Anda di halaman 1dari 13

Laguku untukmu

Sumbangsih

Penulis

Musbri Mohamed
DIL; ADIL ( ITM )
Pursuing MBL ( UKM )

1
Sumbangsih
Penyanyi : M.Bakri

Oh Sumbangsih jiwa kecewa


Nada kasih lagu bahagia
Nan ku rindu masa ke masa
Tapi kecewa dilanda derita

Oh rembulan tempat mengadu

Kami insan dahaga rindu

Ingin bersatu hidup bersama

Mengenang cita nan mulia

2
Kini semua hancur dan musnah

Niat bercantum badan berpisah

Kembang mawar kuberi padamu

Lambang kita pasti bersatu

Oh sumbangsih hati ke hati


Nada rindu rukun sejati
Kami insan rindu percantuman
Kami rindukan keadilan

3
Lagu ini adalah lagu kenangan orang
Melayu khususnya Melayu Singapura
sempena mengenangkan pemisahan
Singapura daripada Tanah Melayu.
Menitis airmata anak Melayu mendengar
dendangan lagu ini.
Lagu ini pernah digam oleh Kerajaan
Singapura pada tahun 60an.
Penyanyinya iaitu Allahyarham M.Bakri
telah meninggal dunia pada tahun 2001
di Mekah.

4
Muzik dan lirik lagu ini amat mendayu
dan berkesan dari segi mesej yakni
manifestasi kehampaan masyarakat
Melayu Singapura yang disisihkan
daripada Tanah Melayu dengan keluarnya
Singapura daripada Persekutuan Malaysia
pada tahun 1963.

5
Sebelum itu lebih kurang 200 tahun dahulu iatu
pada tarikh 6 hb. Februari 1819 surat perjanjian
dimeterai di antara Kompeni Inggeris dengan
Temenggung Abdul Rahman dan Sultan Husin
Shah (Tengku Long) bagi pentadbiran Singapura.
Jelas bahawa Singapura bukan dibuka oleh
Stanford Raffles. Ianya ketika itu adalah
di bawah kedaulatan kerajaan Melayu.

6
Raja Husin kemudiannya menyatakan
beliau telah dipaksa memberikan
kebenaran kepada Inggeris bagi
menduduki Singapura.Kebenaran itu
juga adalah tanpa persetujuan
pemerintah tempatan.

7
Berikutan kes
Singapura maka
Gabenor Belanda
di Melaka telah
menghantar surat
protes kepada Gabenor
Inggeris di Pulau
Pinang.

8
Namun kerana tekanan ekonomi maka
pada tarikh 2 Ogos 1824 secara
resminya Sultan Husin dan
Temenggung Abdul Rahman serahkan
Singapura kepada Inggeris tanpa
merujuk kepada Riau dan Pahang.
Autoriti mereka tanpa persetujuan
bersama oleh Riau dan Pahang adalah
tidak mutlak.

9
Singapura telah membangun kerana
kedudukan yang amat strategik berserta
strategi yang licik.
Saya selalu membincangkan perkara ini
bersama Allahyarham Abd. Razak Ahmad
( Pengerusi Partai Sosialis Rakyat
Malaysia ) semasa kami sama-sama
adalah peguam di Johor Bahru pada
tahun sekitar 1989.
Di J.B juga saya masih ingat MG Pillai,
Putcherry dan O.B Chai kerana saya
adalah guru Bahasa Malaysia bagi
mereka sedangkan mereka adalah
peguam lama keluaran tahun 60an
bersama Allahyarham Abd. Razak.

10
Pengajaran daripada insiden Singapura tidak diambil berat
pentadbiran Malaysia sehingga mengakibatkan pengambilan
Batu Putih pula oleh pihak Singapura. Perhatikan Singapura.
Artikel saya iaitu Israel di dalam Scribd ini ada saya jelaskan
kerjasama Singapura dengan Israel bukan satu tomahan tetapi
adalah fakta.
Allah s.a.w berfirman ;

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju


atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau
menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah
(kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam)
itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau
menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya
(wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang
kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah
(sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan
kepadamu.

(Surah Al Baqarah : Ayat 120)


11
Perdana Menteri Lee Hsien Loong,
memberi amaran bahawa Singapura
mungkin menghadapi krisis ekonomi
terburuk sejak Perang Dunia Kedua.

Katanya, eksport Singapura merosot pada


kadar terpantas dengan penurunan 24
peratus bulan lalu berbanding tempoh
bulan yang sama tahun sebelumnya, dan
jika dibandingkan Januari 2009 lalu
merosot mendadak sebanyak 35 peratus.

Beliau meramalkan ekonomi negara yang


bergantung pada perdagangan terus itu
menguncup sehingga 10 peratus tahun
ini.

12
Kini kegawatan ekonomi
global pada 2009 telah
membuka ruang dan
peluang untuk orang
Melayu Singapura
menjalin semula
jambatan Melayu
di Nusantara.

13

Anda mungkin juga menyukai