Anda di halaman 1dari 7

Kewajiban menuntut

ilmu
MUHAMMAD SHAHRAFIK BIN AB KADIR
MUHAMMAD NURKHAIRI BIN ISHAK
AHMAD ZULHILMI BIN AMINNUDIN
Kewajipan Belajar Ke Atas Setiap Muslim
• Belajar merupakan proses abadi yang melibatkan penyesuaian yang terbaik untuk perkembangan mental
dan fizikal.
• Belajar boleh berlaku dalam dua bentuk sam ada formal atau tidak formal
• Belajar merupakan proses memperoleh pengetahuan dan kemahiran serta berubahnya tingkah laku dengan
dilakukan sendiri.
• Ayat al-Quran yang pertama diturunkan menekankan kepentingan menuntut ilmu melalui kaedah menuntut
ilmu iaitu membaca di dalam suarah al-’Alaq ayat 1-5:
Terjemahan: Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah
beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa
yang tidak diketahuinya.
•Jelas sekali ayat tersebut menyatakan seruan Allah kepad hambaNya supaya menuntut ilmu pengetahuan
dengan membaca agar mengenal Pencipta dan sekalian ciptaanNya
•Antara lain galakan orang yang menuntut ilmu dan kelebihannya di dalam sebuah hadis Nabi SAW:
• “Barangsiapa yang menelusuri satu jalan dalam menuntut ilmu, maka Allah SWT memudahkan baginya jalan ke syurga”.
• Jelas sekali, Islam amat mementingkan peranan belajar untuk menuntut ilmu pengetahuan.
Kepentingan belajar
• Dapat membuat sesuatu Tindakan yang betul untuk kepentingan diri sendiri dan masyarakat.
• Masyarakat dan negara boleh mengeksploitasi sumber alam dan untuk faedah semua.
• Manusia dan masyarakat akan menjadi teguh dan kuat apabila menguasai dua bidang ilmu iaitu fardhu ain
dan fardhu kifayah
• Melalui ilmu, manusia dapat mengetahui kebesaran, kekuasaan, keagungan Allah serta mengetahui rahsia
dan hikmah penciptaan alam kepada manusia selaku khalifah di muka bumi dan juga sebaik-baik
penciptaan.
• Justeru itu, terdapat banyak sekali kewajipan dan kepentingan untuk umat islam menuntut ilmu
pengetahuan di dalam ayat al-Quran, di dalam surah al-mujadalah ayat 11:
Maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”.
Kewajipan Mengajar ke atas
setiap Muslim
• Mengajar merupakan suatu aktiviti atau proses yang bertujuan untuk mengubah tingkah laku,
sikap atau kepercayaan seseorang pelajar.
• Tujuannya adalah untuk menyampaikan ilmu atau maklumat, bagi membentuk jiwa dan rohani,
menanam dan membina nilai dan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di atas
muka bumi.
• Pengajar atau guru ialah muallim, murobbi, mudarris, alim atau ulama.
• Tugas menyampaikan ilmu merupakan kewajipan yang diamanahkan oleh Allah kepada para
ilmuwan.
• Tugas mengajar tidak terletak kepada para guru semata malahan kepada setiap orang Islam.
• Pengajar merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan
pendidikan berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan
keilmuan dan keluhuran peribadi.
• Tenaga pengajar bukan sahaja mengajar kepada murid-murid, tetapi sebagai pemimpin,
pembimbing dan menjadi ikutan yang baik ”Qudwah Hasanah” terhadap masyarakat
keseluruhannya.
• Para pengajar perlu membimbing murid-murid dengan pendekatan yang sihat ke arah
menggarap ilmu yang bermanfaat bagi mencapai kesejahteraan hidup berlandaskan lunas-lunas
agama Allah.
Kewajipan Mengajar ke atas
setiap Muslim
• Terdapat banyak hadis yang menerangkan balasan baik terhadap orang menyampaikan ilmu
serta hadis yang menerangkan azab terhadap orang yang menyembunyikan ilmunya, antaranya:

“Barang siapa yang mempelajari satu bab ilmu untuk diajarkan kepada manusia, maka
dikurniakan pahala 70 orang as-siddiq (seperti Sayidina Abu Bakar)”

“Barang siapa yang menyembunyikan ilmu yang Allah manfaatkan dengannya manusia di
dalam hal ehwal agama, nescaya Allah mengekangnya pada hari kiamat dari api neraka.”

“Barang siapa yang mengetahui seseatu ilmu lalu ia menyembunyikannya maka ia akan
dikenakan oleh Allah kekangan api neraka pada hari kiamat.”
Kewajipan Menuntut Ilmu Sepanjang Hayat
Keatas Muslim
• Perspektif Islam yang serius terhadap ilu pengetahuan tidak dapat dinafikan sehingga menetapkan kewajipan
menuntut ilmu ke atas setiap Muslim sepanjang hayat

• Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud

“menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap golongan Islam lelaki dan perempuan”

• Ilmu menurut Islam terbahagi kepada dua, iaitu ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah.

• Ilmu fardu ain ialah ilmu yang diwajibkan ke atas setiap Muslim yang akil baligh untuk mempelajari dan
mengamalkannya. Skop ilmu ini berkaitan dengan ilmu akidah, syraiah dan akhlak.

• Ilmu fardu kifayah pula diwajibkan keatas masyarakat Islam secara kolektif bagi kepentingan hidup demi mencapai
keselesaan, ketabilan dan keamanan hidup di dunia. Skop ilmu ini mencakupi ilmu perubatan, matematik (urusan
perniagaan), kewangan, perusahaan (makanan,pakaian), pertukangan (tempat tinggal) dan ilmu sahsiah.

• Kedua-dua bbidang ilmu ini tidak dapat dipisahkan dari segi pembelajarannya mahupun pelaksanaannya.
• Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud

“sesiapa yang mahu pencapai kemajuan di dunia, maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang mahu mencapai
kebahagian di akhirat, maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang mahu mencapai kebahagiaan di dunia dan di
akhirat, maka hendaklah ia berilmu”
Kewajipan Menuntut Ilmu Sepanjang Hayat
Keatas Muslim
• Walaupun Islam meletakkan ilmu bersumberkan wahyu di temapat yang teratas, tetapi ia juga
mengakui pentingnya sumber ilmu ini.
• Orang yang berilmu akan dipandang mulia di sisi Allah khususunya dan mayarakat umumnya.
• Orang yang berilmu juga akan dinaungi para malaikat dan didoakan olehnya serta seluruh
penghuni langit dan bumi.
• Masyarakat Islam tidak boleh mengabaikan pendidikan ilmu ketuhanan dan kerohanian atau
bidang yang dikenali sebagai bidang pengajian Islam.
• Oleh itu, umat Islam diwajibkan belajar sepanjang hayat demi untuk mencapai kebaikan di dunia
dan kebaikan di akhirat

Anda mungkin juga menyukai