Anda di halaman 1dari 25

MPU 3122

HUBUNGAN
ETNIK
Disediakan oleh: Haris, Sarvini & Hasya
SOALAN 1
Terangkan dengan ringkas konsep
pluraliti
SOALAN 2
“Alam Melayu merupakan kawasan yang mempunyai tahap interaksi
yang tertinggi”. Jelaskan dengan ringkas pernyataan di atas
-Alam Melayu merupakan kawasan yang
mempunyai tahap interaksi yang paling
tinggi di dunia kerana kawasan ini tiada
halangan dari segi iklim cuaca dan
membekalkan sumber bahan mentah yang
banyak untuk keperluan perdagangan.

-Justeru, Alam Melayu pada masa itu


merupakan kawasan yang memiliki tahap
perhubungan masyarakat yang tinggi.

-Maka, konsep pluraliti masyarakat


digunakan untuk menjelaskan fenomena
ini.
SOALAN 3
Apakah yang membawa kepada kegagalan berasimilasi
dalam kalangan masyarakat semasa pemerintahan British?
SOALAN 4
Nyatakan satu pengaruh Tamadun China yang ketara di
Alam Melayu.
Pengaruh China
dalam
kebudayaan
Melayu dapat
dilihat melalui
kelompok
komuniti Baba
dan Nyonya di
Melaka
SOALAN 5
Perihalkan pengaruh Tamadun India dalam sistem kerajaan
di Alam Melayu.
Pengaruh Tamadun India
• Golongan Vaisya ini juga berkahwin dengan gadis tempatan dari keluarga
yang ada pengaruh dalam masyarakat.
• Golongan Vaisya ini bukan datang secara sendirian tetapi membawa
kelompok Brahmin bersama mereka semasa pelayaran ke Asia Tenggara.
• Golongan Brahmin diberikan peluang untuk mengajar dan menjadi guru
kepada anak dalam masyarakat Melayu.
• Golongan Brahmin juga berperanan dalam penyusunan pentadbiran
kerajaan dan mewujudkan sistem beraja sebagaimana yang terdapat dalam
tamadun India dipanggil sistem Devaraja
SOALAN 6
Berdasarkan konteks Malaysia, jelaskan empat ciri sesebuah
masyarakat yang pluralistik yang baik.
Sistem pendidikan negara turut menterjemahkan ciri-ciri masyarakat puralistik
dimana setiap etnik membina sistem pendidikan yang terasing- Sekolah Vernakular
Melayu, Cina dan Tamil telah berkembang- Kurikulum dan guru diambil dari
negara China dan India-Sistem pendidikan masyarakat plural zaman kolonial British
gagal berperanan sebagai penyatu masyarakat.

✔ Masyarakat plural zaman kolonial memperlihatkan polarisasi pekerjaan.


Masyarakat Cina mendominasi pekerjaan seperti perlombongan & perniagaan.
Masyarakat India menjadi buruh di ladang getah. Masyarakat Melayu tersisih
daripada sistem ekonomi moden dan terus menjalankan pekerjaan tradisional
mereka seperti petani dan nelayan. Lokasi pekerjaan berbeza – interaksi antara etnik
menjadi amat terbatas.
SOALAN 7
Nyatakan dua faktor penolakan di China dan India yang
membawa kepada kemasukan imigran pada zaman kolonial
British.
Masalah bencana alam-kemarau
berpanjangan.

✔ Beberapa siri pemberontakan di China-


peluang pekerjaan dan perkembangan
ekonomi terjejas

􏰀 Keadaan ini mendorong penghijrahan


dari India dan China ke negara-negara
lain- Tanah Melayu
SOALAN 8
Jelaskan dengan ringkas faktor penarik di Tanah Melayu
yang membawa kepada
kemasukan imigran secara besar-besaran pada pertengahan
abad ke-19
Faktor penarik

- Keadaan atau perkembangan yang berlaku di Tanah


Melayu yang menarik masuk imigran dari luar - contoh
Dasar Ekonomi British - Tanah Melayu -tapak
pembentukan ekonomi moden.

Pada pertengahan abad ke-19, lombong bijih timah dan


ladang getah dibuka secara besar-besaran.

Kemasukan imigran ke Tanah Melayu dimudahkan


melalui beberapa mekanisme seperti sikap terbuka
pembesar Melayu, sistem Tambang Kredit dan Sistem
Kangani.

Motif ekonomi merupakan pendorong kedatangan


golongan imigran-pendudukan mereka bersifat
sementara dan berjangka pendek - keluar masuk
berlaku. Penduduk asal tidak terlibat dalam sistem
ekonomi moden- kekal dalam sistem ekonomi
tradisional di luar bandar
SOALAN 9
Huraikan dengan ringkas dua kesan kemasukan imigran
luar ke Tanah Melayu.
Kesan apabila Tanah Melayu menerima kemasukan
imigran dari luar:

✔ Bentuk dan wajah masyarakat negara ini


kosmopolitan.

✔ Apabila beberapa kumpulan etnik hidup dalam


sesebuah tempat dan wilayah, akan berlaku interaksi
dan berlaku perkahwinan campur – wujud kacukan
seperti golongan Syed dan Peranakan.

✔ Budaya penduduk negara ini mula bersifat


kepelbagaian-jelmaan budaya seperti bahasa amat
jelas-pelbagai bahasa digunakan untuk berkomunikasi.
Dalam sesebuah kumpulan etnik terdapat pelbagai
bahasa yang digunakan – menambah lagi warna dan
wajah pluralistik masyarakat. Contoh: Dalam
masyarakat India – bahasa Tamil, Malayalam, Telegu,
Punjabi, Hindi dll. Masyarakat Cina- Bahasa
Mandarin, Kantonis, Hokkien, Hakka dan Teochew
SOALAN 10
Perihalkan peranan Kerajaan Melaka terhadap
perkembangan zaman Kesultanan
Brunei.
Peranan kerajaan Melaka terhadap perkembangan zaman
kesultanan Brunei ialah sebagai pusat penyebaran agama
Islam. Hal ini dapat dilihat semasa brunei menjalinkan
hubungan perdagangan dengan Melaka, penyebaran
agama Islam dalam Brunei telah berlaku. Penghijrahan
saudagar Islam dari Melaka ke Brunei telah menyebabkan
kejatuhan Melaka dan ini menyebabkan pentadbir Brunei
memeluk Islam. Contohnya Pembesar Brunei, Awang
Alak Bertatar yang sesudah Islam bernama Muhammad.
Kejatuhan Melaka telah menyebabkan brunei menjadi
tumpuan saudagar Islam yang menjauhi kuasa Portugis di
Melaka selepas 1511. Perkembangan ini juga telah
membantu Brunei membentuk sistem pentadbirannya.
Sebagai contohnya, jawatan seperti Bendahara,
Temenggong, Laksamana dan Syahbandar telah
diperkenalkan.
SOALAN 11
Nyatakan peranan imigran etnik India di Sabah pada zaman
pemerintah Kompeni
Berpiagam Borneo Utara British.
Imigran India terkenal sebagai penakluk, pedagang dan
sebagai pekerja di bawah kuasa kolonial pada zaman
pemerintah Kompeni Berpiagam Borneo Utara British.
Buktinya, pada sekitar tahun 1780-an hingga 1820-an,
pihak British yang menguasai Negeri-negeri Selat, seperti
Pulau Pinang, Melaka dan Singapura telah membuka
pintu kemasukan kaum India ini sebagai sumber tenaga
manusia dalam pelbagai aspek. Mereka terdiri daripada
buruh, pedagang, supai, banduan yang telah terlibat
secara langsung dalam bidang pembinaan, pertanian,
pertahanan dan perdagangan. Perkembangan migrasi ini
tidak hanya terhenti di Tanah Melayu, malah turut berlaku
di Sabah. Dalam konteks negeri Sabah, mereka
berketurunan daripada imigran secara langsung dari India
semasa pemerintahan SBUB, seperti Sikh, Tamil,
Malayalam dan lain-lain lagi (Siti Aidah, 2007).
SOALAN 12
Berdasarkan konteks Malaysia, jelaskan empat ciri sesebuah
masyarakat pluralistik yang baik.
Sistem pendidikan negara turut menterjemahkan ciri-ciri masyarakat puralistik
dimana setiap etnik membina sistem pendidikan yang terasing- Sekolah Vernakular
Melayu, Cina dan Tamil telah berkembang- Kurikulum dan guru diambil dari
negara China dan India-Sistem pendidikan masyarakat plural zaman kolonial British
gagal berperanan sebagai penyatu masyarakat.

✔ Masyarakat plural zaman kolonial memperlihatkan polarisasi pekerjaan.


Masyarakat Cina mendominasi pekerjaan seperti perlombongan & perniagaan.
Masyarakat India menjadi buruh di ladang getah. Masyarakat Melayu tersisih
daripada sistem ekonomi moden dan terus menjalankan pekerjaan tradisional
mereka seperti petani dan nelayan. Lokasi pekerjaan berbeza – interaksi antara etnik
menjadi amat terbatas.

Anda mungkin juga menyukai