Anda di halaman 1dari 1

Nama:..................................................

Pendidikan Sivik dan Kenegaraan

Tingkatan 4:.............................

Arahan: Jawab semua soalan dan jawab di dalam buku latihan. 1. Pencapaian kendiri yang seimbang menjadi impian semua insan. Namun ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dijadikan kenyataan. Hanya berangan-angan sahaja langsung tidak cukup untuk menjadi cemerlang. (a) Jelaskan kepentingan mempunyai wawasan diri bagi setiap individu. (b) Terangkan usaha yang perlu dilakukan oleh seorang pelajar untuk mencapai wawasan diri. (c) Hala tuju yang jelas dan nyata amat penting dalam kehidupan. Jelaskan dua kesan jika hala tuju seseorang itu tidak jelas (d) Gigih berusaha selalunya membuahkan kejayaan dalam hidup. Namun jika gagal, anda tidak perlu berhenti di pertengahan jalan. Nyatakan dua cara anda mengatasi kegagalan dalam diri anda. 2. Sistem pendidikan di negara ini sentiasa berusaha ke arah melahirkan generasi yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani serta sahsiahnya. (a) Huraikan kepentingan mempunyai perkembangan diri yang seimbang.. (b) Negara amat memerlukan masyarakat yang berdaya intelek yang tinggi. Terangkan dua cara untuk menjadi seorang yang berintelek. (c) Semua individu perlu mempunyai rohani yang teguh untuk mencapai kendiri yang seimbang. Nyatakan dua ciri individu yang mempunyai rohani yang teguh. (d) Apakah elemen-elemen penting dalam kecerdasan emosi? 3. Institusi keluarga merupakan asas yang akan memerlukan masyarakat, politik, ekonomi dan sosial sesebuah negara itu. Oleh itu, keluarga bukan sahaja untuk menyambungkan zuriat tetapi untuk memenuhi keperluan lain dalam kehidupan. (a) Nyatakan kepentingan keluarga kepada sebuah negara. (b) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang merenggangkan hubungan kekeluargaan. (c) Konflik dalam keluarga perlu dielakkan supaya keluarga anda harmonis. Berikan dua cara anda mengatasi konflik dalam keluarga. (d) Nyatakan nama badan kerajaan yang bertanggungjawab menggubal dasar dan undangundang berkaitan dengan pembangunan keluarga.

.........................................................Selamat Menjawab.............................................................

Anda mungkin juga menyukai