Anda di halaman 1dari 39

FALSAFAH PENDIDIKAN

ISLAM
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir sesi ini, pelajar akan dapat:
• Mengenalpasti ciri-ciri falsafah Islam
• Membincangkan ciri-ciri pendidikan Islam
• Menghuraikan konsep falsafah pendidikan Islam
• Membezakan falsafah pendidikan Islam dengan
falsafah pendidikan moden.
• Menghuraikan pendapat beberapa ahli falsafah
Muslim tentang manusia dan pendidikan.
CIRI-CIRI FALSAFAH ISLAM
• Berlandaskan pemikiran yang sistematik
• Merangkumi sejarah Islam yang dibina
oleh kaum Muslimin dalam keadaan jiwa
yang murni terhadap manusia, alam fizikal
dan metafizik.
• Ia wujud dalam lingkungan dan batasan
yang dibenarkan oleh Al-Quran dan
Sunnah untuk mencapai kebaikan di dunia
dan di akhirat.
CIRI-CIRI PENDIDIKAN ISLAM
• Merupakan bimbingan kepada rohani dan jasmani
berdasarkan hukum-hukum Islam.
• Ia membimbing kepada pembentukan
keperibadian yang berlandaskan syariah Islam.
• Ia merangkumi semua aspek kehidupan
• Penyebaran pendidikan dan pengetahuan
dilaksanakan dalam bentuk:
> Kemahiran secara teknikal
Pengalaman berasaskan nilai-nilai yang tetap
seperti yang terdapat dalam syariah.
• Ia berpegang kepada konsep bahawa manusia adalah
Khalifah Allah dan tanggung jawab utamanya adalah:
> Beribadat kepada Allah swt.
> Melaksanakan syariat Allah swt. yang disampaikan
oleh Nabi Muhammad saw.
> Memelihara dan memakmurkan bumi ini berlandaskan
syariat Allah swt. Dengan berpandukan kepada Al-Quran
dan Sunnah.
• Pendidikan menurut Islam ialah penghayatan manusia
untuk melaksanakan tugasnya sebagai Khalifah Allah di
muka bumi ini dalam keadaan manusia tunduk dan
patuh pada perintah Allah swt.
Dasar Pendidikan Islam
– Asas utama pendidikan Islam ialah Rukun Iman, iaitu
ia berlandaskan menurut:
• Keesaan Allah swt
• Kepercayaan kepada pesuruh-pesuruh Allah swt.
• Kepercayaan terhadap wahyu Allah swt.
• Seseorang itu secara semulajadi tidak berdosa dan suci
serta mempunyai potensi yang tidak terbatas.
• Bertanggung jawab terhadap setiap tindakannya sendiri.
• Kehidupan sesudah mati
• Persamaan dan persaudaraan
Matlamat Pendidikan Islam
• Melahirkan manusia yang bertaqwa
• Melahirkan manusia yang ta’abbudi dengan
mencari keredhaan Allah swt.
• Membentuk manusia yang bercita-cita tinggi dan
menjadikan Al-Falah (kejayaan) sebagai tujuan
hidup.
• Membentuk individu yang beriman,
berakhlaq tinggi, berpengetahuan dan
beramal soleh
Tujuan Pendidikan Islam
• Menyiapkan dan melengkapkan generasi muda
untuk memainkan peranan mereka di dunia dan
di akhirat.
• Menanamkan keimanan yang kuat
kepada Allah swt dalam jiwa.
• ii.Menanamkan rasa cinta terhadap Al-
Quran
Menyemai sifat-sifat berikut:

• rasa rela, optimis dan kepercayaan diri


• memikul tanggung jawab
• menghormati tugas
• kerjasama atas tugas dan taqwa
• kasih sayang
• inginkan kebaikan pada orang lain
• kesabaran
• berjuang untuk kebajikan
• berpegang teguh kepada prinsip
• suka berkorban
• membela agama dan tanah air
• Melalui pendidikan, proses pengadaban
dapat dilaksanakan.
• Rasulullah saw. bersabda: “Tuhanku telah
mendidikku dan Dia telah mendidikku dengan
sebaik-baiknya”.
• Ia menjelaskan dua unsur penting dalam
pendidikan Islam:
• Pendidikan hendaklah mempunyai asas
ketuhanan.
• Pendidikan hendaklah mempunyai unsur
kebaikan.
Tujuan pendidikan Islam menurut Dr. Muhammad
‘Atiyah Al Abrashi:

• “....... pembentukan akhlaq dan budi pekerti


yang sanggup menghasilkan orang-orang
berakhlaq, lelaki mahupun perempuan, jiwa
yang bersih, kemahuan yang kuat, cita-cita
yang besar dan akhlaq yang tinggi, tahu erti
kewajipan dan perlaksanaannya, menghormati
hak-hak manusia, tahu membezakan baik dan
buruk dan mengingatkan Tuhan dalam setiap
pekerjaan yang dilakukannya”.
• Dalam Islam, ilmu pengetahuan mampu
mendidik akhlaq, lebih-lebih lagi apabila ia
dibawa oleh guru yang baik akhlaqnya.
Ini dijelaskan oleh Dr. Abdul Halim Al
-Muhammady:
• “Pendidikan sebagai proses mendidik dan
melatih ‘aqliah, jasmaniah dan rohaniah
manusia berasaskan wahyu (Al-Quran) dan
Sunnah (Hadith) bagi melahirkan manusia
yang bertaqwa dan mengabdikan diri kepada
Allah swt.
Prof. Faisal Osman pula berpendapat:
“Dengan melalui proses pendidikan
berasaskan Islam, manusia akan sentiasa
mengingati status dan peranannya di
dunia sebagaimana dijelaskan oleh Al
Quran”. Ini bermaksud:
• Status manusia yang kekal abadi sebagai
makhluk dan hamba Allah swt.
– Status manusia sebagai Khalifah Allah
– Manusia diizinkan oleh Allah swt. Untuk
memanfaatkan alam ini dengan syarat diusahakan
sebaik mungkin berdasarkan konsep keadilan
Islam.
• Melalui wahyu, manusia telah diajak
berfikir oleh Allah swt. Rasulullah saw.
telah menggariskan dalam hadis-
hadisnya, antaranya:
• “Tiada beragama orang yang tidak mahu
berfikir”.
– “Berbicaralah mengikut kemampuan fikiran orang
yang diajak berbicara”.
– “Kamu lebih mengetahui tentang urusan duniamu”.
(Bermaksud - dalam perkara-perkara teknikal atau
cara perlaksanaan yang menggunakan fikiran).
Konsepsi Pendidikan Islam
• Ibnu Sina menyarankan:
• Seseorang itu seharusnya membiasakan diri
dengan akhlaq yang baik.
• Melatih daya intelek bermula dengan membaca Al-
Quran. Selepas itu barulah dididik mengikut bakat
masing-masing.
• Pendidikan sebagai satu institusi sosial;
harus berkembang secara berperingkat
mengikut keperluan masyarakat.
• Pendidikan berlaku jika ada ketaatan yang
timbul dari penghormatan, kepercayaan,
kemesraan dan kekenalan.
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
• Takrifan FPI
– Hassan Langgulung (1994) menjelaskan:
• > FPI ialah falsafah yang menentukan
tujuan, maksud, objektif dan nilai yang
telah ditentukan terlebih dahulu oleh
Falsafah Islam dan dilaksanakan oleh
proses pendidikan.
• FPI menekankan kepentingan konsep “jantung”,
iaitu ia merupakan nadi kepada penghidupan
dan punca kepada pengenalan kebenaran
dalam pendidikan.
> Mengikut Imam Al Ghazali:
• “Apabila kita memperkatakan tentang jantung,
kita mengatakan tentang realiti manusia. Ia
merupakan ruh (spirit) dan kadang-kadang nafs
(soul). Ia merupakan raja kepada seluruh badan,
kewujudan Tuhan dan persepsi berkenaan
denganNya merupakan fungsinya”.
Syarat Berfalsafah Mengikut
Islam
• Sistematik
• Munasabah
>Penjelasan dibuat melalui pembuktian-
pembuktian yang masuk akal dan dapat
dipertanggungjawabkan, mudah difahami dan
diamalkan, dan juga hendaklah terkandung
dalam apa jua yang dibawa oleh syariah.

Bersifat sejagat (universal) dan holistik


Komponen FPI

– Metafizik
• > Melihat ilmu itu adalah satu perkara yang
hampir kepada kecintaan kepada Allah swt.
– Epistemologi
• > Menjelaskan bahawa manusia adalah
ciptaan Allah swt.
– Aksiologi
• > Dalam Islam, nilai itu adalah sesuatu yang
bersepadu.
– Logik
• > Hukum Allah swt. difahami secara sistematik
• Pra-Syarat Membina FPI Menurut Al-
Syaibani (1979).
– Ia perlulah sesuai dengan ruh (jiwa) Islam, memahami
dan menyedari tentang aqidah, ajaran dan syariahnya.
– Mempuyai kaitan dengan realiti masyarakat,
kebudayaan, sistem sosial, ekonomi dan politik.
– Bersifat terbuka kepada segala pengalaman
kemanusiaan yang baik.
– Dibina juga atas pengalaman lampau dengan kajian
terhadap faktor dan aspek kehidupan, ilmu dan cabang
pengetahuan.
– Bersifat sejagat dengan mengambil kira faktor-faktor
rohaniah, budaya, sosial, ekonomi, politik, pendidikan
dan psikologikal yang mempengaruhi proses dan
usaha pendidikan.
– Bersifat memilih (selective) terhadap sumber-sumber
ilmu dan jenis-jenisnya dengan memastikan susunan
keutamaan dan baik serta sesuai dengan Islam.
– Bebas daripada pencanggahan antara prinsip-prinsip
dan kepercayaan-kepercayaan.
– Benar dan sejahtera dalam andaian, contoh dan fikiran-
fikiran menjadi asasnya, sekaligus mempunyai
klasifikasi, jelas terperinci hingga ke akar umbinya.
– Ada kerjasama secara kolektif dari pakar-pakar, para
pendidik dan setiap individu yang berminat dengan
pendidikan.
– Bersifat dinamik dan fleksibel, boleh berubah dan
dikembangkan bersesuaian dengan perkembangan
penyelidikan dan kajian dalam bidang-bidang
pendidikan dan perkembangan ijtihad dalam hukum-
hukum agama.
Kepentingan FPI
• FPI sangat penting dan berperanan dalam
memberikan alternatif penyelesaian bagi
masalah-masalah pendidikan.
• Hala tujunya jelas, baik dan ideal:
– FPI berusaha memahami masalah yang dihadapi oleh
umat Islam secara lebih terperinci disamping usaha
menyelesaikannya dengan alternatif yang sesuai.
– FPI memberikan pandangan sebenar tentang hakikat
manusia dan tujuan hidupnya, seterusnya membentuk
objektif perlaksanaannya.
– FPI membentuk kurikulum yang membimbing
manusia untuk mengembangkan dan
melaksanakan potensi fitrah mereka
bersesuaian dengan kehendak Allah swt.
– FPI menganalisis masalah-masalah
pendidikan semasa untuk melihat
sejauhmanakah perlaksanaan falsafah
pendidikan telah dijalankan dengan jayanya.
PERBEZAAN DI ANTARA
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (FPI)
DAN FALSAFAH PENDIDIKAN MODEN (FPM)
• FPI berasaskan kepada ketuhanan
sementara FPM merupakan hasil dari
pemikiran manusia yang terhad dan tidak
melihat kepada kebenaran mutlak.
• FPM tidak berkekalan dan boleh dikritik,
menidakkannya dan akhirnya akan diganti
dengan FPI.
• FPM bercelaru dalam menentukan tujuan
dan objektif pendidikan.
> Terdapat krisis dalam membentuk
sistem nilai
• Dalam zaman moden, tujuan wujudnya
manusia tidak jelas.
> Oleh itu, sukar untuk mendapatkan satu
pendekatan dalam pendidikan.
• FPM menekankan aspek rasional manusia dan
mengabaikan pentingnya “jantung” dalam
pendidikan.
> Ia mengabaikan “jantung” dan hanya
menekankan kepentingan “kepala” (minda).
Dari segi pandangan ini, pendidik moden yang
menekankan pragmatisme sukar untuk dicontohi
kerana penekanan terhadap kebenaran
mutlaknya adalah melalui aspek amalan sahaja.
PENDAPAT AHLI FALSAFAH MUSLIM
MENGENAI PENDIDIKAN

– Al Farabi
• Berpandangan bahawa manusia tidak boleh
hidup bersendirian; mereka mesti tahu
menyesuaikan diri dalam masyarakat.
• Merupakan pengasas epistemologi
berdasarkan penaakulan sejagat (universal
reasoning).
• Berusaha menyatukan dunia Islam dengan
menggunakan falsafah politik.
• Tujuan utama pengetahuan adalah
pengetahuan terhadap Tuhan. Iaitu
pengetahuan yang:
» Dapat membentuk moral individu
» Membantu mencari sebab kewujudannya

> Aspek ini memajukan intelek individu dan


membolehkannya mencapai hikmah.
• Falsafah dan agama adalah ekspresi
kepada satu kebenaran.
• Falsafah menghuraikan agama dan memberi bukti
terhadapnya.

Pendidikan menurut Al Farabi:


• Adalah berkaitan ruh manusia – ia perlu disediakan pada
umur yang masih muda untuk menjadi ahli masyarakat.
• Penguasaan nilai-nilai, pengetahuan dan kemahiran
praktikal dalam suatu masa dan suatu budaya.
• Tujuannya ialah membentuk manusia ke jalan
kesempurnaan dan kebahagiaan yang merupakan
kesempurnaan tertinggi.
• Ia mencantumkan pengetahuan dan perlakuan murni.
Kaedah pendidikan Al Farabi

• Kaedah pendidikan perlu sesuai dengan


pelajar sama ada golongan biasa atau elit:
Kaedah golongan biasa adalah melalui
dorongan (persuasion).
– Ia dilaksanakan melalui pertuturan dan
aktiviti.
– Ia sesuai untuk mengaplikasikan seni dan
nilai-nilai moral.
• Kaedah golongan elit adalah melalui
demonstrasi
• Ia dilaksanakan melalui pertuturan dan
penguasaan nilai teoritikal.
• Proses perbincangan dan dialog
merupakan aktiviti utama.
Ibnu Sina
• Merupakan pakar perubatan fizikal dan
jiwa; juga merupakan seorang ahli sains,
matematik dan sasterawan.
• Pengarang kitab berkaitan kesihatan
fizikal dan pikologikal iaitu Qanun Fi Al
Tibb (The Canons of Medicine).
• Berpendapat bahawa sesuatu penyakit itu
boleh diubati melalui pengubatan jiwa jika
cara pengubatan biasa tidak berkesan.
• Mempercayai bahawa setiap rangsangan ada
tindak balasnya – oleh itu tindakan-tindakan dan
perbuatan-perbuatan yang dilakukan juga boleh
menyembuhkan penyakit.
• Pengalaman pancaindera amat mempengaruhi
seseorang manusia yang menentukan berbagai
fungsi jiwa manusia, cth: rasa ingin memiliki dan
membinasakan.
Abul Hassan Al Mawardi
• Berpendapat bahawa satu masyarakat mesti
mempunyai pertalian bagi menghasilkan
perpaduan dikalangan ahlinya.
• Pertalian yang dimaksudkan adalah:
» Pertalian darah – keturunan
» Pertalian berasaskan perkahwinan, agama atau kecintaan
terhadap sesuatu benda atau hala tuju.
• Pertalian yang dicapai akan membentuk satu
akhlaq yang sempurna.
• Dalam masyarakat perlu ada pemimpin untuk
meyelaraskan tugas-tugas.
Imam Al Ghazali
• Pengarang kitab Ihya Ulumuddin
• Berpendapat bahawa tingkah laku atau
aktiviti psikologi seseorang itu bergantung
kepada minat dan penggerak (motivasi).
> Semakin kuat pengetahuan dan minat,
maka semakin kuat kemahuan seseorang
melaksanakan kerja atau tugasan.
• Beliau mementingkan pendidikan akhlaq
manusia
• Percaya bahawa pendidikan adalah untuk
semua. Pernah mendirikan sekolah untuk
menyampaikan pengajarannya.
• Beliau juga melihat kepada pengalaman
langsung dalam proses pendidikan.
Syed Qutb
• Pendidikan pada pendapatnya mempunyai
tujuan yang besar dan komprehensif.
• Pendidikan mengambilkira keseluruhan hidup
manusia dari aspek fizikal, rohani, intelek,
akhlaq dan keindividuan.
• Pendidikan berperanan meyediakan insan yang
soleh
• Agama tidak boleh dipisahkan dari pendidikan –
ilmu dunia dan akhirat berjalan serentak.

Anda mungkin juga menyukai