Anda di halaman 1dari 18

http://kebudayaan.blogspot.com/2007_03_01_archive.html 27.11.

12 Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji merupakan perayaan agama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Hari raya ini menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, iaitu sehari selepas jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah. Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun. Malah, bulan ini merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. Perkataan 'Aidiladha' berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud 'hari penyembelihan korban'. Ini sempena memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail A.S. Walaupun dengan hati yang amat berat, Nabi Ibrahim terus taat dengan suruhan Allah untuk menyembelih anaknya. Walau bagaimanapun, Allah telah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas. Sehubungan dengan itu, sebagai mengingati perintah Allah kepada Nabi Ismail ini, masyarakat Islam yang berkemampuan digalakkan menyembelih binatang seperti kambing atau lembu sebagai korban pada hari raya ini. Daging sembelihan ini akan dibahagikan, terutamanya kepada fakir miskin. Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya dimulakan dengan bacaan takbir dan tahmid secara berjemaah di masjid. Selepas itu, disusuli pula dengan sembahyang sunat Aidiladha pada waktu pagi. Kemudian bacaan khutbah akan diperdengarkan yang berkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan Nabi Ibrahim. Selepas habis mendengar khutbah, umat Islam akan mengambil kesempatan berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai untuk mengeratkan silaturahim sambil menjamu selera dengan juadah istimewa. Acara penyembelihan korban pula akan diadakan selepas itu dan tiga hari berikutnya, iaitu pada 11, 12, dan 13 hari Tasyrik. Seluruh masyarakat akan bersama-sama membuat kerja-kerja penyembelihan tersebut. Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya disambut meriah oleh masyarakat di pantai timur, berbanding dengan masyarakat Islam di sebelah pantai barat yang menyambutnya dengan cara yang agak sederhana.

Catatan sirah kedua2 nabi ini menjadi satu inspirasi kepada jutaan umat islam kearah rasa taqwa kepada Allah S.W.T tnpa berbelah bagi. Malah ia menjadi gambaran simbol kasih sayang yang kukuh antara seorang hamba kepada Tuhannya, seorang suami kepada isterinya, dah kasih ibu kepada anaknya. Terdapat tiga peristiwa penting yang boleh dikutip dalam catatan sirah ini: Pertama kisah Siti Hajar dan anaknya Ismail a.s yang diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Ibrahim agar meninggalkan mereka di satu kawasan padang pasir yang tandus.

Ia kini menjadi tumpuan jutaan umat islam menunaikan rukun islam yang ke lima, Mekah atau dahulunya dikenali sebagai Bakkah. Peristiwa kedua ialah ujian ke atas Nabi Ibrahim a.s agar menyembelih anakya Nabi Ismail a.s yang berakhir dengan penyembelihan seekor kambing biri-biri sebagai ganti kepda anaknya. Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya disambut meriah oleh masyarakat di pantai timur, berbanding dengan masyarakat Islam di sebelah pantai barat yang menyambutnya dengan cara yang agak sederhana.

Peristiwa ini menunjukkan betapa patuhnya Nabi Ismail a.s memenuhi perintah Allah S.W.T keatas dirinya tanpa rasa ragu-ragu mahupun curiga, Peristiwa ketiga ialah pembinaan semula kaabah oleh kedua-dua nabi Allah yang mulia ini.' Dan (ingatlah), ketika kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Jadikanlah sebahagian makam Ibrahim tempat solat.'

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]

[sunting]

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka. Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. Pengenalan Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
http://soleh.net/2008/12/09/mengenali-ibadah-korban/ 26.11.12 Dek kesibukan tugasan, entri ini terlewat ditulis untuk musim korban kali ini. Harap-harap boleh disimpan di dalam dada sebagai ilmu untuk rujukan di hari muka. Bagi yang sudah biasa dengan ibadah haji dan korban, mungkin tiada kemusykilan. Namun bagi yang baru berjinak-jinak dengan ibadah korban ini sudah tentunya banyak kemusykilan dan persoalan yang bermain di dalam hati. Berikut terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan. Menunaikan haji ke Mekah bagi yang berkemampuan adalah ibadat yang terkandung dalam Rukun Islam dan mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah.

Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 10 Zulhijjah juga disebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Bagi yang tidak mengerjakan haji sudah tentu sibuk dengan persiapan melaksanakan niat korban yang diraikan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Umur haiwan korban dikelaskan begini: 1. Unta berumur antara lima hingga enam tahun. 2. Lembu, kerbau atau kambing berumur antara dua hingga tiga tahun. 3. Biri-biri berumur antara setahun hingga dua tahun atau yang berumur melebihi enam bulan tetapi sudah bersalin gigi hadapan. Jenis haiwan yang boleh dijadikan korban pula ialah haiwan al-anam iaitu unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina yang tidak cacat. Cacat yang dimaksudkan termasuklah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Tiada atau terpotong telinga atau lidah atau ekor walaupun sedikit; Buta sebelah mata atau kedua-duanya; Gila atau berpenyakit; Berkudis walaupun sedikit; Tersangat kurus atau terlalu tempang; dan Yang bunting atau yang baru melahirkan anak.

Daging korban pula terbahagi kepada dua iaitu korban wajib atau nazar, dan korban sunat. Daging korban wajib atau nazar wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut. Bagi korban sunat pula, sunat hukumnya bagi orang yang empunya korban itu memakan sebahagian daripada daging tersebut. Dalam berkorban juga terdapat beberapa pantang larang yang telah digariskan dalam syariat, iaitu: 1. Haram menyedekahkan daging korban kepada orang kafir. 2. Orang yang melaksanakan korban atau warisnya tidak boleh menjual daging, kulit, bulu atau manamana bahagian haiwan korban tersebut. 3. Haram menjadikan kulit dan daging haiwan korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan dengan jalan sedekah atau hadiah. 4. Sisa tulang yang telah dimasak atau dimakan hendaklah ditanam. Elak dibiarkan bersepah sehingga dimakan haiwan lain seperti kucing atau anjing. Ini adalah satu adab dalam pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Jika tidak disengajakan, maka tidak berdosa. 5. Jika telah bernazar untuk korban haiwan yang sudah ada kecacatan, maka wajar dilaksanakannya. Semoga dengan panduan ini dapatlah kita sama-sama menjadikan ibadah korban sebagai amalan tahunan kita. Sudahkah anda menunaikan ibadah korban? Wallahu alam.

http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/05/amalan-menjelang-10-zulhijah/ 26.11.12 Amalan Menjelang Hari Raya Aidil Adha Posted 05/11/2011 by Shafi-Q in UMRAH DAN HAJI, Zulhijjah. Tagged: Amalan 10 Zulhijah, Amalan Menjelang Hari Raya Aidil Adha / Korban / 'Idul Adha. 2 Comments

Kedatangan 10 Zulhijah yang penuh kerahmatan, hendaklah disambut dengan berbanyak kesyukuran kerana berjaya melaksanakan ibadat haji, dan bagi mereka yang tidak mengerjakan haji, mereka telah berjaya menunaikan puasa dari 1 9 Zulhijjah. Nabi Muhammad SAW bersabda: Tidak ada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah di kala Dia disembah daripada sepuluh Zulhijjah. (Hadis riwayat Abu Hurairah).

Apabila tiba 10 hari bulan Zulhijah yang lebih dikenali dengan Hari Raya Korban, maka hendaklah pergandakan usaha untuk melakukan ketaatan kerana sesungguhnya ia adalah hari yang paling afdal di sisi Allah SWT dan dijadikan kehormatan pada sebelah siangnya Beberapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Aidiladha) adalah:. SEBELUM 10 ZULHIJAH 1. Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah. 2. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha. 3. Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran. . . PAGI 10 ZULHIJAH 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. . Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha: Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga. Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad). Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.

Daku berniat mandi sunat Aidiladha kerana Allah Taala. HARI RAYA KORBAN Aidiladha adalah bagi mengikis kelekaan terhadap keduniaan. Ia juga menilai di antara ketaksuban mencintai harta duniawi atau sanggup mengeluarkan sebahagiannya bagi mendapatkan keredaan Allah SWT. 1. Takbir Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu. . Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah). (Hadis riwayat al-Thabrani). . Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah. . ( 5/3) .

Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh. 2. Banyakkan membaca doa Nabi Yunus: Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya. Ketika ditelan oleh ikan nun, dalam kegelapan malam dan kegelapan lautan, Nabi Yunus berdoa dengan doa ini. Lalu, Allah menyelamatkannya dan ikan itu memuntahkannya. Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: Wahai Rasulullah, adakah doa ini hanya khusus untuk Nabi Yunus atau untuk orang mukmin secara umum? Rasulullah menjawab dengan firman Allah bermaksud: Dan kami selamatkannya daripada kesusahan. Begitu jugalah kami akan menyelamatkan orang mukmin. (Surah al-Anbiyaa, ayat 88) 3. Berdoa Taubat Perbanyakkan berdoa kehadrat Allah, terutama merayu kepada-Nya supaya Allah mengangkat kemarahan dan kemurkaan-Nya daripada kita.

Kita merayu kepada-Nya janganlah dibalas jika kita terlupa atau tersilap. Merayu kepada-Nya agar Dia tidak menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu dipikul. Merayulah kepada Allah, agar Dia memaaf, mengampun dan mengasihi kita. Dialah pelindung dan Dialah yang akan memberi kemenangan kepada kita. 4. Solat Sunat Aidiladha Solat Sunat Aidiladha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji, di Tanah Suci Mekah. 5. Ibadah Korban Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata `Adha adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-anam iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing. . Nabi Muhammad SAW telah bersabda: Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya. Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim. . Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. HIKMAH AIDILADHA

Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya. http://zaree-muhamad.blogspot.com/2012/10/amalan-hari-raya-dan-qurban.html 26.11.12

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan

Disebutkan oleh Nabi SAW : "Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih). Allah SWT pula berfirman :

"Demi Fajar dan hari-hari (malam-malam) yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1). Majoriti ulama menyatakan malam sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim). Perlukan difahami di dalam lafaz bahasa arab, malam juga membawa maksud siang dalam konteks tertentu, demikian juga sebaliknya. Malah Imam Ibn Abbas sendiri menafsirkan perkataan malam itu dengan katanya ;

Ertinya: dari Ibn Abbas juga beliau berkata : itu termasuk siang seluruhnya, dan itu jelas dari perkataan fajar yang dimulakan, dan siang terlebih dahulu. (Tafsir Al-Qurtubi Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain : "Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari). AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28). Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua. b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa. Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah : "Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim). Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya. c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT. d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata. e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga Tashriq. f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut : Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32) Sebuah hadis menyebut :

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.[1] Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu : Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 ) Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya. Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban. QURBAN DENGAN BAYAR SEDEQAH DUIT TANPA WAKIL SEMBELIHAN TIDAK DIBENARKAN juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih dari pasar lalu disedeqahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, ia dianggap sedeqah biasa sahaja dan bukannya Qurban yang disyariatkan di hari raya Aidiladha. Pahala Qurban adalah jauh lebih hebat dari bersedeqah harganya sahaja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain. [2] Adalah diingatkan jua agar meniatkan Qurban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedeqahkan daging atau lain-lain niat. Firman Allah : Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (AlHajj : 37) KONGSI LEMBU Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada 7 bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. [3] Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan. Sebuah riwayat hadith pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berqurban :

Ertinya : "Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama" MEMATAHKAN TULANG DAN TANDUK BINATANG QURBAN Majoriti ulama mengharuskannya mankala tegahan untuk mematahkan tulang hanya di dalam hal aqiqah dengan doa ia menjadi kebaikan kepada si bayi berdasarkan hadith riwayat Al-Bayhaqi , , Ertinya : Sunnah adalah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor bagi perempuan, dimasak dan TIADA dipecahkan tulangnya. ( Riwayat Al-Bayhaqi dan Al-Hakim) Namun tiada sebarang nas atau dalil yang menegah dalam bab sembelihan Qurban BINATANG TERBAIK UNTUK KURBAN Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau. Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya. QURBAN DI LUAR KAWASAN Hukum asal, yang terbaik adalah sembelih dengan tangan sendiri di dalam kawasan bagi manfaat orang sekeliling.Namun, diHARUSKAN mewakilkan seseorang menyembelih di luar kawasan kerana hukum daging Qurban boleh disimpan dan diagihkan kepada sesiapa jua sama ada di dalam kawasan atau mereka yang di luar.Pun begitu, ulama Mazhab Shafie TIDAK MEMBENARKAN dipindah keluar kawasan jika di dalam masih terdapat yang memerlukan. Demikian pendapat sebahagian ulama kontemporari (Ibn Uthaimin & Majlis Fatwa Kuwait) kerana kehilangan maslahat sebenar dari udhiyyah. bayangkan apabila kita mewakilkan seseorang lain melaksanakan qurban itu sudah menyebabkan kita terluput dari melaksanakan sunnah sembelihan dengan tangan sendiri sebagaimana Rasulullah TIDAK PERNAH mewakilkan sembelihan baginda kepada orang lain. Malah sewaktu hari raya Qurban berlangsung, bagi mereka yang mewakilkan kepada pihak lain, apakah yang dapat mereka rasakan dari ibadah Qurban kecuali hanya seolah menyedeqahkan wang sahaja, sepatuttnya Qurban MELEBIHI DARI hanya sekadar sedeqah wang dan makanan, ia adalah suatu ibadah khas menghidupkan syiar dalam komuniti dan diri.GABUNG QURBAN DAN AQIQAH Mazhab Syafie, Maliki & Pandangan Ahmad : Tidak boleh kerana maksud keduanya berbeza. Qurban objektifnya untuk diri dan menaikkan syiar Allah, manakala aqiqah adalah tanda kesyukuran atas kurniaan anak. Imam Ibn Hajar Al-Haithami Al-Syafie : ; Ertinya: Yang jelas dari perkataan ulama mazhab, iaitu jika diniatkan seekor kambing untuk qurban dan aqiqah sekaligus, TIADA DIPEROLEHI SALAH SATU ANTARA KEDUANYA, kerana keduanya sunnah yang maqsudah atau khas pada tujuan tertentu. Pun begitu, Mazhab Hanafi, Pandangan Ahmad, Alhasan Basri, Ibn Sirin & Qatadah serta Majlis Fatwa Kuwait : Harus di gabung semua dengan niat Qurban, atau sebahagian qurban dan sebahagian aqiqah. Pandangan yang terpilih adalah tidak menggabungkannya jika punyai kemampuan. PEMBAHAGIAN DAGING Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT : 1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban, 1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan 1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.

Ia berdasarkan firman Allah SWT : Ertinya : "Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir." (AlHaj : 28) dan juga firman Allah : Ertinya "Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36) Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS (DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAKKANNYA. [4] UPAH KEPADA TUKANG SEMBELIH DAN LAPAH SERTA JUAL DAGING QURBAN

Bagaimanapun DILARANG untuk memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), bagaimanapun ia harus jika dia termasuk dari kalangan faqir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah. Ini berdasarkan sebuah hadis Ertinya : Rasulullah mengarahkan aku agar TIDAK memberi pelapah sesuatu apa (upah) pun. ( Riwayat Al-Bukhari) Pun begitu, boleh diberikan daging qurban sebagaimana orang lain. TIDAK DIBENARKAN juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya. Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan. [5] DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim. MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIR Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedeqah wajib. [6] Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini. BERQURBAN ATAU MEMBAYAR HUTANG Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?. Saya telah banyak mengulas berkenaan hutang dan pendirian Islam berkenaannya. Sila rujuk di sini. Justeru, untuk menentukan keutamaan samada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah kurban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang. Jika ia adalah dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan. Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu barulah ibadah kurban menjadi utama untuk dilaksanakan. Ia amat jelas kerana ibadah kurban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala langsai hutang dalam tempohnya adalah wajib. Jika disebabkan oleh ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula TERKORBAN', hubungan persaudaraan terkorban', atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban

juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. Demikian pandangan ringkas saya. SEMBELIH QURBAN GUNA AYAM Asal hukum mesti bahimatul al-anam sebagaimana disebut di dalam Al-Quran. Ayam tidak tergolong dalam kategori itu.Bagi mereka yang tidak mampu, gugurkan kesunatan Qurban dari mereka, namun jika mereka ingin sembelih ayam sebagai ganti, ia hanya menjadi sedeqah biasa. Diriwayatkan Ibn Abbas pernah membeli daging dengan harga satu dirham dan berkata nah, inilah qurban Ibn Abbas, iaitu secara majaz. QURBAN OLEH ORGANISASI & SYARIKAT? Ramai yang bertanya dan ramai juga yang melakukan amalan ini. Adakah sebuah syarikat boleh mengeluarkan budjet tertentu untuk membeli dua puluh ekor lembu dan berkorban atas nama syarikat? Jawab ringkas saya "tidak boleh !" Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu. Ia bukan untuk organisasi yang bukan manusia. Justeru, ia sebuah organisasi ingin melaksanakannya, ia MESTI menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau kakitangannya. Ketika itu korban barulah sah dan ia menjadi korban oleh individu yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama syarikat. Pihak syarikat terbabit boleh bergilirgilir menghadiahkan lembu tertentu dan bahagiannya DIHADIAHKAN kepada kakitangan secara khusus UNTUK DILAKSANAKAN sembelihan atau korban, pahala korban akan hanya diperolehi oleh individu dan pihak organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia) hanya mendapat pahala kerana menghadiahkan' lembu atau bahagiannya kepada kakitangan sahaja. Jika pihak syarikat tidak mahu berbuat demikian, bermakna ia mestilah meletakkan secara specific 20 ekor lembu itu, untuk para lembaga pengarahnya secara khusus juga. Ia bukan atas nama syarikat tetapi individu. BINATANG YANG DIKONGSI a) Yang boleh dikongsi : Lembu, Unta, Kerbau Dalilnya ( dari hadis ( . :

Ertinya: Rasulullah berkongsi sewaktu Hajinya bersama kaum Muslimin, seekor Lembu dibahagi tujuh bahagian. (Riwayat Ahmad) b) Yang tidak boleh dikongsi (Ijma ulama) : Kambing, kibash dan sepertinya. Adapun kongsi pahala, terdapat khilaf dan sebahagian mengHARUSkannya. KONGSI PAHALA QURBAN a) Ketua keluarga diHARUSkan menyembelih satu bahagian lembu atau kerbau atau unta dan diniatkan pahalanya kepada keluarganya. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda Nabi saw. b) Namun untuk kongsi pahala dengan seluruh syarikat atau negara, ia tidak dilakukan oleh shabat nabi. Hanya Nabi sahaja yang berqurban dan menyatakan "ini adalah untuk ummatku yang tidak berqurban. Disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa Nabi

membaca :

doa

ini

semasa

ingin

menyembelih:

Ertinya: Nabi berkata : Dengan Nama Allah dan ya Allah terimalah dari Muhammad dan keluarga Muhammad dan ummatnya. SIAPA PATUT MULAKAN QURBAN? Jawabnya adalah imam di sesuau tempat tersebut dan diikuti dengan orang ramai, demikian sunnah Nabi s.a.w berdasarkan hadith : : Ertinya: Berkata Ibn Umar r.a ertinya : Nabi melaksanakan sembelihan sedang baginda berada di kawasan solatnya. :

Ertinya: Berkata Imam Malik : Imam menyembelih di kawasan solat dan agar tiada yang menyembelih satu orang pun sebelumnya APAKAH HAJI AKBAR ? Nabi SAW menamakan hari sembelihan iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih : Ibn Qayyim dan Albani). Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya tentang apakah itu Haji Akbar, beliau menjawab: "Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama). (Riwayat at-Tirmidzi) Menurut Ulama itulah yang dimaskudkan di dalam ayat surat At-Taubah. Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah [7]. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Akbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan. Ia berdasarkan satu hadith yang diriwayat oleh Razin dalam Tajrid as-Sihhah, bagaimanapun al-Munawi menolak hadith itu dengan katanya "tiada asalnya". Kesimpulannya : Terdapat para sahabat mengatakan Haji Akbar itu adalah hari Arafah yang jatuh pada hari jumaat, mankala Ali k.w pula mengatakan ia adalah hari Qurban pada 10 zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wuquf di Mina ( hari Tasriq). Zaharuddin Abd Rahman Hari Raya Aidiladha Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ' Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri

yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah. Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1] Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka. [sunting] Hari Raya Aidiladha dalam hadis

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas) Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan. (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:

Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.[2 Nama perayaan / Nama lain Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambutHari Raya Aidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari RayaPuasa , Hari Raya Fitrah dan Hari Lebaran. Pihak / Etnik / Kaum yang terlibat Perayaan ini juga boleh diraikan oleh umat Islam seluruh dunia dan juga bukan muslim dinegara Muslim. Tarikh / Tempoh masa dirayakan Hari raya ini disambut selama sebulan. Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukanharinya apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan.Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim Tahun Islam. Tujuan perayaan Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Latar Belakang Sejarah / Asal usul perayaan http://www.scribd.com/doc/32052560/Kerja-Kursus-Sejarah-Perayaan-Hari-Raya-Aidilfitri Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Bagindamendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. ApabilaRasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turuntemurun daripada datuk nenek mereka.Lalu Kalimat fitri sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrahyang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda. Upacara khusus dalam perayaan Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau. Tempoh bertakbir adalah antaraterbenamnya matahari (hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari RayaAidilfitri bermula pada pagi 1 syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hinggamalam. Individu yang mengetuai upacara khusus Keesokan harinya, semua umat Islam, khususnya lelaki akan ke masjid untuk menunaikan

http://www.scribd.com/doc/32052560/Kerja-Kursus-Sejarah-Perayaan-Hari-Raya-Aidilfitri 26.11.12 Nama perayaan / Nama lain Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambutHari Raya Aidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari RayaPuasa , Hari Raya Fitrah dan Hari Lebaran. Pihak / Etnik / Kaum yang terlibat Perayaan ini juga boleh diraikan oleh umat Islam seluruh dunia dan juga bukan muslim dinegara Muslim. Tarikh / Tempoh masa dirayakan Hari raya ini disambut selama sebulan. Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukanharinya apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan.Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim Tahun Islam. Tujuan perayaan

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Latar Belakang Sejarah / Asal usul perayaan

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Bagindamendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. ApabilaRasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turuntemurun daripada datuk nenek mereka.Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikandua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Rayakorban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan.Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan ituadalah satu ibadat.Kalimat fitri sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrahyang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda. Upacara khusus dalam perayaan Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau. Tempoh bertakbir adalah antaraterbenamnya matahari (hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari RayaAidilfitri bermula pada pagi 1 syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam. Individu yang mengetuai upacara khusus Keesokan harinya, semua umat Islamkhususnya lelaki akan ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah. Perempuan pula akan menyediakanhidangan makanan dan mengemas rumah. Di negara kita, sambutan Hari Raya Aidilfitri inidisambut secara meriah pada setiap tahun. Tempat khusus sambutan dijalankan Sambutan ini selalunya disambut di kampung atau rumah sendiri. Orang yangdiperantauan selalunya akan beraya di rumah orang tua mereka yang terletak nun jauh disana. Ada pula yang tidak mempunyai kampung. Oleh sebab itu, mereka merayakan di rumahsendiri dengan jiran-jiran yang senasib. Persiapan Sambutan Perayaan Sebelum Bermula seawal bulan Ramadan lagi, umat Islam akan membuat persiapan tertentu untuk menyambut kedatangan hari raya ini. Antara tradisi umat Islam di negara ini, menjelangkedatangan 1 Syawal ini, adalah dengan menyediakan pakaian baru untuk keluarga, menghiasrumah, dan membuat berbagai-bagai jenis kuih tradisi untuk dihidangkan kepada para tetamuyang datang berkunjung ke rumah.Pada hari raya Aidilfitri juga, umat Islam akan meyediakan berbagai-bagai jenis juadahtradisional seperti lemang, ketupat, nasi impit, dodol, dan lain-lain lagi untuk tetamu yangdatang berkunjung dan beraya di rumah mereka.Selain itu juga, umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggotakeluarga. Kadar nilai zakat ini ditentukan oleh harga semasa beras, iaitu makanan asasi rakyatdi negara kita. Semasa

Masyarakat Islam di Malaysia, biasanya mengambil peluang cuti pada hari raya ini untuk pulang ke kampung dan menyambut hari raya bersama-sama keluarga dan ibu-bapa masing-masing. Pada pagi hari raya pertama, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa, suami atau isteri dan dari yang muda kepadayang tua. Selepas itu, dalam tradisi kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara dan sahabathandai juga, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan, di sampingmengeratkan silaturrahim.Bagi kanak-kanak pula, mereka amat gembira kerana dapat bergaya dengan pakaian yang baru serta mendapat duit raya apabila beraya dengan orang dewasa. Amalan memberi duitraya ini adalah suatu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita pada hariraya, iaitu untuk bersedekah dan menggembirakan anak-anak yang masih muda. Selain itu, pada hari raya juga, umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan untuk berkunjung ke pusara ahli keluarga dan saudara mara. Selepas Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia lebih bermakna pada hari inidengan konsep rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Kerajaan juga telahmengadakan rumah terbuka peringkat kebangsaan untuk meraikan hari raya Aidilfitri inidengan berbagai-bagai acara dan juadah istimewa kepada seluruh masyarakat yang hadir.Konsep rumah terbuka ini dapat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang terdiridaripada pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut perayaan ini dengan penuh rasagembira dalam suasana harmoni. Peraturan / Pantang larang / Amalan Sampingan

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah berpuasa 6 hari dalam bulanSyawal (Sunat Syawal). Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasadi bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun".Selain itu amalan berziarah adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri (selalunyasebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yangtelah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan SurahAl-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yanglampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hariuntuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah. Kesan Perayaan Kekeluargaan Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan siraturrahim sesamakeluarga.hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anak bermaafandengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik. Semasa hari raya biasanya sanak-saudarayang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan hari kemenanganini.Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing. Perpaduan

Perayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semua kaum dan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masing-masing.Di Hari perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung mengunjugi menjadi amalanrutin.perayaan disambut bersama.kemeriahan dikongsi bersama, Justeru itu perpaduan dankeeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan tenteram. Pelancongan Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung kerana ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini kerana mereka datangsendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia ini.secara tidak langsungmenyumbang sumber perlaburan yang hebat kepada Institusi Pelancongan negara. Keagamaan Kesan perayaan terhadap agama.Sebagai umat Islam kita berbangga kerana dapatmenunaikan amanat dan perintah Allah yang esa.Islam meminta kita meraikan Harikemenangan iaitu menyambut Hari raya Aidilfitri selepas sebulan menjalani bulanRamadhan. RUMUSAN Sepanjang kajian yang dijalankan ini, saya mendapati bahawa perayaan Hari RayaAidilfitri ini adalah satu perayaan yang utama di Malaysia yang diraikan bagi agama Islam.Berdasarkan kajian ini, saya mendapati bahawa dari perayaan ini, kita dapatmelahirkan sikap hormat-menghormati antara kaum walaupun di Malaysia ini terdapat berbilang kaum. Dengan ini, dari perayaan Hari Raya Aidilfitri , kita dapat menunjukkansemangat kekitaan semasa menyambutnya.Selain itu, perayaan ini juga boleh mewujudkan satu masyarakat yang bertolak ansur dan bertolenransi kerana dapat melahirkan masyarakat yang muhibah atau semangatkemasyarakatan. Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh danmengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia? Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah kita patut berbangga sebagai rakyatMalaysia seperti menghormati raja dan pemimpin Negara yang telah banyak memajukan Negara. Jasa dan perjuangan tokoh-tokoh Negara patut dihargai kerana mereka telahmenyelamatkan Negara kita dari dijajah oleh kuasa luar. Setiap lambang-lambang Negara juga patut dihormati seperti bendera , lagu kebangsaan dan jata Negara. Kita sebagai rakyatMalaysia harus menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan Negara .Tradisi dan budaya bangsa juga kita harus hargai dan amalkan supaya tidak akan ditelan zaman. RakyatMalaysia harus berbangga dengan sejarah Negara supaya kita mempunyai sikap patriotik terhadap Negara. Bersemangat Setia Negara Bersemangat setia Negara juga membuat kita cinta akan bangsa dan Negara. Selain itu,kita juga harus taat dan setia kepada raja dan pemimpin-pemimpin Negara. Hal demikian,membuatkan kita bersedia berkorban untuk bangsa dan Negara. Kita juga mempunyaitanggungjawab kepada bangsa dan Negara iaitu berani dan sanggup mempertahankankedaulatan bangsa dan Negara. Kita juga harus peka kepada masalah dan isu tentang bangsadan Negara supaya kita tidak ketinggalan zaman. Kita juga haruslah bersyukur sebagaiwarganegara Malaysia.

Bersemangat Kekitaan Kita harus mempunyai semangat kekitaan seperti hidup bersatu padu dan berharmonisesama kaum. Setiap pekerjaan yang dilakukan kita haruslah bertolak ansur dan bertolenransi. Selain itu, bekerjasama dan tolongmenolong juga adalah semangatkekitaan.Masyarkat yang bersefahaman dan bermuafakat akan mewujudkan masyarakat yangmuhibah atau semangat bermasyarakatan. Berdisiplin Selain itu, kita juga harus berakhlak dan berbudi pekerti. Sepertinya mempertahankan danmenjunjung Perlembagaan Negara. Mematuhi peraturan dan undang-undang juga mengajar kita berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi. Hal itu, membuat kita bertindak wajar tanpa membuat kerja sambil lewa dan kita akan bersifat amanah dan jujur supaya berlakunya pengadilan yang adil dan bertimbang rasa. Berusaha dan Produktif Kejayaan ini juga merupakan dari usaha yang rajin dan gigih supaya hidup lebih berdikari bagi menghadapi cabaran dengan tabah. Berganding bahu menyokong dan melibatkan diridalam usaha pembangunan juga dapat membangunkan Negara. Negara yang maju adalah Negara yang penduduknya berilmu dan berketerampilan.

Anda mungkin juga menyukai