Anda di halaman 1dari 3

Budaya itu suatu cara hidup yang dikongsi bersama yang merangkumi nilai-nilai, kepercayaan dan pantang-larang yang

diperturunkan dalam sesebuah masyarakat daripada satu generasi ke generasi melalui proses pembudayaan.

Antropologi terdiri daripada dua patah perkataan Greek, anthropos (manusia) dan logos (huraian). Justeru, antropologi bermakna huraian atau pengetahuan tentang manusia. Antropologi sosial pula bermakna pengetahuan tentang manusia dalam masyarakat. Kita juga boleh menyebut bahawa antropologi adalah ilmu tentang manusia, masyarakat dan budayanya. Antropologi berminat untuk mengetahui serba serbi tentang manusia, tentang wujudnya mereka sebagai iinsan sosial (bukan sebagai insan biologi), tentang bagaimana mereka hidup dalam berbagai-bagai jenis masyarakat di serata pelosok dunia yang mempunyai iklim, ekologi dan suasana alam semulajadi yang berbeza-beza. Manusia sebagai insan sosial (sila lihat Rajah 1.3) tidak mampu hidup bersendirian dan perlu bekerjasama dengan manusia-manusia lain untuk mencapai matlamatnya, bak pepatah Inggeris No man is an island. Bidang kajian antropologi agak luas, kerana kalau kita mengkaji manusia sebagai insan sosial, maka kita harus juga mengkaji dengan terperinci berbagai-bagai aspek kemanusiaan dan aspek kemasyarakatan yang lain, yang merangkumi disiplin-disiplin serumpun seperti sosiologi, psikologi, sains politik, ekonomi, sejarah, biologi manusia, dan juga falsafah dan kesusasteraan. Oleh itu, antropologi bersifat holistik atau mempunyai pendekatan yang menyeluruh. Istilah budaya (culture) pula berasal daripada perkataan Latin colere, iaitu kata kerja yang bermakna mencambah (cultivate). Dalam hal ini apa yang

dicambah itu ialah budaya yang mesti diterapkan pada diri seseorang secara sedar atau tidak sedar untuk menjadikan ia seorang insan sosial. AAntropologi budaya pula bermakna pengetahuan berkenaan dengan manusia yang telah dicambah atau diterapkan dengan budaya. Apakah hubungan antara budaya dan masyarakat? Budaya merujuk kepada aspek kehidupan yang dipelajari oleh seseorang atau yang dicambah pada diri seseorang, yang bersifat kognitif dan simbolik, manakala masyarakat merujuk kepada organisasi sosial yang merangkumi kehidupan manusia, dari segi pola pergaulan (atau interaksi), iaitu bagaimana kita harus bertindak apabila berdepan dengan orang lain. Adakah kita bertegur sapa, mengelak atau melakukan sesuatu yang boleh menunjukkan bentuk hubungan status antara kita dan orang berkenaan. Soalnya ialah bagaimanakah kita memberikan pengiktirafan sosial kepada seseorang yang terserempak dengan kita?

Setelah mendefinisikan maksud budaya, sudah tentu anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri budaya. Ferraro (2006) menyenaraikan lapan ciri-ciri budaya: (a) Budaya dikongsi (b) Budaya dipelajari (c) Budaya tidak kelihatan (d) Budaya mempengaruhi proses-proses biologi (e) Budaya saling berubah (f) Kesejagatan budaya (g) Budaya adaptif dan maladaptif (h) Budaya bersifat integratif

1.3.1 Budaya Dikongsi Budaya adalah sesuatu fenomena sosial yang dikongsi oleh sekumpulan ahli masyarakat. Ini bermaksud bahawa ahli-ahli masyarakat yang berkongsi sesuatu budaya masing-masing maklum tentang maksud sesuatu objek, idea atau kelakuan dalam konteks budaya tersebut. Sebagai insan sosial, kita akan berasa selamat jika kita mampu menjangka tindakan anggota-anggota masyarakat yang lain. Sebagai contoh, masyarakat Melayu di sini mengamalkan adab bersopan-santun ketika menziarahi rumah orang lain. Secara lazimnya, kita akan memberi salam ketika sampai ke rumah jiran dan menghulurkan tangan untuk bersalaman (sila lihat Rajah 1.4). Perkara ini difahami antara orang Melayu sebagai adab sopan ketika menziarahi rumah orang. Sudah tentu kita tidak akan menganggap bahawa tangan yang dihulurkan itu bermaksud agresif! Jika kita tidak berkongsi sesuatu budaya, pelbagai perkara yang canggung dan melucukan boleh berlaku. Renung kembali situasi yang digambarkan dalam pengenalan topik ini. John menjadi mangsa pertembungan budaya dan secara tidak sengaja melakukan sesuatu yang menyinggung orang tua Ahmad (tidak menanggalkan kasutnya ketika memasuki rumah). Inilah yang dipanggil kejutan budaya (culture shock), iaitu ketidakpastian dan kekaburan yang dialami seseorang apabila dia cuba bertindak dalam suatu budaya yang asing

Anda mungkin juga menyukai