Anda di halaman 1dari 14

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

MPU 2183

ASSIGNMENT
PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

NAMA NOMBOR MATRIKS


MUHAMMAD IRWAN SHAH BIN AZMAN KID220804153
MUHAMMAD ZUL SYAFIQ BIN ARBA’I KID220804158
AMIRRUL ARIFF BIN JAMALULAZI KID220804162
SYAHMIR BIN RASHID KID220804180
MUHAMMAD HAMBALI BIN KAD RUSMAN KID220804151
MOHAMAD SYARIFUDDIN BIN AHYA KID220804164

NAMA PENSYARAH: ENCIK AHMAD FIRDAUS B.MD SHAFEI

TARIKH PENGHANTARAN: 4 SEPTEMBER 2022


ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN...............................................................................................................3

PENGENALAN..................................................................................................................4

PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA......................................................5

1. Perkembangan Sejarah Peradaban di Alam Melayu..............................................5

2. Perkembangan peradaban masyarakat India.........................................................6

3. Perkembangan peradaban masyarakat Cina..........................................................8

4. Peradaban barat dan globalisasi.............................................................................9

5. Konsep Negara Bangsa.........................................................................................10

PENUTUP........................................................................................................................13

RUJUKAN........................................................................................................................14

2
PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya
dapat kami menyelesaikan tugasan esei ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang
sepenuh penghargaan kepada Encik Ahmad Firdaus Bin MD Shafie, Pensyarah
Matapelajaran Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU 2183), di atas kesudian beliau
memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang
proses pembentukan tugasan ini berlangsung. Selain itu, tidak lupa juga penghargaan
buat ibu bapa kami yang memberi sokongan serta dorongan dari segi fizikal dan mental
sepanjang penghasilan tugasan ini.

Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan yang banyak
membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan
tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami
menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata
membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa
bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini
dengan sempurna.

3
PENGENALAN

Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia merupakan hasil gabungan daripada


beberapa peradaban besar di dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di Alam
Melayu. Peradaban ini terus berkembang dengan pengaruh peradaban globalisasi yang
merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan
digital yang kompleks.

Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia didahului oleh pembinaan negara


bercirikan satu kewarganegaraan. Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan
negara. Oleh itu, pembinaan bangsa menyusul antaranya melalui institusi sistem politik
kepartian dan pilihanraya. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat
mencabar dan perlu dikupas serta didebatkan.

Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan


kerohanian dan moral yang dituntut oleh Agama Islam dan agama-agama lain
berterusan tanpa banyak terjejas, penilaian baik dan buruk pembinaan peradaban
majmuk di Malaysia perlu dilakukan dengan lebih teliti. Rakyat di negara ini perlu
memakmurkan serta memanfaatkan kebaikan ini serta menghindari dan mengatasi
keburukannya. Akhir sekali, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan
yang ada pada kita, terutamanya kekayaan dalaman yang terdapat dalam agama dan
tradisi kita baik yang berupa kerohanian, mahupun intelektual atau keilmuan.

4
PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

1. Perkembangan Sejarah Peradaban di Alam Melayu.

Dunia Melayu atau Alam Melayu adalah sebuah rantau politik dan ekonomi yang
sangat strategik sejak zaman pra-sejarah. Kedudukan geografi Alam Melayu dikenali
sebagai Nusantara yang berada di tengah-tengah kawasan tamadun awal manusia
telah menjadikan rantau ini sangat penting. Di timur, terbinanya Tamadun Hwang Ho
yang kini dikenali sebagai Negara China yang mencipta pelbagai kemajuan, sedangkan
di sebelah Barat pula, muncul Mohenjadoro dan Harappa (India), Mesopotamia dan
Babylon (Iraq), Nil (Mesir) dan Athens (Greek), sehingga menjadikan Alam Melayu
penghubung utama kedua-dua belah tamadun. Kedudukan Alam Melayu yang berada
di laluan ekonomi yang utama iaitu Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut China Selatan
telah memboleh komunikasi perdagangan antarabangsa yang lebih cekap berlaku,
berbanding laluan Sutera yang merentasi Siberia yang sangat mencabar. Disebabkan
kedudukan strategik ini, muncul bandar-bandar pelabuhan sepanjang pesisirnya, yang
kemudiannya membentuk kerajaan-kerajaan Kota, sebelum menjadi empayar-empayar
yang besar. Kemunculan Kerajaan Melayu Funan (68-628M), Sriwijaya (600-1100M),
Majapahit (1293-1498M) dan Melaka (1400-1511M), adalah gambaran bagaimana
bangsa Melayu menjadi sebuah bangsa dan tamadun yang mempunyai empayar besar
yang menguasai laluan ekonomi Timur-Barat sehingga abad ke-16 Masihi.

Seorang Orientalis, Snouck Hurgronje mengemukakan teori The Greater India


untuk menggambarkan keseluruhan pemikiran, kebudayaan dan Tamadun Melayu
adalah sebahagian daripada proses ketamadunan India yang beragama Hindu-Buddha.
Namun begitu, Bangsa Melayu yang merupakan Bangsa Maritim yang menguasai
ekonomi dan politik laut, telah menjadi sebahagian dari Kawasan Tamadun Islam mulai
abad kesembilan Masihi. Bangsa Melayu telah menjadi bangsa besar yang dicatatkan
pencapaian tamadun mereka dalam catatan China, India, Arab dan Greek, selain turut
dikunjungi oleh pengembara terkenal seperti Marco Polo (m. 1324M) dan Ibnu Batutah

5
(m. 1377M). Alam Melayu telah bertukar menjadi kawasan Islam sejak berdirinya
daulah Islam yang pertama di sebelah Nusantara di Perlak pada 840M (225H).
Peradaban Melayu berasal daripada penduduk Asia Tenggara, khasnya Gugusan
Kepulauan Melayu yang di dalamnya terdiri daripada Selatan Siam, Semenanjung
Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Jawa, Madura, Sunda, Borneo, Sulawesi, Filipina,
pulau-pulau timur Indonesia dan bahagian-bahagian kecil daripada Kampuchea ke
Vietnam. Mereka bertutur dalam keluarga Bahasa Melayu-Indonesia dan juga
merupakan agama Islam. Bahasa Melayu menjadi Bahasa lingua franca antara orang-
orang rumpun Melayu Asia Tenggara berkenaan. Kesimpulannya, tamadun Melayu
adalah tamadun yang dibina, dikembangkan dan dimiliki oleh penduduk Asia Tenggara
yang bertutur dalam keluarga Bahasa Melayu, berkomunikasi antara sesama mereka
dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca.

Kesannya, masyarakat dan budaya Melayu telah mengalami perubahan khususnya


terhadap pengembangan Bahasa Melayu. Selain itu, fenomena yang disebut sebagai
imperialisme budaya ini turut berlaku di Alam Melayu yang terkenal sebagai Kawasan
strategik antara Timur & Barat, pusat perdagangan entrepot dan aktiviti keagamaan.
Walau bagaimanapun, interaksi yang berlaku ini adalah sesuatu yang positif apabila
hasil daripada pertembungan ini, memperlihatkan kecenderungan dalam
memperkayakan bahasa dan kebudayaan. Maka berlakulah penyerapan kosa kata
pinjaman daripada pelbagai bahasa dan budaya.

2. Perkembangan peradaban masyarakat India.


India merupakan suatu wilayah yang besar dan luas yang terletak di sebelah selatan
Benua Asia. India memiliki kekayaan alam dan memiiliki nilai budaya yang tinggi,
sehingga dikenal oleh berbagai bangsa sejak beribu tahun yang lalu. Dalam
perkembangan sejarah India terdapat pusat-pusat peradaban yang tertua yaitu,
Kebudayaan Lembah Sungai Indus tahun 4000-3000 SM dan Kebudayaan Lembah
Sungai Gangga tahun 1000 SM. Kedua kebudayaan tersebut berpusat di lembah
sungai yang subur. Di Lembah Sungai Indus, terdapat peninggalan Dravida
berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh para ahli arkeologi pada tahun 1921, 1922,

6
1933, 1942 yang berjaya menemukan sisa-sisa peninggalan berupa runtuhan dua kota
tua, iaitu Mohenjodaro dan Harappa. Peninggalan tersebut merupakan sisa
peninggalan bangsa Dravida. Peradaban Mohenjodaro dan Harappa sangat maju,
terbukti mereka sudah mampu membuat perkara seperti perancangan bandar, jalan
raya, saluran air untuk perairan dan perkhidmatan, matawang serta sistem
kepercayaan.

Pusat peradaban sungai lembah sungai Gangga terletak antara pergunungan


Himalaya dan pergunungan Windya-Kedna. Sungai Gangga mempunyai air di
pergunungan Himalaya dan mengalir melalui kota-kota besar seperti Delhi, Agra,
Allahabad, Patna, Benares, melalui wilayah Bangladesh dan bermuara di Teluk
Benggala. Penyokong tamadun ini adalah orang Aryan, termasuk orang Indo-Jerman.
Mereka datang dari daerah Kaukasus. Mereka masuk ke India Utara pada abad ke-16
SM. Bangsa ini selalu mengembara untuk menggembalakan ternakannya. Tetapi
setelah mengalahkan Bangsa Dravisas di Lembah Sungai Shindu dan menguasai
kawasan yang subur, mereka akhirnya mengusahakan tanaman mereka dan hidup
secara kekal. Selepas itu, mereka menduduki Lembah Sungai Gangga dan terus
mengembangkan budaya mereka. Secara dasarnya, peradaban dan kehidupan orang-
orang Hindu telah disenaraikan dalam Kitab-Kitab Veda (Veda bermaksud
pengetahuan), dan juga dalam buku Brahmana dari Upanisad. Kedua-dua kitab ini
menjadi asas kehidupan penganut agama Hindu. Kitab suci Veda adalah kumpulan
idea para imam (Rishis). Pemikiran para imam (Rishis) dicatat oleh Resi Wiyasa. Empat
bahagian Veda dibahagikan kepada Reg Veda, Sama Veda, Yajur Veda dan Atharwa
Dewa.

Keempat-empat buku itu ditulis pada tahun 550 SM dalam bahasa Sanskrit. Sungai
Gangga dianggap suci oleh penganut Hindu. Mengikut kepercayaan masyarakat Hindu,
"Air Gangga" dapat menyucikan diri manusia dan menghapus semua dosa.
Kepercayaan agama Hindu bersifat politeisme(penyembahan banyak tuhan) penganut
agama Hindu mempunyai tiga dewa utama atau dikenali sebagai Trimurti, iaitu Dewa
Brahman sebagai dewa pencipta, Dewa Vishnu sebagai dewa penjaga dan Dewa
Vaisya sebgai dewa kehancuran. Agama Buddha muncul sebagai bentuk reaksi dari

7
beberapa kumpulan terhadap ajaran Brahman dan juga sistem kasta yang
membezakan manusia menjadi beberapa kumpulan. Sebagai pelopor agama Buddha
adalah Sidharta Gautama, putera Raja Sudhodana dari Kerajaan Kapilawastu. Ajaran
agama Buddha terkandung dalam kitab suci Tripitaka yang bermaksud tiga ranjang.
Aantaranya ialah, Vinanya Pitaka memuat ajaran dan khutbah Buddha. Sutranata
Pitaka memuat keterangan dan perbualan Buddha. Abidharma Pitaka berisi keterangan
tentangtatatertib yang harus dilaksanakan penganut Buddha.

3. Perkembangan peradaban masyarakat Cina.


China adalah sebuah negara di Asia Timur. Peradaban Cina kuno bermula dengan
kehidupan di Sungai Kuning. Sungai Kuning adalah kawasan subur yang dijadikan
kawasan penanaman. Oleh itu, tidak hairan lagi bahawa tamadun Cina Kuno dikatakan
bermula dari wilayah ini. Sejarah kebudayaan Cina kuno terdapat di Lembah Sungai
Kuning (Hwang Ho). Kebudayaan Cina kuno sinonim dengan nama Dinasti Syang dan
kebudayaan Syang diperkirakan dari tahun 1796 SM hingga 1122 SM. Sungai Hwang
Ho juga disebut Sungai Kuning atau Sungai Bencana kerana kawasan ini sering dilanda
banjir dan sering diserang oleh suku Bar-Bar. Dalam menghadapi cabaran ini, semasa
Dinasti Chin (era Kaisar Chin Shih Huang Ti) telah membina tembok Cina.

Dari segi kepercayaan masyarakat Cina, mereka menyembah banyak Tuhan serta
menyembah nenek moyang. Dewa utamanya adalah Syang Ti atau dikenali sebagai
Dewa Syurga. Penyembahan leluhur dilakukan dengan bersungguh-sungguh,
terutamanya oleh kanak-kanak lelaki. Dewa-dewa yang sering mendapat pemujaan
adalah Feng Jiao (Dewa Angin), Lei Shin (Dewa Taufan) yang digambarkan sebagai
naga hebat, dan Tai Shan atau empat dewa yang memerintah Bukit Suci. Dari segi
pemerintahan pula, peradaban Cina mula diperintah oleh kuasa raja-raja Chou (1000-
300). Setelah kuasa raja Syang hilang, tahta pemerintahan digantikan oleh dinasti
Chou. Di bawah pemerintahannya, China mengambil bentuk pemerintahan feudal.
Kemudian, tahta pemerintahan diambil alih oleh kekuatan dinasti Chin (221-202 SM).
Pengasas dinasti Chin ialah Skih Huang Ti yang berjaya menyatukan seluruh China.
Huang Ti bermaksud maharaja atau maharaja kuning. Semasa pemerintahannya,

8
China dibahagikan kepada 36 Provinsi. Ketua wilayah dan daerah bertanggungjawab
langsung kepada maharaja. Pemerintahan peradaban Cina kemudiannya diteruskan
oleh Dinasti Han (202 SM - 221 SM). Liu Pang sebagai pengasas Dinasti Han berjaya
mengambil alih Dinasti Chin. Sistem pemerintahan dinasti Han meneruskan sistem
pemerintahan dinasti Chin. Maharaja terhebat dan terkenal semasa Dinasti Han adalah
Maharaja Han Wu Ti.

Bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Cina di pelbagai wilayah adalah berbeza.
Tulisan Cina dalam bentuk huruf piktograf, yang merupakan huruf dalam bentuk
gambar dengan masing-masing mempunyai makna yang berbeza. untuk memupuk
rasa perpaduan dan persaudaraan, pada abad ke-20 penggunaan bahasa perpaduan
yang disebut Kuo Yu dikembangkan. Masyarakat Cina sudah memiliki banyak ahli yang
mempelajari ilmu astronomi iaitu ilmu perbintangan sehingga muncul sistem
penanggalan. Sistem astronomi adalah asas bagi semua aktiviti yang ingin dijalankan
oleh orang Cina. Contohnya dalam sistem pertanian, perkapalan, dan usaha mengenali
musim.

4. Peradaban barat dan globalisasi.


Peradaban Barat hasil penjajahan kolonial Barat yang dilalui oleh negara ini tidaklah
ketara berlaku memandangkan tempoh kependudukan British dalam negara khususnya
dalam rangka sejarah kebudayaan di Nusantara ini tidak lama, namun pengaruh corak
masyarakat kolonial itu meninggalkan satu kesan yang luas walaupun mungkin tidak
mendalam. Kedatangan orang Eropah ke alam Melayu ini telah bermula selepas
tumbuhnya peradaban Islam di rantau ini, tetapi masyarakat colonial tidak tumbuh
serentak di alam Melayu ini. Semasa pemerintahan kolonial Barat khususnya
pemerintahan British, penyebaran agama Kristian di Tanah Melayu pada zaman
tersebut tidaklah begitu ketara. Beberapa Kawasan penempatan awal British dapat
dilihat melalui peninggalan bangunan bersejarah seperti Pulau Pinang, Melaka dan
Singapura. Peradaban Barat mulai memberi pengaruh kepada penduduk tempatan
selepas mencapai kedudukan yang mempunyai prestij di Alam Melayu ini. Di Tanah
Melayu khususnya, pengaruh peradaban Barat lebih kepada pengaruh bidang material,

9
dan kesannya luaran sahaja. Ia banyak mempengaruhi kebudayaan dan institusi-
institusi social sahaja. Namun begitu ajaran Islam tetap menjadi pegangan masyarakat
tempatan. Antara pengaruh peradaban Barat di Tanah Melayu dapat dilihat melalui
sistem pendidikan, kewujudan masyarakat majmuk, perubahan dari segi budaya,
kemunculan bandar- bandar moden dan keperluan-keperluan asas infrasruktur di
bandar seperti jalan raya, kereta api, telefon, telegraf, elektrik dan bekalan air bersih. Ini
semuanya dinikmati oleh masyarakat bukan Melayu yang tinggal di bandar-bandar
terutamanya para pegawai British dan peniaga Cina

Bagi peradaban globalisasi, globalisasi menurut kamus dewan dari segi Bahasa
ialah berasal daripada dasar global yang bermaksud umum, kesuluruhan, sejagat atau
menyeluruh. Ia juga merupakan era dunia tanpa sempadan yang berlaku hasil interaksi
dan jaringan peradaban yang merentasi benua dan sempadan negara. Globalisasi
berlaku melalui pemodenan dalam pelbagai bidang kehidupan, perkembangan
teknologi maklumat dan informasi seperti komputer dan telefon pintar yang mempuyai
talian internet serta penggunaan media social yang berleluasa seperti Facebook,
WhatsApp dan lain-lain. Antara aspek positif pengaruh peradaban Globalisasi adalah
termasuk menyediakan peluang pekerjaan yang meluas, meningkatkan mobiliti
sosial,penyebaran ilmu dan maklumat, jaringan komunikasi yang meluas, kemudahan
berinteraksi, kepelbagaian idea dapat diketengahkan serta hak asasi kaum wanita
dapat ditonjolkan. Walaubagaimanapun, dari segi apek negatif pengaruh globalisasi
pula ialah, kualiti alam sekitar yang semakin merosot akibat terlalu mementingkan factor
keuntungan. Selain itu, pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan
ekonomi yang semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan
antara sektok-sektor ekonomi. Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat
termiskin di banyak negara, pembanjiran maklumat yang tidak berguna serta
pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung juga turut Menjadi
kesan negatif pengaruh peradaban globalisasi.

10
5. Konsep Negara Bangsa.
Konsep Negara dan Bangsa menjadi perhatian utama setelah perdana menteri ke-4
iaitu Tun Mahathir Muhammad mengemukakannya pada tahun 1991. Negara dan
bangsa menurut kamus dewan ialah frasa Negara yang merujuk kepada suatu
kumpulan masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik
dan juga jentera pemerintahan manakala frasa bangsa merujuk kepada sesuatu
kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan (pentadbiran negeri) yang
mempunyai identity budaya, fahaman, agama dan bahasa tersendiri. Oleh itu, konsep
negara bangsa dilihat sebagai satu bangsa yang ideal yang diimpikan oleh sesebuah
negara melalui konsep satu bangsa dengan satu identiti tersendiri. Konsep negara dan
bangsa juga menjurus kepada sebuah negara yang menjadi tanah air, rakyat,
kemerdekaan, kedaulatan, sempadan, perlembagaan dan perundangan yang luhur
(mulia atau agung) dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa wujud kesefahaman
antara perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang
boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan antara kaum. Elemen yang
saling melengkapi ini akan mengeratkan lagi hubungan antra pelbagai agama dan
kaum dalam negara ini.

Negara merujuk kepada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan
adanya kerajaaan yang memerintah. Konsep negara juga merujuk kepada sebuah
kerajaan yang merdeka dan mempunyai kedaulatan politik serta memiliki taraf
kewarganegaraan yang sah menurut undang-undang. Rakyat adalah masyarakat yang
penting dalam negara kerana rakyatlah yang mengatur urus tadbir negara. Antara
objektif urus tadbir negara adalah untuk menyemai dan meningkatkat keyakinan rakyat
terhadap keupayaan kerajaan dalam melaksanakan dasar yang telah diamanahkan
serta mengekalkan akauntabiliti di dalam sistem penyampaian awam. Antara ciri-ciri
utama pembentukan sesebuah negara adalah adanya penduduk, sempadan, kerajaan
serta kedaulatan (hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan
pentadbiran). Sesebuah negara juga memiliki sistem politik yang ditegakkan oleh
sekumpulan manusia serta membentuk satu kerajaan yang sah dan diiktiraf oleh pihak
luar. Untuk membentuk sesebuah negara perlu mempunyai elemen-elemen seperti
penduduk, wilayah, kerajaan dan kedaulatan.

11
Istilah bangsa pula merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu dan
seterusnya membentuk satu kumpulan besar manusia. Penggunaan istilah bangsa
biasanya digunakan untuk menjelaskan tentang sesebuah kumpulan etnik, bahasa dan
kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat. Menurut kamus dewan edisi keempat,
etnik merujuk kepada sesuatu kaum atau masyarakat majmu yang hidup berlainan,
tetapi mengamalkan sistem politik yang sama. Kumpulan manusia yang membentuk
sebuah bangsa biasanya mempunyai hubungan darah dan keturunan, bahasa yang
sama, perkongsian tradisi dan sejarah. Bangsa dapat dirumuskan sebagai hubungan
yang erat serta wujud melalui perasaan kekitaan terhadap sekumpulan besar manusia
yang ada dalam sesebuah negara.

Bagi mencapai konsep sebenar negara dan bangsa, ia perlu memenuhi ciri-ciri
negara dan bangsa tersebut. Antara ciri-ciri negara bangsa ialah, kehidupan
masyarakat dalam negara tersebut perlulah bersatu padu tanpa berlaku pemisahan
atau diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang lain. Senario ini persis dengan
peribahasa Melayu iaitu seikat bagai sirih, serumpun bagai serai. Selain daripada itu,
Masyarakat di negara ini juga perulah berpegang kepada satu semangat kenegaraan
yang utuh melalui symbol simbol negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan,
Rukun Negara dan sebagainya. Di samping itu, semua bangsa dan kaum berkongsi
pegangan kepada suatu ideologi politik. Akhir sekali, setiap warganegaraan perlulah
mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap sistem pemerintahan serta
undang-undang negara.

12
PENUTUP

Kesimpulannya, sejarah yang telah berlaku dari zaman prasejarah, peradaban-


peradaban yang wujud hingga ke hari inilah yang telah membina peradaban majmuk di
Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada kepelbagaian dari segi
kaum, bahasa, budaya, dan gaama. Walaupun “Bangsa Idaman” masih jauh untuk
dicapai, namun perkara ini tidak mustahil untuk dicapai. Sejujurnya perkara ini akan
mengambil masa yang lama untuk mendorong kepada proses pembinaan bangsa
tersebut. Namun sekiranya setiap rakyat Malaysia merasakan bahawa negara ini
adalah untuk semua, tidak mustahil nasional Malaysia akan dibentuk dengan jayanya
pada suatu hari nanti berasaskan usaha yang diteruskan.

13
RUJUKAN

Mujahid. (2019, August 29). Syarahan Bangsa Idaman: Sebuah Kupasan Mengenai Usaha
merintis Malaysia baharu. Syarahan Bangsa Idaman: Sebuah Kupasan Mengenai Usaha
Merintis Malaysia Baharu. Retrieved September 3, 2022, from
https://tulisannidhal.blogspot.com/2019/08/syarahan-bangsa-idaman-sebuah-kupasan.html

Munirah Mustaffa, M. B. (2020). Penghayatan Etika dan Peradaban. Sarawak: Perpustakaan


Negara Malaysia.

Ryanniell12. (2020, 9 14). Bab 5 Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia. Retrieved from
Any Flip: https://anyflip.com/ktufj/vjtw

Safeqa. (2018, 1 21). Konsep Negara Bangsa. Retrieved from Slideshare:


https://www.slideshare.net/safeqa/konsep-negara-bangsa

Unknown. (2016, 12 3). Peradaban Asia. Retrieved from Sejarah Ditulis:


http://sejarahditulis.blogspot.com/2016/12/peradaban-asia.html

Ilya, R. (2012, 5 18). Pembinaan Negara Bangsa. Retrieved from Slideshare:


https://www.slideshare.net/IlyaAdira/pembinaan-negara-bangsa

14

Anda mungkin juga menyukai