

Surah As Saffat : Ayat 107


Kawan – kawan,
Ingat ye, Iblis dan syaitan musuh utama yang menyesatkan kita. Janganlah mudah
terpedaya dengan tipu daya iblis durjana.

Kisah seorang ibu yang sanggup mengelar anaknya berusia 2 bulan baru – baru di
Kota Bharu amat meruntun jiwa.
Kawan-kawan,

Berkat kesabaran melaksana perintah,


Sembelihan anak bertukar kibas Nasyid ( Dia kekasih Allah)
Hati terucap syukur bermadah
Bahagia jiwa berserah Allah
3

Firman Allah dalam surah As-Shuffat ayat 107

Maksudnya: Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar .
Ya kawan-kawan, siapa yang mentaati perintah Allah, akan mendapat ganjaran.
Lihatlah adik Ahmad Faiz bin Ibrahim, pelajar OKU yang berjaya memperolehi
mumtaz dalam peperiksaan STAM baru-baru ini.
Firman Allah Taala surah al-Khausar ayat 1-2 Penutup

Maksudnya :
Sungguh kami telah memberimu ( Muhammmad ) nikmat yang banayak. Maka
laksanakan solat kerana tuhanmu dan berkorbanlah sebagai ibadah dan
mendekatkan diri kepada Allah.

Kisah Ismail membuka lembaran


Ibadah korban yang dilaksanakan pantun
Moga menjadi suri tauladan
Ikutan ummah sepanjang zaman

.‫وباهلل التوفيق واهلداية والسالم عليكم ورمحة اهلل وبركاته‬

Anda mungkin juga menyukai