Anda di halaman 1dari 16

KOLEJ VOKASIONAL

BETONG
95700 BETONG, SARAWAK

KURSUS
MPU2172 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

FOLIO
‘PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA’

SEMESTER/TAHUN
DVM SEMESTER 2 SESI 2 2023/2024

GAMBAR UKURAN
PASSPORT

BIL PERKARA MAKLUMAT


1 NAMA PELAJAR NORFAZANA BINTI SYAIRUL NIZAM
2 PROGRAM PERAKAUNAN
3 NO. KAD PENGENALAN 050314-13-1288
4 NO. ANGKA GILIRAN SKV0123BE011
5 NAMA PENSYARAH DAYANG RATHIKA BINTI ABANG AFFENDI
ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Pembentukan Peradaban Majmuk di Malaysia 3


2.1 Peradaban Peribumi Alam Melayu 4
2.2 Peradaban Asia 5
2.3 Peradaban Barat 6
2.4 Peradaban Globalisasi 7

3.0 Konsep Pembentukan Negara dan Bangsa di Malaysia 8


3.1 Konsep negara 9
3.2 Konsep bangsa 10
3.3 Konsep negara dan bangsa 11

4.0 Refleksi 12

5.0 Sumber rujukan 13

1
1.0 PENGENALAN

Peradaban majmuk di Malaysia adalah gabungan daripada beberapa peradaban besar


dunia yang bergaul melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu. Pembinaan peradaban ini
didahului oleh peradaban Pribumi Alam Melayu, kemudiannya diikuti Peradaban Asia yang
terdiri daripada India, Cina dan Timur Tengah. Seterusnya ialah Peradaban Barat. Akhirnya,
peradaban ini disambut oleh peradaban globalisasi yang merupakan kacukan pelbagai punca
peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks.

Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia pula bermula dengan kemerdekaan


Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 melalui usaha mewujudkan Negara-Bangsa,
didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu
kewarganegaraan. Negara mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi negara.
Oleh itu, pembinaan negara menyusul melalui institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya.

Dalam konteks binaan bangsa Malaysia, adalah perlu untuk dalami perkembangan
sejarah peradaban yang lalu bagi memahami budaya rantau Melayu sebagai teras penting dalam
pembinaan bangsa Malaysia. Perkembangan sejarah peradaban di Malaysia moden ini dapatlah
dibahagikan kepada beberapa zaman seperti Zaman Prasejarah, Zaman Protosejarah, Zaman
Pensejarahan dan Zaman Pembentukan Negara Bangsa.

2
3
2.0 PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
Hasil gabungan daripada beberapa peradaban besar dunia yang terjalin melalui perjalanan
sejarah di Alam Melayu. Selama ribuan tahun peradaban ini didahulukan oleh peradaban Pribumi
Alam Melayu, kemudiannya muncul peradaban Asia yang terdiri daripada India, Cina serta
Timur Tengah seterusnya peradaban dari Barat.

Peradaban Alam Melayu telah wujud hasil keterlibatan masyarakat d pelbagai rantau,
antaranya ialah Nusantara yang melibatkan zaman prasejarah bermula empat dekad sebelum
masihi. Di zaman prasejarah ini belum wujud sebuah entiti politik atau sempadan negara bangsa
yang dikenali sebagai Tanah Melayu ataupun Malaysia. Namun, ia telah mempunyai sebuah unit
geografi yang dikenali sebagai Alam Nusantara.

Dalam konteks lain pula, binaan bangsa Malaysia adalah perlu untuk dalami
perkembangan sejarah peradaban yang lalu bagi memahami etos budaya rantau melayu sebagai
teras penting dalam pembinaan bangsa Malaysia.

Rantau alam Nusantara dalam catatan India disebut dalam bahasa Sanskrit sebagai warna
Suvarnabhumi atau tanah emas. Perkembangan sejarah peradaban di Nusantara dan Malaysia
moden ini dapatlah dibahagikan kepada beberapa zaman seperti Zaman Prasejarah, Zaman
Protosejarah, Zaman Pensejarahan dan Zaman Pembentukan Negara Bangsa.

4
2.1 PERADABAN PRIBUMI DI ALAM MELAYU

Menurut Amri Marzali (2017), Tamadun Melayu ialah tamadun yang dibina dan dimilikir
oleh Masyarakat yang berbudaya Melayu. Sosiobudaya mereka terdiri daripada pelbagai
kumpulan etnik manakala dari segi politik pada masa lampau mereka terdiri daripada Kerajaan
kuno. Tamdun tersebut telah berkembang dan menjadi negara moden.

Bangsa melayu merupakan bangsa yang besar dicatatkan pencapaian tamadun mereka
dalam catatan China, India, Arab dan Greek. Di samping itu, peradaban melayu ini berasal
daripada penduduk Asia Tenggara dan mereka bertutur mengunakan Bahasa Melayu – Indonesia.
Selain itu, kawasan Alam Melayu turut dikunjungi oleh pemgembara terkenal seperi Marco Polo
dan Ibnu Batutah. Alam melayu telah bertukar menjadi kawasan islam yang pertama di sebelah
Nusantara. Oleh itu, tamadun Melayu adalah tamadun yang dibina, dikembangkan dan dimiliki
oleh penduduk Asia Tenggara.

Kesannya, Masyarakat dan budaya Melayu telah mengalami perubahan khususnya


terhadap perkembangan Bahasa Melayu. Selain itu, fenomena yang disebut sebagai imperialism
budaya ini turut berlaku di Alam Melayu yang terkenal sebagai kawasan yang strategik antara
timur dan barat, pusat perdagangan entrepot dan aktiviti keagamaan. Walau bagaimanapun,
interaksi yang berlaku adaiah sesuatu yang positif apabila hasil daripada pertembungan ini,
nemperlihatkan kecenderungan dalam memperkayakan bahasa dan kebudayaan.

5
2.2 PERADABAN ASIA

Di Asia, perkembangan peradaban Asia turut mempengaruhi pembinaan bangsa dan


negara di Malaysia. Peradaban Asia yang meliputi India, Cina dan Timur Tengah telah membawa
kepelbagaian adat dan budaya serta pegangan agama.

Dengan adanya India, kegiatan penyebaran agama Buddha dan Hindu telah
mempercepatkan hubungan perdagangan serta kebudayaan antara India dan rantau Asia
Tenggara. Hubungan awal India dengan Tanah Melayu tidak terbentuk penaklukan politik,
kecuali ekspedisi ketenteraan.

Selain itu, Tamadun China merupakan salah satu tamadun terawal di dunia. Masyarakat
India dan China datang ke Tanah Melayu secara pesatnya pada kurun ke-18. Kedatangan mereka
adalah hasil usaha pihak penjajah yang membawa masuk pekerja asing bagi memenuhi keperluan
ekonomi.

Akhir sekali, peradaban di Timur Tengah membawa impak yang cukup besar dalam
keseluruhan sistem kehidupan Masyarakat Melayu. Kemasukan pengaruh Timur Tengah ini
bukan sahaja menghakis pengaruh peradaban India tetapi telah mengubah pegangan agama,
kepercayaan, pemikiran, cara hidup dan sistem pemerintahan.

Peradaban Timur Tengah seperti peradaban India dan Cina yang ada di Malaysia masih
tidak banyak berubah secara keseluruhannya menurut acuan tempatan. Sebagai contoh adat
resam, pemakaian dan bahasa masih dikekalkan dari generasi ke generasi. Dalam aspek
keagamaan juga demikian, walaupun terdapat dalam kalangan India dan Cina yang memeluk
Islam, namun bahasa dan kebudayaan masih diamalkan dalam sebahagian kehidupan mereka.

6
2.3 PERADABAN BARAT

Pengaruh peradaban dari Barat di Tanah Melayu bermula apabila mereka jatuh ke tangan
Portugis pada tahun 1511. Penjajahan barat hasil kolonil
barat yang dilalui oleh negara tidaklah ketara berlaku memandangkan tempoh
kependudukan setiap kolonil dalam negara khususnya dalam rangka sejarah
kebudayaan dinusantara ini tidak lama, namun pengaruh corak masyarakat kolonil
itu meninggalkan satu kesan yang luas walaupun mungkin tidak mendalam.

Peradaban Barat bukan sahaja membawa pengaruh dalam kehidupan sosial dan sistem
ekonomi masyarakat, tetapi telah membawa implikasi yang besar dalam struktur pentadbiran dan
pemerintahan negara. Walaupun pengaruh dari Portugis dan Belanda tidak membawa implikasi
yang signifikan pada Negeri-negeri Melayu keseluruhannya melainkan Melaka, tetapi secara
langsung mahupun tidak langsung, ia membawa implikasi dari segi penerimaan beberapa istilah
dalam penggunaan Bahasa Melayu. Hanya setelah kemasukan kuasa Inggeris, pengaruh Barat
jelas kelihatan khususnya dari segi sistem pemerintahan negara dan perkembangan ilmu
pengetahuan terutamanya kefahaman berkaitan dengan etika dan peradaban di mana agama
dipisahkan dari politik (membawa implikasi besar ke atas pembinaan negara-bangsa). Selain itu,
pengaruh Barat yang cuba mengembangkan ajaran Kristian telah mendorong para pendakwah
Islam mempergiatkan peranan mereka di Tanah Melayu.

Di Tanah Melayu khususnya, pengaruh peradaban Barat Iebih kepada pengaruh bidang
material dan kesannya hanya pada peringkat luaran sahaja. la banyak mempengaruhi kebudayaan
dan institusi-institusi sosial sahaja. Namun begitu, ajaran Islam tetap menjadi pegangan
masyarakat tempatan.

Pengaruh peradaban Barat di Tanah Melayu dapat dilihat melalui sitem Pendidikan,
kewujudan Masyarakat, perubahan dari segi budaya, kemunculan bandar moden dan keperluan
asas infrastruktur bandar seperti jalanraya, telefon, bekalan elektrik dan bekalan air bersih.

7
2.4 PERADABAN GLOBALISASI

Peradaban globalisasi ini membawa pengaruh yang besar dalam pelbagai aspek
kehidupan merentasi bidang politik, ekonomi, sosio-budaya termasuklah perkembangan bidang
ilmu dan pemikiran. Perkembangan peradaban global ini turut menjadi penyumbang kepada
pembentukan peradaban majmuk di Malaysia.

Globalisasi menurut Kamus Dewan ialah fenomena yang menjadikan dunia kelihatan
kecil dari segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat.
la juga merupakan era dunia tanpa sempadan yang berlaku hasil interaksi dan jaringan peradaban
yang merentasi benua dan sempadan negara. Globalisasi berlaku melalui pemodenan dalam
peibagai bidang kehidupan, perkembangan teknologi maklumat dan informasi seperti komputer
dan telefon pintar yang mempunyai talian internet serta penggunaan media sosial yang berleluasa
seperti Facebook, WhatsApp dan lain-lain.

Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan
merentasi bidang politik, ekonomi, sosio-budaya termasuklah perkembangan bidang ilmu.
Terdapat beberapa kebaikan globalisasi, antaranya ialah peranan pelaburan asing dalam
mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara. Hal ini dikatakan
demikian kerana tenaga pekerja asing lebih menyumbang kepada ekonomi negara pada zaman
dahulu. Selain itu, kita memperolehi peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan
menyebarkan ilmu pengetahuan impak daripada teknologi baru komunikasi dan teknologi
maklumat. Komunikasi juga akan menjadi lebih mudah. Di samping itu, dengan adanya
peradaban globalisasi, peluang untuk berbagai kumpulan etnik, budaya dan agama untuk
berinteraksi lebih luas. Akhir sekali, daripada globalisasi ini terdapat peluang yang lebih luas
untuk menzahirkan simpati dan keperimanusiaan mereka terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis
bencana alam dan tragedy buatan manusia di seluruh dunia. Ia juga akan menonjolkan idea –
idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam dan penonjolan hak-
hak asasi Wanita.

Terdapat juga keburukan kesan daripada globalisi, antaranya ialah kualiti alam sekitar
akan merosot akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan. Selain itu, akan terjadinya
pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara. Akhir sekali,

8
kebanjiran maklumat yang tidak berguna dan dengan adanya pengantarabangsaan jenayah, ia
akan menyukarkan sesuatu jenayah dibendung.

9
3.0 KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DI MALAYSIA
Konsep negara bangsa merupakan bangsa idaman yang ingin dijelmakan oleh sesebuah
negara. Konsep negara bangsa menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya
hidup bersatu-padu tanpa sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, semangat
kedaerahan yang boleh menghalang kepada pembentukan negara bangsa. Usaha kearah
pembinaan negara bangsa ini bukan mudah kerana pembentukan negara bangsa sukar berlaku
melalui perancangan dan program tetapi ia terbina hasil daripada proses semula jadi di bawah
asas sejarah yang terbina sejak dahulu.

Terdapat tiga takrifan tentang ‘bangsa’. Pertama, bangsa boleh dilihat dari sudut
perundangan. Dalam konteks ini, konsep warganegara yang menakrifkan bangsa Malaysia boleh
terbentuk dengan tiga syarat iaitu menjadi warga Malaysia, mengamal cara hidup Malaysia
berlandaskan kebudayaan Melayu dan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa harian.
Kedua, pengertian ‘bangsa’ boleh dihurai berlandaskan keturunan darah yang menakrifkan
manusia berdasarkan ciri (biologi) dan budaya yang diwarisinya. Bangsa dalam pengertian ini
membawa maksud kaum, ras dan etnik. Ketiga, ‘bangsa’ dirujuk sebagai satu ‘nation’ yang
membawa maksud komuniti politik dalam wilayah tertentu. Konsep ini diperkuatkan lagi melalui
‘identiti sepunya’ seperti perkongsian wilayah bersama, perkongsian ekonomi, perkongsian masa
hadapan bersama serta unsur-unsur subjektif yang dikongsi bersama merangkumi bahasa, budaya
dan sastera.

10
3.1 KONSEP NEGARA

Negara merujuk kepada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan adanya
kerajaan yang memerintah. Negara ialah sebuah masyarakat yang bebas dan berdaulat yang
terletak dalam satu kawasan atau wilayah dalam had sempadan tertentu dan ditadbir atau
diperintah oleh sesebuah kerajaan. Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan
mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh negara-negara lain.
Manakala rakyat pula memiiíki taraf kewarganegaraan yang sah menurut undang-undang.
Elemen yang terpenting bagi negara adalah rakyat. Hal ini kerana rakyatlah yang mengatur urus
tadbir negara. Kewujudan rakyat akan membentuk satu bangsa dalam sebuah negara.

Ciri-ciri utama pembentukan negara adalah adanya penduduk, rakyat, sempadan, kerajaan
dan kedaulatan. Negara juga memerlukan sistem pemerintahan politik yang dipegang atau
dijawat oleh individu yang dapat membentuk sesebuah kerajaan yang sah dan diiktiraf oleh pihak
luar. Tuntasnya, untuk membentuk sebuah negara perlu mempunyai ciri-ciri utama pembentukan
negara.

11
3.2 KONSEP BANGSA

Bangsa adalah sekumpulam manusia yang mempunyai persamaan seperti keturunan, segi
bahasa, adat resam, kesenian dan pemgalaman sejarah. Negara bangsa ialah satu konsep atau
bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah
entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah wilayah yang berdaulat. Selain itu, bangsa
ialah entity budaya atau etnik. Bangsa juga merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang
individu seterusnya membentuk kumpulan besar manusia. Istilah bangsa ini digunakan untuk
menjelaskan tentang sesebuah etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat.

Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya mempunyai hubungan


darah dan keturunan, bahasa yang sama, perkongsian tradisi dan sejarah. Walaupun pelbagai
teori berkenaan bangsa ini, selain faktor-faktor tersebut, elemen perasaan kebersamaan turut
menjadi sentimen dalam membentuk sesebuah bangsa.

12
3.3 KONSEP NEGARA DAN BANGSA

Negara bangsa adalah satu konsep kenegaraan yang memperoleh pengesahan politik.
Satu entiti bagi satu-satu bangsa dalam sebuah wilayah berdaulat. Istilah negara bangsa
menyepadukan negara dan bangsa. Negara dan bangsa ini menandakan bahawa ia adalah sama
dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain. Selain itu, negara bangsa juga
merupakan satu proses yang melahirkan bangsa baharu, yakni sesebuah negara yang mempunyai
kedaulatan di mana semua rakyatnya disatukan oleh ikatan seperti bahasa, budaya, nilai-nilai dan
lain-lain yang membentuk bangsanya.

Bagi mencapai konsep sebenar negara dan bangsa, ia hendaklah memenuhi ciri-ciri
negara dan bangsa. Antaranya ialah kehidupan masyarakat dalam satu negara hendaklah bersatu-
padu tanpa berlaku pemisahan antara satu kaum dengan kaum yang lain. Di samping itu, rakyat
hendaklah memegang satu semangat kenegaraan yang utuh melalui simbol-simbol keutuhan
seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan dan rukun negara. Akhir sekali, setiap bangsa dan
kaum berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik dan mempunyai kepercayaan dan
keyakinan penuh terhadap sistem pemerintahan dan undang-undang negara.

Kerajaan Malaysia telah memilih pendekatan integrasi dalam usaha pembinaan negara
bangsa, dan bukannya pendekatan asimilasi seperti yang dilaksanakan di Indonesia. Cara
integrasi yang dikenali sebagai dasar Kesatuan dalam Kepelbagaian (Unity in Diversity) menjadi
pilihan kerana menjamin keamanan dalam masyarakat majmuk. Pembinaan negara bangsa
merupakan matlamat utama sesebuah negara dan boleh dianggap sebagai kemuncak kejayaan
bagi sesebuah negara, pentadbiran serta penduduknya. Merujuk kepada Malaysia, proses awal
pembinaan negara bangsa lebih tertumpu kepada keperluan politik. Usaha-usaha secara intensif
bagi mencapai matlamat mula dilaksanakan selepas peristiwa 13 Mei 1969 khususnya menerusi
rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Matlamat yang lebih jelas pula hanya muncul ekoran
pengenalan Wawasan 2020 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991.

13
4.0 REFLEKSI

Tuntasnya, peradaban majmuk di Malaysia adalah sangat diperlukan dalam kalangan


rakyat di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana negara ini mempunyai rakyat yang
berbagai bangsa, bahasa dan agama untuk membentuk sebuah negara yang perpaduan. Justeru,
mana-mana nilai positif seperti bahasa mandarin, bahasa melayu dan bahasa tamil boleh
dikongsikan sesama kaum untuk kaum lain belajar bahasa yang asing bagi mereka. Dalam
sesebuah negara yang berbilang kaum, setiap kaum mempunyai peranan dan fungsi masing-
masing dalam pembangunan negara. Selain itu, setiap kaum perlu saling bekerjasama dan
menghargai kaum-kaum yang lain tanpa memperlekehkan sesuatu kaum untuk membentuk
peradaban yang majmuk dalam negara Malaysia. Kepelbagaian budaya dan nilai hasil daripada
kewujudan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini telah menjadikan negara ini unik. Oleh
itu, peradaban dalam setiap masyarakat perlu diterap untuk mengelakkan kontroversi antara
kaum dan menjadikan negara sebagai satu negara yang perpaduan.

14
5.0 SUMBER RUJUKAN

 Studocu, (2021 Julai 5 Isnin) Topik 5- Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia.


https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/public-administration/
topik-5-pembinaan-peradaban-majmuk-di-malaysia/28808540
 Anyflip, Ezza Saharudin, (2022 April 29 Jumaat) Peradaban Asia.
https://anyflip.com/fwati/sxve/basic#google_vignette
 Prezi, Qiela Asrul, (2021 Januari 2 Sabtu) Perbezaan Konsep Negara dan Konsep Bangsa.
https://prezi.com/p/5-dy0myrzj_r/12-konsep-negara-dan-konsep-bangsa/
 Academia, Rofahmi Zainal Abidin, Konsep Negara Bangsa di Malaysia.
https://www.academia.edu/9933345/Konsep_negara_bangsa_di_malaysia
 Wikipedia, (2019 Januari 25 Jumaat) Negara Bangsa.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Negara_bangsa
 Nota MPU2172, Penghayatan Etika dan Peradaban.

15

Anda mungkin juga menyukai