Anda di halaman 1dari 24

PENGENALAN

Budaya dan masyarakat adalah konsep-konsep yang luas dan mendalam


pengertiannya. Konsep-konsep tersebut sering digunakan untuk memahami
kewujudan sosial masyarakat. Tanpa kedua-dua konsep ini, agak sukar untuk kita
memahami erti kehidupan sebenarnya. Untuk kita mehamai gaya hidup berbagai
jenis manusia termasuklah diri kita sendiri, sosiologi seringkali menggunakan konsep
budaya, yang merujuk kepada perkongsian bersama barangan, ilmu dan
kepercayaan sebuah kumpulan manusia atau masyarakat. Konsep ini tidak terhad
kepada seni, sastera, dan muzik klasik sahaja tetapi merangkumi aspek-aspek
kehidupan lain dalam masyarakat.
Ahli sosiologi membahagikan budaya kepada dua jenis iaitu :

Budaya
Kebendaan
Buda
ya

Budaya Bukan
Kebendaan
Rajah 1 : Jenis budaya
Budaya kebendaan yang terdiri daripada objek fizikal yang digunakan
oleh manusia untuk mencapai matlamatnya. Contoh budaya kebendaan adalah
seperti peralatan dan mesin yang digunakan dalm pembinaan, atau komputer dan
mesin kira untuk menyelesaikan masalah matematik. Budaya bukan kebendaan
yang terdiri daripada nilai-nilai, seni lukisan, bahasa, pandangan hidup dan symbol
yang mewakili dunia sosial dan fizikal. Contoh budaya bukan kebendaan adalah
seperti cerita dongeng kanak-kanak, kod perundangan, muzik dan pandangan hidup
yang dipelajari semasa dewasa.
1

TUGASAN 1 (a)
Secara

individu,

anda

dikehendaki

menghasilkan

penulisan (esei) yang menarik, lengkap dan menyeluruh


berkaitan

dengan

konsep

budaya,

masyarakat,

kebudayaan Melayu dan Kebudayaan Kebangsaan, serta


halangan pelaksanaannya.

KONSEP BUDAYA DAN MASYARAKAT


Sebagai seorang manusia, kita tidak boleh lari daripada pengaruh budaya.
Sama ada kita seorang Melayu, Cina, India atau sebagainya, kita sudah semestinya
membesar dalam sesebuah masyarakat yang mengamalkan budaya atau cara hidup
yang tersendiri. Kepelbagaian budaya masyarakat sedunia memastikan bahawa
kehidupan manusia sentiasa menarik dan beraneka ragam.
Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim (1963), perkataan budaya berasal
daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu budhi yang bermaksud
kecergasan fikiran dan daya yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan
pengaruh. Kamus Dewan (2005), pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan
fikiran, akal budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Dictionary of
Philosophy (1996), memberikan maksud budaya sebagai
The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts,
sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features
of forms of life are learned but are too pervasive to be readily noticed from within.

Rajah 2 : Kepelbagaian budaya


Budaya juga boleh didefinisikan sebagai corak hidup dan juga sebagai pemahaman,
persetujuan yang digunakan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti seharian. Ahli
sesebuah masyarakat perlu berkongsi idea asas yang sama tentang bagaimana
masyarakat mereka berfungsi, apa yang penting dalam kehidupan, apakah maksud
tindak-tanduk mereka. Setiap budaya mempunyai cara tersendiri dalam mengatur
kehidupan seharian. Pembelajaran, upacara perkahwinan dan aspek-aspek lain
dalam budaya dipelajari dan disampaikan melalui interaksi di antara manusia dalam
sesebuah masyarakat. Misalnya, di India, lazimnya ibu bapa memilih jodoh untuk
anak mereka.
3

Tetapi di Barat lain pula caranya. Ibu bapa memberi kebebasan kepada anak
mereka mencari jodoh sendiri. Aspek-aspek budaya yang lazimnya membentuk cara
bagaimana sesebuah masyarakat itu hidup adalah :-

Bahasa

Nilai

Aspek
Kebudaya
an

Norma

Kawala
n

Rajah 3 : Aspek Kebudayaan


Pengertian masyarakat pula boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut. Dalam
penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu. Secara
umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia
yang mempunyai interaksi dalam 9denti hidup yang tertentu. Menurut Sabree
Hussien (2009) , dalam artikelnya yang bertajuk Konsep Masyarakat dalam
Hubungan Etnik, masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang hidup
bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan
kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat.
Semua makhluk mempunyai corak kehidupan masing-masing, iaitu kepercayaan
agama, gaya membesarkan anak, strategi mencari nafkah seharian, cara
memperolehi tempat tinggal dan sebagainya. Apa yang menarik tentang budaya
ialah

ia

mencorakkan

kehidupan

sesebuah

pembelajaran.

masyarakat

melalui

proses

KEBUDAYAAN MELAYU
Di Malaysia, budaya dari aspek politik dapat dilihat dari aspek pemerintahan dan
pentadbiran yang dijalankan di Negara ini. Di Negara kita dapat lihat kepelbagaian
politik di Negara ini yang merangkumi pelbagai kaum. Pluralisme masyarakat di
Malaysia menjadikan 9denti ini mempunyai pelbagai bentuk dan corak acuan parti
politik yang dipimpin mengikut pelbagai kaum. Namun hal ini masih di dalam
kawalan kerana masyarakat di Malaysia masih mempunya nilai-nilai 9dentity9y,
hormat menghormati, serta menghargai antara satu sama lain. Namun begitu,
pengaruh

penjajah

sebelum

ini

telah

menhyebabkan

kita

mengamalkan

pemerintahan dan pentadbiran demokrasi.


Dalam kebudayaan melayu, terdapat pelbagai aspek yang boleh dikaitkan dengan
sudut sosial. Antaranya ialah agama dan kepercayaan. Orang Melayu 9denti
seluruhnya beragama Islam. Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan
9dentit masih dapat dilihat dalam 9denti kepercayaan mereka. Islam tidak dapat
menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. Selain itu, sudut sosial dalam
kebudayaan melayu juga dapat dilihat dalam amalan adat istiadat. Adat istiadat
Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur tempatan dan unsur pengaruh luar
selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu.
Budaya Melayu dari sudut ekonomi di Malaysia boleh dilihat berdasarkan aktiviti
yang dijalankan masyarakat melayu di Negara ini. Bagi orang Melayu yang tinggal
di desa, majoritinya menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan. Aktiviti
pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, kelapa sawit, kelapa, dan
tanaman campuran. Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakannya bekerja di
9denti perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Penguasaan
ekonomi dalam kalangan orang Melayu secara keseluruhannya masih rendah
dibandingkan dengan penguasaan ekonomi oleh penduduk bukan melayu,
terutamanya orang Cina. Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah berjaya
dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli korporat. Ramai yang tinggal di 9dentibandar besar dan mampu memiliki kereta mewah dan rumah 9denti. Selain itu juga,
ramai orang Melayu yang mempunyai pendidikan yang tinggi, sama ada 9dentity9y
di dalam mahu pun di luar 9denti.
5

KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Dalam sesebuah 9denti yang mempunyai masyarakat majmuk sebagaimana
Malaysia, unsur perpaduan adalah merupakan teras yang utama. Terdapat pelbagai
dasar dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha memupuk
perpaduan semua kaum di Malaysia.
Salah satu inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan adalah penggubalan dasar
kebudayaan kebangsaan. Objektif penggubalan dasar kebudayaan kebangsaan
adalah sebagaimana berikut :

Mengukuhkan perpaduan
bangsa dan negara melalui
kebudayaan

Memupuk dan memelihara


keperibadian kebangsaan
yang tumbuh daripada
Kebudayaan Kebangsaan
Memperkayakan dan
mempertingkatkan kualiti
kehidupan kemanusiaan dan
kerohanian yang seimbang

Rajah 4 : Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan

HALANGAN PELAKSANAAN
Dalam

pelaksanaan

sesuatu

dasar,

sememangnya

akan

timbul

banyak

permasalahan yang menghalang pelaksanaan sesuatu dasar tersebut. Merujuk


kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan, halangan pelaksanaan yang dapat
kenalpasti adalah, hubungan 9denti antara anggota masyarakat yang berbilang
kaum. Kurangnya interaksi antara kaum sejak kecil lagi di mana majority murid
Melayu belajar di sekolah kebangsaan, murid India di sekolah Tamil dan murid Cina
di sekolah Cina. Gaya 9denti ini berlarutan hingga sekolah menengah dan
seterusnya di Universiti. Banyak Universiti Swasta yang ditubuhkan mempunyai
pelajar yang majoritinya didominasi oleh sesuatu kaum.
Selain itu, halangan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga adalah,
kecenderungan anggota masyarakat untuk mengekalkan 9dentity masing-masing
dan tiada usaha mengasimilasikan budaya antara sesuatu kaum juga menjadi
cabaran untuk melestarikan Kebudayaan Kebangsaan ini yang memerlukan
penyatuan budaya. Malah, setiap kaum ingin mengekalkan kebudayaan masing dan
menganggap penyatuan budaya akan menyebabkan kebudayaan asal sesuatu
kaum itu akan terjejas dek masa.
(850 patah perkataan)

TUGASAN 1 (b)
Secara individu, anda dikehendaki membincangkan faktorfaktor

pengaruh

luar

yang

meresapi

kebudayaan

masyarakat Melayu dari sudut sosial yang merangkumi


aspek-aspek kesenian, kepercayaan, perubatan, pakaian
tradisional dan permainan.

PENGENALAN : FAKTOR KEBUDAYAAN MELAYU MENERIMA PENGARUH


LUAR
Kehidupan masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh tamadun-tamadun
luar seperti Arab, Cina, India serta Barat. Pengaruh-pengaruh ini dapat dilihat dalam
sistem politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Pengaruh tamadun luar ini telah
memberi impak yang besar dalam kehidupan masyarakat Melayu hingga sekarang.
Adat merupakan cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya.
Ia juga mencerminkan perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun
musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Suatu perkataan yang sinonim
dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari
segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama. Adat
Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha, selepas itu
dipengaruhi oleh campuran Hindu/Buddha dan Islam. Pengaruh tamadun luar yang
ketiga yang juga merupakan pengaruh yang paling kuat dalam kebudayaan dan adat
Melayu adalah pengaruh Islam.
Tamadun Barat pula banyak mempengaruhi masyarakat Melayu dalam
bidang politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Hal ini kerana masyarakat Melayu
telah mengalami perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah Melayu dijajah
seluruhnya oleh Inggeris. Bagaimanapun, pengaruh Islam masih lagi memainkan
peranan yang amat penting dalam senario politik Melayu khasnya dan masih
digunakan sehingga kini.
Seni bina merupakan satu lagi cabang yang boleh kita lihat untuk mengkaji
bagaimana kuatnya pengaruh luar dalam masyarakat Melayu. Kita dapat lihat seni
bina banyak dipengaruhi oleh pengaruh Cina dan Islam.

10

Kesenian

Kepercaya
an

Perubatan

Pakaian
Tradisional

Permainan

11

Rajah 5 : Aspek Kebudayaan Melayu Yang Menerima Pengaruh Luar


KESENIAN
Selain politik dan sosial, kesenian dan juga aspek yang penting yang perlu
dititikberatkan dalam melestarikan kebudayaan melayu. Di Malaysia, antara
ancaman dan cabaran yang dilihat menyukarkan kelestarian kebudayaan melayu
adalah seperti bahasa melayu yang semakin kurang ditekankan dalam penggunaan
seharian selain daripada tarian dan nyanyian, serta seni bina dan reka bentuk.
Seni Bina
Dalam bidang kesenian pengaruh India dapat dilihat pada binaan dan
bangunan agama. Dalam hal ini pengaruh India jelas kelihatan pada penggunaan
batu dan bata sebagai bahan utamanya kerana ia merupakan bahan yang lebih
kekal dan dianggap sesuai untuk membina rumah dewa dan dewi. Oleh sebab itulah
tugu agama yang dibina pada zaman purba masih dapat dikesan sehingga kini.
Pengaruh ini jelas dilihat pada ukiran seni pahat dinding patung dewa Logam yang
berupa arca. Selain itu terdapat patung Kuwera dan Hariti yang juga dipuja dalam
agama Buddha. Dari segi ukiran, yang menjadi pola hiasan pada dinding candicandiatau kuil ialah makhluk ajaib dan tumbuh-tumbuhan, sesuai dengan suasana
Gunung Mahameru. Antara motif ukiran yang selalu digunakan ialah seperti kepala
Kala, daun-daunan, ranting-ranting dan bunga teratai.
Dalam bidang kesenian pengaruh Islam pula dapat dilihat pada makam atau batu
nisan, masjid dan perhiasan-perhiasannya. Batu nisan merupakan karya seni Islam
yang pertama sekali masuk ke nusantara. Contohnya yang pernah ditemui ialah batu
nisan Syeikh Abdul al-Qadir Husain Alam bertarikh 903 masihi yang dijumpai di
Linggir, Kedah. Pada permukaan makam-makam yang dijumpai ini terdapat tulisan
yang dipahat daripada ayat Al-Quran serta ajaran Islam yang menekankan tentang
hukum dan tasawuf. Dari segi corak batu nisan tersebut, di samping menerima
pengaruh asing ia juga menunjukkan daya kreativiti penduduk tempatan. Contohnya
batu nisan Maulana Malik Ibrahim yang dibawa dari G. Jeram mempunyai bentuk
seperti kepala terbalik yang menunjukkan adanya pengaruh Parsi.

12

Selain batu nisan, masjid merupakan karya seni Islam yang terpenting di nusantara.
Dari segi coraknya, masjid-masjid yang menunjukkan corak dari abad 14 hingga
abad 18 di mana ianya masih lagi berbentuk tradisional. Pengaruh tradisi ini dapat
dilihat pada bentuknya yang tersusun sebagai lanjutan daripada seni Bali yang
disebut Meru. Pengaruh Hindu lebih jelas lagi pada bentuk dan bangunan menara
kudus yang didirikan pada zaman Sunan Kudus. Terdapat juga pengaruh
masyarakat tradisi pada bentuk perhiasannya. Contohnya pola-pola yang menjadi
perhiasan yang berasal dari zaman pra Islam seperti daun-daunan, bunga teratai,
bukit-bukit karang, permandangan dan garis-garis geometri. Di samping itu, terdapat
juga perkembangan kaligrafi atau seni khat Islam. Ini dapat dilihat pada makam,
masjid dan sebagainya. Contohnya masjid terdapat ukiran khat pada mihra, mimbar,
bingkai atau lengkung tiang dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa seni ini
juga dipengaruhi oleh unsur pra Islam yang telah lama seperti dengan masyarakat
tempatan.
Tarian dan Nyanyian
Selain daripada bahasa, tarian dan nyanyian juga satu aspek lain yang menjadi
ancaman dan cabaran dalam sudut kesenian yang telah menyukarkan kebudayaan
melayu untuk dilestarikan. Hal ini demikian kerana, fenomena budaya popular yang
telah mempengaruhi masyarakat melayu hari ini membawa kesan kepada
kelemahan kedudukan budaya Melayu tradisional. Minat orang ramai, terutama
golongan muda terhadap warisan tradisi itu semakin berkurang. Seni hiburan barat
ini menjadi ikutan negara lain termasuklah Malaysia. Ini telah menyebabkan seni
tradisional sudah mula dipinggirkan sehingga ke hari ini.
Pada hari ini, Malaysia mula diperkenalkan dengan aliran-aliran muzik barat yang
pelbagai. Antaranya kumpulan-kumpulan artis yang beraliran rock, balada, pop,
jazz,

dan

lain-lain. Setiap

aliran

ini

mempunyai

identiti

dan

imej

yang

tersendiri. Contohnya, imej penyanyi rock dan jazz adalah berbeza sama
sekali. Imej pemuzik aliran pop juga berbeza dengan aliran rap. Melalui
kepelbagaian imej yang dibawa oleh mereka, ini telah mendatangkan kesan buruk
kepada imej tradisi kita kerana perkara-perkara yang dibawa barat ini sebenar
sangat mudah mempengaruhi masyarakat melayu termasuk di Malaysia.
13

Penyebaran budaya pop Amerika yang menyegarkan pancaindera dan mematikan


roh.
Chandra Muzaffar.
Berdasarkan pernyataan Chandra Muzaffar, jelas sekali bahawa budaya pop
yang dibawa oleh pengaruh barat dapat menyebabkan budaya melayu akan terus
lenyap kerana identiti serta imej yang bertentangan dengan budaya melayu itu
sendiri. Sebagai contoh, pemuzik rock biasanya akan mengekalkan imej rockers
yang menggunakan seluar jeans yang koyak, berambut panjang dan selekeh bagi
lelaki. Jika dibandingkan dengan budaya melayu, hal ini sebenarnya bercanggahan
sama sekali kerana budaya melayu banyak mengikut cirri-ciri islam yakni lebih
sopan dan bersih.
Sejak beberapa bulan yang lalu, dunia digemparkan dengan tarian Oppa Gangnam
Style yang dipopularkan oleh sebuah kumpulan dari Korea. Tarian ini telah
menyebabkan seluruh dunia termasuklah Malaysia terikut-ikut dengan tarian
tersebut. Tarian yang dikatakan mempunyai unsur-unsur negatif seperti unsur lucah
menyebabkan

tarian

ini

tidak

sepatutnya

menjadi

kegilaan

masyarakat

melayu. Galakan dari pihak kerajaan dengan membawa masuk tarian ini ke dalam
Negara seolah-olah mengenenggahkan budaya asing yang bukan mengikut normanorma budaya melayu. Bukan itu sahaja, Negara juga banyak membenarkan artisartis dari luar Negara masuk ke Negara ini membuat persembahan tanpa menapis
terlebih dahulu corak persembahan yang bakal dipersembahkan. Hal ini juga
menjadi salah satu punca utama masyarakat hari ini terikut-ikut dengan budaya luar
dan tidak lagi mencuba untuk mempelajari tarian dan nyanyian dalam kebudayaan
melayu seperti zapin, inang, dan mak yong yang mempunyai nilai budaya yang
sangat tinggi.

14

Reka Bentuk
Seni reka bentuk pula, boleh dilihat dari bangunan-bangunan yang dibina dengan
rekabentuk

yang

dianggap

moden

oleh

orang

ramai. Contohnya, Menara

Berkembar Petronas contohnya, dibina dengan berkonsepkan silinder yang


diideakan oleh barat. Selain itu, sesetengah reka bentuk binaan bangunanbangunan yang terdapat di tempat kita ini juga adalah sebagai bukti pengaruh barat
terhadap kita. Binaan bersenikan kebaratan boleh dilihat pada bangunan-bangunan
baharu yang dibina dengan berkonsepkan kemodenan. Selain itu, di Bandar
Sunway contohnya terdapat bangunan yang berbentuk piramid yang menyerupai
dengan unsur-unsur dari negara Arab sudah lari daripada keseniaan melayu. Jika
semakin banyak bangunan di Negara ini dibina mengikut corak binaan luar, sudah
pasti generasi baru dan bakal berada di bumi Malaysia ini tidak kenal akan kekayaan
seni bina dan seni reka melayu yang sebenarnya.

15

KEPERCAYAAN
Menurut E. B Taylor (1871), kepercayaan kepada makhluk halus dan roh
merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh dalam alam
pemikiran manusia primitif. Kepercayaan animisme merupakan satu bentuk culturals
universals yang wujud di kalangan suku-suku primitive. Dalam kepercayaan rakyat di
Nusantara, terdapat anggapan bahawa roh orang yang telah mati boleh masuk ke
dalam tubuh binatang, misalnya suku Nias, di sebuah pulau yang terletak di barat
Sumatera mempercayai seekor tikus yang keluar masuk rumah dianggap sebagai
roh daripada orang yang telah mati beranak. Kadang-kadang roh itu memasuki
tubuh babi atau harimau dan dipercayai binatang itu akan mengganggu orang yang
menjadi musuh simati pada masa hidupnya. Jikalau roh itu baik ia akan menjelma
menjadi haiwan yang jinak dan sekiranya sebaliknya roh itu akan menjelma di dalam
tubuh haiwan yang liar. Ini juga disebut sebagai penjelmaan dewa-dewa sama ada
jahat atau baik.
Islam mengubah pandangan dunia orang Melayu daripada mempercayai
dewa-dewa seperti yang mereka anuti pada zaman hindu kepada mempercayai
Tuhan Yang Maha Esa. Al Quran menjadi pegangan hidup dan sumber rujukan bagi
umat Islam sama ada dalam hal-hal dunia dan akhirat. Segala aturcara sehari-harian
adalah bergantung kepada ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w. Kepercayaan karut yang boleh merosakkan akidah umat Islam
dan

memecahbelahkan

masyarakat

lenyap

beransur-ansur

diganti

dengan

kepercayaan kepada Allah Yang Esa. Pegangan yang satu ini telah memulihkan
semangat orang Melayu bahawa tiada yang lain yang perlu ditakuti dan tiada kuasa
lain yang lebih kuat melainkan Allah yang Maha Berkuasa.

16

Masyarakat hari ini lebih terpengaruh kepada cara berfikir yang dianggap
moden iaitu berfikiran terbuka. Pemikiran yang terbuka ini dapat kita lihat dalam
kepercayaan masyarakat kita terhadap perkara-perkara yang digelar pantang larang,
petua dan lain-lain. Kebiasaannya, pantang larang dianggap sebagai sesuatu
hukum dalam masyarakat Melayu yang wajib dipatuhi dan akan mengakibatkan
kesan yang tidak diingini oleh seseorang sekiranya melanggar pantang larang
itu. Cara berfikir seperti ini sudah mula berubah sejak kedatangan barat dan
menganggap

perkara-perkara

ini

lebih

kepada

karut. Masyarakat

hari

ini,

terutamanya golongan belia sudah tidak mahu mengikut adat atau kepercayaan
yang diamalkan oleh masyarakat melayu sejak zaman dahulu kerana dianggap akan
dipandang kolot oleh rakan-rakan sebaya mereka.

17

PERUBATAN
Perubatan tradisional Melayu ialah perubatan Melayu yang diamalkan oleh
para bomoh dan Tok Dusun sejak beberapa abad dahulu. Perubatan ini yang banyak
menggunakan bahan-bahan yang berasal daripada tumbuh - tumbuhan dan herba
telah diterima dengan penuh minat oleh masyarakat Melayu di Malaysia kerana ia
merupakan kaedah yang selamat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap
tubuh badan manusia. Ini dapat di buktikan dengan banyaknya produk ubat
tradisional Melayu yang dipasarkan. Satu lagi faktor tentang mengapa perubatan
tradisional Melayu mendapat tempat dalam kalangan masyarakat adalah kerana ia
lebih murah, berbanding dengan rawatan dan perubatan lain. Pengamal perubatan
tradisional Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan dan ingatan yang
diwarisi daripada guru mereka secara turun-temurun.
Pada zaman penjajahan British, amalan perubatan Barat sangat popular
sehingga amalan perubatan tradisional Melayu dilupai, khususnya oleh golongan
bangsawan

dan

paracendiakawan.

Masyarakat

Melayu

lebih

mempercayai

perubatan Barat yang dibawa oleh penjajah kerana kajian yang dijalankan mereka
terhadap sesuatu penyakit adalah lebih saintifik. Namun sejak akhir-akhir ini,
perubatan tradisional Melayu semakin mendapat tempat di hati masyarakat Melayu
kerana ia tidak menggunakan bahan-bahan kimia dan beracun.
Perubatan tradisional Melayu adalah melalui amalan petua yang terdiri
daripada dua aspek, iaitu amalan suruhan dan amalan tegahan. Amalan suruhan
banyak berhubung dengan pemakanan daripada segi jenis, kuantiti, dan khasiat
yang terdapat di dalam tumbuhan. Ia bertujuan untuk mendapatkan keseimbangan
serta mengelakkan sebarang serangan penyakit dan keuzuran. Amalan tegahan
pula bertujuan untuk menghalang pesakit daripada memakan makanan tertentu
sewaktu dalam tempoh rawatan sebagai pantang larang. Ia bertujuan untuk
memeliharakan kesihatan manusia dalam keadaan baik secara berterusan atau bagi
mempercepatkan penyembuhan penyakit.

18

PAKAIAN TRADISIONAL
Orang Melayu tempatan pra sejarah sudah mempunyai kemahiran
membuat pakaian daripada kulit kayu melalui bukti batu penerap yang ditemui.
Dipercayai, batu penerap itu digunakan sebagai penumbuk kulit kayu supaya
menjadi lembut dan nipis.
Sebelum kedatangan Islam, pengaruh Hindu-Buddha masih kuat ke atas
masyarakat Melayu. Masyarakat tempatan pada masa itu, memakai pakaian yang
amat ringkas. Mereka hanya menutup di bahagian tertentu tubuh. Kaum lelaki hanya
menggunakan 2 helai kain iaitu kain di kepala yang diikat ringkas dan kain sarung
dikilas atau kain sarung dijadikan cawat. Pakaian sebegini sesuai dan selesa
dipakai dalam cuaca panas kawasan tropika.

Kaum wanita pula hanya

menggunakan 3 helai kain; iaitu kain sarung, kain kemban dan kain selendang.
Perbezaan golongan wanita bangsawan dengan rakyat adalah golongan bangsawan
menggunakan kain daripada jenis yang mahal dan indah serta memakai perhiasan
keemasan. Dapat dilihat jurang sosial yang wujud dari cara berpakaian masyarakat,
semenjak sebelum kedatangan Islam.
Pengaruh Islam sekitar abad ketujuh yang antaranya dibawa oleh
pedagang-pedagang Arab melalui kegiatan perdagangan, secara tidak langsung
mempengaruhi reka bentuk pakaian tradisional masyarakat Melayu secara
berperingkat-peringkat. Dari abad ketujuh hingga ke-13, adalah satu tempoh transisi
dan penyesuaian yang panjang. Walaupun agama Islam telah tersebar di alam
Melayu, namun pengaruh Hindu-Buddha masih kuat..

Dari segi pakaian,

masyarakat tempatan mula berpakaian secara sopan dengan menutup badan


mereka dengan baju. Kaum wanita dan lelaki memakai baju berbentuk tunik pendek
berkain kapas hijau dengan bahagian bawah dililitkan dengan kain sari sutera.
Selepas abad yang ke-13 baharulah pengaruh Islam menampakkan
kesannya. Agama Islam mula dihayati oleh masyarakat tempatan. Pakaian
masyarakat tempatan mula dipengaruhi pakaian orang Arab seperti pemakaian
jubah.

19

Proses evolusi pakaian Melayu mencapai tahap tertinggi pada zaman


kerajaan Melayu Melaka. Bermula dari istana-istana raja, bangsa Melayu mencapai
zaman kegemilangannya dan sehingga sekarang warisan budayanya masih menjadi
sumber inspirasi kepada bangsa Melayu. Seperti yang tercatat dalam buku Sejarah
Melayu, ada menceritakan bahawa Tun Hassan (yang hidup semasa pemerintahan
Sultan Mahmud Shah) adalah orang yang pertama yang mengubah bentuk baju
Melayu asal kepada bentuk baju Melayu yang dipakai sekarang. Tun Hassan telah
melabuhkan baju Melayu serta membesarkan dan memanjangkan pangkal tangan
baju Melayu. Baju itu dinamakan baju kurung. Dengan melabuhkan baju tersebut,
bentuk rupa pakaian Melayu serupa dengan bentuk rupa jubah, pakaian orang Arab.

20

PERMAINAN
Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat
keseronokan, mengisi masa lapang ataupun bersenam . Ia boleh dilakukan
berseorangan ataupun secara berkumpulan. Permainan biasanya mempunyai
peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang menang dan ada
yang kalah, ataupun seri. Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal biasanya
dipanggil sukan. Permainan masih diadakan sehingga kini tetapi terdapat perbezaan
antara permainan dahulu dan permainan sekarang. Perbezaan permainan dahulu
dan permainan sekarang akan dibincangkan selepas ini.
Permainan-permainan dahulu seperti permainan Wau, tarian Naga atau
permainan gasing mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan
keharmonian rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan dilakukan secara
berkumpulan dimana mereka mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan
berkongsi tenaga, pendapat, dan masa semata-mata untuk memastikan aktiviti
seperti ini dapat dilaksanakan. Manakala bagi permainan sekarang, biasanya adalah
permainan komputer yang tidak melambangkan apa-apa dan tidak perlu dilakukan
oleh sekelompok manusia serta tidak dapat mengeratkan hubungan antara manusia
seperti permainan dahulu. Selain itu, permainan komputer akan menyebabkan
ketagihan di kalangan pemain. Pemain yang terlalu ketagih kepada permainan
tersebut tidak akan mempedulikan kesihatan mereka, tidak makan atau tidur
semata-mata untuk bermain permainan tersebut.
Permainan dahulu biasanya bersifat harmoni berbeza dengan permainan
sekarang yang berunsur ganas seperti permainan-permainan komputer seperti
counter strike yang bersifat ganas yang mendapat sambutan hangat daripada
golongan remaja lelaki. Ini dengan secara tidak langsung akan mencemarkan minda
golongan orang muda zaman ini.

21

KESIMPULAN
Tuntasnya, masyarakat dan budaya adalah merupakan kombinasi yang
tidak akan dapat dipisahkan. Jika masyarakat wujud, maka kebudayaan juga akan
wujud dan berkembang seiring dengan perkembangan kelompok masyarakat
tersebut. Setiap masyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri. Budaya yang
menjadi amalan masyarakatnya melambangkan keperibadian, identiti, dan jati diri
masyarakat tersebut. Sikap, amalan, dan penerimaan masyarakat terhadap
budayanya dapat menjelaskan budaya masyakat tersebut.
Berdasarkan pengamatan terhadap pelaksanaan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan pula, dasar ini sebenarnya boleh diwujudkan sekiranya terdapat
kerjasama, persetujuan dan penerimaan antara semua pihak. Merujuk kepada
objektif utama pelaksanaan dasar ini iaitu bertujuan untuk membentuk perpaduan,
maka pihak yang bertanggngjawab hendaklah memastikan setiap kaum atau etnik
yang terlibat bersetuju dengan penggubalan dasar ini. Hal ini penting kerana, jika
terdapat etnik atau kaum yang tidak berpuas hati dengan penggubalan dasar ini
maka objektif penggubalan dasar ini akan selamanya tidak tercapai bahkan mungkin
menyumbang kearah pemberontakkan kaum atau etnik yang tidak berpuas hati.

22

RUJUKAN
Abam Ming, (2012). Konsep Budaya. Diakses pada 17 Februari 2016 daripada
http://notagurupelatih.blogspot.my/2012/04/konsep-budaya.html
Ahmad Mubin, (2015). Pengaruh Luar Dalam Kebudayaan Melayu. Diakses pada 21
Februari 2016 daripada http://cikgubbm.blogspot.my/2015/07/pengaruh-luardalam-kebudayaan-melayu.html
A. Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu Edisi
Baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
A. Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abd Aziz Bin Harjin, (2008). Pengaruh Islam Dalam Kebudayaan Masyarakat
Melayu. Diakses pada 17 Februari 2016 daripada
http://ctu551.blogspot.my/2008/04/pengaruh-islam-dalam-kebudayaanmelayu.html
Ahmad Mubin, (2015). Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Diakses pada 17 Februari
2016 daripada http://cikgubbm.blogspot.my/2015/07/dasar-kebudayaankebangsaan-nota.html
Chin Choy Keng, (2013). Pakaian Kaum-kaum di Malaysia. Diakses pada 21
Februari 2016 daripada http://choykeng.blogspot.my/2013/04/pakaian-kaumkaum-di-Malaysia.html
Cikgu Hist, (2015). Sejarah Pakaian Tradisional Melayu. Diakses pada 21 Februari
daripada http://cikgusajaratun.blogspot.my/p/jenis-jenis-baju.html
Fatratul Wahyi Arief, (2012). Konsep Masyarakat dan Sosial Budaya. Diakses pada
17 Februari 2016 daripada http://zahrah02fatrahajar.blogspot.my/2012/11/konsepmasyarakat-dan-sosial-budaya.html
Hajah Noresah Binti Baharom. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

23

Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff. (1983). Kajian Budaya dan Masyarakat di
Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
N. Hadiyati, (2011). Kebudayaan Melayu. Diakses pada 17 Februari 2016 daripada
http://pointofauthorities.blogspot.my/2011/11/kebudayaan-melayu.html
Tika Zukhi, (2013). Konsep Budaya, Masyarakat dan Kebudayaan Meayu. Diakses
pada 17 Februari 2016 daripada
http://rtkasensei90.blogspot.my/2013/03/tugasan-kkbi-bmm3114.html
Zahir Zainudin, (2015). Pengaruh tamadun luar dalam kehidupan masyarakat
melayu.

Diakses

pada

21

Februari

2016

daripada

http://zahirzainudin.blogspot.my/2015/03/pengaruh-tamadun-luar-dalamkehidupan.html

24

Anda mungkin juga menyukai