Anda di halaman 1dari 3

Pertandingan bercerita Pendidikan Khas

Negeri Perak 2008.


Kategori bercerita BP rendah (lelaki)

Nama peserta : Hasnol Naim B Sahar


Nama Sekolah : SK Dato Yahya Subban
Chenderong Balai
Tajuk cerita : Pengorbanan Nabi Ismail A.S.

Assalamualaikum kawan-kawan.Hari ini saya


ingin bercerita tentang pengorbanan Nabi Ismail
A.S.
Nasyid:
“Allahhu rabbi tuhan yang esa,
Galakkan umat kerjakan korban,
Nabi Ibrahim sahut perintah,
Sembelih anak kerana Allah”

Kawan-kawan…kenal tak Nabi Ismail A.S ? Nabi


Ismail adalah putera Nabi Ibrahim dan ibunya
adalah Siti Hajar. Sejak lahir, Nabi Ismail hidup
aman damai dan sentiasa gembira bersama-
sama ibubapanya.

Namun begitu, satu hari Nabi Ibrahim


menerima wahyu supaya membawa
keluarganya ke Mekah.Pada masa itu Mekah
belum maju lagi .
Dengan sabar Siti Hajar berjaya membesarkan
Nabi Ismail walaupun susah.Syukur pada Allah.

Kawan-kawan nak tahu tak apa jadi kepada


Nabi Ismail? Setelah Nabi Ismail meningkat
remaja Nabi Ibrahim bermimpi Allah SWT
memerintahkan baginda menyembelih putera
kesayangannya ,
Nabi Ismail sebagai korban.

Setelah menceritakan kepada Nabi Ismail


tentang perintah Allah itu,mereka pun pergi ke
kaki gunung tempat di mana Nabi Ismail akan
disembelih.

Sampai saja dikaki gunung ,Nabi Ibrahim


memeluk dan mencium pipi puteranya itu untuk
kali yang terakhir.

Nabi Ismail kemudiannya merebahkan dirinya


dan bersedia untuk disembelih.Nabi ibrahim
mengasah pedangnya dan mengikat kaki serta
tangan puteranya.Kasihan Nabi Ismail kan
kawan-kawan.
Sewaktu Nabi Ibrahim hendak menyembelih
Nabi Ismail, tiba-tiba ....kedengaran suara
berkata, ”wahai Ibrahim...engkau telah
mengikut
perintah Allah”.

Baginda melihat malaikat itu membawa seekor


kibas dan darah menyimbah ditempat Nabi
Ismail terbaring.

Kawan-kawan nak tahu darah itu darah apa?


Darah itu ialah darah kibas yang disembelih
oleh Nabi Ibrahim.

Begitulah caranya Allah SWT membalas


pengorbanan Nabi Ismail.Peristiwa korban ini
terus menjadi acara korban pada hari raya haji
sehingga sekarang.

Sampai disini saja cerita saya. Lain kali saya


akan bercerita lagi. Terima kasih kawan-kawan.
Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai