Anda di halaman 1dari 11

BAB.

VI
Penerbitan Dan Penggunaan Transparensi
Dalam Pengajaran

Pengenalan

Transparensi merupakan medium yang hampir sama dengan slaid. Tergolong sebagai
alat bantu mengajar ( ABM) berbetuk tayang. Ia perlukan mesin tayagan paras atas
(Over Head Projector = OHP) untuk mengunjurkan imej dari transparensi ke layar
putih ( white screen) dalam ukuran yang lebih besar. Penggunaannya lebih efektif
untuk guru menyampaikan isi pengajarannya jika dibandingkan dengan ABM yang
berbentuk cetak dan pegun. Ia amat berkesan digunakan untuk menerangkan sesuatu
perkara “luar konteks”, konsep, fakta, data-data dan maklumat yang berbentuk visual
sama ada pada kumpulan kecil atau pun besar.

Kebaikan Menggunakan Transparensi dan OHP

Penggunaan medium transparensi pada OHP kalau di senaraikan kebaikannya adalah


seperti berikut.

 Dalam proses penyampaian pengajaran guru boleh gabungkan


penggunaan papan hitam, bahan cetak dan lisan.

 Gambar atau imej dari transparensi boleh ditayang tanpa


mengelapkan bilik.

 Transparensi boleh digunakan berulang kali dan


penyampaianya boleh dilakukan secara lebih teratur dan sistematik

 Guru berhadapan dengan pelajar atau penonton semasa


penyampaiannya. Ini memudahkan guru membuat kawalan.

 Transparensi mudah digunakan , lebih bersih berbanding


dengan penggunaan papan hitam dan kapur.

 Penggunaan OHP & transparensi akan menjadikan proses


pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan; komen dan maklumat baru boleh
ditambah di rajah atau di gambar yang terdapat di transparensi,

o dengan menggunakan warna, ilustrasi dan animasi.


o imej atau gambar boleh dibesar atau dikecilkan mengikut keperluan
pelajar.
o menjimatkan masa dan mencepatkan penyampaian

 Projektor OHP mudah dikendalikan dan guru tidak


memerlukan pengetahuan teknikal yang mendalam untuk menggunakannya.

58
 Dengan menggunakan transaprensi guru dapat
menyampaikan maklumat dan fakta yang berkaitan dan berperingkat-peringkat
secara sistematik.
Peralatan / Perkakasan Transparensi

Pada hari ini peralatan dan perkakasan untuk menerbit tranparensi terdapat dalam
pelbagai bentuk. Untuk menyedia dan menggunakan transparensi dengan lebih efektif
guru perlu tahu dan menguasai tentang perkara berikut;

a. Operasi mesin tayangan paras atas (OHP)


b. Jenis transparensi
c. Penyediaan transparensi dan
d. Teknik penggunaan transparensi

Mesin Tayangan Paras Atas ( TPA = OHP)

Mesin TPA yang terdapat di pasaran pada hari ini mempunyai pelbagai jenama.
Sungguhpun jenamanya berbeza tetapi bentuk utamanya boleh digolongkan seperti
berikut.

a. Jenis Meja ( Desktop)


b. Jenis Mudahalih ( Portable)
c. Visualizer
Jenis
Lensa Meja
Jenis Desktop
Tombol Fokus
Mudahalih
( Portable)

Rajah 6.1
Jenis Mesin Tayangan Paras Atas (OHP)

Alat Tayang Visualizer

Alat tayang Visualizer juga boleh berfungsi sebagai mesin tayangan paras atas ( OHP)
yang menggunakan komputer untuk menayangkan imej atau data yang terdapat di
helaian transparensi atau dari buku ke layar putih melalui LCD ( Papan Hablur Cecair)
yang dijanakan oleh komputer.

Kelebihan visualizer dengan OHP yang lain adalah tentang kemampuannya


menyimpan dan menayangkan balik maklumat yang telah dirakamkan diulangi.

Kedua ia berupaya untuk membesar atau mengecilkan imej dan ketiga ia boleh
menayangkan imej bahan relia untuk tontonan semua pelajar di bilik darjah.

59
Rajah 6.2
Alat Tayang Visualizer

Jenis Transparensi

Pada hari ini terdapat beberapa jenis transparensi


yang guru boleh gunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajarannya. Sama ada dari jenis yang
mempunyai kos rendah kepada jenis transparensi
yang mahal. Jenis- jenis transparensinya adalah;

a. Write-on
b. PPC ( plain paper copier)
c. Thermal
d. Khas untuk kegunaan komputer
e. Pemindahan gambar3 Rajah 6.3
Kepingan Transparensi

Write-on

Transparensi jenis “write-on” adalah jenis keping plastik lutsinar biasa. Ia berupa
plastik PVC berlutsinar yang boleh dipotong mengikut saiz helaian kertas A4. Ia
diperolehi dalam bentuk helaian besar yang suri rumah gunakan untuk menutup meja

Untuk menulis dan melukis grafik guru perlu gunakan pen felt (felt pen ) atau pen
marker (marker pen) yang mempunyai daawat mudah larut (soluble) atau daawat
yang tidak mudah larut (permanent) dalam pelbagai warna. Selain dari itu guru boleh
juga menulis dan menambah maklumat “ write-on” secara langsung di transparensi
yang sedia ada di kaca datar OHP semasa proses penyampaian dilakukan.
__________________________________
3
.Pemindahan gambar
Transparensi ini jarang digunakan. Ia amat rumit dan memerlukan Pengapit lapik kering (hot press) dan gambar yang
akan dipindahkan itu jenis kertas yang bersadurkan tanah liat. Film yang digunakan juga jenis seal-laminating film-
vistafoil

60
Transparensi Jenis Thermal

Transparensi jenis thermal memerlukan haba


untuk menerbitkan imej di keping transparensi
yang digunakan. Oleh kerana transparensi ini
terdiri dari pelbagai warna guru perlu buat
pemilihan untuk menentukan kesesuaiannya. Guru
boleh buat pilih sama ada hendak meng-gunakan
jenis berwarna atau sebaliknya untuk menerbit
dan menggunakannya. Jenis transparensi yang
terdapat di pasaran mempunyai

Rajah 6.4
a. imej hitam dan warna latarnya jernih Mesin Membuat Transprensi
b. imej hitam dan latarnya berwarna
c. imej berwarna dan latarnya jernih
d. imej terbalik putih dan latarnya hitam ( reversed image)

PPC ( Plain Paper Copier)

Transparensi PPC (Plain Paper Copier) merupakan jenis transparensi khas yang
digunakan di mesin fotostat. Saiz dan bentuknya serupa dengan transparensi jenis
“write-on” tetapi berbeza pada ketebalannya. Bagi transparensi yang digunakan untuk
mesin fotostat, saiz dan tebalnya memang dikhaskan untuk mesin fotostat sahaja. Ini
menjelaskan bahawa guru tidak boleh menggunakan transparensi yang sebarangan
bagi mesin fotostat.

Cara transprensi diterbitkan didapati sama sebagaimana kita menyalin kertas biasa
pada mesin fotostat. Dengan meletakkan helaian transparensi di tempat khas untuk
transparensi atau di tempat kertas penyalin dan meletakan bahan yang hendak
dijadikan transparensi di kaca datar fotostat tersebut.

Transprensi Khas Untuk Komputer

Untuk mendapatkan imej yang baik dan serupa dengan gambar di monitor komputer,
transaprensi khas untuk komputer perlu digunakan. Permukaan transparensi ini
sebelah licin dan sebelah lagi kasar. Di bahagian kasar inilah printer akan mencetak
imej sebagaimana yang terdapat di monitor komputer. Jika imej berwarna yang
hendak dicetak pastikan mesin pencitaknya mempunyai warna dakwat laser-injet yang
berwarna. Cara percetakannya dilakukan sama sebagaimana kita mencetak bahan-
percetakan yang lain.

61
Prinsip Rekabentuk Menerbitkan Transparensi.

Untuk menerbitkan medium transparensi yang baik , beberapa prinsip penyediaannya


perlu dipatuhi . Prinsip-prinsipnya adalah;

a. Maklumat yang terdapat di medium transparensi itu seelok-eloknya


memuatkan hanya satu idea bagi satu helai transparensi.

b. Kurangkan unsur pantulan dengan meng-


asingkan beberapa gambar atau imej yang
kompleks kepada komponen atau mesej
utama yang hendak kita sampaikan sahaja
sebagaimana di rajah sebelah.

c. Bila menggunakan teks yang menggunakan


fon 14 poin tahoma atau arial , pastikan
bilangan perkataan yang digunakan pada
satu-satu barisan itu dihadkan pada 6-10
perkataan sahaja.

d. Bilangan barisan yang sesuai bagi sehelai


transparensi dihadkan juga pada 6-9 barisan Rajah 6.5
Unsur Pantulan yang diasingkan

e. Warna yang digunakan selain dari tujuan


untuk mengcantikkan medium transparensi,
kita gunakan juga untuk memberi tumpuan
pada elemen yang difokuskan. Pilih warna
yang harmoni dan kontras seperti,

Kuning dengan Hitam,


Biru dengan Putih
Putih dengan Hitam
Rajah 6.6.
Penggunaan Warna pada grafik

f. Hurufan yang digunakan juga perlu dipilih dari jenis hurufan San Serif seperti
Arial, Tahoma. dan Century Gothic. Elakan dari menggunakan hurufan yang
berunsur dekoratif atau italic. Skrip hurufan yang terdapat pada komputer
antaranya terdiri dari jenis ,
 Hurufan Times New Roman: MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis Serif
 Hurufan Monotype Corsiva MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis Dekoratif
 Hurufan Impact MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis San Serif Padat
 Hurufan Arial MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis San Seri f
 Hurufan Arial Narrow MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis San Seri
 Hurufan Comic Sans MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis San Seri Padat

62
f. Medium transparensi yang telah siap disediakan perlu mempunyai bingkai.

Tujuannya adalah untuk;

 Memudahkan kita menggunakan transparensi dengan mencatitkan penanda


pada setiap transparensi mengikut urutan.

 Tidak menampakkan kesan jari pada


transparensi

 Boleh disimpan dengan transparensi yang


lain agar tidak melekat .

 Boleh dibuat secara tindih-tindan

 Maklumat penting boleh dicatitkan di


bingkai untuk rujukan semasa proses Rajah 6.7
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kepingan Transparensi yang
Berbingkai

Teknik Menggunakan Medium Transparensi untuk Persembahan

Teknik persembahan yang lazim digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
boleh diklasifikasikan pada tiga cara.

 Transparensi selembaran dan sisipan( Single


transparency)
 Transparensi bertindih ( Overlay transparency
 Transparensi tutup-buka. ( Masking transparency)

Transparensi Selembaran

Transparensi selembaran digunakan untuk menyam-


paikan informasi, konsep, pengetahuan dengan hanya
menggunakan satu keping (lembaran) transaprensi.
Pendekatan ini terbatas dan isi pelajaran, konsep atau
informasinya perlukan beberapa keterangan lanjut seperti
diagram, graf dan gambar lain untuk difahami. Guru
boleh gunakan helaian transparensi jenis PVC yang boleh
ditulis (write-on) yang baru untuk mencatitkan maklumat
baru di transparensi tersebut, di papan hitam atau
menggunakan bahan bantu mengajar lain yang berkaitan
untuk pengukuhan.

Selain dari itu guru boleh juga gunakan OHP untuk


menarik perhatian pelajar tentang pelajaran yang
diajarnya. Pertama adalah dengan menggunakan kaedah
Rajah 6.8.
Gaya Menggunakan
Transparensi
63
pasang tutup suis OHP pada waktu yang sesuai untuk
menarik perhatian pelajar di suasana yang monotonus.

Dari penerangan lisan yang berterusan dan monotonus guru alihkan kaedahnya dengan
menghidupkan OHP dan gunakan transparensi sebagai alat bantu pengajaran.

Kaedah kedua yang guru boleh gunakan adalah kaedah sisipan. Guru letakkan
sekeping kertas legap di atas transparensi dan menariknya ke bawah secara beransur-
ansur sehingga seluruh maklumat ditayangkan kepada pelajar.

Transparensi Bertindih- Tindan ( Overlay transparency)

Bagi menyampaikan isi pelajaran, konsep, ilmu pengetahuan dan informasi yang
terdiri dari beberapa peringkat, tahap dan fasa transparensi tindih-tindan (overlay)
digunakan. Ia paling sesuai bagi menerangkan konsep yang berkaitan antara satu
dengan yang lain atau berkesinambungan. Untuk mengkukuhkan lagi penyampaian,
trasparensi warna jenis bergam sendiri ( self adhersive colour film) digunakan pada
helaian ke2, ke3 dan yang ke4 ditindih untuk memberi kesan pada maklumat atau
informasi yang disampaikan.

Transparensi Tutup-Buka. ( Masking transparency)

Konsep transparensi tutup-buka ini selari dengan konsep “masking” iaitu menyem-
bunyikan bahagian maklumat, gambar dan rajah dari tatapan pelajar. Tujuan
pertamanya adalah .untuk mendapatkan perhatian pelajar tentang gambar, maklumat
dan rajah yang akan ditayangkan itu. Kedua, adalah untuk memudahkan pelajar faham
peringkat-peringkat isi pelajaran yang berkaitan terbentuk. Ketiganya adalah untuk
mengelakkan kekeliruan pelajar memahami isi pelajaran yang ditayangkan itu nanti
jika tidak dilakukan mengikut urutan. Sering juga kaedah ini dinamakan kaedah
tetingkap kerana terdapatnya beberapa tingkap yang guru buka dan tutup semasa
proses pengajaran dilakukan.

Rajah 6.9
Transparensi buka tutup (tetingkap / masking)

64
Layar Tayang ( Skrin)

Layar tayang ( screen ) merupakan satu lagi keperluan utama untuk menggunakan
media tayang. Pada hari ini terdapat 2 kategori layar tayang yang digunakan bersama
dengan media. Kategori yang pertama adalah layar tayang yang lut cahaya dinamakan
“tayang belakang ( rear screen). Layar tayang jenis ini tontonannya boleh dilakukan di
dua belah layar tayang tersebut. Penonton boleh menonton dari belakang dan juga dari
bahagian depan layar. Kategori yang keduanya adalah layar tayang jenis tayangan
depan yang sering digunakan di sekolah. Layar tayang jenis ini terdiri dari beberapa
jenis permukaan pantulan cahaya yang perlu dipilih untuk kesesuai kita. Ia berbeza
pada saiz, bahan dan fungsinya. Ada yang menggunakan elektrik dan ada yang
berbentuk manual. Jenis layar tanyang yang kerap digunakan di sekolah terdiri dari
jenis layer tayang berikut.

a. Layar Tayang Jenis Matt

Materialsnya jenis kain tebal atau kanvas yang mempunyai permukaan putih
dan licin. Layar tayang jenis ini kurang membalikan cahaya yang banyak jika
dibandingkan dengan layar tayang yang lain. Layar tayang jenis matt ini sesuai
digunakan pada bilik yang pendek dan lebar.

b. Layar Tayang Jenis “ Glass Beaded”

Layar tayang jenis “ glass beaded” ini didapati gambar atau imejnya lebih
terang daripada layar tayang Matt. Permukaan putihnya disemburkan dengan
serbuk kaca yang hampir menyerupai kertas pasir. Banyak digunakan kerana
sinaran arcanya lebih terang seperti kaca ketika terkena cahaya. Layar jenis ini
sesuai digunakan pada bilik yang sempit dan panjang.

c. Layar Tayang Jenis “Silver Metalled”

Layar tayang jenis “Silver Metalled”didapati jenis yang terbaik antara layar
tayang yang lain. Ia berupaya memberi balikan cahaya yang baik dan
mempunyai pengunjuran imej yang berkualiti.

Rajah 6.10
Layar Tayang Jenis Matt
Rajah 6.11
Layar Tayang Jenis Glass Beaded

65
Penempatan Layar Tayang ( Skrin)

Majoriti dari sekolah menggantungkan layar tayangnya di papan hitam. Lokasi ini
sungguh pun baik bagi sudut tontonan tetapi menyukarkan guru mengguna dan
menulis maklumat di papan hitam apabila diperlukan. Guru akan membuka layar
tayang apabila diperlukan dan akan menutupnya balik apabila beliau ingin meng-
gunakan papan hitam untuk mencatitkan maklumat pelajarannya. Keadaan ini akan
berterusan disepanjang pengajaran dan boleh mengganggu kelicinan penyampaiannya.

Lokasi layar tayang yang paling ideal seelok-eloknya diletakkan di sudut kanan bilik
darjah. Pastikan layar yang digantung itu berada di sebelah kanan guru semasa
berhadapan dengan pelajarnya. Ini memudahkan guru membuat pergerakan dari
menggunakan OHP dan mencatitkan maklumat di papan hitam dan sebaliknya tanpa
membuka atau menutup layar tayang tersebut.

Papan Hitam

Layar tayang Rajah 6.12


Penempatan Skrin di
Bilik Darjah
Ruang kawasan
tontonan yg baik

Penempatan layar tayang ini juga jika diletakkan di aras yang lebih tinggi dan tidak
berada pada sudut tegak imejnya akan jadi herot dan berlaku kesan keystone (keystone
effect) yang membuat tontonan kurang baik. Cara untuk membetulkan keadaan kesan
keystone ini kedudukan layar tersebut perlu dibetulkan dengan mempastikan imej
tayangan di layar tayang berada pada sudut tegak sebagaimana dinyatakan di rajah
berikut.

Rajah 6.13 Kesan Keystone


Rajah 6.14.
Membetulkan imej dari Kesan Keystone

66
Untuk mempastikan pelajar dapat menonton tayangan yang baik selain dari
membetulkan kesan keystone itu, kedudukan layar tayangnya juga perlulah berada
pada jarak jauh yang sesuai. Formula piawai umum yang boleh digunakan tentang
jarak jauh layar tayang dengan penonton adalah pada kadar 2-8T saiz layar tayang.
Bermakna penonton yang berada di baris hadapan seelok-eloknya berada tidak kurang
dari dua kali ganda saiz tinggi layar tayang. Jika tinggi layar tanyang 8 kaki, jarak jauh
penonton di baris hadapan dengan layar tayang seelok-eloknya berada pada kadar 16
kaki.

Begitu juga pada penonton yang berada di barisan belakang, jarak jauh yang
piawainya adalah pada kadar lapan kali ganda saiz tinggi layang tayang. Bermakna
jarak antara layar tayang dengan penonton di baris belakang seelok-eloknya berada
pada jarak 64 kaki.

Panduan Menggunakan Mesin OHP dan Transparensi.

Bagi pengguna baru, berikut adalah panduan yang boleh membantunya mengoperasi
mesin OHP dan transparensi untuk menyampaikan pelajarannya dengan efektif.
Langkah-langkahnya adalah;

 Pastikan kedudukan OHP stabil. Jika diletakkan di atas


meja, mejanya hendaklah berada pada jarak imej fokus yang baik.

 Sambungkan plug wayar OHP ke punca kuasa elekterik.


Kabel yang panjang perlu diuruskan agar ia tidak jadi halangan pergerakan.

 Kaca datar dan lensa OHP dibersihkan. Gunakan tisu khas


atau kain kapas yang lembut atau pencuci lensa yang dilembabkan atau
gunakan methylated spirit.

 Buka penutup lensa kemudian hidupkan suis OHP dan


buat penyelarasan kejelasan imej dengan meletakan sampel transparensi atau
meletakan satu objek legap di kaca datar OHP tersebut dan memutarkan
tombol untuk buat penyelarasan jelas.

 Apabila imej dan teks yang terdapat di layar tayang itu


jelas, matikan suis dan bersedia untuk pengajaran.( susun transparensi ikut
urutan sebagaimana yang hendak disampaikan)

 Tutup suis, jika OHP tidak digunakan terutamanya semasa


kita menerang atau menggunakan papan hitam atau alat bantu yang lain.
Hidupkan semula jika diperlukan kembali.

 Guru perlu ingat bahawa selepas satu sesi penyampaian, ia


perlu matikan suis lampu OHP. Jika hendak menunjukkan sesuatu fakta elok
gunakan objek legap sebagai penunjuk di transparensi dan BUKAN di layar
tayang. Selain dari itu penunjuk laser (laser pointer) juga boleh digunakan
untuk menunjukkan sesuatu penerangan di layar tayang.

67
 Setelah tamat pengajaran guru perlu lakukan perkara
berikut;

o Matikan suis, biarkan kipas OHP berpusing sebelum dicabut plugnya


dari punca elektrik

o Simpulkan kabel OHP pada bahagian atau ruang yang telah disediakan
untuk kabel,

o Tutup penutup lensa,

o Biarkan beberapa minit untuk OHP sejuk sebelum dianjakkan ke


tempat lain.

Kesimpulan

Penggunaan transparensi dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu lagi
pendekatan yang membantu guru menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan secara
tayangan. Dengan menggunakan OHP dan transparensi proses pengajaran dan pem-
belajaran didapati lebih berkesan. Guru boleh menggunakan warna, animasi dan ilustrasi
yang real. Fakta, maklumat dan ilmu pengetahuan yang berperingkat-peringkat juga dapat
disampaikan secara teratur dan sistematik.

ARAHAN: Anda diminta menjawab semua soalan berikut dengan


membulatkan pada JAWAPAN A,B,C,D, yang telah disediakan.

1. Maklumat atau ilmu pengetahuan yang mengambarkan prosedur atau proses


rangkaian akan lebih efektif jika diditayangkan melalui medium transparensi;

A Selembaran ( single transparency)


B Tindih-tindan ( Overlay transparency)
C Tutup-buka ( Masking transparency)
D Berwarna ( Colour transparency

2. Transparensi selembaran ( single transaprency) adalah transparensi yang


memuatkan,

A konsep perbezaan
B gabungan teks dan gambar
C konsep secara berkesenambungan
D satu konsep tunggal
3. Berikut adalah kesalahan umum yang sering dilakukan apabila menggunakan
transparensi, KECUALI

A tulisannya menggunkan hurufnya serif


B terlalu banyak maklumat yang ingin ditayangkan
C teks di transparensinya menggunakan fon dekoratif yang cantik
D transparensinya menggunakan 7 perkataan dalam satu baris

68

Anda mungkin juga menyukai