Anda di halaman 1dari 4

PENGORBANAN NABI ISMAIL ALAIHISSALAM

Assalamualaikum wbt
Terima kasih tuan pengacara,
Para hakim yang bijaksana,
Pengorbananan Nabi Ismail tajuk cerita,
Buat renungan hadirin semua.

Pengenal
Nabi Ismail Alaihissalam merupakan putera kepada Nabi Ibrahim dan Siti Hajar. Baginda an
adalah anak yang soleh kepada ibu bapa dan taat dengan perintah Allah.

Firman Allah dalam surah Al-Syaffat ayat 101

Maksudnya: Maka kami beri khabar gembira kepadanya dengan kelahiran seorang anak yang
sangat sabar (Nabi Ismail).

Ya kawan-kawan,

Anak adalah anugerah dari Allah yang tidak ternilai. Kekejaman seorang ibu mengurung
anaknya yang berusia 3 tahun di Tampin tidak patut dimaafkan.

Ya kawan-kawan,
Apabila Siti Hajar melahirkan cahaya mata, maka timbullah perasaan cemburu di hati Siti
Sarah ibu tirinya. Lalu Siti Hajar di bawa ke sebuah tempat yang gersang tiada tumbuhan
untuk berlindung.
Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 37:


Maksudnya:
Ya Tuhan Kami,sesungguhnya aku telah menempatkan di lembah yang tidak mempunyai
tanaman.
Dengan perasaan hiba, Nabi Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya.

Apabila air kehabisan,


Menangislah Ismail kehausan.

Sabarlah anakku, sabar sayang, nanti bonda cari air.


Berulang alik dari Safa dan Marwah,
Mencari air tiada berjumpa,
Hentakan kaki tiada hentinya,
Sehingga terbit air yang digelar Zam-zam.
Kita wajib mentaati ibu bapa yang banyak bersusah payah membesarkan kita.
Baru-baru ini terdapat kes menyayat hati apabila seorang bapa tua ditinggalkan anak di dalam
ladang kelapa sawit.

Sewaktu Ismail menginjak ke usia remaja, Nabi Ibrahim telah bermimpi. Baginda
diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya .

Surah As-Saafat ayat 102

Maksudnya :Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan


kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar".

Anak dan ayah bekerjasama


Kepatuhan Allah tunggak utama Nasyid / syair / sajak
Walau sayu membelah sukma
Ketaatan, penyerahan sungguh bermakna

Saatnya pun tiba, diikat tangan dan kaki Ismail lalu dibaringkan di tempat penyembelihan.
Setelah baginda membuka mata, alangkah terkejutnya di hati kerana yang disembelih bukan
anaknya sendiri tetapi seekor kibas terbaring di sisi. Kejadian tersebut merupakan satu
mukjizat dari Ilahi.

Ya kawan-kawan,
Sifat taat adalah sifat yang mulia.
Pada hari ini, ibadah korban dilakukan setiap tahun bagi memperingati kejadian
penyembelihan Nabi Ismail.

Ya kawan kawan, Isi 4

Setelah dewasa, Nabi IsmailAS pun mendirikan rumahtangga. Suatu hari, Nabi Ibrahim telah
datang ke rumahnya. Tetapi , Nabi Ismail tiada kerana keluar mencari nafkah.

Ismail keluar mencari nafkah,


Datang Ibrahim bertanya khabar,
Isteri Ismail mengadu susah,
Diperintahkan Ismail menceraikannya.

Dalam surah An-Nisa ayat 130

130. dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan cukupkan (keperluan) masing-masing dari
limpah kurniaNya.
Maka berpisahlah Nabi Ismail dan isterinya atas perintah si bapa. Tidak lama kemudian, Nabi
Ismail berkahwin lagi. Kali ini nabi Ismail hidup bahagia.
Perkahwinan bahagia memerlukan restu kedua ibu bapa. Dewasa ini banyak kes penceraian
akibat tiada persefahaman serta restu mereka.
Ya Kawan-kawan, Isi 5

Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim membangunkan Baitullah untuk memudahkan orang
Islam beribadat.

Firman Allah dalam surah Baqarah ayat 127

127. dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-
asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan
kami! Terimalah daripada Kami (amal kami);

Contohilah ketekunan dan kesungguhan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail As membina
Kaabah,sebagaimana kesungguhan Ustaz Kazim Elias membina Pusat Pendidikan Al-Baraqah
yang hanya bermula dari rumah kedai dua tingkat.

Penutup
Kisah Ismail membuka lembaran
Ibadah korban yang dilaksanakan
Pengorbanan baginda tiada tandingan
Ikutan ummah sepanjang zaman

Anda mungkin juga menyukai