Anda di halaman 1dari 3

KESAN SOSIAL

Terdapat perubahan atau kesan yang berlaku selepas pertembungan kerajaan awal di

Tanah Besar Asia Tenggara dengan Barat. Ianya melibatkan perubahan dalam struktur

politik, ekonomi dan sosial.1 Keadaan Tanah Besar sebelum pertembungan amna dan

Makmur sehingga berlakunya konflik dan peperangan. Keadaan sosiopolitik dalam negeri

menunjukkan ketidakstabilan sosiopolitik. Asia Tenggara pada masa tersebut mengalami

krisis dalam pelbagai aspek masyarakat yang memberi kesan kepada bilangan penduduk dan

keruntuhan masyarakat.

Kesan pertembungan Asia Tenggara dengan Barat menyebabkan pemindahan

penduduk dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Bilangan penduduk juga mula

menampakkan perubahan yang besar. Hal ini memberi kesan kepada perkembangan

masyarakat. Sebagai contoh, Raja Narasuan memindahkan penduduk dari wilayah Thailand

ke kawasan lembah Menam Chao Phraya. Pemindahan ini menjadikan kawasan tersebut

kurang bilangan penduduk dan menjadikannya kawasan yang kurang dari aspek politik dan

ekonomi Thailand. Imigrasi dan pertumbuhan penduduk juga menjadi satu kesan.

Perkembangan ekonomi yang pesat di Asia Tenggara berlaku disebabkan oleh kemasukan

modal dan tenaga buruh. Dalam penggunaan tenaga buruh, biasanya orang Barat

menggunakan tenaga penduduk pribumi. Penglibatan masyarakat pribumi dalam pekerjaan

yang disediakan oleh orang Barat amatlah terhad untuk penduduk pribumi. Pertumbuhan

penduduk dan imigrasi menyebabkan bilangan imigran ke negara-negara Asia Tenggara

seperti Burma, Filipina, Tanah Melayu dan Indonesia bertambah.2 Imigran semasa zaman

1
Parker, G., Dan Smith, L.M.,(Peny.) 1978. The General Crisis Of The Seven-Teenth
Century. London, Henley And Boston.
2
Abdullah Rahman Abdullah, 2000. Sejarah dan tamadun asia tenggara: sebelum dan

sesudah pengaruh islam. Kuala lumpur: utusan publications&distributors sdn.bhd.


penjajahan kuasa barat di Asia Tenggara dikaitkan dengan konsep penempatan semula

penduduk yang dikenali sebagai kolonisasi. Hal ini untuk memindahkan sebahagian

penduduk daripada kawasan yang sangat padat. Kawasan tertentu di Asia Tenggara yang

sangat padat dengan penduduk ialah di Pulau Jawa dan Wilayah Tonkin di Vietnam. 3 Kuasa

barat juga telah bertindak mengimport buruh dari negara lain untuk menjadikan tenaga kerja

bagi keperluan kegiatan ekonomi komersial mereka.

Seterusnya, kesan pertembungan Asia Tenggara dengan Barat ialah kesempitan hidup.

Selepas pertembungan Asia Tenggara dengan Barat, masyarakat Asia tenggara hidup dalam

keadaan menderita. Masyarakat Asia Tenggara mengalami penderitaan yang mendalam

kerana dasar monopoli dan dasar galakan pemodal dan pelabur Eropah.4 Pemodal Barat yang

terdiri daripada peladang, pelombong dan pedagang menikmati kehidupan yang baik kerana

mereka melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi yang strategik. Masyarakat Asia Tenggara

hidup dalam keadaan yang tertindas dan miskin kerana tidak mempunyai harapan. 5 Hal ini

menyebabkan kesan yang berlarutan walaupun selepas penduduk tempatan mendapatkan

kemerdekaan.

Selain itu, kesan pertembungan Asia Tenggara dengan Barat ialah sistem Pendidikan

Inggeris. Dengan pertapakan Barat di Asia Tenggara, sistem Pendidikan Inggeris

3
Ibid.
4
Clough, S.B., 1968. European Economic History: The Economic Development Of Western

Civilization, New York: Mcgraw Hill Book Company.


5
Abdullah Rahman Abdullah, 2000. Sejarah dan tamadun asia tenggara: sebelum dan

sesudah pengaruh islam. Kuala lumpur: utusan publications&distributors sdn.bhd.


diperkenalkan. Walau bagaimanapun, sistem Pendidikan inggeris tidaklah disebarkan secara

meluas dan berkesan. Sistem Pendidikan inggeris hanya terhad di kawasan bandar dan

dikhususkan untuk memberi Pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendahan bagi

keperluan pentadbiran Barat.6 Kepincangan dan ketidaksempurnaan sistem Pendidikan inilah

yang kemudiannya terpaksa dibaiki oleh kerajaan yang berkuasa. Inilah satu-satunya perkara

yang seharusnya mendapat perhatian dan penghargaan generasi kini. Kesan dan

permasalahan yang telah ditinggalkan oleh kuasa Barat perlu disedari oleh generasi yang

akan datang.

6
Hall, D.G.E., 1968. A History Of South-East Asia. New York: St. Martin’s Press

Anda mungkin juga menyukai