Anda di halaman 1dari 16

TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK

Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan
bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah.
Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah
maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah,
madaniyah (ST, 2012). Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun
ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization
dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar.
Dalam bahasa China, peradaban disebut

wen ming yang bererti cerah, terang atau

bercahaya yang merujuk kepada peradaban. Wen merujuk kepada keindahan, kelembutan,
keelokan atau budi pekerti. Ming pula merujuk kepada cahaya atau kecerahan. Istilah
tersebut juga dikaitkan dengan amalan tradisi yang perlu dipraktikkan, pemikiran yang
bijaksana, pemahaman yang jelas dan bertutur secara terbuka. Daripada definisi ini dapat
dikatakan bahawa bahasa China memberi penekanan kepada unsur-unsur yang baik,
menghormati amalan tradisi dan bertindak secara tradisional.

Dalam bahasa Tamil, peradaban dikaitkan dengan istilah nakarikam. Nakar bermaksud kota
atau bandar, manakala ikam pula membawa erti pembentukan. Nakar juga merupakan
simbol tentang penjelmaan Tuhan Siva, iaitu tuhan yang menciptakan bandar.

Dari sudut morfologi bahasa Melayu, istilah tamadun berkemungkinan besar pada
peringkat awal penggunaannya dikekalkan sebutan asalnya dalam bahasa Arab iaitu
tamaddun yang dikenali sebagai peminjam bulat-bulat (Osman, 1987). Akan tetapi, pada
peringkat selanjutnya berlaku perubahan sebutan dengan pengguguran huruf

d yang

kedua. Mengikut Kamus Dewan, peradaban merujuk kepada keadaan masyarakat manusia
yang dicirikan oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial,
budaya, politik dan lain-lain), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan
kebendaan serta perkembangan pemikiran, budaya atau cara hidup orang-orang ( negara,
kawasan, atau sesuatu zaman), dan keadaan pemikiran ( budaya dan moral yang halus).
Negara-negara di Asia telah berjaya mewujudkan interaksi antara pelbagai tamadun yang
berjiran sejak beberapa dekad silam dan terbukti dapat terjalin secara harmonis. Sebagai
contohnya, interaksi antara Tamadun Cina dan Islam terjalin melalui Laluan Sutera dan
Tamadun India dengan Alam Melayu melalui laluan lautan Hindi. Antara tamadun-tamadun

ini tidak wujud satu pertembungan yang bersifat konflik seperti yang diistilah oleh S.
Huntington sebagai Clash of civilization. Satu ciri sepunya yang dikongsi bersama dan
berfungsi membangun tamadun-tamadun besar Asia ialah kerana dasar pembinaannya
berteras kepada nilai keagamaan dan etika. Sejarah ketamadunan Asia telah membuktikan
wujud interaksi antara tamadun yang membawa kepada perkongsian ilmu dan teknologi,
pertukaran nilai dan budaya serta perpaduan peringkat nasional.

Dalam sejarah Malaysia, Perlembagaan Malaysia menjadi sumber rujukan dan bukti utama
wujudnya interaksi antara tamadun. Selain itu, kedudukan Malaysia di tengah-tengah laluan
perdagangan dan kebudayaan Asia telah mendedahkan negara ini kepada pelbagai
pengaruh yang tercerna hasil interaksi dengan tamadun-tamadun berhampiran. Justeru itu,
pengaruh Tamadun Islam, China, India dan juga tamadun pribumi jelas ketara dan memberi
kesan besar kepada nilai dan budaya masyarakat Malaysia.Kepelbagaian tamadun di
malaysia dapat kita melihat dari sudut sosio budaya, ekonomi dan pendidikan.`
SOSIO BUDAYA
Sosial adalah berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakatan. Manakala budaya
didefinisikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Perkataan
budaya berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu buddhayah.Budaya merupakan salah satu
elemen penting yang menjadi asas kepada identifikasi kaum atau etnik. Sesuatu kelompok
etnik boleh dikenali berasaskan budaya yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat itu
dalam kehidupan harian mereka. Maka, sosiobudaya pula diertikan sebagai hubungan
masyarakat dengan budaya seperti cara hidup, adat istiadat sesuatu masyarakat dan
sebagainya
Dalam tamadun melayu, kita dapat melihat sosio budaya kaum melayu dari segi cara hidup,
dan adat istiadat. Cara hidup ialah sesuatu perkara yang diwarisi oleh sesebuah

anggota

masyarakat dari semasa ke semasa dan dari satu generasi ke satu generasi. Cara hidup
orang melayu pada zaman dahulu dan sekarang adalah sangat berbeza. Ini boleh dilihat
dari segi politik, ekonomi dan sosial.Pada zaman dahulu, orang melayu lebih dikenali
dengan masyarakat melayu tradisional.Masyarakat melayu tradisional ini terbahagi kepada
dua tahap iaitu masyarakat feudal pada zaman kesultanan melayu Melaka dan masyarakat
melayu pada sebelum berlakunya penjajahan British. Cara hidup orang melayu dahulu dari
segi politik adalah bermula sejak kurun ke 15 dimana struktur kerajaan melayu Melaka
diasaskan.Struktur kerajaan melayu Melaka pada masa itu adalah dipengaruhi dengan
pengaruh Hindu. Corak pemerintahan kerajaan melayu Melaka adalah feudal iaitu terdapat

susun

lapis

terdapat

sosial

dua

berdasarkan

golongan

diperintah.Golongan

sahaja

status.
iaitu

pemerintah

Mengikut

golongan

terdiri

pada

hierarki pada zaman itu,

pemerintah

dan

golongan

yang

daripda raja, bangsawan, pembesar

dan

penghulu manakala golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat biasa dan hamba.
Terdapat

tiga

unit

tradisional iaitu
diuruskan

oleh

politik diwujudkan

pertama,

untuk

melicinkan penyelarasan pentadbiran

negeri yang diperintah

pembesar

dan

ketiga,

oleh raja, kedua,

kampung

yang

daerah

yg

dijaga oleh penghulu.

.Pemerintah tertinggi bagi unit ini ialah Raja atau Sultan dan dibantu oleh pembesar utama
seperti Bendahara, Temenggung, Laksamana ,Penghulu Bendahari, dan Syahbandar.
Cara hidup orang melayu dari segi sosial boleh dilihat dari budaya,kepercayaan dan
keagamaan, peribahasa dan kekeluargaan. kebudayaan
sifatkesenianyang
daripada

menjadi

hiburan

masyarakat.

rakyat
Tradisi

menyatakan
lisan

sifat-

diperturunkan

satugenerasisebagai usaha mempertahankan nilai-nilai sosial, pemikiran dan

falsafah hiduporang Melayu. Hingga menjelang akhir abad ke-19 dan awal abad
ke-20,

apabila munculnya

persembahan bercorak

bangsawan,

Melayu menggunakan istilah Wayang Bangsawan, walaupun

maka

masyarakat

pertunjukannya

bercorak

drama dan persembahan pentas. Selain itu,Keindahan seni pengucapaan Melayu


seperti peribahasa, pantun dan sebagainya menyatakan hal masyarakat Melayu yang
suka berkias ibarat untuk menyatakan hasrat dan

perasaan.

Elemen

teguran

dan

pengajaran, peringatan dan teladan adalah pernyataan moral yang tidak dilakukan secara
keras dan paksa tetapi secara lembut dan bersahaja dengan menggunakan peribahasa,
pepatah-petitih, berkias ibarat dan dengan berpantun.
Melayu

pula menampilkan

Seni

persembahan

masyrakat

Makyong, tarian inang dan lilin, tarian dabus, silat dan kuda

kepang. Aspek kepercayaandan

keagamaan

bagi

masyarakat

Melayu

membantu

memberikan fungsi manusia sebagai satu cara hidup yang sempurna. Bagi yang berpegang
teguh kepada agama Islam, akan bekerja

bersungguh-sungguh

dan

bertanggungjawab

pula dalam soal ibadat seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa
dalam bulan Ramadhan atau menunaikan haji. Kesimpulannya kepercayaan agama
masyarakat Melayu banyak membawa perubahan kepada mereka yang berpegang teguh
kepada ajaran agama dan
mendalam terhadap
asas

pada masa yang sama mempunyai

kehidupan

sosial

mereka.Keluarga

pula

kefahaman yang

dilihat

sebagai

unit

dalam organisasi sosial dan pembentukan sesebuah masyarakat. Jika dilihat dalam

konteks mengajar seorang anak misalnya, ibu bapa Melayu menggunakan beberapa
kaedah seperti menegur dan memberi nasihat, menakut-nakutkan anak atau dengan
merotan tetapi tidak mencederakan. Apabila anak-anak meningkat remaja, kaedah teguran
dan nasihat lebih digunakan dan bagi orang Melayu, teguran ini dilakukan sepanjang masa

sehingga

pada

peringkat

anak

sudah

dewasa.Peribahasa

digunakan

sebagai

panduan,teladan dan sempadan dalam menjalani hidup.


Kesan

penjajahan

barat

terhadap

Tanah Melayu telah mewujudkan pembentukan

pluraliti masyarakat majmuk di Malaysia dapat dilihat dengan jelas dari segi aspek sosial.
Cara hidup orang melayu dari aspek sosial pada zaman sekarang boleh diliha
peningkatannya dari segi agama,adat, pendidikan dan bahasa. Dengan kehadiran
agama

Islam,

Orang

Melayu

di Malaysia

hampir

keseluruhannya

beragama

Islam.Namun demikian, masih terdapat sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme
masih dapat

dilihat

dalam

sistem

kepercayaan

masyarakat melayu.

Islam

tidak

dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. Proses sinkretisme terjadi di


mana unsur

kepercayaan

sebelum

Islam

ada

secara

laten

atau

disesuaikan

dengan unsur Islam. Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur dalam
dan unsur luar seiring dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke
Alam Melayu.

Dalam pemerintahan

Malaysia,

unsur-unsur

adat

yang

tidak

bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Melalui principle of co-existence ini orang
Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek
tertentu yang bertentangan tapi terus diamalkan.
Dalam tamadun india, masyarakat india telah migrasi ke tanah melayu secara besar
besaran semasa penjajahan british. Orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000
tahun yang lalu. Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti Chetty Melaka
dan komuniti Mamak semasa Kesultanan Melaka dan semasa pendudukan Melaka oleh
orang Portugal dan Belanda.Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah
mensasarkan tujuan perniagaan atau perdagangan. Tumpuan masyarakat India ini ialah di
kawasan kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Catatan menunjukkan dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh
India telah berhijrah ke Tanah Melayu .Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun
kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000
buruh India berhijrah ke Tanah Melayu. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih
kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta rakyat). Sosio budaya
kaum india dapat dilihat dari segi adat istiadat kaum india iaitu cara pakaian, permainan dan
perayaan yang disambut.

Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat
perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Sebilangan besar kaum Cina di

Malaysia berasal dari dua wilayah di negeri China iaitu Hokkien dan Kwangtung. Mereka
dating ke Kepulauan Melayu, juga ke tempat lain di Asia Tenggara, dengan percubaan untuk
mencari rezeki. ada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak tapak
perlombongan awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong. Penghijrahan semakin pesat sejajar
dengan perkembangan aktiviti perlombongan.

Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong
hampir 10,000 orang dan di Larut Perak pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang.
Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran,
tetapi juga adat resam, budaya dan corak pakaiant radisional mereka yang kemudiannya
disesuaikan dengan suasana tempatan (ST, 2012).
Busana

klasik

kaum

Cina

yang

asalnya

berlapis-lapis,

sarat

dengan

sulamanbenang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubah suai mengikut
peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo
kekal dipakaidi dalam majlis dan upacara. Kebanyakannya masih dihasilkan dari
negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam
hias benang emas dan perak. Budaya makanan masyarakat Cina keistimewaan yang
tersendiri. Bahan utama dalam menu masyarakat Cina ialah bahan soya yang terdiri
daripada tahu, taucu, dan kicap soya serta lain-lain. Bahan ini kemudian akan diolah
bersama rempah yang digunakan oleh kaum Melayu seperti kayu manis, daun ketumbar,
dan sebagainya.Kuih bulan merupakan makanan tradisi kaum Cina. Sejarah kuih ini
bermula selepas orang-orang Cina menumpaskan penjajahan Moghul pada akhir Dinasti
Yang. Pada perayaan kuih bulan, makanan tradisinya adalah kuih bulan itu sendiri.
EKONOMI
Ekonomi masyarakat melayu semasa penjajahan british adalah dapat dilihat dari segi
pembentukan sistem ekonomi dualisme.
dua

tumpuan

ekonomi yang berbeza

garis

etnik (Ahmad, 2013).

oleh

penjajah

ialah

Dua

Sistem
namun

ekonomi
ianya

bentuk eksploitasi

perlombongan

dualisme
bergerak

merujuk

kepada

seiringan

dengan

ekonomi utama

yang

dilakukan

dan perladangan getah. Penjajah Eropah telah

mewujudkan pembahagian etnik berdasarkan pembahagian pekerjaan dimana Melayu


berada dalam sektor kerajaan dan pertanian.Sistem

ekonomi

penjajah

tertumpu

kepadaperdagangan moden yang berasaskan perusahaan getah dan perlombongan


bijih
bawah

timah.

Sistemekonomi

kawalan

ini

berasaskan pasaran bandar

dan

diletakkan di

British.Manakala sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian di

mana komoditi utamanya ialah penanaman padi dan perikanan. Etnik


di

sektor

Melayu

tertumpu

pertanian tradisional iaitu pekebun kecil getah, kelapa, pesawah padi, dan

nelayan kecil-kecilan. Di Malaysia, isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu
sosial terutamanya isu kemiskinan dan agihan kekayaan menurut golongan etnik.
Masyarakat india mendomanisasikan sektor perladangan. Penghijrahan orang India secara
beramai-ramai ke Tanah Melayu berlaku antara tahun 1911 hingga tahun 1921. Pada masa
itu, harga getah melambung tinggi. Oleh itu, kawasan tanaman getah telah ditambah
dengan banyaknya. Pada tahun 1900, kawasan tanaman getah ialah seluas 20,250 hektar.
Jumlahnya meningkat melebihi lima kali ganda pada tahun 1938 iaitu seluas 1.3 hektar.
Justeru itu, tenaga buruh India diperlukan dengan banyak selaras dengan pertambahan
keluasan ladang atau estet getah. Pada tahun 1911, imigran India di Tanah Melayu
berjumlah 270 ribu orang. Jumlahnya meningkat kepada 470 ribu orang pada tahun 1921.
orang Punjabi (Sikh) telah dibawa masuk oleh Inggeris untuk berkhidmat dalam pasukan
polis dan tentera. Golongan yang berpendidikan tinggi digalakkan datang untuk berkhidmat
dengan kerja-kerja pengkeranian dan teknikal. Bagi menggalakkan kedatangan orang-orang
India, Kerajaan Inggeris telah menyediakan bantuan bagi membiayai kos perjalanan mereka
ke Tanah Melayu.
Masyarakat Cina mendominasi sektor perlombongan, perdagangan atau ekonomi,
pentadbiran, dan kemudahan. Selepas merdeka, kedudukan ekonomi Cina amat teguh
kerana kemahiran orang Cina berdagang dan juga sumbangan persatuan-persatuan Cina
untuk mengumpul modal.
Dasar Ekonomi

Baru

(DEB)

telah diperkenalkan

untuk

menangani

masalah

ketidakseimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan


perpaduan antara kaum dan keamanan negara. Sejak Malaysia mencapai Kemerdekaan
pada tahun 1957 hingga ke akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomidi dorong oleh
kuasa pasaran. Hasilnya, Malaysia mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yangtinggi tetapi
masih wujud ketidakseimbangan yang serius. Ini bermakna, walaupun pertumbuhan
ekonomi

tinggi,

kekayaan

kebanyakannya kaum
berkerja

sebagai

tidak diagihkan dengan

Bumiputera

petani,

masih

yang

tinggal

ramai dan

baik.

Golongan

di

kawasan

masih

mundur.

luar

yang miskin,
bandar

Seterusnya,

dan
Dasar

Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan pada tahun 1991 yang bermatlamat untuk
mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkanmasyarakat yang bersatupadu dan
adil.

PENDIDIKAN
Alam Melayu pada tahap awal penerimaan Islam masih terikat dengan asas pendidikan
tidak formal yang berasaskan pada pola kehidupan tradisonal. Pendidikan lebih ditekankan
kepada keperluan kehidupan semasa dan berkembang kepada pendidikan Islam sebagai
asas kehidupan (ST, 2012). Setelah kemasukan Islam perkembangan pendididkan Islam
mula berkembang dan menimbulkan kesedaran masyarakat Alam Melayu dan pendidikan
mula dibuka kepada kaum lelaki dan wanita. Dalam sistem pendidikan tidak formali ilmu
diturunkan melalui proses penglaman, kerja-kerja pertukangan dan pertanian. Anak lelaki
akan mempelajari dengan cara mengikut orang tua dan ilmu dipelajari secara tidak lansung.
Seni mempertahankan diri juga dipelajari. Anak perempuan diasuh di rumah dengan kerjakerja berasaskan kepada pembentukan peribadi bersopan, lemah-lembut dan persediaan
sebagai seorang suri rumah dan ibu. Mereka diasuh dengan pendidikan memasak,
mengemas rumah dan kerja-kerja kraf tangan.
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disebut sebagai sekolah-sekolah yang
wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Sistem ini telah dikawal
sepenuhnya oleh pihak penjajah Inggeris. Tujuan utama di wujudkan sekolah dan sistem
pendidikan pada waktu ini lebih kepada kepentingan politik pihak penjajah itu sendiri bukan
bagi kebaikan rakyat tempatan. Ia juga dikenalpasti bertujuan agar perpaduan tidak wujud
dikalangan rakyat Tanah Melayu
Ia merupakan satu sistem vernakular yang tidak seragam, dimana rakyat dibahagi mengikut
kaum, kepentingan dan fungsi ekonomi mereka. Empat jenis sekolah telah diwujudkan,
antaranya Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah India dan Sekolah Inggeris. Ciri-ciri
utama sistem persekolahan ini adalah Sekolah-sekolah yang di dirikan adalah mengikut
kaum iaitu Sekolah Melayu untuk kaum Melayu, Sekolah Cina untuk kaum Cina dan Sekolah
Tamil untuk kaum India. Manakala Sekolah Inggeris adalah untuk sekolah anak-anak
pegawai British.

Bahasa pengantar yang berbeza, tiada keseragaman bahasa antara

sekolah-sekalah ketika itu iaitu Sekolah Melayu menggunakan Bahasa Melayu, Sekolah
Cina menggunakan bahasa ibunda mereka begitu juga Sekolah Tamil menggunakan
Bahasa Tamil. Sekolah terdapat di kawasan-kawasan tertentu sahaja Di kampung-kampung
adalah bagi kaum Melayu, pinggir bandar bagi kaum Cina dan di ladang-ladang bagi kaum
India. Sistem pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat pada akhir abad ke 20. Ini
adalah seiring dengan matlamat wawasan negara untuk menjadi negara yang membangun
seterusnya mencapai status negara maju pada 2020. Perlaksanaan dasar pendidikan
bermula dengan mengukuhkan asas perundangan bagi melaksanakan dasar dan akta
pendidikan.

REFLEKSI
Salam sejahtera saya ucapkan sebagai pembuka kata refleksi tugasan projek kerja
kursus berasaskan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Saya Priya a/p Murugan sangat
berbesar hati kerana tugasan yang diberi telah saya siapkan dengan sempurna. Tanpa
bantuan dan tunjuk ajar pensyarah kami iaitu Encik Mohammad Shahaidil, sudah tentu saya
tidak menyempurnakan tugasan saya. Saya juga tidak lupa rakan rakan saya yang telah
menghulurkan bantuan dan ibu bapa saya yang selalu menasihati saya dalam tempoh
menyempurnakan tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Dengan ini, saya ingin
menggunakan peluang keemasan ini untuk berterima kasih kepada semua yang telah
membantu saya dalam menyempurnakan tugasan .
Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana sayai tidak menyangka bahawa
sayai telah melakukannya dengan baik. Saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah
diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya
hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan
tentang tajuk kerja kursus ini. Setelah di terangkan oleh En Mohammad Shahaidil, saya
akhirnya dapat menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi
dalam kerja projek saya. Tambahan pula, saya sebelum ini tidak ada asas dalam
matapelajaran ini. Saya terpaksa meneliti setiap maklumat yang diambil dari internet. Buku
dan nota-nota yang telah diberikan oleh Encik Mohammad Shahaidil telah saya gunakan
untuk dimasukkan di dalam kerja projek.
Selain itu, Banyak perkara yang telah saya pelajari semasa melakukan tugasan ini.
Semasa menyiapkan tugasan ini juga, Saya telah belajar untuk bekerjasama walaupun
tugasan ini dikehendaki disiapkan secara individu. .Komitmen atau rasa tanggungjawab
sangat perlu semasa melakukan tugasan. saya saling berkomunikasi untuk bertanyakan
tentang tugasan yang dibuat.Perpustakaan menjadi tempat untuk saya memperoleh bahan
untuk dimasukkan di dalam tugasan yang diberikan. Selain itu, saya juga melayari internet
untuk memperoleh maklumat, saya menggunakan internet kerana tidak mahu ketinggalan
untuk mengunakan teknologi masa kini yang telah maju dan canggih. Encik Mohammad
Shahaidil juga telah memberikan bimbingan semasa di dalam kuliah agar kami tidak
berlengah dan menangguhkan kerja Kerja Kursus Berdasarkan Ilmu Tamadun Islam dan
Tamadun Asia. Melalui melaksanakan tugasan ini saya dapat banyak feadah dan ingin
berterima kasih kepada pensyarah saya kerana memberi peluang keemasan ini.

KANDUNGAN

NO

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

PENULISAN AKADEMIK

REFLEKSI

BIBLIOGRAFI

PENGHARGAAN

Saya bersyukur atas limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


terhormat saya, Encik Mohammad Shahaidil B. Abdul Rahman kerana dengan tunjuk ajar
serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai
saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah lakukan. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam penghasilan kerja kursus ini.Terima kasih.

BIBLIOGRAFI

2s, K. (2016). Bab 5 Isu Isu Kotemparari Barat. Retrieved 20 Mac, 2016, from
ACADEMIA: https://www.academia.edu/5512800/Bab_5_ISUISU_KONTEMPORARI_TAMADUN_ISLAM
Ahmad, Z. (2013). Hubungan Etnik Di Malaysia. Shah Alam: Oxfard Fajar
Sdn.Bhd.
Husin, M. R. (2013). Tamadun Islam dan Tamdun Asia (TITAS). Shah Alam: Oxfard
Fajar Sdn .Bhd.
Ld, b. (2016). Isu Pembuangan Bayi. Retrieved 29 Februari, 2016, from
ACADEMIA: https://www.academia.edu/5975582/Isu_Pembuangan_Bayi
Osman, M. T. (1987). KAJIAN BUDAYA DAN MASYARAKAT DI MALAYSIA. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
ST, T. (20 April, 2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Retrieved 25 Februari,
2016, from Blog: http://leowchowngtew.blogspot.my/2012/04/definisiperadaban-dari-sudut-bahasa.html
Vivienita. (9 Julai, 2015). Isu Isu Kotemporari. Retrieved 12 Mac, 2016, from
Docslide: http://documents.tips/documents/topik-78-isu-isu-kontemporaritamadun-islam-dan-tamadun-barat.html

BAHAGIAN B

HIPOTESIS
Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dunia pada hari ini berpunca
daripada proses globalisasi adalah perkembangan kontemporari yang secara
langsung dan tidak langsung memasukkan nilai-nilai masyarakat Barat ke dalam
sistem nilai masyarakat tempatan yang melanda seluruh dunia.
Globalisasi adalah satu arus perubahan yang berlaku akibat proses interaksi yang berlaku
antara negara-negara di dunia ini. Pada masa yang sama globalisasi membuatkan
pengaruh, idea, barangan dan nilai-nilai baru dari luar masuk ke dalam masyarakat
tempatan dengan kadar yang cepat dan dengan pengubahsuaian yang amat sedikit.
Apabila

perkara-perkara

baharu

ini boleh mempengaruhi (atau diterima) , ia

berkemungkinan mengubah budaya dan nilai-nilai masyarakat tempatan. Perubahan yang


berlaku akibat arus globalisasi menimbulkan banyak masalah,terutama sekali apabila
perubahan tersebut bertentangan dengan nilai-nilai budaya Timur (Husin, 2013). Antara isu
isu kotemporari antara tamadun islam dan tamadun islam adalah media massa, hak asasi
manusia dan sosial.
MEDIA MASSA
Media massa memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat dan informasi
khususnya dalam konteks pembangunan tamadun sesebuah bangsa.Kesan revolusi
teknologi maklumat dan komunikasi memberi kesan yang besar terhadap cara hidup
masyarakat dunia. Pihak Barat telah berjaya mendominasi

penyebaran maklumat dan

berita antarabangsa melalui kemajuan dan perkembangan teknologi mereka. Agensi


berita Barat mempunyai pengaruh yang besar dan mereka bebas untuk mengolah
sesuatu berita dan maklumat tentang sesuatu peristiwa mengikut kaca mata mereka. Pihak
Barat juga menggunakan media mereka untuk melemparkan pelbagai tuduhan palsu
pada negara-negara Islam bertujuan untuk mengekalkan,menjamin dan memenuhi segala
kepentingan mereka. Pertubuhan-pertubuhan Islam yang aktif dalam bidang dakwah juga
menjadi mangsa media Barat. Mereka sering dikaitkan dengan kegiatan terorisme dan
subversif yang menggugat keamanan dunia.Oleh sebab itu,kegiatan mereka diharamkan
seperti,Tabligh,Toliban,Mujahidin dan Ikhwa-nul Muslimin. Contoh isu yang boleh melihat
adalah perebutan antara palestin dan israel. Pihak barat menyebarkan maklumat maklumat

palsu dan menyebabkan kuasa kuasa besar menyokong israel walaupun tanah tersebut
merupakan milik rakyat negara palestin. Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu
mencipta sebuah "penyelesaian dua negara" yang melibatkan penciptaan sebuah negara
Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin
bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk
menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama.

HAK ASASI MANUSIA


Hak asasi manusia seperti yang difahami dan dimaksudkan pada hari ini datangnya
daripada warisan sejarah dan kebudayaan masyarakat Eropah. Pemikiran tentang hakhak asasi manusia bermula akibat daripada penindasan masyarakat Eropah dari segi
ekonomi, politik dan agama oleh golongan diraja dan gereja Khatolik Rom pada suatu masa
dahulu. Perlu difahami bahawa mengikut pemikiran masyarakat Amerika Syarikat (yang
juga diikuti oleh sebahagian daripada masyarakat Barat) , tiga hak asasi manusia yang
penting ialah kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Hak-hak ini

begitu

penting dari sudut pandangan mereka dan merupakan hak yang dianugerahkan
kepada mereka oleh tuhan (2s, 2016).
1. Hak yang pertama: kehidupan, membawa maksud bahawa setiap manusia berhak untuk
hidup dan hak ini tidak boleh diambil daripadanya.Kemunculan hak asasi ini mungkin
daripada masalah penindasan yang berlaku di Eropah pada satu masa dahulu di mana
pihak raja dan Gereja mempunyai hak untuk membunuh

sesiapa

sahaja

mengikut

kehendak mereka tanpa sebarang pembicaraan


2. Hak yang kedua: kebebasan,bermakna setiap manusia bebas untuk melakukan apa
sahaja asalkan dia tidak menghalang hak asasi mana-mana orang lain
3. Hak yang ketiga: mengejar kebahagiaan, sebenarnya adalah kebebasan untuk
mengumpul harta. Masyarakat Barat pada waktu dahulu tidak bersetuju dengan kuasa Raja
dan kerajaan mereka yang boleh mengenakan sebarang cukai terhadap mereka tanpa
mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu. Ketiga-tiga hak asasi yang dibincangkan
lebih menjurus kepada hak individu . Ini berkait rapat dengan pemikiran masyarakat
Barat

terhadap

kepentingan

individu. Kepentingan ini menjadi penting hasil daripada

penolakan masyarakat Barat terhadap pemikiran kepentingan kumpulan lebih penting

daripada

kepentingan

individu

yang diamalkan oleh masyarakat Eropah pada zaman

pertengahan Eropah.
Isu yang boleh melihat dari segi hak asasi adalah perkara yang menyatakan setiap manusia
bebas melakukan apa apa sahaja asalkan dia tidak menghalang hak asasi mana mana
pihak lain. Kebebasan ini menyebabkan pengaruh yang besar dalam kalangan masyarakat
timur. Sebagai contoh mengadakan hubungan seks sebelum kahwin. Isu ini mungkin biasa
untuk masyarakat barat kerana mereka mengamalkan hidup bersama sebelum kahwin
tetapi nilai tersebut tidak dapat bersesuaian dengan budaya masyarakat timur. Kita dapat
melihat banyak

kes pembuangan bayi yang berlaku di malaysia dalam kalangan

masyarakat . Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat
sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah
semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya remaja merupakan
golongan terbesar yang melakukan perbuatankejam ini. Kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga. Peribahasa ini sangat sesuai dengan hal ini (Ld, 2016).
Masyarakat juga turut menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan
secara tidak langsung akan menimbulkan persepsi buruk dari orang luar tentang kredibiliti
masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti ini. Selain itu, masyarakat juga
akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.
SOSIAL
Apabila kita membincangkan sosial dalam konteks kursus ini , kita lebih melihat kepada
sosial sebagai satu konsep yang diketengahkan dalam bidang pengajian sosiologi.
Pada asalnya sosial adalah satu perkataan yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris , iaitu
social. Terdapat dua makna umum bagi penggunaan biasa perkataan sosial dalam
bahasa Inggeris ; social atau socialable Dalam kebudayaan dan masyarakat Inggeris,
socialable membawa maksud seseorang yang cuba membuat baik dan membuat kawan
dengan sesiapa sahaja, orang tersebut dianggap sebagai baik dalam masyakatan
Inggeris Perbuatan ini mempunyai nilai yang agak berbeza dalam masyarakat Melayu yang
menganggap orang yang sosial selalunya melampaui batasan-batasan kebudayaan dan
oleh yang demikian , orang tersebut dikatakan tidak baik (Vivienita, 2015). Isu yang boleh
dibicarakan adalah pergaulan tanpa bebas atau pandangan bahawa sesiapa yang dijadikan
kawan adalah baik akan memberikan kesan yang negatif kerana kita tidak patut
mempercayai semua tanpa meneliti kerana kes kes penipuan banyak berlaku di laman
sesawang. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi
sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan
transnasional. Sesungguhnya tidaklah sesuatu yang mengejutkan apabila sistem sosio-

budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita sedang
melalui proses penghakisan yang amat ketara. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya
hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah
dengan gaya peniruan secara bulat budaya hidup barat
CADANGAN PENYELESAIAN ISU ISU KOTEMPORARI
Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah melanda
dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia meliputi semua bidang peradaban.
Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan
moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, kita
dipanggil untuk menilai buruk baik fenomena globalisasi ini dengan lebih teliti lagi.
Sebagai bakal guru, kita perlu memandang serius terhadap isu isu kotemparari dan mencari
jalan penyelesaian. Sebagai guru, perlulah memupuk semangat patrotik dalam kalangan
pelajar supaya pelajar akan berpegang teguh kepada nilai nilai ketimuran serta budaya
setempat.Semangat patriotik dapat memperkuat jati diri bangsa (identitas nasional) dan
memantapkan budaya nasional serta memperkukuh ketahanan nasional sehingga mampu
menangkal penetrasi budaya asing yang bernilai negatif dan memfasilitasi adopsi budaya
asing yang produktif dan bernilai positif. Dengan ini, kita dapat mengatasi isu remaja yang
terikut ikut budaya barat seperti pergaulan bebas dan anggapan semua orang adalah baik.
Seterusnya, guru perlu memberi didikan agama kepada para pelajar. Agama merupakan
ajaran bagi seseorang insan untuk berlakuan baik Pelajar yang berpegang teguh pada
ajaran agama akan tidak akan terlibat dalam gejala gejala yang tidak sihat seperti budaya
kuning. Ajaran agama juga dapat memberi kesedaran dan menghalang keruntuhkan akhlak
dalam kalangan pelajar seperti kes pembuangan bayi dan mengadakan hubungan seks
sebelum kahwin. Selain itu, guru perlulah menjadi suri teladan kepada para pelajar. Guru
sendiri haruslah mengelakkan diri daripada aktiviti aktiviti yang melibatkan kerosakan
akhlak. Contohnya, penampilan guru yang baik dapat dijadikan ikutan anak muda.Di
samping itu, kempen kempen kesedaran harus diadakan di sekolah supaya dapat
mengelakkan penglibatan pelajar dalam isu isu sedemikian. Ini dapat mewujudkan
kesedaran dalam kalangan pelajar. Pengajaran matapelajaran moral dan sejarah juga dapat
mengatasi isu isu kotemporari akibat arus globalisasi. Nilai nilai yang positif dapat dipupuk
melalui pembelajaran matapelajaran pendidikan moral.
Kesimpulannya, kita berada pada zaman di mana proses penyeragaman yang amat ketara
sedang berlangsung. Akibat dari apa yang dikatakan sebagai globalisasi, kita amat pasti
bahawa hampir segala aspek dalam kehidupan kita ini tidak akan terlepas dari disentuh oleh
konsep globalisasi. Hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses

globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret diri kita ke dalam suatu sistem hidup
yang diseragamkan di seluruh dunia. Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh
proses globalisasi. Tidak ada sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang
sepi dari sentuhan globalisasi. Namun begitu, dalam keghairahan untuk diglobalkan sarna
ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik, kita jangan sekali-kali terputus dari budaya
dan akar sejarah kita sendiri. Kita perlu ada pegangan kita sendiri agar kita tidak mudah
tertipu dengan laungan keadilan dan kesamarataan universal yang ternyata palsu.

Anda mungkin juga menyukai