Anda di halaman 1dari 14

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD

TELOK DATOK, 42700 BANTING,


SELANGOR DARUL EHSAN.

PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

MAKLUMAT DIRI
NAMA :GANESHWARR A/L RAJAN

NO. KAD PENGENALAN :05801-10-1721

PROGRAM :TEKNOLOGI ELEKTRIK

KOD & NAMA KURSUS : MPU 2172

SEMESTER : 2 SESI 2022/2023

NAMA PENSYARAH : MUHAMMAD AIMAN SYAFIQ


1.0 PENGENALAN

Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia tiak wujud tanpa asal
usul sejarah atau titk permulaan .Lanya adalah hasil gabungan daripada beberapa
peradaban besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu .Selama
ribuan tahun peradaban ini didahuli peradaban Pribumi Alam Melayu,kemudiannya
muncul peradaban Asia yang terdiri daripada peradaban India,Cina serta Timur Tenga
dan seterusnya peradaban dari barat .Peradaban ini akhirnya terus berkembang dengan
pengaruh oleh “peradabn globalisasi ” yang merupakan kacukan pelbagai punca
peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks.

Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengankemerdekaan


Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 melalui usahamewujudkan negara bangsa ,
didahului oleh pembinaan negara bercirikansatu wilayah,satu perlembangaan dan satu
kewarganegaraan.Negaramewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi
negara,PelanPembangunan Lima Tahun dan pelbagai insiatif oleh pihak
kerajaan.Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan bangsa.Oleh itu ,pembinaan
bangsa menyusul , antaranya melalui institusi sistem politikkepartian dan pilihan raya.Dalam
konteks ini telah wujud beberapa “ BangsaIdaman “ yang menguasai wacana politik di
Malaysia.Usaha membinaperadaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu
dikupas dandidebatkan.
2.0 PEMBENTUK PERADABAN MAJUMUK DI MALAYSIA
2.1 PERADABAN PERIBUMI ALAM MELAYU

Bangsa Melayu telah menjadi bangsa besar yang dicatatkan pencapaian tamadun
mereka dalam catatan China, India, Arab dan Greek, selain turut dikunjungi oleh
pengembara terkenal seperti Marco Polo (m. 1324M) dan Ibnu Batutah (m. 1377M). Alam
Melayu telah bertukar menjadi kawasan Islam sejak berdirinya Islam yang pertama di
sebelah Nusantara di Perlak pada 840M (225H).

Peradaban Melayu berasal daripada penduduk Asia Tenggara, khasnya Gugusan


Kepulauan Melayu yang di dalamnya terdiri daripada Selatan Siam, Semenanjung Tanah
Melayu, Pulau Sumatera, Jawa, Madura, Sunda, Borneo, Sulawesi, Filipina, pulau-pulau
timur Indonesia dan bahagian-bahagian kecil daripada Kampuchea ke Vietnam.

Mereka bertutur dalam keluarga Bahasa Melayu Indonesia dan juga merupakan
agama Islam. Bahasa Melayu menjadi Bahasa lingua franca antara orang-orang rumpun
Melayu Asia Tenggara berkenaan.
2.2 PERADABAN ASIA
Perkembangan peradaban Asia turut mempengaruhi pembinaanbangsa
dan negara di Malaysia. Hubungan antara pedagang India,China dan Timur
Tengah sejak sekian lama telah membawa kepelbagaian adat danbudaya serta
pegangan agama . Kepelbagaian ini merupakan satukeistimewaan yang ada
pada negara ini namun perlu diuruskan dengan baikagar keharmonian bangsa
dapat diperkukuhkan setiap masa.

Masyarakat India dan Cina datang ke Tanah Melayu secara


pesatnyapada kurun ke-18 kedatangan mereka adalah hasil usaha pihak
penjajahyang membawa masuk pekerja asing bagi memenuhi keperluan
ekonomi .Peradaban mereka waris peradaban asal mereka di negara asal .
Apabila tibadi Malaysia, mereka bertembung dengan peradaban tempatan
termasukperadaban Barat dan Melayu .
Peradaban Timur Tengah seperti peradaban India dan Cina yang adadi
Malaysia masih tidak banyak berubah secara keseluruhannya menurutacuan
tempatan.Sebagai contoh adat resam , tabiat pemakaian dan bahasaibunda
masih dikekalkan dari generasi ke generasi.Dalam aspekkeagamaan juga
demikian,walaupun terdapat dalam kalangan bangsa India dan Cina yang
memeluk agama Islam,namun bahasa dan kebudayaanmasih diamalkan dalam
sebahagian kehidupan mereka.
2.3 PERADABAN BARAT

Era penjajahan dan peradaban Barat di Tanah Melayu bermula


apabilaMelaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Peradaban Barat
hasilpenjajahan kolonial dalam negara ini tidaklah ketara berlaku
memandangkantempoh kependudukan setiap kolonial dalam negara khususnya
dalam rangkasejarah kebudayaan di Nusantara ini tidak lama, namun pengaruh
corakmasyarakat kolonial itu meninggalkan satu kesan yang luas
walaupunmungkin tidak mendalam.Kedatangan orang Eropah ke alam melayu
initelah bermula selepas tumbuhnya peradaban islam di rantau ini , tetapi
masyarakat kolonial tidak tumbuh serentak di alam melayu ini .

Semasa pemerintahan kolorial barat khususnya pemerintahan


british ,penyebaran agama kristian di tanah melayu pada zaman tersebut
tidaklahbegitu ketara . Beberapa kawasan penempatan awal british dapat
dilihatmelalui peninggalan bangunan bersejarah seperti di pulau pinang,
melakadan singapura . Peradaban barat mulai memberi pengaruh kepada
penduduktempatan selepas mencapai kedudukan yang mempunyai prestij di
alammelayuDi Tanah Melayu khususnya , pengaruh peradaban Barat lebih
kepadapengaruh bidang material dan kesannya hanya pada peringkat luaran
sahaja .Ia banyak mempengaruhi kebudayaan dan institusi sosial sahaja .
Namunbegitu , ajaran Islam tetap menjadi pegangan masyarakat tempatan .
Antarapengaruh peradaban barat di tanah melayu dapat dilihat melalui
sistempendidikan. Ini semua dinikmati oleh masyarakat bukan melayu yang
tinggaldi bandar-bandar terutamanya para pengawai British dan peniaga China.
2.4 PERADABAN GLOBALISASI

Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar dalam pelbagaiaspek


kehidupan merentasi bidang politik , ekonomi , sosio-budayatermasuklah
perkembangan bidang ilmu dan pemikiran . Perkembanganperadaban global ini
turut menjadi penyumbang kepada pembentukanperadaban majmuk di Malaysia,
Chandra Muzaffar (1998) telahmenyenaraikan lapan kebaikan globalisasi iaitu :

Seperti yang kita tahu Peneran pelaburan asing dalam mewujudkanpekerjaan


dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara , Peningkatanmobiliti sosial
dan pengukuhan kelas menengah dan juga Peluang yang lebihluas untuk
mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuanimpak daripada
teknologi baru komunikasi dan teknologi maklumat ,Komunikasi yang lebih
mudah dan juga murah Kemudian , Peluang yanglebih luas untuk menzahirkan
simpati dan keperimanusiaan mereka terhadapmangsa-mangsa pelbagai jenis
bencana alam dan tragedi buatan manusia diseluruh dunia dan Penonjolan idea-
idea dan amalan pemeritahan yang baikseperti pertanggungjawab awam ,
peraturan undang-undang dan hak asasi ,manusia , penonjolan hak-hak asasi
kaum wanita.

Namun disebalik kebaikan ini , ada juga keburukan kesan


daripadaglobalisasi. Antara keburukan globalisasi ialah , Kualiti alam sekitar
yangsemakin merosot akibat terlalu mementingkan faktor
keuntungan .Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi
yangsemakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan
antarasektor-sektor ekonomi , Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan
rakyattermiskin di banyak negara . Kebanjiran maklumat yang tidak
berguna.Antarabangsaan jenayah yang menyukarkan sesuatu jenayah
dibendung.
3.0 KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DI MALAYSIA
3.1 KONSEP NEGARA

Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami kawasantertentu


dan mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh negara-
negara. Rakyat merupakan elemen terpenting bagi negara,bangsa kepada
sesebuah negara .

Antara ciri-ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah


adanyapenduduk , sempadan , kerajaan dan kedaulatan . Sesebuah negara
jugamemiliki sistem politik yang ditegakkan oleah sekumpulan manusia
sertamembentuk satu kerajaan yang sah dan diiktirat oleh pihak luar .
Secararingkasnya , untuk membentuk sebuah negara perlu mempunyai
elemenpenduduk , wilayah , kerajaan dan kedaulatan.
3.2 KONSEP BANGSA

Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang


individuseterusnya membentuk satu kumpulan besar manusia . Penggunaan
istilahbangsa biasanya digunakan untuk menjelaskan tentang sesbuah
etnik ,bahasa dan kebudayaan komuniti sesbuah masyarakat .

Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanyamempunyai


hubungan darah dan keturunan , bahasa yang sama ,perkongsian tradisi dan
sejarah . Walaupun pelbagai teori berkenaan bangsaini , selain faktor-faktor
tersebut , elemen perasaan kebersamaan turutmenjadi sentomen dalam
membentuk sesbuah bangsa . Maka dapatdirumuskan bahawa bangsa adalah
hubungan erat yang wujud melaluiperasaan kekitaan terhadap sekumpulan besar
manusia yang ada dalamsesebuah negara.
3.3 KONSEP NEGARA DAN BANGSA

Negara bangsa adalah satu konsep kenegaraan yang


memperolehpengesahan politik , satu entiti bagi satu-satu bangsa dalam sebuah
wilayahberdaulat istilah negara bangsa menyepadukan negara dan
bangsadipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama , ekonomi bersama ,
sertamempunyai unsur-unsur subjektf bersama ia menandakan bahawa
warganyatelah bersedia berkongsi satu bahasa satu budaya satu nilai satu
wawasan(Raja Nazrin Shah 2017 ) .

Bagi mencapai konsep sebenar negara dan bangsa , ia perlumemenuhi ciri-


ciri negara dan bangsa tersebut . Antara ciri-ciri negara bangsaadalah Kehidupan
masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu-satutanpa berlaku
permisahan ataupun diskirminasi antara satu kaum dengankaum yang lain.
Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuhmelalui simnol-simbol
keutuhan seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan ,Rukun Negara dan
sebagainya . Semua bangsa dan kaum berkongsipegangan kepada suatu
ideologi politik . Setiap warganegaraan mempunyaikepercayaan dan keyakinan
penuh terhadap sistem pemerintahan danundang-undang negara.

Kerajaan Malaysia telah memilih pendekatan integrasi dalam


usahapembinaan negara bangsa dan bukannya pendekatan asimilasi seperti
yangdilaksanakan di Indonesia.Cara intergrasi yang dikenali sebagai dasar
Kesatuan dalam Kepelbagaian ( Unity in Diversity ) menjadi pilihan
keranamenjamin keamanan dalam masyarakat majmuk,sebaliknya cara
asimilasilebih terdorong untuk memaksa penduduk minoriti untuk menyertai
kumpulanmajoriti dengan menghilangkan identiti etnik itu dan cara ini biasanya
berakhir dengan kegagalan ( Cheah 2004 ) .
Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuahnegara dan
boleh dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuahnegara , pentadbiran
serta penduduknya . Merujuk kepada malaysia , prosesawal pembinaan negara
bangsa lebih tertumpu kepada keperluan politik .Usaha-usaha secara intensif
bagi mencapai matlamat mula dilaksanakanselepas peristiwa 13 Mei 1969
khususnya menerusi rancangan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) . Matlamat yang
lebih jelas pula hanya muncul ekoranpengenalan wawasan 2020 oleh Tun Dr .
Mahathir Mohamad pada tahun1991 . Wawasan yang menekankan terhadap
keperluan wujudnya bangsamalaysia yang mantap mula diberikan perhatian
yang lebih serius olehpelbagai pihak . Pembinaan negara bangsa malaysia
berdasarkan acuansendiri harus dilaksanakan melalui pelbagai saluran ( Mohd
Rodzi , 2009 ) .
4.0 REFLEKSI

4.1 PENGETAHUAN

Majmuk di malaysia ialah gabungan daripada beberapa peradabanbesar


dunia. Pembinaan peradaban ini didahului oleh peradaban pribumialam melayu
diikuti oleh peradaban asia dan seterusnya peradaban . Akhirnya , peradaban ini
disambut oleh peradaban globasisasi yangmerupakan kacukan pelbagai punca
peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks . Pembinaan
peradaban yang beridentitikanMalaysia bermula dengan kemerdekaan 1957
melalui usaha mewujudkannegara bangsa . Negara mewujudkan beberapa
istitusi utama sepertibirokrasi negara, pelan pembangunan lima tahun dan
sebagainya.
4.2 PENGALAMAN

Pengalaman yang telah diperolehi adalah berjumpa denganmasyarakat yang saling


hormat menghormati yang tua . Selain itu ,berpengalaman merantau ke tempat orang
sangat seronok dan dapat melihatmasyarakat berbilang kaum . Disamping itu , pensyarah
juga sangatberdisplin seperti menitik beratkan tentang kehadiran murid .

4.3 IKTIBAR

Antara iktibar yang dapat diperoleh adalah pengalaman tersebut dapatmemberi


kesan yang positif kepada diri sendiri . Disamping itu kita dapatmencontohi sikap
masyarakat yang sangat prihatin antara satu sama lain.Seterusnya , kita perlu mengelakkan
dari sikap yang buruk supaya dapatterhindar dari bermusuh atau benci antara satu sama
lain . Selain itu , kitaperlulah berusaha menjadi seseorang yang mempunyai nilai murni agar
tidakdibenci masyarakat .

4.4 NILAI

Nilai murni yang dapat diperolehi adalah mempunyai sifat tanggungjawab dalam diri
masing-masing . Seterusnya bersikap danberakhlak lemah lembut sesama masyarakat demi
menjaga silaturahim dan juga untuk merapatkan lagi silaturahim . Selain itu juga kita
perlulah berusahamenjadi masyarakat yang berbilang kaum agar dapat menjadi
masyarakatyang aman dam harmoni. Disamping itu, kita hendaklah mempunyai
rasapatriotisme iaitu suatu perasaan cinta akan bangsa dan negara. Akhir sekalikita perlu
menjadi insan yang berwibawa terhadap Negara supaya dapatmenjadi prisai dari musuh
yang datang dan sentiasa mengekalkan keamanandan kerharmonian negara kita .
4.5 CADANGAN

Cadangan yang boleh dilakukan supaya dapat mengukuhkan ataumengeratkan


silaturahim sesama masyarkat adalah kita perlu menampalposter di tempat awam tentang
kepentingan keharmonian negara.Seterusnya kita hendaklah perbanyakkan aktiviti yang
berfaedahseperti bergotong-royong bersama agar dapat merapatkan lagu hubungansesama
manusia . Disamping itu , kita seharusnya saling tegur menegur antara satu sama lain jika
berlakunya permusuhan dimana-mana tempat . Akhir sekali kita hendaklah mempunyai
sikap tanggungjawab dalam diri untukterus mengekalkan keharmonian Negara dan Bangsa .
5.0 RUJUKAN
https://www.slideshare.net/SharifahNurAbu/topik-5-pembinaan-masyarakat-
majmuk

Anda mungkin juga menyukai