Anda di halaman 1dari 17

KOLEJ VOKASIONAL GERIK

DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTERAN

DKA 2043
PENGHAYATAN ETIKA DAN BERADABAN

FOLIO
(PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA)

NAMA SAIFUL IKMAL HARITH BIN IBRAHIM

NO ANGKA GILIRAN AKV0223KA010

NO KP 050919-14-1059

KELAS 1 DVM DKA

NAMA PENSYARAH MOHD SALMI BIN MUSTAFA


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HURAIAN


1. PENGENALAN - Menerangkan secara umum berkaitan
tajuk dan isi kandungan folio
2. PEMBENTUKAN - Peradaban Peribumi Alam Melayu
PERADABAN MAJMUK - Peradaban Asia
DI MALAYSIA - Peradaban Barat
- Peradaban Globalisasi ( kebaikan dan
kesan Globalisasi )
3. KONSEP PEMBENTUKAN - Konsep Negara
NEGARA DAN BANGSA - Konsep Bangsa
DI MALAYSIA - Konsep Negara Dan Bangsa
4. REFLEKSI - Memberi rumusan berupa
pengetahuan , pengalaman , iktibar dan
nilai yang diperoleh

- Memberi cadangan-cadangan
penambahbaikan berkaitan pembinaan
bangsa Malaysia yang utuh dan lebih
Bersatu padu
5. SUMBER RUJUKAN - Mengemukakan sekurang-kurangnya 4
sumber rujukan folio yang JELAS dan
ditulis dalam format APA
PENGENALAN

Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia tidak wujud tanpa asal
usul sejarah atau titk permulaan . Lanya adalah hasil gabungan daripada beberapa
peradaban besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu .
Selama ribuan tahun peradaban ini didahului peradaban Pribumi Alam Melayu ,
kemudiannya muncul peradaban Asia yang terdiri daripada peradaban India , Cina
serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari barat . Peradaban ini akhirnya
terus berkembang dengan pengaruh oleh “ peradaban globalisasi “ yang merupakan
kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang
kompleks .

Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan kemerdekaan


Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 melalui usaha mewujudkan negara
bangsa , didahului oleh pembinaan negara bercirikan satu wilayah , satu
perlembangaan dan satu kewarganegaraan . Negara mewujudkan beberapa institusi
utama seperti sistem birokrasi negara , Pelan Pembangunan Lima Tahun dan
pelbagai insiatif oleh pihak kerajaan . Pembangunan ekonomi mendahului
pembinaan bangsa . Oleh itu , pembinaan bangsa menyusul , antaranya melalui
institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya . Dalam konteks ini telah wujud
beberapa “ Bangsa Idaman “ yang menguasai wacana politik di Malaysia . Usaha
membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas
dan didebatkan .
1
PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
( PERADABAN PRIBUMI ALAM MELAYU )

Amri Marzali ( 2017 ) menyatakan Tamadun Melayu ialah tamadun yang dibina dan
dimiliki oleh masyarakat yang berbudaya Melayu . Sosiobudaya mereka terdiri
daripada pelbagai kumpulan etnik manakala dari segi politik pada masa lampau
mereka terdiri daripada pelbagai kerajaan kuno . Tamadun tersebut terus
berkembang dan kini menjadi beberapa negara moden dan maju .

Peradaban Melayu dikatakan berasal daripada penduduk Asia Tenggara , khasnya


Gugusan Kepulauan Melayu ( yang mencukupi Selatan Siam , Semenanjung Tanah
Melayu , Pulau Sumatera , Jawa , Madura , Sunda , Borneo , Sulawesi , Filipina , pulau
- pulau timur Indonesia dan juga bahagian kecil daripada Kampuchea sehingga ke
Vietnam ) . Mereka bertutur dalam keluarga bahasa Melayu-Indonesia . Ciri
seterusnya daripada tamadun Melayu , mereka beragama Islam . Bahasa Melayu
menjadi bahasa lingua franca antara orang - orang rumpun Melayu Asia Tenggara
yang bertutur dalam keluarga bahasa Melayu , berkomunikasi antara sesama mereka
dengan menggunakan bahasa melayu sebagai lingua franca .

Kesan daripada pertembungan dan kemasukan pengaruh asing , masyarakat dan


budaya melayu telah mengalami perubahan khususnya terhadap pengembangan
bahasa Melayu yang terkenal sebagai kawasan strategik antara Timur dan Barat ,
pusat perdangangan dan pusat aktiviti keagamaan . Walau bagaimanapun , interaksi
yang berlaku adalah sesuatu yang positif apabila hasil daripada pertembungan ini ,
memperlihatkan kecenderungan dalam memperkayakan bahasa dan kebudayaan .
Maka bertakulah penyerapan kosa kata pinjaman daripada pelbagai bahasa dan
budaya . Antaranya bahasa Inggeris , Arab , India , Cina , Portugis , Belanda dan lain-
lain .

2
( PERADABAN ASIA INDIA , CINA , TIMUR TENGAH )

Perkembangan peradaban Asia turut mempengaruhi pembinaan bangsa dan negara


di Malaysia . Hubungan antara pedagang India , Cina dan Timur Tengah sejak sekian
lama telah membawa kepelbagaian adat dan budaya serta pegangan agama .
Kepelbagaian ini merupakan satu keistimewaan yang ada pada negara ini namun
perlu diuruskan dengan baik agar keharmonian bangsa dapat diperkukuhkan setiap
masa .

Masyarakat India dan Cina datang ke Tanah Melayu secara pesatnya pada kurun ke-
18 kedatangan mereka adalah hasil usaha pihak penjajah yang membawa masuk
pekerja asing bagi memenuhi keperluan ekonomi . Peradaban mereka waris
peradaban asal mereka di negara asal . Apabila tiba di Malaysia , mereka
bertembung dengan peradaban tempatan termasuk peradaban Barat dan Melayu .

Peradaban Timur Tengah seperti peradaban India dan Cina yang ada di Malaysia
masih tidak banyak berubah secara keseluruhannya menurut acuan tempatan .
Sebagai contoh adat resam , tabiat pemakaian dan bahasa ibunda masih dikekalkan
dari generasi ke generasi . Dalam aspek keagamaan juga demikian , walaupun
terdapat dalam kalangan bangsa India dan Cina yang memeluk agama Islam , namun
bahasa dan kebudayaan masih diamalkan dalam sebahagian kehidupan mereka .

3
( PERADABAN BARAT )

Era penjajahan dan peradaban Barat di Tanah Melayu bermula apabila Melaka jatuh
ke tangan Portugis pada tahun 1511 . Peradaban Barat hasil penjajahan kolonial
dalam negara ini tidaklah ketara berlaku memandangkan tempoh kependudukan
setiap kolonial dalam negara khususnya dalam rangka sejarah kebudayaan di
Nusantara ini tidak lama , namun pengaruh corak masyarakat kolonial itu
meninggalkan satu kesan yang luas walaupun mungkin tidak mendalam . Kedatangan
orang Eropah ke alam melayu ini telah bermula selepas tumbuhnya peradaban islam
di rantau ini , tetapi masyarakat kolonial tidak tumbuh serentak di alam melayu ini .

Di Tanah Melayu khususnya , pengaruh peradaban Barat lebih kepada pengaruh


bidang material dan kesannya hanya pada peringkat luaran sahaja . Ia banyak
mempengaruhi kebudayaan dan institusi sosial sahaja . Namun begitu , ajaran Islam
tetap menjadi pegangan masyarakat tempatan . Antara pengaruh peradaban barat di
tanah melayu dapat dilihat melalui sistem pendidikan . Ini semua dinikmati oleh
masyarakat bukan melayu yang tinggal di bandar-bandar terutamanya para
pengawai British dan peniaga Cina .

4
( PERADABAN GLOBALISASI )

Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar dalam pelbagai aspek


kehidupan merentasi bidang politik , ekonomi , sosio-budaya termasuklah
perkembangan bidang ilmu dan pemikiran . Perkembangan peradaban global ini
turut menjadi penyumbang kepada pembentukan peradaban majmuk di Malaysia ,
Chandra Muzaffar ( 1998 ) telah menyenaraikan lapan kebaikan globalisasi iaitu :

i . Peneran pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan


kemiskinan di sebilangan negara .

ii . Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah .

iii . Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu
pengetahuan impak daripada teknologi baru komunikasi dan teknologi maklumat .

iv . Komunikasi yang lebih mudah dan juga murah .

v . Peluang yang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan keperimanusiaan mereka
terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia
di seluruh dunia .

vi . Penonjolan idea-idea dan amalan pemeritahan yang baik seperti


pertanggungjawab awam , peraturan undang-undang dan hak asasi , manusia .

vii . penonjolan hak-hak asasi kaum wanita

Namun disebalik kebaikan ini , ada juga keburukan kesan daripada globalisasi .
Antara keburukan globalisasi ialah :
i . Kualiti alam sekitar yang semakin merosot akibat terlalu mementingkan faktor
keuntungan .
5
ii . Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin
melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor
ekonomi

iii . Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara .

iv , Kebanjiran maklumat yang tidak berguna .

v . Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan sesuatu jenayah dibendung .

6
KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DI MALAYSIA

Konsep negara dan bangsa menjadi perhatian terutama setelah Perdana Menteri ke-
4 , Tun Dr.Mahathir Mohamad mengemukakannya pada tahun 1991 . Takrif negara
dan bangsa menurut Kamus Dewan ialah farsa NEGARA merujuk kepada suatu
kumpulan masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan , mempunyai kedaulatan
politik dan juga jentera pemerintahan manakala frasa BANGSA merujuk kepada
suatu kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan yang mempunyai identiti
budaya , fahaman , agama dan bahasa tersendiri . Oleh itu , konsep negara bangsa
dilihat sebagai satu bangsa yang ideal yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui
konsep satu bangsa dengan satu identiti tersendiri .

Konsep negara dan bangsa juga menjurus kepada sebuah negara yang mempunyai
tanah air , rakyat , kemerdekaan , kedaulatan , sempadan perlembangaan dan
perundangan yang luhur dengan rakyatnya hidup bersatu-padu tanpa wujud
sentimen perkauman , keturunan , agama , bahasa , budaya , wilayah dan sebagainya
yang boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan antara kaum , elemen
yang saling lengkap melengkapi ini akan mengesahkan lagi sistem kuasa dan autoriti
sesebuah negara .
7
KONSEP NEGARA

Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan
mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh negara-negara .
Rakyat merupakan elemen terpenting bagi negara , bangsa kepada sesebuah
negara .

Antara ciri-ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah adanya penduduk ,


sempadan , kerajaan dan kedaulatan . Sesebuah negara juga memiliki sistem politik
yang ditegakkan oleah sekumpulan manusia serta membentuk satu kerajaan yang
sah dan diiktirat oleh pihak luar . Secara ringkasnya , untuk membentuk sebuah
negara perlu mempunyai elemen penduduk , wilayah , kerajaan dan kedaulatan .

KONSEP BANGSA

Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu seterusnya
membentuk satu kumpulan besar manusia . Penggunaan istilah bangsa biasanya
digunakan untuk menjelaskan tentang sesbuah etnik , bahasa dan kebudayaan
komuniti sesbuah masyarakat .

Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya mempunyai hubungan


darah dan keturunan , bahasa yang sama , perkongsian tradisi dan sejarah .
Walaupun pelbagai teori berkenaan bangsa ini , selain faktor-faktor tersebut ,
elemen perasaan kebersamaan turut menjadi sentomen dalam membentuk sesbuah
bangsa . Maka dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah hubungan erat yang wujud
melalui perasaan kekitaan terhadap sekumpulan besar manusia yang ada dalam
sesebuah negara .

8
KONSEP NEGARA DAN BANGSA

Negara bangsa adalah satu konsep kenegaraan yang memperoleh pengesahan politik
, satu entiti bagi satu-satu bangsa dalam sebuah wilayah berdaulat istilah negara
bangsa menyepadukan negara dan bangsa dipertautkan melalui perkongsian wilayah
bersama , ekonomi bersama , serta mempunyai unsur-unsur subjektf bersama ia
menandakan bahawa warganya telah bersedia berkongsi satu bahasa satu budaya
satu nilai satu wawasan (Raja Nazrin Shah 2017 ) .

Bagi mencapai konsep sebenar negara dan bangsa , ia perlu memenuhi ciri-ciri
negara dan bangsa tersebut . Antara ciri-ciri negara bangsa adalah :

a) Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu-satu tanpa berlaku


permisahan ataupun diskirminasi antara satu kaum dengan kaum yang lain .

b) Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh melalui simnol-simbol


keutuhan seperti bendera Malaysia , lagu kebangsaan , Rukun Negara dan
sebagainya .

c) Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik .

d) Setiap warganegaraan mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap


sistem pemerintahan dan undang-undang negara .

Kerajaan Malaysia telah memilih pendekatan integrasi dalam usaha pembinaan


negara bangsa dan bukannya pendekatan asimilasi seperti yang dilaksanakan di
Indonesia . Cara intergrasi yang dikenali sebagai dasar Kesatuan dalam Kepelbagaian
( Unity in Diversity ) menjadi pilihan kerana menjamin keamanan dalam masyarakat
majmuk , sebaliknya cara asimilasi lebih terdorong untuk MEMAKSA penduduk
minoriti untuk menyertai kumpulan majoriti dengan menghilangkan identiti etnik itu
dan cara ini biasanya berakhir dengan kegagalan ( Cheah 2004 ) .

9
REFLEKSI
PENGETAHUAN
Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia mencerminkan kesungguhan negara
dalam memelihara keharmonian dan integrasi di kalangan pelbagai etnik dan
kepercayaan. Melalui pengiktirafan dan penghormatan terhadap kepelbagaian
budaya, agama, dan kepercayaan, Malaysia mewujudkan landskap sosial yang
inklusif dan bersepadu. Dasar-dasar yang menyasarkan kepada keadilan sosial dan
ekonomi memastikan setiap warganegara, tanpa mengira latar belakang etnik,
mempunyai akses yang sama terhadap peluang dan kemajuan. Sistem pendidikan
yang bersepadu memainkan peranan penting dalam memupuk pemahaman dan
penghargaan terhadap kepelbagaian budaya dan kepercayaan, sambil menggalakkan
integrasi dan persefahaman di kalangan generasi muda. Dengan demikian, Malaysia
terus memperjuangkan kesepaduan nasional sambil memelihara identiti kebangsaan
yang berakar dalam kepelbagaian etnik dan budaya yang kaya

PENGALAMAN

Pengalaman pembinaan peradaban majmuk di Malaysia mencerminkan perjalanan


yang penuh cabaran dan pencapaian dalam usaha memupuk keharmonian dan
integrasi antara pelbagai etnik dan kepercayaan. Melalui pengalaman ini, Malaysia
telah membangun landskap sosial yang inklusif dan bersepadu di mana kepelbagaian
budaya, agama, dan kepercayaan dihargai sebagai aset utama negara. Pengalaman
dalam mempraktikkan dasar-dasar keadilan sosial dan ekonomi telah membuka
peluang yang lebih saksama bagi semua lapisan masyarakat, memastikan
kemakmuran dan kesejahteraan yang merentasi perbezaan etnik.
Pendidikan bersepadu telah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan
pemahaman dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya, sambil mendorong
integrasi dan penghayatan nilai-nilai kebangsaan. Pengalaman praktikal dalam
menggalakkan interaksi sosial dan kultural telah membawa masyarakat Malaysia
bersama-sama merangka identiti kebangsaan yang bersifat inklusif dan dinamik.
Meskipun cabaran dan ketegangan etnik mungkin timbul dari masa ke masa,
pengalaman Malaysia dalam membangun peradaban majmuk telah membuktikan
ketangguhan dalam mengatasi perbezaan dan mengekalkan kesepaduan nasional.
Dengan memanfaatkan kepelbagaian sebagai sumber kekuatan, Malaysia terus
mengukuhkan peranan sebagai model perpaduan dan harmoni etnik yang dihormati
di peringkat antarabangsa.

10
IKTIBAR

Iktibar dari pembinaan peradaban majmuk di Malaysia menyoroti pentingnya


kesediaan untuk menghormati, memahami, dan mengapresiasi kepelbagaian
budaya, agama, dan etnik sebagai aset yang memperkaya masyarakat. Pengalaman
Malaysia menegaskan bahawa integrasi sosial dan harmoni antara pelbagai komuniti
etnik dan kepercayaan adalah kunci kejayaan sebuah negara yang majmuk.
Selain itu, pembinaan peradaban majmuk menekankan perlunya keadilan sosial dan
ekonomi bagi semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang etnik atau
kepercayaan, sebagai landasan untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran
berterusan. Pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu berperanan penting dalam
membentuk pemahaman yang mendalam dan penghargaan terhadap kepelbagaian,
sambil memupuk nilai-nilai kebangsaan dan identiti yang bersama-sama dipegang.
Iktibar yang paling penting adalah bahawa keharmonian dan kesepaduan etnik
bukanlah satu proses yang statik, tetapi ia memerlukan usaha yang berterusan,
kesabaran, dan komitmen dari semua pihak. Walaupun cabaran dan ketegangan
boleh timbul dari semasa ke semasa, kesediaan untuk berdialog, berkongsi, dan
memahami satu sama lain adalah kunci untuk mengekalkan persefahaman dan
perpaduan di kalangan masyarakat majmuk.
Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia adalah satu peringatan bahawa
kepelbagaian adalah kekayaan yang harus dipelihara dan dijaga dengan teliti, dan
bahawa keharmonian antara pelbagai komuniti adalah satu matlamat yang terus
diperjuangkan untuk mencapai kesejahteraan bersama dalam sebuah negara yang
berbilang budaya.

11
NILAI

Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia menitikberatkan nilai-nilai seperti


kepelbagaian, kesepaduan, keadilan, kesetaraan, dan saling penghargaan.
Kepercayaan akan kepentingan menghormati dan memahami kepelbagaian etnik,
budaya, dan agama menjadi landasan utama dalam memperkukuhkan identiti
kebangsaan yang bersatu. Prinsip keadilan sosial dan ekonomi ditegakkan untuk
memastikan semua warganegara memperoleh akses yang saksama terhadap peluang
dan kemakmuran. Pembinaan peradaban majmuk juga menuntut sikap saling
penghargaan, toleransi, dan kerjasama di antara pelbagai komuniti etnik dan
kepercayaan sebagai langkah untuk memelihara keharmonian sosial dan integrasi
nasional. Dengan mengekalkan nilai-nilai ini sebagai panduan, Malaysia dapat terus
memperkukuhkan peradaban majmuknya sebagai model kejayaan dalam memupuk
keharmonian dan kesepaduan di tengah-tengah kepelbagaian yang kaya

CADANGAN

Candangan untuk meningkatkan pembinaan bangsa Malaysia yang lebih utuh dan
bersatu padu, langkah-langkah penting termasuklah memperkukuhkan pendidikan
multikultural yang mempromosikan pemahaman dan penghargaan terhadap
kepelbagaian budaya serta mewujudkan kurikulum yang merangkumi nilai-nilai
kebangsaan yang menyatukan. Selain itu, penggalakan program-program sosial dan
budaya yang melibatkan pelbagai etnik untuk berinteraksi secara langsung dapat
meningkatkan kesedaran akan keunikan budaya masing-masing dan memupuk
perasaan kesetiaan terhadap negara. Selanjutnya, penglibatan komuniti dalam
proses pembangunan negara harus ditingkatkan dengan mewujudkan platform-
platform untuk dialog dan kerjasama antara pelbagai lapisan masyarakat. Penerapan
dasar-dasar inklusif yang memastikan keadilan sosial dan ekonomi bagi semua
warganegara tanpa mengira etnik juga penting dalam mengukuhkan perpaduan
bangsa. Penggunaan media sosial secara bertanggungjawab dan penanganan konflik
dengan bijak juga merupakan aspek penting dalam memastikan keharmonian dan
kesepaduan masyarakat majmuk Malaysia. Dengan langkah-langkah ini, Malaysia
dapat menghadapi cabaran-cabaran perpaduan dengan lebih efektif dan membina
sebuah masyarakat yang utuh, harmoni, dan sejahtera.

12
RUJUKAN

- https://www.slideshare.net/StacksApp/06-topik-5-pembinaan-
peradaban-majmuk-di-malaysia-pptx
- PENILAIAN FAKTOR-FAKTOR KESENJANGAN ETNIK DI MALAYSIA SEBAGAI
PENGHALANG PERPADUAN NASIONAL Aszlan Selamat & Mohamad
Iszuan bin Safarudin Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya
aszlan@gmail.com
- https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2023/06/1118360/
kepelbagaian-kaum-perlu-dirai

Anda mungkin juga menyukai