Anda di halaman 1dari 30

TAJUK 1 : KONSEP BUDAYA

Kandungan (elemen)

Konsep Budaya

Budaya Material
Meliputi
bahan-bahan
fizikal
kebudayaan
serta
cara-cara
penggunaannya.
Contoh ;
keris : alat kebesaran bagi
raja/lambang
kekuasaan/kedaulatan.
orang Melayu mempunyai
rumah yang berbeza dengan
orang Inggeris atau orang
Eskimo

Budaya Bukan Material


Kepercayaan, adat istiadat dan
undang-undang.
Contoh ;
setiap masyarakat mempunyai
adat istiadat yang berbezabeza
seperti
dalam
perkahwinan
masyarakat
Melayu iaitu pihak lelaki yang
memberi hantaran kepada
pihak perempuan manakala,
bagi
masyarakat
India,
hantaran (dowri) perkahwinan
diberi oleh pihak perempuan
kepada pihak lelaki.
dalam masyarakat Melayu
juga ada adat pepatih & adat
temenggung.

Kamus Dewan :

Kemajuan fikiran, akal budi (cara


berfikir), berkelakuan dan sebagainya.

Cara hidup yang diamalkan oleh


kumpulan tertentu dan meliputi sistem
sosial, susunan organisasi ekonomi, politik,
agama, kepercayaan, adat resam, sikap
dan nilai.
Dari sudut etimologi ;
Perkataan budaya berasal dari akar kata
yang tersusun daripada dua perkataan yang
terpisah iaitu budi dan daya.
budi bererti cahaya atau sinar yang
terletak di dalam batin manusia.
daya bertalian dengan upaya iaitu usaha,
keaktifan manusia melaksanakan dengan
anggotanya apa yang digerakkan oleh
budinya.
Pandangan Inggeris ;
Istilah culture berasal dari perkataan Latin
colere yang bermaksud menyedia dan
mengerjakan tanah atau menanam.
Orang Eropah memilih perkataan culture
untuk menggambarkan pemikiran mereka
yang berhubungan dengan kehidupan
mereka yang sangat rapat dengan aktiviti
pertanian (agriculture) pada masa tersebut.
Justeru, sesiapa menyebut cultivated
person
merujuk
seseorang
yang
mempunyai culture.
Pandangan Bahasa Arab ;
Istilah kebudayaan ini sinonim dengan
perkataan
al-thaqafah.
Istilah al-thaqafah membawa erti cepat
memahami dan kecerdikan.
Thomas J.Sullivan (1993) :
Merujuk kepada tradisi, adat dan perlakuan
seseorang
Lucy Mair :
Milik bersama sesuatu masyarakat
mempunyai tradisi yang sama.

yang

Taib Osman (1988) :


Kebudayaan adalah cara hidup, cara mengatur
hidup 1 kelompok manusia.

Adat - peraturan yang sudah diamalkan secara


turun-temurun dalam masyarakat sehingga
menjadi hukum & peraturan yang harus
dipatuhi.
Istiadat: cara2 / peraturan untuk melakukan
sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan/resam.

TAJUK 2 : KONSEP BUDAYA


DEFINISI SECARA UMUM
Kebudayaan adalah satu cara hidup yang
dikembangkan oleh sesuatu masyarakat
untuk memenuhi keperluan asasinya untuk
terus hidup, meneruskan zuriatnya dan
mengatur pengalaman sosialnya
Menurut definisi sosiologi, kebudayaan ialah
cara hidup yang menjadi kepunyaan
bersama
Kebudayaan biasanya dikatakan sebagai
benda-benda
seperti
lukisan,
kesusasteraan, muzik dan falsafah.
Kebudayaan bukan sahaja merupakan
perkara yang seni dalam hidup, tetapi juga
apa sahaja yang terdapat di persekitaran
manusia yang dibuat oleh manusia.
DARI SUDUT ETIMOLOGI
Perkataan budaya berasal dari akar kata
yang tersusun daripada dua perkataan yang
terpisah iaitu budi dan daya.
Kalimah budi bererti cahaya atau sinar
yang terletak di dalam batin manusia.
Perkataan daya bertalian dengan upaya
iaitu
usaha,
keaktifan
manusia
melaksanakan dengan anggotanya apa
yang digerakkan oleh budinya.
DARI PANDANGAN INGGERIS
Istilah culture berasal dari perkataan Latin
colere yang bermaksud menyedia dan
mengerjakan tanah atau menanam.
Orang Eropah memilih perkataan culture
untuk menggambarkan pemikiran mereka di
mana salah satu dari maknanya adalah
berhubungan dengan kehidupan mereka
yang sangat rapat dengan aktiviti pertanian
(agriculture) pada masa tersebut. Justeru,
sesiapa menyebut cultivated person
merujuk seseorang yang mempunyai
culture.

KESIMPULAN DEFINISI BUDAYA


Perkataan budaya dalam bahasa Melayu
yang berasal dari budi dan daya serta
bahasa Arab al-thaqafah
lebih
menghampiri falsafah kebudayaan yang
berhubung-kait dengan penjelmaan akal
manusia.
Begitu juga dalam penggunaan bahasa
Inggerisnya, culture
yang merujuk
kepada hubung-kaitnya dengan aktiviti

pertanian. Kemajuan dalam sektor


pertanian pada zaman Renaisance
menjadi titik tolak penggunaan istilah
culture.
Istilah kebudayaan merujuk dua proses
utama, iaitu internal dan eksternal.
Proses
internal
(dalaman)
bersumberkan
budi
ataupun
kecerdikan akal yang menjana proses
eksternal yang berasaskan daya
ataupun tenaga manusia sebagai
momentum dalam mengatur urusan
hidupan harian bermasyarakat.

KANDUNGAN (ELEMEN)
BUDAYA MATERIAL
Meliputi bahan-bahan fizikal kebudayaan
serta cara-cara penggunaannya.
Contohnya, orang Melayu mempunyai
rumah yang berbeza dengan orang Inggeris
atau orang Eskimo

BUDAYA BUKAN MATERIAL


kepercayaan, adat istiadat dan undangundang.
Contohnya, setiap masyarakat mempunyai
adat istiadat yang berbeza-beza dalam
menjalani kehidupan seperti perkahwinan
masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki
yang memberi hantaran kepada pihak
perempuan manakala, bagi masyarakat
India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi
oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki

CIRI-CIRI BUDAYA
Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi
ke satu generasi berikutnya. Ini
bermakna bahawa budaya Melayu,
Cina dan India yang diamalkan hari
ini adalah lanjutan daripada budaya
terdahulu.
Peristiwa yang telah berlaku akan
memberi kesan kepada hari ini.
Budaya itu juga diwarisi juga
membawa maksud bersambung.
Teknologi yang dihasilkan hari ini
adalah hasil teknologi awal manusia
masa lampau
Dipelajari
Budaya tidak lahir secara langsung
tetapi perlu dipelajari

Bentuk dan jenis pembelajaran


anggota masyarakat bergantung
kepada beberapa faktor iaitu:
i. Agen-agen
sosialisasi
seperti
keluarga, jiran, sekolah, institusi
latihan dan sebagainya.
ii.
Nilai yang mendapat keutamaan
dalam sesebuah masyarakat itu.
iii. Umur seseorang.
iv. Tahap pendidikan
v.
Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.
Perkongsian
Budaya itu dikongsi oleh manusia
iaitu setiap perlakuan itu diramal dan
didokong oleh sekumpulan manusia.
Nasi lemak dan roti canai menjadi
budaya
kerana
masyarakat
menggemarinya. Bahasa Melayu
adalah kebudayaan rakyat Malaysia
kerana dituturkan oleh mereka dalam
kehidupan seharian.
Perlakuan yang tidak dikongsi oleh
sekumpulan manusia tidak termasuk
dalam budaya seperti perlakuan
mencuri walaupun ia wujud dalam
masyarakat. Tanpa perkongsian, ia
hanya menjadi perlakuan individu
dan bukannya perlakuan masyarakat.
Kesejagatan
Kesejagatan
budaya
ialah
kebudayaan itu wujud dalam
semua kelompok manusia. Tidak
ada masyarakat yang tidak
memiliki kebudayaan.
budaya yang sejagat itu berbeza
antara masyarakat kerana faktor
pengaruh alam, pengaruh luar
dan tahap penyesuaian anggota.
Clyde Kluckhohn mengesan tujuh
unsur yang terdapat dalam semua
budaya iaitu:
i. peralatan dan kelengkapan hidup
manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem
ekonomi.
iii. sistem sosial.
iv. Bahasa
v.
kesenian.
vi. sistem pengetahuan.
vii. agama dan kepercayaan.
Berubah

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Budaya sentiasa berubah dan


tidak ada budaya tidak mengalami
perubahan. Perubahan ini dikaji
daripada perubahan bentuk, ciri
dan proses yang berlaku. Rumah
beratap genting telah digantikan
dengan rumah beratap rumbia.
Perubahan
budaya
bukan
kebendaan dilihat dengan jelas
seperti
perubahan
sistem
ekonomi
sara
diri
kepada
ekonomi
kapitalis.
Namun,
perubahan budaya kebendaan
lebih cepat berubah.
Perubahan
ini
disebabkan
beberapa faktor, antaranya:
pertambahan
bilangan
anggota
masyarakat
pertambahan keperluan dan keinginan
manusia.
penemuan dan penciptaan teknologi
baru.
pertembungan budaya.
konflik yang berlaku.
perubahan alam sekitar.

Perlambangan
Perlambangan ialah sebagai satu
lambang
dalam
budaya
yang
memberikan makna tertentu kepada
pendukungnya
seperti
bendera,
warna, logo, lambaian tangan dan
sebagainya.
Perlambangan yang wujud turut
membantu manusia berhubung dan
berkomunikasi
sesama
mereka
seperti isyarat memanggil.
Pandangan Semesta
Pandangan
semesta
ialah
bagaimana manusia memberikan
tafsiran terhadap keadaan alam
sekeliling ke dalam kehidupan
seharian.
Pandangan semesta ini timbul
kerana manusia mempunyai pertalian
yang rapat dengan alam sekitarnya.
Pertalian yang
erat ini pula
diterjemahkan
dalam
kehidupan
seharian seperti simpulan bahasa
(seperti aur dengan tebing), ukuran
(sehasta, sepelaung), tempoh masa
(setanak nasi) dan sebagainya.

AKOMODASI
Sedar perbezaan budaya.
Pertahan budaya sendiri dan hidup dengan
harmoni
A+B+C=A+B+C
AKULTURASI
Minoriti menerima budaya majoriti,
tanpa ubah budaya asal.
Berlaku proses pinjaman
tali leher, angpow, makanan, hiburan
A + B + C = Ai + Bi + Ci

ASIMILASI
Minoriti terima budaya dominan
Contoh : masyarakat Jawa,
masyarakat Cina Kelantan, Baba
Nyonya
A+B+C=A

PERKEMBANGAN MASYARAKAT :
i. Tahap savagery
ii. Tahap barbarisme
iii. Tahap tamadun.

dan

TAJUK 3 : KONSEP MASYARAKAT


DEFINISI MASYARAKAT
Ralph Linton, 1936 :
Masyarakat ialah kelompok manusia
yang hidup dan bekerjasama sehingga
mereka dapat mengorientasikan dirinya
dan berfikir mengenai dirinya sebagai
kesatuan sosial yang mempunyai batasbatas tertentu.
Harry L. Shapiro, Man, Culture and Society,
1960 :
Masyarakat ialah manusia yang hidup
dalam
suatu kelompok dan bekerjasama
antara satu dengan yang lain.
Masyarakat terdiri daripada
perempuan dan kanak-kanak.

4. Masyarakat mempunyai kebudayaan, dan


kebudayaan
tersebut
boleh
terus
berkembang.
5. Masyarakat mempunyai stratifikasi, iaitu
kelas dan status.
6. Masyarakat berinteraksi melalui bahasa.

lelaki,

Masyarakat wujud dari satu generasi ke


satu generasi di samping mewariskan unsurunsur tradisi.
Ciri-ciri masyarakat :
1. Masyarakat hidup dalam satu kelompok dan
tinggal tetap dalam kumpulannya.
2. Masyarakat ialah komuniti yang saling
bergantung dan memerlukan antara satu
sama lain.
3. Anggota masyarakat mempunyai peranan
yang tertentu.

TAHAP SAVAGERY :
Tahap savagery rendah:
Manusia hidup dengan makan buah-buahan
dan kekacang tanpa mengenal api. Dalam
zaman ini, mereka juga meramu dengan
mencari akar-akar kayu dan tumbuhtumbuhan liar.
o Tahap savagery pertengahan:
Mereka
menggunakan
api
dan
menjadikan ikan sebagai tambahan
kepada menu mereka. Oleh itu, mereka
menambah tugas seharian dengan
menangkap ikan.
o Tahap savagery atas :
Manusia mendapat busur dan panah
untuk kegunaan berburu.

TAHAP BARBARISME :
Tahap rendah:
Periuk belanga telah dibuat.
Tahap pertengahan:
Ini diikuti dengan aktiviti penternakan
binatang di Benua Lama dan menanam
jagung di Benua Baharu. Seni bina batu
juga wujud pada tahap barbarisme
pertengahan ini dengan menggunakan
batu bata yang dikeringkan oleh cahaya
matahari.
Tahap atas:
Alat-alat daripada besi muncul semasa
tahap barbarisme tahap atas.

TAHAP TAMADUN :
Pada tahap tamadun, abjad fonetik dan
penulisan mulai dikenal

TAJUK 4 MASYARAKAT MELAYU


TAKRIF MELAYU :
Menurut
Perlembagaan
negara
Malaysia, Melayu ialah orang yang lazim
berbahasa
Melayu,
berkebudayaan
Melayu, beragama Islam :
...seseorang yang menganut agama
Islam, lazimnya bercakap bahasa
Melayu, menurut adat istiadat Melayu
dan
a) lahir sebelum Hari Merdeka di
Persekutuan atau Singapura atau
ibu bapanya lahir di Persekutuan
atau Singapura, atau pada hari
Merdeka ia adalah berdominasi di
Persekutuan atau di Singapura atau
b) ia adalah keturunan seseorang yang
tersebut.
(Mohd Rashid Md Idris, 2007:3)

TAKRIFAN MELAYU DARI SEGI SUKU


BANGSA :
Melayu mestilah daripada keturunan suku
Melayu dari segi darah dagingnya, bertutur
bahasa
atau
dialek
Melayu
dan
berkebudayaan serta beradat resam
Melayu.
Suku Melayu jenis ini terdapat di
Semenanjung Malaysia, termasuk Thailand
Selatan, Pantai Sarawak, Brunei, Pantai
Sabah, Pesisir Kalimantan, Indonesia dan
lain-lain.

dan lain-lain.
(Syed Ali yang dipetik oleh Mohd Rashid Md
Idris)
Menurut pendapat yang dikemukakan
oleh Asmah Hj. Omar yang dipetik oleh
Siti Hajar Abdul Aziz (2008:5) Susur
Galur Bahasa Melayu
Melayu merujuk kepada bangsa
Austronesia
yang
terdapat
di
Semenanjung Tanah Melayu dan
kawasan yang secara tradisional
dikenali
sebagai gugusan pulau
Melayu.
TAKRIF MELAYU - CATATAN ORANG CHINA
Melayu merujuk sebuah kerajaan Mo-loyeu mempersembahkan hasil bumi
kepada raja China sekitar 644-645
Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu
mengirimkan Utusan ke negara China
untuk mempersembahkan hasil-hasil
bumi kepada raja China.

TAKRIF MELAYU - PERKATAAN JAWA


Mlayu
bermaksud
berlari
atau
mengembara. Hal ini boleh dipadankan
dengan orang Indo-Melayu (Austonesia)
yang bergerak dari Yunan.

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG BANGSA


MELAYU

TAKRIFAN MELAYU OLEH UNESCO :


Melayu merupakan satu keluarga bangsa
yang mempunyai satu keluarga bahasa yang
sama, bentuk fizikal tubuh badan yang
hampir sama, berkulit sawo matang, rambut
lurus,
berketinggian
sederhana
dan
penduduk asli di satu kawasan yang sangat
besar.
Dari segi lahiriah: orang Melayu ialah
orang yang berkulit sawo matang,
berbadan sederhana serta tegap dan
selalu berlemah lembut serta berbudi
bahasa.
Dari segi budaya: Melayu meliputi
penduduk kawasan yang lebih luas,
iaitu gugusan pulau-pulau Melayu yang
meliputi Malaysia, Indonesia, Filipina

Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini


masih kabur.
Beberapa pendapat :

a) bangsa Melayu berasal dari Yunnan


(Teori Yunnan)
b) bangsa Melayu berasal dari Nusantara
(Teori Nusantara)
c) Orang Minangkabau (Melayu) dari Asia
Tengah
TEORI NUSANTARA
3 Gelombang Utama :
Negrito
Proto
Deutro
i) Negrito
Orang

Neggrito

merupakan

penduduk

paling awal di Kepulauan Melayu


Berasal daripada golongan Austronesia di
Yunnan.

Mereka dikatakan berada di sini sejak 1000


SM berdasarkan penerokaan arkeologi di
Gua Cha,Kelantan.
ciri-ciri fizikal : berkulit gelap, berambut
kerinting, bermata bundar,berhidung lebar,
berbibir penuh, saiz badan yang pendek,
Keturunannya orang Asli di semenanjung
Malaysia,Dayak di Sarawak dan Batak di
Sumatera

ii) Proto
Perpindahan gelombang kumpulan 2
Peradaban orang melayu-proto ini lebih
maju sedikit daripada orang Negrito.
Orang Melayu-proto telah pandai membuat
alat bercucuk tanam,membuat barang
pecah belah, dan alat perhiasan
Berpindah randah
zaman mereka ini dinamai Neolitik atau
Zaman
Batu
Baru.
iii) Deutro
Kumpulan ketiga dikenali sebagai Melayu
Deutro
Perpindahan penduduk yang kedua dari
Asia yang dikatakan dari daerah Yunan
diperkirakan berlaku pada tahun 1500
Peradaban yang lebih maju daripada
melayu
proto.Melayu-Deutro
telah
mengenal kebudayaan logam.
Mereka telah menggunakan alat perburuan
dan pertanian daripada besi.
Zaman mereka ini dinamai Zaman
Logam,mereka hidup di tepi pantai dan
menyebar hampir di seluruh kepulauan
melayu ini.
TEORI NUSANTARA
Bangsa Melayu dan Bangsa Kawa
mempunyai tamadun yang tinggi.
Pada abab ke 19,Taraf ini hanya dapat
dicapai setelah perkembangan budaya
yang lama.pekara ini menunjukan orang
Melayu tidak berasal dari mana-mana,tetapi
berasa dan berkembang di Nusantara.
Manusia Kuno Homo Soloinensis dan
Homo Wajakensis terdapat di pulau
jawa.Penemuan manusia kuno ini di pulau
jawa menunjukkan adanya kemungkinan
orang melayu itu keturunan daripada

manusia kuno tersebut yakni berasal


daripada jawa dan mewujudkan tamadun
bersendirian
Bahasa di Nusantara (Bahasa Austrinesia)
mempunyai perbezaan yang ketara dengan
bahasa di Asia Tengah (Bahasa IndoEropah)
Sejarah Asal Usul Bangsa Melayu
Dalam buku Sejarah Melayu disebut bahwa
Melayu adalah nama sungai di Sumatera
Selatan yang mengalir disekitar bukit Si
Guntang dekat Palembang. Si Guntang
merupakan tempat pemunculan pertama
tiga orang raja yang datang ke alam
Melayu. Mereka adalah asal dari keturunan
raja-raja Melayu di Palembang (Singapura,
Malaka dan Johor), Minangkabau dan
Tanjung Pura.
TEORI ASIA TENGGARA
Orang minangkabau itu berasal daripada
pengikut Nabi Nuh,iaitu bangsa Ark yang
mendarat di muara sungai Jambi dan
Palembang,semasa banjir besar berlaku di
bumi.tetapi pendapat ini masih belum
mendapat bukti yang kukuh.
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana
R.H.Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R
Logen,Slametmuljana dan juga Asmah Haji
Omar.secara
keseluruhannya,
alasanalasan yang menyokong teori ini :
1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak
Tua di Asia Tengah di Kepulauan
Melayu .perkara ini menunjukkan
adanya migrasi penduduk dari Asia
Tengah ke Kepulauan Melayu;
2. Adat resam bangsa Melayu mirip
budaya
Asia
Tengah

TAJUK 5: KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG


POLITIK)
ISI KANDUNGAN:
1. Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran
2. Institusi Sosial
3. Sistem Kekeluargaan
1.
SISTEM
PENTADBIRAN

PEMERINTAHAN

DAN

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi


Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara yang bertugas selama 5
tahun dan dipilih oleh Majlis Raja-Raja.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong juga menjadi Kepala Utama Negara
dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi
Angkatan Tentera Negara. Baginda akan
menjalankan
tugas-tugas
dibawah
Perlembagaan mengikut nasihat Perdana
Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja
pula menjadi Ketua Negeri masing-masing
dan menjalankan tugas mengikut nasihat
Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua
Menteri.
Sistem pemerintahan disesuaikan
dengan agama Islam
Sultan dikatakan sebagai berasal dari
keturunan pahlawan
Sultan dibantu dalam menjalankan
pemerintahan oleh orang-orang besar
yang menjadi pegawai
Sultan juga diaanggap mempunyai
kekuatan dan keajaiban
Sultan dianggap sebagai individu
yang perkasa
Konsep daulat memberi peluang
kepada Sultan untuk meletakkan
dirinya berbeza dengan orang lain
Institusi raja merupakan institusi yang
menjadi sanjungan

PEMBESAR PERINGKAT NEGERI/DAERAH

PENTADBIRAN
KAMPUNG

PERINGKAT

2.
INSTIUSI
SOSIAL
KEBUDAYAAN
MELAYU
Perkataan sosial dari segi kebudayaan
membawa maksud yang sangat luas
meliputi segala aspek yang berrkaitan
dengan masyarakat.
Sosial dalam pendefinisian ini merangkumi
sistem sosial, stratifikasi sosial, struktur
sosial,
perhubungan
antara
anggota
masyarakat, mobiliti sosial dan bentuk
kepercayaan.
Dalam konteks masyarakat tradisional,
sistem sosialnya merupakan struktur

masyarakat
yang
belum
pengaruh peradaban Barat.

menerima

Herarki Sosial Masyarakat Melayu


Herarki merupakan susunan sesebuah
masyarakat yang bakal membentuk
pentadbiran.
Herarki ini menggambarkan kedudukan
sesuatu golongan atau kelompok dalam
masyarakat.
Bagi masyarakat Melayu tradisional,
sistem sosial atau herarkinya bersifat
feudal.
Raja atau Sultan berkuasa dan
menduduki tempat tertinggi dalam
sistem sosial masyarakat Melayu
tradisional.
Herarki masyarakat Melayu tradisional
dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu
keturunan, hubungan kekeluargaan,
pangkat
dan
kedudukan
yang
disandang, tugas dan sebagainya.
Dari aspek demografi pula, kedudukan
masyarakat
dapat
dikategorikan
mengikut jumlah pemilikan harta, reka
bentuk rumah, gaya pakaian dan
penggunaan istilah dalam pertuturan.

GOLONGAN YANG MEMERINTAH


3.1 Raja/Sultan/Yang Dipertuan
Pada zaman Melayu tradisional, raja
dianggap
sebagai
pemerintah
yang
berdaulat dan amat mulia.
Daulat ini dikaitkan dengan spiritual dan
kepercayaan tradisi.

Melalui pengagungan Raja ini maka


timbullah konsep Daulat dan Derhaka.
Sesiapa yang ingkar kepada perintah Raja
akan dihukum bunuh akibat tulah yang
mereka hadapi.
Contohnya, Tun Hussien yang merupakan
seorang pembesar Sultan telah dibunuh
kerana didapati ingin menderhakai sultan,
walhal, beliau bertindak atas dasar
kemanusiaan yang cuba untuk menegakkan
keadilan untuk menuntut bela kematian
ayahnya.
Secara umumnya, Sultan berperanan
penting dalam tiga aspek utama iaitu politik,
sosial dan ekonomi.
Dari segi politik, Sultan berperanan sebagai
ketua kerajaan yang memerintah secara
mutlak dan dibantu oleh pembesar yang
bertindak sebagai penasihat.
Selain itu, baginda juga berperanan sebagai
pemimpin utama angkatan tentera di mana
baginda akan mengepalai angkatan tentera
bagi
mempertahankan
negeri
dan
meluaskan jajahan taklukan.
Di samping itu, baginda juga merupakan
ketua Agama Islam dan penggubal undangundang.
Daripada aspek sosial pula, baginda
bertindak sebagai penyelesai masalah
rakyat dengan menjalankan pemerintahan
dan hukuman yang adil kepada rakyat.
Oleh sebab itu, Sultan menjadi tempat
mengadu masalah dan dijadikan simbol
perpaduan.
Seterusnya, bagi aspek ekonomi pula.
Sultan berperanan penting dalam mengawal
kewangan kerajaan.
Maka dengan itu, Sultan telah meminta
rakyat agar memberikan hasil kegiatan
ekonomi kepada kerajaan.
Hasil ini dikutip melalui sistem cukai yang
telah diperkenalkan.

3.2 Keluarga dan Kerabat Diraja


Kedudukan dan status kedua tertinggi
selepas Sultan ialah golongan anak raja dan
kerabat diraja.
Mereka
merupakan
golongan
yang
mempunyai jurai keturunan Sultan yang
memerintah sesebuah kerajaan.
Mereka ini diberi gelaran sebagai Raja atau
Tengku.

Anak raja sebenarnya tidak semestinya


seorang putera kepada Sultan yang sedang
memerintah.
Anak raja atau putera puteri raja Sultan juga
mempunyai keistimewaan yang sama
dengan Sultan.
Namun demikian, keistimewaan yang
diberikan kepada anak raja tidak melebihi
keistimewaan
Sultan
sebagai
ketua
kerajaan.
Antara keistimewaan anak raja ialah
mempunyai
payung
putih
dan
menggunakan bahasa dalam.
Dalam kalangan golongan keluarga dan
kerabat diraja ini, terdapat beberapa orang
yang mempunyai kedudukan yang lebih
istimewa hasil daripada hubungan yang
rapat dengan Sultan.
Antaranya ialah hak keistimewaan dalam
politik negeri.

3.3 Pembesar
Anggota masyarakat yang paling hampir
dengan pihak bangsawan ialah golongan
pembesar.
Secara umumnya, masyarakat melayu
tradisional
menggunakan
sistem
pembesar empat lipatan yang tediri
daripada
Bendahara,
Penghulu
Bandahari,
Temenggung
dan
Laksamana.
3.3.1 Bendahara
Bendahara merupakan ketua eksekutif
seluruh mekanisme pentadbiran melayu
tradisional.
Jika Sultan mempunyai kuasa spiritual dan
divine.
Bendahara pula mempunyai pemerintahan
secara fizikal.
Taraf Bendahara lebih tinggi berbanding
pembesar yang lain apabila beliau
merupakan
golongan ketiga selepas
kedudukan Sultan.
Semasa ketiadaan Sultan, Bendahara
mempunyai hak untuk memangku tugas dan
peranan Sultan, dengan dibantu oleh Seri
Nara Diraja (Penghulu Bendahari) dan Seri
Bija Diraja.
Beliau akan menjadi ketua turus tentera,
ketua hakim dam ketua di balai sendiri
kedudukan Bendahara dibuktikan melalui
kedudukan beliau semasa di balairung

istana di mana beliau duduk di sebelah


kanan Sultan.
Selain
itu,
Bendahara
juga
turut
dianugerahkan usungan untuk berjalanjalan. Keistimewaan Bendahara telah
disentuh dalam Sejarah Melayu yang
menerangkan seperti berikut;
jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar
(Bendahara) duduk di balai, jikalau anakanak raja datang, tiada dituruninya,
melainkan anak raja yang akan ganti
kerajaan maka turuninya; dan jikalau
Bendahara masuk mengadap, tempatnya
duduk itu akan dibentangi permaidani;
jikalau raja masuk maka Bendahara pulang,
dan segala orang besar-besar dan orang
kaya-kaya pergi menghantar Bendahara
kembali ke rumahnya

Dalam jawatan Bendahara, tiada sistem


yang tetap dalam perlantikan jawatan ini.
Oleh sebab itu, Bendahara selalunya
akan dilantik daripada pembesar kanan
yang
mempunyai
hubungan
kekeluargaan dengan Sultan.
Kebiasaannya,
Bendahara
adalah
merupakan bapa saudara Sultan sendiri.

3.3.2 Penghulu Bendahari


Penghulu Bendahari menduduki tempat
kedua selepas Bendahara dalam golongan
pembesar dalam sistem sosial masyarakat
Melayu tradisional.
Penghulu Bendahari mempunyai peranan
utama dalam memegang harta benda dan
hasil mahsul kerajaan.
Para pembesar yang berada di bawah
bidang
kuasanya
ialah
bendaharibendahari,
pemegang
hasil
negeri,
syahbandar-syahbandar dan hamba-hamba
raja.
Penghulu sebenarnya merupakan Menteri
Kewangan dan beliau menjalankan tugas
dengan menjadi wakil yang menerima ufti
daripada kawasan taklukan kerajaan.
Selain itu, penghulu Bendahari juga boleh
dititahkan untuk menjadi ketua angkatan
tentera perang untuk menyerang negeri
asing seperti Melaka menentang Kampar.
3.3.3 Temenggung
Pembesar yang ketiga ialah Temenggung.
Temenggung berperanan sebagai Ketua
Keamanan Negeri.

Temenggung juga menjadi pengatur orang


makan di balai istana.
Menghakimkan perbicaraan yang besar
sebagai Timbalan Ketua Hakim, menangkap
orang
yang
melakukan
kesalahan,
membaiki keadaan pasar dan pekan, dan
ketua perancang bandar dan jalan raya.
Kecuaian yang dilakukan oleh Temenggung
akan menjadikan sesebuah negeri huruhara.
Sebenarnya, tugas temenggung ada
dibicarakan dalam Undang-undang Melaka
seperti berikut;

Adapun hukum yang diserahkan kepada


Temenggung itu barang yang dihukumkan di
dalam negeri seperti tahafus-mentafahus dan
seperti tengkap-menangkap orang yang jahat di
dalam negeri.

Selalunya, Temenggung dilantik daripada


kalangan keluarga pembesar-pembesar itu
sendiri.
Umpamanya, Tun Mutahir yang menjadi
Temenggung Melaka adalah anak kepada
Seri Nara Diraja Tun Ali dan anak saudara
kepada Tun Perak.

3.3.4 Laksamana
Jawatan terakhir dalam sistem empat
lipatan dalam herarki zaman tradisional
Melayu ialah Laksamana.
Sebelum jawatan ini wujud, jawatan sebagai
ketua angkaatan tentera laut dipegang oleh
Hulubalang Besar.
Jawatan ini merupakan monopoli orang
melayu dari Bentan yang bergelar Seri Bija
Diraja.
Tokoh yang terkenal ialah Tun Hamzah
(Datuk Bongkok) dan Tun Ketuyup (yang
dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah).

Apabila jawatan Laksamana diperkenalkan


oleh Sultan Mansor Syah, jawatan ini mula
dipegang oleh Laksaman Hang Tuah yang
merupakan golongan kebanyakan.
Pada awalnya, taraf Hulubalang dan
Laksamana adalah sama tetapi lamakelamaan ianya berbeza.
Dalam acara pencercaan, Laksamana dan
Temenggung ditugaskan untuk mengawal
keselamatan Bendahara.

Dalam hal ini


dapat
menunjukkan
kedudukan kedua-dua pembesar ini hampir
sama.
Rakyat yang biadap menentang Bendahara
akan dibunuh oleh Temenggung atau
Laksamana.
Tugas-tugas utama Laksamana ialah ketua
organisasi angkatan laut, pembawa utusan
diraja dan pengawal peribadi Bendahara.
Bagi jawatan Laksamana, ia diganti
mengikut lunas kekeluargaan.
Contohnya, pengganti-pengganti kepada
Laksaman Hang Tuah ialah Laksamana
Khawaja Hassan, iaitu menantunya, dan
kemudian Hang Nadim yang juga menantu
beliau. Seperti Bendahara, Laksamana juga
dikurniakan usungan.

3.3.5 Syahbandar
Syahbandar juga merupakan pembesar
yang terpenting pada zaman Melayu
tradisional walaupun tidak tergolong dalam
pembesar empat lipatan.
Syahbandar bererti pemerintah pelabuhan
yang diambil daripada perkataan Parsi.
Syahbandar menjadi ketua organisasi
pelabuhan dan wakil saudagar-saudagar
asing.
Syahbandar diletakkan di bawah bidang
kuasa Penghulu Bendahari.
Menurut Tome Pires, kehadiran empat
orang Syahbandar di Melaka menandakan
kehadiran ramai
pedagang
daripada
berbagai-bagai kumpulan etnik.

Sebenarnya, jawatan Laksamana dan


Syahbandar adalah kerana keperluan
semasa.
Hal ini kerana sumber ekonomi zaman
tradisional
Melayu
pada
ketika
itu
bergantung kepada kegiatan laut, terutama
perdagangan dan perniagaan.
Oleh itu, Laksamana diperlukan untuk
mengawal keselamatan laut.
Manakala, kelancaran dan kepimpinan
diperlukan di kawasan pelabuhan untuk
memudahkan
urusniaga
sehingga
terciptanya jawatan Syahbandar.
Keadaan ini sehinggakan menyifatkan
Laksamana sebagai raja di laut dan
syahbandar sebagai raja di pelabuhan.

3.4 Ulama
Golongan yang dikatakan penting dalam
masyarakat
tradisional
Melayu
ialah
golongan ulama.
Golongan ini merupakan golongan intelek
dan alim ulam yang pakar dalam hal ehwal
agama Islam.
Ekoran daripada kepentingannya dalam
sistem sosial masyarakat Melayu, maka
golongan ini telah diangkat darjatnya dalam
susun lapis masyarakat Melayu tradisional.
Biasanya, golongan ini terdiri daripada
masyarakat yang mempunyai keturunan
Arab-Melayu.
Golongan ini digelar sebagai maulana,
makhdum, kadi dan pendeta tasawuf.
Lazimnya, mereka juga turut menggunakan
gelaran kebesaran seperti Maharaja Kadi,
Dato Mufti Seri Utama dan Imam Maharaja.
Golongan ini sebenarnya hanya mula
memainkan peranan yang penting dalam
masyarakat Melayu selepas tersebarnya
Islam ke Nusantara.
Pada mulanya, mereka mengajar asas
agama Islam. Namun, apabila Islam
berkembang dengan pesat, mereka mula
mengajar ilmu dalam bidang tasawwuf,
tafsir, dan hadis.

Selain itu, golongan ini juga telah dilantik


oleh Sultan untuk menjadi guru, ketua
agama, kadi dan bertugas menasihati
Sultan dalam bidang hukum syarak.
Oleh itu, golongan ulama ini dikatakan
mempunyai hubungan yang rapat dengan
Sultan.
Seterusnya, pendeta pula merupakan
golongan yang pakar dalam bidang
kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat
istiadat dan salasilah raja.
Golongan ini mempunyai bilangan yang
sedikit dalam masyarakat Melayu. Namun
begitu, mereka menjadi rujukan Sultan dan
golongan istana selain menjadi perawi
Sultan.

GOLONGAN DIPERINTAH
3.5 Rakyat
Rakyat merupakan lapisan pertama dalam
golongan yang diperintah dalam sistem
sosial masyarakat Melayu.

Rakyat merupakan golongan yang terbesar


dalam masyarakat Melayu.
Fungsi utama rakyat adalah dari aspek
mental, fizikal, dan tradisi ialah menyokong
dan patuh kepada institusi raja dan
pembesar.
Sebahagian besar daripada golongan rakyat
adalah orang Melayu dan selebihnya adalah
orang asing dan Orang Laut yang terlibat
dalam kegiatan ekonomi sebagai pedagang,
peniaga, pedagang-mubaligh dan senteri
yang menyebarkan agama Islam.

Rakyat kebiasaannya menjadi pengikut atau


pengiring pembesar-pembesar dan raja
sebagai hulubalang.
Mereka juga terlibat secara langsung dalam
apa jua jenis perang yang melibatkan
kerajaan.
Sejarah Melayu ada menyebut bahawa
orang asing juga terlibat dalam kumpulan ini
seperti Khawaja Baba, Naina Isahak dan
Sayyid Ahmad.
Selain itu, rakyat biasa juga terdiri daripada
golongan peniaga dan saudagar.
Mereka ini mempunyai taraf ekonomi yang
lebih rendah daripada golongan buruh kasar
dan tukang mahir.

3.7 Hamba
Institusi perhambaan di dalam masyarakat
tradisional Melayu dikaitkan dengan tradisi
perhambaan di Tanah Arab atau Islam dan
wujudnya sistem kasta dalam kepercayaan
Hindu.
Sebenarnya, institusi perhambaan ini wujud
akibat daripada dorongan keperluan dan
kepentingan
sosial
serta
ekonomi
masyarakat melayu.
Hamba berfungsi menyediakan tenaga
manusia bagi menyokong dan menjalankan
pelbagai jenis kerja yang wujud dalam
masyarakat.
Hamba dikatakan mampu meningkatkan
taraf hidup pemiliknya kerana semakin
ramai hamba yang dimiliki oleh seseorang,
semakin tinggi taraf hidup dan kukuh
ekonominya.
Contoh yang paling ketara ialah Tun Mutahir
yang mempunyai ratusan hamba dan
dianggap sebagai orang terkaya pada ketika
itu.
Hamba terbahagi kepada tiga golongan
utama iaitu hamba biasa hamba berhutang
dan hamba raja.

3.6 Orang Asing


Selain daripada empat golongan yang
terdapat
dalam
herarki
masyarakat
tradisional Melayu, terdapat lagi sebuah
golongan yang turut terlibat dalam
masyarakat sosial pada zaman tradisional
Melayu iaitu golongan orang asing.
orang asing turut dikenali sebagai orang
dagang dan orang perantau yang terdiri
daripada dua jenis utama.
Pertama, golongan yang terlibat dalam
pelbagai jenis kegiatan sosial seperti tentera
upahan yang kebanyakannya daripada
Jawa dan Pasai selain sebagai mubaligh.
Kedua, mereka yang terlibat dalam aspek
ekonomi seperti peniaga kecil-kecilan
sehingga menjadi pemborong dan peniaga
besar.
Golongan yang terlibat dalam kerja mahir
juga dipelopori oleh golongan asing seperti
dalam perlombongan bijih yang didominasi
oleh golongan Cina.

Secara umumnya, orang asing ini


dikategorikan kepada dua kumpulan.
Pertama mereka yang menetap terus di
Tanah Melayu.
Manakala, golongan kedua adalah mereka
yang menjadi pengunjung sekali-sekala
untuk tujuan perdagangan dan perniagaan.
Antara golongan orang asing pada zaman
tradisional Melayu ialah orang Cina, Keling
(Tamil), Gujerat, suku-suku dari Arab, Ghori,
Parsi dan Siam.

3.7.1 Hamba Raja


Pertama sekali adalah golongan hamba
raja.
Mereka terdiri daripada orang yang
merdeka yang telah melakukan kesalahan
jenayah,
kemudian
tertangkap
lalu
mendapat keampunan daripada sultan, dan
berjanji akan menjadi hamba turun temurun.
dengan cara ini mereka kan terlepas
daripada
menerima
hukuman
atas
kesalahan yang mereka lakukan.
Selain itu, golongan ini juga terdiri daripada
tawanan perang atau banduan.

Haamba raja juga dikenali sebagai


biduanda
yang
melakukan
hampir
kesemua jenis pekerjaan.
Hamba raja ini mendapat perlindungan
daripada pihak pemerintah.
Golongan hamba raja ini mempunyai
kedudukan yang lebih tinggi berbanding dua
kelompok hamba yang lain sehingga
sesiapa yang membunuh hamba raja akan
mendapat hukuman yang berat seperti yang
dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka
sebagai:

Adapun jikalau hamba rajin dan segala


hartanya (si pencuri) itu dirampas. Jikalau
nakhoda
sekalipun
demikian
juga
hukumannya.[14]

3.7.2 Hamba Biasa


Hamba biasa terdiri daripada tiga kelompok
kecil iaitu abdi, dengan dan hamba.
Hamba daripada golongan ini biasa
diperoleh melalui pembelian dan pertukaran
tuan.
Golongan ini menjadi hamba seumur hidup
secara turun-temurun.
Hamba abdi terbahagi pula kepada
beberapa jenis.
Hamba abdi yang pertama ialah hamba
tawanan yang menjadi hamba apabila
tertawan dalam sesebuah peperangan.
Kedua ialah hamba diranggah iaitu hamba
yang bukan daripada orang Islam yang
ditawan seperti Batak dan orang asli atau
penduduk Islam lain di rantau ini yang
diculik dan dijual oleh peniaga hamba abdi
termasuk mereka yang ditawan oleh lanun
dan menjadi hamba.
Hamba abdi yang ketiga ialah kamba habsyi
iaitu hamba yang diimport dari Afrika.
Kebanyakan mereka merupakan orang kulit
hitam yang dibeli oleh orang Melayu
semasa menunaikan haji di Makkah.
Terdapat juga hamba afrika yang dibawa
oleh penjajah Eropah.

Selain itu, dalam hamba abdi juga terdapat


hamba hulur.
Hamba hulur merupakan mereka yang
melakukan kesalahan jenayah dan mereka
yang menyerah diri kepada pemerintah
kerana tidak mampu untuk membayar
semula hutang darah atau denda.

Manakala, hamba serah pula mereka yang


menghadapi kesukaran hidup dan menjadi
hamba dengan menyerah diri kepada
mereka
yang
sanggup
memberikan
makanan atau nafkah hidup.
Akhir sekali ialah hamba keluarga atau anak
hamba yang merupakan anak dan isteri
kepada hamba abdi.

3.7.3 Hamba Berhutang


Hamba yang kedua iaitu hamba berhutang
merupakan golongan yang tidak dapat
membayar hutang kepada si pemiutang.
Golongan hamba berhutang ini pada
asalnya merupakan golongan orang yang
merdeka.
Oleh kerana tidak mampu membayar
hutang, maka mereka terpaksa menjadi
hamba berhutang untuk melunaskan hutanhutang mereka.
Lebih memeritkan lagi apabila bukan sahaja
mereka yang menjadi hamba, tetapi turut
dialami oleh anak-anak dan isteri sebagai
hamba tebusan.
Tempoh perkhidmatan hamba berhutang
adalah sehingga hutang tersebut telah
selesai dibayar seperti yang telah dijanjikan.
Hamba berhutang melakukan pelbagai jenis
kerja
termasuklah
bercucuk
tanam,
melombong, kerja-kerja domestik dan lainlain.
Hamba berhutang sebenarnya terbahagi
kepada empat bahagian yang kecil.
Pertama ialah orang berhutang. Orang
berhutang merupakan orang yang terikat
dengan hutang dan akan dibebaskan
selepas menjelaskan hutang tersebut.
Kedua ialah anak emas yang merupakan
orang yang menjadi hamba melalui
perkahwinan iaitu hamba lelaki yang
berkahwin dengan hamba wanita dan terikat
kepada tuannya.
Seterusnya merupakan hamba waris yang
merupakan isteri dan anak-anak hamkba
orang berhutang.
Akhir sekali ialah hamba bayar yang
merupakan abdi yang diserahkan oleh
tuannya kepada orang lain untuk tujuan
membayar
hutang
tuannya
kepada
pemiutang.

Sesuatu yang menarik dalam golongan


hamba ialah mereka dilindungi oleh Hukum

Kanun Melaka yang menyebut bahawa


hamba terlindung daripada kezaliman.
Hamba bebas untuk bergerak seperti
mengambil upah daripada orang lain.
Hasil pendapatan boleh disimpan sendiri
atau diberikan kepada tuan mereka.
Kedudukan sosial hamba ini dibicarakan
secara panjang lebar dalam Hukum Kanun
Melaka.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, sistem sosial
masyarakat Melayu tradisional merupakan
sistem sosial yang kukuh dan teratur.
Sistem ini diamalkan zaman berzaman dan
masih mempunyai pengaruh sehingga hari
ini.
Sistem sosial pada zaman tradisional
mempengaruhi sistem pemerintahan kita
pada hari ini.
Contohnya, sistem pemerintahan Malaysia
yang bersifat Raja Berpelembagaan yang
mempunyai kaitan dengan konsep Daulat
dan Derhaka pada zaman tradisional
dahulu, Islam sebagai agama rasmi,
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
unsur-unsur tradisional masih diamalkan
sehingga hari ini.
Namun begitu, sejarah telah membuktikan
bahawa terdapat pelbagai pengaruh asing
yang mempengaruhi sistem sosial dalam
masyarakat Melayu tradisional.
Antaranya ialah pengaruh agama HinduBuddha dan agama Islam.
Elemen-elemen seperti ini telah menyerap
masuk dalam budaya masyarakat Melayu
tradisional dan terus kekal dalam sosial
masyarakat Melayu sehingga hari ini.

1.
2.
3.
4.
5.

Monogami
Poligami
Endogami
Eksogami
Perkahwinan campur

1. Monogami: Perkahwinan diantara seorang


lelaki dan seorang perempuan (satu laki
satu permpuan)
2. Poligami: Perkahwinan seorang lelaki
dengan beberapa orang wanita pada satusatu masa
3. Endogami: Perkahwinan sesama suku
(kalngan sanak saudara)
4. Eksogami:
Perbuatan
mengahwini
seseorang daripada suku kaum lain
5. Heterogami : antra kelas sosial yg berbeza
(bangsawan dgn petani)
6. Homogami : kelas sosial yg sama
7. Perkahwinan
campur:
Antara
kaum,
melibatakan kewarganegaraan, berlainan
agama.
TAJUK 6 KEBUDAYAAN
(BIDANG SOSIAL)

MELAYU

KESENIAN:
Kesenian merupakan perihal seni, yang
berkaitan dengan seni, berasaskan seni
(Kamus dewan edisi keempat, 2010). Kesenian
Melayu menjadi identiti masyarakat Melayu.
1. Seni Persembahan
2. Seni Tampak
3. Seni Muzik
SENI PERSEMBAHAN

3. SISTEM KEKELUARGAAN
Sistem kekeluargaan Melayu mempunyai
ciri-ciri yang agak fleksibel. Ciri-ciri ini
terlihat dalam perkahwinan Melayu yang
boleh berbentuk matrilokal atau patrilokal,
monogami atau poligami. Lebih-lebih lagi,
perkembangan
keluarga
mempunyai
beberapa variasi.
.
DWISISI (bilateral)
NASAB IBU (matrilineal)
Bentuk-bentuk
Melayu:

perkahwinan

masyarakat

1) SENI GERAK
i. TARI
Bercorak
seni
tari
istana
yang
dipersembahkan pada waktu perkahwinan,

pertabalan dan sebagainya. Contoh : tarian


siti payung, tarian mak inang, tarian asyik,
tarian gamelan .
Wujudnya pengaruh Arab dan Parsi.
Contoh : tarian rodat, tarian hadrat.
Tarian rakyat.
Contoh : dondang sayang, ronggeng, joget.
Khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja.
Contoh : tarian kuda kepang, tarian labi-labi,
tarian berdayung.
ii. SENI DRAMA/PERSEMBAHAN PENTAS
Merupakan karya drama yang dianggap oleh
masyarakat yang mewarisinya sebagai hasil
yang diwarisi secara turun-temurun dari
generasi yang lampau.
Seni drama :
a) Drama tari/Taridra. (Menora, Mak
Yong, Mek Mulong, Gamelan).
b) Patung. (wayang kulit, wayang gedek).
c) Opera. (Bangsawan, Mendu, Memanda
(teater orang Banjar), Kemidi Rudat
(teater orang Sasak/Lombok), Lenong
(teater orang Betawi)).
d) Sketsa. (Boria, Jikey).

2)
SENI SUARA
Cerita - penglipur lara, selampit, awang batil
dan sebagainya.
Bersajak - nazam, syair, gurindam, pantun
dan sebagainya.
Berlagu - dondang, mengaji al-Quran,
nasyid, berzanji, marhaban dan sebagainya.
Bernyanyi - lagu-lagu ghazal, dikir barat,
lagu kanak-kanak dan sebagainya.
3) PERMAINAN RAKYAT/BELA DIRI
Permainan rakyat-

Main wau
Congkak
Selambut
Gelek para
Galah panjang
Sepak raga
Sabung ayam
- silat bela diri silat gayung / silat cekak
- silat hiburan silat tari, silat pulut
1) SENI UKIR
Mempunyai hubungan rapat dengan hasilhasil kerja tangan yang dicipta melalui
kepandaian mengukir.
Ciri-ciri ukiran dihasilkan melalui ukiran timbul,
ukiran terbenam, ukiran tebuk dan ukiran
timbus
2) SENI BATIK
Dihasilkan melalui proses menerapkan lilin
dan mencelup kain.
Pada permulaannya kain putih yang hendak
diproses menjadi kain batik itu direbus dan
dikeringkan.
Kemudian kain batik itu diterapkan dengan
blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin
cair yang dipanaskan.
Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan
dengan cara celupan yang berperingkat
peringkat.
Selanjutnya kain itu direbus dan dibasuh
sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.
3) TEKATAN
Dikenali juga dengan nama suji.
Menggunakan kain baldu sebagai kain dasar
dan bentuk hiasannya mengambarkan reka
bentuk bunga dan pohonpohon.
Digunakan untuk membuat kasut, kipas,
muka bantal dan balutan tepak sirih.
Dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti
dijadikan hiasan pada upacara perkahwinan,
upacara berkhatan, pertabalan raja.

4) SENI ANYAMAN
Proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar,
buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang
lain.
Mencipta sesuatu alat keperluan harian
contohnya menghasilkan topi, tudung saji,
bakul dan menganyam tikar untuk mengalas
tempat duduk.

dikenali juga : kain benang emas


5) SENI TEMBIKAR
Menggunakan tanah liat yang dibakar dan
digilap.
Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi
sesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas
air, bekas menyimpan makanan seperti jeruk,
pekasam dan lain-lain.
Perusahaan membuat tembikar secara
tradisioanl ini masih dilakukan oleh orang
Melayu khususnya di Sayung, Kuala Kangsar,
Perak.
6) SENI KRAFTANGAN
Hasil seni yang dicipta untuk digunakan,
tetapi digubah dengan memasukkan unsurunsur seni untuk memberi bentuk yang indah
dan menarik hati.
Memerlukan keahlian dan kecekapan dalam
penggunaan bahan-bahan asas yang teratur.
Memerlukan daya estetika.

SENI VOKAL
Lahir daripada pita suara yang boleh
memberi kepuasan kepada pendengar.
Berbeza mengikut masyarakat.
Dalam masyarakat Melayu terdapat seni
vokal tanpa muzik dan seni vokal yang
bergabung dengan muzik.

7) SENI BINA
Lahir daripada bentuk rumah-rumah yang
menjadi tempat penginapan orang Melayu.
Memperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni
bina dari daerah-daerah lain di alam Melayu
atau dari luar alam melayu.
Contoh : rumah-rumah orang Melayu di
negeri Sembilan adalah bercorak seni bina
rumah Minangkabau.
8) SENI TEMBAGA
Tujuan : mencipta alat-alat daripada tembaga
yang cantik dan indah bentuknya.
Digunakan dalam upacara-upacara adat
khususnya di istana raja-raja Melayu seperti
alat-alat
pertabalan
raja,
upacara
perkahwinan atau upacara diraja yang lain.
Digunakan sebagi hiasan atau perkakasan
kegunaan di rumah seperti dulang, tempat
letak sireh, sudu, tempat bara, bekas perenjis
air mawar.
9) SENI TENUNAN
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan
biasa, tenunan ikat celup dan songket.
Tenunan songket
tenunan yang paling lengkap dan cantik.
merupakan satu perkembangan daripada
proses tenunan biasa.
Tenunan ikat
berkembang di istana rajaraja.
penciptaannya lebih rumit terutama dalam
proses menyongket solek atau menyolek.

Muzik Tradisi Warisan Istana


Tradisi tinggi (great tradition)
Golongan bangsawan yang merupakan
golongan kelas pemerintah.
Muzik nobat menjadi satu pasukan muzik
istana sejak abad ke-15 lagi.
Muzik ini dimainkan dalam upacara
pertabalan, kematian raja dan upacara
mengadap.

Selain nobat muzik yang berkembang


melalui tradisi istana di Malaysia ialah
gamelan.
Gamelan yang terkenal di TM berasal dari
kerajaan Riau-Lingga dan Johor.
Alat-alat muzik dalam gamelan termasuklah
saron, bonang, kerompong, gendang dan
gong.

Muzik Tradisi Rakyat


Tradisi rendah (little tradition)
Terdiri daripada kaum petani dan nelayan.
Lahir daripada minat anggota masyarakat.
Sebahagian daripada mereka mewarisi
keahlian bermain alat-alat muzik itu
daripada keluarganya.
Diperbuat
daripada
bahan-bahan
di
sekeliling seperti buluh, kayu, kulit binatang.
Rebana dimainkan dalam persembahan
yang berunsur keislaman seperti dikir, ratib,
nazam, hadrah, rodat, maulud dan lain-lain.

Muzik Tradisi Melayu Lain


Seperti muzik makyong dan gendang keling
diwarisi dari zaman praislam.
Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah
dan Perlis menggunakan alat muzik seperti
gong, rebab, gendang dan serunai.
Muzik wayang kulit, kuda kepang dan
ghazal juga merupakan muzik Melayu
tradisional dari zaman silam.
Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik
seperti gamelan dan mempunyai hubungan
dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat
pribumi.
Ghazal pula berasal dari pengaruh Arab
Parsi, dibawa melalui India sebelum
berkembang di alam Melayu.
Muzik Melayu asli ialah muzik yang
menyertai tarian ronggeng atau joget yang
mempunyai hubungan dengan dondang
sayang yang berkembang di Melaka dan
canggung di Perlis.
Tarian kuda kepang pula mengandungi alatalat muzik paluan yang dibunyikan mengikut
rentak kuda berlari.
Tarian kuda kepang ini berkembang di
Johor di kalangan masyarakat Melayu
keturunan Jawa.

TAJUK 7 : KEBUDAYAAN MELAYU


(BIDANG SOSIAL)
Agama Islam, Adat dan Kepercayaan, Bahasa
Agama Islam
Islam adalah agama rasmi di Malaysia
Orang melayu hampir keseluruhannya
beragama Islam
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan
yang penting bagi orang Islam di Malaysia.
Adat Melayu
1) Istiadat berinai
Istiadat berinai terdiri daripada tiga peringkat:
1. Berinai curi diadakan pada waktu
petang hari selepas hari yang tangan
dan tapak kaki bakal pengantin
perempuan diinai. Bakal pengantin
perempuan dihiasi dan didudukkan di
atas pelamin. Kaedah yang dihuraikan
di bahagian Berinai besar dipatuhi.
2. Berinai kecil yang diadakan pada waktu
petang hari selepas hari berinai curi.
Kaedahnya sama sahaja dengan berinai
curi.
3. Berinai besar.
2) Melenggang Perut (Sewaktu
Mengandung)
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh
masyarakat Melayu di bahagian utara
Semenanjung Malaysia dan di sesetengah
tempat dikenali sebagai Mandi Tian.
Upacara ini dilakukan kepada wanita yang
mengandung anak sulung ketika kandungan
berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan
bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan
untuk membuang geruh atau kecelakaan
yang mungkin menimpa wanita hamil yang
bakal bersalin dan bagi membetulkan
kedudukan bayi di dalam perut.
3) Berpantang
Dalam masyarakat Melayu, wanita yang
telah bersalin mesti menjalani masa
berpantang yang bermaksud larangan.
Sekiranya wanita tersebut melanggar
pantang, mereka akan mengalami bentan
atau sakit sampingan. Tempoh berpantang
lazimnya berlangsung selama empat puluh
empat hari dikira dari hari mula bersalin dan
ada juga yang berpantang selama seratus
hari.

4) Cukur Rambut/ Potong Jambul


Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas
dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong
jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat
diadakan pada hari tersebut.
5) Bersunat / Berkhatan
Adat bersunat bagi bayi perempuan
lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih
kecil
iaitu
beberapa
hari
selepas
dilahirkan.Namun demikian, kebanyakan
kanak-kanak perempuan akan menjalani
upacara ini sekurang-kurangnya ketika
berumur setahun atau lebih. Adat ini akan
dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak
lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat
atau juga dipanggil berkhatan ketika umur
mereka dalam lingkungan 8 hingga 12
tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh
Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat
atau berkhatan adalah wajib kerana Islam
menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di
samping itu juga,ia baik dari segi kesihatan.
Majlis bersunat kanak-kanak perempuan
tidak semeriah majlis berkhatan kanakkanak lelaki dan ada juga yang
menjalankannya serentak dengan majlis
perkahwinan.
6) Merisik
Adat ini juga dipanggil meninjau atau
menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah
untuk memastikan bahawa gadis yang
dihajati oleh seorang lelaki itu. Di samping
itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik
latar belakang si gadis berkaitan kemahiran
rumahtangga, adab sopan, tingkah laku,
paras rupa serta pengetahuan agamanya.

7) Bertunang
Selepas perbincangan diadakan, majlis
pertunangan akan dilangsungkan. Pihak
lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan
saudara mara terdekatnya untuk upacara
bertunang. Pada hari tersebut, majlis
kenduri
akan
diadakan
bersempena
pertunangan tersebut di rumah pihak
perempuan. Hantaran yang terdiri daripada
tepak sirih atau sirih junjung sebagai
bingkisan utama, sebentuk cincin beserta
hantaran lain seperti bunga rampai, buahbuahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain.

Kepercayaan
1. Anak dara dilarang berdandan malam
dan melihat wajah pada cermin.
Dikhuatiri wajah yang selalu dibelek
pada malam hari, tiada seri dipandang
orang. jauh dilihat manis, didekati tidak
secantik mana. Larangan ini ada
rasionalnya, anak dara tidak beralasan
berhias malam.
2. Anak dara dilarang tidur di tiang seri
rumah atau muka pintu. Kononnya hal
ini
menyebabkan
penyakit
berat
menimpa. Ada pula beranggapan
pinangan orang tergendala.
3. Kepala ikan dilarang makan terutama
bagi
kanak-kanak. Dikhuatiri
sukar
mengingat pelajaran atau lambat khatam
Al-Quran.
Contoh-contoh Pantang-Larang
Tidak boleh bermain sembunyi pada waktu
malam
Tidak boleh sikat rambut pada waktu tengah
malam
Tidak boleh membuka payung di dalam
rumah
Tidak boleh berangan pada waktu maghrib
Tidak boleh tidur pada waktu maghrib
Dilarang mempercayai dengan tok bomoh
Dilarang menyembah berhala
Dilarang bergantung di telefon pada waktu
maghrib
Dilarang keluar pada waktu malam
Dilarang membuang air kecil di pokok
Bahasa
Bahasa Melayu sejenis bahasa MelayuPolinesia
di
bawah
keluarga bahasa
Austronesia yang telah digunakan di
wilayah Malaysia, Indonesia,
dan
persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun
lalu.
Bahasa
Melayu
ialah bahasa
kebangsaan Malaysia,
Indonesia,Brunei
dan Singapura.
Di Malaysia, bahasa Melayu secara
rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain
daripada keempat-empat negara tersebut,
bahasa Melayu juga ditutur oleh pendudukpenduduk Melayu di
Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietna
m, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Bahasa
Melayu
mempunyai
banyak dialek dan setiap dialek mempunyai

perbezaan ketara dari segi sebutan dan


kosa kata.
Bahasa
Melayu
merupakan bahasa
aglutinatif, bermaksud makna perkataan
boleh diubah dengan menambah imbuhan
tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata
akar) terdiri daripada kata kerja.

Dialek Johor
Dialek ini digunakan di hampir semua bekas
jajahan
empayar
Johor-Riau
di
Semenanjung. Dialek Johor-Riau kini
menjadi asas kepada pembentukan Bahasa
Melayu standard di Malaysia. Ciri utama
dialek ini adalah akhiran a yang dibunyikan
sebagai . Seperti contoh:

2. Awak/kamu - Kitak
3. Dia - Nya
4. Tidak - Sik
5. Jangan - Sikboh
6. Ini - Itok
7. Sini - Sitok
Bahasa Melayu juga telah meminjam imbuhan
asing daripada tiga sumber bahasa, iaitu
bahasa Sanskrit, Arab-Parsi, dan InggerisEropah.

1. Saya - Say
2. Apa Ap
3. Berapa Berap
Bagaimanapun akhiran a untuk katakata yang diadotasi dari perkataan
Indonesia dikekalkan seperti sebutan
asal:
1. Anda Anda
2. Merdeka Merdeka
Dialek Perak
Contoh:
1. Saya - Say - Say - Saye
2. Apa - Ap - Ap - Ape
3. Berapa - Berap - Berap - Berape
Dialek Kelantan
1. Kawan - Kawe
2. Bulan - Bule
3. Terang - Teghe
4. Tenang - Tene
5. Bukan - Buke
6. Tangan - Tange
Dialek Terengganu
Ejaan Standard & dialek Terengganu
1. Makan= Makang
2. Ikan= Ikang
3. Bukan =Bukang
4. Badan =Badang
5. Pun =Pung
6. Zapin =Zaping
7. Kemaman (nama daerah) =Kemamang
8. Jalan =Jalang
9. Hujan =Hujang

Nilai Dan Falsafah

Dialek Sarawak
Ejaan Standard & dialek Sarawak
1. Saya - Kamek

Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai


yang dibawa Islam.

Kebudayaan Melayu banyak dipengaruhi


oleh Islam dan akhirnya membawa
banyak persamaan dengan islam.
Kebudayaan sering kali dikaitkan
dengan Islam.
contohnya :
Nilai berbudi
Kasih sayang
Patuh kepada agama

TAJUK 8 : KEBUDAYAAN MELAYU


(BIDANG SOSIAL)
- Perubatan
- Pakaian
- Permainan
PERUBATAN
Perubatan Melayu yang diamalkan oleh
para bomoh dan Tok Dukun sejak beberapa
abad dahulu.
Perubatan ini yang banyak menggunakan
bahan-bahan yang berasal
daripada
tumbuh-tumbuhan dan herba telah diterima
dengan penuh minat oleh masyarakat
Melayu di Malaysia kerana ia merupakan
kaedah yang selamat dan tidak memberi
kesan sampingan terhadap tubuh badan
manusia.
Perubatan Melayu adalah sistem penjagaan
kesihatan dan perubatan yang diwarisi dari
masa lampau.
Pengamal perubatan tradisional Melayu
banyak bergantung kepada pengetahuan
dan ingatan yang diwarisi daripada guru
mereka secara turun-temurun.

Perubatan tradisional Melayu adalah melalui


amalan petua yang terdiri daripada dua
aspek, iaitu amalan suruhan dan amalan
tegahan.
Amalan suruhan banyak berhubung dengan
pemakanan daripada segi jenis, kuantiti,
dan khasiat yang terdapat di dalam
tumbuhan. Ia bertujuan untuk mendapatkan
keseimbangan serta mengelakkan sebarang
serangan penyakit dan keuzuran.
Amalan tegahan pula bertujuan untuk
menghalang pesakit daripada memakan
makanan tertentu sewaktu dalam tempoh
rawatan sebagai pantang larang. Ia
bertujuan untuk memeliharakan kesihatan
manusia dalam keadaan baik secara
berterusan atau bagi mempercepatkan
penyembuhan penyakit.
PRINSIP AMALAN PERBOMOHAN
Amalan perbomohan yang menurut
perspektif Islam mestilah
berdasarkan
sumber-sumber yang pasti, sama ada
dari al-Quran atau dari Sunnah, serta
sumber-sumber
perundangan
yang
diiktiraf oleh Islam.
Sekiranya
terdapat
percanggahan
dengan prinsip akidah Islam, maka
amalan tersebut perlu disingkirkan.
Penggunaan ayat-ayat roh, penunggu,
atau makhluk lain, dengan tujuan untuk
bersahabat atau meminta bantuan
daripada mereka, tidak dibenarkan
dalam amalan perubatan Melayu.
Justeru, bantuan dan harapan hanyalah
bersandarkan kepada Allah, di samping
usaha-usaha yang dilakukan.

PAKAIAN
Pakaian tradisional kaum Melayu iaitu bagi
lelaki dan perempuan.
Pakaian
tradisional
dipakai
semasa
perayaaan,
majlis-majlis
rasmi,
perkahwinan.
Pakaian kaum wanita = baju kurung,
selendang
Pakaian kaum lelaki = baju Melayu,
samping, songkok

PERMAINAN
Permainan ini yang dikenali juga sebagai
pemainan masa lapang atau sukan rakyat.

Permainan masa lapang bagi orang Melayu


boleh dibahagikan kepada permainan untuk
orang dewasa dan permainan untuk kanakkanak.
Permainan
untuk
orang
dewasa
termasuklah permainan wau, sepak raga,
gasing, laga buah keras, congkak, berlaga
kerbau dan lain-lain.
Permainan
untuk
kanak-kanak
pula
termasuklah main telaga buruk, guli-guli,
main galah, main kapal terbang, cina buta,
ketup atau sembunyi dan lain-lain.

TAJUK 9 : KEBUDAYAAN MELAYU


(BIDANG EKONOMI)
PENGENALAN
1. Masyarakat Melayu merupakan salah
sebuah
masyarakat
yang
terbesar
bilangannya di rantau Nusantara ini.
2. Hal ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas
lagi terutamanya di bumi Malaysia.
3. Kewujudakn masyarakat Melayu telah
bermula sejak sebelum terbinanya empayar
Kesultanan Melayu Melaka lagi kira-kira 500
tahun yang laluu.
4. Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di
negeri Melaka telah menjalankan kegiatan
perdagangan dengan pedagang-pedagang
dari luar Negara terutamanya dari Arab,
Parsi, India, China dan lain-lain lagi.
5. Aktiviti ekonomi hanya melibatkan urus
niaga secara sistem barter atau bertukar
barang.
6. Kemudian wujudnya sistem mata wang.
7. Secara tidak langsung telah menggalakkan
kedatangan pedagang daripada luar negara
dan berlaku penyerapan asimilasi dalam
budaya Melayu.
PEKERJAAN
1. Bagi orang Melayu yang tinggal di desa,
kebanyakkan menjalankan aktiviti pertanian
dan menangkap ikan.
2. Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan
tanaman padi, kelapa sawit dan kelapa.
3. Orang Melayu yang tinggal di kota
kebanyakkannya bekerja dalam sektor
perindustrian, perdagangan, pengangkutan
dan lain-lain.
4. Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang
telah berjaya dalam bidang perniagaan dan
menjadi ahli perniagaan.
PENGURUSAN HARTA

a) Adat Perpatih
1. Kesemua harta pusaka adat adalah hak
kepada suku dan bukan hak individu.
2. Berdasarkan konsep ini kita dapati
bahawa Adat Perpatih telah menafikan
hak milik individu terhadap harta pusaka
adat.
3. Harta yang tidak dikategorikan sebagai
harta pusaka adat pula seperti kereta,
cincin, wang, saham dan lain-lain boleh
dibahagikan kepada waris-waris si mati
tanpa mendapat persetujuan daripada
Lembaga.
4. Adat Perpatih telah mengiktiranya
sebagai hak milik individu kerana ia hasil
daripada usahanya sendiri.
5. Hak milik harta pusaka adat yang
diberikan kepada masyarakat adat itu
adalah hak milik yang terhad.
6. Sehinggakan dalam pembahagian atau
pemindahan hak milik, seseorang itu
terpaksa
mendapatkan
persetujuan
waris dan Lembaga.
7. Dalam pemindahan hak milik melalui
penjualan, waris dan Lembaga berhak
menahan penjualan tersebuut. Adat
melarang harta pusaka adat dijual
kepada anggota suku lain.
8. Adat hanya membenarkan pemindahan
hak milik berlaku dalam lingkungan suku
itu sahaja.
b) Adat Temenggung
1. Mengikut sistem ini, lelaki berhak
mewarisi harta yang lebih banyak
daripada wanita.
2. Jurai sebelah bapa lebih diutamakan.
3. Jika berlaku perceraian, pembahagian
harta antara suami dan isteri akan
dilaksanakan mengikut hukum syarak.
4. Harta
yang
didapati
semasa
perkahwinan dikenali sebagai harta
sepencarian
yang
kebiasaannya
berkaitan
dengan
tanah.
Harta
sepencarian bagi isteri yang diceraikan
akan dibahagikan secara sama rata.
5. Jika isteri yang dicerai tidak bekerja,
maka ia berhak mendapat satu pertiga
bahagian sahaja.
6. Jika penceraian itu atas permintaan
suami, maka si suami mestilah
menyediakan nafkah selama tiga bulan
dan
harta
sepencarian
haruslah
dibahagi.

Upacara melenggang perut


Untuk tahu jantina anak
Buah kelapa akan diletakkan di atas
perut ibu, dan selepas itu kelapa itu
dibiarkan jatuh.
Sekiranya jatuh ke kiri ibu itu dikatakan
akan melahirkan anak lelaki
sekiranya jatuh ke kanan akan
melahirkan anak perempuan.
Banyak kosa kata Sanskrit yang dibawa
oleh Hindu diserapkan dalam bahasa
Melayu.
Hal ini menjadikan kosa kata bahasa
Melayu lebih luas.
Hindu juga membawa sastera lisan
mereka.
Cerita penglipur lara merupakan cerita
lisan yang popular dan berkembang
khususnya dalam kalangan istana.
Pengaruh Hindu juga terdapat dalam
kesenian Melayu.
Motif-motif yang berlambangkan haiwan
seperti gajah, ular dan sebagainya terdapat
dalam seni ukiran yang menghiasi rumah
dan barang-barang perhiasan.
Muzik tradisional Hindu turut masuk
dalam masyarakat Melayu khususnya di
istana.

7. Sebaliknya jika penceraian disebabkan


oleh perangai buuk isteri, maka si isteri
hanya kehilangan tempat tinggal dan
undang-undang menetapkan bahawa si
suami harus membayar sejumlah
tertentu emas.
8. Jika penceraian antara suami dan isteri
disebabkan isteri meminta cerai kerana
tiga kali mendapati perangai buruk
suami dan telah mendapatkan cerai,
isteri tersebut harus menebus dirinya
dengan memulangkan tempat tinggal,
sementara harta yang berpindah milik
terserah kepada suami.
TAJUK 10 PENGARUH LUAR DALAM
KEBUDAYAAN MELAYU
FAHAMAN ASAL MASYARAKAT MELAYU
Asalnya Animisme (percaya akan kuasa
ghaib)
Pelbagai nama diberikan kepada kuasa luar
biasa,
antaranya
penunggu,
hantu,
jembalang, dan sebagainya.
Percaya bahawa tempat-tempat tertentu
seperti di dalam hutan, di tengah laut, di
gunung, terdapat penunggu yang perlu
dihormati
Punca
sesuatu
penyakit
disebabkan
tersampuk, saka, terkena buatan orang dan
sebagainya.
Penggunaan tangkal, mantera dan tindakan
melalui upacara tertentu, menyemah dan
sebagainya.
Bagi mengelakkan sesuatu yang buruk
berlaku ketika mengunjungi tempat-tempat
yang dipercayai berpenunggu, seperti
hutan,
Mereka menggunakan ungkapan tertentu
contohnya, Tabik Tok Nenek, cucu nak
lalu bagi memujuk penunggu di hutan
tersebut agar tidak mengapa-apakan
mereka.
PENGARUH HINDU
Pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu
yang dibawa oleh pedagang.
Kepercayaan Hindu jadi cara hidup
masyarakat.
Penyerapan amalan Hindu majlis
perkahwinan
Contoh :
menepung tawar
bersiram di pancapersada
bersanding

PENGARUH ISLAM
Wujud setelah berakhirnya pengaruh Hindu.
Berkembang dengan kedatangan mubaligh
ke rantau ini.
Amalan yang bercanggah dengan ajaran
Islam
digugurkan
walaupun
tidak
sepenuhnya.
Penyerahan diri kepada Allah merupakan
satu daripada amalan yang dilakukan oleh
kebanyakan orang Melayu.
Agama Islam telah mengubah cara
pemikiran orang Melayu.
Agama Islam menyuruh umatnya berfikir
untuk
menerapkan
unsur-unsur
rasionalisme dalam pemikiran mereka.
Budaya Arab yang merupakan sebahagian
daripada agama Islam telah dipelajari oleh
orang Melayu
menyebabkan berlakunya perubahan besar
dalam cara hidup orang Melayu.

Contoh :
Hampir setiap negeri di Tanah Melayu
dan Brunei dianggap sebagai negara
Islam dengan mengambil sempena

nama-nama syurga (Darul Ridzuan,


Darul Iman, Darul Takzim dan lain-lain).

Antara unsur budaya Arab (Islam) yang


terserap termasuklah bahasa.
Contoh :
Banyak kosa kata Arab terdapat dalam
bahasa Melayu. Antaranya termasuklah
konsep ibadat seperti fardu, solat, azan
dan sebagainya.
Pengaruh dalam bentuk tulisan
Tulisan tersebut dinamakan tulisan jawi
oleh orang Melayu.
Ahli-ahli bahasa telah mengubah suai
huruf Arab tersebut dengan menambahkan
titik diakritis pada huruf yang sedia ada
supaya dapat membunyikan perkataan
Melayu yang tiada dalam tulisan Arab
seperti huruf p dan g.
Ekoran hal tersebut, kitab Islam tersebar
luas menggunakan tulisan jawi dan ini dapat
difahami oleh kebanyakan orang.
Pengaruh Islam dalam seni bina
Reka
bentuk
ukirannya
berbentuk
geometri bagi menggantikan bentuk-bentuk
haiwan yang tidak dibenarkan oleh Islam.
Reka bentuk ini terdapat pada rumah
Melayu,
masjid
dan
barang-barang
perhiasan.

PENGARUH LAIN
Orang Cina
datang ke Tanah Melayu pada
zaman pemerintah Inggeris.
bekerja di lombong-lombong bijih di
samping menjalankan perniagaan.
kosa kata bahasa Cina meresap
dalam bahasa Melayu.

NAMUN!!!!
Terdapat sebahagian masyarakat yang
mencampuradukkan ajaran Islam dengan
Hindu dan animisme.
Doa dicampuradukkan dengan jampi
mantera dan pemujaan terhadap makhluk
halus.
Hal ini terdapat dalam kesenian seperti
wayang kulit, makyung, kuda kepang dan
beberapa kesenian lain.

PENGARUH BARAT
Kedatangan
Barat
berlaku
selepas
kedatangan Islam kerana penjajahan.
Nilai barat menular dalam masyarakat yang
kadangkala bertentangan dengan ajaran
Islam.
Pergaulan
terlalu
bebas,
hiburan
melampaui batas agama merupakan
pengaruh yang negatif.
Terdapat kesan yang positif hasil pengaruh
barat misalnya teknologi moden dalam

bidang
pertanian,
perindustrian
dan
perkomputeran
yang
dapat
mengembangkan
ekonomi
masyarakat
Melayu.
Bahasa - banyak kosa kata yang terserap
yang dapat mengungkapkan pelbagai idea
dan maklumat selaras dengan arus
globalisasi
Peluang pendidikan yang lebih luas kepada
masyarakat Melayu, khususnya golongan
bangsawan yang kemudiannya dibuka
kepada orang awam.
Ini mempengaruhi budaya fikir orang
Melayu. Di sekolah, anak-anak orang
Melayu didedahkan kepada kaedah, idea
dan kosmologi sains.
Alam semangat dan alam rohaniah orang
Melayu semakin lama semakin terpencil
terutamanya dalam kalangan mereka yang
telah dididik dengan alam sekular sains.
Sebab-musabab saintifik menggantikan
konsep
magis.
Ubat-ubatan
kimia
menggantikan jampi serapah.

mengekalkan
bunyi
dan
makna asal dalam bahasa
cina walaupun sesetengahnya
mengalami perubahan makna.
Contoh kosa kata yang
terserap
dalam
bahasa
Melayu ialah tanglung, teko,
beca, amoi, apek, singse,
suun, lobak, tocang, amah,
angpau, capcai, pau, dan
taugeh

Dari segi masakan


makanan cina turut meresap dalam
budaya masyarakat Melayu.

Jenis-jenis masakan yang mengandungi


kicap soya, sos tiram, dan bebola ikan,
ayam atau daging merupakan pengaruh
daripada budaya Cina yang kini menjadi
sebahagian daripada makanan popular
masyarakat Melayu.

Pemberian sampul yang berisi wang kepada


kanak-kanak atau orang muda pada hari
raya dinamakan angpau bagi kebanyakan
mereka.
Amalan
ini
diterima
kerana
tidak
bercanggah dengan ajaran Islam.

TAJUK 11 : KEBUDAYAAN MELAYU DALAM


BAHAN SASTERA
Puisi Tradisional
Merujuk kepada susunan perkataan dalam
bentuk karangan berangkap atau suatu
bentuk pengucapan dalam susunan yang
istimewa berbanding dengan pengucapan
biasa serta bahasa.
Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi
lisan yang berkembang dalam kesenian
rakyat.
Puisi
tradisional
terbahagi
kepada
beberapa jenis, antaranya ialah pantun,
syair,
gurindam
dan
seloka.
a. Pantun
- Karya yang berangkap tetap, iaitu bilangan
baris dalam setiap rangkap sudah
ditetapkan, sama ada dua, empat, enam,
lapan, sepuluh, dua belah atau empat belas
baris dalam serangkap.
- Pantun yang mempunyai dua baris
serangkap dikenali sebagai pantun dua
kerat, sementara yang mempunyai empat
baris serangkap dikenali sebagai pantun
empat kerat, dan begitulah seterusnya.
- Terdiri daripada dua bahagian, iaitu
pembayang dan maksud.
b. Syair
- Karangan berangkap dan setiap rangkap
terdiri daripada empat baris.
- Setiap
baris
merupakan
maksud
kerana syair tidak mempunyai pembayang
seperti pantun.
- Setiap rangkap syair tidak boleh berdiri
sendiri kerana
saling
berkait
dengan
rangkap-rangkap lain.
- Keseluruhan rangkap syair mengungkapkan
sesuatu maksud secara kesatuan.
- Setiap baris dalam syair biasanya
mengandungi empat patah kata yang
berjumlah antara lapan hingga dua belas
suku kata.
- Rima akhir syair ialah aaaa.

Syair selalu membawa isi yang berkaitan


dengan kias ibarat, sindiran, nasihat,
pengajaran,
agama
dan
cerita yang
berunsur sejarah atau dongeng.

c. Gurindam
- Karangan berangkap yang terdiri daripada
dua baris serangkap.
- Terdapat gurindam yang lebih bebas dari
segi jumlah kata pada setiap rangkap dan
rima akhirnya.
- Rima akhir gurindam ialah aa.
- Baris
pertama
dalam
gurindam
mengandungi soalan, syarat atau perjanjian,
sementara baris kedua pula merupakan
jawapan, akibat atau kesimpulannya.
- Isi gurindam berupa nasihat, pengajaran
atau kebenaran yang disampaikan dengan
bahasa yang lebih padat dan bernas.
d. Seloka
- Seloka dirumuskan sebagai gurau senda
yang mengungkapkan sindiran yang ditulis
dalam bahasa puisi.
- Setiap rangkap seloka selalunya terdiri
daripada empat baris.
- Terdapat
seloka
yang berbentuk
bebas yang mengandungi kurang atau lebih
daripada empat baris serangkap.
- Jumlah kata pada setiap baris tidak tetap
dan rima hujungnya bebas.
- Isi seloka mengandungi unsur pengajaran
dan nasihat yang disampaikan dalam nada
mengejek atau menyindir.
e. Teromba
- Teromba dikenali dengan nama-nama
seperti terasul, tambo, dan salasilah.
- Teromba
mengungkapkan
gagasan
pemikiran yang tinggi berkenaan peraturan,
nilai, adat, dan hukum-hukum hidup
bermasyarakat.
- Dari segi bentuk, teromba berbentuk
bebas. Jumlah baris dalam setiap
rangkapnya tidak tetap, manakala rima akhir
setiap baris pula tidak sama.
f. Di dalam sebuah teromba disisipkan
dengan beberapa jenis puisi tradisional lain,
seperti pantun, gurindam, dan peribahasa.
g. Talibun
- Talibun menurut Kamus Dewan (2005)
ialah sejenis puisi lama yang terdiri daripada
empat baris, enam baris, atau dua puluh
baris yang bersajak di hujungnya.

Talibun mengungkap persoalan yang


berbagai. Lazimnya, isi talibun berkisar
kepada pelbagai perkara dan objek seperti
senjata, pakaian, kenderaan, negeri,
perlakuan manusia, fenomena alam,
perasaan dan tradisi yang terdapat dalam
sesebuah cerita lipur lara.

h. Mantera
- Mantera tergolong dalam kelompok puisi,
kerana pengucapan dalam bentuk mantera
menggunakan kata-kata yang tersusun
dalam bentuk rangkap, mempunyai makna
yang tersirat, bahasa yang padat puitis.
- Mantera
digolongkan
puisi
Melayu
tradisional berbentuk bebas, kerana tidak
terikat kepada jumlah baris yang sama
dalam satu-satu rangkap, manakala rima
askihrnya pula tidak tetap
- Pawang atau bomoh adalah ahli-ahli
penting yang menguasai dan mengamalkan
mantera. Mereka membaca mantera
dengan nada, irama, dan tekanan suara
yang tertentu sesuai dengan tujuan
perbomohan atau sesuatu perkara yang
dihajati.

Puisi Moden
Puisi moden mempunyai bentuk, susunan
baris, rangkap, dan rima akhirnya tidak
terikat lagi dengan bentuk tradisional.
Dari segi isinya, mengungkapkan pelbagai
maksud dan persoalan yang disampaikan
oleh penulis.
Penghasilan puisi moden memperlihatkan
pembaharuan atau pemodenan pada
bentuk dan isinya yang boleh dilihat dalam
karya sajak.
a. Sajak
- Sajak ialah karangan berangkap yang lebih
bebas bentuknya dan tidak terikat pada
sesuatu pola khusus, walaupun kadangkadang bentuknya seakan-akan gurindam
atau seloka.
- Penyajak masih menitikberatkan aspek
rima, rentak, penyusunan baris dan rangkap
atau bait.
- Jumlah rangkap dalam sesuatu sajak tidak
dihadkan, sebaliknya mengikut isi yang
hendak disampaikan.
Prosa Tradisional
Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk
karangan yang panjang.

Prosa tidak terbatas kepada cerita (naratif)


sahaja tetapi termasuk juga karya-karya
yang bukan cerita (bukan naratif/nonnaratif)
Oleh itu, karya-karya kesusasteraan
Melayu
yang
panjang
sama
ada lisan atau tulisan
dikelompokkan
sebagai prosa.
Prosa tradisional dalam kesusasteraan
Melayu
boleh
dibahagikan
kepada
beberapa jenis iaitu :
1. Mitos
2. Legenda
3. Cerita rakyat
a) Mitos
Mitos adalah
cerita prosa rakyat yang
menceritakan kisah masa lampau,
mengandung penafsiran tentang alam
semesta dan keberadaan makhluk di
dalamnya, serta dianggap benar-benar
terjadi oleh yang empunya cerita atau
penganutnya.
Mitos
menceritakan
terjadinya alam
semesta, dunia dan para makhluk
penghuninya.
Mitos dapat timbul sebagai catatan
peristiwa sejarah yang terlalu dilebihlebihkan atau sebagai suatu penjelasan
tentang ritual.
b) Lagenda
Legenda adalah cerita prosa rakyat
yang dianggap oleh yang mempunyai
cerita sebagai sesuatu yang benar-benar
terjadi.
Lagenda
telah
mengalami tokok
tambah sehingga sering kali jauh
berbeza dengan kisah aslinya.
Oleh
itu,
jika
legenda
hendak
dipergunakan sebagai bahan untuk
sejarah,
maka
legenda
harus
dibersihkan terlebih dahulu bahagianbahagian yang mengandungi sifat-sifat
karut.

c) Cerita rakyat
Cerita rakyat ialah cerita rekaan dari
zaman dahulu yang disukai ramai dalam
sesuatu masyarakat, yang masih
diceritakan atau diperdengarkan dan
diturunkan daripada satu generasi

kepada generasi lain secara lisan dan


tulisan.

Contoh cerita rakyat;


Pak Pandir
Pak Belalang
Lebai Malang
Sang Kelembai

TAJUK 12 KEBUDAYAAN Melayu DALAM


BAHAN BUKAN SASTERA
1. Bahan Ilmiah
Kajian
Rencana
Kertas kerja
Contoh : Kertas Kerja
Prof. Dr. Syed Hussein Alatas (1967) dalam
kertas kerja beliau bertajuk Islam dan
kebudayaan Melayu menyatakan :
1. Terdapat perpaduan antara Islam
dan kebudayaan Melayu contohnya
amalan
bergotong-royong,berbudi
bahasa, sopan santun, menghormati
ibu
bapa,
menghormati
hak
jirandansebagainya.
2. Terdapat hubungan yang neutral,
tidak bertentangan dengan norma
masyarakat tetapi tidak dianjurkan
oleh Islam contohnya upacara
persandingan, adat istiadat melayu,
pantang larang dan sebagainya.
3. Hubungan
yang
bertentangan
dengan Islam. Sebagai contoh sikap
taat buta kepada raja yang tidak
patuh kepada ajaran Islam.(Sejarah
Melayu dan Hikayat Hang Tuah)
2. Media Komunikasi
Filem
Video

B. Bidang Sosial
Mahir dalam ilmu seni mempertahankan diri
. (Hang Tuah)
Kepercayaan terhadap perkara-perkara
tahyul. (Laksamana Do Re Mi)
Tahap pendidikan yang rendah. (Pendekar
Bujang Lapok)
Pakaian. (Tengkolok, keris, songket, kebaya
tradisional)
C. Bidang Ekonomi
Masyarakat
Melayu
rata-ratanya
digambarkan sebagai petani, nelayan dan
peniaga
Filem Melayu Moden

Filem
Melayu
Klasik
A. Bidang Politik
Golongan pemerintah dan golongan
rakyat
(Hang Tuah)

Raja berkuasa mutlak dan berhak


menghukum sesiapa sahaja. (Hang
Tuah, Nujum Pak Belalang)
Sistem kekeluargaan yang rapuh, anak
sulung lebih berhak mendapat harta
yang lebih berbanding anak bongsu. (
Tiga Abdul)

Kurang menonjolkan budaya Kemelayuan


berbanding filem Melayu klasik. Menerima
pengaruh dari luar khususnya barat.
Contoh: Gila-gila Remaja, Revolusi KL Drift.
Sistem pendidikan yang telah maju. Ratarata ahli masyarakat mempunyai kerjaya
tersendiri.
Masih berpegang kepada kepercayaan
tahyul. Contoh: Khurafat, Jangan Pandang
Belakang.
Penggunaan bahasa pasar yang kian
meluas. Elemen sastera tidak lagi
disisipkan.
Seni Tarian, Muzik menerima pengaruh
daripada luar khususnya barat.

Semangat kejiranan: Zombie Kg Pisang,


Hantu Kak Limah Balik Rumah, Estet.

3. Media Komunikasi.
Rakaman Drama Radio
Drama yang dimainkan di stesen stesen radio. Contohnya, Klasik fm.
Melaka fm.
Kategori drama radio :

Panggung Drama (30 minit)


Drama Khas (30 minit)
Drama Bersiri (12 episod)
Sketsa (5 minit)

Rakaman Drama Televisyen


Drama yang disiarkan di stesen
televisyen RTM, TV3, Astro dan
sebagainya.
Contoh, slot Akasia TV3 bertajuk
Sebenarnya Saya Isteri Dia menggunakan daun senduduk sebagai
alat untuk menghentikan peredaran
darah, perkahwinan ( bersanding)

TAJUK 13 : TASAWUR (WORLD-VIEW) DAN


KOSMOLOGI MASYARAKAT MELAYU

Setiap
bangsa
dalam
dunia,
walaupun primitif, mempunyai kosmologi
tersendiri.
Setiap bangsa, sama ada berdasarkan kitab
wahyu, mitos, atau falsafah pemikiran
warisan
turun
temurun,
mempunyai
tanggapan tersendiri tentang penciptaan
alam semesta dan pemikiran yang berkaitan
dengannya.
Walaupun kosmologi Melayu moden lebih
dipengaruhi oleh kosmologi Islam, namun
tamadun Melayu yang pernah berada di
bawah pelbagai pengaruh budaya sebelum
Islam, maka kosmologi tersebut turut
mengambil
tempat
di
celah-celah
pentafsiran kosmologi Melayu Islam.
Orang Melayu silam turut mempunyai
konsep kosmologi yang dipengaruh oleh
budaya animisme, Hindu dan Buddha.
Mereka memuja semangat, dan penunggu;
mereka membaca mentera yang menyebut
asal kejadian alam dan makhluknya.
Mereka memohon perlindungan daripada
penunggu pokok dan gua.
Mereka meminta pertolongan jin dan syaitan
dalam perubatan dan sihir.

Mereka mempunyai banyak mitos yang


menyebut
balik
tentang
mitos
kayangan ini seperti
peranan
yang
dimainkan oleh Sri Rama, Siti Dewi, Raja
Muda Laksmana, Hanuman Kera Putih
dalam
plot
ceritanya
yang
jelas
menunjukkan terdapat unsur kehinduan di
dalam persembahan itu.
Wayang kulit yang merupakan warisan
budaya silam menjadikan watak tersebut
sebagai latar belakang persembahannya.
Orang Melayu tradisional menghayati
satu cara hidup yang dianggap unggul dari
segi kaca mata pandangan moden semasa.
Antara manifestasi keunggulan tersebut
ialah
apa
yang
terkandung
dalam
pandangan alam (Weltanschauung) dan
budaya alam bangsa Melayu.
Bagi orang Melayu tradisional, mereka
melihat alam tabii ini sebagai penuh dengan
makna, simbolisme, gurindam dan syair.
Pandangan mereka sekali-kali tidak terhad
kepada manifestasi material alam, bahkan
bagi mereka dimensi fizikal yang amat
penting
bagi
sains
dan teknologi moden hanyalah
satu
manifestasi kecil fenomena alam ini yang
kewujudannya
sebenarnya
bergantung
kepada dimensi hakikat dan ruh yang maha
seni.
Penghayatan pandangan ini, misalnya,
dapat diperhatikan secara praktis dalam
kehidupan seharian dan kemasyarakatan
mereka.
Perkembangan semiotik tabii dan kosmologi
kebudayaan generasi-generasi tersebut
menyerap pelbagai unsur yang datang dari
luar ruang budaya Melayu asli. Unsur-unsur
luar tersebut datang daripada timur dan
barat. Hindu, Buddhis, Islam dan Barat
merupakan pengaruh yang memberi kesan
kepada
pembentukan
semiotik
dan
kosmologi Melayu. Namun demikian, intipati
semiotik dan kosmologi Melayu masih
terpelihara.
Oleh itu dalam "alam Melayu," haiwan,
tumbuh-tumbuhan dan batu-batan mampu
bercakap, bahkan bermadah secara bernas
setanding dengan sebarang pujangga
manusia.
Alam Melayu juga dimana manusia
(khasnya syaman, pawang, bomor, sufi dan
wali Allah) berinteraksi dengan haiwan,
tumbuhan dan batu-batan pada tingkatan

yang sukar diterima dan untuk dibayangkan


oleh manusia sekular.
Kemampuan bertinterkasi tersebut juga
merupakan landasan yang membuka jalan
bagi manusia Melayu mampu hidup
berharmoni dengan alam tabii.
Bagi
kebanyakan
manusia
moden,
khususnya dari barat, bercakap dengan
mahluk lain selain sesama manusia
hanyalah dalam cerita dogeng.

TAJUK 14: KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


Definisi Kebudayaan
keseluruhan cara hidup manusia.
Kepentingan kebudayaan
Berperanan
penting
dalam
proses
pembangunan negara di Malaysia di mana
keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam
usaha-usaha yang dijalankan ke arah
meningkatkan pembangunan sosioekonomi
dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan
penggemblengan dan penglibatan semua
lapisan masyarakat dalam satu proses yang
berterusan
Bagi sebuah negara yang mempunyai
masyarakat berbilang kaum seperti di
Malaysia, proses pembentukan kebudayaan
nasional memerlukan perancangan yang
teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara
hidup yang bersifat keMalaysiaan.
Perancangan
kebudayaan
ini
harus
menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan
utama bagi pembinaan bangsa dan
ketahanan negara.
Apakah
itu
Dasar
Kebudayaan
Kebangsaan?
Satu dasar yang digubal pada tahun 1971
sejak merdeka disebabkan tiada arah dalam
mewujudkan kebudayaan kebangsaan.
Ini disebabkan kesedaran yg rendah dan
kefahaman
mengenai
kebudayaan,
kepentingan
politik
yg
menekankan
kebudayaan kaum shj dan penekanan yg
lebih kpd kemajuan ekonomi.
Rasional Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Penggubalan
Dasar
Kebudayaan
Kebangsaan
merupakan
langkah
penting untuk mengekalkan perpaduan.
Menjadi garis panduan ke arah
membentuk dan mewujudkan serta

mengekalkan identiti dan perpaduan


dalam masyarakat.
Akan menentukan sifat-sifat yang terbaik
dan mulia bagi membina bangsa yang
bersatu padu dan berdaya
Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan
1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal
rantau ini.
Melaka merupakan pusat perkembangan,
penyebaran dan warisan kebudayaan
Melayu.
Kebudayaan serantau digambarkan dengan
penggunaan Bahasa Melayu.
Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan
teras dalam Kebudayaan Kebangsaan

2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang


sesuai.
Unsur-unsur budaya asing, Cina, Arab,
India dan sebagainya
Kesesuaian
dan
penerimaan
dalam
penyerapan
kebudayaan
bergantung
kepada tidak wujudnya percanggahan
dalam Perlembagaan dan prinsip-prinsip
Rukun Negara
3. Islam menjadi unsur penting di dalam
pembentukan kebudayaan
kebangsaan.
Peringkat
tertinggisepatutnya
menampakkan Malaysia sebagai sebuah
negara Islam
Peringkat kedua- menerapkan budayabudaya lain yang tidak bertentangan
dengan budaya Islam
Pelaksanaan
Dasar
Kebudayaan
Kebangsaan
Peranan
Kementerian
Kebudayaan
Kesenian
dan
Pelancongan
dalam
pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini
adalah penting. Antara lain Kementerian ini
menguruskan penyelidikan, pembangunan
dan
penggalakan,
pendidikan
dan
pengembangan kesenian dan perhubungan
ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan.
Usaha-usaha itu dicapai melalui aktivitiaktiviti pembangunan, persembahan seni
oleh
Kompleks
Budaya
Negara
sebagai pengelola
dan
urusetia
perhubungan kebudayaan antarabangsa,
Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat
bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan

kebudayaan dan kerjasama dengan badanbadan antarabangsa.


Di samping Kementerian Kebudayaan
Kesenian dan Pelancongan, penglibatan
pihak lain juga adalah penting dalam
pelaksanaan dasar ini.
Mereka
termasuklah
Kementeriankementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan
Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badanbadan berkanun dan pihak swasta serta
pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.
Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaankerajaan Negeri dan badan-badan berkanun
yang lain adalah sama penting dalam
melaksanakan strategi dasar ini di dalam
pengurusan harian dan pelaksanaan dasardasar semasa.
Peranan pihak swasta dan pertubuhanpertubuhan kebudayaan kian diperlukan
di mana badan-badan ini boleh memainkan
peranan menjalankan usaha pembinaan
dan kemajuan kebudayaan di peringkat
organisasi masing-masing dan seterusnya
membiayai penajaan program atau projekprojek kebudayaan.

TAJUK 15 : KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


Kebudayaan kebangsaan?
- Kebudayaan memainkan peranan dlm
proses pembangunan Malaysia.
- Dasar yang digubal pd tahun 1971
disebabkan tiada arah dlm mewujudkan
kebudayaan kebangsaan.
- Lahir drpd Gagasan Kogres Kebudayaan
Kebangsaan
yg
dianjurkan
oleh
Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan.
- Jadi garis panduan dlm membentuk &
mewujudkan serta mengekalkan identiti
negara.
- Perpaduan negara diperkukuh melalui
kebudayaan & keperibadian kebangsaan
dipelihara berteraskan budaya penduduk
asal & agama islam.
ISU/ CABARAN DAN PERMASALAHAN
Setelah lebih 50 tahun merdeka, masih
belum dapat lihat satu bentuk kebudayaan
Malaysia yang jitu.
Setiap kaum & etnik masih kuat
menyuarakan & meminta hak yg lebih luas
utk mengamalkan kebudayaan masingmasing.
Media sosial spt elektronik & cetak terpaksa
melayan permintaan kaum yang ada di
Malaysia masing-masing.

Kebudayaan kebangsaan Malaysia jelas


masih terbahagi mengikut kebudayaan
kaum & etnik yg pelbagai.
Malaysia lebih dilihat di mata dunia sebagai
negara pelbagai kaum dan pelbagai
budaya.
Ada kebudayaan yang sesuai diamalkan
oleh semua rakyat Malaysia dan ada yang
tidak sesuai.
Jurang interaksi antara murid SK & SKJ
sehinggalah ke peringkat tertinggi. Banyak
universiti swasta didominasi oleh satu-satu
kaum sbg majoriti.
Bahasa Melayu tidak digunakan sepenuh
sebagai bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa
kebangsaan.
Generasi muda yang tidak berminat
terhadap kebudayaan.
Kecanggihan
teknologi
dan
arus
permodenan
semakin
lama
semakin
mengaburkan nilai kebudayaan.

KEDUDUKAN TERKINI
Gagasan 1Malaysia yang diangkat oleh PM
Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sedikit
sebanyak membantu membentuk kelikatan
perpaduan dan jalinan budaya antara kaum.
Sambutan perayaan diraikan di peringkat
kebangsaan dengan mengadakan rumah
terbuka.
Mewujudkan tarian 1 Malaysia, senam seni,
festival
citrawarna
Malaysia
untuk
menzahirkan kebudayaan kebangsaan.
Penciptaan lagu-lagu melibatkan bahasabahasa
kaum
di
Malaysia
dan
menggunakan alat-alat muzik semua kaum
serta disiarkan di media elektronik.
Pengenalan baju kebangsaan baju batik
dipakai setiap hari Khamis oleh penjawat
awam.

BENTUK BUDAYA PADA MASA YANG


AKAN DATANG
- Proses globalisasi baik melalui media
massa atau komunikasi langsung dan
perbagai
informasi
yang
terbuka
mengakibatkan perbagai kebudayaan di
dunia bertemu dan terjadi percampuran
kebudayaan yang lebih besar.
- Perubahan yang terjadi dalam budaya
masyarakat
merupakan
hasil
dari
pertemuan antara nilai yang satu dengan
yang lain.

Budaya masa kini & akan datang antaranya


ialah:
i. Hip-hop dan K-Pop
ii. Amalan pertuturan manglish
iii. Tayangan filem yang seolah-olah tidak
ditapis
iv. Gaya hidup barat cth sesi pre dan post
wedding photos dan lamaran gaya
barat.
v.
Perkahwinan sama jenis.

Anda mungkin juga menyukai