Anda di halaman 1dari 8

KURSUS:

HSM 3063 - MALAYSIA: 1900-1957

KUMPULAN C

TAJUK TUGASAN:

ULASAN BUKU KAUM MUDA DI TANAH MELAYU 1906-1957

NAMA NO MATRIKS
NURUL IZZATY BINTI AZHAR D20201094257

PENSYARAH:
PROFESOR DR. ISHAK BIN SAAT

TARIKH PENGHANTARAN:
4 JUN 2022
1.0 PENGENALAN

Buku yang berjudul Kaum Muda di Tanah Melayu 1906-1957 ini adalah diterbitkan oleh
Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2020. Buku ini telah ditulis oleh Kamarul
Afendey Hamimi dan Ishak Saat. Buku ini mengisahkan tentang perjuangan kaum muda yang
merangkumi faktor-faktor luaran dan faktor dalam kemunculan perkembangan kaum muda,
tokoh-tokoh perjuangan kaum muda yang berlainan aliran pemikiran, pendekatan perjuangan
kaum muda serta reaksi masyarakat terhadap perjuangan kaum muda. Secara ringkasnya, buku
ini mempunyai 6 tajuk kecil yang menjelaskan pergerakan kaum muda di tanah Melayu.
Kemunculan kaum muda ini adalah hasil daripada pengaruh gerakan pembaharuan dan
kemerdekaan yang berlaku di luar negara seperti Turki, Mesir, India dan Indonesia yang mana
idea-idea pembaharuan ini menjadi inspirasi untuk menyedarkan masyarakat di Tanah Melayu
tentang kemajuan dalam kehidupan dan ketidakadilan terhadap kepentingan orang Melayu
serta kesedaran dalam menuntut kemerdekaan. Perjuangan Kaum Muda bertujuan untuk
membawa pembaharuan kepada masyarakat Tanah Melayu agar mereka kembali kepada ajaran
yang sebenar dengan meniggalkan amalan-amalan bidaah serta khurafat. Perjuangan mereka
juga bukan hanya tertumpu kepada bidang keagamaan namun merangkumi semua bidang
seperti politilk, dekonomi dan sosial.

Kaum Muda bukanlah satu kumpulan atau gerakan yang berjemaah tetapi ianya
bergerak secara individu untuk menyampaikan kebenaran dalam agama Islam dalam
masyarakat.Reformis Kaum Muda ini mempunyai semangat untuk memperjuangkan
kemerdekaan dan menentang penjajahan. Mereka ini juga ada menerbitkan akhbar, majalah
serta risalah Islam untuk menyedarkan masyarakat tentang agama. Buku ini juga menjelaskan
tentang anak muda yang menentang penjajahan British dan aristokrat Melayu. Perjuangan
kaum muda ini juga mempunyai tujuan untuk memberi kesedaran terhadap orang Melayu yang
ketinggalan dalam pelbagai bidang. Dalam perjuangan politik, gerakan Kaum Muda ini
merupakan pencetus awal kesedaran orang Melayu untuk menuntuk kemerdekaan.

Siapakah Kaum Muda? Seperti yang terdapat dalam laporan-laporan di dalam buku ini,
Kaum Muda ini ialah satu kegiatan yang ingin mengembalikan masyarakat kepada Al- Quran.
Di dalam laporan itu juga ada mengatakan bahawa Kaum Muda ini adalah golongan Wahabi,
tetapi sebenarnya mereka ini ialah reformis Islam yang ingin melakukan pembaharuan dalam
masyarakat. Kaum muda ini juga melakukan penentangan bagi amalan bidaah dan khurafat di
Tanah Melayu seperti menentang amalan membaca talkin, membaca al-Quran di tanah
perkuburan, serta melakukan tahlil kenduri arwah pada malam ketiga, ketujuh dan malam
keempat puluh hari. Kaum muda ini juga datang dari pelajar Melayu yang menuntut ilmu dalam
bidang agama di Timur Tengah yang terpengaruh dengan perjuangan yang diasaskan oleh
Ikhwanul Muslimin di Mesir yang menentang pihak imperialis Barat.

Menurut penulis, Kaum Muda ini juga adalah daripada golongan intelek Melayu yang
terpengaruh dengan aliran pembaharuan Islam di Arab Saudi, Mesir dan India. Oleh yang
demikian, aliran pemikiran dan pergerakan Kaum Muda ini adalah sama dengan apa yang
berlaku di Timur Tengah seperti mengamalkan ijtihad, kembali kepada al-Quean serta
meninggalkan taklid dalam menyelesaikan masalah hukum. Walaupun setiap tokoh
mempunyai pandangan yang berbeza-beza namun mempunyai maksud yang hampir sama iaitu
kemunculan Kaum Muda di Tanah Melayu adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada
masayarakat mengenai kebenaran agama Islam serta memperjuangakan negara melalui
pembaharuan dalam pelbagai aspek. Berdasarkan pendangan-pandangan terhadap golongan
Kaum Muda ini, ianya dapat disimpulkan bahawa mereka ini merupakan gerakan yang ingin
mengubah pemikiran dan amalan orang Melayu mengikut landasan agama yang betul iaitu al-
Quran dan hadis.

2.0 SEJARAH AWAL PERJUANGAN KAUM MUDA


Bab kedua ini menceritakan tentang sejarah awal Kaum Muda dan faktor-faktor luaran dan
dalaman dalam perkembangan Kaum Muda. Perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu
bermula dengan gerakan Islah dan tajdid yang berlaku di Timur Tengah dan telah merebak
di negara-negara Islam lain termasuk di Nusantara. Gerakan ini merupakan gerakan
dakwah yang membaiki masyarakat agar mereka kembali kepada ajaran Islam. Misalnya
di Arab Saudi, perjuangan Muhammad bin Abdul Wahab mengerakkkan al Wahabiyah
iaitu suatu gerakan untuk memerangi bidaah dan khurafat telah membawa semangat kepada
Kaum Muda di Tanah Melayu untuk memulakan kegiatan kesedaran di tanah air mereka
sendiri yang masih berpengang kepada kepercayaan tradisional.
Di dalam bab ini juga menceritakan faktor luaran dan dalaman kemunculan
perkembangan Kaum Muda di Tanah Melayu. Faktor luaran ini adalah daripada pengaruh
ulama-ulama yang datang dari Timur Tengah, India, Nusantara serta pengaruh
penghijrahan orang Nusantara dan Tanah Melayu. Pengaruh ulama ini ialah apabila pelajar
Melayu yang meneruskan pengajian di negara Timur Tengah, India dan Nusantara yang
mengikuti ajaran ulama-ulama ini dan membawa ajaran itu pulang ke tanah air. Contohnya,
pengaruh ulama Timur Tengah iaitu para pelajar Melayu yang meneruskan pengajian dalam
bidang Agama di Mekah dan tinggal di Mekah dalam tempoh waktu yang panjang. Mereka
mula mempelajari ilmu agama dengan ulama-ulama terkenal di Mekah dan setelah
kembalinya mereka ini ke tanah air, golongan ini akan menyebarkan ilmu pengetahuan dan
pengalaman yang ditimba semasa di Mekah kepada masyarakat tempatan. Selain itu,
pengaruh ulama di Mesir yang menyampaikan gerakan Islah agar para pelajarnya bangkit
menentang penjajah juga adalah punca atau faktor kemunculan Kaum Muda di Tanah
Melayu.
Di samping itu, bab ini juga menceritakan pengaruh penghijrahan orang Nusantara dan
Tanah Melayu juga menjadikan pengaruh kesedaran dan keagamaan semakin bersemarak.
Penghijrahan orang Nusantara di Tanah Melayu terutamanya dari Indonesia sehingga
mereka menubuhkan Parti dan Kesatuan rakyat Indonesia di Tanah melayu seperti
Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) dan Persatuan Indonesia Merdeka (PIM).
Hal ini menyebabkan perkembangan Islah di Tanah Melayu semakin berkembang dan
membawa kesan yang menyeluruh kepada masyarakat.

3.0 TOKOH-TOKOH PEJUANG KAUM MUDA


Seterusnya, dalam bab yang ketiga penulis menceritakan berkenaan dengan tokoh-tokoh
pejuang Kaum Muda di Tanah Melayu. Secara keseluruhannya, terdapat banyak aliran
pemikiran yang mempengaruhi kewujudan dan perjuangan Kaum Muda sama ada di dalam
mahupun luar negara. Pertama, pengaruh pemikiran yang banyak mempengaruhi pemikiran
pelajar Melayu adalah di Timur Tengah. Hal ini dikatakan demikian kerana Timur tengah
menjadi pusat tumpuan pelajar Melayu mendalami ilmu keagaamaan seperti di Mekah dan
Mesir. Penyebaran gerakan islah dan taklid disana telah membawa sentuhan idea kepada
tokoh pejuang kaum muda di Tanah Melayu seperti Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Tahir
Jalaluddin dan Syeikh Abu Bakar al-Asy’ari untuk membawa pembaharuan kepada Tanah
air yang kebanyakkannya masih berpengang kepada ajaran tradisional dan terikat dengan
penjajahan British. Ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada ulama-ulama besar di
Timur Tengah digunakan sebaiknya dalam mengerakkan gerakan reformis di Tanah
Melayu.
Bab tiga ini juga turut membahaskan tentang kemunculan tokoh-tokoh pejuang Kaum
Muda yang muncul hasil daripada pengaruh aliran pemikiran dari India yang mana
kebanyakan daripada mereka ini banyak terdedah kepada gerakan-gerakan kemerdekaan
yang dipimpin oleh rakyat seperti perjuangan kemerdekaan yang dipimpin oleh Mahatma
Ghandi. Antara tokoh perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu yang dipengaruhi oleh
aliran pemikiran India ini adalah Dr. Burhanuddin al- Helmy dan Maulana Abdullah
Awang Noh. Pembaharuan dan perkembangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh dari aliran
ini lebih kepada gerakan penubuhan parti-parti politik kerana melalui penubuhan parti ini
ianya dikatakan dapat menyemarakkan lagi semangat perjuangan kemerdekaan dalam
kalangan rakyat di Tanah Melayu dalam menentang pihak British. Bukan itu sahaja, tokoh-
tokoh aliran pemikiran dari India ini juga banyak melakukan reformasi hasil daripada
pengalaman yang diperolehi dari semangat juang dari negara India.
Selain itu, tokoh-tokoh kaum muda daripada aliran pemikiran tempatan juga
diceritakan dalam bab tiga ini. Guru yang beraliran Islah seperti Syed Syeikh al-Hadi yang
pernah menjadi guru di madrasah-madrasah di tanah Melayu ini berjaya menerapkan
fahaman aliran Kaum Muda. Antara pelajar yang mendapat didikan daripada ulama-ulama
aliran Kaum Muda ini ialah Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Kemunculan beliau sebagai tokoh
pengerak Kaum Muda setelah mendapat pendidikan di madrasah tempatan. Ketokohan
beliau dalam memperjuangkan gerakan kesedaran terserlah apabila beliau berjaya
menubuhkan madrasah untuk membina semangat kebangsaan para pelajarnya.
Perkembangan idea-idea pembaharuan di Tanah Melayu melalui tokoh aliran tempatan ini
adalah dengan cara dakwah dan pendidikan di madrasah-madrasah yang mana tokoh ini
banyak menggalakkan pelajar di Tanah Melayu melibatkan diri dalam aktiviti penulisan
dan penerbitan kerana ianya secara tidak langsung dapat memupuk kesedaran masyarakat
untut menuntut kemerdekaan tanah air.

4.0 PENDEKATAN PERJUANGAN KAUM MUDA


Bab ini diceritakan oleh penulis tentang kaedah yang digunakan oleh Kaum Muda bagi
memastikan seruan kemerdekaan ni mendapat sokongan rakyat. Golongan Kaum muda ini
menggunakan kaedah dakwah, penubuhan madrasah, persatuan dan parti politik. Dengan
kepelbagaian kaedah ini, ianya dapat menarik perhatian masyarakat bagi memupuk
kesedaran sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Kepelbagaian pendekatan
yang digunakan oleh golongan Kaum Muda di Tanah Melayu ini adalah untuk mewujudkan
kesedaran dalam masyarakat tentang nilai Islam yang sebenarnya iaitu dengan mencengah
dan membanteras amalan-amalan yang bertentangan dengan syarak seperti amalan bidaah
dan khurafat. Kaedah-kaedah yang digunakan ini juga secara tidak langsung untuk
mewujudkan kesedaran membebaskan tanah air daripada penjajahan Barat.
Kaedah dakwah yang digunakan oleh Kaum Muda ini digerakkan melalui kuliah-kuliah
yang disampaikan oleh tokoh Kaum Muda kepada masyarakat setempat seperti di surau,
masjid dan di rumah secara tidak formal. Seterusnya, Kaum Muda mengunakkan kaedah
penerbitan seperti majalah, akhbar dan buku. Hal tersebut bertujuan untuk menyebarkan
lagi idea-idea perjuangan dalam kalangan masyarakat. Perjuangan Kaum Muda turut
melibatkan pendekatan seperti penubuhan madrasah, persatuan dan politik dalam usaha
meyedarkan masyarakat bukan hanya tertumpu kepada keagamaan namun secara
menyeluruh termasuk bidang ekonomi, politik dan sosial.
Seterusnya, kegiatan penerbitan Kaum Muda melalui media cetak seperti akhbar,
majalah dan buku semakin mendapat pemintaan yang tinggi. Terdapat beberapa isu yang
diketengahkan dan menarik minat masyarakat seperti polemik Kaum Muda dan Kaum Tua,
hak dan ketuanan Melayu serta isu penghayatan Islam. Di samping itu, majalah al-imam
memupuk kesedaran masyarakat untuk sama-sama berjuang kearah kemerdekaan negara
manakala majalah saudara pula membincangkan mengenai hak kepentingan masyarakat
Melayu yang banyak didominasi oleh bangsa lain. Selain itu, pendekatan melalui kegiatan
pendidikan Kaum Muda pula berjaya mereformasikan sistem pendidikan pondok kepada
sistem pendidikan madrasah melalui pendidikan moden.
Penulis juga ada menceritakan tentang penubuhan parti politik seperti Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 1945, Hizbul Mulimin pada tahun 1948
dan Parti Islam Se-Malaya (PAS) yang telah ditubuhkan pada tahun 1951. Kegiatan politik
Kaum Muda ini telah melibatkan beberapa tokoh reformis seperti Dr. Burhanuddin al-
Helmy, Ustaz Abu Baqar al- Baqir dan Maulana Abdullah Noh yang bergiat cergas dalam
parti-parti politik. PKMM ditubuhkan untuk memperjuangkan kemerdekaan bagi
membebaskan tanah air yang diketuai oleh Dr Burhanuddin al- Helmy. Beliau sangat
berusaha untuk memastikan tanah air merdeka daripada cengkaman penjajah British.
Seterusnya, Hizbul Muslimin pula ditubuhkan hasil daripada satu resolusi pada hari kedua
Kongres MATA. Parti ini dipelopori oleh Kaum Muda itu sendiri dan mempunyai tujuan
yang semata-mata untuk menegakkan negara Islam bagi mencapai kemerdekaan bangsa
Melayu. Seterusnya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) diwujudkan apabila Tuan Haji Ahmad
Fuad iaitu Pengerusi Bahagian Agama UMNO yang berhasrat untuk mewujudkan sebuah
badan agama UMNO yang lebih luas dan besar peranannya. Penubuhan PAS telah
mendapat sokongan orang Melayu yang mengharapkan agama dapat dipertahankan.
5.0 REAKSI MASYARAKAT TERHADAP PERJUANGAN KAUM MUDA

Bab lima didalam Buku Kaum di Tanah Melayu 1906-1957 telah menonjolkan reaksi
masyarakat yang pelbagai yang wujud di negeri-negeri Tanah Melayu rentetan daripada
perkembangan dan perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu. Gerakan reformasi dan
penjanaan corak idea pembaharuan yang dilakukan di negeri-negeri Tanah Melayu adalah
berbeza kerana ada negeri yang mempunyai sultan dan ada juga negeri yang tidak memiliki
sultan. Keadaan inilah yang menonjolkan kekuatan dan kelemahan corak perjuangan Kaum
Muda yang mana tekanan yang dihadapi di setiap negeri dalam usaha mewujudkan
kesedaran dalam masyarakat telah membawa kepada timbulnya reaksi daripada masyarakat
terhadap gerakan dan perjuangan yang dilakukan. . Kebanyakan penyebaran dakwah yang
dilakukan oleh Kaum Muda mendapat penentangan oleh golongan Kaum Tua yang
merupakan ahli agama yang telah mendapat tempat di Istana sejak sekian lama. Disebabkan
itulah kebanyakan aktivis Kaum Muda lebih tertumpukan di Negeri-Negeri Selat yang
terdiri daripada Melaka, Singapura dan Pulau Pinang disebabkan negeri tersebut tidak
mempunyai Sultan dan tidak terikat dengan undang-undang agama.

Namun demikian, terdapat juga golongan Sultan di negeri-negeri Melayu yang


menyokong perjuangan Kaum Muda seperti di Kelantan dan Perlis. Perkara demikian dapat
dilihat seperti apa yang dilakukan oleh putera Raja Kelantan iaitu Tengku Ibrahim Ibni
Sultan Muhammad IV yang meminta pandangan daripada salah seorang ulama Kaum Muda
yang terkenal di Kelantan iaitu Hj. Nik Abdullah untuk memberikan hukum tentang
memelihara anjing. Dalam hal ini, dapat dilihat setelah jawapan diberikan oleh ulama
Kaum Muda terhadap persoalan yang diajukan ini telah mendapat penentangan oleh Kaum
Tua yang mempunyai perbezaan pendapat dengan apa yang diutarakan oleh ulama Kaum
Muda dan kesannya berlakunya pendebatan antara dua aliran ini.

Kekeliruan yang melanda masyarkat menyukarkan mereka untuk membuat pilihan


sama ada ingin menyokong ataupun menentang menyebabkan mereka beralih kepada Parti
lain. Selain daripada itu, Kaum Muda juga terpaksa berhadapan dengan pelbagai tribulasi
serta cabaran dalam perjuangan memberi kesedaran keagamaan dan kemerdekaan di Tanah
Melayu kerana dianggap akan menngugat kedudukan British ketika itu. Miisalnya ada yang
difitnah, dipulakan, dan dibuang negeri kerana menyebarkan idea pembaharuan di Tanah
Melayu.
6.0 PENUTUP
Bab terakhir ini adalah penulis menyimpulkan kesemua bab perbincangan di dalam buku
ini yang dapat dilihat apabila penulis merumuskan bahawa golongan Kaum Muda
merupakan mereka yang berjuang untuk menggerakkan kesedaran kebangsaan dalam diri
masyarakat terutama orang Melayu untuk bangkit menentang penjajah dengan
menggunakan pendekatan gerakan Islah dan tajdid. Pendekatan ini dilakukan dengan
bertujuan dapat menyemai sikap untuk membaiki diri dengan menerapkan agama Islam
yang sebenar selain meninggalkan amalan bidaah dan khurafat yang dilihat sudah tidak
asing dalam kalangan masyarakat Melayu ketika itu. Dalam hal ini, kebanyakan tokoh-
tokoh dan ulama Kaum Muda merupakan pelajar yang bukan sahaja lepasan pendidikan
dari Timur Tengah bahkan juga dari India, Indonesia dan di Tanah Melayu sendiri. Dalam
pada itu, antara kaedah penyebaran dakwah yang dilakukan oleh Kaum Muda meliputi dari
segi penerbitan majalah, akhbar dan buku, membina madrasah selain ada yang turut terlibat
dalam bidang politik.
Ketokohan pemimpin seperti Syed Syeikh Al Hadi, Syeikh Tahir jalaluddin, Dr
Burhanuddin al-Helmy dan ramai lagi tokoh-tokoh Kaum Muda berjaya membawa
kesedaran masyarakat di Tanah Melayu. Pendekatan yang digunakan seperti madrasah,
majalah, dan buku terjemahan jelas merupakan diantara faktor yang mengembangkan lagi
kegiatan Kaum Muda di Tanah Melayu walaupun mendapat reaksi yang berbeza-beza
dalam kalangan masyarakat. Walaubagaimanapun, pada akhirnya gerakan kesedaran ini
gagal merampas kemerdekaan Tanah Melayu melalui kepimpinan namun mereka berjaya
meniupkan semangat kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk bangkit menentang
penjajah. Jelaslah bahawa perjuangan Kaum Muda amatlah besar dan sepatutmya mereka
juga diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan negara.

Anda mungkin juga menyukai