Anda di halaman 1dari 10

KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH

JALAN BATU KIKIR, PEKAN JUASSEH


72500 JUASSEH

ETIKA PENGHAYATAN DAN PERADABAN


(MPU 2172)

TUGASAN INDIVIDU:
FOLIO:PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

NAMA PELAJAR:
AMIRA AINA BINTI MD FAUZI
( 050822100584 )

KURSUS:
PERAKAUNAN
SEMESTER 1 DVM 2023/2024

NAMA PENSYARAH:
ENCIK SHAHRIZAL BIN MOHD SHARIF

1
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN...............................................................................................................................3
PENGENALAN...................................................................................................................................4
PEMBETUKAN PERADABAN MAJMUK......................................................................................5
PERADABAN PRIBUMI ALAM MELAYU.................................................................................5
PERADABAN ASIA INDIA, CINA, TIMUR TENGAH).............................................................5
PERADABAN BARAT...................................................................................................................6
PERADABAN GLOBALISASI......................................................................................................6
KEBAIKAN GLOBALISASI.........................................................................................................7
KEBURUKAN GLOBALISASI.....................................................................................................7
KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA..................................................................8
KONSEP NEGARA DAN BANGSA..............................................................................................8
KONSEP NEGARA.........................................................................................................................8
KONSEP BANGSA.........................................................................................................................8
KESIMPULAN....................................................................................................................................9
RUJUKAN.........................................................................................................................................10

2
PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, kami bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpahan rahmat yang
dikurniakan oleh-Nya, kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Sekalung penghargaan ingin kami ucapkan kepada penyelia kami, Encik Shahrizal kerana
dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan
tugasan ini tepat pada masanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli kumpulan ini
yang telah memberikan kerjasama sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga, ucapan penghargaan ini kami tunjukan kepada ibu bapa dan rakan-rakan
kami yang turut memberi peringatan dan sebagai pemudahcara. Mereka membantu kami
dengan mejawab setiap kemusykilan umum yang kami utarakan.

Akhir kata, kami ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung sepanjang pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih setinggi langit. Kami
amat menghargainya.

3
PENGENALAN

Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia adalah hasil gabungan dari beberapa peradan
besar dunia yang terjalin melalui perjalanan ocial di Alam Melayu.Peradaban ini terus
berkembang dengan pengaruh oleh ‘peradaban globolisasi yang merupakan kacukan pelbogai
punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks.

Dalam majalah ini, kami akan menghuraikan dan merungkaikan mengenai, ocial ocial
pengaruh peradaban dunia dalam pembinaan Negara bangsa, konsep Negara dan bangsa,
konsep dan pembentukan Negara bangsa dalam acuan Malaysia, dan kepelbagaian idea
“Bangsa idaman” dan perbahasan.

Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu
wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Pembangunan ekonomi mendahului
pembinaan Negara.

Oleh itu, pembinaan bangia menyusul antaranya melalui institusi system politik kerpartian
dan pilihan raya. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan
perlu dikupas dan didebatkan.

Demi menjamim proses pembinaan peradaban di Negara ini di atas landasan kerohanian dan
moral yang dituntut oleh islam dan agama-agama lain berterusan tanpa terjejas, penilaian
baik dan buruk pembinaan peradaban majmuk di Malaysia perlu dilakukan dengan lebih
teliti. Rakyat Negara ini perlu memakmurkan dan memanfaatkan kebaikan ini dan
menghindari keburukannya.

Akhirnya, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang terdapat dalam agama
dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahupun yang berupa intelektual dan keilmuan.

4
PEMBETUKAN PERADABAN MAJMUK

PERADABAN PRIBUMI ALAM MELAYU

• Tamadun Melayu ialah tamadun yang dibina dan dimiliki oleh masyarakat yang berbudaya
Melayu.

• Sosiobudaya mereka terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik manakala dari segi politik
pada masa lampau mereka terdiri daripada pelbagai kerajaan kuno.

• Peradaban Melayu dikatakan berasal daripada penduduk Asia Tenggara, khasnya Gugusan
Kepulauan Melayu (yang mencakupi Selatan Siam, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau
Sumatera, Jawa, Madura, Sunda, Borneo, Sulawesi, Filipina, pulau-pulau timur Indonesia dan
juga bahagian kecil daripada Kampuchea sehingga ke Vietnam).

• Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca antara orang-orang rumpun Melayu Asia
Tenggara berkenaan.

• Fenomena yang disebut sebagai imperialisme budaya ini turut berlaku di Alam Melayu yang
terkenal sebagai kawasan strategik Antara Timur dan Barat, pusat perdagangan entrepot dan
aktiviti keagamaan.

• Interaksi yang berlaku ini adalah sesuatu yang positif apabila hasil daripada pertembungan
ini memperlihatkan kecenderungan dalam memperkayakan bahasa dan kebudayaan.

• Berlaku penyerapan kosa kata pinjaman daripada pelbagai bahasa dan budaya, antaranya
Bahasa Inggeris, Arab, India, Cina, Portugis, Belanda dan lain-lain.

PERADABAN ASIA INDIA, CINA, TIMUR TENGAH)

• Kedatangan masyarakat India, Cina dan pedagang Arab dari Timur Tengah telah membawa
kepelbagaian adat dan budaya serta pegangan agama.

• Peradaban Asia seperti peradaban India dan Cina yang ada di Malaysia mash tidak banyak
berubah secara keseluruhannya menurut acuan tempatan.

• Dalam aspek keagaman juga demikian walaupun terdapat dikalangan bangsa India dan Cina
yang memeluk agama Islam, namun bahasa dan kebudayaan masih diamalkan dalam
sebahagian kehidupan mereka.

5
PERADABAN BARAT

• Peradaban Barat hasil penjajahan kolonial Barat yang dilalui oleh negara ini tidaklah ketara
berlaku memandangkan tempoh kependudukan British dalam negara khususnya dalam
rangka sejarah kebudayaan di Nusantara ini tidak lama, namun pengaruh corak masyarakat
kolonial itu meninggalkan satu kesan yang luas walaupun mungkin tidak mendalam.

• Semasa pemerintahan kolonial Barat khususnya pemerintahan British, penyebaran agama


Kristian di Tanah Melayu pada laman tersebut tidaklah begitu ketara.

• Peradaban Barat mulai memberi pengaruh kepada penduduk tempatan selepas mencapai
kedudukan yang mempunyai prestij di Alam Melayu ini.

PERADABAN GLOBALISASI

• Globalisasi merupakan era dunia tanpa sempadan yang berlaku hasil interaksi dan jaringan
peradaban yang merentasi benua dan sempadan negara.

• Globalisasi berlaku melalui pemodenan dalam pelbagai bidang kehidupan, perkembangan


teknologi maklumat dan informasi seperti komputer dan telefon pintar yang mempunyai
talian internet serta penggunaan media sosial yang berleluasa seperti Facebook, WhatsApp
dan lain-lain.

• Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan
merentasi bidang politik, ekonomi, sosio-budaya termasuklah perkembangan bidang ilmu dan
pemikiran perkembangan peradaban global ini turut menjadi penyumbang kepada
pembentukan peradaban majmuk di Malaysia.

6
KEBAIKAN GLOBALISASI

• Peranan pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di


sebilangan negara.

• Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah.

• Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan
impak daripada teknologi baru komunikasi dan teknologi maklumat.

KEBURUKAN GLOBALISASI

• Kualiti alam sekitar yang semakin merosot akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan.

• Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar
antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi.

• Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara.

7
KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA

KONSEP NEGARA DAN BANGSA

Konsep negara bangsa dilihat sebagai satu bangsa yang ideal yang diimpikan oleh sesebuah
negara melalui konsep satu bangsa dengan satu identiti tersendiri. Konsep negara dan bangsa
juga menjurus kepada sebuah negara yang mempunyai tanah air, rakyat, kemerdekaan,
kedaulatan, sempadan, perlembagaan dan perundangan yang luhur dengan rakyatnya hidup
bersatu padu tanpa wujud sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah
dan sebagainya yang boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan antara kaum.

KONSEP NEGARA

• Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan mempunyai kedaulatan politik
serta pentadbiran yang diiktiraf oleh negara-negara lain.

• Ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah adanya penduduk, sempadan, kerajaan dan
kedaulatan.

KONSEP BANGSA

• Penggunaan istilah bangsa biasanya digunakan untuk menjelaskan tentang sesebuah


kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat.

• Bangsa adalah hubungan erat yang wujud melalui perasaan kekitaan terhadap sekumpulan
besar manusia yang ada dalam sesebuah negara.

8
KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat kita lakukan berdasarkan isu-isu yang telah dinyatakan adalah kita
sebagai seorang individu yang berada di dalam sesuatu organisasi yang dikenali sebagai
keluarga ataupun masyarakat perlulah mempunyai pemikiran yang matang di dalam
mengambil tindakan mahupun membuat keputusan. Hal ini kerana setiap perkara yang
dilakukan oleh seorang individu itu mampu memberi impak yang sangat besar di dalam
sesuatu organisasi bak kata pepatah "kerana tumpahnya setitik nila rosak susu sebelangga".
Rasa hormat terhadap ibu bapa itu perlulah dipupuk sejak kecil lagi hal ini kerana sifat dan
akidah individu itu perlu dilatih dan bukannya mampu dimiliki tanpa sebarang usaha atau
pengorbanan."Kalau melentur buluh biarlah dari rebungnya",inilah istilah yang paling sesuai
digunakan bagi menggambarkan situasi ini.Manakala kesepaduaan di antara kaum di dalam
masyarakat pula perlulah diterap melalui rasa hormat dan toleransi antara kaum di dalam
masyarakat itu sendiri. Perkara ini mampu dicapai dengan adanya pelbagai komitmen
daripada pelbagai pihak seperti kerajaan yang mengadakan kempen-kempen yang berasaskan
patrotisme di dalam masyarakat serta masyarakat itu sendiri yang mengamalkan budaya
kunjung-mengunjungi ketika adanya hari perayaan mengikut kaum masing-masing.Akhir
kata,kita sebagai seorang individu yang hidup di dalam masyarakat yang mempunyai latar
belakang berbilang kaum perlulah sentiasa mempunyai perasaan tolak ansur bagi
menggelakkan peristiwa hitam yang telah pernah melanda negara kita serta sebagai seorang
anak, kita perlulah menanamkan sifat sayang dan cinta terhadap ibu bapa kita.

9
RUJUKAN

• buku penghayatan etika dan peradaban


• https://ms.ninanelsonbooks.com/significado-de-respeto
• https://www.ipendidikan.my/cara-cara-menghormati-guru.html
• https://malaysiagazette.com/2022/06/05/hormati-institusi-beraja-negara-kita/
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei#Angka_k

BUKU RUJUKAN

10

Anda mungkin juga menyukai