Anda di halaman 1dari 15

Islam Hadhari

Biro Agama
Yayasan Pekida Malaysia
Islam Hadhari

Al-Quran; Surah 16 , An-Nahl( Lebah )


Ayat 125, (Terjemahan)

“ Panggillah (dakwah) mereka kepada jalan Tuhan


dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, dan
bertukar fikiranlah dengan mereka menurut cara
sebaik-baiknya . Sesungguhnya Tuhan engkau lebih
tahu siapa yang tersesat jalannya, dan Dia lebih tahu
pula orang –orang yang menuruti jalan yang benar. “
Islam Hadhari

Pendekatan Islam Hadhari


Keimanan & ketakwaan kepada Ilahi
Kerajaan adil & beramanah
Rakyat berjiwa merdeka
Penguasaan ilmu pengetahuan
Pembangunan ekonomi seimbang & komprehensif
Kehidupan berkualiti
Pembelaan hak kumpulan minoriti & wanita
Keutuhan budaya & moral
Pemeliharaan alam semula jadi
Kekuatan pertahanan
Islam Hadhari

Malaysia yang merdeka sejak


1957 telah melaksanakan dasar dan
program ke arah menjadi sebuah
negara yang maju dan makmur
berteraskan Islam menjelang tahun
2020. Sehubungan ini Malaysia
telah diistiharkan sebagai negara
Islam pada tahun 2001.

Sebagai sebuah negara Islam maka pembangunan Malaysia perlu melalui model
Islam. Dengan keperluan ini maka YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’
Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yangmana masa itu selaku Timbalan Perdana
Menteri Malaysia telah melancarkan secara rasmi Pelancaran Islam Hadhari pada
September 2002
Islam Hadhari adalah modul pembangunan Islam yang dipraktikkan pada zaman
keagungan Islam di Baghdad dan Andalusia.
Pembangunan Islam di Andalusia adalah merupakan sumber kepada Kebangkitan
Eropah ( Renaissance ) yangmana melahirkan pemodenan Eropah melalui
Revolusi Industri yang seterusnya telah menjadi model utama dan pemangkin
kepada pembangunan dunia moden sehingga hari ini.
Islam Hadhari
Sudut Etomologi
Islam – berasal daripada perkataan
Arab iaitu aslama yang bermaksud
selamat sejahtera.
Hadhari – yakni bermaksud maju
serta kadangkala dirujuk sebagai
hadhara iaitu bermaksud
DEFINISI keseimbangan di antara
Islam Hadhari dapat didefinisikan sebagai pembangunan material dengan
satu pendekatan serta perancangan, akhlak dan spiritual.
perlaksanaan dan pemantauan program
pembangunan yang holistik, komprehensif
dan mampan secara sistematik bagi
kemajuan, susunan dan kehidupan umat
Islam dan manusia ke arah tamadun dan
budaya yang berpaksikan Al-Quran dan
Sunah Nabi Muhammad s.a.w di mana
kesyumulannya telah , sedang dan akan
terbukti serta sesuai sepanjang zaman tanpa
batas bangsa, masa dan sempadan.
Islam Hadhari

Islam Hadhari sebagai pendekatan baru


( re-engineering ) bagi
pembangunan
umat Islam Malaysia dan dunia
Islam Hadhari tidak mengubah prinsip-prinsip
asas dan nilai teras dalam Islam yang bersifat
suci, murni, kekal dan signifikan dalam apa
juga keadaan.
Perlaksanaan Islam Hadhari adalah satu
langkah ke hadapan yang lebih fokus dan
utama ( aulawiyat ) berdasarkan keperluan dan
cabaran pembangunan semasa melalui
pandangan hidup ( tasawwur ) yang jelas, tepat
dan dituntut oleh akidah dan syariat Islam.
Islam Hadhari

Proses pembangunan dalam Islam


Ibnu Khaldun dalam tulisannya Kitab
Al-Ibar di dalam Muqaddimah
menerangkan keperluan
keseimbangan kemajuan dan
pembangunan antara aspek material
dengan akhlak dan spiritual. Di
dalam kitab ini juga Ibnu Khaldun
membicarakan tahap perkembangan
dan kemajuan masyarakat yang
bermula dari Badwi ( darat/hulu )
membawa kepada Hadhari
( maju/semasa ) , kemudiannya
Madani ( bandar/bertamadun ) dan
berakhir dengan Misri
( kota/berbudaya ).
Islam Hadhari

SKOP ISLAM HADHARI


Program Islam Hadhari merangkumi
pembangunan kesemua skop kehidupan
manusia sejajar dengan Islam sebagai cara
hidup ( A-din ) sebagaimana di bawah :-
• Pembangunan Insan
• Pembangunan Sosial
• Pembangunan Ekonomi
• Pembangunan Sains, Teknologi & ICT
• Pembangunan Infrastruktur
• Pembangunan Mampan
Islam Hadhari

Apabila perlaksanaan Islam Hadhari


antara lain menekankan kepada
pembangunan dari segi ilmu,
pembangunan fisikal dan insan,
kesihatan, sistem ekonomi dan
kewangan direalisasikan maka Islam
dilihat sebagai satu tamadun dan cara
hidup yang bersepadu, menyeluruh
dan holistik sebagaimana Firman Allah
s.w.t;
Surah Al-Maidah, Ayat 3
( Terjemahan )
“ Pada hari ini telah Aku sempurnakan
untuk kamu agamamu. Aku telah
mencukupkan nikmatKu kepada kamu dan
Aku telah merasa senang , Islam itu
menjadi agamaMu ”
Islam Hadhari

Sudahkan program Islam Hadhari


dilaksanakan ?
Program dan juga aktiviti sebagaimana falsafah dan
konsep serta matlamat Islam Hadhari sebenarnya
telah , sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan
Malaysia sebagaimana antara lain dicatatkan
di bawah. Pembangunan –pembangunan ini juga
adalah pembangunan akhirat walaupun ianya pada
zahir berbentuk duniawi.

Pembangunan Pembangunan Pembangunan Pembangunan Sains, Pembangunan


Insan Sosial Ekonomi Teknologi & ICT Mampan
• Pusat Islam • Hospital • Subsidi • Pusat Sains & Atom • Deklarasi Rio
• Sekolah • Biasiswa • Tabung Haji • Koridor Multimedia • Local Agenda
• Politeknik • Stadium • DEB Pembangunan • Kitar Semula
• Maktab • Balairaya • Bank Islam Infrastruktur • Alam Sekitar
• Universiti Islam • Dewan • Automobil • Hijau
• Masjid • Derma • FELDA • Sungai Kita
• Lapangan Terbang
• Pelabuhan
Islam Hadhari

Bagaimana untuk menjadikan pembangunan sebagai suatu


ibadah di dalam Islam?
Bagi menjadikan pembangunan sebagai ibadah maka ianya
perlu memenuhi 5 kriteria di bawah :-
• Perlaksanaan pembangunan tersebut dengan niat baik; iaitu
untuk mencari keredhaan Allah s.w.t;
• Pembangunan tersebut adalah sah atau halal di sisi Islam;
• Pembangunan tersebut dilaksanakan mengikut syariat Islam;
• Kesan pembangunan tersebut adalah positif untuk syiar dan
tuntutan Islam serta memberi manfaat untuk rakyat; dan
• Perancangan dan perlaksanaan pembangunan tersebut tidak
meninggalkan perkara fardu asas dalam Islam.
Ibadah tanpa mengira besar atau kecil akan tetap memberikan keuntungan di
dunia dan ianya merupakan saham kebahagian di akhirat ( pahala ) sebagaimana
Sabda Nabi Muhammad s.a.w;
“Dunia ini adalah tanam-tanaman di akhirat”
Islam Hadhari

HALANGAN DAN CABARAN


PERLAKSANAAN ISLAM HADHARI
Firman Allah s.w.t; Surah Al-Ankabut,
Ayat 1-2 ( Terjemahan)
“Alif Laam Miim. Apakah manusia itu
mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)
mengatakan : Kami telah beriman, sedang
mereka tidak diuji lagi”
Dalam melaksanakan sesuatu maka kita akan diuji oleh Allah. Allah tidak akan
memasukkan kita ke syurga tanpa menguji keimanan kita sebagai makhlukNya.
Sehubungan itu di antara cabaran bagi melaksanakan Islam Hadhari di Malaysia
adalah sebagaimana di bawah :-
• Tentangan sesama Islam ( dengki )
• Keliru
• Kewangan
• Birokrasi ( bersih, cekap &amanah )
• Sistem
• Musuh Islam ( nampak dan tidak nampak )
Islam Hadhari

Millennium Development Goals

Persidangan UNDP, Sept. 2000, deklarasi dibuat bagi mencapai 8


sasaran menjelang tahun 2015
• Mencapai pendidikan rendah secara universal
• Mempromosi kesamaan ‘gender’ & hak wanita
• Mengurangkan kadar kematian bayi
• Membasmi kemiskinan mutlak & kebuluran
• Memperbaiki kesihatan ibu mengandung
• Menghapuskan HIV/AIDS, malaria &wabak lain
• Memastikan persekitan mapan
• Membangunkan ‘global partnership’ bagi pembangunan
(termasuk sistem perdagangan & kewangan terbuka)

Sasaran ‘Millennium Development Goals’ oleh UN menjelang 2015


telah dicapai di Malaysia pada masa ini, kecuali HIV.

Ini membuktikan Malaysia menghampiri taraf sebuah negara maju.


Islam Hadhari

Islam Hadhari sebagaimana 10


pendekatan dinyatakan di atas
dapat dirumuskan sebagai

1. Hubungan Manusia dengan Allah


( hablum min Allah );

2. Hubungan Manusia dengan


Manusia ( hablum minnannas ); dan

3. Hubungan Manusia dengan


Alam.
Islam Hadhari

KESIMPULAN
Islam Hadhari perlu diperjelaskan kepada
umat Islam dan bukan Islam di Malaysia
sebagai satu kaedah penyelesaian
pembangunan dunia yang juga akan
membawa kebaikan ke akhirat. Tanpa
Islam maka kemajuan dan pembangunan
akan tiada matlamat.

Realiti kehidupan yang kita dapat gambarkan kesan perlaksanaan Islam


Hadhari adalah bahawa :-
Malaysia adalah sebuah negara di mana rakyatnya dapat beribadat dengan
ikhlas, dapat berkeluarga dengan penuh kasih sayang, dapat hidup dalam
masyarakat yang penuh keamanan, negara yang dikawal undang-undang
penuh keadilan dan menyedut udara yang nyaman serta persekitaran yang
indah mata memandang serta terhindar dari kemiskinan, kekacauan dan
kelemahan sebagaimana Firman Allah s.w.t ;
Surah Saba, Ayat 15 ( Terjemahan )
“……. Negara yang aman makmur serta mendapat keampunan Allah”

Anda mungkin juga menyukai