Anda di halaman 1dari 13

1 PENGURUSAN KESENIAN ISLAM DI DALAM KEBUDAYAAN MELAYU Oleh Razaleigh Muhamat @ Kawangit Abstrak Islam telah menetapkan beberapa

peraturan dalam merealisasikan seni sebagai satu budaya . Pengurusan kesenian yang telah ditetapkan Islam ini penting untuk diketahui agar budaya seni yang dipraktiskan selari dengan ajaran Islam. Artikel ini bertujuan untuk melihat keselarian budaya seni yang diamalkan oleh orang-orang Melayu dalam kehidupan mereka dengan kesenian yang dianjurkan Islam. Artikel yang menggunakan metode dokumentasi ini menemukan satu fakta bahawa budaya kesenian Melayu telah diadun dengan cukup baik agar bertepatan dengan unsur-unsur kesenian Islam Pengenalan Seni dan budaya adalah dimanifestasikan oleh manusia dari agama dan bukan pencipta oleh manusia secara rambang. Masyarakat Islam ada seni dan tiada masyarakat yang kosong dari seni seperti seni bina, seni sastera, seni pakaian dan lainlain. Seni dan kebudayaan adalah penting untuk menggambarkan hakikat kebenaran. Di dalam masyarakat Eropah, tujuan seni itu adalah untuk memisahkan manusia dari tuhan. Contohnya seperti seni-seni muzik yang dibawanya yang mana nada-nada muzik yang mendekatkan manusia dengan tuhan terdapat ciri-cirinya dan sebab itu seni muzik Islam berbeza dengan seni muzik barat. Seni muzik Islam bertujuan untuk mengingatkan manusia tentang ilahi. Dalam masyarakat Islam ini, seni dan budaya bersatu dan berbentuk kesatuan dan Allah s.w.t cipta sekelilingnya seperti kesenian, sains, sistem ekonomi, masjid, pakaian, rumah, teknologi dan sebagainya adalah untuk tujuan mengingatkan tuhan. Sebab itu Aidilfitri dinamakan Aidilfitri iaitu hari fitrah bagi umat Islam. Hari tersebut merupakan hari bebas kerana semua orang mengenal fitrah mereka. Latar Belakang Kesenian dan Kebudayaan Islam Walaupun agama Kristian datang kepada masyarakat Melayu, tetapi Islam mereka tetap utuh dan ini adalah kerana aspek-aspek Islam yang menjadi ketentuan mereka. Contohnya, di Indonesia, orang Sulawesi misalannya, dia tidak masuk ke agama Kristian bukan kerana dia tahu tauhid tetapi disebabkan tidak tahu tentang tauhid. Bagaimanapun, disebabkan kehidupan sehariannya yang sudah islamize itulah yang membuatkan dia tidak boleh mengubah kepada kehidupan lain. Itulah cemerlangnya Islam iaitu Islam mengubah budaya dan kesenian masyarakatnya sehingga setiap aspek dalam masyarakat telah diislamkan. Hikayat, kitab, cerita, wayang kulit dan bermacam-macam lagi telah diislamkan. Pada asalnya, sebelum kedatangan Islam, wayang kulit adalah wayang tongkol iaitu hanya kepada aspek manusia. Dan apabila datangnya wali songo (salah satu daripada sembilan wali), wayang kulit telah diubah tidak menyerupai manusia sepertimana di dalam hadis bahawa seni itu tidak boleh menyerupai orang. Dan juga sehinggakan wayang kulit sendiri digunakan sebagai media dakwah dan salah satu

2 daripada sembilan wali telah menggunakan wayang kulit untuk mengislamkan Pulau Jawa, kerana dalam pemikiran orang Jawa, mereka tidak boleh membuang wayang kulit tersebut. Maka dengan mengislamkan wayang kulit tersebut, mereka dengan sendirinya telah menerima Islam. Maka dalam Islam, dengan kesenian dan kebudayaan, telah menjadikan masyarakatnya yang seakan-akan majestic dengan jubah besar, serban besar dan terdapat kecantikan di situ. Kebudayaan dan kesenian bukan hanya menari dan menyanyi seperti yang ada sekarang tetapi budaya dan seni lebih kepada bahasa dan pemikiran. Dalam muzik sekarang ini, misalannya dengan adanya rock dan rap itu seakan menghilangkan nilai muzik itu dan juga bangunan yang bercampur aduk antara Roman, Islam dan sebagainya, maka tiada makna keislaman lagi. Sedangkan dalam Islam, terdapat nilai dan simbolnya tersendiri. Contohnya sajak, syair dan dan novel harus mengikut ciri-cirinya dan bukannya seperti sajak bebas dan hasil sastera yang ada sekarang ini. Dalam Islam, nilai-nilai universal budaya disematkan. Jika tiada seni dan budaya, atau seni dan budaya tidak dipelihara, manusia akan tercari-cari siapa dirinya. Dan sepertimana kita lihat sekarang ini, kita berpisah maksudnya kalau dulu, kita berkongsi seni yang ada tetapi sekarang ini seolah-olah setiap orang itu mempunyai seni tersendiri. Budaya Islam itu sendiri telah wujud sejak zaman nabi lagi. Contohnya, seperti cara berpakaian malahan syair itu sendiri dibawa oleh orang Islam dan tanpa orang Islam, syair ini tidak akan ada sekarang ini begitu juga dengan gurindam dan pantun agama. Dengan kedatangan Islam juga, sejarah Melayu dan penulisan Melayu juga berubah. Persolannya dari manakah datangnya bahasa Hindi kalau tidak kerana Islam? Dan dari manakah bahasa Urdu kalau tidak kerana Islam? Dan dari manakah datangnya bahasa Turki kalau tidak kerana Islam? Orang Sudan sendiri menjadi Arab kerana Islam. Bukan sekadar bahasa sahaja berubah malahan bangsa juga berubah misalnya orang Sudan sebenarnya ialah orang Afrika. Malahan Islam ini membawa perubahan yang besar yang bukan sahaja kepada bangsa dan bahasa tetapi ke dunia seluruhnya dan Islam tidak pernah diajar sebagai sejarah dunia tetapi membuat perubahan kepada sejarah dunia. Alam Melayu menjadi alam Melayu kerana Islam, kerana Islam itu menyatu padukan orang-orang Melayu kerana jika tidak mereka tiada pegangan yang mengikat mereka dan sastera lain yang sebesar dengan sastera Islam. Pengaruh Islam Terhadap Masyarakat Melayu Kedatangan Islam ke Alam Melayu bukan sahaja menandakan kelahiran zaman baru bahkan permulaan suatu zaman moden di rantau ini. Zaman pengaruh peradaban Hindu-Buddha berlalu apabila pengaruh peradaban Islam berkembang di daerah Nusantara. Islam membawa satu perubahan yang total dari segi intelektual dan struktur masyarakat, walaupun J.C Van Leur berpendapat bahawa perubahan yang dilahirkan oleh Islam sebagai lanjutan perubahan yang sedia ada. Demikian juga R.O Winstedt dan Snouck Hungronje melihat Islam secara selayang pandang tanpa menyelami hakikat Islam sebenar. Mereka menyamakan penerimaan Islam oleh penduduk-penduduk Nusantara dengan penerimaan mereka terhadap agama Hindu seperti yang digambarkan dalam ungkapan:

3 Kedua-dua agama dunia ini cuma merupakan satu selaputan yang tipis lagi senang ditanggal di atas peradapan tempatan yang tebal.1 Sebenarnya Islam membawa unsur rasionalisme dan intelektualisme ke dalam penghidupan masyarakat Melayu. Perubahan yang dibawa oleh Islam dalam intelektualisme jelas iaitu Islam dapat mengubah kepercayaan masyarakat Melayu daripada kepercayaan yang mempersekutukan Allah s.w.t kepada agama mentauhidkan Allah s.w.t. Di Malaysia, tidak terdapat seorang bangsa Melayu pun yang menjadi paderi, tetapi sebaliknya wujud di kalangan orang Melayu tokoh-tokoh ulama pewaris Nabi di Nusantara yang tampil ke muka menegakkan kebenaran Islam. Walaupun Islam belum berjaya meleburkan fedualisme dan kepercayaan syirik warisan Hindu-Buddha ke akar umbinya, namun Islam telah mendorong kelahiran kebudayaan Islam di rantau ini, bukannya kebudayaan yang mengakibatkan timbulnya agama Islam.2 Kebudayaan Islam memberi cahaya gemilang terhadap keperibadian bangsa Melayu.3 Menurut Prof. de Josseline de Jong bahawa pengaruh Islam dalam segala hal berlainan sekali daripada Hindusime. Proses islamisasi dalam kebudayaan Nusantara berlaku dengan cara perkahwinan dan waris mewarisi yang akhirnya membentuk kebudayaan Islam yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri melambangkan identiti keislaman yang unggul. Kebudayaan merupakan rumpun tamadun. Ilmuan-ilmuan Muslim melihat tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang bebas dari pengaruh asing kerana asas tamadun Islam bersumberkan al-Quran dan alSunnah. Islam merupakan satu sistem hidup yang lengkap dan melahirkan sebuah tamadun baru yang unggul. Kedatangan orang Eropah ke alam Melayu membawa nilai baru yang tidak sesuai denagn keperibadian Melayu Islam. Menurut Dr. J.P.H. Duyvendak bahawa pengaruh Barat menimbulkan krisis yang hebat. Tatabudaya Barat memaksa peribumi supaya menerimanya. Justeru itu, Barat berusaha memutar balik tatabudaya Islam peribumi Nusantara.4 Ini merupakan proses diislamisasi kebudayaan Melayu Nusantara. Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai. Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan lagi kebudayaan masyarakat Melayu. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik. Dalam kajian tamadun Islam dalam seni merupakan salah satu aspek terpenting bagi menunjukkan ketinggian pencapaian tamadun satu-satu bangsa. Islam menghargai keindahan yang dapat menggambarkan keagungan Allah s.w.t. Keindahan dapat memberi ketenangan kepada kehidupan insan. Tidak ada suatu cara
1

Mohd Taib Osman Prof. Dr. Asas dan Pertumbuhan Kebudayaan Malaysia , Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1974, hlm 21. 2 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam dan Kebudayaan Malaysia dalam Syarahan Tun Seri Lanang, Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaab dan Sukan, Kuala Lumpur, 1977, hlm 12. 3 Aziz Deraman, 2001 Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, hlm 73. 4 Drs. Abdul Rahman al-Ahmadi, Pengantar Budaya dan Masyarakat Malaysia, hlm 19

4 yang lebih jelas bagi menunjukkan suatu keindahan selain penggambaran dalam bentuk seni. Seni Suara Kesenian mengikut definisi Herberth Read adalah suatu usaha untuk mencipta bentukbentuk yang menyenangkan dan seni itu pula dijalankan daripada estetika. 5 Islam juga memberi perhatian terhadap seni suara. Oleh itu, umat Islam mengambil berat dalam usaha memperelokkan bacaan al-Quran terjemahan Sabda Rasulullah s.a.w: Hiasilah al-Quran dengan suara kamu (Sunan Ibn-Majah) Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: Seni Vokal Seni vokal lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada pendengar. Setiap seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat. Dalam masyarakat Melayu terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan muzik. Seni vokal tanpa muzik yang sering dinyanyikan dalam masyarakat Melayu ialah: a. Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak Endoi atau dendang Siti Fatimah terkenal di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan manakala ulit anak di negeri Terengganu. Biasanya dilagukan dalam upacara berbentuk keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau upacara bercukur kepala. b. Nazam atau naban Berasal daripada Terengganu, Pahang dan Melaka. Dikarang dalam Bahasa Melayu yang mengisahkan riwayat Nabi Muhammad s.a. w, para nabi Allah dan para sahabat Rasul. Persembahan yang tidak disertai alat muzik ini memerlukan kemerduan suara. c. Marhaban, nasyid dan qasidah Merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi Muhammad yang dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian dan berbentuk dakwah Islam iaitu terdapat dalam seni kata Arab dan Melayu. Qasidah biasanya dinyanyikan dalam bahasa Arab yang mengandungi puisi memuji Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Lagu-lagu yang digabungkan dengan muzik adalah:

Bobzeni. Kesenian dan Kebudayaan, http:/member tripod.com/Bobezani/budaya htm.(1 Ogos 2003) hlm 1

5 a Dikir Dikir dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir maulud, dikir Pahang, dikir Rebana dan dikir Perak. Dikir-dikir ini dilagukan dengan iringan pukulan rebana atau kompang. b. Hadrah Sejenis nyanyian yang berasal daripada dikir. Dinyanyikan dengan iringan sejenis alat bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang. c. Beduan Sejenis nyanyian rakyat negeri Perlis dan diiringi dengan bunyi-bunyian gendang. Beduan mempunyai persamaan dengan bentuk zikir dan burdah yang diiringi dengan pukulan rebana. e. Ghazal Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyikan dengan iringan alat seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla. Seni Muzik Menurut Kamus Dewan, muzik didefinisikan sebagi gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan serta bunyi-bunyian. Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia.6 Ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap muzik. Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi manusia terhadap bunyi-bunyian yang sudah menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan. Muzik sebenarnya tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan pancaindera penglihatan tetapi dirasai dengan hati atau perasaan. Muzik Tradisi Warisan Istana Dalam masyarakat Melayu, terdapat dua kelompok masyarakat iaitu tradisi tinggi (great tradition) dan tradisi rendah (little tradition). Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri daripada golongan bangsawan yang merupakan golongan kelas pemerintah yang menjadikan istana sebagai pusat kebudayaan. Raja-raja menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik di istana dan latihan dianjurkan untuk meningkatkan mutu persembahannya. Muzik nobat menjadi satu pasukan muzik istana sejak abad ke-15 lagi. Muzik ini dimainkan dalam upacara pertabalan, kematian raja dan upacara mengadap oleh para pembesar di hadapan bailarung. Selain nobat muzik yang berkembang melalui tradisi istana di Malaysia ialah gamelan. Gamelan yang terkenal di Tanah Melayu berasal dari kerajaan Riau-Lingga dan Johor. Alat-alat muzik yang digunakan dalam gamelan termasuklah saron, bonang, kerompong, gendang dan gong.

Ibid, hlm 2

6 Tradisi Muzik Rakyat Di samping tradisi tinggi yang berpusat di istana, terdapat pula tradisi rendah di kalanagn rakyat biasa yang terdiri daripada kaum petani dan nelayan. Perkembangan seni muzik di peringkat masyarakat tradisi rendah lahir daripada minat anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian daripada mereka mewarisi keahlian bermain alatalat muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat muzik ini diperbuat daripada bahanbahan yang diperoleh disekeliling mereka seperti buluh, kayu, kulit binatang dan lainlain. Muzik rebana merupakan sejenis alat muzik yang berkembang dalam masyarakat Melayu tradisional. Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat, maulut dan lain-lain. Tradisi Muzik Melayu yang lain Tradisi muzik Melayu yang lain seperti muzik makyong dan gendang keling diwarisi dari zaman pra Islam. Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan Perlis menggunakan alat muzik seperti Gong, rebab, gendang dan serunai. Di samping berbagai-bagai jenis muzik yang dinyatakan seperti muzik wayang kulit, kuda kepang dan ghazal juga merupakan muzik Melayu tradisional dari zaman silam. Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik seperti gamelan dan mempunyai hubungan dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat pribumi. Ghazal pula berasal dari pengaruh Arab Parsi, yang dibawa melalui India sebelum berkembang di alam Melayu. Muzik Melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian ronggeng atau joget yang mempunyai hubungan dengan dongdang sayang yang berkembang di Melaka dan canggung di Perlis. Dalam tarian kuda kepang pula terdapat alat-alat muzik paluan yang dibunyikan mengikut rentak kuda berlari. Tarian kuda kepang ini berkembang di Johor di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Jawa. Seni Gerak Seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni ini tidak dapat dilihat pada gerakan tangan, kaki, badan, mata dan anggotan badan yang lain. Seni gerak orang Melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni tari dan seni drama. i. Seni Tari Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah.7 Dalam kebudayaan Melayu terdapat pelbagai jenis tarian, sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian Melayu asli terbahagi kepada dua jenis.8 Pertama, tarian yang bercorak lemah lembut seperti tarian Mak Inang dan Siti Payung. Kedua, tarian rancak yang merupakan hasil daripada pengaruh tarian Portugis seperti tarian Ronggeng, Serampang Laut dan Singapura Dua.

7 8

Ibid, hlm 3 Ibid, hlm 4

7 Seni tari boleh dikategorikan dalam pelbagai jenis. Antara pembahagian yang boleh dibuat terhadap seni tari Melayu adalah seperti berikut: i. Tarian-tarian yang bercorak seni tari dari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan, pertabalan, istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian-tarian ini termasuklah tarian Siti Payung, Mak Inang, Asyik, Gamelan dan sebagainya. ii. Tarian-tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarian rodat, hadrah dan sebagainya. iii. Tarian rakyat seperti dondang sayang, ronggeng, joget dan sebagainya. iv. Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang, tarian labi-labi, tarian berdayung dan sebagainya. Tarian Asli Tarian ini dicipta berdasarkan lagu-lagu Melayu asli dengan mengikuti irama lagulagu Melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih, Gunung Banang, Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan, Telani, Asli Abadi dan sebagainya. Tarian Asyik Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah-daerah Kelantan yang ditarikan di istana raja-raja Kelantan dan Patani. Asyik beerti kekasih, maka tarian ini bersesuaian dengan gerak-geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu, lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari. Tarian Asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab, gambang dan gedombak. Tarian Dabus Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkaitan dengan kepahlawanan Sayidina Ali. Tarian Gambus Tarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak. Tarian ini dikatakan telah dikenali di daerah ini sejak 50 tahun yang lalu, dipercayai berasal dari negeri Arab. Tarian Kuda Kepang Tarian ini adalah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan Islam. Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan peperangan Rasullullah dan para sahabat.

8 Tarian Zapin Tarian ini dikatakan dari negeri Parsi. Ia diiringi dengan lalat-alat muzik seperti dabus dam marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju Melayu. Canggung Kata tanggung berasal dari bahasa Thai yang beerti menari. Tarian Canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan pulau Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua. Seni Bina Seni bina biasanya dibicarakan serentak dengan perkembangan perbandaran kerana bandar wujud dengan adanya binaan bangunan. Justeru itu, pembinaan bandar mesti dirancang untuk menjamin ketahanan sesuatu tamadun. Tamadun lahir dari kehidupan yang tetap-menetap sama-ada di tepi-tepi sungai dan di persisiran pantai pada peringkat permulaan. Ibn Khaldun mengatakan senibina sebagai satu subjek yang amat penting. Beliau berulang kali membincangkan subjek senibina pada bab 3, 4 dan 5 dalam bukunya Al-Muqaddimah Li Kitab al-Ibar. Umat Islam tidak memberi perhatian kepada seni ini mempunyai ciri persamaan dengan menyembah berhala9 dan diperingkat awalnya mereka tidak memberi perhatian utama kepada pembinaan bangunan seperti yang ditegaskan oleh Ibn Khaldun. Kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu mewarnakan senibina Melayu yang berunsur tempatan dengan unsur Islam. Tamadun Hindu Buddha terputus identiti asalnya dan diganti dengan tamadun bercorak Islam. Unsur-unsur kesenian Islam di Malaysia terdapat pada binaan bangunan antaranya seperti: i. Binaan di bandar-bandar seperti bangunan pejabat, gedung perniagaan, istana dan rumah-rumah. Bangunan bercorak agama seperti masjid. Bangunan bercorak pertahanan seperti benteng-benteng dan kubu-kubu.

ii. iii.

Bentuk seni yang terdapat pada bangunan ialah seni pahat, seni ukur dan seni pemandangan alam semulajadi. Unsur-unsur seni yang sedemikian jelas kelihatan pada binaan masjid meliputi dinding, ruang-ruang, tiang dan peralatan bahagian dalam. Masjid adalah sebagai asas yang dipegang oleh orang Islam dalam membina bandar dengan acuan Islam. Sebagai contoh di bandar Kuala Lumpur terdapat unsur seni Islam pada bangunan-bangunan lama seperti bangunan perhentian keretapi, Pejabat Pos Besar (lama), Pejabat Penerangan dan Masjid Jamek. Di antara unsurunsur seni Islam yang terdapat pada bangunan tersebut ialah bentuk menara, kubah dan arca-arca serta seni khat. Tiap-tiap negeri di Malaysia terdapat masjid negeri yang terletak di pusat bandar. Di samping itu, masjid-masjid dibina disegenap pelusuk tanahair. Menurut
9

Lihat Dr. Hassan Ibrahim Hasan, Tarikh al-Islam, Juz 1 Maktabah al-Nahdah, Misr, 1964, hlm 514.

9 Abdul Jawad Ali dalam bukunya Tarikh alImarah bahawa orang Islam berusaha keras membina masjid-masjid untuk mengatasi bangunan gereja Kristian. Masjid pertama di muka bumi ini ialah Masjid al-Haram di Makkah, yang asasnya telah ada sejak zaman Nabi Ibrahim a.s dan masjid yang pertama dibina dalam sejarah risalah Islamiah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah Masjid Quba di Madinah. Di samping menilai senibina Islam yang terdapat pada binaan masjid harus juga dilihat fungsi masjid sebagai institusi yang menjadi wadah perbentukan tamadun keran asegala aktiviti yang melahirkan tamadun islam bertolak dari masjid. Pakar-pakar senibina Arab dan India memberi sumbangan yang besar dalam tamadun senibina kerana pada abad ke-11, India sudah mencapai tamadun yang tinggi dalam bidang tersebut seperti terbina Qutub Minar dan Taj Mahal yang masyur. Dengan adanya bimbingan daripada pakar-pakar senibina asing lahirlah pakar-pakar senibina di kalangan orang Melayu (Islam). Sultan Muzaffar Syah iaitu Raja Kedah yang pertama memeluk Islam bertanya kepada Tuan Syeikh Abdullah, seorang ulama yang mengislamkan baginda, tentang kemuliaan (keindahan senibina) di Tanah Arab. Maka Syeikh Abdullah memberitahu baginda selain masjid ialah menara. Lantaran itu Sultan bersetuju untuk membina di puncak Gunung Jerai. Bagi membina menara tersebut, disuruh mencari tukang batu dan tukang besi. Maka Syeikh Abdullah menghantar (mengirim) surat kepada saudaranya Maulana Ibrahim Sab di India supaya membawa pakar-pakar seni binadari India ke Kedah. Lalu pembinaan menara dimulakan pada 10 Safar 1185 H dan siap pada tahun 1194H.10 Menara menjadi satu tanda ingatan bagi generasi yang kemudian tentang ketinggian tamadun Islam yang dicipta oleh pemerintah Islam.11 Kota-kota juga dibina sebagai tugu pertahanan. Biasanya di dalam kota terdapat istana yang dilengkapi dengan meriam-meriam.12 Di negeri Kedah terdapat Kota Kuala Bahang yeng lebih dikenali sebagai Kota Kuala Kedah. Kota ini akan dipulihkan oleh bahagian arkeologi Muzium Negara Malaysia. Di samping senibina membawa erti yang besar kepada kehidupan masyarakat kerana ia meliputi bukan sahaja sains dan seni tetapi juga aspek-aspek emosi, astetik dan adakalanya politik.13 Di Malaysia, kota-kota yang dibina oleh pemerintah Islam pada zaman lampau telah dimusnahkan oleh penjajah. Seni Kraftangan Kraftangan merupakan hasil seni yang menarik dalam tamadun yang memperlihatkan kemahiran dan kepandaian satu-satu bangsa. Di antara bentuk-bentuk seni kraftangan yang terdapat di Malaysia ialah: i. Seni pertukangan barang tembikar dan kaca. Seni jenis ini boleh didapati pada alat-alat untuk hidangan makanan dan minuman seperti gelas, cerek dan pinggan mangkuk. Di permukaan barang-barang tembikar terdapat seni lukisan alam semula jadi ataupun seni khat.

10 11

Muhammad Hasan bin To Kerani Mohd Arsah, Tarikh Salasilah Negeri Kedah, hlm 129 Ibid, hlm 31 12 Ibid hlm 129 13 Faridwardi Sudin, Sejarah dan Perkembangan Senibina di Malaysia, dalam Syarahan Tun Seri Lanang, Bahagian Kebangsaan Kementerian Kebudayaan dan Sukan Malaysia, Kuala Lumpur, 1977, hlm 23.

10

ii.

Seni pertukangan bahan logam seperti emas, perak, besi, tembaga dan batu permata sebagai seni perhiasan. Negeri Terenganu umpamanya, terkenal dengan perusahaan barang-barang tembaga. Bangsa Melayu juga mahir dalam membuat keris, pedang dan alat senjata daripada besi. Seni jahitan, sulaman dan anyaman. Dalam masyarakat Melayu seni ini sangat popular yang kebanyakan diusahakan oleh kaum wanita. Terengganu terkenal dengan kain songket dan batik. Seni pertukangan kayu digubah dengan bentuk yang indah dan menarik. Pakar-pakar seni Melayu mengukir dan memahat berbagai-nagai bentuk ukuran dan pahatan di atas kayu. Corak ukiran itu berilhamkan alam sekitar lebih melambangkan kehidupan orang Melayu seperti corak bunga teratai dan bunga kacang. Seni Khat

iii.

iv.

Seni khat adalah satu ciri aktiviti tamadun kehidupan manusia yang merupakan salah satu keperluan asas kemasyarakatan. Daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran menusia mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan.14 Perkembangan seni khat mengalami keadaan yang serupa dengan lain-lain aspek kehidupan yang mempunyai kaitan dengan peningkatan tahap tamadun itu sendiri. Seni khat merupakan hasil aktiviti masyarakat maju. Oleh itu, menurut Dr. Marzuki bahawa tulisan khat yang dipergunakan oleh generasi-generasi Arab adalah bersumberkan ajaran Allah s.w.t yang terawal.15 Hasil seni cara menulis dari generasi terawal telah berkembang ke seluruh dunia. Rangsangan kepentingan seni khat sebagai aspek tamadun dala terjemahan Rasullullah s.a.w: "Hendaklah kamu mengindahkan seni khat kerana ia adalah antara kunci-kunci punca rezeki".16 Saiyidina Ali bin Abu Talib k.w berkata: Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni lukis kerana tulisan adalah perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan. Ibn Khaldun juga turut memberi pandangan tentang seni khat, seperti katanya, Khat adalah lukisan dan garisan huruf yang melambangkan penuturan yang dapat didengar iaitu sebagai pernyataan kepada sesuatu hal yang tersirat di dalam kalbu.17

14

Dr. Marzuki Haji Mahmud,Seni Khat dalam Tamadun Islam, Kertas kerja bengkel seni khat, Universiti Kebangsaan Malaysia, 29 Syaaban 1402 H./21 Julai 1882, hlm 1. 15 Dr. Marzuki Haji Mahmud, Seni Khat dalam Tamadun Islam,hlm 3. 16 Ibid, hlm 1. 17 Ibid, hlm 1.

11 Perkembangan Seni Khat Dengan tersebarnya agama Islam di Malaysia maka seni khat berkembang sebagai alat komunikasi. Pernyataan ini terdapat pada Prasasti Terengganu. Seni khat yang tertulis di Batu Bersurat itu dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu (jawi). Mutu seni pada peringkat awal ini kurang tinggi nilainya disebabkan pengukir tidak mempunyai kemahiran mengguna alat bagi membentuk huruf. Pada abad ke-15 M, di Malaysia perkembangan seni khat menunjukkan prestasi yang baik. Dalam koleksi batu berukir yang terdapat di kawasan permakaman Syeikh Ahmad Mukhtar Ramli bertarikh 973 H./1467 terdapat seni khat yang penting sebagai sumber sejarah. Seni khat pada batu berbentuk persegi bermula dengan Basmalah.18 Perkembangan seni khat di Malaysia berkait rapat dengan perkembangan tulisan jawi. Orang Melayu juga menyalin naskah-naskah al-Quran, kitab-kitab agama dan hikayathikayat dengan tulisan tangan. Begitu juga surat-menyurat, catatan mesyuarat, geran tanah, surat beranak dan surat perjanjian ditulis dengan tulisan jawi. Jenis khat, di antaranya ialah Thuluth, Diwan, Riqaah, Nasakh dan Kufi. Syed Abdul Rahman alAttas telah menerbitkan buku yang pertama tulisan cantik.19 Penggunaan Seni Khat Khat ditulis dengan istimewa dan di bangunan-bangunan terutamanya di masjidmasjid. Tulisan ayat-ayat al-Quran mempunyai dua fungsi iaitu untuk mengajar umat Islam dan sebagai hiasan yang indah. Di antara seni khat yang tinggi mutunya berbentuk Thuluth yang terdapat di dinding masjid Kampung Bukit Bayas, Kuala Terengganu yang didirikan pada tahun 1820 M./1236 H. Begitu juga terdapat seni khat pertukangan yang ditebuk-tebus. Ayat-ayat al-Quran seperti yang terdapat di Masjid Zainal Abidin, Kuala Terengganu, 1855 M./1272 H. Khat Thuluth yang dihiasi dengan unsur tumbuhan. Khat yang cantik juga boleh didapati pada mimbar masjid Selemak, Negeri Sembilan yang mempunyai mirip rekabentuk masjid yang terdapat di Melaka, mimbar masjid Arau Perlis, mimbar masjid Ubudiah, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak, mimbar masjid Rahman, Kelang, terdapat ayat Basmalah yang tebuk-tebus berlapis dibuat daripada tembaga.20 Orang Melayu (Islam) juga mengukir khat pada kayu. Ukiran khat kayu yang paling halus terdapat di Pantai Timur Malaysia, di Terengganu, Kelantan dan di Patani. Khat yang diukir pada kayu digunakan sebagai perhiasan pada bumbung rumah, pintu papan bertulis khat yang diukir itu dicat untuk menyerikan lagi keaslian seni khat. Khat juga digunakan sebagai papan tanda di bangunan-bangunan pejabat, bangunan bank, syarikat-syarikat perniagaan dan lain-lain.21 Khat juga ditulis pada barang tembikar umpama yang terdapat pada pinggan mangkuk tembikat untuk mengingati peristiwa seratus hari kemangkatan Sultan Yusuf, Perak, 1382 H./1963 M. 13. Pada tahun 1980 M/1401 H, Haji Omar Basaree mengeluarkan tiga piring tembikar warna hitam yang ditulis dengan khat Kufi dan Diwan.22
18

Syed Ahmad Jamal,Perkembangan Seni Khat di Malaysia, dlm. Kertas Kerja Bengkel Seni Khat, Universiti kebangsaan Malaysia, 29 syaaban 1402/21 Julai 1982, hlm 2. 19 Syed Ahmad Jamal, Perkembangan Seni Khat di Malaysia,hlm 3. 20 Ibid, hlm 5. 21 Ibid, hlm 11. 22 Syed Ahmad Jamal, Perkembangan Seni Khat di Malaysia, hlm 11.

12 Seni khat juga digunakan pada barang-barang seperti sarung keris, dulang, keris sepukul yang berasal dari Patani mengandungi ayat suci di kedua-dua belah matanya. Pada zaman Sultan Muzaffar Syah 1445 1459 M/894 864 H duit emas dikeluarkan dan begitu juga pada zaman Sultan Abdul Jalil 1623 1677 M/1032 1088 di Johor. Mohor Raja-raja Melayu dalam kurun ke-19 M dan ke-20 M mempunyai susunan khat yang indah. Perkembangan seni khat amat menggalakkan. Ini dapat disaksikan pada tiap-tiap tahun, semasa perayaan maulud nabi, kita dapat berbagai-bagai jenis khat di sepanduk-sepanduk dan juga diadakan pertandingan seni khat untuk menimbulkan kesedaran betapa pentingnya seni khat kepada masyarakat. Antara pameran seni khat yang pernah diadakan ialah pameran seni khat Johor Bahru (1976 M), pameran seni khat Kota Bahara (1976 M), pameran seni khat Kuala Terengganu (1796 M), pameran seni khat Pulau Pinang (1976 M), pameran seni khat Kangar (1977 M), pameran seni khat Alor Setar (1977 M), pameran seni khat Tapah (1977 M), pameran seni khat Batu Gajah (1978 M), pameran seni khat, Pusat Kebudayaan , Universiti Malaya (1981 M) dan pameran seni khat Universiti Kebangsaan Malaysia (1982 M). Seni Penulisan Seni penulisan iaitu puisi dan prosa memainkan peranan yang besar dalam mengembangkian tamadun Islam. Puisi dan prosa dapat membangkitkan semangat jihad. Ketika keletihan dan kelesuan, kekuatan alat senjata tidak berkesan untuk memulihkan tenaga tetapi sebaliknya puisi dan prosa dapat meniup semangat keperwiraan dan jihad fi sabilillah, untuk menegakkan panji-panji Islam. Penulisan amat penting sebagai alat untuk menyampaikan maklumat ajaran Islam kepada masyarakat umum bagi melahirkan suatu tamadun yang unggul. Musabaqah Membaca al-Quran Malaysia merupakan negara pertama di dunia menganjurkan mesabaqah membaca alQuran peringkat antarabangsa. Sejarah musabaqah membaca al-Quran bermula 18 Mac 1960, 20 Ramadhan 1379 H, tetapi musabaqah peringkat antarabangsa hanya bermula pada tahun 1961 M/1380 H.23 Antara negara-negara yang pernah menyertai tilawah al-Quran peringkat antarabangsa ialah Brunei, Filipina, Thailand, Singapura, Indonesia, India, Iran, Kemboja, Pakistan, Ceylon, Pulau Maldive, Somalis, Turki dan Vietnam Selatan.24 Sejak dari itu musabaqah membaca al-Quran diadakan setiap tahun. Musabaqah membaca al-Quran juga diadakan bagi murid-murid sekolah, peserta FELDA, tentera, polis dan pertubuhan-pertubuhan belia di seluruh dunia. Untuk merealisasikan Islam sebagai satu cara hidup bermasyarakat dan bernegara tidak cukup dengan perarakan maulud Nabi dan musabaqah membaca al-Quran kerana Islam bukan agama tayangan tetapui agama untuk diamal dan dihayati ajarannya dalam kehidupan. Al-Quran bukan untuk dipertandingkan tetapi untuk dibaca dan
23

Abdul Aziz Malim, Sejarah 20 tahun Musabaqah dan Perkembangan Islam di Malaysia, dlm. Majalah Ulangtahun ke-20 Musabaqah Membaca al-Quran, Utusan Printcorp Sdn. Bhd, Kuala Lumpur,1978, hlm 51. 24 Haji Abdul Rahman Yakub, Pertandingan Me mbaca al-Quran menimbulkan Semangat Baharu, dlm. Dewan Masyarakat, Jilid vi, Bil 1, Dewan Bahasa dan Puataka, Kuala Lumpur, 15 Januari 1968, hlm 38.

13 diikuti ajaran yang terkandung di dalamnya. Islam menjadi kuat pada zaman silam kerana penganut-penganutnya kuat mengamalkan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan. Sejarah membuktikan bahawa 2/3 dunia dapat ditakluki oleh orang Islam dan mengasaskan sebuah tamadun yang sukar ditandingi di dunia. Kesimpulan Islam memimpin manusia ke arah satu matlamat iaitu untuk merapatkan keredhaan Allah s.w.t di dunia dan di akhirat. Lantaran itulah dasar Islam membentuk suatu tamadun ialah wahyu Ilahi. Pertapakan Islam di alam Melayu telah mengubah cara hidup bangsa Melayu dari tahap primitif kepada hidup bertamadun. Kejayaan Islam dalam membentuk tamadun jelas kelihatan iaitu lebih kurang satu abad. Melaka telah muncul sebagai sebuah empayar Islam di rantau ini. Zaman kerajaan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dalam lembaran sejarah Islam di Nusantara. Kemahiran bangsa Melayu dalam lapangan senibina, seni kraftangan dan seni khat amat tinggi. Hasil usaha bangsa Melayu dalam kesenian masih boleh disaksikan di Malaysia pada bangunan-bangunan lama dan barang-barang antik yang tersimpan di Muzium Negara sebagai pusaka bangsa. Kegemilangan pemerintahan Islam mengalami malap dengan kedatangan penjajah-penjajah yang menjajah Tanah Melayu (Malaysia) silih berganti. Implikasi daripada penjajahan ini perkembangan tamadun Islam turut mengalami zaman malap. Walaupun Malaysia sudah mendapat kemerdekaan, tetapi ideologi penjajah masih diterima oleh sesetengah pihak. Lantaran itu pertentangan antara golongan berideologi Barat dengan golongan Islam terus berlanjutan yang membawa kepada kepincangan masyarakat. Dalam kajian tamadun di mana-mana bahagian dunia Islam didapati perkembangan tamadun Islam mengalami proses yang sama iaitu zaman kegemilangan dan kemerosotan. tamadun Islam berada di puncak ketinggian ketika pemerintah dan rakyat mengamalkan prinsip Islam sepenuhnya dalam kehidupan. Sebaliknya tamadun Islam mula merosot ketika ajaran Islam diabaikan oleh penganutpenganutnya. Oleh itu, untuk memulihkan kembali tamadun Islam maka umat Islam hendaklah mengamalkan prinsip Islam dalam semua aspek kehidupan. Rujukan Abdullah Jusuh, 1990. Pengenalan Tamadun Islam Di Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Dr Baharudin Ahmad. Seni Dan Budaya Dalam Kehidupan Beragama. http://www.1-muisgov.sg/lecturers/bahar.scr.doc http://membertripod.com/Bobezani/budaya.htm

Anda mungkin juga menyukai