Anda di halaman 1dari 6

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI BRUNEI DAUSSALAM

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan adalah salah satu sektor pembangunan yang penting dan utama bagi seluruh
Negara di dunia. pendidikan adalah suatu sector yang penting dalam memajukan sesebuah
negara. Pendidikan perlu diberi perhatian sewajarnya kerana pendidikan menyediakan
sumber pengetahuan manusia yang akan turut terlibat dengan kelancaran pembangunan
nasional pada suatu negara. Di ketahui bahawa setiap Negara mempunyai sistem pendidikan
yang berbeza. Perbezaan ini berlaku akibat daripada perubahan zaman, politik dan kemajuan
sesebuah Negara.

Bagi Negara kecil seperti Brunei Darussalam turut tidak ketinggalan dalam memperbaiki
sistem pendidikan di Negara tersebut. Bagi mencapai pendidikan yang berkualiti, Negara
tersebut merangka penstrukturan pendidikan yang teratur bersesuaian dengan umur pelajar
sehinggalah ke menara gading.

2.0 SISTEM PENDIDIKAN BRUNEI DARUSSALAM

Sejak tahun 1984 Negara Brunei Darussalam telah memperkenalkan dasar pendidikan
dwibahasa bagi menjamin pelajar berkebolehan dalam menguasai kedua-dua bahasa iaitu
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Mulai dari peringkat pra-sekolah hingga darjah III,
bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran adalah bahasa Melayu kecuali mata pelajaran
English Language. Daripada darjah IV dan seterusnya pelajar akan mengikuti pengajaran
yang menggunakan dua bahasa. Bahasa Melayu digunakan bagi mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Jasmani, Lukisan dan Pertukangan
Tangan, Sivik, dan MIB (Melayu Islam Beraja). Manakala bahasa Inggeris pula digunakan
bagi mengajar mata pelajaran seperti Sains, Matematik, Geografi, Sejarah, dan Bahasa
Inggeris itu sendiri. Persekolahan di peringkat rendah hinggalah universiti bagi sekolah-
sekolah kerajaan adalah percuma bagi rakyat dan penduduk tetap Brunei Darussalam. Jumlah
keseluruhan hari persekolahan adalah antara 202 dan 210 hari setahun. Terdapat empat (4)
penggal persekolahan sepanjang persekolahan antara Januari hingga Disember. Sehingga
tahun 2001 kadar kenal huruf di Negara Brunei Darussalam berada pada tahap 92.5%.
Pada tahun 2008 pula, Brunei telah mula melakukan perubahan kepada sistem pendidikan
baru yang dikenali sebagai Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 (SPN21). SPN21 adalah
sistem pendidikan yang dirancang untuk memberikan kesempatan dan peluang kepada para
pelajar untuk mencapai taraf pendidikan yang tinggi dan bersesuaian dengan kemampuan
akademik mereka masing-masing. Perubahan corak pendidikan ini adalah misi MOE
(Kementerian Pendidikan) untuk memberikan pendidikan yang menyeluruh untuk mencapai
potensi yang optimum bagi seluruh masyarakat. Sistem ini mulai diterapkan kepada pelajar
Tahun 7 (Menengah Pertama) pada tahun 2008, iaitu pelajar yang lulus ujian PSR pada tahun
2007. Kemudian, pada tahun 2009, sistem ini diterap kepada pelajar Tahun 1 dan Tahun 4.
Menjelang 2011, sistem SPN21 telah diterapkan sepenuhnya sehingga persekolahan
peringkat tinggi.

a. Struktur Pendidikan dan Sistem Sekolah

Sistem sekolah formal di Brunei Darussalam menggunakan pola 7-3-2-2, yang


menggambarkan peringkat rendah, menengah bawah, menengah atas, pra-tertier. Pendidikan
dan latihan di peringkat pasca-menengah, baik dalam bidang akademik mahupun profesional,
diberikan oleh Universiti Brunei Darussalam, Institut Teknologi Brunei, Maktab Jururawat
Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah, dan beberapa institusi dan pusat latihan
teknikal dan vokasional.

Jabatan Sekolah-sekolah berperanan menyelaras pelaksanaan program pendidikan, projek dan


kegiatan Kementerian Pendidikan di peringkat sekolah. Pada masa ini Jabatan Sekolah-
sekolah mengawal selia 123 sekolah rendah, 26 sekolah menengah, dan 70 sekolah bukan
kerajaan.

b. Pra-pendidikan

Seawal anak yang berusia 3 dan 5 tahun ibubapa disarankan untuk memasuki anak mereka ke
pra-pendidikan. Kurikulum pada peringkat ini meliputi kelas-kelas bahasa serta matematik,
kewarganegaraan, pelajaran agama Islam, pendidikan jasmani, dan pengembangan bakat,
yang semuanya diajarkan dengan menggunakan unsur-unsur sekitarnya. Pembelajaran pada
pra sekolah diadakan secara informal dimana tidak ada tempoh waktu yang khusus kepada
pengajaran dan pembelajaran dan lebih kepada aktiviti yang merangsang pengetahuan kanak-
kanak.

c. Pendidikan peringkat rendah

Pendidikan peringkat rendah menggunakan sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 (SPN21)
bermula pada tahap 1 (Tahun 1 hingga Tahun 3) dan tahap 2 (Tahun 4 hingga Tahun 6). Pada
Tahun 1 hingga Tahun 3 pelajar akan mengambil mata pelajaran utama iaitu bahasa melayu,
sains, matematik, dan bahasa inggeris. Manakala matapelajaran elektif adalah seperti
pengetahuan Agama Islam, pendidikan jasmani, kokurikulum dan seni kreatif dan teknologi.

Bagi tahun 4 hingga tahun 6, matapelajaran yang diambil termasuk matapelajaran


teras (bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik dan sains) dan matapelajaran elektif
(pengetahuan Agama Islam, pendidikan jasmani, kokurikulum, ilmu social, dan seni kreatif
dan teknologi). Bagi pelajar yang ingin memasuki aliran kelas Arab, mereka perlu menduduki
ujian untuk masuk ke aliran kelas Arab pada Tahun 4. Pada tahun 6,semua pelajar termasuk
yang mengikuti aliran kelas Arab perlu menjalani ujian Penilaian Sekolah Rendah (PSR)
sebelum memasuki sekolah menengah. Pelajar yang gagal dalam ujian PSR akan mengikuti
Ujian Pengulangan.
d. Pendidikan Peringkat Menengah

I. Menengah Bawah

Jumlah jangka masa persekolahan di peringkat menengah adalah tiga tahun. Pada tahun
ketiga, pelajar akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Bawah (PMB). Pelajar
yang berjaya menamatkan pelajaran di peringkat PMB mempunyai beberapa pilihan: -
Melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah atas yang membawa kepada peperiksaan
Brunei-Cambridge General Certificate of Education (GCE 'O' Level) examination atau
GCE 'N'; atau, - Melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran pertukangan dan
teknikal atau institusi vokasional atau bekerja.

II. Menengah Atas

Berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan PMB, pelajar akan disalurkan ke dalam


aliran Sains, Sastera atau teknikal. Jangka masa persekolahan pada peringkat ini adalah
sama ada dua atau tiga tahun.

Pendidikan di peringkat menengah atas adalah bersifat umum dengan beberapa


peruntukan yang khusus dalam bidang sains, sastera dan teknikal. Pada akhir tahun
kedua, pelajar yang berkelayakan akan menduduki peperiksaan Brunei-Cambridge GCE
Ordinary level (GCE ‘O’ Level). Manakala pelajar yang belum layak secara akademik
untuk mengambil peperiksaan GCE ‘O’ Level akan menduduki peperiksaan GCE ‘N’’
Level terlebih dahulu. Pelajar yang memperoleh kelulusan yang baik pada peringkat ‘N’
akan diberi peluang untuk menduduki peperiksaan GCE ‘O’ Level selepas mereka tamat
satu tahun akademik.

Bagi pelajar-pelajar yang mempunyai kelulusan peringkat ‘O’ yang mencukupi dan
relevan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat pra-universiti yang akan membawa
kepada peperiksaan Brunei-Cambridge Advanced Level Certificate of Education (GCE
'A' Level). Sementara yang lain sama ada mahu memasuki alam pekerjaan atau
mengikuti program pendidikan dan latihan di Institut Pendidikan Sultan Hassanal
Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam, maktab teknik, sekolah vokasional, maktab
jururawat atau meneruskan pelajaran di luar negara.
e. Pasca Pendidikan Menengah

I. Kolej Teknikal

Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal ditubuhkan pada tahun 1985 sebagai hasil
penggabungan antara Bangunan Sekolah Sultan Saiful Rijal (1970) dan Pusat Teknikal
Latehan Brunei (1977). Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah didirikan pada tahun 1969.
Sekolah itu kemudian disebut " Government Engineering Trade School ". Pada tanggal 1
April 1987, sekolah itu berubah menjadi Collage. Kedua perguruan tinggi adalah
lembaga-lembaga teknis yang menawarkan berbagai kursus di bidang kejuruan dan
teknik.

II. Sekolah Vokasional

Sekolah Vokasional Ragam Nakhoda, Pusat Latihan Mekanik (Mechanical Training


Centre), Sultan Bolkiah Sekolah Vokasional, didirikan untuk menyediakan berbagai
latihan pertukangan untuk pelajar yang telah selesai menduduki ujian PMB dan
menunjukkan potensi dan kemampuan dalam pertukangan dan vokasional. Tujuan utama
sekolah ini adalah untuk menghasilkan tenaga kerja yang bermutu untuk memenuhi
keperluan tenaga manusia sesuai dengan perkembangan teknologi. Kursus yang
ditawarkan meliputi Elektronik, Pembelajaran Islam, Membuat perabot, Perpaipan,
dandanan rambut, Pertukangan, Lukisan dan Dekorasi, pertanian dan Peternakan Ikan.

3.0 KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai