Anda di halaman 1dari 6

TAMADUN MALAYSIA IDAMAN

TOPIK PERBINCANGAN KULIAH

KONSEP ISLAM HADHARI DEFINISI DEFINISI LATAR BELAKANG RASIONAL VISI MISI OBJEKTIF

10 PRINSIP ISLAM HADHARI KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH KERAJAAN YANG ADIL DAN BERAMANAH

MENCARI DAMAI ABADI Aku cari bukan harta bertimbun-timbun, Untuk hidup kaya, Aku cari bukan wang berjuta-juta, Untuk hidup bergaya, Aku cari bukan kawan-kawan, Untuk hidup sekadar berfoya-foya, Aku cari mana dia Al-Ghazali, Aku cari mana dia Al-Shafie, Kita bongkar rahsia kitab suci, Cari pedoman, Kita bongkar rahsia sunah Nabi, Cari panduan, Ca pa dua , Aku hidup kerana Dia Rabbi, Dialah teman, Dialah wali, Dia mencukupi, Aku hidup bererti, Menikmati damai abadi. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-

MENCARI DAMAI ABADI


DEFINISI

Puisi yang secara tidak langsung memaparkan gagasan Islam Hadhari Tokoh-tokoh pemikir dan intelektual muslim seperti al-Ghazali dan al-Syafii sebagai ikon manusia2 i 2t terbilang bil Langkah: membongkar rahsia kitab al-Quran dan Sunnah Nabi. Matlamat untuk menikmati damai abadi kesejahteraan dan kebahagiaan yang seimbang di dunia dan akhirat.
5

ISLAM

HADHARI

Islam yang menekankan aspek tamadun (civilizational Islam)

DEFINISI
Pemahaman istilah Islam Hadhari secara mudah dalam Bahasa Inggeris ialah:
Civilizational Islam Islamic Civilizational Approach Comprehensive Civilizational Approach to the Development in Malaysia
7

2 pendekatan takrif Hadhari:


Bertamadun Hadir (realiti)

Bertamadun: hasil tindakbalas antara


manusia dengan alam dan kehidupan sekitarnya melalui usaha yang dilakukan oleh manusia sendiri bagi memperbaiki kedudukan kehidupannya di dunia secara fizikal dan spiritual mengikut keperluan dan peredaran semasa

Justeru, hadharah ataupun tamadun adalah hasil usaha yang dilakukan oleh manusia untuk mengeksploitasi unsur alam yang berada di sekitarnya bagi merealisasikan li ik segala l k keperluan l dalam masyarakat manusia serta menyebarluas elemen-elemen kebaikan dan kebahagiaan manusia sejagat.

Hadir/Realiti: Hadhari berasal dari kata hadhara yang kalau diterjemahkan dari segi bahasa, maknanya hadhir (hadir). Kupasan p dari istilah hadhir ini ialah realiti. Jadi Islam Hadhari ialah Islam Realiti. Realiti adalah yang sebenarnya, yang betul-betul Islam, yang murni dan yang hakiki, atau Islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Islam yang membawa kemajuan rohaniah dan lahiriah.
9 10

DEFINISI LENGKAP
Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada ruang lingkup tamadun Islam, bagi melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual dan material, mampu berdikari, berdaya saing melihat ke hadapan (futuristik), inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, objektif, praktikal

HURAIAN DEFINISI
Definisi ini membawa maksud suatu pendekatan berasaskan kepada ajaran Islam yang memfokuskan kepada usaha mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat dan negara yang bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta masalah penjajahan pemikiran dan cara hidup
12

11

LATAR BELAKANG KEMUNCULAN ISLAM HADHARI


Konsep Islam Hadhari tercetus buat pertama kalinya oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan dasarnya pada perhimpunan agung UMNO ke 55 pada 23 September 2004: Islam Hadhari memberi penekanan kepada Islam pembangunan-pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban. Peradaban yang dicanai dengan Islam dan memberi fokus kepada usaha untuk mempertingkatkan mutu kehidupan (kehidupan berkualiti). Mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Mempertingkatkan mutu kehidupan dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem kewangan yang dinamik

Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas-asas fundamental. Asas dan fundamental menurut yang terkandung dalam Al-Quran yang g merupakan p teras dan Hadis y pembinaan tamadun Islam.

13

Kita memerlukan keteguhan iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal. Pendekatan menjayakan Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang dapat memperkasa perjuangan bangsa yang lebih besar, di dunia dan di akhirat.

14

RASIONAL ISLAM HADHARI DIPERKENALKAN


FAKTOR DALAMAN FAKTOR LUARAN
Cabaran globalisasi memerlukan Islam didekati secara Hadhari Peristiwa 911 mengaitkan Islam dan umatnya dengan keganasan Islamophobia (ketakutan kepada Islam) di Barat Tentangan terhadap tradisionalisme dan fundamentalisme dan usaha menyuburkan liberalisme ala Barat dalam beragama Hegemoni Barat bentuk baru, cabaran faham kebendaan dan hedonisme.

Menurut YAB Perdana Menteri Malaysia konsep Islam Hadhari memfokuskan Islam sebagai agama yang moderat, yang sesuai untuk membangunkan kehidupan masyarakat kontemporari kontemporari. Konsep ini diharapkan mampu memajukan masyarakat majmuk, lebih-lebih lagi dalam suasana yang berubah-ubah.

Islam hanya sebagai agama warisan, bercampur aduk amalan adat dan tradisi Kecenderungan membataskan Islam dalam fahaman sempit dan aspek2 tertentu sahaja Umat Islam terpecah kepada puak-puak yang mencetuskan konflik berpanjangan Difahami dalam konteks ritual dan spiritual dengan meninggalkan aspek duniawi Umat Islam menghadapi landskap politik dunia yang berubah
15

16

VISI
Untuk Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri sendiri. Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat:
membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan, SERTA tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan Agama. 17

MISI

Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah b l d k pendekatan berlandaskan d k t I Islam l yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.

18

OBJEKTIF
Melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, khl k i intelektual, t l kt l material, t i l mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.
19

MALAYSIA: NEGARA CONTOH


Malaysia adalah contoh terbaik sebuah negara Islam di dunia masa kini. Ianya berlandaskan kepada dua ciri utama: iaitu, yang pertama kerana rakyatnya yang aman dan damai tanpa peperangan serta tanpa huru hara dan keduanya kerana pembangunannya yang pesat serta maju di bawah kepimpinan umat Islam (Shaikh alAzhar, Prof Dr Mohamad Sayed Tantawi di Multaqa Ulamak Sedunia di Putrajaya, Julai 2003)
20

MAMPUKAH MALAYSIA MENJADI PUSAT KETAMADUNAN DUNIA?


SATU PERBANDINGAN: Selama hampir lapan ratus tahun berada di bawah pemerintahan Islam, Andalus menjadi sumber tamadun kepada Eropah. Sebagai sebuah negara bertamadun tinggi tinggi, pelbagai kemajuan telah dicapai antaranya dalam bidang seni, sastera dan sains. Andalus menjadi tumpuan para penuntut dari Eropah seperti Jerman, Perancis dan England serta negaranegara Eropah yang lain. Bidang-bidang ilmu seperti matematik, astronomi, biologi, sejarah, falsafah dan ilmu-ilmu hukum hanya boleh dipelajari di Andalus (William Draper)
21

MANUSIA+IDEA+MASA
Ini akan mengambil masa yang cukup panjang sebab ia ada hubung kait dengan bukan hanya pembangunan fizikal. Ia bermula dengan pembangunan modal insan (the human capital) yang mesti dibekalkan dengan ilmu pengetahuan. Dengan sikap ik yang b boleh l h memperkasakan k k secara b baik ik di diri i dia - fikiran dia, ilmu yang ada pada dia, akal dia, jiwa dia. Ini penting kerana manusia seperti inilah yang akan menghidupkan sesebuah negara. Manusia seperti inilah yang akan membuat sesuatu yang akan berjaya. Manusia seperti inilah yang dapat mencipta sesuatu teknologi. (YAB Perdana Menteri)
22

KESIMPULAN
Islam Hadhari adalah satu kerangka Dasar Nasional yang dijadikan sebagai asas dalam perancangan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara Islam maju menjelang tahun 2020 Islam Hadhari merupakan satu pendekatan kerajaan Malaysia yang berkonsepkan pembangunan yang seimbang antara keperluan fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dalam usaha untuk membina semula keagungan tamadun umat Islam dalam era 23 globalisasi masa kini

10 PRINSIP ISLAM HADHARI


Kerajaan yang Adil dan Beramanah Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah Rakyat Berjiwa Merdeka Penguasaan Ilmu Pengetahuan Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif Kehidupan Berkualiti Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita Keutuhan Budaya dan Moral Pemeliharaan Alam Semulajadi Kekuatan Pertahanan
24

(1) KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH


KERAJAAN YANG ADIL DAN BERAMANAH Pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. Oleh itu semestinya al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai teras pegangan dan rujukan utama. Jalinan akidah yang mantap dengan adanya pelaksanaan syariah (perundangan),berakhlak mulia, dan mengamalkan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Mengabaikan iman dan taqwa menyebabkan dasar ini menjadi sia-sia dan tidak membawa makna apaapa.
25 26

KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH

Allah menyebut dalam al-Quran: Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan(Rasul kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (al-Araf 7:96).
27

(2) KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH


Adil bermaksud memberi hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar dan kesesuaian masing-masing. Allah menyebut: Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat (ihsan) kebaikan , serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya.(Surah al-Nahl 16: 90).
28

Keadilan menurut Islam dilaksanakan tanpa melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan pangkat, miskin kaya atau perbezaan agama. Allah SWT berfirman dalam Quran: Maksudnya: Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (al-Maaidah 5: 8).
29

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari menyebut: Maksudnya: Sekiranya (anakku) Fatimah binti Muhammad (s.a.w) mencuri nescaya aku akan memotong tangannya. Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya.

30

Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) ( y ) kamu supaya p y menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah s.w.t. dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat. (al-Nisa 4:58)
31

Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik, maju, dan dirahmati Allah SWT sebagaimana ditegaskan dalam al-Quran: Maksudnya: Demi Sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba satu tanda (yang membuktikan k kemurahan h All Allah) h) yang t terdapat d t di t tempat t ti tinggal l mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur). Yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (Kariah mereka).(Lalu dikatakan kepada mereka):makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya: (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun. (Saba : 15)
32

KESIMPULAN
Usaha ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang bertamadun dengan berasaskan kepada pendekatan Islam Hadhari seharusnya bukan sekadar slogan tetapi mesti dihayati secara serius untuk menterjemahkan nilai-nilai Rabbani dan pengungkapan p g g p akhlak dalam ertikata y yang g luas dan bijaksana Umat Islam mesti kembali kepada ajaran Islam yang komprehensif supaya kitaran tamadun dapat diputar kembali. Justeru, jalur ketamadunan ini perlu disuburkan dalam pemikiran, pendidikan, pembangunanm ekonomi, pertahanan, alam sekitar berasaskan keimanan dan ketaqwaan supaya lahir suasana yang adil dan beramanah dalam diri, keluarga, masyarakat dan kerajaan yang diberi amanah. 33

Anda mungkin juga menyukai