Anda di halaman 1dari 11

KARANGAN UNTUK SPM TEMA PENDIDIKAN ALAF INI KBAT; DANDELIONS99

Hala Tuju Dan Cabaran Pendidikan Alaf Baru: Persiapan Generasi Muda

Generasi muda ibarat bunga mekar yang harus dibelai supaya tidak layu dan gugur
sebelum berputik menjadi buah. Mereka memerlukan belaian seimbang, tidak terlalu
keras dan tidak terlalu dimanjakan, tidak terlalu lambat dibelai dan tidak pula terlalu
bergopoh-gapah. Bunga mekar yang menunggu untuk berputik dan berbuah, akan gugur
dan layu jika terlalu banyak hujan atau kemarau memanjang. Generasi muda tidak harus
dilihat sebagai generasi tua atau dilihat sebagai kanak-kanak mentah yang segalanya
perlu diatur oleh orang dewasa. Mereka harus dilihat dan difahami sebagaimana mereka
sendiri. Apalagi generasi muda dari kalangan mahasiswa.

Untuk melahirkan generasi muda yang progresif dan dinamik yang berpotensi
menggerakkan jentera Islam menuju kejayaan, mereka perlu melalui proses tarbiyyah
yang cemerlang. Tarbiyyah yang mampu menumbuhkan syajarah taiyyibah (pepohon
yang terbaik). Pepohon yang melahirkan seruan terbaik dan membawa mesej terbaik.
Kalimah terbaik bagaikan pepohon terbaik, tunjangnya teguh dan cabangnya menjulang
di lagit. Ia dikunjungi setiap masa oleh mereka yang mahu menikmati kelazatan buahnya
dengan izin Tuhannya. Dengan tarbiyyah cemerlang, generasi ini akan muncul sebagai
a seed which sends forth its blade. It then becomes thick. And it stands on its own stem.

Tarbiyyah yang cemerlang bukan indoktrinasi yang bertujuan menjadikan generasi muda
dan mahasiswa sebagai alat untuk menjulang seorang wira atau memulihkan kedudukan
seorang pahlawan yang tersungkur atau menyokong sesuatu puak dan golongan bagi
menjamin undi dalam perebutan kuasa politik. Tarbiyyah cemerlang adalah proses kental
dan gigih bagi melahirkan insan yang berpegang teguh kepada tali Allah s.w.t. dan
mendakap erat idealisme perjuangan Islam dengan kefahaman, ketaqwaan, kesedaran
dan keinsafan mendalam sebagai insan mukmin yang mencari keredhaan Allah s.w.t.
Insan mukmin, yang ranting dan dahan keadilan serta kebaikannya menjalar lebar
menaungi setiap insan, tanpa terhalang oleh fanatisme, permusuhan dan perbezaan
akidah. Hatinya sentiasa terpaut kepada arahan Tuhannya Dan berbuat baiklah
sebagaimana Allah s.w.t. berlaku baik kepada kamu dan janganlah kamu inginkan
kerosakan di bumi.

Tarbiyyah cemerlang ialah pendidikan yang tidak bersempadankan masa kini, tetapi
persiapan generasi muda untuk masa hadapan. Tarbiyyah cemerlang seperti inilah yang
menjadi dasar pendidikan era pemerintahan Umar Ibn Khattab yang dinyatakan dalam
ucapannya, Ajarlah anak-anak kamu untuk zaman yang bukan zaman kamu. Justeru,
generasi muda tidak seharusnya dibelenggu dengan kaedah pendidikan dan cara-cara
yang diwarisi, tanpa melihat kesesuaiannya dengan zaman mereka sendiri, melainkan di
dalam perkara yang dithabitkan dengan nas tanpa menerima ijtihad lagi. Generasi lama
tidak seharusnya fanatik dengan kaedah dan cara pendidikan yang dialami mereka
semasa muda untuk mendidik generasi masa kini. Mereka tidak seharusnya memaksa
pendekatan lama, tanpa memikirkan keperluan pengisian seharusnya untuk generasi
KARANGAN UNTUK SPM TEMA PENDIDIKAN ALAF INI KBAT; DANDELIONS99

muda bagi melengkapkan mereka sebagai pemimpin dan pelaku utama dalam
perjuangan di masa hadapan.

Tarbiyyah efisyen dan cemerlang adalah untaian pergerakan membina generasi yang
berilmu dan mempunyai kekuatan intelektual yang melahirkan kebijaksanaan. Ilmu tanpa
kebijaksanaan memungkinkan kelahiran generasi rakus ilmu sehingga sanggup
melakukan kezaliman bagi memuaskan naluri ingin tahunya. Generasi yang berjiwa rakus
ilmu ini akan mengakibatkan berlakunya deintegrasi sosial dan sahsiah dalam kehidupan
manusia. Kegilaan mengkaji dan menyelidik tanpa kebijaksanaan yang tinggi menjerumus
masyarakat Barat ke dalam kesesatan dan kekosongan spiritual yang mengakibatkan
berlakunya keruntuhan moral dan kehilangan matlamat kehidupan hakiki. Justeru,
kegiatan akal dan pancaindera, mestilah berjalan seiring dengan kegiatan al-zikr yang
sumbernya ialah wahyu yang dibawa oleh para rasul.

Pengisian di dalam program pendidikan mestilah mengadunkan antara al-fikr dan al-zikr
sehingga terbentuk kebijaksanaan. Sesiapa yang diberikan kebijaksanaan,
sesuangguhnya ia dikurniakan kebaikan yang banyak dan tiada yang ingat yakni yang
menghayati zikr, melainkan golongan ulu al-bab. Adunan inilah yang terkandung di dalam
makna membaca di dalam wahyu pertama. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang
menjadikan. Perintah membaca ini dilakukan secara bersepadu antara kitab al-kaun dan
kitab al-Quran sebagai sumber kepada revealed knowledge yang satu-satunya yang
masih asli.

Bacaan alam menghasilkan pengetahuan mengenai hukum-hukum Allah s.w.t. yang


mengatur perjalanan alam syahadah dan alam tabie. Dengan menggunakan metodologi
yang sesuai, banyak rahsia kejadian Allah s.w.t. di dalam alam ini dapat diketahui dan
dimanfaatkan. Tetapi pengetahuan itu, tidak seharusnya menjadikan manusia itu rakus
atau di dalam istilah al-Quran disebut sebagai bagha yakni melampaui batas.
Sementara bacaan al-Quran pula menghasilkan ilmu dari sumber wahyu yang
memberikan petunjuk mengenai kehidupan yang menyeluruh dari aspek kerohanian,
kebudayaan, perundangan dan kemasyarakatan. Yakni, ia menyentuh mengenai
pembangunan dan peradaban insan. Ketinggian kualiti insan dan kemantapan
kerohaniannya, menjadikan manusia itu bijaksana dan tidak bersikap rakus atau
melampau. Dengan itu, ia dapat menguruskan sumber alam ini dengan sebaiknya yang
meninimakan kerosakan dan risikonya.

Pendidikan alaf baru di dalam melengkapkan penyediaan generasi baru yang


berketrampilan, bukan sahaja harus membersihkan kandungan daripada sekularisme
ilmu atau dualismenya. Tetapi juga membersihkan ilmu daripada unsur-unsur
kemunduran yang menyempitkan ilmu hanya di dalam lingkungan taharah, ibadat khusus
dan pengetahuan ukhrawi sahaja. Pengetahuan dari sumber bacaan ke atas alam,
diketepikan sehingga berlaku kejahilan yang meluas dan menghalang tugas menjalankan
urusan sebagai khalifah di bumi.
KARANGAN UNTUK SPM TEMA PENDIDIKAN ALAF INI KBAT; DANDELIONS99

Bagaimanapun proses mengintegrasikan al-fikr dan al-zikr menerusi pengadunan


kandungan ilmu bukanlah perkara mudah yang boleh dilakukan dengan sebarangan.
Apalagi, setelah begitu lama dirungkai oleh arus kemunduran dan keruntuhan tamadun
Islam dan dipukul badai sekularisme yang dibawa oleh penjajah Barat. Namun kita
bersyukur, usaha mengintegrasikan kedua-duanya, tetap dilakukan oleh berbagai-bagai
pihak di negara kita, terutama oleh pihak kerajaan dan juga para pemikir di bidang
pendidikan di negara ini.

Meskipun perjalanan usaha itu agak perlahan, tetapi telah mencapai kejayaan yang
membanggakan dari satu peringkat kepada peringkat yang lain. Diharapkan usaha
tersebut dapat dilipat-gandakan sehingga matlamat pengIslaman ilmu dan integrasi ilmu-
ilmu aqli dan naqli itu menjadi lebih pesat sehingga adunan al-fikr dan al-zikr itu menjadi
kenyataan. Yang terakhir sekali ialah usaha yang dilakukan bersama oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa untuk melahirkan graduan
yang mahir di dalam ilmu-ilmu sains, teknologi, perubatan dan seni bina yang sekaligus
hafiz. Ini adalah langkah ke hadapan bagi mengintegrasikan ilmu-ilmu akli dan naqli yang
mampu melahirkan adunan zikr dan fikr dalam satu acuan sahsiah bersepadu sebagai
muslim yang berketrampilan.

Usaha yang terpuji ini, memerlukan sokongan dan political will yang mendokongnya,
supaya ia dapat berjalan lancar. Tetapi kita juga seharusnya sedar bahawa di kalangan
kita sendiri, masih ada golongan yang dibelenggu oleh mentaliti kolonial yang merasakan
bahawa model barat itulah yang terbaik. Mereka yang ketinggalan zaman ini, tidak sedar
bahawa di kalangan intelektual Barat sendiri sedang rimas dengan kegagalan pendidikan
masyarakat mereka yang gagal melahirkan manusia yang berperibadi mulia. Makin
terasa oleh mereka bahawa sistem pendidian di Barat dan falsafah yang mendokongnya,
mengeluarkan generasi yang makin terhakis sifat-sifat dan nilai-nilai kemanusiaannya.

Masyarakat Islam dan komuniti manusia dunia ketiga, telah sekian lama menjadi target
peperangan pemikiran al-ghazwu al-fikr, untuk dijadikan hamba abdi orang-orang Barat
yang menjadi gila dengan superiority complex mereka. Mereka merasakan berhak untuk
memperhambakan masyarakat manusia yang dianggap mundur dan menguasai
kekayaan di seluruh dunia sebagai manusia superior.

Pendidikan alaf baru di dunia Islam mestilah bersih daripada kesan-kesan peperangan
pemikiran ini dari segi sistem dan kandungannya, mahupun perancang dan pendidik yang
menggerakkan proses tarbiyyah bagi membina generasi muda yang bakal memimpin
masyarakat Islam di masa hadapan. Bahkan para pemikir dan perancang pendidikan,
mestilah merancang dan merangka serta mencari jalan-jalan dan kaedah paling berkesan
untuk menggagalkan peperangan pemikiran yang dilancarkan oleh penjajah untuk
menakluki pemikiran umat supaya tunduk kepada mereka.

Penjajahan fikiran lebih berbahaya daripada penaklukan negara. Ini ialah kerana
penaklukan pemikiran itu tidak berakhir dengan pengunduran penjajah daripada sesuatu
KARANGAN UNTUK SPM TEMA PENDIDIKAN ALAF INI KBAT; DANDELIONS99

negara. Meskipun kini, banyak negara Islam yang dijajah telah merdeka, namun mentaliti
anak tanah jajahan dan kesan-kesan peperangan fikiran masih lagi kekal dianuti oleh
sebahagian besar masyarakat Islam yang terjajah itu. Kesan peperangan pemikiran ini
menjadi penghalang besar untuk masyarakat Islam membina falsafah, sistem dan
kandungan pendidikan mengikut acuan mereka sendiri. Justeru, masyarakat dan dunia
Islam seharusnya, membentuk satu kumpulan pakar dan perancang yang bebas daripada
mentaliti anak tanah jajahan bagi merancang pembangunan pendidikan yang eksilen bagi
membina generasi ummat di alaf baru. Kumpulan ini mestilah juga bebas daripada kesan-
kesan dan elemen kemunduran yang membawa kepada runtuhnya tamadun Islam dan
lenyapnya tradisi keilmuan yang membentuk, membina dan mengembangkan tamadun
Islam awalan. Kumpulan ini mestilah bebas daripada tasawwur ilmu agama yang
disempitkan oleh desakan elemen kemunduran ini, sehingga ilmu agama itu hanya
terbatas kepada bacaan ke atas wahyu sahaja, dan mengabaikan bacaan ke atas alam.
Ilmu agama itu, kemudiannya, disempitkan lagi oleh elemen kemunduran ini sehingga
skopnya menjadi sempit dan pengajian agama tidak lebih daripada hanya mempelajari
usuluddin, syariah dan bahasa Arab.

Kandungan yang menjurus ke arah menghidupkan kembali ilmu agama yang


bertunjangkan kepada konsep iqra hendaklah menjadi asas kepada pendidikan alaf baru,
sekiranya masyarakat kita ingin hidup merdeka dan bebas menjalankan usaha
memartabatkan agama dan bangsa mengikut acuan kita sendiri. Usaha gigih ke arah itu
hendaklah dilaksanakan supaya kita terselamat daripada serangan penjajahan pemikiran
dan akhlak yang dibawa oleh gelombang globalisasi dengan bersenjatakan internet dan
kemajuan teknologi multimedia. Bahkan kita mestilah memanfaatkan kemajuan teknologi
multimedia dan teknologi digital itu, untuk menyerang-balas serangan tersebut dengan
risalah dan ajaran yang bukan matlamatnya untuk menguasai dan menghancurkan orang
lain, tetapi untuk meningkat nilai-nilai hidup kemanusiaan supaya terpelihara maruah dan
ke-hormatannya sebagai makhluk yang dimuliakan oleh Allah s.w.t.

Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan
menentukan kejayaan seseorang itu.

Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang memang penting dan
perlu diberikan perhatian utama. Hal ini demikian kerana, tuntutan zaman telah
membuktikan ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika
digunakan dengan bijaksana. Oleh itu, semua orang hendaklah berusaha untuk mencari
seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup seperti kata-kata hikmat,
Ilmu pelita hidup. Jadi, semua orang khususnya para remaja hendaklah menggunakan
masa ketika muda ini untuk mencari ilmu sebanyak mana yang mungkin. Dengan adanya
ilmu, sudah tentu seseorang itu akan mendapat manfaat yang banyak terutamanya dalam
era globalisasi ini.
KARANGAN UNTUK SPM TEMA PENDIDIKAN ALAF INI KBAT; DANDELIONS99

Dengan adanya ilmu, seseorang itu boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang
kehidupan manusia hari ini. Ciptaan baharu yang berupa inovasi itu akan memberikan
kemudahan kepada kehidupan seharian manusia. Sebagai buktinya, banyak inovasi
baharu yang dicipta pada masa ini, contohnya telefon bimbit, komputer riba dan pelbagai
alat canggih yang lain. Hal ini sudah tentu memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi
dalam teknologi. Jadi, pada masa akan datang sudah pasti budaya yang mementingkan
ilmu dalam pelbagai bidang akan menguasai budaya masyarakat.

Ilmu yang dimiliki juga membolehkan kita menguasai bidang perniagaan yang semakin
kompleks dan bercorak global. Perkara ini demikian kerana, dalam era globallisasi, k-
ekonomi merupakan trend baru dalam perniagaan. Jadi, ekonomi yang berasaskan
pengetahuan sudah menguasai dunia perniagaan pada masa ini. Oleh itu, jika seseorang
tidak dapat mengikut arus k-ekonomi ini, sudah pasti orang itu akan ketinggalan zaman
iaitu, seperti katak di bawah tempurung dan pastinya akan gagal untuk memajukan diri
dalam bidang perniagaan pada masa ini.

Jika seseorang itu menguasai ilmu sudah pastilah dia akan dapat memajukan diri dan
negaranya sendiri. Hal ini demikian kerana, negara kita memerlukan pemimpin yang
berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan era globalisasi pada masa ini. Seseorang
pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat
dan negara. Jika pemimpin tidak dapat menguasai ilmu, sudah pastilah negara kita akan
tertinggal di belakang negara-negara maju yang lain. Jadi, seperti kata pepatah, Hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih, para pemimpin juga perlu menguasai pelbagai ilmu
terutamanya ilmu teknologi maklumat dan komunikasi.

Sekiranya rakyat negara ini dapat menguasai ilmu, sudah pasti hal ini akan melahirkan
masyarakat yang proaktif. Perkara ini demikian kerana, masyarakat yang berilmu
sentiasa berfikir secara positif atau optimis tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir
secara pesimis dan mudah pula berputus asa. Sebagai contohnya, seseorang yang
berfikir secara positif sudah tentu akan menjadikan masalah itu sebagai cabaran dan
bukannya halangan untuk mencapai objekifnya. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan
budaya yang sentiasa dahaga akan ilmu dan menjadikan budaya pembelajaran
sepanjang hayat atau life long learning sebagai amalan dalam kehidupan.

Oleh hal yang demikian, ungkapan orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia
perlulah diberikan perhatian oleh semua orang. Dengan berdasarkan ungkapan itu,
janganlah kita suka membuang masa kerana masa itu emas dan masa tidak akan
menunggu kita. Sekiranya kita lalai dan tidak menggunakan masa dengan bijaksana,
sudah tentu kita akan termasuk dalam golongan yang berada dalam kerugian. Jadi,
gunakanlah masa yang ada untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang, terutamanya
bidang teknologi maklumat yang sentiasa berubah hampir setiap hari.

KEMAHIRAN ABAD KE-21


KARANGAN UNTUK SPM TEMA PENDIDIKAN ALAF INI KBAT; DANDELIONS99

Salah satu perubahan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang
ialah kemahiran abad ke-21. Kemahiran abad ke-21 adalah kemahiran pembelajaran yang
diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada milenium baru. Kemahiran abad ke-21 dapat
dikaitkan dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan pada zaman ini.

Salah satu kemahiran abad ke 21 ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) yang sejajar dengan perkembangan pendidikan pada masa sekarang. Kebanyakan kemahiran
abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma
merangkumi membaca, menulis, dan mengira namun literasi abad ke-21 melibatkan literasi digital.
Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari
laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan
bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya
meningkat. Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang boleh memupuk kemahiran abad ke 21. Topik-topik tertentu
dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan projek di mana
pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti google.

Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi


interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru
secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau
blog. Contohnya, kebanyakan pelajar pada zaman sekarang mempunyai akaun laman sosial seperti
facebook, melalui laman ini guru boleh memuat turun nota atau latihan kepada pelajar. Pendekatan
ini lebih menarik minat pelajar untuk belajar. Sumber terbaik bagi membina kemahiran
komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi
adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar,
connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin
carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.

Kemahiran teknologi maklumat dan inovasi turut melahirkan pelajar kreatif dan inovatif
yang dapat mengembangkan pemikiran mereka dan amat berguna apabila berada di dunia
pekerjaan. Dengan adanya aspek ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik
dan berkesan kerana berjaya menarik tumpuan pelajar. Misalnya, dengan penggunaan teknologi
KARANGAN UNTUK SPM TEMA PENDIDIKAN ALAF INI KBAT; DANDELIONS99

maklumat dan komunikasi (ICT), pelajar dapat mengakses maklumat tanpa had dengan hanya
menggunakan enjin carian seperti google atau yahoo mereka dapat memperoleh banyak maklumat
dengan hanya menggunakan hujung jari.

Antara elemen-elemen yang turut terkandung dalam kemahiran teknologi maklumat dan
inovasi adalah kreativiti dan inovasi (creativity and innovation), pemikiran kritis dan penyelesaian
masalah (critical thinking and problem solving), komunikasi dan kolaborasi (communication and
collaboration), literasi maklumat (information literacy), literasi media (media literacy), literasi
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), ICT (Information, Communications and Technology)
Literacy), fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (flexibility and adaptability),
berinisiatif dan mempunyai haluan diri (initiative and self-direction) serta kemahiran sosial dan
antara-budaya (Social and Cross-Cultural Skills).

Sebelum kemahiran yang melibatkan ICT dikuasai, pelajar abad ke-21 perlu menguasai
kemahiran 3M yang meliputi Membaca, Mengira dan Menulis. Penguasaan kepada 3M ini adalah
asas kepada perkembangan pendidikan abad ke-21 dan bilangan masyarakat Malaysia yang buta
huruf dapat dikurangkan sekiranya penguasaan terhadap 3M dapat ditingkatkan dan seterusnya
kemahiran yang melibatkan ICT turut dapat ditingkatkan. Oleh itu, pelbagai langkah perlu
dilakukan agar tidak wujud lagi masalah penguasaan 3M. Kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang berbeza perlu untuk meningkatkan penguasaan 3M di kalangan murid. Antaranya
mengadakan kelas pemulihan, kelas khas untuk kanak-kanak istimewa, latihan guru berpendidikan
khas, perluasan kempen membaca dan penempatan kaunselor di setiap sekolah.

Namun, keberkesanan pelaksanaannya tidak menyeluruh dan belum mampu memberi


perubahan besar terhadap perkembangan penguasaan kemahiran 3M di kalangan murid terbabit.
Dalam sesetengah keadaan, kurangnya komitmen pengurusan sekolah antara penyebab pendidikan
murid tergolong dalam kategori yang gagal mencapai matlamatnya. Menyisihkan murid terbabit
daripada mengikuti pendidikan seperti rakan lain hanya akan menyulitkan langkah mengatasi
masalah mereka kemudian hari. Dalam usaha menangani masalah ini, kaedah P&P haruslah lebih
khusus dan perlu dipraktikkan guru yang mahir mengenainya.

Selain guru dan murid, keberkesanan program pemulihan ini memerlukan kerjasama dan
penggemblengan tenaga semua pihak, termasuk sekolah dan ibu bapa. Apa yang penting,
KARANGAN UNTUK SPM TEMA PENDIDIKAN ALAF INI KBAT; DANDELIONS99

pelaksanaan tindakan progresif menangani masalah penguasaan 3M di kalangan murid ini


sepatutnya sejak awal lagi, bukan pada peringkat mereka sudah terlalu jauh tercicir.

Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu
mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, yakni masyarakat yang mempunyai daya
perubahan yang tinggi dan memandang jauh ke hadapan serta menjadi penyumbang kepada
tamadun sains dan teknologi masa depan dan merupakan salah satu kemahiran abad ke-21. Untuk
mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kreatif dan berketerampilan yang
mengamalkan budaya sains dan teknologi.

Warganegara yang berbudaya sains dan teknologi mempamerkan ciri-ciri seperti


bersemangat ingin tahu dan ingin mencuba, celik sains, bersifat terbuka, membuat keputusan
berdasarkan fakta yang nyata dan tepat serta menghargai sumbangan sains dan teknologi.
Warganegara sedemikian dapat dibentuk sekiranya pendedahan awal kepada sains dan teknologi
diberikan. Sains secara amnya dilihat sebagai satu bidang ilmu pengetahuan dan juga sebagai satu
kaedah inkuiri dalam penyelesaian masalah. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains
membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling
mereka.

Ilmu pengetahuan sains ini akan menjadi lebih bermakna kepada murid jika mereka dibantu
menghubungkan fakta dan konsep, membuat pengitlakan dan mengaitkan pembelajaran baru
dengan ilmu yang sedia ada. Ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru.
Sebagai satu kaedah inkuiri dalam penyelesaian masalah, sains dapat memperkembangkan
kemahiran untuk menyiasat alam sekitar mereka di samping mendapatkan ilmu pengetahuan.
Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan murid memperkembangkan sikap yang
positif. Pembelajaran sains dapat menggalakkan semangat ingin tahu, kreativiti, berfikiran terbuka,
ketabahan, ikram terhadap hidupan dan menghargai alam sekitar. Sains di peringkat sekolah rendah
membolehkan murid mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar mereka melalui pengalaman
dan juga penyiasatan.

Di samping itu, kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga termasuk dalam kemahiran
abad ke 21. Kemahiran interpersonal merujuk kepada kebolehan seseorang itu untuk
berkomunikasi dengan orang lain yang melibatkan penyelesaian masalah. Manakala kemahiran
KARANGAN UNTUK SPM TEMA PENDIDIKAN ALAF INI KBAT; DANDELIONS99

intrapersonal pula ialah komunikasi yang berlaku di dalam diri seseorang. Komunikasi ini dibentuk
dalam diri seseorang dalam proses untuk menyampaikan maklumat. Menurut Capstone (2001)
maklumat yang dibentuk dalam diri seseorang melalui komunikasi intrapersonal terbahagi kepada
dua iaitu maklumat yang disampaikan secara lisan dan maklumat yang disampaikan secara tidak
lisan. Contoh komunikasi secara tidak lisan ialah keadaan muka, nada suara dan sentuhan tangan.
Kedua-dua kemahiran ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam
menuju pendidikan abad ke 21. Walaupun terdapat perbezaan karakter bagi kedua-dua kemahiran
ini. Namun, kemahiran yang mereka gunakan berkesan untuk diri mereka dalam proses
pembelajaran.

Kemahiran komunikasi juga merupakan perkara penting dalam kemahiran abad ke 21.
Kemahiran berkomunikasi terdiri daripada beberapa elemen iaitu:
kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan dan dengan peserta komunikasi yang berlainan,
kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan
dan bertulis.
Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas.
Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan
tahap pendengar.
Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan.
Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.
Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya berlainan.
Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan.
Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.

Kemahiran-kemahiran ini penting bagi membentuk perhubungan di kalangan pelajar. Melalui


kemahiran komunikasi ini, pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan akan berlaku
sebelum perkongsian idea berlaku untuk kepentingan bersama.

Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran
abad-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam:
Menguasai pelbagai bidang
KARANGAN UNTUK SPM TEMA PENDIDIKAN ALAF INI KBAT; DANDELIONS99

Penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan diri
mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang mempunyai
kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus
kepada satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam, seseorang guru itu perlu
berani mencuba sesuatu yang baru seperti menggabungkan pengetahuan Sains (Komputer)
dengan Pendidikan Islam (Pendekatan Bersepadu). Bagi memastikan seseorang pendidik (guru) itu
mampu menguasai pelbagai bidang, mereka (guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran
berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa
bersedia menghadapi pelbagai cabaran.
Mengikuti Perkembangan tentang Dasar dan Isu Pendidikan.
Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku
khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang akan
memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu diteliti dan difahami
bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkan generasi yang
berkualiti dan berkemahiran.
Mahir Dalam Pedagogi (Pengajaran & Pembelajaran).
Kekuatan profesion perguruan dalam memastikan hasrat melahirkan generasi berkemahiran abad-
21 juga bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan pedagogi.
Pengetahuan pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan lapuk
tradisional yang mana sistem P&P diamalkan terlalu bergantung kepada guru (teachers-centered).
Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad-21 ini, seseorang guru itu wajib
mencuba untuk mengadaptasikan pedagogi inovasi teknologi di dalam P&P contohnya
pembelajaran berbantukan komputer. Ini kerana pengetahuan dan kebolehan guru mengadaptasikan
kaedah P&P yang inovatif akan memberikan kesan positif kepada perkembangan dan pencapaian
pelajar.
Menggunakan Teknologi Terkini.
Seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang untuk melengkapkan
diri dengan ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan
teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu bukan sahaja dijadikan
sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga bagi menyelesaikan
urusan harian.
Menerapkan Nilai-nilai Murni (Akhlak).
KARANGAN UNTUK SPM TEMA PENDIDIKAN ALAF INI KBAT; DANDELIONS99

Beretika merupakan satu elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang
dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Di samping pendedahan kepada
teknologi, seseorang guru itu juga harus menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila
di dalam hubungannya sesama rakan sekerja.

Kemahiran yang diwujudkan dalam kemahiran abad ke-21 ini sejajar dengan
perkembangan yang dialami oleh negara dalam bidang pendidikan. kemahiran ini penting dalam
menuntut kemajuan yang dapat mencapai matlamat pendidikan pada alaf 21 yang merangkumi
pelbagai aspek.

Anda mungkin juga menyukai