Anda di halaman 1dari 18

SEKOLAH SAINS SOSIAL

AT 10403
PENULISAN AKADEMIK UNTUK SAINS SOSIAL
SEM DUA SESI 2014
NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. ROSAZMAN BIN HUSSIN
TUTOR: CIK NOORZAIMAH BINTI ADNAN
KHAMIS / 8 9 AM
NURU AQILAH NABILAH BINTI IBRAHIM
BA13110378(HA24-SEJARAH)
TAJUK SOALAN
PUNCA PERISTIWA 13 MEI 1969 TERCETUS DAN KESANNYA TERHADAP
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA.

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA
.
1.0

MUKA SURAT

PENGENALAN

1-3

2.0

PUNCA PERISTIWA 13 MEI 1969


TERCETUS

3-8

3.0

KESANNYA TERHADAP HUBUNGAN


ETNIK DI MALAYSIA

8-13

4.0

KESIMPULAN

14

5.0

RUJUKAN

15

1.0 PENGENALAN
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi yang telah mencacatkan
keamanan dan keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini. 1 Peristiwa 13
Mei 1969 tercatat di

dalam sejarah sebagai tragedi nasional. Pada hari itu asas

pendirian negara kita telah menerima pukulan yang hebat dengan meletusnya
rusuhan antara kaum. Mujurlah kerajaan telah mengambil tindakan yang segera
dan tegas, dibantu dengan kesetiaan oleh pihak Tentera dan Polis, maka pihak
berkuasa dapat mengawal keadaan secepatnya. Sekiranya bukan kerana langkah
pencegahan yang telah dilaksanakan dengan segera maka sudah tentulah seluruh
negeri ini terjerumus di dalam malapelataka yang besar. 2
Ada juga di antara kita yang memandang bahawa tragedi

begitu dalam

ertinya bagi dirinya sendiri. Tetapi kepentingan peristiwa 13 Mei 1969 hendaklah
tidak dirasakan oleh beberapa orang sahaja, bahkan setiap orang dari kita
hendaklah menaruh perasaan insaf akan peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah
menyedarkan kita bahawa masalah perkauman di dalam negeri ini adalah suatu
masalah yang amat berat dan segala langkah-langkah yang telah kita ambil pada
masa lampau sudah nyata tidak mencukupi. 3
Pergeseren antara kaum memang ada, tetapi kita terus menjalankan tugas
masing-masing dengan harapan semoga rusuhan kaum itu tidak meletus. Sejak
merdeka, cara hidup kita di negeri ini memang berdasarkan fahaman demokrasi
dengan segala kebaikan yang ada padanya, dan juga berdasarkan

keyakinan

bahawa orang-orang Malaysia pandai menyesuaikan diri. Kita menyangka bahawa


mereka yang mengambil bahagian dalam politik tentulah mengerti betapa
mudahnya masyarakat kita tersinggung.4
Oleh itu, tentu mereka faham betapa perlunya mereka menjalankan kegiatan
masing-masing dengan hati-hati dan fikiran yang matang. Suatu perkara yang
bukan susah untuk difahami bahawa di tengah-tengah masyarakat kita ada
1 Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan Dan Perkembangan, ( Edisi Kedua), Selangor: Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 1996, hal. 390.
2 Laporan Majlis Gerakan Negara Malaysia, Trajedi 13 Mei, Kuala Lumpur: Majlis Gerakan Negara
Malaysia, 1969, hal.iii.
3 Ibid, hal. iii.
4 Ibid, hal. iii.

golongan-golongan yang berniat hendak merosakkan cara hidup kita untuk


kepentingan mereka sendiri. Mereka ini ialah komunis, kongsi-kongsi gelap dan
pelampau-pelampau perkauman.5
Maka

amatlah

sedih

apabila

kita

memerhatikan

perkembangan-

perkembangan yang berlaku menjelang pilihan raya pada tahun 1969. Calon-calon
berleluasa mencari sokongan dengan mengumpan semangat perkauman; ejen-ejen
komunis

dalam

Parti

Buruh

menjadikan

penanaman

mayat

sebagai

helah

menunjukkan kesombongan dengan melaungkan slogan Mao Tse Tung; dan kongsikongsi gelap secara senyap memasukkan jarum ketakutan, menghasut perasaan
perkauman dan membahagi-bahagikan senjata. Ketiga-tiga anasir ini bersatu dan ini
merupakan gerakan yang membawa kebinasaan, maka pelbagai usaha yang telah
dibuat oleh kerajaan untuk cuba memisahkan mereka untuk mengelakkan
pertumpahan darah.6
Namun, peristiwa 13 Mei 1969 ini telah meletus. Peristiwa 13 Mei 1969
tercetus berikutan keputusan Pilihan Raya Umum pada 10 Mei 1969. Ia merupakan
kemuncak kepada masalah perpaduan kaum di Malaysia. Keputusan pilihan raya
yang cukup mengejutkan semua pihak, khususnya parti pemerintah, iaitu Perikatan.
Tragedi 13 Mei 1969 ini telah

mengakibatkan ratusan nyawa terkorban serta

kerosakan harta benda yang cukup dahsyat. Keputusan Pilihan Raya Umum 1969
yang dikatakan berpihak kepada parti pembangkang telah merubah pandangan
politik di Malaysia. Tragedi ini telah membawa kepada satu perubahan besar ke atas
Malaysia, khususnya aspek ekonomi, politik dan sosial. Natijah daripada tragedy ini
menyebabkan akhirnya kepimpinan Malaysia lebih prihatin apabila berbicara soal
perpaduan dan perkauman.

Pengajaran yang kita dapati dari peristiwa 13 Mei 1969 itu sudah nyata.
Sekiranya peristiwa 13 Mei 1969 ini hendak dielakkan daripada berlaku lagi dan
negara ini hendak selamat; kita mestilah memastikan supaya hal-hal yang mungkin
menimbulkan ketegangan kaum tidak dipergunakan oleh golongan-golongan yang
tidak bertanggungjawab. Kita hanya dapat menjamin hal ini dengan mensyaratkan
5 Laporan Majlis Gerakan Negara Malaysia, Trajedi 13 Mei, Kuala Lumpur: Majlis Gerakan Negara
Malaysia, 1969, hal. iv.
6 Ibid, hal. iv.
7 Ishak Saat, Malaysia 1945-2000, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2009, hal. 232.

supaya hal-hal ini tidak dapat digunakan oleh penghasut-penghasut perkauman,


komunis dan lain-lain. Oleh itu, kita perlulah menyusun suatu peraturan politik yang
realistik

dan

mempertimbangkan

sedalam-dalamnya

akan

segala

keadaan

masyarakat dan ekonomi rakyat berdasarkan pada asas yang utuh dan bijaksana. 8
Kesimpulannya, peristiwa 13 Mei 1969 boleh dianggap sebagai rahmat
terselindung. Peristiwa ini telah mencetuskan satu kesedaran yang menyeluruh di
kalangan rakyat Malaysia. Mereka mula insaf bahawa isu perkauman yang sensitif
tidak boleh dimainkan sebagai alat politik. Mereka mula mengetahui bahawa
golongan bumiputera yang mempunyai kedudukan istimewa dalam Perlembagaan
Malaysia, sebenarnya

tidak menikmati keistimewaan tersebut. Kerajaan tidak

memberitahu rakyat tentang kedudukan politik, ekonomi dan kemasyarakatan yang


sebenarnya. Maka timbullah pelbagai andaian yang salah yang meracuni hubungan
antara kaum. Peristiwa 13 Mei 1969 ini

telah menyebabkan kerajaan mengkaji

semula dasarnya dan menjalankan penyelidikan untuk mengetahui keberkesanan


dasar-dasar itu.9

2.0 PUNCA PERISTIWA 13 MEI 1969 TERCETUS.


2.1 LAYANAN BERAT SEBELAH SEMASA PENDUDUKAN JEPUN.
Punca pertama tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 ialah layanan berat
sebelah semasa pendudukan Jepun. Jepun telah memerintah Tanah Melayu selama
tiga tahun setengah sebagai sebuah tanah jajahan. Pada masa itu, Tanah Melayu
telah diletakkan dibawah kuasa pentadbiran tentera yang berpusat di Singapura
dan diketuai oleh Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita. 10
Jepun mengamalkan dasar diskriminasi kaum. Contohnya, Jepun telah
memberi layanan yang baik terhadap orang Melayu sebagai usaha untuk menarik
sokongan Raja-raja Melayu di Tanah Melayu. Jepun juga mengiktiraf kedudukan dan
8 Laporan Majlis Gerakan Negara Malaysia, Trajedi 13 Mei, Kuala Lumpur: Majlis Gerakan Negara
Malaysia, 1969, hal.vi.
9 Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan Dan Perkembangan, ( Edisi Kedua), Selangor: Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 1996, hal. 390.
10 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia ( Edisi Kedua), Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd., 2010, hal.
275.

kuasa Raja-raja Melayu. Jepun berpendapat jika Raja-raja Melayu dilayan dengan
baik, orang Melayu tidak akan menentang mereka. 11
Walaubagaimanapun, Jepun telah mengamalkan dasar anti-Cina dengan
menganggap orang Cina sebagai musuh. Dasar ini timbul sebagai kesan daripada
peperangan China-Jepun pada tahun 1937, serta sikap orang Cina di Tanah Melayu
yang kebanyakkannya masih menumpukan perhatian dan taat setia kepada Negara
China.12
Jepun melakukan banyak penindasan dan kezaliman terhadap orang Cina di
Tanah Melayu akibat perasaan anti-Cina tersebut. Contohnya, hampir 4000 orang
Cina telah terbunuh secara beramai-ramai oleh Tentera Jepun semasa menawan
Singapura.13 Beribu-ribu orang Cina telah dibunuh oleh Jepun ketika mereka
menegakkan kuasa dalam beberapa hari pendudukan mereka di negara ini. 14
Manakala, orang India pula menerima layanan yang baik daripada pihak
Jepun. Hal ini kerana Jepun memerlukan kerjasama mereka untuk meneruskan
kempen mengusir British dari India dan menubuhkan kerajaan sendiri. Oleh itu,
orang India digalakkan memberi perhatian kepada usaha untuk membebaskan India
daripada penjajahan British.15
Dasar diskriminasi oleh pihak Jepun ini

telah memberi kesan yang buruk

kepada perhubungan kaum di Tanah Melayu. Langkah pemerintah Jepun mengambil


orang Melayu menjadi polis Jepun (kempeitai) untuk mengawasi orang Cina
menimbulkan rasa kebencian dan syak wasangka orang Cina kepada orang Melayu.
Keadaan ini memberi kesan buruk kepada hubungan kaum di Tanah Melayu,
khususnya dalam kalangan orang Melayu dan orang Cina sehingga menimbulkan
permusuhan antara mereka.16
Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh Jepun yang menyukai orangorang Melayu dan menentang kaum Cina telah memberi kesan yang buruk dalam
11
12
13
14

Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia( Edisi Kedua), Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd., 2010, hal. 276.
Ibid, hal. 276
Ibid, hal. 276
Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, Selangor: IBS Buku Sdn. Bhd. ,
2007, hal. 53.
15 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia( Edisi Kedua), Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd., 2010, hal. 276.
16 Ibid, hal. 276.

menyemarakkan perasaan permusuhan kaum yang kian tebal. Perasaan bencimembenci yang telah wujud sekian lama menyebabkan tercetusnya rusuhan kaum
antara orang-orang Melayu dengan orang-orang Cina yang serius dalam tempoh
kira-kira sebulan selepas Jepun menyerah diri dan Tanah Melayu kembali diperintah
oleh pihak British.17
2.2 DASAR PECAH PERINTAH BRITISH.
Punca kedua tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 ialah dasar penjajah Inggeris
yang mengamalkan konsep pecah dan perintah. Dasar ini merupakan satu tindakan
yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada
dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Contohnya,orang Cina tetap
mengasingkan diri daripada masyarakat Melayu. Mereka hidup secara berasingan
sama sekali daripada orang Melayu sama ada dari segi kehidupan sosial mahupun
dalam bidang ekonomi.18
Sementara itu, terdapat juga unsur kelainan dari tempat kediaman. Orangorang Cina suka hidup berkumpul di beberapa petempatan di kawasan bandar,
manakala orang-orang Melayu sejak turun-temurun lagi tinggal di kampungkampung iaitu sekitar muara sungai utama. Di petempatan-petempatan bandar
yang besar telah tumbuh pekan-pekan Cina di pusat perdagangan dan orang
Melayu telah membina rumah-rumah mereka di sekitar bandar-bandar itu.

19

Selain daripada kaum Baba, orang-orang Cina juga merupakan orang asing di
Tanah Melayu. Mereka bertutur bahasa mereka sendiri dan tiada seorang pun orang
bukan Cina yang boleh bertutur dalam bahasa Cina di Tanah Melayu pada masa itu.
Mereka juga mengamalkan cara hidup dan adat resam mereka yang tersendiri. Oleh
sebab itu, mereka lebih cenderung hidup berkelompok di bahagian-bahagian bandar
sesama sendiri dan tinggal bersama di kongsi-kongsi mereka di lombong-lombong
bijih dan ladang-ladang getah.20

17 Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, Selangor: IBS Buku Sdn. Bhd. ,
2007, hal. 53.
18 Ibid, hal. 53.
19 Ibid, hal. 53.
20 Ibid, hal. 53.

Di bawah pemerintahan British orang Melayu hidup terpisah dari orang Cina
dan India, kecuali pertemuan singkat pada waktu siang. Sebahagian besar orang
Melayu, terutama yang tinggal di kawasan desa tidak pernah bersua muka dengan
orang Cina, dan begitu juga keadaan sebaliknya bagi orang Cina yang tinggal di
bandar-bandar besar dan di kawasan lombong bijih. 21
Dasar
mengelakkan

pecah dan perintah yang


perpaduan

dilakukan

antara pelbagai

kaum

oleh

British

yang

adalah untuk

dikhuatiri

akan

mengancam kedudukan mereka. 22 Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi


mewujudkan

kelompok-kelompok

etnik

yang

berdasarkan

kegiatan ekonomi

yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum


hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka
antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.
2.3 SISTEM PENDIDIKAN YANG BERBEZA.
Sistem pendidikan

yang berbeza di Tanah Melayu juga telah dikaitkan

sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Hal ini
berlaku kerana sistem pendidikan pada zaman penjajah British lebih bersifat
terpisah dengan setiap kaum menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah
yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Malahan, sukatan pelajaran dan
kurikulum juga tidak seragam.23
Sistem pendidikan aliran Inggeris yang dianggap terbaik tidak terbuka
kepada semua orang. Pendidikan Inggeris hanya dikhaskan kepada golongan
bangsawan sebagai saluran untuk melatih mereka menceburkan diri ke dalam
perkhidmatan awam selepas menamatkan pengajian. 24
Kerajaan British juga mengasingkan penubuhan sekolah mengikut kawasan
penempatan kaum masing-masing. Sekolah Inggeris tertumpu di kawasan bandar,

21 Mahathir Bin Mohamad diterjemahkan oleh Ibrahim bin Saad, Dilema Melayu, Selangor: Times
Books International, 2003, hlm. 7.
22 Leon Comber, Peristiwa 13 Mei 1969 Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, Selangor: IBS Buku Sdn.
Bhd., 2007, hal. 7.
23 Ruslan zainuddin, Sejarah Malaysia (Edisi Kedua), Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd., 2010, hal.
384.
24 Ibid, hal.385.

sekolah Melayu di

kawasan luar bandar, sekolah Cina di bandar pelabuhan dan

kawasan perlombongan, manakala sekolah aliran Tamil di ladang-ladang getah. 25


Sekolah Pelajaran di Sekolah Melayu

hanya untuk selama empat tahun.

Dalam tiga tahun pertama, kanak-kanak diajar membuat kira-kira yang mudah.
Pada tahun akhir,mereka diajar mengukur dan menyukat, membuat karangan, serta
beberapa kerja tangan seperti mengayam bakul dan membuat peralatan daripada
rotan. Hal ini membuktikan bahawa pendidikan Melayu zaman penjajah tidak
bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak Melayu supaya dapat memperbaiki taraf
hidup yang sedia ada.26
Manakala

pertumbuhan sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu sebahagian

besarnya bersifat bebas kerana dikelolakan oleh orang perseorangan atau badanbadan sukarela tanpa campur tangan kerajaan. Kurikulum Sekolah Cina berkiblatkan
negeri asal mereka, buku-buku teks dan tenaga pengajar dibawa dari negeri China.
Sekolah-sekolah

Cina

lebih

tertumpu

di

bandar-bandar

sekitar

kawasan

perlombongan dan pelabuhan seperti Singapura, Melaka , Pulau Pinang, Selangor,


Perak dan Negeri Sembilan.27
Kurikulum Sekolah India pula berkiblatkan negeri asal mereka, malah bukubuku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri India.
Kebanyakan sekolah India dibuka di kawasan ladang-ladang getah untuk memenuhi
keperluan pendidikan anak-anak buruh yang bekerja di situ.

28

Keadaan ini telah

mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah
Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di
bandar-bandar sahaja.
Keadaan sistem pendidikan yang berbeza menyebabkan masyarakat di Tanah
Melayu tidak dapat memupuk perpaduan antara pelbagai kaum. Kesannya, interaksi
antara
sesuatu

kaum
kaum

adalah terbatas. Ini melahirkan perasaan kurang senang antara


dengan

kaum

yang

lain

dan

keadaan

seperti

ini

telah

25 Ibid, hal.385.
26 Ruslan zainuddin, Sejarah Malaysia (Edisi Kedua), Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd., 2010, hal. 385.
27 Ibid, hal. 386.
28 Ibid, hal. 389.

mengakibatkan latar pendidikan yang berbeza di Tanah Melayu merupakan antara


punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

2.4 PERTELINGKAHAN YANG BERLAKU ANTARA PARTI POLITIK.


Selain itu, pertelingkahan yang berlaku antara parti politik juga menjadi
penyebab dalam berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Hal ini dapat dilihat apabila DAP
menuduh bahawa MCA telah menyerahkan hak orang-orang Cina kepada UMNO
dalam Perikatan.DAP menentang perbezaan kaum serta menyokong konsep
perjuangan PAP dengan cogan kata Malaysia untuk rakyat Malaysia. 29
Parti itu berpendapat bahawa Malaysia akan wujud sebagai sebuah negara
yang berbilang kaum, bahasa, masyarakat dan agama. Manifesto pilihan raya DAP
ialah Menuju Arah Malaysia untuk rakyat Malaysia. Perikatan telah menuduhnya
sebagai sebuah parti perkauman yang menentang Melayu, hak istimewa orang
Melayu dan memperjuangkan PAP.30
Pertelingkahan juga berlaku antara UMNO dan PAS. PAS menuduh UMNO
memihak kepada orang-orang Cina dengan memberi sokongan dan bertindak
menjual negara ini kepada mereka. 31 UMNO membalas dengan mengatakan PAS
berhubungan dengan Parti Komunis Malaya yang berada di selatan Thai. UMNO juga
menegaskan bahawa PAS tidak berbuat apa-apa jua untuk kemajuan ekonomi
Kelantan, walaupun parti itu menguasai Kerajaan Negeri semenjak tahun 1959. 32
Dua lagi tuduhan telah dibuat terhadap PAS untuk mencemarkan nama
baiknya di mata orang-orang Melayu. Pertama, parti itu telah dituduh mempunyai
persefahaman dalam pilihan raya dengan DAP. Kedua, Tunku menuntut bahawa PAS
telah menerima bantuan kewangan daripada PAP di Singapura melalui DAP. Tuduhan

29 Leon Comber, Peristiwa 13 Mei 1969 Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, Selangor: IBS Buku Sdn.
Bhd., 2007, hal. 127.
30 Ibid, hal. 127.
31 Ibid, hal. 125.
32 Ibid, hal. 126.

ini dianggap serius oleh Kerajaan Singapura, dan perkara itu telah dinafikan oleh
Menteri Luar Singapura.33

3.0 KESAN PERISTIWA 13 MEI 1969 TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI


MALAYSIA.
3.1 PENUBUHAN MAJLIS GERAKAN NEGARA (MAGERAN).
Selain

itu,

Majlis

Gerakan

mengendalikan keadaan darurat

Negara

(MAGERAN)

negara dan untuk

ditubuhkan

untuk

mengembalikan negara ini

kepada keadaan sedia kala selepas terjadinya peristiwa 13 Mei 1969. Pada asasnya,
tugas-tugas MAGERAN ialah mengembalikan keamanan dan undang-undang, untuk
menentukan pentadbiran yang licin di negara ini dan juga untuk mengembalikan
keharmonian dan kepercayaan antara kaum di dalam negara ini. 34
Penubuhan

MAGERAN ini

berfungsi untuk mencari penyelesaian masalah

masyarakat yang berbilang kaum di Negara kita dan juga meneliti serta
membincangkan masalah berhubung perpaduan. Keadaan ini

menyebabkan

hubungan di antara etnik melayu dan etnik-etnik lain dapat diperbaiki dan dapat
dieratkan lagi. Keadaan ini telah menyebabkan etnik yang tinggal di negara kita
hidup

dalam

keadaan

aman

dan

harmoni

hingga

sekarang.Secara

tidak

langsung,penubuhan MAGERAN telah mengembalikan kepercayaan kaum Melayu


terhadap kaum Cina dan begitulah sebaliknya. 35
Laporan MAGERAN telahpun menegaskan tentang cara bagaimana pertikaian
Melayu-Cina dapat diselesaikan. Laporan itu juga ada menyatakan, Rakyat Negara
ini, terutama mereka yang telah menjadi rakyat mengikut peruntukan 1948
sehinggalah

Perlembagaan

Kemerdekaan

1957

patutlah

memahami

tentang

mustahaknya peruntukan Perlembagaan itu. Rakyat Malaysia walau daripada apa


33 Ibid, hal. 126.

34 Laporan Majlis Gerakan Negara Malaysia, Trajedi 13 Mei, Kuala Lumpur: Majlis Gerakan Negara
Malaysia, 1969, hal. 83.
35 Leon Comber, Peristiwa 13 Mei 1969 Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, Selangor: IBS Buku Sdn.
Bhd., 2007, hal. 151.

jua keturunan mereka sepatutnya menghargai matlamat dan hasrat negara mereka.
Garis panduan akan disediakan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang baru dibentuk
itu dan juga Majlis Gerakan Negara.36
3.2 KERAJAAN MENUBUHKAN TIGA BUAH INSTITUSI.
Kerajaan mengakui bahawa rusuhan kaum itu adalah disebabkan oleh sikap
permusuhan dan perasaan yang tidak seimbang antara kaum. Dengan kata lain,
perasaan persefahaman telah tidak wujud antara orang-orang Cina dan Melayu.37
Oleh itu, langkah positif diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini
dengan menubuhkan tiga buah institusi.38
Pada bulan Julai 1969, Majlis Muhibah Kebangsaan diwujudkan di seluruh
Malaysia dengan pelbagai jawatankuasa tempatan. Yang Dipertuanya ialah Tunku
Abdul Rahman dan beliau telah membuat kunjungan selama 6 minggu ke seluruh
negara. Beliau telah memulakannya dengan mengunjungi Pulau Pinang. Kerajaan
negeri itu adalah di bawah kuasa Gerakan dengan Dr. Lim Chong Eu sebagai Ketua
Menteri. Orang-orang Melayu, Cina dan India telah mula bertegur sapa semula
antara satu dengan yang lain. Usaha juga telah dijalankan untuk mengadakan
dialog antara kaum.39
Pada bulan Januari 1970, Lembaga perpaduan Negara dan Majlis Perunding
Negara telah diwujudkan. Kedua-dua badan ini adalah rasmi dan mempunyai
hubungan dengan MAGERAN. Majlis Perunding Negara telah dinyatakan dalam
Laporan Majlis Gerakan Negara yang menegaskan bahawa adalah menjadi tujuan
setelah laporan ini diterbitkan untuk menjemput wakil-wakil daripada pelbagai
kumpulan di Negara ini untuk berkhidmat dalam Majlis Perunding Negara. Segala
soal yang melibatkan perpaduan negara kita akan dibincangkan sepenuhnya secara
berterus-terang...40

36 Ibid, hal. 151.


37 Leon Comber, Peristiwa 13 Mei 1969 Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, Selangor: IBS Buku Sdn.
Bhd., 2007, hal. 143.
38 Ibid, hal. 149.
39 Ibid, hal. 150.
40 Ibid, hal. 150.

Tugas institusi ini adalah untuk

menentukan penyelesaian yang kekal

terhadap masalah perkauman untuk menentukan bahawa tragedi 13 Mei tidak akan
berulang lagi.

41

Majlis ini merupakan sebuah badan berbilang kaum yang

mengandungi 65 orang ahli yang mewakili Kerajaan Negeri dan Persekutuan, parti
politik dan golongan-golongan yang berpengaruh. Mereka diberi galakan untuk
membincangkan secara berterus-terang tentang perkara-perkara kebangsaan yang
mustahak seperti soal perkauman dan perpaduan Negara.Tujuannya adalah untuk
memperbaiki semula hubungan etnik di negara ini.

42

3.3 IDEALOGI KEBANGSAAN DINAMAKAN RUKUN NEGARA


Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada
negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku semua pihak mulai
sedar dan saling bekerjasama bagi membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti
yang dapat kita saksikan kini. Pada 31 Ogos 1970, ulang tahun yang ke-13
kemerdekaan, Yang di Pertua Agong mengisytiharkan idealogi kebangsaan yang
dinamakan Rukun Negara.43
Kegiatan politik di Tanah Melayu yang telah dibekukan, akibat peristiwa ini
buruk 13 Mei 1969 itu telah pulih semua sebelum akhir tahun 1970. Dengannya
terciptalah Rukun Negara adalah satu dasar hidup rakyat, yang berbilang kaum
dan bangsa, bagi membina satu masyarakat yang bersatu padu yang merupakan
satu bangsa yang kuat dan maju dalam sebuah Negara , yang adil, aman dan
makmur iaitu negara Malaysia.44
Kerajaan Malaysia bermatlamat hendak menggunakan Rukun Negara sebagai
model asas bagi strategi dalam mewujudkan perpaduan kebangsaan. Prinsip-prinsip
yang terkandung adalah bertujuan untuk menyatupadukan pelbagai kaum dan
masyarakat.45 Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan
untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit,
41 Ibid, hal. 150.
42 Leon Comber, Peristiwa 13 Mei 1969 Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, Selangor: IBS Buku Sdn.
Bhd., 2007, hal. 152.
43 Ibid, hal. 151.
44 Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka Antara,
1981, hal. 853.
45 Leon Comber, Peristiwa 13 Mei 1969 Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, Selangor: IBS Buku Sdn.
Bhd., 2007, hal. 152.

bangsa dan agama.Bagi orang-orang bukan Melayu pula, Rukun Negara merupakan
jalan tengah dalam merapatkan hubungan antara orang Melayu dengan Cina. 46
3.4 KERAJAAN MELANCARKAN DASAR EKONOMI BARU (DEB).
Pada tahun 1970, Kerajaaan telah mengakui ketidakseimbangan ekonomi di
kalangan kaum merupakan suatu faktor yang telah dikenal pasti sebelum ini
sebagai salah satu sebab yang membawa kepada peristiwa 13 Mei. Perasaan tidak
puas hati di kalangan orang-orang Melayu disebabkan oleh orang-orang Melayu
masih

ketinggalan dalam bidang ekonomi, jikalau dibandingkan dengan orang-

orang Cina.47
Oleh yang demikian, pihak kerajaan tidak teragak-agak lagi untuk merangka
suatu pelan tindakan yang menyeluruh bagi membendung dan mengatasi masalah
itu. Atas alasan itulah pada tahun 1971 kerajaan telah melancar Dasar Ekonomi
Baru (DEB). DEB dilancarkan untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi
antara kaum. DEB mempunyai serampang dua mata-mengurang dan seterusnya
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat
supaya identiti kaum tidak lagi dikenal pasti berasaskan kegiatan ekonomi.
DEB
Serampang

mempunyai
yang

serampang

pertama

ialah

dua

mata

mengurangkan

untuk
secara

mencapai

48

kemajuan.

beransur-ansur

dan

menghapuskan kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan serta menambahkan


peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Serampang yang kedua ialah bertujuan untuk mempercepatkan proses penyusunan
semula masyarakat Malaysia untuk mengimbangkan kedudukan ekonomi agar
berkurangan dan dengan cara beransur-ansur akan menghapuskan identiti kaum
berasarkan kegiatan ekonomi mereka.49
Serampang pertama untuk mencapai DEB adalah dengan mengadakan dasardasar pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang padat. Hal ini akan
46 Ibid, hal. 154.
47 Leon Comber, Peristiwa 13 Mei 1969 Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, Selangor: IBS Buku Sdn.
Bhd., 2007, hal. 143.
48 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia(1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions
Sdn. Bhd, 2002, hal. 360.
49 Leon Comber, Peristiwa 13 Mei 1969 Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, Selangor: IBS Buku Sdn.
Bhd., 2007, hal.159.

memperbaiki keadaan hidup semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Tetapi,
dari

segi

praktiknya,

kebanyakan

langkah

khusus

yang

diambil

untuk

menghapuskan kemiskinan melibatkan orang-orang Melayu, sama ada dalam


bidang pertanian, mahupun dalam membantu kegiatan mereka dari peringkat
tradisional hingga ke peringat ekonomi moden. 50
Strategi yang perlu dilaksanakan bagi serampang yang kedua, iaitu
menyusun semula masyarakat Malaysia untuk mengimbangkan kedudukan ekonomi
merupakan rancangan jangka panjang kerana ia meliputi program yang luas yang
membolehkan Bumiputera mengambil bahagian dalam sektor ekonomi moden yang
dinamik.51
Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk
memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Melalui
langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi yang
lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan. Dengan itu diharapkan
perpaduan negara akan lebih terpelihara. Selain itu,

DEB juga telah menambah

peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. 52 Penyusunan


semula masyarakat dalam DEB telah menyebabkan hubungan etnik di malaysia
dapat diperkukuhkan kerana kesemua etnik mempunyai pembahagian yang sama
rata dalam apa-apa aspek kehidupan di negara kita.
Setelah DEB tamat diumumkan pula pada 17 Jun 1991, Dasar Pembangunan
Nasional sebagai gantinya. Pembangunan Malaysia tidak hanya menekankan aspek
kebendaan semata-mata. Pembangunan manusia juga amat di titikberatkan.

53

50 Ibid, hal. 159.


51 Leon Comber, Peristiwa 13 Mei 1969 Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, Selangor: IBS Buku Sdn.

Bhd., 2007, hal.159.


52 Ibid, hal.159.
53
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia(1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributions Sdn. Bhd, 2002, hal. 360.

4.0 KESIMPULAN
Walau apa pun pandangan yang diketengahkan , jelasnya konflik peristiwa
pahit 13 Mei 1969 berpunca daripada perspektif negatif sama ada etnik Melayu
terhadap Cina ataupun etnik Cina terhadap etnik Melayu. Perasaan ini bukanlah
wujud secara dirancang tetapi terpupuk hasil daripada pengalaman hidup bersama
dan peristiwa yang dilalui sebelum ini. Sentimen ini diperkuatkan lagi dengan
warisan rukun teras budaya etnik yang berbeza sama ada dari sudut agama
ataupun cara hidup.

54

Meskipun ikatan kerjasama dijalinkan antara etnik Melayu, etnik Cina dan
etnik bukan Melayu lain dalam Perikatan, namun hubungan ini telah membabitkan
kelas pemerintah dan tidak melibatkan pihak rakyat. Bahkan kesusahan hidup lebih
dirasai oleh rakyat berbanding dengan kelas pemeritah. Justeru bagi etnik melayu
sama ada kalangan penyokong UMNO ataupun PAS, mereka mempunyai tidakan
agresif etnik Cina selepas keputusan pilihan raya pada 10 mei 1969 telah
menggugat keamanan Politik Melayu. Manakala ketidakpuasan hati terhadap UMNO
berpunca daripada kegagalannya melindungi hak kebajikan dan rukun teras Melayu
secara menyeluruh. Etnik Cina pula menganggap UMNO yang menerajui perikatan
lebih cenderung mendiskriminasikan mereka kerana bersikap Pro-Melayu. 55
Kesimpulannya, Peristiwa

13 Mei 1969

merupakan satu pengalaman dan

pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Peristiwa ini
telah membuka mata banyak pihak, sama ada dari dalam negara mahupun luar
54 Wan Norhasniah Wan Husin, Peradaban Dan Perkauman Di Malaysia: Hubungan Etnik Melayu- Cina,
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2012, hal. 309.
55 Ibid, hal. 309.

negara.56 Hal ini kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang
bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai. Kita
seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat
perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah
mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak
ada tolok bandingnya. Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba
sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain
dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita dapat memelihara
keharmonian dan keamanan
5.0 RUJUKAN

Ibrahim Mahmood. 1981. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur :


Penerbitan

Pustaka Antara.

Ishak Saat. 2009. Malaysia 1945-2000. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors.
Laporan Majlis Gerakan Negara Malaysia. 1969. Trajedi 13 Mei. Kuala Lumpur: Majlis
Gerakan

Negara Malaysia.

Leon Comber. 2007. Peristiwa


Selangor: IBS

13 Mei 1969

Sejarah Perhubungan Melayu-Cina.

Buku Sdn. Bhd.

Mahathir Bin Mohamad diterjemahkan oleh Ibrahim bin Saad. 2003. Dilema Melayu.
Selangor:

Times Books International.

Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia(1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan


Publications &

Distributions Sdn. Bhd.

Ruslan zainuddin. 2010. Sejarah Malaysia (Edisi Kedua). Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
56 Ishak Saat, Malaysia 1945-2000, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2009, hal. 232.

Wan Norhasniah Wan Husin. 2012. Peradaban Dan Perkauman Di Malaysia:


Hubungan Etnik

Melayu- Cina. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia Warisan Dan Perkembangan, ( Edisi
Kedua).
Bahasa Dan Pustaka.

Selangor: Dewan

Anda mungkin juga menyukai