Anda di halaman 1dari 48

BIODATA PENGASAS

Nama

YAB Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Ahmad Badawi 26 November 1939 Kepala Batas, Pulau Pinang Menengah : SMK Bukit Tinggi Bukit Mertajam : Penang Methodist Boys School Pulau Pinang Universiti : Universiti Malaya

Tarikh Lahir : Tempat Lahir : Pendidikan :

Jawatan

Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 Melancarkan Islam Hadhari

Sumbangan :

Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun menyeluruh yang berupaya menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing bangsa Melayu dan umat Islam amnya. Islam Hadhari akan menjadikan warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam masa lampau sebagai pendorong kepada pembangunan dan kemajuan tamadun umat Islam masa kini dalam semua bidang kehidupan. Islam Hadhari telahpun dijadikan satu kerangka Dasar Nasional yang akan dijadikan sebagai asas di dalam perancangan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara Islam Maju menjelang Tahun 2020. Dalam erti kata lain, Wawasan 2020 yang telah dijadikan sebagai mainstream negara selama ini haruslah berpaksikan kepada roh Islami atau dalam istilah yang lebih progresifnya ialah Islam Hadhari.
3

PENDAHULUAN

Islam hadhari merupakan pendekatan pembangunan yang diperkenalkan oleh mantan perdana menteri Malaysia yang ke 5 iaitu Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada 23 September 2003.

Islam Hadhari bukanlah satu ajaran baru, ianya adalah ajaran Islam yang sebenar yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah ( Islam Fundamental ). Hal ini bukanlah satu perkara yang baru kerana agama Islam adalah satu agama yang syumul; agama yang sesuai sepanjang zaman dan agama yang merentasi sempadan tempat dan waktu. Malah penggunaan istilah Hadhari telahpun digunakan oleh ilmuan Islam sejak dari dulu lagi seperti Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya Al-Muqaddimah dan pemikir al-Jazair iaitu Malik Bennabi yang cenderung menggunakan istilah hadhara yang dianggap hampir kepada maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual.

Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun menyeluruh yang berupaya menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing bangsa Melayu dan umat Islam amnya. Islam Hadhari akan menjadikan warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam masa lampau sebagai pendorong kepada pembangunan dan kemajuan tamadun umat Islam masa kini dalam semua bidang kehidupan.

Lantaran itu Islam Hadhari telahpun dijadikan satu kerangka Dasar Nasional yang akan dijadikan sebagai asas di dalam perancangan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara Islam Maju menjelang Tahun 2020. Dalam erti kata lain, Wawasan 2020 yang telah dijadikan sebagai mainstream negara selama ini haruslah berpaksikan kepada roh Islami atau dalam istilah yang lebih progresifnya ialah Islam Hadhari . Inilah rahsia yang tersurat disebalik kesungguhan kepimpinan negara di

bawah teraju YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan Islam Hadhari.

Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan berdasarkan kepada beberapa rasional iaitu;

(a) Islam Sebagai Agama Persekutuan Perlembagaan Malaysia Fasal 3(1) menyebut bahawa Ugama Islam adalah ugama Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Realitinya negara-negara luar melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh dalam bidang pentadbiran, ekonomi, pendidikan, teknologi, sosio-budaya dan kestabilan politik. Walaupun Malaysia merupakan Negara-negara berbilang agama dan kaum, namun agenda

pembangunan ummah dapat dijayakan secara harmoni hingga dapat membawa kemakmuran kepada rakyat dan Negara.

(b) Kesinambungan Kepada Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam

Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam (DPNI) telah diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 1985. Pada tahun 2001 Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2001 Mengenai Garis Panduan Mengadakan Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam telah dikeluarkan. Setelah dua dekad DPNI diperkenalkan, banyak hasil dan manfaat yang telah dapat dilihat dan dinikmati bersama, khususnya dalam budaya kerja, malah secara amnya telah turut diamalkan oleh sektor swasta. DPNI juga telah dapat melahirkan sistem ekonomi berteraskan prinsip Syariah, serta kemajuan dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia. Pada tahun 2004 Pendekatan Islam Hadhari pula diperkenalkan. Pendekatan ini merupakan tambah nilai kepada DPNI kerana konsep pendekatannya yang lebih komprehensif dan menyeluruh berdasarkan peradaban. Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan
5

modal insan dan pembangunan fizikal yang merupakan teras pembinaan sesebuah tamadun.

(c) Pendekatan Islam Hadhari Sebagai Pemacu Wawasan 2020

Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 mengandungi aspirasi Negara Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri serta berupaya menangani cabaran-cabaran yang bakal dihadapi. Pendekatan Islam Hadhari adalah selari dengan Wawasan 2020, serta menjadi pemangkin dan pemacu kepada kejayaan wawasan tersebut. Matlamat Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk mencapai kemajuan secara menyeluruh dengan harapan menjelang tahun 2020 akan wujud sebuah negara Malaysia yang maju dan membangun melalui acuan ketamadunan Islam.

(d) Menjadikan Islam Sebagai Penyelesai Cabaran Semasa

Dunia dan kehidupan manusia sentiasa mengalami perubahan disebabkan oleh proses perubahan masa dan tahap pencapaian tamadun. Proses perubahan tersebut berlaku dengan pantas membawa cabaran dan permasalahan-permasalahan yang baru. Untuk menghadapi cabaran ini, ajaran Islam perlu dijadikan pemangkin bagi menghadapi realiti kehidupan semasa. Antaranya ialah bersikap fleksibel dalam berijtihad bagi perkara-perkara yang boleh diijtihadkan, dengan keyakinan bahawa ajaran Islam mampu menyelesaikan permasalahan ummah dalam sebarang situasi. Jika para ulama dan pemimpin Islam zaman dahulu telah mampu menyelesaikan permasalahan yang berlaku pada zaman mereka, maka ulama pada masa kini juga sewajarnya berupaya menyelesaikan isu-isu ummah yang berlaku pada masa kini secara berkesan.

(e) Merealisasikan Islam Sebagai Agama Yang Dapat Memberi Rahmat Kepada Alam Sejagat

Dalam konteks Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama, kepimpinan negara telah meletakkan ketamadunan Islam sebagai agenda bagi mengurus pembangunan Negara. Pendekatan Islam Hadhari akan memberi manfaat kolektif yang dapat dinikmati secara harmoni kepada seluruh rakyat. Ini kerana keharmonian ajaran Islam itu adalah meliputi seluruh umat tanpa mengira bangsa dan kepercayaan.

Tumpuan awal pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman mengenai konsep-konsep umum Pendekatan Islam Hadhari kepada seluruh lapisan masyarakat.Tugas ini telah dipertanggungjawabkan kepada lapan agensi pelaksana, dengan sasaran masing-masing. Agensi-agensi
tersebut adalah seperti berikut:

BIL
1

AGENSI
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

SASARAN
Kakitangan kerajaan dan masyarakatawam Sektor swasta

Pejabat Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri

3 4

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM)

Pertubuhan politik Guru dan pelajar

Jabatan Pengajian Tinggi (JPT)

Institusi pengajian tinggi awam dan swasta

6 7 8

Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Warga Angkatan Tentera Malaysia Masyarakat bukan Islam Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

MAKSUD ISLAM HADHARI

Apakah yang dimaksudkan dengan Islam Hadhari ? Islam Hadhari adalah gabungan dari dua kalimah Bahasa Arab, iaitu : Islam dan Hadhari (sifat). Asal perkataan Hadhari ialah Hadharun Hadharatun (Hidup di Bandar) yang membawa maksud membangun, maju ataupun bertamadun lawan kepada perkataan badawah (kepedalaman atau kemunduran). Bertolak daripada kata dasar tersebut maka perkataan hadharah ataupun sifatnya hadhari bolehlah ditakrifkan sebagai hasil tindakbalas antara manusia dengan alam dan kehidupan sekitarnya melalui usaha yang dilakukan oleh manusia sendiri bagi memperbaiki kedudukan kehidupannya di dunia secara fizikal dan spiritual mengikut keperluan dan peredaran semasa (waqie).

Pengertian hadharah (hadharatun) itu semakin luas skopnya apabila komuniti manusia itu semakin jauh daripada corak hidup kepedalaman, serta apabila mereka mula terbabit dengan gaya hidup masyarakat maju yang progresif dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian zaman dan tempat. Justeru, hadharah ataupun tamadun adalah hasil-hasil usaha yang dilakukan oleh manusia untuk

mengeksploitasi unit-unit alam yang berada di sekitarnya. Tujuannya ialah untuk merealisasikan segala keperluan dalam masyarakat manusia serta menyebar luas faktor-faktor kebaikan dan kebahagiaan di kalangan manusia sejagat.

VISI ISLAM HADHARI

Visi Islam Hadhari adalah Untuk Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan Agama.

MISI ISLAM HADHARI

Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan seimbang.

OBJEKTIF ISLAM HADHARI

Objektif Islam Hadhari adalah bagi melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

10 PRINSIP UTAMA ISLAM HADHARI

Bagi menjana pembangunan yang seimbang dan pengintegrasian antara kemajuan duniawi dan juga persiapan ukhrawi dalam Pembangunan Islam Hadhari di Malaysia, maka Y.A.B Perdana Menteri telah memberi penekanan kepada Kehidupan Berkualiti sebagai salah satu daripada 10 Prinsip Utama Islam Hadhari :

1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi Ia merupakan teras utama kepada masyarakat islam.Al-Quran dan sunnah Rasullullah s.a.w dijadikan pegangan, panduan dan rujukan. Hasil daripada gabungan kemantapan akidah dan syariah ini mampu membentuk manusia yang berakhlak, bermoral dan memiliki nilai-nilai murni..

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan; Keimanan yang mantap Ketaqwaan yang menyeluruh Pegangan agama Islam yang teguh Pengamalan kolektif nilai-nilai murni Masyarakat yang beragama selaras dengan prinsip pertama Rukun Negara

2. Kerajaan adil dan beramanah Adil yang dimaksudkan ialah memberi hak kepada yang berhak dan haknya.Hal ini dapat dilakukan apabila pemerintahan yang dijalankan tidak melihat kepada perbezaan agama,keturunan,warna kulit,bangsa atau

kedudukan.Selain itu,kerajaan juga harus meletakkan amalan tadbir urus yang baik bagi mempamerkan sifat amanah kepada rakyat yang memberi kuasa.

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan; Pentadbiran yang adil bagi semua rakyat Tadbir urus yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun,
10

bertanggungjawab Kebajikan rakyat terpelihara Berjimat cermat mengelak pembaziran

3. Rakyat berjiwa merdeka Prinsip ini penting bagi memastikan rakyat tidak dikongkong dengan kuasa luar dan mengelakkan daripada dijajah ekonomi, politik serta sosial. Rakyat berjiwa merdeka mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanafaat bagi diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan; Semangat jati diri Berfikiran terbuka Tidak terbelenggu kesan penjajah Kreatif dan inovatif Mampu bersaing Berdaya maju Berdikari Berusaha menerima perubahan

4. Penguasaan ilmu pengetahuan. Melalui ilmu pengetahuan,pelbagai kebaikan dapat diperolehi seperti budaya intelektual dapat dikembangkan,kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan.Pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardu kifayah dapat melahirkan insan seimbang dan harmonis.

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan; Umat yang cintakan ilmu Menjadi bangsa peneroka ilmu Mendalami ilmu fardhu ain (bagi umat Islam)
11

Menguasai semua bidang ilmu fardhu kifayah Meninggalkan ilmu-ilmu negatif yang boleh merosakkan akidah Membina masyarakat melalui pendekatan ilmu Memantapkan integrasi ilmu melalui program dwipengkhususan

5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif Hal ini dapat dicapai melalui pertumbuhan ekonomi yang dijadikan sebagai pemangkin pembangunan Negara. Kekayaan dan kemakmuran ekonomi yang diperoleh harus dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.Pihak kerajaan dan swata perlu bersepadu dalam memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawabnya.

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan; Umat yang mengambil berat tuntutan fardhu kifayah dalam bidang ekonomi Umat yang maju dalam bidang ekonomi Negara yang maju dan berkat Mengelak pembaziran dalam aktiviti ekonomi Mengutamakan golongan kurang berkemampuan Negara membangun berasaskan ekonomi yang halal Keseimbangan ekonomi antara bandar dengan luar bandar Kerjasama kondusif antara sektor awam dengan swasta Memberi keutamaan kepada ekonomi yang berkait dengan keperluan asasi rakyat Mengelak penindasan dalam aktiviti ekonomi

6. Kehidupan berkualiti Keperluan kehidupan asasi seperti taraf hidup yang baik, sistem kekeluargaan yang utuh dan sistem masyarakat yang harmoni adalah perkara yang menjamin kepada kehidupan berkualiti pada hari ini. Antara lain, pemeliharaan

12

amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan dan menghayati kehidupan yang aman juga merupakan indikator yang penting.

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan; Menjadikan ibadah khusus sebagai asas kehidupan berkualiti Tempat tinggal yang selesa Persekitaran yang selamat Kehidupan yang sihat Keluarga yang harmoni Pemakanan yang berkualiti Masyarakat yang penyayang

7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita. Hal ini kerana kemuliaan insan diberikan kepada setiap individu tanpa diskriminasi sama ada kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh perlembagaan dan undang-undang Negara. Jaminan tersebut meliputi, nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal.

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan; Memberi perhatian kepada kumpulan etnik dan golongan minoriti Memberi keadilan dan hak yang sewajarnya kepada kaum wanita Memberi perhatian kepada ibu tunggal

8. Keutuhan budaya dan moral. kepelbagaian budaya dipertahankan berasaskan system nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-niai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam

masyarakat majmuk.

13

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan; Memperteguh dan memelihara budaya berdasarkan nilai-nilai murni dan prinsip Rukun negara. Membangun moral masyarakat berteraskan ajaran Agama Menangani secara berkesan budaya yang negatif

9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi. Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia tetapi juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii.

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan; Kesedaran dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Pemuliharaan alam semulajadi yang berkesan Pembangunan sumber alam untuk perkara kebaikan Mengelak pembaziran sumber alam Mengekal keindahan alam Memelihara sumber air dan udara yang berkualiti

10. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan. Hal ini merangkumi kekuatan diri, fizikal dan spiritual. Bangsa yang maju memerlukan masyarakat yang dapat mempertahankan diri dan Negara dari dicerobohi. Kekuatan ketenteraan yang terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan Negara adalah perlu dan bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa dan Negara lain. Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan, dan keselamatan Negara yang membolehkan proses

pembangunan dilakukan secara berterusan.

14

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan; Membina ketahanan rohani dan jasmani melalui modal insan Menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara Memiliki sistem pertahanan terbaik dan disegani Meningkatkan sistem maklumat dan kerahsiaan negara Membangun kekuatan pertahanan berasaskan teknologi Penekanan ini telah dikupas sendiri oleh Y.A.B Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi di perhimpunan berkenaan dengan menjelaskan bahawa: Islam Hadhari memberi penekanan kepada pembangunan pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban. Peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan (Kehidupan Berkualiti). Mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta

pembangunan fizikal. Mempertingkatkan mutu kehidupan dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik

Untuk melaksanakan pembangunan bagi membina peradaban Islam di Malaysia, kita perlukan kepada sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil sebagaimana yang diamanahkan oleh Allah kepada Kerajaan Barisan Nasional menerusi mandat rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke-11 yang lalu. Bertepatan dengan firman Allah S.w.t : Bermaksud: Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka, khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).
15

( Surah an-Nur : Ayat 55 )

Pembangunan Islam Hadhari Satu Amanah Allah. Pendekatan Islam Hadhari yang dirancang oleh kerajaan dari sudut menjana Kehidupan Berkualiti seperti yang diutarakan oleh Y.A.B Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan salah satu usaha untuk menguatkan dan mengembangkan agama Islam. Ianya sebahagian daripada tugas khalifah seperti yang disebut oleh Allah dalam ayat di atas.

Di

samping

itu,

Islam

Hadhari

akan

memberi

penekanan

kepada

pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global.

Pendekatan Islam Hadhari Selaras Sunnah Rasul. Pendekatan Islam Hadhari yang dirancang oleh kerajaan seperti yang dinyatakan di atas, dari sudut menjana Kehidupan Berkualiti di kalangan rakyat adalah juga berasaskan kepada apa yang telah dilakukan oleh Rasululah S.a.w ketika membangunkan Kota Madinah, iaitu dengan membina Kehidupan Berkualiti dalam aspek memberi penekanan kepada usaha membasmi al-jahlu ( Kejahilan ), Membasmi al-fakru (Kefakiran/kemiskinan ) dan membasmi al-maradhu (penyakit).

Perancangan Kerajaan di dalam membangunkan Islam Hadhari di kalangan rakyat dalam segenap aspek yang dinyatakan di atas merupakan satu usaha amal soleh. Ini kerana usaha yang sedemikian termasuk dalam kategori meringan dan memudahkan kesulitan orang lain, yang mana Rasulullah S.a.w telah bersabda, bermaksud : Barang siapa meringankan sesama orang Islam dari kesulitan-kesulitan dunia, Allah akan meringankannya dari kesulitan-kesulitan hari Khiamat. Barang siapa memudahkan seseorang yang sedang mengalami kesulitan, Allah akan memudahkan urusannya, baik di dunia maupun di akhirat..( Hadith:Riwayat Muslim)
16

Bertepatan dengan hadith tersebut, dan dalam konteks memahami dan menghayatinya dari perspektif Islam Hadhari, maka Y.A.B Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO pada 23 September 2004, juga menyarankan bahawa: Usaha yang konsisten hingga menghasilkan kejayaan yang berterusan perlu dirancang Peningkatan kualiti (itqan) dalam semua urusan dan kegiatan kehidupan merangkumi bidang pendidikan, penguasaan sains dan teknologi serta aktiviti-aktiviti ekonomi, hendaklah dijadikan budaya. Ijtihad membina ummah dalam zaman moden ini perlu diberikan perhatian dan diberikan pengiktirafan

17

STRUKTUR PELAKSANAAN

Struktur pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari adalah seperti berikut.

a)

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI)

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada tahun 1968. MKI adalah sebuah majlis yang terpenting kerana ianya menjalankan tugas penyelarasan mengenai urusan agama di Peringkat Kebangsaan.

Pengerusi dan keahlian MKI adalah seperti berikut; Pengerusi Keahlian : YAB Perdana Menteri : Menteri-Menteri Besar/Ketua-Ketua Menteri Tokoh-tokoh profesional yang dilantik Urusetia Kekerapan mesyuarat : JAKIM : 2 kali setahun

MKI

sekaligus

berperanan

sebagai

jawatankuasa

induk

bagi

pelaksanaan

Pendekatan Islam Hadhari. Perkara ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat MKI Kali Ke-45 pada 8 Februari 2005. Laporan pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari hendaklah dijadikan salah satu agenda tetap dalam mesyuarat tersebut.

18

b)

Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari Peringkat Kebangsaan

Pengerusi

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai urusan agama Islam.

Keahlian

: Penasihat Agama Kepada YAB Perdana Menteri Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian Setiausaha Persekutuan Sabah Setiausaha Persekutuan Sarawak Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri Ketua Pengarah JASA Ketua Pengarah IKIM Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Pendidikan Islam dan Moral)(JAPIM) Pengarah KAGAT Pengarah JPT Yang Di Pertua YADIM

Setiausaha : Urusetia :

Ketua Pengarah JAKIM JAKIM

Bidang tugas : i. Menyelaras dan memantau pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari peringkat kementerian/negeri ii. Mengesahkan draf Perancangan Strategik 5 Tahun Pendekatan Islam Hadhari(generik) iii. Mengesahkan laporan kemajuan pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari untuk diangkat kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam(MKI) Kekerapan mesyuarat : 2 kali setahun

19

c)

Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari Antara Agensi

Pengerusi Keahlian

: :

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Wakil Kementerian-Kementerian Wakil Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah Wakil Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak Wakil Kerajaan-Kerajaan Negeri Wakil JASA Wakil IKIM Wakil JAPIM Wakil KAGAT Wakil JPT Wakil YADIM Setiausaha : Urusetia : Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM Bahagian Dakwah JAKI

Bidang tugas : (i) Menyediakan draf Perancangan Strategik 5 Tahun Pendekatan Islam Hadhari (generik) (ii) Menganalisa laporan-laporan kemajuan pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari (iii) Memastikan segala dasar yang telah diputuskan oleh Majlis

Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) dan Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari Peringkat Kebangsaan dilaksanakan sepenuhnya (iv) Memberi input kekesanan pelaksanaan modul dan kurikulum mengenai 10 Prinsip Pendekatan Islam Hadhari bagi tujuan mengemaskini dari semasa ke semasa. Kekerapan mesyuarat : 2 kali setahun
20

d)

Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari Peringkat Kementerian

Pengerusi

Ketua Setiausaha Kementerian/Timbalan Ketua Setiausaha Kanan bagi Jabatan Perdana Menteri

Keahlian

Ketua-ketua Jabatan/agensi di bawah kementerian berkenaan Pengarah Pentadbiran/Dasar Bahagian Pentadbiran/Dasar

Setiausaha : Urusetia :

Bidang tugas : (i) Menyedia perancangan strategik Pendekatan Islam Hadhari peringkat kementerian (ii) Menyelaras dan memantau pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari peringkat kementerian/agensi (iii) Menyedia laporan kemajuan pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari peringkat kementerian (iv) Melaksanakan modul dan kurikulum Pendekatan Islam Hadhari

Kekerapan mesyuarat : 2 kali setahun

21

e)

Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari Peringkat Negeri

Pengerusi Timbalan Keahlian

: : :

YAB Menteri Besar/YAB Ketua Menteri Setiausaha Kerajaan Negeri

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab mengenai urusan agama Islam Ketua-ketua agensi peringkat negeri Pegawai-pegawai daerah Ketua-ketua agensi Pihak Berkuasa Tempatan Setiausaha : Yang Di Pertua/Pengarah/Pesuruhjaya Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri Urusetia : Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri

Bidang tugas : (i) Menyedia perancangan strategik Pendekatan Islam Hadhari

peringkanegeri (ii) Memastikan pelaksanaan Perancangan Pendekatan Islam Hadhari dilaksanakan dengan jayanya (iii) Menyelaras dan memantau pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari peringkat negeri (iv) Menyedia laporan kemajuan pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari peringkat negeri kepada JAKIM. Kekerapan mesyuarat : 2 kali setahun

22

PELAN TINDAKAN PENDEKATAN ISLAM HADHARI

a)

Peranan Kementerian/Negeri Kementerian/negeri dikehendaki menubuhkan mekanisme, merancang,

melaksana, menyelaras serta memantau pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari di peringkat kementerian/negeri masing-masing.

i.

Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Islam Hadhari Peringkat Kementerian/Negeri Semua kementerian/negeri dikehendaki menubuhkan Jawatankuasa

Pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari di peringkat kementerian/negeri.

ii.

Menyediakan Perancangan Semua kementerian/negeri dikehendaki menyediakan Perancangan Strategik 5 Tahun Pendekatan Islam Hadhari bagi Kementerian/Negeri masing-masing. Contoh format Perancangan Strategik. Penyediaan perancangan strategik hendaklah berdasarkan dokumen

Perancangan Strategik 5 Tahun Pendekatan Islam Hadhari (Generik) yang telah disediakan oleh JAKIM dan diakuterima oleh Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia. Dokumen tersebut boleh diperolehi daripada JAKIM.

iii.

Melaksana dan Menyelaras (a) Semua kementerian/negeri diminta memastikan pelaksanaan dan penyelarasan program-program yang terkandung dalam Perancangan

Strategik 5 Tahun Pendekatan Islam Hadhari yang telah disediakan di peringkat kementerian/negeri masingmasing. (b) Semua kementerian/negeri diminta melaksanakan program penjelasan mengenai Pendekatan Islam Hadhari. Pelaksanaan program penjelasan Pendekatan Islam Hadhari dibuat dalam bentuk kursus, bengkel dan seminar.

23

iv.

Memantau dan Menyedia Laporan Kementerian/negeri diminta memantau kemajuan pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari di peringkat kementerian/negeri masing-masing. Semua jawatankuasa pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari peringkat

kementerian/negeri hendaklah mengadakan mesyuarat masing-masing pada setiap enam bulan.Laporan kemajuan pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari peringkat kementerian/negeri hendaklah dikemukakan kepada JAKIM pada setiap bulan Jun dan Disember.

b)

Peranan Jabatan/agensi-agensi di bawah Kementerian/Negeri Jabatan/agensi-agensi di bawah kementerian/negeri juga perlu melaksanakan pelan tindakan di peringkat jabatan/agensi masing-masing sepertimana tahaptahap tindakan yang dinyatakan pada para 5.1.1, 5.1.2, 5.1.3 dan 5.1.4, dengan melakukan penyesuaian. Walau bagaimanapun laporan maklumbalas kemajuan pelaksanaan perlu dihantar kepada pihak kementerian/negeri masing-masing. Carta

c)

Peranan JAKIM

I.

Penyelarasan (a) Menyelaras Pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari peringkat Kementerian/Negeri (b) Menilai tahap pencapaian Pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari peringkat Kementerian/ Negeri serta melapor kepada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

II.

Pelaksanaan kursus (a) Menyedia dan mengemaskini modul kursus berkaitan 10 Prinsip Pendekatan Islam Hadhari. Modul-modul dan kurikulum bagi kursus berkaitan 10 Prinsip Pendekatan Islam Hadhari disediakan oleh JAKIM untuk melatih penceramah/fasilitator.
24

(b)

Melantik

dan

melatih

penceramah/fasilitator

Semua

penceramah/fasilitator yang terlibat dengan penjelasan mengenai 10 prinsip Islam Hadhari adalah mereka yang telah dilantik secara khusus oleh JAKIM atau Pihak Berkuasa Agama di Negeri-negeri. Pelantikan penceramah/fasilitator Pendekatan Islam Hadhari di peringkat Negeri hendaklah mengikut peraturan dan prosedur sedia ada yang diamalkan oleh Pihak Berkuasa Agama di negeri masing-masing. Penceramah atau fasilitator adalah terdiri daripada kalangan ahli-ahli professional iaitu ahli - ahli akademik, pegawai - pegawai Kerajaan dan juga individu yang berpengetahuan dan berpengalaman untuk

menghurai dan memberi khidmat nasihat mengenai ketamadunan Islam dalam bidang-bidang berkaitan dengan 10 Prinsip Pendekatan Islam Hadhari. JAKIM bertanggungjawab melatih semua penceramah atau fasilitator yang dilantik di peringkat Persekutuan dan negeri.

25

PENUTUP

Islam hadhari diperkenalkan bertujuan untuk membawa perubahan kepada mentality dan sikap masyarakat serta peralihan kepada yang lebih baik dalam konteks kemajuan dan pembangunan Negara.

Melalui pengaplikasian prinsip-prinsip islam hadhari yang jitu, ia berupaya membawa penambahbaikan dalam semua aspek kehidupan untuk menuju kearah sebuah masyarakat dan Negara maju. Ia memerlukan kerjasama daripada seluruh lapisan masyarakat, sektor awam mahupun sektor swasta.

26

BIODATA PENGASAS

Nama

YAB Dato Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak 23 Julai 1953 Kuala Lipis, Pahang Rendah & Menengah: Institusi St. John, Kuala Lumpur Kolej Universiti : Kolej Lelaki Malvern, Worchestershire : Universiti Nottingham, England

Tarikh Lahir : Tempat Lahir : Pendidikan :

Jawatan

Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 Melancarkan kempen Satu Malaysia

Sumbangan :

Selepas menjawat jawatan perdana menteri Malaysia ke-6 pada 3 April 2009, beliau telah melancarkan kempen Satu Malaysia, sebuah gagasan yang menepati definisi setiap rakyat Malaysia tanpa membezakan warna kulit, keturunan, agama dan latar belakang. Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh YAB Dato Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
27

PENGENALAN

Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.

Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang di bawa oleh arus globalisasi termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak memperkenalkan konsep 1 Malaysia yang berpaksikan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Prinsip Rukun Negara.

Konsep 1 Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan mengugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

28

DEFINISI Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama.

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut:

Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing masing. Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia memberi maksud bahawa rakyat daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing masing. Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, contoh tidak wajar hanya berfikir dalam skop bangsanya sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum kaum lain, mereka perlu melakukan perkara yang sama. Sementara ayat dan kita mengambil tindakan tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan

29

melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama di Malaysia. Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia Mengambil tindakan tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing masing. Melalui konsep 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum kaum lain.

30

PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN MALAYSIAN MALAYSIA

Berpandukan definisi konsep 1 Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1 Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:

1 Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum kaum tersebut. Konsep Malaysian Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud itu. Keadilan yang dicanangkan dalam konsep Malaysian Malaysia diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total.

Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pewujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.

Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara negara lain di mana identiti kaum kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan mengganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

1 Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikankaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

31

KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya konsep 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin pemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar dasar kerajaan dan peruntukan peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

1 Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

32

MATLAMAT

1 Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1 Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Untuk mencapai kemajuan bagi negara rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapau, maka urusan

pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

33

HURAIAN

1 Malaysia membawa inspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keihklasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.

1 Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini, sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komited terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara.pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oelh semua lapisan masyarakat.

1 Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan

34

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Malaysia merupakan sebuah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu mengganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Setiap ahli dalam masyarakat atau kaum tidak akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan mendapat pembelaan kerajaan yang sewajarnya.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pewujudan negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan dedikasi dan kesetiaan.

Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1 Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

35

3 PRINSIP TERAS 1 MALAYSIA

1 Malaysia disandarkan kepada 3 teras dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:

a) Prinsip Penerimaan b) Prinsip Kenegaraan c) Prinsip Keadilan Sosial

a) Prinsip Penerimaan

Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia.

b) Prinsip Kenegaraan

Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh pemimpin pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T Sambanthan berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu.

Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat terbilang kaum di negara ini. Tun Hussein Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran Bapa Perpaduan.
36

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pula membawa Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

c) Prinsip Keadilan Sosial

Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama di beri keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek aspek sosial yang penting.

Melalui konsep 1 Malaysia setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum yang lain.

Namun begitu, konsep 1 Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan bukan.

37

NILAI NILAI 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 1 Malaysia. Nilai nilai murni ini diharapkan dapat menyatukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu negara. Lapan nilai tersebut adalah:

a) Budaya Kecemerlangan b) Ketabahan c) Rendah Hati d) Penerimaan e) Kesetiaan f) Meritokrasi g) Pendidikan h) Integriti

a)

Budaya Kecemerlangan

Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan di amalkan oleh rakyatnya.

Budaya berprestasi tinggi memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

Budaya ini perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.

38

Prinsip ketegangan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak pihak luar negara. Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.

Sistem Petunjuk Utama Prestasi (KPI) amat penting dalam mengukur pencapaian perkhidmatan yang diberi disamping dedikasi, komitmen dan bekerja keras.

Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem

perdagangan dunia yang berteraskan eksport.

b)

Ketabahan

Setiap perjuangan atau perlaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.

Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.

Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.

Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara perkara yang terdahulu.
39

Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahannya dan hendaklah memperbaikinya secara positif.

Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya. Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan,

Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

c)

Rendah Hati

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri. Sifat berhemah dan berbudi bahasa amat perlu menjadi amalan hidup kita.

Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.

Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.

Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.

Sikap ,merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.
40

Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyrakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.

d)

Penerimaan

Konsep penerimaan dan tolenrasi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur paksaan. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.

Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina dan India serta lain lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.

Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.

Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan 1 Malaysia.

41

Pembangunan diri tanpa mengambil kira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.

e)

Kesetiaan

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan.

Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.

Kesetiaan akan membina kepercayaan dan menjalin satu ikatan antara dua pihak.

Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.

Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menjamin kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.

42

Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.

Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu, tidak mahu ditegur atau dikritik.

Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.

Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai.

Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalahgunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

f)

Meritokrasi

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib

baik

atau

ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estetestet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut.

43

Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan

kriteria-

kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteriakriteria tersebut berhak dipilih.

Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.

Dalam

aspek

pemerolehan

kerajaan,

pemilihan syarikat

untuk

ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi masing-masing dan memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.

Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi atau liberalisasi.

g)

Pendidikan

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat

penting untuk mana-mana

negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan kekuatan ketenteraan. dan berpengetahuan mengatasi

Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.

44

Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.

Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.

Semua

aliran,

sama

ada

Sekolah

Kebangsaan, Sekolah Cina atau

Sekolah Tamil hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.

Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk 1Malaysia.

Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

h)

Integriti

Intergriti

penting

bagi

sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan

dan keyakinan rakyat. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

Bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.

Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.

Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
45

Menepati janji dan masa adalah sifat mulia yang dituntut semua agama. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.

Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan

teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.

Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa kepentingan atau melalui saluran tidak sah.

sebarang

Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.

Budaya berprestasi tinggi adalah asas utama integriti dalam semua aspek dan khidmat yang diberi.

46

PENUTUP

Konsep

1Malaysia

membawa

aspirasi

untuk memperkukuhkan

hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat yang sebagaimana yang digariskan dalam prinsip Rukun Negara. Perkara diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat

perlu

menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep 1Malaysia tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian Keupayaan integriti,

nilai

kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

47

RUJUKAN

Tajuk Buku : Pengarang :

Gagasan Najib: 1 Malaysia Syed Mahadzir Syed Ibrahim Prof Madya Mohd Shah AShaari

Tahun Penerbit

: :

2010 Warisan Inked

Laman Web : Terbitan Tahun : :

www.gov.penerangan.com.my Jabatan Penerangan Malaysia Jun 2009

Tajuk Buku : Pengarang Tahun Penerbit : : :

Soal Jawab Islam Hadhari Jabatan Kemajuan Islam 2006 Jabatan Kemajuan Islam

Tajuk Buku : Pengarang Tahun Penerbit : : :

Islam Hadhari Suatu Penjelasan Jabatan Kemajuan Islam 2005 Jabatan Kemajuan Islam

48

LAMPIRAN ISLAM HADHARI

49

SATU MALAYSIA

50

Anda mungkin juga menyukai