Anda di halaman 1dari 21

Panduan Hidup 1

SESUNGGUHNYA JALAN
KE SYURGA DIPENUH DURI

Perjalanan kita umat manusia


ke syurga dilingkungi dengan duri
dan onak. Sebaliknya jalan ke
neraka pula dikelilingi dengan
keinginan syahwat.

Demikian ditegaskan oleh


Junjungan Nabi Muhammad
s.a.w mengenai dua jalan yang
ditempuhi oleh manusia. 

Musbri Mohamed
DIL; ADIL ( ITM )
Pursuing MBL ( UKM )

1
Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan
di akhirat yang dikurniakan
kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh.
Manakala Neraka pula ialah tempat azab
keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal
tholeh (kejahatan). 

Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu


mestilah menempuh banyak ujian seperti
melaksanakan suruhan Allah s.w.t dan rasulNya
serta menjauhi laranganNya (amal makruf nahi
mungkar). Kesemua ini memerlukan semangat ,
perancangan dan kekuatan yang bermula daripada
keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk
mengerjakan solat, puasa,zakat, haji dan amal
kebajikan lain amat sukar kecuali bagi mereka yang
beriman. Dengan sebab itulah maka Nabi
Muhammad s.a.w mengatakan jalan ke syurga
penuh dengan kesusahan. 

2
Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita
kena bermujahadah atau berjuang melawan
nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan
nafsu memang menyuruh kita berbuat
kejahatan dan tidak menggalakkan kita
melakukan kebajikan. Jika kita turutkan
kehendak syaitan maka sudah tentu kita tidak
mampu melakukan sebarang kebajikan. 

Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah


kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat.
Semua manusia memang cenderung mengikut
kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula
sentiasa mendorong manusia mengikut hawa
nafsu. Dengan itu amat mudah untuk
melakukan kejahatan.  

3
Terpulang kepada kita jalan mana untuk
diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman -
bukan tanya selera yang memang suka
kepada nafsu. 

Bukan mudah untuk masuk ke syurga?


Dalam satu keterangan dinyatakan: orang
jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu.
Orang berilmu semuanya binasa kecuali
yang beramal. Orang beramal semuanya
binasa kecuali yang ikhlas.

Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu


banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang
tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya
sampai ke mercu.  

4
Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport
untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi
kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak
diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik. 
  
Semua manusia inginkan hidup senang.
Kesenangan di dunia hanya sementara manakala
kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak
sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki
bukan yang bersifat sementara.

Hanya orang yang cetek akal saja memilih


kesenangan dunia dan mengenepikan
kesenangan akhirat.  

5
Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal
kita yang banyak walaupun baru sedikit benar. Kita
gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan
riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita
sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih
beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan
penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong,
dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini
peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami. 

Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang


ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan
mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk
beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah
mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal,
sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal
pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana
Allah gerakkan kita beramal. 

6
Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang
amalan kita?

Khalifah ke 4 yakni Saidina Ali r.a yang sudah


dijamin masuk syurga pun mengeluh
“ ……jauhnya perjalanan ……sedikitnya
bekalan………”
kerana bimbang kurang amalan sedangkan
perjalanan ke syurga amat jauh walaupun Saidina
Ali r.a memang terkenal dengan zuhud dan
banyaknya melakukan amal ibadat.

Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali r.a


menggigil mengenangkan bekalan yang sedikit
untuk perjalanan ke akhirat yang jauh. 

7
Di zaman ini , di mana para pencari kebenaran dan juga di mana pencari
hidayah ? Serta di mana para pentelaah makrifat Allah ?
Kita pada saat zaman dan era digital ini hidup bersama motivasi daripada
kisah mereka yang soleh dan juga bersama orang-orang yang mencari
hidayah dan kebenaran.
Salman A-Farisi mencari hidayah dan menginginkan kebenaran. Ketika
beliau bersama golongan suku Arab, dia melihat kaum bangsa Arab
saling membanggakan nasab keturunannya. Ada yang bangga dengan
Quraisynya, ada dengan Tamimnya dan ada dengan Qiisiynya. Salman
menyatakan dalam syairnya :-
“Ayahku Islam dan tiada ayahku selain darinya
Walupun kalian bangga dengan suku Qiisiy dan Tamimi
Salman Al-Farisi tidak mengenal nasab selain Islam
Dan juga dia menasabkan dirinya pada Islam dan juga merasa mulia
dengan bernasabkan Islam
Nasab seperti cahaya di atas matahari juga seperti fajar yang menjadi
tiang pada pagi hari”

8
Bagi siapa yang mencari hidayah dalam hidupnya dan senantiasa berdoa
kepada Allah s.w.t maka nescaya Allah s.w.t akan memberi dirinya hidayah
dan taufiqNya , atau mendekatkan taufiq dan hidayahNya jika ianya jauh
darinya sebelum ini.
Wahai orang yang mencari hidayah carilah hidayah itu dan mintalah pada
Allah s.w.t jalan untuk menemuinya , nescaya engkau akan mendapatinya.
Ini kerana hidayah tidak berhubungan dengan nasab keturunan, jawatan,
harta dan gelaran tetapi Allah melihat hati hambaNya. Allah melihat pada
hati yang memerlukan hidayahNya.
Firman Allah s.w.t (terjemahan)
“ Dan orang-orang yang berjihad untuk Kami, benar-benar akan Kami
tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah
benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik”
Al-Ankabut 69

9
Hidayah juga mempunyai beberapa penghalang untuk
mendapatkannya di antaranya adalah :-

1. Pertama adalah keburukan jiwa.


2. Penyakit keraguan dan kekafiran.
3. Penyakit nafsu syahwat.

Kami bertawakal kepada Allah.


Tidak ada daya dan tidak ada
kekuatan melainkan dengan
Allah.

10
Masa berlalu dengan cepat meninggalkan kita. 40
atau 50 tahun yang lalu kita seorang bayi yang
tidak tahu apa-apa kecuali tangisan. 15 atau 20
tahun selepas itu kita seorang remaja yang
mempunyai ramai kenalan dan sahabat handai.
Kemudian kita menjadi dewasa menempuh banyak
pengalaman pahit manis. Dan akhirnya kita
menjadi seorang tua yang sudah lemah anggota
dan tidak setampan atau secantik dulu. Ketika itu
orang ramai sudah menjauhkan diri dari kita,
bahkan anak-anak kadangkala tidak suka bergaul
atau melayan kita seperti biasa. 

11
Inilah hakikat hidup yang dikatakan tipu daya. Tidak ada
yang kekal. Paras yang kacak dan jelita tidak akan kekal
lama, akhirnya berkedut. Gigi yang penuh dan putih
berseri lama-kelamaan mula rapuh dan rongak, rambut
hitam yang segar kini menjadi putih dan lesu, deria telinga
yang tajam mula berkurangan. Begitu juga tubuh yang
sihat dah  mula lemah dan berpenyakit.

Ingatlah amaran Allah telah tiba - bahawa dunia akan


meninggalkan kita dan kita sedang menuju alam lain iaitu
alam kubur (barzakh) dan kemudian ke alam akhirat yang
abadi. Di alam inilah kita akan hidup selama-lamanya. Kita
akan tinggal di syurga atau neraka, bergantung kepada
amalan semasa hidup di dunia. 

12
Allah bersifat dengan Rahman (Pengasih kepada semua) dan
Rahim (Penyayang khusus kepada orang mukmin).

Semasa peringkat bayi, Allah tugaskan kepada ibu bapa untuk


menjaga dan membesarkan kita. Mereka mengasuh dan
mendidik serta mentarbiah dengan akhlak dan agama.

Semasa remaja, kita beramal dengan ilmu yang kita perolehi


melalui usaha mereka dan juga masyarakat keliling.

Ketika dewasa, kita pula menjadi pembimbing kepada anak cucu


serta orang-orang lain.

Ibarat pokok asalnya benih disirami air, kemudian membesar


mengeluarkan bunga dan akhirnya mengeluarkan buah untuk
dimakan oleh manusia dan haiwan. 

13
Tetapi apabila kita sudah tua dan tidak bermaya lagi, kita tidak begitu
diperlukan. Kita mula disisih dari orangramai. Pergerakan kita terhad.
Minda kita mula merosot. Ingatan sudah tidak begitu kuat. Kesihatan
kita makin terjejas. Apakah ini menjadi tanda bahawa Allah sudah
tidak menyayangi kita lagi? Tidak sekali-kali!

Malahan kesayangan Allah tetap sama. Apabila Allah renggangkan


manusia daripada kita, itu bermakna Allah hendakkan kita
mendampingi diriNya. Supaya hati kita bertambah tertambat dan lebih
bertawakkal kepadaNya saja. Penyerahan diri hanya kepada Allah
apabila manusia sudah mula renggang dari kita. Masa tua kita banyak
menyendiri dan tidak disibukkan dengan pelbagai urusan dunia. Jadi
amatlah sesuai untuk kita melipatgandakan amalan sambil
bertafakkur, berzikir dan muhasabah diri tentang amalan yang kita
buat selama ini.

Kita punya masa yang banyak untuk koreksi diri dan bertaubat. Selagi
nyawa belum sampai di khalqum (ghargharah), pintu taubat masih
terbuka buat kita.

14
Nabi Muhammad saw pernah berpesan supaya kita
merebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

Di antaranya ialah beramal ketika muda sebelum


datang masa tua. Masa muda ialah masa yang
amat baik untuk beramal kerana ketika itu badan
dan jiwa kita masih kuat. Jadi apabila sudah tua,
amal yang kita buat akan terus mengalir walaupun
kita tidak membuatnya.

Masa muda ibarat masa menanam dan tua ialah


masa untuk kita tuai hasilnya.

15
Meskipun demikian kita seharusnya berdoa supaya tidak
menjadi seorang tua yang tidak sedarkan diri. Semakin tua
semakin menjadi. Umur sudah menjangkau 50 tapi masih
merasakan seolah-olah masih remaja. Usia sudah tua tapi
berperangai macam orang muda. Inilah yang kita takuti
kerana hati kita mudah terbalik.

Nabi pernah bersabda sekiranya umur sudah mencapai 2/3


(40 tahun) tetapi amal kejahatan lebih banyak daripada
kebajikan, maka bersiap sedialah (gulung tikar bantal) untuk
menempah tempat di neraka.

Kita juga seharusnya berdoa supaya umur kita tidak terlalu


panjang sehingga menjadi nyanyuk dan kembali seperti
perangai bayi yang tidak dapat membezakan sesuatu. 

16
Para rasul tidak kenal penat dalam menjalankan usaha
dakwah. Mereka tidak berputus asa walaupun usaha
mereka tidak berjaya, sebab yang memberikan taufiq
dan hidayah ialah Allah swt.

Kita berusaha tapi Allah jua yang memberikan petunjuk.


Nabi Noh as. meskipun beratus-ratus tahun berdakwah
kepada umatnya, namun yang mengikutnya segelintir
saja. Bukan makin lama makin bertambah, bahkan ada
pula yang lari meninggalkan Nabi Noh. Lantas Nabi Noh
membuat bahtera untuk menyelamatkan para
pengikutnya dari ancaman Allah. Yang naik bahteranya
adalah sebahagian kecil pengikutnya dan juga haiwan
peliharaan mereka. Anak dan isterinya sendiri tidak
berjaya diselamatkan. Di sinilah letaknya nilai
kesabaran yang amat perlu dalam meneruskan
perjuangan.

17
Dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada
yang  mungkar, pastinya kita akan menerima cemuhan
dan tentangan, kerana untuk mendapatkan yang baik,
lumrahnya akan menempuh kesusahan dan keperitan
terlebih dahulu. Nabi Muhammad saw sendiri pernah
dicerca, dihina, dipukul, dihalau dan menanggung
kesusahan dan kelaparan untuk menegakkan kebenaran
dan menghapuskan kebatilan; sedangkan baginda adalah
manusia termulia dan maksum.

Betapalah pula dengan diri kita yang bergelumang


dengan noda dan dosa.  Ini adalah lumrah perjuangan.
Tidak dinamakan perjuangan dan jihad sekiranya tidak
dicuba terlebih dulu dengan kepayahan. Dalam Al-Quran
selalu dinyatakan 'di dalam kepayahan ada kebaikan'.
Oleh itu setiap diri kita perlu menanggung sabar semasa
melakukan usaha nasihat-menasihati ini. Tugas dakwah
ini bukan tugas tok guru dan ustaz sahaja. Dalam zaman
yang penuh dengan kegelapan di mana manusia sudah
ramai yang lari dari Allah ( kini lebih kurang 75 % ) maka
tugas ini menjadi tanggungjawab setiap individu ( kini
lebih kurang 25 % ) .
18
Kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat
serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah
rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan
meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-
lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi
pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan
cabaran.  

Ingat sekali lagi pesanan Nabi Muhammad s.a.w bahawa :-

"Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan


ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat." 

Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan


ke syurga.

Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan


ke neraka.

19
Berilah selawat dan salam kepada orang yang telah
memerintahkan kalian untuk berselawat dan salam, lalu
Allah s.w.t berfirman (terjemahan) :-
“Sesungguhnya Allah s.w.t dan malaikatNya berselawat
untuk Nabi; Hai orang-orang beriman, berselawatlah
kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan
kepadanya”
Al-Ahzab : 56

Rasulullah s.a.w bersabda


“Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka aku
akan berselawat kepadanya sepuluh kali”

20
"Ya Allah, kami memohon kepadaMu supaya hidupkan kami
sekiranya ia baik bagi kami. Dan Engkau matikanlah kami
sekiranya ia baik bagi kami. Janganlah Engkau tarik hidayah
yang telah Engkau berikan kepada kami. Ampunilah kami
di atas kelemahan kami, sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, matikanlah kami
dalam husnul-khatimah dan janganlah Engkau akhiri hidup kami
dengan suul-khatimah.

Akhirkanlah lisan kami dengan kalimah Lailahaillah, semoga


Engkau masukkan kami di dalam golongan Abrar.

Sepeninggalan kami kelak, ya Allah Engkau jadikanlah anak


dan cucu kami sebagai pewaris Nabi yang menegakkan
kalimah serta agamaMu di saat mana manusia telah banyak
melupakanMu.

Akhirnya Ya Allah, berkatilah saki baki umur kami yang tinggal


sedikit ini untuk berbakti kepadaMu dan Engkau redhailah kami
menjadi hambaMu. Amin ya Rabbal Alamin...

21

Anda mungkin juga menyukai