Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN

Takrifan bagi Asia Tenggara telah digunakan selepas Perang Dunia Kedua yang meliputi

negeri-negeri di Burma, Thailand, Indo-China, Vietnam, Laos, Kemboja,Malaysia, Indonesia

dan Filipina serta hari ini termasuk juga Brunei dan Singapura. 1 Asia Tenggara merupakan

kawasan luas yang terbahagi kepada dua kawasan iaitu Tanah Besar dan Kepulauan Asia

Tenggara. Antara kerajaan awal yang muncul di Tanah Besar seperti kerajaan Funan,

Angkor, Sukhotai dan Ayuthia manakala kerajaan awal di kawasan Kepulauan pula seperti

kerajaan Srivijaya, Majapahit, Langkasuka, Kedah Tua dan Mataram. Dalam istilah moden,

Asia Tenggara terdiri daripada wilayah-wilayah terletak disebelah selatan negeri India dan

timur negeri China yang merangkumi Vietnam, Kemboja, Laos, Negeri Thai, Burma, Tanah

Melayu, Singapura, Timur wilayah milik Portugis dan Filipina.

Sebelum kedatangan Barat, kebanyakan negara di Asia Tenggara mengamalkan

sistem beraja yang mana raja sebagai ketua kerajaan. Misalnya di Burma (Dinasti Konbaung)

dan Siam (Dinasti Chakri). Namun, selepas kedatangan penjajahan Barat, semuanya berubah

mengikut kehendak dan keperluan Barat setelah dasar imperialisme, kolonialisme dan

merkantilisme menjadi di negara Asia Tenggara. Hal ini bermula dengan kedatangan orang

Portugis ke Tanah Melayu (Melaka) pada 1511 untuk kepentingan perdagangan. Dengan itu,

maka munculnya kuasa Barat lain, Peracncis, Belanda, Britain dan Sepanyol datang

menguasai negara di Asia Tenggara yang kaya dengan hasil buminya.2

2.0 PERKEMBANGAN SOSIOPOLITIK DI NEGARA-NEGARA ASIA


TENGGARA PADA ABAD KE-18 HINGGA ABAD KE-19

1
Knapman, G.(2016). Race and British Colonialism in Southeast Asia, 1770-1870: John Crawfurd and the
politics of equality. New York: Routledge..
2
John Bastin dan Harry. J. benda. (1977). Sejarah Asia Tenggara Moden: Penjajahan Nasionalisma dan
Kebijajahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 20.
2.1 FILIPINA
Sistem sosial masyarakat Filipina telah dipengaruhi dengan satu sistem politik yang telah

berasimilasi dengan pentadbiran penjajah dan tempatan iaitu sistem pentadbiran Sepanyol

dan Filipina. Republik Filipina ialah sebuah gugusan pulau-pulau yang luasnya lebih kurang

115,600 batu persegi.3 Sepanyol merupakan kuasa pertama yang menjalankan perluasan

kuasa ini di Filipina, hal ini kerana orang Sepanyol datang dari Timur melalui kedua-dua

benua Amerika maka pada masa itu Filipina yang menjadi pintu masuk ke kawasan ini.

Seterusnya jalan tersebut diikuti oleh Amerika untuk menjajah Filipina. 4 Di sinilah

berlakunya perubahan dalam hubungan sosial-politik antara Sepanyol dan Filipina pada abad

ke-19. Hubungan ini terjadi kesan daripada penjajahan Sepanyol ke atas Filipina pada 1565

sehingga 1898, iaitu kira-kira 233 tahun. Dasar Hispanisasi yang dijalankan oleh pihak

Sepanyol, membolehkan mereka bertapak begitu lama di Filipina.5

Kedatangan Sepanyol ke Filipina ini telah membawa satu perubahan yang besar di

dalam pentadbiran Filipina yang mengamalkan pentadbiran tradisional. Sepanyol telah

memperkenalkan pemerintahan berasaskan pembahagian kuasa pentadbiran iaitu mengikut

tiga kuasa utama iaitu badan eksekutif, legislatif dan kehakiman. Bagi badan eksekutif, ia

berperanan dalam pentadbiran koloni dan menasihati raja.6 Di dalam badan legislatif, Council

of Indies berperanan membentuk undang-undang dan arahan manakala badan kehakiman pula

berperanan sebagai mahkamah tertinggi dalam perbicaraan kes. Menjelang abad ke-19, tugas

Council of Indies digantikan dan diletakkan di bawah Menteri Luar Negara. 7 Mahkamah jenis
3
Sejarah pembukaan Filipina terjadi apabila Ferdinand Magellan mendarat di Filipina pada tahun 1521. Mula-
mulanya dia mendarat di Pulau Samar dan kemudiaanya berlayar ke Cebu dan Mactan di mana dia terbunuh.
Kemudian pada tahun 1542 Raja Charles V dari Sepanyol menghantar sebuah angkatan penjelajah di bawah
Ruy Lopez de Vilalobos ke Filipina untuk mendapatkan perdagangan. Angkatannya tidak mendatangkan apa-
apa hasil, lalu di beri nama Filipina sempena nama anak maharaja Charles V, Philip.
4
Onofre D. Corfuz. 1965. The Phillippines. , New Jersey: Inc Englewood Cliffs. hlm 4.
5
D.G.E. Hall. 1981. Sejarah Asia Tenggara. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm, 297.
6
Teodoro. A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso. 1967. History of The Filipino People. Philiphine: Malay Books
Quezon City. Hlm 111.
7
Gregorio F. Zaide. (1963) The Republic of The Phillipines: History Government and Civilization. Phillipines:
Rex Book Store. Hlm 77.
yang pertama telah ditubuhkan di wilayah-wilayah sekitar tahun 1886 dan dibahagikan

kepada tiga kelas yang dinamakan entrada, ascenso dan termino. Mahkamah-mahkamah

tempatan inilah yang menjadi asas sistem pengadilan Sepanyol di Filipina.

Selain itu, berlaku pengasingan kuasa antara gereja dan pentadbiran sebenar yang

terjadi apabila pihak gereja iaitu golongan paderi bertindak melampaui batas ke atas rakyat-

rakyat di Filipina. Mereka menjalankan kegiatan memeras ugut, menindas rakyat dan juga

memaksa masyarakat Filipina menjalankan kegiatan keagamaan tanpa kerelaan.8

Ketidakpuasan hati mereka mencapai kemuncaknya apabila berlakunya penyatuan pihak

gereja dengan kuasa politik di dalam pentadbiran. Di dalam penyatuan ini, pihak gereja

mendominasi kedudukan tertinggi di dalam pentadbiran sekaligus menjadi badan undang-

undang di dalam kerajaan, mereka menjalankan fungsi penting dalam politik Filipina.9

Walaubagaimanapun sudut politik terhadap pendudukan Sepanyol ini dapat dilihat

dari sudut positif juga iaitu kepada kepada penduduk Filipina. Jawatan-jawatan rendah di

dalam pentadbiran diberi peluang untuk disandang oleh ketua-ketua dari kalangan orang

Filipina.10 Ketua-ketua ini menjadi golongan bangsawan tempatan dan mereka menjadi

golongan bangsawan tempatan seterusnya menjadi orang tengah yang sangat penting dalam

menyalurkan maklumat dan tuntutan-tuntutan para pegawai Sepanyol dan paderi-paderi

kepada masyarakat Filipina. Mereka memainkan peranan sebagai jurucakap bagi masyarakat

Filipina dan berfungsi sebagai ketua tempatan dalam system pemerintahan di Filipina.11

Pemberontakan yang terawal terhadap Sepanyol ialah Pemberontakan Basi yang

berlaku di Iilacandia pada tahun 1807. pada tahun 1823 pula bala tentera Filipina

memberontak kerana diskriminasi bangsa dalam tentera. Mereka hampir-hampir berjaya

8
Jose, S. Aralla. (1971). An Introduction To Phillippine History. Manila: Ateneo Publications Loyala Height.
Hlm 25.
9
Teodoro. A. Agoncillo & Oscar M. Alfonso. (1967) History of The Filipino People. Philiphine: Malay Books
Quezon City. Hlm 111.
10
Raymond Nelson. (1968). The Philippines. Guildford Billing and Sons. Ltd. Hlm 45
11
Ibid.
menawan Manila, kejadian ini dikenali Dahagi Novales. Pada 1840 berlakunya

pemberontakan Tayabas yang dilancarkan oleh paderi Apolinaria de La Cruz. Pemberontakan

ini disebabkan oleh diskriminasi bangsa dalam golongan paderi. Ini menunjukkan bahawa

rakyat Filipina tidak puas hati dengan pemerintahan Sepanyol. Dalam tahun 1872, satu

pemberontakan tentera Filipina berlaku di Cavite, kira-kira 200 orang askar telah bangun

memberontak secara terbuka. Mereka menentang kerana tidak puas hati terhadap

pengecualian cukai.

Di sinilah bermulanya peranan golongan intelek dalam membentuk sistem politik

dengan acuan sendiri. Liga Filipina dihidupkan semula oleh Don Domingo Franco Andres

Bonifacio, tujuannya ialah untuk menyokong La Solidaridad, mengumpulkan wang untuk

menerbitkan majalah dan memaksa kerajaan melaksanakan pembaharuan. Namun Liga ini

terpaksa digubal. Lantaran itu Bonifacio dan Emilio Jacinto menerbitkan kalayaan

(kemerdekaan) supaya rakyat bangun memberontak. Kebanyakan mereka ádalah golongan

petani. Pemberontakan ini akhirnya terbongkar dan ramai yang ditangkap. Sebenarnya Jose

Rizal tidak bersetuju pelaksanaan pemberontakan tersebut kerana senjata terlalu sedikit, wang

pun sedikit untuk membeli senjata dan anggotanya tidak berdisiplin. Kekalahan ini

menyebabkan Jose Rizal dihulum bunuh secara ditembak pada 30 Disember 1896 tanpa

disoal selidik terlebih dahulu. Justeru itu, maka berlakulah satu pemberontakan untuk

menentang Sepanyol. Katipunan mengadakan pertemuan sekali lagi pada 12 Mac 1897.

Selepas kedatangan Amerika, hak berpolitik masih diberikan kepada rakyat Filipina.12

2.2 INDONESIA

Sejak dahulu, negara-negara di dunia ini tertarik untuk mengusai Indonesia, terutama

negara-negara Barat. Hal ini disebabkan oleh kedudukan Indonesia adalah sangat strategik

12
Abdul Rahman Abdullah. (2000) Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara ( Sebelum dan Sesudah Pengaruh
Islam ), , Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. hlm. 306.
dan mempunyai sumber kekayaan lebih banyak kerana Indonesia berada di persimpangan dua

lautan dan benua. Di samping, tanahnya sangat subur dan juga kaya dengan minyak, emas,

dan tembaga.13 Di antara bangsa-bangsa Barat yang datang di Indonesia, Belanda yang paling

berhasrat untuk menguasai Indonesia. Pada abad ke-18, Vereenigde Oost-Indische

Compagnie (VOC) memantapkan dirinya sebagai kekuatan ekonomi dan politik di pulau

Jawa setelah runtuhnya Kesultanan Mataram. Perusahaan dagang Belanda ini telah menjadi

kekuatan utama di perdagangan Asia sejak awal 1600-an, tetapi pada abad ke-18 mula

mengembangkan minat untuk campur tangan dalam politik pribumi di pulau Jawa. Namun

gelaja korupsi dan persaingan ketat dari Inggris (East India Company) mengakibatkan

runtuhnya VOC menjelang akhir abad ke-18.14

Pada tahun 1796, VOC akhirnya muflis dan kemudian dinasionalisasi oleh pemerintah

Belanda. Akibatnya, harta dan milik VOC di Nusantara jatuh ke tangan mahkota Belanda

pada tahun 1800. Setelah VOC bubar, Indonesia diserahkan kepada pemerintah Belanda

(Republik Bataaf). Hutang VOC juga menjadi tanggungan negeri Belanda. Dengan demikian

sejak Januari 1800 Indonesia dijajah secara langsung oleh negeri Belanda.15 Sejak saat itu

Indonesia dikenali sebagai Hindia Belanda. Kedatangan Belanda ke Indonesia telah

menggabungkan beberapa kerajaan berasingan seperti Mataram, Bantam dan juga Jawa.

Selain itu, pemerintahan Belanda juga mengubahkan system politk iaitu pentadbiran

Indonesia dibahagikan kepada dua iaitu pentadbiran tempatan dan pentadbiran pusat.16

Politik kolonial liberal digelar sejak 1 Januari 1800, dijalankan oleh Gabenor Jeneral

van Straten dan Gabenor Jeneral Daendels. Pada tahun 1800, Negeri Belanda berada di

bawah penjajahan Perancis. Perancis di bawah Napoleon berhasil merebut Belanda, sehingga
13
Handinoto.(2004) Politik dan Ekonomi Pemerintah Kolonial Belanda. Indonesia: Universitas Kristen
Petra.hlm 19-27.
14
Ibid.
15
Groeneboer, Kees. (2015). Politik pada Masa Hindia Belanda. Wacana: Journal of the Humanities of
Indonesia.
16
Ibid.
secara tidak langsung Indonesia dijajah Perancis. Kerajaan Belanda dilebur menjadi Republik

Bataaf yang dikuasai oleh Patriot yang dipimpin oleh Daendels. Louis Napoleon mengirim

Daendels sebagai Gabenor Jeneral ke Indonesia. Tugas utama Daendels di Indonesia adalah

mempertahankan Pulau Jawa dari serangan Inggeris, mengubah sistem pemerintahan dan

mempertingkatkan status dan taraf kehidupan rakyat. Dalam menjalankan tugasnya itu,

Daendels menghapuskan sistem feudal yang sangat diperkuatkan oleh VOC. Hal ini kerana,

Daendals berhasrat untuk menghapuskan penyalah-gunaan kekuasaan, tenaga rakyat dan

tanahnya. Bagi mempertahankan Pulau Jawa dari serangan Inggris, Daendels memperkuatkan

angkatan darat dan angkatan laut.17 Dalam rancangan memperkuatkan angkatan darat,

Daendels meningkatkan jumlah tentaranya dengan itu beliau mengambil masyarakat

Indonesia terutama orang Minahasa dan Madura. Selain tiu, Daendels juga membina jalan

raya, ternyata bukan hanya kepentingan militer dan masyarakat sahaja, tetapi jalan tersebut

juga sangat penting untuk pembangunan sosial, ekonomi dan politik. Tidak lama setelah

Daendels diganti Jansens, tentara Inggris di bawah pimpinan Lord Minto menyerang Jawa.

Pada tahun 1811 itu pula Jansens menyerah tanpa syarat kepada Inggeris di Tuntang,

sehingga menjadi Tuntang yang berisi iaitu seluruh kekuatan militer Belanda di Asia

Tenggara harus diserahkan kepada Inggeris, hutang pemerintah Belanda tidak diakui oleh

Inggeris, dan Pulau Jawa, Madura, dan semua pangkalan Belanda di luar Jawa menjadi milik

Inggeris.18 Ini berarti bahwa Belanda menyerahkan semua daerah jajahannya di Asia

Tenggara kepada Inggeris. Dalam perkembangannya semua bekas jajahan Belanda di Asia

Tenggara oleh Inggeris dibagikan empat, iaitu Sumatera Barat, Malaka, Maluku, dan Jawa

serta daerah sekitarnya. Seluruhnya dikuasai oleh Gabenor Jeneral EIC (East Indian

Company), Lord Minto yang berkedudukan di Calcutta (India). Pulau Jawa diserahkan

17
A.Kardiyat Wiharyanto. (2008) Masa Kolonial Belanda 1800-1825.Indonesia: Universitas Sumatera Utara.
hlm 5 & 6.
18
Maryam, Maryam. (2017). Gerakan Politik Islam Versus Belanda. Tsaqofah dan Tarikh: Jurnal Kebudayaan
dan Sejarah Islam.
kepada Thomas Stamford Raffles selaku wakil Lord Minto di Pulau Jawa dengan pangkat

Letnan Gabenor. Raffles melanjutkan reorganisasi pendahulunya (Daendels) dengan

mereformasi pengadilan, polisi dan sistem pentadbiran di Jawa. Dasar politik kolonial

Raffles sebenarnya bertolak dari ideologi liberal dan bertujuan untuk meningkatkan

kesejahteraan rakyat dengan memberikan kebebasannya. Akibat pelaksanaan politik liberal

itu, maka struktur tradisional dan feudal dihapuskan dan diganti dengan sistem baru yang

didasarkan pada prinsip legalrasional.19 Untuk melaksanakan politiknya, Raffles dihambat

oleh unsur feudal yang sangat kuat kedudukannya dan sistem ekonomi yang masih bersifat

tertutup sehingga pembayaran pajak belum dapat dilakukan sepenuhnya. Setelah Traktat

London I ditandatangani (1814), maka pemerintah Belanda membentuk suatu komisi yang

akan menerima kembali semua jajahannya di Asia Tenggara dari pemerintah Inggris di

Indonesia.20

2.3 BURMA
Burma atau kini lebih dikenali sebagai Myanmar pernah menjadi wilayah terbesar di

Asia Tenggara. Seperti Tanah Melayu, Burma juga merupakan antara negara yang menjadi

wilayah jajahan British. Kedatangan British di Burma telah memberi impak yang drastik

terutamanya dalam aspek sosiopolitik. Kekuasaan British semakin kukuh di wilayah Burma

melalui beberapa siri peperangan. Pengukuhan kuasa British didorong oleh tiga siri perang

yang dikenali sebagai Perang Burma-Inggeris (1824-1826, 1852-1853, dan 1885). 21 Sebelum

kemunculan kuasa British, Burma mengamalkan sistem politik beraja. Dinasti Konboung

merupakan dinasti terakhir yang mengamalkan sistem politik beraja di Burma sebelum

dihapuskan oleh British. Dinasti Konbaung telah ditubuhkan oleh seorang raja yang dikenali

sebagai raja Alaungpaya. Dinasti ini diasaskan bermula tahun 1752 sehinggalah tahun 1885.

19
A.Kardiyat Wiharyanto. Masa Kolonial Belanda 1800-1825. hlm 5 & 6.
20
Ibid.
21
Charney M.W. (2009). A history of modern Burma. New York : Cambridge University Press. Hlm 5.
Raja Alaungpaya telah memerintah Dinasti Konbaung pada tahun 1752 sehingga tahun 1760.

Alaungpaya berjaya memerintah Konbaung selama lapan tahun.22

Pada zaman pemerintahan Dinasti Konbaung, raja berperanan sebagai penaung

kepada Sami Buddha. Raja menduduki tempat teratas dalam sistem pemerintahan beraja di

bawah Dinasti Konbaung. Raja Alaungpaya menjalankan pemerintahan dengan

mengamalkan ajaran sosiopolitik agama Buddha. Menurut ajaran agama Buddha Theravada,

raja berhak memerintah selagi baginda mempunyai kamma atau kuasa moral. Sebagai

penjaga dan penaung kepada agama Buddha, baginda menubuhkan satu majlis agama

Buddha. Pertubuhan ini diberi kuasa untuk mengawasi tatatertib sami-sami yang telah

melakukan kesalahan atau melanggar sumpah mereka. Tindakan ini dijalankan bagi menjaga

kesucian agama Buddha.23 Di bawah raja terdapat dua jabatan yang membantu raja

menjalankan pentadbiran iaitu Hluttaw dan juga Wun. Hluttaw merupakan majlis diraja yang

mengurus urusan pentadbiran mengikut arahan raja serta menjadi mahkamah yang

mengendalikan kes jenayah dan sivil. Manakala Wun adalah pegawai tinggi kerajaan yang

juga membantu raja menjalankan fungsi-fungsi pentadbiran. Kedudukan dalam sistem

pemerintahan beraja seterusnya ialah Myothugi iaitu ketua Bandar dan Ahmudan atau

dikenali sebagai pegawai diraja. Ahmudan terdiri daripada pegawai-pegawai khas diraja yang

mengendalikan pentadbiran di istana dan mempunyai hubungan yang erat dengan raja.

Peringkat daerah pula dikendalikan oleh Myowun, mereka bertugas di ibu negeri dan

mempunyai kuasa awam serta ketenteraan. Myowun bertanggungjawab mengutip cukai dan

menjadi pengiring raja. Seterusnya, Athi atau nama lainnya ialah pembesar tradisional yang

diketuai pentadbiran peringkat daerah. Peranan para pembesar atau pegawai amat penting

bagi memastikan pentadbiran Burma berjalan dengan lancar.24

22
Shelby Tucker. (2001). Burma The Curse of Independence. London : Pluto Press. Hlm 28.
23
George, M. K. (1982). Kerajaan dan politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm
95.
24
Drs. Muhammad Resky. (2015). Sistem Politik IndoCina 1945-1990. Yongyakarta : Deepublish. Hlm 52.
Semasa zaman pra-British, masyarakat pada zaman ini hidup dengan stabil dan

tersusun di bawah ketua-ketua kaum yang dikenali sebagai myothugyis dan dibantu oleh

ketua kampung. Ketua kampung mempunyai kedudukan yang lebih rendah berbanding ketua

kaum. Ketua kaum dan ketua kampung bertanggungjawab dalam menyelesaikan

permasalahan yang berlaku dalam kalangan penduduk. Penduduk pada ketika itu terdiri

daripada golongan petani. Mereka mengerjakan tanah-tanah hak milik raja dan dikehendaki
25
untuk membayar cukai. Dinasti Konbaung yang berkembang pesat pada awalnya

mengalami kemerosotan semasa zaman pemerintahan Raja Thibaw. Raja Thibaw merupakan

raja terakhir yang memerintah Dinasti Konbaung. Kemerosotan dinasti Konbaung berlaku

akibat berlakunya Perang Burma-Inggeris. Kekalahan Burma dalam Perang Burma-Inggeris

III (1885) telah membawa campur tangan British dalam perihal politik di Burma. Antara

perubahan yang dilakukan pihak British ialah menjadikan Pesuruhjaya Tinggi British sebagai

pemerintah tertinggi di Burma. Pembaharuan ini sekaligus telah menyingkirkan institusi

pemerintahan diraja. Jelaslah bahawa kejayaan British mengalahkan Burma dalam beberapa

siri peperangan telah membawa perubahan yang besar kepada masyarakat dan negara tersebut

terutamanya dalam aspek sosiopolitik.26

2.4 TANAH MELAYU

Dari segi corak pekerjaan masyarakat Tanah Melayu ketika itu, orang asli yang tinggal di

kawasan pedalaman hidup berpindah-randah dengan menjalankan pekerjaan memburu

binatang dan mendapatkan hasil hutan yang berguna seperti rotan, damar dan kayu-kayu.

Bagi orang Melayu pula, kebanyakkan daripada mereka bercucuk tanam seperti bersawah

padi, menanam pokok buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagi mereka yang tinggal di

persisiran pantai, mereka menggunakan laut sebagai sumber pendapatan. Ketika kemasyuran

25
George, M. K. (1982). Kerajaan dan politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm
94-95.
26
Stephen, L. K. (2015). British Burma In The New Century, 1895-1918. London : Palgrave Macmillan. Hlm 3.
Melaka sebagai pusat perdagangan dan permiagaan, orang Melayu menjadi orang tengah

yang memasarkan hasil-hasil hutan yang berharga termasuk rempah ratus dengan para

pedagang asing yang majoriti adalah orang India dan Arab serta sejumlah kecil orang Cina.27

Dari segi struktur masyarakat di mana orang Melayu terbahagi kepada dua bahagian

yang jelas golongan pemerintah dan golongan diperintah. Raja berada hieraki yang tertinggi

seterusnya diikuti oleh kelas bangsawan, kelas pembesar, rakyat biasa dan hamba. Raja

merupakan seseorang yang sangat disanjung tinggi dan dihormati dalam kalangan masyarakat

Melayu tradisi. Hubungan meraka sangat erat sehingga apa yang dilaksanakan oleh raja akan

diikuti oleh rakyatnya. Raja juga sentiasa digambarkan dengan unsur-unsur lagenda, khayalan

dan mitos untuk menunjukkan ciri-ciri istimewa yang hanya terdapat pada raja-raja. 28

Walaupun setiap negeri-negeri Melayu mempunyai budaya, adat, dialek dan gaya pemakaian

tersendiri namun begitu negeri-negeri Melayu berpegang kepada satu ciri yang sama iaitu

keutuhan kebudayaan Melayu.29

Kebangkitan Kerajaan Johor-Riau (1699-1824) di bawah pemerintahan keluarga

bendahara telah menimbulkan kemarahan sekumpulan orang laut yang setia dengan dengan

keturunan keluarga Sultan Melaka. Perbuatan Bendaraha melantik dirinya sebagai Sultan

Johor-Riau ini telah melanggar konsep ideologi politik kesultanan Melayu tradisi. Kemudian,

munculnya pula orang laut, orang Minagkabau, orang Bugis serta Raja Kecil dari Siak yang

berketurunan keluarga Sultan Mahmud untuk merampas balik takhta kerajaan Johor lama.

Raja Kecil berjaya menakluki Riau pada tahun 1717 dan menabalkan dirinya sebagai Sultan

Abdul Jalil Rahmat Syah.30 Namun begitu, Raja Kecil tidak cekap dalam melaksanakan

pemerintahan sehingga menyebakan keadaan politik menjadi huru-hara. Orang Bugis cuba
27
Azmah Abdul Manaf. (2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd. Hlm 6.
28
Ishak Saat. (2007) Ilmu Sejarah. Selangor:Karisma Publication. Hlm 143.
29
Andaya B.W dan Andaya L. Y. (1983). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan. Hlm 107.
30
Lim, S.H. (2009). Perkembangan Ideologi Politik dan Masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Jurnal Malaysia
dari segi sejarah, 40, 71-108. Diperoleh daripada http://myrepositori.pnm.gov.my/handle/123456789/3656
masuk campur dalam hal ehwal politk Empayar Johor-Riau lalu berjaya menggulingkan Raja

Kecil pada tahun 1722.

Campur tangan orang Bugis dalam Empayar Johor-Riau telah mewujudkan konflik

dalaman antara pembesar Melayu dengan orang Bugis. Oleh itu, Belanda melihat keadaan

politik yang tidak stabil ini merupakan satu peluang yang baik kepada mereka untuk

mengamalkan konsep Empayar Imperialisme Barat di dalam Empayar Johor-Riau.

Persaingan antara pihak Bugis dan Belanda dalam memonopolikan perdagangan bijih timah

di Selangor dan Perak telah memberi kemenangan kepada pihak Belanda setelah berjaya

menumpaskan tentera Bugis pada tahun 1784. Belanda telah menguasai sebahagian Empayar

Johor-Riau dan Selangor namun ianya tidak kekal lama. Kewujudan kuasa British di Pulau

Pinang pula telah membawa kepada rancangan Imperialisme empayarnya di Tanah Melayu.

Kuasa Bugis semakin merosot dan berlaku kekosongan politik Belanda di dalam Empayar

Johor-Riau. Sultan Mahmud mengambil peluang ini untuk memulihkan kembali konsep

hubungan tradisi Sultan-Bendahara sebagai pemerintah dan penasihat yang merupakan

konsep Daulat tradisi raja Melayu.

Pada 17 Julai 1786, Francis Light telah berlabuh semula di Pulau Pinang dan pada 11

Ogos dengan iringan dua buah kapal serta disaksikan oleh dua orang pegawai dari Valentine

dan Vansittart, maka seluruh Pulau Pinang menjadi tanah jajahan beliau. 31 Hasil campur

tangan pihak British menyebabkan konsep Empayar Imperialisme Melayu telah lenyap

setelah Perjanjian Persetiaan British-Belanda 1824 ditandatangani oleh kuasa Belanda dan

British di London. Keadaan politik ini telah menyebabkan Empayar Johor-Riau telah

terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pulau Sumatera berada dibawah pengaruh Belanda yang

berpusat di Batavia dan Tanah Melayu pula dibawah pengaruh British yang berpusat di

Negeri-Negeri Selat yang ditubuhkan pada 1826. Pembahagian kuasa asing ini telah

31
Abd. Manaf Haji Ahmad. (2009). Kontrak Sosial. Utusan Publications. Hlm 5.
mewujudkan dua buah negeri kesultanan Melayu yang baharu iaitu Kesultanan Melayu-Riau-

Lingga (1818-1863) dan Kesultanan Melayu Johor-Pahang-Singapura (1819-1855).

2.5 INDOCHINA

Pada pertengahan abad ke 19, Perancis telah menjajah Indochina yang kini

terdiri daripada tiga buah kerajaan iaitu Vietnam, Laos dan Kemboja. Pada awalnya, keadaan

politik di Indochina sentiasa tidak stabil dan kucar-kacir. Hal ini demikian kerana, terdapat

perebutan kuasa dalam pemerintahan. Pada waktu itu Vietnam telah diperintah oleh Dinasti

Mac, namun pemerintahan ini telah mendapat tentangan daripada keluarga Trinh dan

Nguyen kerana mereka menyokong dinasti Le yang telah digulingkan oleh dinasti Mac. 32

Persaingan kuasa antara keluarga Trinh dan Nguyen telah menyebabkan Vietnam berpecah

kepada dua kawasan iaitu Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Kerajaan China telah

mengiktiraf keluarga Trinh sebagai pemerintah baharu di Vietnam Utara menggantikan

Dinasti Mac. Vietnam Selatan pula diperintah oleh keluarga Nguyen yang aktif dalam bidang

ekonomi dan politik serantau. Kerajaan Nguyen tidak dapat bertahan lama dalam memerintah

kerajaan di selatan Vietnam. Hal ini demikian kerana, keadaan politik yang tidak stabil telah

menyebabkan berlaku pemberontakan dalam kalangan rakyat. Pada pertengahan abad 18,

pemerintahan Nguyen semakin lemah akibat golongan pemerintah telah menindas dan

mengeksploitasi nakyat. 33

Pada tahun 1771 telah berlaku pemberontakan yang dilakukan oleh tiga org adik

beradik iaitu Van-Nhoc, Van-Le dan Van Hue yang berasal daripada kampong Tayson.

Pemberontakan Tayson ini telah berjaya menguasai tampuk pemerintahan dan

menggulingkan Dinasti Nguyen. Kaum kerabat Nguyen telah dibunuh dan sebahagiannya

telah melarikan diri ke Tanah Siam. Van-Hue telah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan

32
Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara ( Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam ), hlm.
166
33
Ibid, hlm 167
China dan melantik beliau sebagai maharaja seterusnya iaitu Maharaja Tonkin. Keadaan

politik yang tidak stabil ini telah menarik minat kuasa-kuasa Barat untuk masuk ke Indochina

terutamanya Perancis.34 Walaupun kuasa kerajaan Tayson semakin kukuh di Vietnam, Putera

Nguyen Ahn sentiasa mencari jalan untuk merebut semula kuasa yang telah dirampas.

Peluang Nguyen Ahn semakin besar apabila Maharaja Quang Trung(Van Hue) telah mangkat

dan digantikan dengan anaknya yang baru berusia 10 tahun. Perebutan kuasa antara keluarga

Tayson ini telah menyebabkan pemerintahan Tayson semakin lemah. Putera Nguyen Ahn

telah merampas semula kuasanya di Hue setelah mengalahkan pemerintahan Van-Nhoc.

Beliau juga telah berjaya mengembalikan semula takhta maharaja dengan mengisytiharkan

dirinya sebagai Maharaja Gia Long.

Pada awal abad ke 19, Vietnam mula muncul sebagai kuasa ketenteraan yang hebat

setanding dengan kerajaan lain di Asia Tenggara. Dikatakan bahawa, Vietnam telah

memperkuatkan angkatan tenteranya dengan melengkapi mereka dengan senjata moden. 35

Pemerintahan Gia Long masih lagi mengamalkan sistem sosiopolitik tradisional yang

berasaskan ajaran Konfusius. Walaupun beliau bersikap liberal dan sering bergaul dengan

orang Barat, namun setalah menaiki takhta, beliau telah menjauhkan diri daripada golongan

Barat dan memperketatkan lagi cara hidup tradisional Vietnam. 36 Anaknya iaitu Maharaja

Mihn Mang bersikap konservatif dan sangat menentang golongan-golongan mubaligh

Kristien di Vietnam. Beliau telah menyekat golongan ini menyebar agama Kristien dan tidak

mengamalkan sikap kompromi dengan utusan daripada kerajaan Barat. 37

Tindakan Maharaja Mihn Mang yang melakukan kekerasan terhadap gologan

mubaligh telah menyebabkan kuasa barat campur tangan bagi membela nasib gologan ini.

34
Stefan Eklof Amirell, 2019, Pirates Of Empire: Colonisation and Maritime Volence in Southeast Asia, New
York: Cambridge Press, hlm 163
35
D.R. Sardesai, 1997, Southeast Asia: Past & Present, United States of America: Westview Press, hlm. 125
36
Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara ( Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam ),
hlm. 214
37
Nicholas Tarling, 1992, The Cambridge History Of Southeast Asia, Australia:Press Syndicate, Hlm. 42
Keadaan ini juga telah memberi peluang kepada Perancis untuk menduduki Vietnam bagi

melindungi masyarakat Kristian. Namun begitu, pembunuhan bishop Sepanyol yang

diarahkan oleh Maharaja Tu-Duc telah membangkitan kemarahan kuasa barat terutamanya

Sepanyol. Perancis dan Sepanyol menghantar kapal perang dan menyerang Vietnam pada

tahun 1858.38 Vietnam telah menghadapi kekalahan dan pemerintahan di selatan Vietnam

telah dikuasai oleh Perancis. Hubungan rakyat dan raja semakin memburuk apabila kerajaan

Nguyen terpaksa tunduk kepada Perancis. Kesannya, kuasa dan kedudukan kerajaan Nguyen

semakin menurun disebabkan rakyat sudah memberi sokongan kerana kerajaan Nguyen

sudah tidak mampu mempertahankan Vietnam berdepan dengan kuasa Perancis.

38
D.R. Sardesai, 1997, Southeast Asia: Past & Present, hlm 126
3.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Asia Tenggara yang muncul daripada krisis am memaparkan

keyakinan sosiopolitik dalam usaha memperkembangkan dunianya serta mengatasi pelbagai

cabaran

sosiopolitik yang melanda. Pada abad tersebut menyaksikan jatuh bangun kerajaan dan

empayar di Tanah Besar mahupun di kalangan negeri maritim rantau tersebut. Apa yang jelas

adalah kemampuan masyarakat tempatan menyelesaikan masalah dan ancaman tanpa

mempersoalkan nilai asas system sosiopolitik atau adat resam masyarakat. Seperti yang

dikatakan oleh Milton Osborne, “Asia Tenggara pada abad ke-18 adalah amat yakin ia

mempunyai jawapan kepada segala masalah dan kesusahan yang sering dihadapinya tidak

kira ia adalah masalah tentang perang dan perdamaian, atau masalah tentang hubungan dunia

manusia dengan dunia kedewaan/makrokosmos, atau masalah hubungan sosiobudaya dalam

masyarakat Asia Tenggara sendiri.”

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan juga bahawa abad itu merupakan titik

tolak perkembangan sosiopolitik Asia Tenggara. Dalam konteks ini, abad ke- 18 (termasuk

juga dekad-dekad awal abad ke- 19) dapat dilihat baik sebagai era kegemilangan terakhir

Asia Tenggara mahupun sebagai permulaan proses penenggelaman rantau itu ke dalam lautan

kuasa sosiopolitik dan ekonomi imperialisme Barat yang jelas melanda Asia Tenggara secara

konsisten. Lumrah sosiopolitik Asia Tenggara sepanjang abad ke- 18 menekankan suasana

politik rantau tersebut yang begitu rumit dan sensitif, yang diwarisi dan abad ke-17. Walau

bagaimanapun, ternyata bahawa Asia Tenggara mempunyai gaya pegas yang amat

mengagumkan. Secara kasar, nampaknya jatuh bangun kerajaan dan empayar di Asia

Tenggara pada abad ke-18 dan abad ke-19 merupakan lumrah kehidupan sosiopolitik rantau

itu. Namun, sekiranya diteliti, ia mewakili juga sesuatu perkembangan yang menarik dan

tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai