Anda di halaman 1dari 5

BAB l

Pengantar Teknologi Pendidikan

Pengenalan

Konsep adalah tanggapan mental atau gambaran mental yang terbina difikiran kita.
Dengan itu apabila kita membicarakan tentang konsep , ia boleh difahamkan sebagai
gambaran atau tanggapan mental kita tentang perkara yang dibincangkan.

Sebagitu juga jika kita membincangkan tentang konsep Teknologi Pendidikan.,ia boleh
difahamkan sebagai gambaran atau tanggapan mental kita tentang Teknologi Pendidikan.
Pada hari ini definisi Teknologi Pendidikan ini didapati berbeza-beza. Jika ditinjau pada
fahaman Wedmeyer (1967), Siber ( 1972), Saettle (1972 ), AECT (1977 ), Mat Jizat
(1983) , Locatis dan Komoski (1987) Kemp (1991, Baharuddin et al ( 2000), dan lain-
lain lagi, pengertiannya berbeza dan tidak mengarahkan pada satu pengertian yang sama
walaupun pada konsepnya sama. Masing-masing akan memberi pengertian dari
perspektif mereka sendiri.Hal ini serupa juga pada cerita enam orang buta mengenali
seekor gajah.Pada Si buta yang memegang kaki , menerangkan bahawa gajah itu lurus
seperti tiang, pada Si buta yang kedua memegang telinga mengatakan bahawa gajah itu
berbentuk nipis macam kipas yang besar manakala Si buta yang memegang gajah di
bahagian perut menerangkan bahawa gajah itu macam dinding
_________________________________________

a. Perkembangan bidang teknologi Pendidikan amat pesat dengan elemen-elemen yang bersepadu dan konglomerat
dengan psikologi tingkahlaku, falsafah sosial, kommunikasi ,pendidikan pandang dengar dan sibernatiks
(Wedmeyer (1967)

b. Teknologi Pendidikan merupakan proses yang kompleks dan sepadu, melibatkan manusia, prosedur,idea,peralatan
dan organisasi untuk meng-analisis masalah, melaksana,menilai dan menguruskan jawaban pada masalah yang
melaibatkkan semua pembelajaran manusia.( AECT 1977)

c. Teknologi Pendidikan melibatkan fasiliti ( bahan dan alat ) untuk memudahkan manusia belajar melalui sistem
identifikasi, perkembangan, pengelolaan dan penggunaan alat-alat dan bahan-bahan pembelajaran melalui
pengurusannya.Ia termasuk,tetapi tidak terhad pada perkembangan sistem pengajaran,pengenalan bahan yang
wujud,penyampaian bahan-bahan pada pengguna dan pengurusan proses dan pelaksanaannya (Siber,1972)

d. Teknologi Pendidikan menitik berakkan pada kaedah secara keseluruhan dan set teknik yang digunakan pada
applikasi prinsip pengajaran ( Cleary, et al.1976)

e. Teknologi Pendidikan merupakan satu bidang pelajaran dan kemahiran yang menitik beratkan pada proses
pengelolaan semua sistem pendidikan dan peraturan, dimana sumber bahan pengajaran dan pembelajaran yang
terhimpun ditumpukan untuk menghasilkan pendidikan yang bermutu dan sesuai digunakan pada tahap-tahap
tertentu untuk mencapai objektifnya dari masa ke semasa.( Mat Jizat,1983)

f. Teknologi Pendidikan bukanlah alat semata-mata malah patut juga melihat Teknologi Pendidikan itu sebagai satu
proses perkembangan dimana teknik dan pengetahuan memainkan peranan yang penting. ( Locatis dan komoski
( 1987)

g. Teknologi Pendidikan merupakan satu proses yang sistematik dimana mutu elemen didalamnya dikawal ke arah
pembangunan produk yang mampu menghasilkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan
efisyen.( Baharuddin et al ( 2000)

1
Pandangan dan pendapat yang telah diajukan oleh pakar-pakar teknologi tersebut,
menyebabkan ramai dikalangan kita menpunyai konsep yang ‘enigmatik’ dan berbeza
antara seorang dengan yang lain. Perbezaan ini wujud selain dari yang telah
disarankan bagaimana seorang‘ buta mengenal seekor gajah’terdapat juga di kalangan
pakar-pakar teknologi pendidikan yang mempunyai hujah pada skop disiplinnya. Hal
ini berlaku kerana” no two experts ever come to tha same conclusion”.

Walau bagaimanapun, konsep Teknologi Pendidikan, sebagaimana yang telah


disarankan oleh Wedmeyer (1967), Siber,(1972), Cleary, et al (.1976) .( AECT 1977)
Mat Jizat (1983), Locatis dan Komoski(1987) Kemp ( 1991, Baharuddin et al
( 2000), jika dirumuskan pengertiannya dari aspek hafiah, menunjukkan bahawa
teknologi pendidikan itu merupakan,

“satu bidang yang amat luas meliputi semua aspek yang berkaitan dengan proses
pendidikan seperti teori pengajaran dan pembelajaran, psikologi pendidikan, kemahiran
penerbitan dan penggunaan ‘audio-visual, sibernatik, falsafah, sosiologi, kurikulum,
pedagogi , penilaian dan pengukuran .juga ilmu komunikasi.”

Dengan sebab itu amat wajar apabila mendefinisikan sesuatu perkara dua pendekatan
perlu diamalkan. Pertama,kita perlu memahami keseluruhan konsep perkara tersebut
dan jangan lihat pada satu aspek atau perspektif sahaja seperti Si buta menerangkan
tentang se ekor gajah. Kedua, amat wajar definisi perkata tersebut di tinjau dari aspek
etimologinya.

Konsep Teknologi Pendidikan dari aspek etimologi

Berasaskan pada pendekatan ini,Teknologi Pendidikan jika dilihat dari aspek


etimologinya merupakan perkataan gabungan: Teknologi dan Pendidikan. Perkataan
teknologi jika dilihat dari akar katanya juga mempunyai dua perkataan dasar, ‘Tekno’
dan ‘logy’. Tekno yang berakar katakan bahasa Greek ‘Techne’ yang membawa erti
‘kemahiran’dan “logy” yang datang dari akar kata ‘logos’ membawa erti sebagai
‘ilmu pengetahuan’ Dengan itu perkataan Teknologi jika dirumuskan akan diertikan
sebagai “ilmu kemahiran”

Manakala Saettler (1968) yang melihat Teknologi itu secara keseluruhan


menyarankan kata teknologi itu berasal dari kata ‘texere’ yang membawa erti
membina atau menyusun secara sistematik dengan menggunakan mesen (teknologi)
dan anggota manusia serta penegtahuan saintifik dan teknik.

Di sini kita perlu sedar bahawa,kemahiran atau kecekapan individu menggunakan


ilmu saintifik itu bukan pada konsep yang membawa erti kemahiran menggunakan
alat, mesen, bahan siber dan seumpamanya sahaja tetapi ia boleh diertikan juga
sebagai kemahiran atau kecekapan menggunakan ilmu saintifik yang telah seseorang
kuasai atau milikinya

Kata pendidikan pula jika ditinjau pada kata dasarnya ‘didik’boleh membawa erti
‘proses asuhan, proses penyampaian, proses pengajaran dan proses pimpinan. Dalam
proses ini sewajarnya ada ‘sesuatu yang hendak kita ajar, asuh atau sampaikan pada
pelajar kita. Dengan itu kata “pendidikan” itu boleh dirumuskan sebagai ‘Satu

2
proses untuk membentuk, mengajar (melatih) dan menyampaikan sesuatu dengan
tujuan untuk mengubah tingkahlaku individu yang diterima oleh masyarakatnya.
Hasil dari proses ini, dijangkakan individu yang dihasilkan telah memenuhi
keperluan masyarakatnya.

Rumusan yang boleh diambil tentang Teknologi Pendidikan dengan mengabungkan


konsep ‘teknologi dengan pendidikan’ ia dapat difahamkan sebagai ;
“Pelbagai ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai secara menyeluruh untuk pengelolaan
proses membentuk, mengajar dan menyampaikan sesuatu bagi menghasilkan pendidikan yang
berkesan pada pelajar dengan tujuan untuk mengubah tingkahlaku yang masyarakat boleh
terima

Teknologi Pengajaran

Teknologi Pengajaran pula jika diguna pakai ‘teknologi’ itu sebagai ilmu kemahiran
maka perkataan ‘Pengajaran’ yang mempunyai akar kata ajar, dapat difahamkan
sebagai proses mengasuh, mengdidik, melatih untuk mencapai sesuatu yang telah kita
rancangkan.Sebagai seorang guru ia sudah mestinya telah mempunyai ilmu dan
menguasai kemahiran keguruan sebelum mengajar. Beliau sudah menyediakan
rancangan pengajaran dengan menyatakan objektif yang ingin dicapai dan penilaian
pengajaran sama ada formatif atau sumatif.

Semasa proses penyampaian dijalankan, kaedah dan teori ilmu yang dikuasai
digabungkan dengan kemahiran guru mengguna dan mengelolakan alat dan bahan
untuk disalurkan kepada pelajar dengan sistematik dan efektif untuk kefahaman
pelajar

Di sini ilmu kemahiran ( teknologi) yang difokuskan adalah pada ilmu proses
mengajar,mendidik dan mengasuh pelajar seperti teori pengajaran , pedagogi
pengajaran dan psikologi digabungkan dengan ilmu kemahiran menyedia dan
menggunakan alat bantu dan berkemahiran membuat penilaian pengajarannya sama
ada secara summatif atau formatif.

Dengan itu teknologi pengajaran boleh kita simpulkan sebagai “kemahiran guru
menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan mengabungkan kepakaran guru dan
penggunaan alat yang sesuai dan sistematik untuk meningkatkan kefahaman dan
penghayatan pelajar pada objektif pelajaran yang diajar.”

Tekonologi Pembelajaran
Konsep pembelajaran pula boleh dilihat dari pelbagai sudut. Dengan itu hingga ke
hari ini konsep pembelajaran belum ada satu persetujuan jitu yang diambil.
Pandangan dan pendapat pakar senantiasa berbeza-beza antara seoarang dengan yang
lain. Walau bagaimana pun satu faktor yang diterima umum, bahawa pembelajaran
itu wujud dan sering berlaku dikalangan manusia .Pembelajaran boleh berlaku
apabila manusia melakukan kerja atau aktiviti dengan cara cuba-jaya ( trial -
success), pelaziman ( conditioning), pemerhatian dan mengamatan melalui proses

a. Assosiasi.
b. Aktiviti yang aktif dan dinamik
c. Integrasi

3
d. Peningkatan dan perubahan
e. Mencari dan mendapatkan ilmu serta bertujuan
f. Kreativiti
g. Penemuan dan penerokaan
h. Pemahaman
i. Integrasi individu dengan alam empiri
j. Perpindahan ilmu
k. Kooperasi

Pembelajaran sebagaimana yang disarankan di atas tidak berlaku secara pasif. Pelajar
perlu aktif dan berkemahiran untuk melakukan aktiviti, kreativiti yang dinamik untuk
mendapatkan ilmu.

Untuk mendapatkan dan meningkatkan ilmu dijangkakan setiap pelajar perlu


mengetahui dan memiliki kemahiran berikut.

a. Belajar cara hendak belajar


b. Mengetahui bagaimana hendak meyelesaikan masalah baru
c. Bagaimana seseorang dapat meningkatkan pengetahuan baru
d. Belajar cara menggunakan proses yang rational
e. Dapat meningkatkan kecekapan dan kemahiran asas pendidikan dari 3R + 4R*.

Kemudian dengan menggunakan teknologi ia dapat memudahkan proses pembe-


lajaran, pengajaran dan penilaian. Kemudahan-kemudahan ini termasuk pembelajaran
berasaskan komputer ,(multimedia, rangkaian internet), modul berbentuk tayang dan
percetakan dan sistem kommunikasi yang menyokong proses pembelajaran.

Teknologi Pembelajaran di sini mengambarkan bahawa applikasinya amat luas.


Sebahagiannya telah diklasifikasikan dengan beberapa terminologi dan akronim
seperti,CAI ( Computer Aided Instruction),,CAL ( Computer Aided Learning)
CALL (Computer Aided Languange Learning),CBL (Computer Based Learning) ,
CBT (Computer Based Training) CAA (Computer Aided Assessment) dan CMC
(Computer Mediated Communication) dan MODUL berbentuk tayang dan
percetakan yang digunakan sebagai perisian untuk pembelajaran.

Melalui pakej pembelajaran yang berunsur teknologi ini, pengguna dapat berinteraksi
dengan persembahan isi pelajaran yang telah di rancangkan itu. Proses interaksi ini
dinamakan HCI ( Human—Computer--Interface) proses antara muka manusia-
komputer, HMI ( Human machine Interface) dan HLM ( Human Learning Module )

Lazimnya pakej-pakej pembelajaran ini guru gunakan untuk membuat;

a. Latih Tubi ( Drill and practice)


b. Tutorials
c. Sistem mengesan balik maklumat ( Information retrieval systems)
d. Simulasi ( simulation)
_____________________________________________
*3R + 4R lihat pada BAB ll

4
e. Dunia makro ( Macroworlds)
f. Alat kognitif pembelajaran( Cognitive tools for learning)
g. Alat Penerbitan ( Productivity tools)
h. Alat Komunikasi ( Communication Tools)

Dari huraian ini, dapat kita simpulkan bahawa Teknologi Pembelajaran itu adalah:

“Proses interaksi antara pelajar dengan persembahan isi pelajaran yang telah
dirancangkan dalam bentuk HCI ( Human-Computer Interface.), HMI ( Human
Machine Interface), HLM (Human Learning Module ) seperti CAI, CAL, CALL
CBL dan Modul Pembelajaran dengan tujuan untuk meningkat dan mengukuhkan
pengajaran-pembelajaran dan penilaian melalui penggunaan bahan teknologi
berasaskan komputer dan sistem rangkaian internet.”

Kesimpulan

Untuk memahami sesuatu definasi dua pendekatan perlu digunakan sebelum kita
membuat keseuatu keputusan. Pertama,kita gunakan pendekatan hafiah. Pendekatan
ini merlukan kita buat analisis dan generalisasi pada definasi yang telah diberi oleh
“pakar” yang terdahulu dari kita. Pastikan sama ada maksud yang telah disarankan itu
menepati pada maksud atau pada kontak anda. Kedua, kita gunakan pendekatan dari
perpekpektif etimologi.dengan mencari akar kata terminologinya. Kemudian setelah
kedua pendekatan digunakan anda akan dapat membuat kesimpulan yang lebih
mantap

Sebagaimana yang telah diperjelaskan, bahawa konsep Teknologi Pendidikan tidak


sama dengan konsep Teknologi Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran. Perbezaan
ini jika distrukturkan dalam bentuk hairaki, Teknologi Pendidikan berada di aras
Supra Ordinat, Teknologi Pengajaran berada di aras ordinat manakala Teknologi
Pembelajaran pula berada di aras sub-ordinat. Teknologi Pendidikan konsepnya lebih
menyeluruh merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan proses untuk
mendidik seperti falsafah, psikologi, kemahiran pendidik dan pelajar, sistem dan
kaedah penyampaian, suasana belajar dan aktiviti-aktiviti yang di jalankan pada
proses didikan.Teknologi Pengajaran pula konsepnya lebih menumpukan pada
perhubungan manausia ( antara “guru” dangan “pelajar”).Pada konsep ini terdapat
pergabunkan kepakaran guru dan penggunaan alat yang sesuai dan sistematik untuk
meningkatkan kefahaman dan penghayatan pelajar pada objektif pelajaran yang
diajar.” Manakala Teknologi Pembelajaran fokusnya adalah pada proses interaksi
antara pelajar dengan persembahan isi pelajaran,mesen dan komputer.

Latihan

1. Adakah konsep Teknologi Pendidikan,Teknologi Pengajaran dan Teknologi


Pembelajaran sama. Mengapa dan jelaskan

2. Nyatakan 2 kaedah yang anda akan gunakan jika hendak mencari makna atau
definisi pada sesuatu perkara atau termonologi.

3. Huraikan perbezaan tentang konsep Teknologi Pendidikan yang diberikan oleh


Komoski dan Locatis dengan Wedmeyer?

Anda mungkin juga menyukai