Anda di halaman 1dari 32

Tazkira Ramadan 8

Hari 22 ; Hari 23 dan Hari 24

Musbri Mohamed
DIL; ADIL ( ITM )
MBL ( UKM )

1
Hari 22

Lima surah sedia panduan bernegara.Ayat dimulakan


dengan hamdalah iktibar ummah capai kejayaan
di dunia membawa ke akhirat

Segala puji bagi Allah s.w.t . Salam dan juga selawat


buat Junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta
sahabat-sahabat Baginda.

Ada sesuatu yang menarik daripada lima surah al-Quran yang


bermulakan dengan lafaz hamdalah dengan catatan bahawa
basmalah tidak termasuk awal ayat Surah al-Fatihah.

Kelima-lima surah ini ialah 1. al-Fatihah, 2. al-An'am,


3. al-Kahf, 4. Saba dan 5. Fatir.

2
Jika membuka mushaf dan membaca kelima-lima surah ini, anda akan
dapati permulaannya dengan ayat berikut mafhumnya:

· “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan


mentadbirkan sekalian alam.”

· “Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi,
dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang kafir
menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.”

· “Segala puji tertentu bagi Allah yang sudah menurunkan kepada


hamba-Nya (Muhammad), kitab suci al-Quran dan tidak menjadikan
padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).”

3
· “Segala puji tertentu bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang
ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagi-Nyalah juga segala puji di
akhirat dan Dialah saja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam
pengetahuan-Nya.”

· “Segala puji tertentu bagi Allah yang mencipta langit dan bumi yang
menjadikan malaikat utusan bersayap: dua, tiga dan empat; Dia menambah
pada bentuk kejadian makhluk yang dicipta-Nya apa juga yang dikehendaki-
Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Semua surah di atas dimulakan dengan lafaz hamdalah, Alhamdulillah yang


maksudnya: “Segala puji tertentu bagi Allah.”

Bagi ulul albab yang mempunyai sifat selalu berzikir dan bertafakur tentu
mencari rahsia kenapa kelima-lima ayat ini dimulakan dengan hamdalah.
Apakah hubung kait antaranya?

4
Apakah hikmah dan pengajaran yang boleh diambil daripadanya? Bagaimanakah
penyatuan makna kelima-lima surah itu boleh dijadikan panduan untuk mencapai
kejayaan duniawi dan ukhrawi?

Siapakah yang boleh dan mesti mengambil peranan untuk menjayakannya? Banyak
lagi persoalan yang boleh ditimbulkan dalam menyingkap rahsia hubungan kelima-
lima surah di atas.

Urutan surah al-Quran seperti pada mushaf hari ini – bermula dengan al-Fatihah
dan berakhir dengan al-Nas adalah tauqifi yakni sudah ditetapkan Allah s.w.t tidak
ada ijtihad daripada siapa pun dalam menentukannya dan tidak ada kena mengena
dengan apa pun.

Urutan itu seperti yang ada di Luh Mahfuz sebelum diturunkan hampir 23 tahun
masa kenabian junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w . Al-Fatihah (pembuka atau
mula) surah nombor satu, al-An’am (binatang ternak) keenam, al-Kahfi (gua)
ke-18, Saba (negeri Saba) ke-34, dan Fatir (pencipta) ke-35.

5
Dalam Tafsir Pimpinan Arrahman dinyatakan pada nota dua:
“Pujian itu ialah cara atau keadaan yang menzahirkan sesuatu sifat yang baik dan
sempurna kepada yang dipuji seperti kecantikan, keindahan, kejayaan,
kesempurnaan, kebesaran dan keagungan.

Oleh kerana segala kesempurnaan dan kebesaran serta keagungan dan kekuasaan
hanya ada pada zat Allah Yang Maha Kuasa; maka hanya Allah s.w.t berhak
menerima pujian seperti Allah s.w.t juga berhak memuji zat-Nya sendiri.”

Daripada kelima-lima surah di atas kita boleh mengambil iktibar demi kejayaan
pelaksanaan kehidupan bermasyarakat dan negara berpandukan ajaran dan
petunjuk al-Quran. Iktibar ini dilihat sama ada daripada nama surah dan inti sari
permulaan ayat dan surah dengan mengambil contoh dilakukan pengarang kitab
Asrar Tartib al-Quran (Rahsia urutan surah al-Quran) oleh al-Imam Jalaluddin
al-Suyuti.

6
Iktibar daripada nama surah agar bermasyarakat dan negara boleh berjaya
berpandukan al-Quran mesti mempunyai visi (al-Fatihah); kenderaan atau
alat (al-An’am); tempat (al-Kahfi); masyarakat atau kelompok (Saba) dan
pemimpin atau pentadbir (Fatir).

Iktibar daripada sudut inti sari awal ayat dalam surah yang dikhaskan
untuk matlamat ialah matlamat global atau makro ada dalam hamdalah
surah al-Fatihah kerana disebutkan sesudahnya: “Tuhan yang memelihara
dan mentadbirkan sekalian alam.”

Matlamat mikro ada dalam hamdalah surah al-An’am kerana disebutkan


sesudah ‘yang menciptakan langit dan bumi.’

Penciptaan langit dan bumi hanya sebahagian daripada sekalian alam.


Kedua-dua matlamat ini yakni makro dan mikro memerlukan buku
panduan dan ia ada pada hamdalah surah al-Kahfi yang menyebut
sesudahnya:

“……….yang sudah menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad),


Kitab Suci al-Quran.”

7
Buku panduan ini mesti dirasa milikan dan dikuasai tuntutannya agar
matlamat bermasyarakat dan negara boleh dicapai. Iktibar ini boleh
kita ambil daripada hamdalah surah Saba yang menyebut
sesudahnya:
“.............yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan
yang ada di bumi.”

Agar matlamat berkenaan berhasil, diperlukan jentera pelaksana yang


dapat kita peroleh daripada hamdalah surah Fatir yang menyebut
sesudahnya:
“..................yang menjadikan malaikat utusan yang bersayap: dua,
tiga dan empat; Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang
diciptakan-Nya apa juga yang dikehendaki-Nya.”

Seperti kita akui, malaikat ialah makhluk Allah s.w.t maksudnya:

“Mereka tidak menderhaka kepada Allah s.w.t dalam segala yang


diperintah-Nya dan mereka tetap melakukan segala yang
diperintah.” Surah al-Tahrim: 6

8
Memuji dan mengagungkan Allah s.w.t ialah kewajipan manusia kerana
Dialah yang menciptakan mereka dan menjadikan semua di bumi untuk
kepentingan dan keperluan mereka.

Firman Allah s.w.t bermaksud:


“Tidakkah engkau melihat bahawa Allah s.w.t sudah memudahkan
untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi.”
Surah Luqman: 20

Hassan al-Banna dalam Usul Ishrin menggariskan: “Islam ialah sistem


yang syamil merangkumi seluruh aspek hidup. Islam adalah negara dan
watan atau pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan atau rahmat dan
keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman,
material dan harta benda atau usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah
atau tentera dan fikrah seperti ia juga adalah akidah yang benar dan
ibadat yang sah.”

9
Dalam perkara kedua dinyatakan juga: “al-Quran al-Karim dan Sunnah
Rasulullah s.a.w ialah sumber rujukan bagi setiap Muslim dalam
memahami hukum Islam.

“Al-Quran perlu difahami mengikut kaedah bahasa Arab tanpa


memberatkan dan tidak pula membabi buta. Sunah pula difahami
melalui periwayat hadis yang thiqah.”

Sebagai negara merdeka dan berdaulat, negara Islam perlu mempunyai


falsafah negara merangkumi asas ideal mengenai pandangan dan cara
hidup dalam negara dan berbangsa yang dapat mengukuhkan perpaduan,
meningkatkan ketahanan nasional dan mengekalkan kelangsungan
bangsa.

10
Daripada mencari dan meniru falsafah yang tidak
sesuai dengan corak hidup masyarakat Islam,
sepatutnya difahami falsafah kenegaraan daripada
sumber agama Islam iaitu al-Quran dan sunah
serta amalan generasi ulung Islam terdahulu
dengan mengambil iktibar daripada kelima-lima
surah al-Quran yang dirujuk di dalam takzirah ini.

Pengambilan iktibar ini ialah sebagai cara untuk


menzahirkan memuji Allah s.w.t dengan
melafazkan Alhamdulillah.

Wallahu a'lam.

11
Hari 23

Muslihat jahat Israel kuasai Masjid al-Aqsa

PADA perhimpunan ilmiah tokoh agama dan cendekiawan


semua agama di Mesir dilontarkan satu isu siapakah antara
penganut agama samawi (Yahudi, Kristian dan Islam) layak
masuk syurga.

Pertanyaan ini ditanya kepada tokoh agama Yahudi,


Kristian dan Islam yang berada di atas pentas.

12
Tokoh agama Yahudi dan Kristian tidak berani menjawab dan
menyerahkan jawapannya kepada ulama Islam yang
menjawab dengan mudah bahawa yang layak masuk syurga
daripada semua penganut agama ialah Muslim. Kemudian
beliau menjelaskan bagi orang Yahudi yang layak masuk
syurga ialah siapa saja yang beriman kepada Nabi Musa a.s
dan bagi orang Kristian yang layak masuk syurga ialah
sesiapa saja yang beriman kepada Nabi Isa a.s.

Tetapi bagi umat Islam yang layak masuk syurga ialah yang
beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w dan semua nabi,
termasuk Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:


“Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain
daripada Rasul-Rasul-Nya.” Surah al-Baqarah: 285

13
Tentera rejim Israel menceroboh Masjid al-Aqsa dan
mencemari kesuciannya. Perkara ini bukan pertama kali
dilakukan pengganas itu dan bukan juga yang terakhir
kerana selagi ada Israel di sana, selama itu pula Masjid al-
Aqsa berada dalam bahaya.

Kejadian pertama yang menimpa Masjid al-Aqsa dalam


sejarah moden ialah pada 21 Ogos 1969. Pada hari itu,
seorang lelaki berbangsa Australia, Dennis Michael Rohan
membakar Masjid al-Aqsa. Api menyala besar dan
membakar tembok serta mimbar besarnya yang dibina
sejak zaman Nuruddin al-Zinki dan pernah digunakan oleh
Salahuddin al-Ayyubi pada zaman pemerintahannya.

14
Api berkobar dengan dahsyat seolah-olah seluruh Masjid al-
Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan bomba juga tidak
menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t menyelamatkan Masjid
al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Selepas itu orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura


terhadap Rohan yang mendakwa dia diutuskan oleh Allah
s.w.t untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan
berita daripada Kitab Zakaria.

Kemudian Rohan dibebaskan Yahudi dengan alasan gila.


Sejak itu, 21 Ogos diangkat sebagai Hari al-Quds sedunia.

15
Seorang paderi di Baitulmaqdis, Atallah Hanna yang juga
tokoh Kristian Ortodoks Greek mendesak semua gereja
di dunia membantu membela Masjid al-Aqsa daripada
serangan Israel. Paderi itu menyeru seluruh umat Islam dan
Kristian bersatu dalam mencegah serangan dan
pencemaran terhadap Masjid al-Aqsa.

Seruan ini datang selepas pasukan khas Israel menyerang


Masjid al-Aqsa di wilayah pendudukan Baitulmaqdis
Timur dengan menembak peluru dan gas pemedih mata.
Zionis juga melarang penduduk Palestin masuk
ke kompleks Masjid al-Aqsa untuk melaksanakan ibadat.

Masjid al-Aqsa ialah kiblat umat Islam yang pertama dan


juga tempat berlaku peristiwa Israk Mikraj.

16
Masjid ini mempunyai pertalian sejarah dengan semua
agama sejak zaman Nabi Allah Sulaiman a.s. Malangnya.
ia silih berganti dijajah oleh bangsa Yahudi, Rom dan
Parsi hingga pada zaman Umar abad ke-7, ianya
dibebaskan daripada belenggu penjajahan.

Pada awal abad ke-12 Masihi, Masjid al-Aqsa kembali


dijajah tentera salib, namun akhirnya dibebaskan oleh
Salahudin Al-Ayyubi.

Kini sejak 1948, Masjid al-Aqsa sekali lagi dijajah tentera


Zionis. Ianya adalah masjid ketiga paling suci. Melalui
dalil hadis yang sahih, diriwayatkan oleh al-Tabrani
menyatakan sesiapa yang bersolat di masjid ini mendapat
500 kali ganda pahala.

17
Pada akhir zaman nanti, akan berdirinya ibu negara
umat Islam di bumi ini dan kemajuannya akan
membawa kepada tanda akhir zaman. Ini berdasarkan
hadis Rasulullah s.a.w diriwayatkan Nu’aim Hammad
dalam kitabnya al-Fitan.

Al-Quds ialah nama lain bagi Baitulmaqdis iaitu kota


lama terletak di Palestin dan wilayah Syam. Ia
dinamakan al-Quds selepas penaklukan kembali umat
Islam terhadap bumi Palestin. Di sebelah timur kota
ini terletak Masjid al-Aqsa, manakala di baratnya
terletak gereja Nativity di kawasan Khan al-Zeit.

18
Kota ini dianggap sebagai kota suci bagi Islam, Kristian dan
Yahudi kerana ketiga-tiga agama ini mempunyai nilai kudus
pada kota berkenaan. Bagi penganut Kristian, berdasarkan
akidah mereka di sanalah tempat kelahiran Jesus dan di situ
juga juga Jesus disalib dan akan dibangkitkan menjelang
kiamat kelak. Yahudi pula mendakwa kota ini adalah janji
tuhan Yahweh dan muncul Messiah yang dinantikan.

Tamat peperangan 1967 yang menyaksikan kemenangan rejim


Israel dengan bantuan Amerika Syarikat, tentera Zionis
memasuki Masjid al Aqsa dan menawannya. Kejayaan mereka
dianggap sebagai mukjizat yang berupa petanda berakhirnya
agama Islam. Mereka menyambutnya dengan menari sambil
menyanyikan lagu: “Letakkan aprikot ke atas epal, agama
Muhammad sudah hancur dan musnah. Muhammad sudah
mati, yang tinggal hanya anak perempuan yang lemah.”

19
Ketika itu juga Zionis mengisytiharkan tembok sebelah
barat Masjid al-Aqsa (Tembok Buraq) sebagai milik
mereka. Perlu diingat, penawanan Tembok Buraq bukan
bererti penamat dan tindakan terakhir dalam perjuangan
mereka menakluki al-Quds tetapi ia permulaan bagi
mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan
membina semula The Mount Temple atau Haykal
Sulayman.

Isu penaklukan Palestin dan kemusnahan Masjid Al


Aqsa semakin parah apabila Eropah dilanda kebangkitan
golongan Kristian Protestan yang melakukan
penyemakan semula kitab suci mereka. Antara akidah
yang disemak semula ialah perihal kedatangan Jesus di
Baitulmaqdis menjelang alaf kedua tahun Kristian.

20
Melalui penyemakan semula kitab suci itu,
mereka mendakwa Jesus hanya muncul dalam
suasana seperti ia muncul buat kali pertama
di Baitulmaqdis. Beliau tidak akan muncul
selepas tegaknya Haykal yang disebut dalam
Old Testment.

Oleh itu, untuk menyambut kemunculan


semula kelahiran Jesus, Haykal perlu dibina
dan orang Yahudi perlu dikumpulkan semula
di Baitulmaqdis untuk disembelih oleh Jesus
kerana golongan Yahudi membunuh Jesus.

21
Hari 24

Teknologi moden saluran baru untuk berdakwah.


Pendakwah patut guna instrumen komunikasi ajak belia
kembali kepada cara hidup Islam

Di mana saja, kita menyaksikan keruntuhan akhlak, sama ada


yang tinggal di kampung, pekan atau bandar besar.

Disenaraikan beberapa gelagat keruntuhan akhlak belia termasuk


pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, berkelakuan tidak
senonoh, wanita berpakaian tetapi seperti telanjang, budaya minum
arak, ketagih muzik mengkhayalkan, terbabit kegiatan sumbang,
menyalahi undang-undang, lumba haram, samseng, peras ugut dan
menjual maruah.

22
Dalam kajian keagamaan Islam, senarai keruntuhan akhlak itu dimasukkan dalam
kategori sifat fasik. Jika keadaan belia kita demikian maka sahlah kebenaran
ucapan Baginda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Umamah, marfu'
bermaksud: "Bagaimana kamu, jika isteri-isterimu telah berbuat zina, dan
pemuda-pemudanya telah fasik, dan kamu telah meninggalkan jihad?"

Sahabat bertanya, "Apakah itu akan terjadi wahai Rasulullah?" Nabi s.a.w
menjawab, "Ya, demi Dzat yang diriku ada ditangan-Nya, lebih daripada itu pun
akan terjadi."

Sahabat bertanya, "Apa yang lebih berat daripada itu wahai Rasulullah?" Nabi
s.a.w bersabda, "Bagaimana kamu jika kamu tidak melaksanakan amar makruf
dan nahi mungkar?" Mereka bertanya, "Apakah itu akan terjadi wahai
Rasulullah?" Nabi s.a.w bersabda, "Ya, demi Dzat yang diriku berada di tangan-
Nya, lebih daripada itu pun akan terjadi!"

23
Mereka bertanya, "Apakah yang lebih daripada itu wahai
Rasulullah?" Nabi s.a.w bersabda, "Bagaimana kamu jika kamu
melihat yang makruf menjadi mungkar dan yang mungkar
menjadi makruf?" Mereka bertanya, "Apakah itu akan terjadi
wahai Rasulullah?" Nabi menjawab, "Ya, demi Dzat yang diriku
berada di tangan-Nya, yang lebih daripada itu pun akan terjadi !"

Mereka bertanya, "Apa yang lebih daripada itu wahai


Rasulullah?" Nabi bersabda, "Bagaimana pendapat mu jika kamu
memerintahkan yang mungkar dan melarang yang makruf?"
Mereka bertanya, "Apakah itu akan terjadi wahai Rasulullah?"
Nabi menjawab, "Ya, demi Dzat yang diriku berada di tangan-
Nya, lebih daripada itu pun akan terjadi!"

24
Dalam konteks tulisan ini yang disoroti dalam hadis adalah jelas
pemuda terbabit sudah fasik yang mana kita istilahkan pada hari ini
sebagai ‘keruntuhan akhlak’. Subhanallah! Benar adanya ucapanmu,
wahai Rasulullah. Subhanallah! Terbukti sudah wahyu Tuhanmu,
wahai Rasulullah.

Di sinilah teramat berat tugas pendakwah pada seluruh peringkat bukan


hanya orang yang kita lihat sebagai pendakwah saja kerana dalam
Islam kita diwajibkan untuk berdakwah dalam menyeru kepada yang
makruf dan mencegah yang mungkar.

Oleh itu, sudah sepatutnya mereka mendapatkan pendidikan agama


yang memadai agar mereka boleh menjadi pendakwah yang berkesan
setakat kemampuan masing-masing.

25
Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya: “Barang siapa antara
kamu yang melihat kemungkaran hendaklah merubahnya dengan
tangannya. Jika tidak mampu hendaklah merubahnya dengan kata-
kata dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan hatinya, dan
mencegah dengan hati adalah selemah-lemahnya iman." Hadis
riwayat Muslim

Dakwah yang berasal daripada kata ‘da’a – yad’u’ mempunyai erti


memanggil, menyeru, mengajak atau berdoa. Namun, pengertian
umum dakwah yang dimaksudkan di sini adalah panggilan, seruan
atau ajakan untuk manusia mengakui kebesaran Allah Yang Maha
Kuasa serta perlunya manusia hidup berlandaskan peraturan yang
ditetapkan berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Hal ini adalah inti pati
dakwah bagi membina manusia yang bertakwa kepada Allah s.w.t
dalam erti kata yang sebenarnya dan seluas-luasnya.

26
Rasulullah s.a.w tidaklah diutus melainkan dengan tugas-tugas mulia dan
Allah s.w.t mengamanahkan kepada mereka supaya melaksanakan dakwah.
Dalam surah an-Nahl, ayat 36, Allah s.w.t berfirman maksudnya: "Dan
sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat
seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah
kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut."

Barang siapa yang melaksanakan tugas dakwah maka dia akan mendapat
pujian daripada Allah s.w.t berdasarkan firman-Nya dalam surah Fussilat
ayat 33 bermaksud:

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang
menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia
sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: “Sesungguhnya aku
adalah daripada orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).”

27
Pendakwah mesti mempunyai kepekaan yang tinggi dalam
menggunakan dan memanfaatkan instrumen-instrumen
komunikasi moden.

Dr Al-Sayyid A Hamid al-Mahdaly yang balik dari Mesir


bercerita bagaimana kebebasan penyiaran di Mesir terbalik
di mana pada mulanya ditujukan untuk merosak akhlak belia
tetapi yang terjadi sekarang pemuda yang teruja dengan
rancangan keagamaan yang dikemaskinikan sesuai dengan
peredaran zaman.

Kita masih ingat bagaimana kerajaan Hamas menggunakan


saluran televisyen dalam perjuangan dakwah mengembalikan
hak mereka menentang penjajah Israel. Rancangan yang
dikhaskan untuk kanak-kanak demi menjana pemikiran
perjuangan mereka itu mendapat bantahan daripada pihak
Israel dan Barat.

28
Dalam program itu, tokoh bernama Farfur yang rupanya mirip ‘Mickey
Mouse’ dan seorang gadis cilik, menyeru perlawanan terhadap Israel dan
Amerika Syarikat sekali gus menekankan pentingnya solat dan minum susu.

Rancangan-rancangan kembali kepada agama secara keseluruhannya seperti


inilah yang digeruni Barat. Mereka merancang agar belia kita jauh daripada
ajaran agama. Mereka mengerahkan seluruh pemikiran dan harta mereka demi
menjayakan program mereka. Mereka bermaharajalela dalam menerkam,
membaham dan melilit belia Muslim bukan saja di negara Islam bahkan di
negara mereka sendiri.

Kita membaca bagaimana di Britain orang Islam di sana yang kebanyakannya


terdiri daripada belia yang diawasi secara diam-diam oleh 1,600 ejen.
Walaupun program mengawasi secara diam-diam umat Islam ini dikecam
oleh kalangan ahli akademik, ketakutan pihak tertentu di Britain kepada Islam
mengalahkan kewarasan fikiran masyarakat ilmu.

29
Seperti siarkan akhbar Daily Telegraph , persatuan ahli akademik Britain,
University and College Union (UCU) menyatakan mereka menolak rancangan
kerajaan agar mengawasi secara diam-diam mahasiswanya, terutama Muslim.
Mereka berpendapat perbuatan berkenaan adalah tindakan tidak rasional dan
anti-Muslim.

Ahli akademik ini juga menegaskan bahawa mereka menentang segala bentuk
tindakan mengawasi secara diam-diam siswa dan kakitangan berdasarkan
etniknya, untuk tujuan imigresen dan alasan keamanan. Mereka mengecam
keupayaan kerajaan yang ingin memanfaatkan anggota UCU untuk melakukan
aktiviti mata-mata.

Gerakan ahli akademik ini sebagai tindak balas terhadap tindakan


Kementerian Pendidikan Inggeris yang dikeluarkan pada November 2006.
Kementerian Pendidikan meminta pensyarah dan staf di universiti berkenaan
mengintai mahasiswanya yang Muslim, kerana kononya adanya "ektremisme
Islam" di kampus.

30
Dalam kita berasa prihatin dan runsing atas keadaan belia kita yang
terlepas dikendali atau kawalan, kita juga ditimpa kemalangan
fikiran yang menganggap semua gerakan kembali kepada agama
sebagai musuh kemajuan dan perosak ketamadunan. Gerakan yang
dipelopori pendakwah selalu dilihat serong dan dipencilkan oleh
masyarakat amnya.

Justeru, pendakwah adalah kelompok penyelamat belia yang runtuh


akhlaknya itu.

Malangnya, pendakwah dituduh sebagai fundamentalis dan


ekstremis yang posisinya selalu tertuduh walaupun hakikatnya
mereka adalah orang yang beramar makruf dan bernahi mungkar
dalam kapasiti pelindung dan pembangkit agama Allah s.w.t , suara
mereka masih tetap kuat bersama kebenaran (yang dibawanya),
meskipun suara kebatilan di sekelilingnya terus bergema.

31
Jika sebahagian manusia dewasa ini berbicara mengenai pentingnya
membentuk pandangan umum dan pengaruhnya dalam mengawasi dan
memelihara prinsip umat, akhlak, moral dan kepentingannya serta meluruskan
apa-apa yang dianggap bengkok (tidak benar) daripada masalah kehidupannya,
maka kewajipan beramar makruf dan bernahi mungkar adalah saranan terbaik
yang menjamin tercapainya tujuan itu untuk membentuk pandangan umum
bersandar pada standard akhlak Islami, tata susila yang paling benar, paling
adil, paling kekal dan paling kuat kerana standard itu diambil daripada al-Haq
yang 'azali dan abadi, iaitu Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Sudah tiba masanya subjek-subjek pelajaran yang ditujukan kepada belia


harapan bangsa dan umat berorientasikan dakwah amar makruf nahi mungkar
agar kita kekal menjadi sebaik-baiknya umat.
Allah rajauna

Insyallah . Kita bertemu lagi di Takzira di Hari 25, Hari 26


dan Hari 27

Musbri Mohamed
2010 

32

Anda mungkin juga menyukai