Anda di halaman 1dari 10

KOD KURSUS : MPU 2172

NAMA : MUHAMAD ISKANDAR BIN MOHAMAD IRWAN


NO. IC : 050528-15-0089
PROGRAM : 1 DEA
TARIKH : 06/02/2024
TAJUK : PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
NAMA PENSYARAH : SALEHHUDDIN BIN WASLI

1|Page
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN 3

PEMBETUKAN PERADABAN MAJMUK DI


2 MALAYSIA 4-6

KONSEP PEMBETUKAN NEGARA DAN BANGSA DI


3 MALAYSIA 7-8

4 REFLEKSI 9

5 SUMBER RUJUKAN 10

2|Page
1.0 PENGENALAN
1.1 Pembinaan Peradaban Majmuk Di Malaysia

Hasil gabungan daripada beberapa peradaban besar dunia yang terjalin melalui
perjalanan sejarah di Alam Melayu. Selama ribuan tahun peradaban ini didahulukan
oleh peradaban Pribumi Alam Melayu, kemudiannya muncul peradaban Asia yang
terdiri daripada India, Cina serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari Barat.

Peradaban ini akhirnya terus berkembang dengan pengaruh oleh 'peradaban


globalisasi' yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan
melalui jaringan digital yang kompleks.

1.2 Pembinaan Peradaban Yang Beridentitikan Malaysia


Bermula dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 melalui usaha
mewujudkan Negara-Bangsa, didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu wilayah, satu
perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Negara mewujudkan beberapa intitusi utama
seperti sistem biokrasi negara pelan Pembangunan Lima Tahun dan sebagainya.
Pembanggunan ekonomi melalui pembinaan Bangsa.
Oleh itu, pembinaan bangsa menyusul, antaranya melalui institusi sistem politik kepartian
dan pilihan raya. Dalam konteks ini telah wujud beberapa "bangsa Idaman" yang menguasai
wacana politik di Malaysia. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat
mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.

3|Page
2.0 PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DIMALAYSIA
2.1 Peradaban Pribumi Alam Melayu
Bangsa Melayu telah menjadi bangsa besar yang dicatatkan pencapaian tamadun mereka
dalam catatan China, India, Arab dan Greek, selain turut dikunjungi oleh pengembara
terkenal seperti Marco Polo (m. 1324M) dan Ibnu Batutah (m. 1377M). Alam Melayu telah
bertukar menjadi kawasan Islam sejak berdirinya Islam yang pertama di sebelah Nusantara di
Perlak pada 840M (225H).
Peradaban Melayu berasal daripada penduduk Asia Tenggara, khasnya Gugusan Kepulauan
Melayu yang di dalamnya terdiri daripada Selatan Siam, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau
Sumatera, Jawa, Madura, Sunda, Borneo, Sulawesi, Filipina, pulau-pulau timur Indonesia dan
bahagian-bahagian kecil daripada Kampuchea ke Vietnam.
Mereka bertutur dalam keluarga Bahasa Melayu Indonesia dan juga merupakan agama Islam.
Bahasa Melayu menjadi Bahasa lingua franca antara orang-orang rumpun Melayu Asia
Tenggara berkenaan.
Kesimpulannya, tamadun Melayu adalah tamadun yang dibina, dikembangkan dan dimiliki
oleh penduduk Asia Tenggara yang bertutur dalam keluarga Bahasa Melayu, berkomunikasi
antara sesama mereka dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai lingua franca.
Kesannya, masyarakat dan budaya Melayu telah mengalami perubahan khususnya terhadap
pengembangan Bahasa Melayu. Selain itu, fenomena yang disebut sebagai imperialisme
budaya ini turut berlaku di Alam Melayu yang terkenal sebagai Kawasan strategik antara
Timur & Barat, pusat perdagangan entrepot dan aktiviti keagamaan.
Walaubagaimanapun, interaksi yang berlaku ini adalah sesuatu yang positif apabila hasil
daripada pertembungan ini, memperlihatkan kecenderungan dalam memperkayakan bahasa
dan kebudayaan. Maka berlakulah penyerapan kosa kata pinjaman daripada pelbagai Bahasa
dan budaya.

4|Page
2.2 Peradaban Asia (India,China,Timur Tengah)
2.1 Pembinaan Peradaban Majmuk Di Malaysia
Peradaban Asia (India, Cina, Timur Tengah) pusat peradaban India merupakan suatu
wilayah yang besar dan luas yang terletak di sebelah Selatan Benua Asia. India memiliki
kekayaan alam dan memiiliki nilai budaya yang tinggi, sehingga dikenal oleh berbagai
bangsa sejak beribu tahun yang lalu. Dalam perkembangan sejarah India terdapat pusat-pusat
peradaban yang tertua iaitu, Kebudayaan Lembah Sungai Indus tahun 4000-3000 SM dan
Kebudayaan Lembah Sungai Gangga tahun 1000 SM. Kedua kebudayaan tersebut berpusat di
lembah sungai yang subur.

2.3 Peradaban Barat


Era penjajahan dan peradaban barat di tanah melayu bermula apabila mereka jatuh ke tangan
portugis pada tahun 1511. Penjajahan barat hasil kolonil barat yang dilalui oleh negara
tidaklah ketara berlaku memandangkan tempoh kependudukan setiap kolonil dalam negara
khususnya dalam rangka sejarah kebudayaan dinusantara ini tidak lama, namun pengaruh
corak masyarakat kolonil itu meninggalkan satu kesan yang luas walaupun mungkin tidak
mendalam kedatangan orang eropah ke dalam alam melayu ni bermula selepas tumbuhnya
peradaban islam dirantau, tetapi masyarakat kolonil tidak tumbuh serentak di alam melayu.
Semasa pemerintahan kolonil barat khususnya pemerintahan british,penyebaran agama
kristian ditanah melayu pada zaman tersebut tidak ketara. Beberapa kawasan penempatan
awal british dapat dilihat melalui peninggalan bangunan bersejarah seperti dipulau pinang,
melaka dan singapura. Peradaban barat mulai memberi pengaruh kepada penduduk tempatan
selepas mencapai kedudukan yang mempunyai prestij di alam melayu.
Di tanah melayu khususnya pengaruh peradaban barat lebih daripada pengaruh bidang
material dan kesannya hanya pada peringkat luaran sahaja. Ia banyak mempengaruhi
kebudayaan dan institusi sosial sahaja. Namun begitu, ajaran islam tetap menjadi pegangan
masyarakat tempatan.

Antara pengaruh peradaban di tanah melayu dapat dilihat melalui sistem


pendidikan,kewujudan masyarakat majmuk,perubahan dari segi budaya,kemunculan bandar
moden dan keperluan asas infrastruktur bandar seperti
jalanraya,keretapi,telefon,telegraf,bekalan elektirk dan bekalan air bersih. Ini semua
dinikmati oleh masyarakat bukan melayu yang ditingal dibandar terutama pegawai british dan
peniaga.

5|Page
2.4 Peradaban Globalisasi

Globalisasi menurut kamus dewan ialah fenomena yang menjadi dua kelihatan kecil dari segi
perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat. Ia juga
merupakan era dunia tanpa sempadan yang berlaku hasil interaksi dan jaringan peradaban
yang merantasi benua dan sempadan negara.
Globalisasi berlaku melalui pemodenan dalam pelbagai bidang kehidupan,perkembangan
teknologi maklumat dan informasi seperti komputer dan telefon pintar yang ada talian
internet serta penggunaan media sosial yang berleluasa seperti facebook , tiktok dan
whatsapp .

Kebaikan Globalisasi :
 Peranan pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan
mengurangkan kemiskinan dalam sebilangan negara.

 Peningkatan mobiliti sosial.

 Peluang yang luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan


ilmu pengetahuan komunikasi yang lebih mudah.

 Peluang untuk menzahirkan simpati dan keperimanusian terhadap mangsa


pelbagai jenis bencana.

 Penonjolan idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti


tanggungjawab ,peraturan undang undang dan hak asasi manusia.

Keburukan Globalisasi :
 Kualiti alam sekitar yang semakin merosot akibat tertalu mementing faktor
keuntungan.

 Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang


semakin melebar antara kawasan dan sektor ekonomi.

 Pengabaian keperluan asas hidup dikalangan rakyat termiskin.

 Kebanjiran maklumat yang tidak berguna.

 Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan sesuatu jenayah


dibendung.

6|Page
3.0 KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DI MALAYSIA

3.1 Konsep Negara

Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tersebut dan adanya
kerajaan yang memerintah. Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan
mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh negara lain. Rakyat
merupakan elemen terpenting bagi negara kerana rakyat yang mengatur urus tadbir negara.
Kewujudan rakyat juga yang akan membentuk satu bangsa kepada sesebuang negara.
Antara ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah adanya penduduk,sempadan,kerajaan
dan kedaulatan. Sesebuah negara juga memiliki sistem politik yang ditegakkan oleh
sekumpulan manusia serta dibentuk satu kerajaan yang sah dan diiktiraf oleh pihak.

3.2 Konsep Bangsa

Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu sterusnya membentuk
satu kumpulan besar manusia. Penggunaan istilah bangsa biasanya digunakan untuk
menjelaskan tentang sebuah etnik,bahasa dan kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat.
Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya mempunyai hubungan darah
dan keturunan bahasa yang sama ,perkongsian tradisi dan sejarah. Selain faktor,elemen
perasaan kebersamaan turut menjadi sentimen dalam membentuk sebuah negara.

3.3 Konsep Negara Dan Bangsa

Negara bangsa adalah satu konsep negara yang memperoleh pengesahan politik , satu entiti
bagi satu satu bangsa dalam sebuah wilayah berdaulat. Istilah negara bangsa menyepadukan
negara dan bangsa dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama,ekonomi bersama,serta
mempunyai unsur subjektif bersama.

Ciri ciri negara bangsa :


1. Kehidupan masyarakat dalam negara adalah bersatu padu tanpa berlaku pemisahan ataupun
diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang lain.

7|Page
2. Berpegang pada satu semangat negara yang utuh melalui simbol keutuhan seperti Bendera
malaysia,lagu kebangsaan,rukun negara dan sebagainya.
3. Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik.
4. Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap sistem
pemerintahan dan undang -undang negara.
5. Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara dan boleh dianggap
sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara,pentadbiran serta penduduknya.

8|Page
4.0 KESIMPULAN

Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada


luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud
masyarakat berbilang kaum, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok- kelompok
ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan
latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan
negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia
terajadi secara tidak sengaja.
Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah melayu. Namun pada
pertengahan abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai
daripada Dasar Leberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah melayu.
Dari aspek kesinambungan, kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak
kesan, sama ada kesan positif mahu pun kesan negatif. Ia bergantung kepada cara bagaimana
kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah
Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru,
mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur
politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara
tidak sengaja.
Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun pada
pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai
ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara
hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh
Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu
Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik.

9|Page
5.0 RUJUKAN
1.https://www.bing.com/images/search?
q=gambar+pembinaan+peradaban+majmuk+di+malaysia&qpvt=gambar+pembinaan+perada
ban+majmuk+di+malaysia&FORM=IGRE
2. https://masyarakat-majmuk.blogspot.com/2014/09/kesimpulan.html
3. https://abox.pub/pembinaan-peradaban-majmuk-di-malaysia-pdf-flipbook-k-
60bc5f93c963d.html
4.https://www.bing.com/images/search?
q=gambar+pembinaan+peradaban+majmuk+di+malaysia&qpvt=gambar+pembinaan+perada
ban+majmuk+di+malaysia&FORM=IGRE
5. Nota-MPU2172

10 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai